You are on page 1of 22

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABDUL JALIL

HULU LANGAT, SELANGOR

MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS BIL 2 2021

Bilangan Mesyuarat : Bil 2 Tahun 2021


Tarikh : 13 JUN 2021
Masa : 2.30- 5.15 Petang
Tempat : Kediaman masing-masing
Pelantar : Google Meet

Hadir : 10/10 (Rujuk Lampiran) sesi pagi

: 8/8 (Rujuk Lampiran) sesi petang

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI (PN. NOOR AZLIN BINTI BAHARIN)

1.1. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan surah Al-Fatihah dan mengucapkan


terima kasih kerana kehadiran guru-guru.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Minit mesyuarat yang lalu dibentangkan dan disahkan oleh Puan Rosnani Hj
Omar dan disokong sebulat suara.

3.0 PERKARA BERBANGKIT


3.1 Aktiviti Ko-akademik
Pengerusi memaparkan nama-nama guru yang menjadi jurulatih pasukan
sekolah untuk aktiviti ko-akademik bagi tahun 2021. Mengikut perancangan,
SMAJA akan menghantar wakil murid untuk menyertai pertandingan Scrabble,
Poetry recital dan drama. Pengerusi memaklumkan pada tahun ini, pertandingan
English Sketch akan menggantikan drama. Semua maklumat berkaitan dengan
pertandingan telah dimaklumkan oleh ketua panitia kepada guru-guru yang
terlibat. Pengerusi turut memaparkan tarikh pelaksanaan aktiviti Ko-akademik
dan meminta guru-guru terlibat bersedia untuk tindakan selanjutnya.
(Rujuk lampiran jadual Pelaksanaan aktiviti Ko-Akademik Bahasa Inggeris 2021)

Tindakan:Semua jurulatih aktiviti Ko-akademik


3.2 Penulisan RPH
Pengerusi memaklumkan bermula tahun 2021, kriteria kejayaan tidak perlu lagi ditulis dalam
RPH. Pengerusi mengingatkan ahli panitia tentang beberapa perkara asas yang perlu ada
dalam penulisan RPH. Perkara asas adalah seperti berikut:

i. Set induksi ( contohnya nyanyian, gambar)


ii. Perkembangan – aktiviti murid
iii. Pentaksiran PBD ( Contohnya latihan / kuiz)
iv. Pengayaan / pemulihan
v. Penutup
vi. Refleksi

Untuk bahagian perkembangan (aktiviti murid), guru perlu merancang aktiviti yang menepati
Standard Pembelajaran yang telah dipilih serta selaras dengan objektif yang telah ditetapkan.
Aktiviti hendaklah berfokus kepada murid dengan menggunakan kaedah PAK 21 serta Google
Classroom. Pengerusi menegaskan untuk bahagian refleksi, bilangan murid yang mencapai
objektif pembelajaran hendaklah ditulis dengan jelas. Penulisan refleksi hendaklah berkait
dengan objektif dan hasil pembelajaran.

Tindakan :Semua guru Bahasa Inggeris

4.0 PERKARA BAHARU

4.1 Kursus Sokongan dalam Talian

Pengerusi memaklumkan beberapa kursus Sokongan dalam talian diperkenalkan untuk


mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan guru-guru Bahasa Inggeris.
Guru-guru boleh menyertai mana-mana kursus yang telah disediakan dengan menggunakan
id email DeLima guru. Bagi guru-guru yang berminat untuk menyertai kursus boleh berhubung
dengan Ketua Panitia untuk maklumat lanjut. Pengerusi turut memaklumkan bagi guru-guru
yang masih belum mencapai C1 semasa Ujian CEFRR masih boleh mencuba sehingga tahun
2025.Hanya guru yang mencapai C1 dan C2 sahaja akan diberikan sijil. Pengerusi turut
memaklumkan keputusan CEFRR perlu dikemaskini dalam e-operasi.

Tindakan : Makluman

4.2 Program Intervensi Tambah Opsyen bagi Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai
bahasa kedua, (PITO TESL)
Pengerusi berkongsi maklumat beberapa perkara berkaitan PITO TESL. Berikut adalah
perkongsian PITO TESL bagi guru-guru yang berminat:

1. Minima kelulusan Ijazah Sarjana Muda dari mana-mana IPTA / IPTS tempatan atau
luar negara.
2. Mengajar Bahasa Inggeris minima 3 tahun di sekolah kerajaan.
3. Akan dapat sijil ijazah lanjutan dan ditag sebagai tambah opsyen dalam e-operasi.
4. Hanya satu pusat di Selangor.
5. Bermula 3 April hingga 10 Disember 2021 ( Kursus secara dalam talian dan
bersemuka)
6. 1 Mac- 30 April 2022 ( Praktikum)

Tindakan : Makluman
4.3 Highly Immersive Programme ( H.I.P)
Pengerusi memaklumkan bahawa program H.I.P masih lagi dilaksanakan. SMAJA telah
menghantar murid tingkatan 3 dan tingkatan 5 untuk menyertai E-Host Idol 2021.

