You are on page 1of 16

ERKARA/PEMBACA PENGUMUMANCATATAN

PENGUMUMAN KETIBAAN Mengumumkan ketibaan,

Yang Dihormati Encik Nazarul bin Jaafar, Pegawai Tadbir Ketua Bahagian Pembangunan Komuniti Majlis Perbandaran Pasir Gudang diiringi Cikgu Haji
Zainuddin bin Haji Mohd Alie, Guru Besar Sk Kota Masai, Encik Hairul Nizam bin Zainol Abidin, Yang Dipertua PIBG Sk Kota Masai, barisan pentadbir dan ahli
jawatankuasa PIBG.

PERARAKAN MASUK PERBARISAN RUMAH SUKAN Hadirin,

Marilah sama-sama kita berikan tumpuan kepada perarakan lintas hormat perbarisan rumah sukan. Sebelum itu, pihak majlis menjemput dan
mempersilakan Yang Dihormati Encik Nazarul bin Jaafar, Pegawai Tadbir Ketua Bahagian Pembangunan Komuniti Majlis Perbandaran Pasir Gudang diiringi
Cikgu Haji Zainuddin bin Haji Mohd Alie, Guru Besar Sk Kota Masai untuk menyempurnakan perarakan lintas hormat. Dipersilakan.

Perarakan lintas hormat ini diketuai dengan pembawa bendera kejohanan yang dipimpin oleh Saudara Hafiy Ziyad bin Mohd Fairuz dari kelas 6 Bestari.

Hadirin di hormati ,

Kontinjen pertama yang berarak masuk merupakan kontinjen dari rumah sukan coklat dengan keunggulan pahlawan Megat Terawis. Berlandaskan motto
pasukan

“____________________________________________________________________________”

Pasukan Coklat.

*********
Menyusul di belakang ialah kontinjen dari rumah ungu dengan perwira sejati Rosli Dhobi. Dengan motto

“_________________________________________________________________________” pasukan rumah ungu .

************

Menyusul seterusnya adalah dari kontinjen rumah meron bertunjangkan perwira bangsa dato bahaman. Dengan bertunjangkan motto

“________________________________________________________________________”

Pasukan rumah meron .

***********

Tampil seterusnya, adalah kontinjen dari rumah biru yang setia bersama pahlawan Mat Kilau berteraskan motto pasukan

Pasukan rumah biru .

************

Kontijen seterusnya yang memeriahkan acara perbarisan pada pagi ini adalah dari rumah merah jambu berlaksamanakan perwira Rentap. Berpegang
kepada motto pasukan

“_________________________________________________________________________”

Pasukan rumah merah jambu .

************

Kontinjen seterusnya, dari rumah merah dengan kemegahan pahlawan Dol Said. . Dengan motto pasukan
“_________________________________________________________________________”

Pasukan rumah merah .

************

Seterusnya, kontinjen dari rumah Hijau berjuang bersama pahlawan Tok Janggut. Bersama motto

” _______________________________________________________________________”

Pasukan Hijau .

************

Dan kontijen terakhir ialah kontinjen dari rumah kuning dengan pejuang bangsa Pahlawan Mat Salleh. Dengan motto

” ___________________________________________________________________________” pasukan kuning .

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Dihormati Encik Nazarul bin Jaafar, Pegawai Tadbir Ketua Bahagian Pembangunan Komuniti Majlis
Perbandaran Pasir Gudang dan Cikgu Haji Zainuddin bin Haji Mohd Alie, Guru Besar Sk Kota Masai atas kesudian menyempurnakan perarakan lintas
hormat sebentar tadi.

Coklat-gimnastik
Ungu

Hijau

Merah

Meron

Biru

Kuning

Merah Jambu

KATA SALUTASI

Melati tumbuh kuntum sekata,

Sayang merbah di pohon cemara,

Assalamualaikum mulanya kata,

Salam sembah pembuka bicara.

Sayang kumbang mencari makan,

Terbang seiring di tepi kali,

Selamat datang kami ucapkan,

Moga diiring restu illahi

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


Yang Dihormati,

Encik Nazarul bin Jaafar,

Pegawai Tadbir Ketua Bahagian Pembangunan Komuniti

Majlis Perbandaran Pasir Gudang

Yang Berusaha,

Cikgu Haji Zainuddin bin Haji Mohd Alie,

Guru besar SK Kota Masai;

Yang dihormati,

En. Hairul Nizam bin Zainol Abidin,

Yang dipertua PIBG SK Kota Masai;

Barisan guru penolong kanan, para guru, dif-dif jemputan, tuan – tuan, puan – puan serta hadirin yang dimuliakan.

