You are on page 1of 3

Teks Juru Acara Majlis Kejohanan Merentas S K. Bandar Mentakab bagi tahun 2015.

Juruacara Majlis :- Pn. Sharipah Maizatul Akma Syed Mahamud.

Tarikh :- 23 Januari, 2015 (jumaat). Tempat:- Dewan S.K. Bandar Mentakab.

Lihat dokumentasi dari Web You Tube yg dihasilkan :-


https://www.youtube.com/watch?v=Rmqf29pcGeA

Pembukaan,

Yang berusaha, En. Yusuf b. Mohamad, Guru Besar S K. Bandar Mentakab, Barisan Guru
Penolong Kanan SK. Bandar Mentakab, guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum WBT dan Salam Satu Malaysia.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya dapat kita
bersama-sama meraikan Kejohanan Merentas S K. Bandar Mentakab bagi tahun 2015 pada hari
ini.

Justeru itu, pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada semua warga S K. Bandar
Mentakab yang telah bertungkus lumus sejak semalam hingga hari ini bagi menjayakan apa yang
telah kita rancangkan. Salam tahniah juga dihulurkan kepada semua pihak yang turut menyertai
acara Merentas S K. Bandar Mentakab bagi tahun 2015 kali ini, sekaligus membuktikan
komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada pihak sekolah.

Sekalung ucapan tahniah bagi pelajar2 kerana berjaya menghabiskan perjalanan larian jarak 4
kilometer dengan semangat yang berkobar-korar dan ini jelas menunjukkan semangat kesukanan
yang tinggi tersemat dalam diri pelajar2 S K. Bandar Mentakab, tahniah sekali lagi diucapkan.

Pelajar-pelajar sekalian,

Objektif Pertandingan Kejohanan Larian Merentas Desa ini diadakan berlandaskan beberapa
objektif utama. antaranya adalah untuk :

i. Memenuhi takwim sekolah untuk mengadakan acara merentas desa sebagai acara tahunan

ii. Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi membentuk individu yang
cergas.

iii. Memupuk semangat kerjasama dikalangan warga SKBM dalam mengendalikan acara yang
memerlukan kerjasama semua pihak untuk menjayakannya.

iv. Menambahkan ilmu pengetahuan murid dan warga SKBM tentang alam sekitar

v. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan serta semangat berjuang didalam kalangan
murid-murid dan guru-guru melalui pertandingan antara rumah-rumah sukan .

1
vi. Memilih wakil sekolah untuk pertandingan pada peringkat daerah.

Kejohanan Merentas Desa merupakan acara tahunan yang bertujuan mewujudkan perpaduan
dalam kalangan pelajar di seluruh Negara ke arah meningkatkan kecemerlangan 1 bangsa
Malaysia.
Pelajar bukan sahaja bersukan sambil menikmati keindahan alam sekitar tetapi juga akan
meningkatkan imej negara demi mencapai wawasan negara. Acara larian Merentas Desa ini
tentunya akan dapat melahirkan pelajar terbilang yang berteraskan nilai kekitaan dan
kebersamaan ke arah kesejahteraan negara bangsa. Sikap setiakawan serta semangat juang yang
ditunjukkan oleh semua warga Sekolah benar-benar mempamerkan ketelusan warga sekolah
menjayakan program yang menyihatkan kesejahteraan fizikal dan mental disamping menikmati
keindahan alam sekitar ciptaan Ilahi ini. Terima kasih dan syabas.!

Hadirin sekelian,

Kini tibalah waktu yang dinanti-nantikan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang
Kejohanan Merentas Desa bagi tahun 2015 ini. Kita mulakan dengan penyampaian untuk pelajar
pendidikan khas.

Bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan Encik Yusuf bin Mohamad Guru Besar SK Bandar Mentakab dengan diiringi
oleh Pn Putih Halimah bt Taib Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum untuk menyampaikan
hadiah.

Bagi kategori pelajar Pendidikan Khas,

Pemenang tempat ketiga, dimenangi oleh…………….Tempat kedua dimenangi oleh …………


Johan bagi kategori pelajar Pendidikan Khas jatuh kepada……….

Bagi kategori pelajar Arus Perdana Perempuan,

Pemenang tempat ke- 10, dimenangi oleh…………….Tempat ke-9 dimenangi oleh……

Bagi kategori pelajar Arus Perdana Lelaki,

Pemenang tempat ke- 10, dimenangi oleh…………….Tempat ke-9 dimenangi oleh……

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada……………………...atas kesudian


menyampaikan hadiah itu tadi serta syabas dan tahniah kepada para pemenang.

Kategori Johan dan Naib Johan,

Hadirin warga dewan yang dimuliakan, sekarang tibalah masanya ke kemuncak penyampaian
iaitu untuk menobatkan johan rumah sukan yang bergelar Johan Keseluruhan Kejohanan
Merentas Desa peringkat Sekolah Keb. Bandar Mentakab bagi tahun 2015 ini.

2
Baiklah, hadirin sekelian tanpa melengahkan lagi masa majlis sekali lagi dengan segala
hormatnya memepersilakan…...….....

Sebelum itu diumumkan dahulu tempat ke-3………….dengan pungutan mata…….

Naib Johan Kejohanan Merentas Desa peringkat Sekolah Keb. Bandar Mentakab 2015 jatuh
kepada rumah ………….dengan pungutan…..……. mata. Tahniah diucapkan kepada rumah……

Seterusnya, Johan Kejohanan Merentas Desa peringkat Sekolah Keb. Bandar Mentakab bagi
tahun 2015 ini menjadi milik rumah…….yg berjaya mendapat kutipan mata
sebanyak…….Syabas dan tahniah diucapkan.

Barisan guru yang dihormati dan pelajar2 yg dikasihi sekelian,

Dengan berakhirnya penyampaian hadiah itu tadi, maka berakhirlah Kejohanan Merentas Desa
Sek. Keb. Bandar Mentakab bagi tahun 2015 ini. Sekalung ucapan tahniah dan syabas kepada
yang Berjaya. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat dalam menyempurnakan perjalanan
Kejohanan Merentas Desa Sek. Keb. Bandar Mentakab bagi tahun ini.

Dengan itu, sekian dahulu saya akhiri denga lafaz yang mulia, Assalamulaikum WBT.

Terapkan kecintaan kepada alam sekitar dalam acara


larian sihat ini.

Refleksi selepas mengacara majlis ini :-

Penambahbaikan, pamerkan video Merentas Desa tahun

sebelumnya kepada pelajar untuk memberi semangat dalam

pertandingan antara rumah sukan dan keselamatan pelajar

sepanjang 2 hari ketika latihan dan larian sebenar.

You might also like