You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

“Bento Box Competition”


[Highly Immersive Program(HIP)]

2020

Dianjurkan oleh:

Panitia Bahasa Inggeris


SMK TAMAN JOHOR JAYA 2

Diluluskan oleh:

Nik Hasni binti Nik Mahmod


Pengetua
SMK Taman Johor Jaya 2

HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME (HIP) SMK TAMAN JOHOR JAYA 2 (2020)

1.0 Pengenalan

Bahasa Inggeris merupakan suatu subjek teras yang diajar di sekolah. Di Malaysia, Bahasa
Inggeris adalah bahasa kedua yang merupakan bahasa yang termaktub didalam silibus utama
disekolah sekolah kerajaan. Didalam pengesanan penggunaan subjek ini, kebanyakkan murid
mempunyai masalah yang mapan terhadap tahap kecekapan penggunaannya.

Usaha yang dilakukan oleh panitia Bahasa Inggeris adalah untuk memberikan pendedahan yang
menarik mengenai penggunaan dan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid sesi
petang. Sejajar dengan itu, aktiviti ini menerapkan nilai “fun learning” dan secara tidak langsung
mengurangkan tekanan yang dihadapi murid untuk menguasai bahasa tersebut. Murid- murid
perlu menyiapkan susunan hiasan Bento Box (lunch box) dan menerangkan fungsi kelas
makanan yang terdapat dalam bento box yang telah hasilkan.

2.0 Matlamat

Program Imersif Tinggi (HIP) merupakan sebuah program yang diperkenalkan di bawah dasar
MBMMBI yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan
murid-murid melalui pendedahan yang lebih tinggi kepada bahasa tersebut di sekolah. Perkara
ini merupakan suatu pengukuhan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas bil. 1/1999: Garis Panduan
Pengendalian Aktiviti Sokongan Bahasa Inggeris Di Sekolah (No. Rujukan: KP (BS) 8591/Jilid
XV/ (1) 4 Januari 1999) bagi pelaksanaan aktiviti peningkatan penguasaan bahasa Inggeris di
dalam dan di luar kelas. Ia juga bertujuan untuk memupuk sikap dan pandangan yang positif
terhadap pembelajaran dan penggunaan bahasa Inggeris.

Oleh yang demikian, aktiviti yang telah dirancang adalah sejajar dengan matlamat diatas, untuk
memberikan pendedahan kepada murid untuk memberi serba sedikit keyakinan dalam
penggunaan bahasa tersebut.

3.0 Objektif

Antara objektif yang disasarkan untuk aktiviti ini adalah seperti yang berikut;

1. Memupuk semangat cintakan Bahasa Inggeris.


2. Menggalakkan pengunaan Bahasa Inggeris dalam aktiviti seharian.
3. Menerapkan PBD didalam program HIP.
4. Mengembangkan kreativiti pelajar menggunakan medium Bahasa Inggeris.
5. Mengeratkan silaturrahim antara warga sekolah.

4.0 Tarikh Perlaksanaan

11 Mac 2020
5.0 Sasaran

Murid Tingkatan 2 Einstein dan Newton

6.0 Tempat Perlaksanaan

Kantin Sekolah

7.0 Tentatif Program

1.00 ptg - Taklimat oleh guru


1.20 ptg – Murid menyiapkan Bento Box
1.40 ptg - Pembentangan Bento Box
2.00 ptg - Bersurai

8.0 Jawatankuasa Program

Guru Mata Pelajaran – Muhammad Shafiq bin Hamzah


Guru Pembantu – Muhamad Zulhelmi bin Akmen

9.0 Penutup

Program ini diharapkan akan memberikan impak kepada murid-murid untuk memberikan
fokus yang lebih baik kepada pembelajaran didalam mahupun diluar kelas dalam untuk
penguasaan subjek tersebut.

Disediakan oleh, Disokong oleh,

______________________ _________________________
Muhammad Shafiq Hamzah Santhya Dharshini Puvanandran
P. Penyelaras Highly Immersive Program(HIP) Ketua Panitia Bahasa Inggeris
SMK Taman Johor Jaya 2 SMK Taman Johor Jaya 2

You might also like