You are on page 1of 3

Nama Peserta :

Tajuk Webinar : SESI 2: PELAKSANAAN HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME


(HIP) OLEH: ENGLISH LANGUAGE TEACHING CENTRE

https://youtu.be/LdWjir2JThw

Anjuran : KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Tarikh Siaran : 19-03-2019


Masa Mula : 3.00 PETANG Masa Tamat : 4.00 PETANG

Ulasan : 1. Wacana ilmu ini disampaikan oleh Dr Kalminderjit Kaur a/p


Gurcharan Singh (Timbalan Pengarah English Language
Teaching Centre KPM).
2. Highly Immersive Programme (HIP) merupakan satu aktiviti
sokongan Bahasa Inggeris bagi dasar Memartabat Bahasa
Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).
3. HIP mempunyai 3 tunjang utama. Pertama, berfokus kepada
pembangunan persekitaran Bahasa Inggeris yang mampu
memotivasikan murid untuk belajar dalam keadaan yang positif.
Kedua, meningkatkan keyakinan murid untuk berkomunikasi
dalam Bahasa Inggeris melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan.
Ketiga, mampu meningkatkan penglibatan ibu bapa, komuniti
setempat dan masyarakat setempat dari segi menyumbang
kemahiran bagi menyokong dan memastikan murid dapat
menguasai pembelajaran Bahasa Inggeris.
4. HIP mula dilaksanakan pada tahun 2016. Kohort pertama
melibatkan 1200 buah sekolah rendah dan menengah di 6 buah
negeri. Pada tahun 2017, pelaksanaannya diperluaskan kepada
5500 buah sekolah. 2018 diperluaskan di semua sekolah di
bawah KPM.
5. Pada tahun 2019 diperluaskan di institusi Pendidikan yang lain
seperti kolej vokasional dan institusi perguruan. Ini bertujuan
untuk memastikan agar semua komuniti di bawah KPM
menyokong dasar HIP.
6. HIP merupakan program yang unik kerana ia menggunakan
pendekatan secara menyeluruh di mana setiap individu yang
dikenali sebagai pemegang taruh terlibat dalam pelaksaan HIP.
7. Pemegang taruh yang pertama ialah pemimpin sekolah (Guru
Besar/ Pengetua) memainkan peranan penting untuk
memastikan program HIP dilaksanakan mengikut pelan strategik
yang ditetapkan. Gur Besar juga perlu memastikan sekolah
mampu merancang pelan strategik untuk membantu
pelaksanaan HIP. Semua guru bukan sahaja guru Bahasa
Inggeris merupakan pemegang taruh kedua berperanansebagai
pelaksana. Ini kerana murid berkomunikasi dengan guru setiap
masa.
8. Ibu bapa merupakan pemegang taruh ketiga. Mereka berperanan
untuk membantu dan menyokong pembelajaran Bahasa Inggeris
di rumah. Ibu bapa juga digalakkan untuk menyertai dan
menyokong aktiviti pelaksanaan HIP di sekolah seperti Hari
Bahasa Inggeris dan Hari Sukan. Mereka juga digalakkan untuk
menyumbang kepakaran.
9. Pemegang taruh yang paling penting dalam HIP adalah murid-
murid. Mereka perlu menguasai Bahasa Inggeris supaya
mempunyai daya saing dan memberi kerberhasilan apabila
keluar dari sekolah.
10. Yang digalakkan dalam HIP adalah murid dapat menguasai
Bahasa Inggeris dan dapat melaksanakan aktivti-aktiviti Bahasa
Inggeris di bawah panduan dan sokongan guru-guru dan
menjurus kepada pembelajaran kendiri. Akhirnya, murid-murid
dapat menghayati pembelajaran seumur hidup.
11. Aktiviti- aktiviti pelaksanaan HIP perlu juga menerapkan
elemen pembelajaran abad ke 21 seperti kreativiti, pemikiran
secara kritis dan pemikiran aras tinggi supaya dapat membuntuk
modal insan yang diinspirasikan oleh KPM
12. Pemantauan pelaksanaan perlu dilaksanakan untuk
memastikan keberkesanan program. Jabatan dan PPD perlu
membantu sekolah untuk memastikan pelaksaan HIP.

Wacana ilmu ini membantu saya untuk memahami konsep dan


pelaksanaan program HIP. Ia bukanlah program yang bertumpu dan
Impak pada :
di bawah tanggungjawab panitia Bahasa Inggeris semata-mata. Ia
merupakan satu program sekolah dan semua perlu terlibat untuk
memastikan keberkesanan program HIP.

You might also like