Sesungguhnya kami, amat berbesar hati serta menghulurkan salam menyambut mesra kehadiran tuan puan serta dif-dif jemputan ke Hari Kemuncak
Kejohanan Olahraga Tahunan SK Kota Masai kali ke-16 bagi Tahun 2020.
NYANYIAN LAGU Hadirin yang dihormati,

Seterusnya adalah nyanyian ” LAGU BANGSA JOHOR” dan ” LAGU SEKOLAH”

Hadirin dipersilakan berdiri.

*Hadirin dipersilakan duduk.

BACAAN DOA Hadirin yang dihormati,

Awal pertama, marilah sama-sama kita merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan izin dan inayahnya dapat kita bersama-sama
menjayakan Kejohanan Olahraga Tahunan SK Kota Masai kali ke-16 pada hari ini.

Doa dipohon restu dipinta, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Muhammad Yasir bin Zainal Abidin untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Muhammad Yasir bin Zainal Abidin atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

MENAIKKAN BENDERA KEJOHANAN DAN IKRAR KEJOHANAN


Hadirin yang dihormati,

Majlis diteruskan lagi dengan upacara menaikkan bendera kejohanan.

( MURID AKAN MENAIKKAN BENDERA)

Seterusnya, dipersilakan SAUDARA Hafiy Ziyad bin Mohd Fairuz untuk memimpin bacaan ikrar kejohanan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan terima kasih kepada SAUDARA Hafiy Ziyad bin Mohd Fairuz atas pimpinan ikrar kejohanan sebentar tadi.

UCAPAN ALUAN GURU BESAR

Hadirin yang dimuliakan,

Mudik di sungai mendayung sampan

Sampan didayung ke laut dalam

Sudilah lah tuan memberi ucapan

Kata aluan pemanis kalam

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Cikgu Haji Zainuddin bin Haji Mohd Alie, Guru Besar Sk Kota Masai untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dipersilakan.
– Majlis mengucapkan terima kasih.

UCAPAN PERASMIAN Tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin yang dikasihi,

Daun semulur di pekan sari

Batang jerami rebah ke bumi

Madah dihulur sembah diberi

Kata perasmi hajatnya kami

Seterusnya majlis dengan segala hormat dan ta’zimnya mempersilakan Yang Dihormati Encik Nazarul bin Jaafar, Pegawai Tadbir Ketua Bahagian
Pembangunan Komuniti Majlis Perbandaran Pasir Gudang untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Kejohanan Olahraga Tahunan
SK Kota Masai kali ke-16 bagi Tahun 2020.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

(Gimik Perasmian)

Begitulah tadi simbolik perasmian Kejohanan Olahraga Tahunan SK Kota Masai Kali ke-16 Tahun 2020. Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih
kepada Yang Dihormati Encik Nazarul bin Jaafar, Pegawai Tadbir Ketua Bahagian Pembangunan Komuniti Majlis Perbandaran Pasir Gudang atas kesudian
merasmikan majlis pada hari ini.
PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA PERASMI Tuan-tuan dan puan-puan,

Burung Nuri dipandang dara,

Hingga di beranda di tengah laman,

Cenderamata diberi seikhlas jiwa,

Sebagai tanda buat kenangan.

Seterusnya, sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, dipersilakan, Cikgu Haji Zainuddin bin Haji Mohd Alie, Guru Besar Sk Kota Masai untuk
menyampaikan cenderamata kepada Yang Dihormati Encik Nazarul bin Jaafar, Pegawai Tadbir Ketua Bahagian Pembangunan Komuniti Majlis Perbandaran
Pasir Gudang . Dipersilakan

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Dihormati Encik Nazarul bin Jaafar atas kesudian menerima cenderamata sebentar tadi.

Majlis juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Cikgu Haji Zainuddin bin Haji Mohd Alie atas penyempurnaan penyampaian
cenderamata itu tadi.

PERARAKAN KELUAR PERBARISAN Hadirin yang dihormati,

Acara seterusnya adalah perarakan keluar kontinjen perbarisan.

PERSEMBAHAN SENAMROBIK Hadirin yang dihormati,


Kelihatan di atas padang pasukan aerobik sekolah sedang bersiap sedia untuk membuat persembahan. Dengan itu, sama-sama kita saksikan persembahan
aerobik dari murid-murid SK Kota Masai. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih. Berikan tepukan gemuruh sekali lagi buat pasukan aerobik sekolah atas persembahan yang menarik itu tadi.

