You are on page 1of 3

BIL PERKARA CATATAN

2. SALUTASI/KATA-KATA ALUAN PENGACARA MAJLIS

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani.

Yang dihormati,Encik Hardian Bin Hadir, Ketua Pegawai Eksekutif,


Yayasan Didik Negara.
Yang dihormati, Encik Suhaimi Sun Abdullah, CEO Zecon Golf,

Yang Berusaha, Encik Norsahizamzami Bin Bagad, Guru Besar Sekolah


Kebangsaan Saujana Puchong,
Puan Jurayu Binti Mokminin, Penolong Kanan Pentadbiran,
Encik Mohd Tabohan Bin Ishak, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

serta rakan-rakan guru dan staf yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan IzinNya jua kita


diberi kelapangan waktu dan kesempatan untuk sama-sama menjayakan
Bengkel Pemantapan Pegawai Pendidikan Dan Kakitangan SK Saujana
Puchong 2023 bertempat di Kelab Golf Perkhidmatan Awam Bukit Kiara.

Hadirin sekalian,

Antara objektif Kejohanan Bengkel pada hari ini dijalankan ialah :

1) Mewujudkan semangat Kerjasama dan semangat sepasukan


antara guru dan kakitangan SK Saujana Puchong.

2) Mewujudkan ikatan silaturahim yang kuat antara guru dan


kakitangan sekolah

3) Membangkitkan semangat untuk terus bekerja dengan lebih


bertanggungjawab

4) Pengenalan sukan golf kepada guru-guru dan kakitangan SK


Saujana Puchong.
UCAPAN ALU ALUAN

Hadirin yang dimuliakan,

Kita mulakan majlis kita pada hari ini dengan menjemput Yang Berusaha
Encik Norsahizamzami Bin Bagad, Guru Besar SK Saujana Puchong untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan.

*******UCAPAN ALU ALUAN**

Terima kasih diucapkan kepada Encik Norsahizamzami Bin Bagad atas


ucapan yang telah disampaikan.

UCAPAN ALU-ALUAN

Hadirin yang dikasihi,


Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang dihormati, Encik
Suhaimi Sun Abdullah, CEO Zecon Golf untuk menyampaikan sedikit
ucapan. Dipersilakan.

********UCAPAN ALU-ALUAN****

Terima kasih diucapkan kepada Encik Suhaimi Sun Abdullah atas ucapan
yang telah disampaikan.

UCAPAN PERASMIAN

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati,

Seterusnya majlis dengan penuh takzim dan sukacitanya mempersilakan


Yang dihormati, Encik Hardian Bin Hadir, Ketua Pegawai Eksekutif
Yayasan Didik Negara untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

****UCAPAN PERASMIAN****

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih


kepada Yang dihormati, Encik Hardian Bin Hadir, atas ucapan dan
perasmian sebentar tadi.

Saya serahkan majlis kepada________________________-untuk


meneruskan sesi LADAP kita pada hari ini.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara


langsung mahu pun tidak langsung bagi acara ini. Sekian sahaja daripada
sahaja. Wabillah. Dipersilakan dif-dif kehormat dan semua hadirin untuk
menjamu selera.

You might also like