You are on page 1of 5

TEKS EMCEE

 Bagi perlawanan seterusnya iaitu perlawanan separuh akhir kedua,


diminta pasukan SIBU dan pasukan BINTULU untuk bersedia. Terima
kasih.

 Hadiri sekalian, selepas ini kita akan menyaksikan perlawanan akhir


iaitu pasukan IBU PEJABAT menentang pasukan ______. Diminta
kedua-dua pasukan untuk bersedia.

 Hadirin sekalian, dengan berakhirnya perlawanan sebentar tadi, maka


berakhirlah kejohanan perlawanan Hoki pada hari ini. Berdasarkan
keputusan perlawanan, juara bagi pertandingan Hoki bagi Pesta PSKPP
peringkat negeri kali ke-40 adalah pasukan_______. Tahniah
diucapkan.

 Dengan ini, kesemua pasukan yang telah bertanding diminta untuk


bersedia bagi Majlis Penutupan Perlawanan Hoki yang akan diadakan
pada jam 11.30 pagi. Terima kasih.
MAJLIS PENUTUP PERLAWANAN HOKI 1/12/2022
ACARA TEKS
Pengumuman ketibaan Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat ,
tetamu kehormat
Yang Berbahagia Encik Johnny ak Rasit,
Ketua Penolong Pengarah
Sektor Pembangunan Murid JPNS
Merangkap Setiausaha Agung PSKPP Sarawak,

ke Majlis Penutupan Perlawanan Hoki bagi Pesta PSKPP peringkat


negeri kali ke-40 tahun 2022.
Ucapan alu-aluan Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Bismillahirahmanirrahim,

Yang Berbahagia Datu Dr Haji Azhar bin Haji Ahmad,


Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak

Yang Berbahagia Encik Omar bin Haji Mahli


Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Yang Berbahagia Encik Johnny ak Rasit,


Ketua Penolong Pengarah
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Merangkap Setiausaha Agung PSKPP Sarawak,

Yang Berbahagia Encik Jimmy Achau


Timbalan Pegawai Pendidikan
Sektor Pembangunan Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Simunjan

Yang Berusaha Encik Paul Anka ak Sutey,


Pengetua SMK Simunjan No 1, Simunjan
Merangkap Pengerusi Pengelola Pertandingan Hoki PSKPP Sarawak

Yang Berusaha Encik Bohan bin Dilah


Guru Besar Sk Tambay, Samarahan
Merangkap Naib Pengerusi Pengelola Pertandingan Hoki PSKPP
Sarawak

Yang Berusaha Encik Mohd Faiz bin Abdullah


Guru Besar SK Sekendu, Simunjan
Merangkap Naib Pengerusi Pengelola Pertandingan Hoki PSKPP
Sarawak

Yang Dihormati Encik Vincent Bensten ak Muning


Guru Penolong Kanan Kokurikulum, SMK Simunjan No 1
Selaku Pengelaras Pertandingan Hoki PSKPP Sarawak

Jawatankuasa Pertandingan, guru-guru, dan para hadirin yang


dimuliakan.

SELAMAT DATANG KE MAJLIS PENUTUPAN PERLAWANAN HOKI BAGI


PESTA PSKPP PERINGKAT NEGERI KALI KE-40 TAHUN 2022.

Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke


hadrat ilahi kerana atas limpah kurniaNya, kita dapat bersama-sama
pada kali ini untuk menjayakan Pesta PSKPP peringkat negeri kali ke-
40.

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang


Berbahagia Encik Johnny ak Rasit, Ketua Penolong Pengarah
Sektor Pembangunan Murid JPNS, Merangkap Setiausaha Agung
PSKPP Sarawak kerana sudi meluangkan untuk meraikan majlis yang
bermakna ini.

Hadirin sekalian, penganjuran kejohanan sukan dan permainan PSKPP


Sarawak ini menjadi medan untuk semua warga Pendidikan
berkumpul seterusnya menyertai pertandingan sukan dan permainan
yang dipertandingkan. Selain itu, pertandingan ini bertujuan untuk
memupuk semangat kerjasama dan setiakawan dalam kalangan wrga
Pendidikan serta menyemarakkan semangat persaingan yang sihat
dalam kalangan para pemain.

Nyanyian lagu negaraku Seterusnya, sebagai tanda kecintaan kita pada negara, marilah sama-
sama kita nyanyikan lagu kebangsaan iaitu lagu Negaraku dan lagu
negeri Sarawak ibu Pertiwiku. Semua hadirin diminta untuk berdiri
tegak dan bersedia untuk menyanyikan lagu dengan penuh semangat.

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi.


Bacaan doa Hadirin yang dihormati,

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, majlis menjemput Encik
Marzatil Aswat bin Hamzah untuk memimpin bacaan doa,
Dipersilakan.

Aaminn Ya rabbal alamin, majlis mengucapkan terima kasih atas


bacaan doa itu tadi.
Ucapan Pengetua Hadirin sekalian, seterusnya, marilah kita bersama-sama mendengar
ucapan daripada Yang Berusaha En Paul Anka ak Sutey, Pengetua
SMK Simunjan No 1, Merangkap Pengerusi Pengelola Pertandingan
Hoki PSKPP Sarawak. Majlis dengan segala hormatnya menjemput
dan mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Paul Anka ak Sutey, Pengetua


SMK Simunjan No 1, dia atas ucapan itu tadi.
Ucapan Perasmi Hadirin yang dihormati,

Majlis Penutupan Perlawanan Hoki ini akan diteruskan dengan


menjemput Yang Berbahagia Encik Johnny ak Rasit, Ketua Penolong
Pengarah, Sektor Pembangunan Murid JPNS,Merangkap Setiausaha
Agung PSKPP Sarawak, untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan perasmian penutup kejohanan Pesta PSKPP peringkat
negeri kali ke-40 Tahun 2022. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan perasmian


sebentar tadi.
Penyampai Pingat Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian pingat kepada pasukan-
pasukan pemenang bagi perlawanan hoki pada kali ini. Dengan ini,
dengan segala hormatnya dijemput Yang Berusaha Encik Paul Anka
anak Sutey _______________ untuk mengiringi Yang Berbahagia
________________ bagi menyampaikan pingat.

Majlis dengan berbesar hatinya menjemput pasukan tempat ketiga


bersama iaitu Pasukan ________ dan Pasukan ____________ untuk
menerima pingat. Kesemua pemain pasukan dijemput untuk naik ke
astaka.

Bagi Naib johan, dijemput pasukan ________ untuk naik ke pentas


bagi menerima pingat.

Johan bagi Perlawanan Hoki Pesta PSKPP peringkat negeri kali ke-40
tahun 2022 dimenangi oleh pasukan _________. Dijemput pasukan
__________ untuk naik ke pentas untuk mengambil pingat.

Terima kasih diucapkan kepada _______________________ dan


_____________________ kerana sudi menyampaikan pingat itu tadi.
Sesi bergambar Dijemput para tetamu kehormat untuk bersama dengan semua
pasukan pemenang untuk bersedia bagi sesi bergambar.
Ucapan penutup Dengan berakhirnya penyampaian pingat dan sesi bergambar
sebentar tadi, maka kita sudah sampai ke penghujung majlis. Dengan
ini, saya memohon maaf andainya tersalah kata, terguris bahasa atau
atau terkasar bicara sepanjang mengendalikan majlis pada pagi ini.
Majulah Sukan Untuk Negara. Sekian, wabillahi taufik walhidayah,
assalualaikum wbt. Terima kasih.

You might also like