Untuk makluman hadirin, persembahan aerobik sebentar tadi telah dipimpin oleh

ACARA 100 M L12 & P12 Hadirin,

Seterusnya, apa kata kita tumpukan perhatian kepada acara yang akan berlangsung sebentar sahaja lagi iaitu acara 100M L12 akhir dan acara 100M P12
akhir.

PENYAMPAIAN HADIAH Sidang hadirin yang dimuliakan,

Seterusnya adalah acara penyampaian hadiah.

Untuk itu, pihak majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Tuan Gopalakrishnan A/L Subramaniam, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Dun
Tiram diiringi Cikgu Haji Zainuddin bin Haji Mohd Alie, Guru Besar SK Kota Masai untuk menyempurnakan acara penyampaian hadiah.

(Nama pemenang)
– Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Yang Berhormat menyampaikan hadiah sebentar tadi.

PEMERIKSAAN KHEMAH RUMAH SUKAN Hadirin yang dimuliakan,

Majlis pada pagi ini diteruskan dengan diteruskan dengan acara lawatan ke khemah rumah sukan. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Yang Berhormat Tuan Gopalakrishnan A/L Subramaniam, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Dun Tiram diiringi Ahli

Jawatankuasa PIBG SK Kota Masai untuk menyempurnakan pemeriksaan khemah rumah sukan. Dipersilakan.

Untuk makluman para hadirin, Tema Kejohanan Sukan pada tahun ini ialah . Semua rumah sukan telah berganding bahu dalam menjana idea
dan kreativiti demi memastikan kejayaan rumah sukan masing-masing.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Tuan Gopalakrishnan A/L Subramaniam, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Dun Tiram atas
penyempurnaan acara itu sebentar tadi.

JAMUAN MAKAN
Hadirin,

Terbang rendah burung merbah,

Hinggap berdua di pohon ara,

Penganan mulia terletak sudah,

Dijemput tuan menjamu selera.

Sama-sama kita berikan laluan mesra kepada, Yang Berhormat Tuan Gopalakrishnan A/L Subramaniam, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Dun Tiram,
barisan pentadbir serta dif-dif jemputan ke laman selera untuk menikmati juadah yang telah disediakan. Dipersilakan.
ACARA 100M P10, 100M L10, 100M P11, 100M L11

ACARA IBU BAPA

PENYAMPAIAN HADIAH ACARA 100M L&P 10, 100M L&P 11, IBU BAPA (YDP PIBG & GPK KOKO)

PERTANDINGAN SORAK

ACARA 4 X 100 M L12, P10, P11, P12


PENYAMPAIAN HADIAH ACARA 4 X 100M (NYDP PIBG & GPK HEM)

ACARA 4 X 100M L10, 4X100M L11, 4X100M L12 JEMPUTAN

PENYAMPAIAN HADIAH ACARA 4 X 100M L10, 4X100M L11, 4X100M L12 JEMPUTAN

ACARA TARIK TALI GURU

MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH

Hadirin yang dihormati,

Sebentar lagi tibalah acara penutup dan penyampaian hadiah bagi acara yang telah dipertandingkan. Untuk itu semua murid diminta berhimpun ke tengah
padang untuk meneruskan acara. Dipersilakan.

Sekarang adalah acara penyampaian hadiah bagi acara yang baru dipertandingkan sebentar tadi. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput
yang berusaha Cikgu Haji Zainuddin bin Hj Mohd Alie diiringi Cikgu Zaharel bin Atan, Guru penolong kanan kokurikulum bagi menyempurnakan acara.
Dipersilakan.
PENUTUP Hadirin yang dihormati,

Seterusnya, adalah upacara menurunkan bendera kejohanan. Untuk itu, dipersilakan semua pentadbir dan tetamu jemputan ke podium untuk acara
penurunan dan penyerahan bendera kejohanan. Dipersilakan.

Upacara menurunkan bendera kejohanan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Majlis kita pada hari ini telah sampai ke penghujungnya.

Kami mewakili pihak majlis dengan rendah hati memohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran bicara, tutur dan tingkah.

Sama-sama kita akhiri Kejohanan Olahrga Tahunan SK Kota Masai kali ke-15 ini dengan nyanyian lagu ‘Negaraku’

Sekian, terima kasih


Majlis bersurai…….

You might also like