You are on page 1of 2

Talking Point: Penutupan Rasmi daripada Pegawai Pendidikan

Daerah Mukah untuk Bengkel Orientasi Highly Immersive


Programme (HIP) Kumpulan 2 Peringkat Pejabat Pendidikan
Daerah Mukah Tahun 2017

Highly Immersive Programme (HIP) merupakan salah satu


program utama di bawah MBMMBI .
2 program utama di bawah MBMMBI ialah Dual Language
Programme (DLP) dan Highly Immersive Programme (HIP)
Kedua-dua program ini memberi penekanan terhadap
penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan semua warga
sekolah.
Bengkel ini diadakan sebagai persediaan kepada semua
sekolah di PPD Mukah dalam melaksanakan HIP mulai tahun
2017.
Bengkel ini menyediakan semua pengurus sekolah (PGB) , PK
KK dan Ketua Panitia akan peranan masing-masing bagi
memastikan HIP dijiwai oleh semua warga sekolah termasuk
ibu bapa.
Objektif HIP:
i. Mewujudkan persekitaran highly immersive yang
menggalakkan pembelajaran BI di sekolah
ii. Meningkatkan penggunaan dan penguasaan BI dalam
kalangan warga sekolah
iii. Meningkatkan pelibatan murid secara lebih aktif dalam
aktiviti BI yang dilaksanakan di sekolah secara
berterusan
iv. Menggalakkan PGB memainkan peranan sebagai
penggerak utama dalam merancang aktiviti BI di
sekolah
v. Mempertingkat pelibatan ibu bapa serta komuniti yang
lebih aktif dalam pembelajaran BI murid di sekolah.

Setiap warga sekolah mempunyai peranan dan


tanggugjawab masing-masing. Ini dinyatakan di dalam Surat
Pekeliling Ikhtisas KPM Bil.4 Tahun 2016 Pelaksanaan Highly
Immersive Programme (HIP) Bahasa Inggeris Di semua
Institusi Pendidikan di bawah KPM mulai 2016. Mohon semua
PGB h semua warga sekolah dimaklumkan dan membaca
pekeliling ini.
Keberkesanan program HIP banyak bergantung kepada
kecekapan kepimpinan sekolah dalam melaksanakan HIP di
peringkat sekolah.
Aktiviti HIP akan membantu menwujudkan persekitaran yang
mesra Bahasa inggeris di sekolah dan memberi pendedahan
yang meluas terhadap penggunaan BI dalam kalangan
murid. Secara tidak langsung ini akan membantu
meningkatkan keyakinan muris dalam menguasai BI dengan
lebih baik. Sesungguhnya kerjasama anatara semua pihak
adalah penting untuk memastikan kejayaan HIP.

You might also like