Tindakan : Makluman

4.4 Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris (CEFR) dalam kalangan guru opsyen Bahasa
Inggeris
Pengerusi memaklumkan tahap minimum CEFR bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Bahasa Inggeris ialah C1. Ini meliputi PPP BI di sekolah rendah, sekolah menengah, Kolej
Tingkatan 6, Kolej Vokasional dan Kolej Matrikulasi. Tahap penguasaan CEFR C1 juga
menjadi syarat untuk :

i. Penempatan bagi guru pelatih bidang BI dari IPG dan Universiti Awam bermula
tahun 2022
ii. Penggubal / pemeriksa kurikulum BI
iii. Pembina item / pemeriksa kertas peperiksaan awam BI
iv. Penyemak / penilai buku teks / bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa
Inggeris.
v. Permohonan HLP dalam bidang Bahasa Inggeris.

PPP Bahasa Inggeris yang belum mencapai tahap penguasaan yang ditetapkan perlu
menduduki ujian penguasaan Bahasa Inggeris bermula tahun 2019 untuk mencapai tahap
CEFR tersebut. Hanya PPP Opsyen Bahasa Inggeris yang akan bersara wajib sebelum 1
Januari 2022 dikecualikan daripada menduduki ujian.

Tindakan : Makluman
4.5 Projek Penyediaan Bahan Sokongan Digital Bahasa Inggeris Sejajar CEFR Daerah
Hulu Langat.
Pengerusi memaklumkan tentang Projek Penyediaan Bahan Sokongan Digital Bahasa
Inggeris sejajar Daerah Hulu Langat. ObjektifA projek ialah untuk mewujudkan bank bahan
sokongan digital Bahasa Inggeris sekolah menengah, membantu memberi idea / cadangan
kepada guru Bahasa Inggeris daerah Hulu Langat serta memantapkan kemahiran digital
guru Bahasa Inggeris.

Beberapa buah sekolah mengikut zon telah dipilih untuk menyediakan bahan digital
tersebut. Pengagihan tugas adalah seperti berikut:
i. SMK Taman Kosas ( Zon Ampang- Form 1)
ii. SMK Kajang Utama ( Zon Bangi- Form 2)
iii. SMK Bandar Tun Hussien Onn 2 ( Zon Cheras- Form 3)
iv. SMK Sultan Abdul Aziz Shah ( Zon Kajang- Form 4)
v. SMK Bandar Tasik Kesuma ( Zon Semenyih- Form 5)

Bahan yang disediakan hendaklah sesuai digunakan secara umum dan tidak diciplak tanpa
kebenaran penulis atau penerbit. Format nota yang dibenarkan adalah dalam bentuk PDF,
Google Docs, Google Slides, Google Sheets, Anyflip ( Online Flipbook), Offline Flipbook,
Jamboard, Liveworksheets, Ms word, Ms Excel dan Ms Powerpoint. (Rujuk lampiran Projek
Penyediaan Bahan Sokongan sejajar CEFR )

Tindakan : Makluman
4.6 Analisis Pbd
Pengerusi memaparkan analisis PBD Pertengahan tahun 2021 tingkatan 1 hingga
tingkatan 5 untuk rujukan dan tindakan guru-guru.
( Rujuk lampiran analisis PBD )

Tindakan : Semua guru Bahasa Inggeris

4.7 Pelan Intervensi Lima Langkah (PILL)


Berdasarkan analisis PBD tingkatan 1 hingga tingkatan 5, pengerusi membentangkan Pelan
Intervensi Lima Langkah (PILL). Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan seperti
High Flyers ( murid yang sangat menguasai), Achievers ( murid menguasai), Ignites ( murid
yang kurang menguasai ) dan Fighters ( murid yang tidak menguasai) untuk memudahkan
program intervensi dilaksanakan mengikut kategori pencapaian murid.

Beberapa masalah dikenalpasti menjadi punca murid tidak menguasai subjek Bahasa
Inggeris. Antaranya ialah asas Bahasa Inggeris yang lemah, kurang motivasi, tiada inisiatif
untuk melakukan tugasan sendiri dan masalah ketidakhadiran ke sekolah.

Antara program intervensi yang akan dilaksanakan ialah program pemulihan dan
pengayaan dalam kelas contohnya klinik Bahasa Inggeris, memilih guru muda, latih tubi dan
jadual anjal. Virtual Class juga akan diadakan semasa Pdpr untuk meningkatkan
kecemerlangan murid yang berpotensi mendapat A. Usaha sama dengan Unit Bimbingan
dan Kaunseling turut dijalankan untuk menangani masalah ketidakhadiran murid ke sekolah.
( Rujuk lampiran PILL)

Tindakan : Semua guru Bahasa Inggeris

4.8 Pembugaran PBD


Pengerusi mengingatkan ahli kepentingan PBD iaitu untuk mengesan perkembangan atau
pencapaian murid dan seterusnya menambahbaik PdP dalam bilik darjah. Pengerusi
memaklumkan pembugaran PBD adalah untuk memperkasa pelaksanaan PBD di peringkat
sekolah.

Pelaksanaan PBD melibatkan perkara berikut:

i. Merancang Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH)


Guru mengenalpasti standard kandungan (SK) dan standard pembelajaran (SP),
objektif , menentukan instrumen dan strategi pembelajaran.

ii. Melaksanakan PdP dan pentaksiran


Kaedah pentaksiran dibuat secara berterusan dalam PdP dengan menggunakan
kaedah lisan, pemerhatian dan bertulis- Rujuk lampiran Pembugaran PBD.

iii. Merekod dan menganalisis tahap penguasaan murid


Maklumat aktiviti hendaklah direkodkan dengan sistematik dan dicatatkan di Buku
Rekod Mengajar guru, Buku Catatan guru, Senarai Semak, Templat Pelaporan dan
Borang Perkembangan Murid.

iv. Tindakan susulan


Tindakan susulan hendaklah dilaksanakan serta merta, atau dirancang dengan
Pelan Intervensi (PILL).
v. Melapor
Pelaporan dibuat dua kali setahun dan dijana melalui pelaporan individu.

Untuk memastikan PBD bagi subjek Bahasa Inggeris berjalan lancar, pengerusi meminta
penyelaras PBD bagi setiap tingkatan berbincang bersama dan mencadangkan idea untuk
pelan intervensi untuk setiap tingkatan. Penyelaras PBD untuk setiap tingkatan adalah
seperti berikut:

• TING. 5 - Cik Ruzaini binti Ahmad Tajuddin


• TING. 4 - Pn. Noor Syarafina binti Kamaludin
• TING. 3 - Pn. Subhashini V.S. Kandiah
• TING. 2 - Pn. Norashahniza binti Sarip
• TING. 1 - Cik Nithiyaa Sakthi Saravanan

Untuk memastikan penyelarasan dalam perekodan PBD subjek Bahasa Inggeris, Puan
Haslina selaku jurulatih CEFR berkongsi borang yang dihasilkan oleh Dr Illhamanggai
Narinasamy. Semua guru Bahasa Inggeris dikehendaki menggunakan borang tersebut
untuk merekod perkembangan murid. ( contoh borang sila rujuk lampiran)

Puan Haslina turut berkongsi cara-cara untuk mengisi borang perkembangan murid
tersebut dan mengingatkan guru-guru untuk berhati-hati dalam memberikan tahap
penguasaan (TP) kepada murid. Beliau juga menerangkan kandungan asas dan
kandungan tambahan yang perlu dikuasai oleh murid. Puan Haslina turut menunjukkan
contoh RPH yang disertakan PBD.

Puan Zahana Hamzah selaku Penolong Kanan Pentadbiran mengucapkan terima kasih
atas perkongsian dan meminta semua guru untuk mengambil serius perkara berkaitan PBD
walaupun berdepan pelbagai kekangan semasa menjalankan Pdpr.

Tindakan :Semua guru Bahasa Inggeris

Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris ditangguhkan pada jam 5.15 petang dan diakhiri
dengan tasbih kifarah dan surah al-Asr.

Disediakan oleh:

……………………………
(SITI AISYAH BINTI SAARI)
Setiausaha,
Panitia Bahasa Inggeris
TARIKH: 13 JUN 2021
LAMPIRAN

KEHADIRAN GURU
Hadir : 10/10 sesi pagi
: 8/8 sesi petang

BIL NAMA (Sesi Pagi) BIL NAMA (Sesi Petang)


1. Pn Zahana bt Hamzah 1 En. Megat Ismazi Ismail
2. Pn. Rosnani bt Hj Omar 2 Pn. Norashahniza bt Sarip
3. Pn. Noorazlin bt Baharin 3 Pn. Rusilawati Mohammad Lazim
4. Datin Rosliza bt Abu Bakar 4 Pn. Nur Izzati Mohd Noordin
5. Pn. Rita Tan bt Abdullah 5 Pn Siti Ai’syah Saari
6. Pn Subhashini a/p V.S Kandiah 6. Pn. Mohanah Thiagarajoo
7. Cik Ruzaini bt Ahmad Tajuddin 7. Cik Nithiyaa a/p Sakhti Saravanan
8. Pn Nithya Govindaraja 8. Cik Siti Syakirah Binti Sayadi
9. Pn Noor Syarafina Kamaludin
10. Pn. Haslina Ismail

Tidak hadir: Tiada


LAMPIRAN
Jadual pelaksanaan Aktiviti Ko Akademik
LAMPIRAN
PROJEK PENYEDIAAN BAHAN SOKONGAN DIGITAL SEJAJAR CEFR DAERAH HULU
LANGAT.
LAMPIRAN
ANALISIS PBD
LAMPIRAN
PELAN INTERVENSI LIMA LANGKAH (PILL)
LAMPIRAN
PEMBUGARAN PBD
LAMPIRAN
CONTOH BORANG REKOD PERKEMBANGAN MURID PBD

You might also like