You are on page 1of 2

LAPORAN SESI PERKONGSIAN GURU

PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC)


PANITIA BAHASA INGGERIS (MENENGAH)
SK LONG BEDIAN 2021

Sesi Perkongsian Guru


Ketua Kumpulan:
Nigel Lawai Willie
Ahli Kumpulan:
1. Alice Jau
2. Puyang Kebing
Tempat/Tarikh/Masa:
Tempat masing-masing / 22 Oktober 2021 / 10.00 pagi

Fokus: Nyatakan fokus perkongsian yang dijalankan


Sesi ini diadakan untuk berkongsi pendapat dan input tentang format pendokumentasian modul
PDPR untuk Panitia Bahasa Inggeris. Dalam mesyuarat staf yang terbaru, Guru Besar telah
memberi arahan untuk setiap panitia untuk membincangkan satu bentuk pendokumentasian
untuk modul PDPR dalam panitia masing-masing. Format yang tetap belum ditentukan oleh
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Interpretasi: Apakah aspek yang paling penting/menarik/relevan yang dibincangkan? Adakan


perkongsian ini boleh memberi impak kepada pembelajaran murid? Bagaimana?
Untuk pendokumentasian modul PDPR bagi Panitia Bahasa Inggeris (Rendah), semua ahli panitia diminta untuk
menggunakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) sebagai medium untuk pendokumentasian. Ini kerana RPH
ialah dokumen rujukan dan perekodan paling umum dan penting untuk guru-guru dalam pendokumentasian
PDPC setiap hari. Selain daripada itu, elemen-elemen yang ada di dalam RPH memenuhi elemen dalam Senarai

TOOL KIT Sesi Perkongsian Guru


Semak Guru Subjek untuk tugasan PDPR. Beberapa aspek tambahan akan diselit di dalam format RPH untuk
membantu pendokumentasian yang lebih menyeluruh, terutamanya semasa PDPR.
Aspek yang ditambah di dalam RPH:
i. Aktiviti: Perlu lebih spesifik. Guru perlu menyatakan muka surat, nama aktiviti dan arahan yang jelas sebagai
dokumentasi.
ii. Medium Pengajaran: Offline/Online/Gabungan
iii. Kehadiran: Jumlah murid yang telah menghantar tugasan
iv. Intervensi: Nyatakan intervensi yang digunakan untuk murid-murid yang tidak dapat dihubungi, tidak
menghantar tugasan, dsb.
v. Lampiran: *Untuk guru-guru yang menggunakan modul luar dari buku teks, lampiran perlu ada supaya
dokumentasi lebih spesifik.
RPH yang lebih lengkap ini akan membantu guru untuk merancang dengan lebih tersusun. Amalan memikirkan
intervensi dalam setiap PDPC membantu guru untuk mencari jalan untuk membantu murid-murid yang keciciran
dan tertinggal dalam pelajaran semasa musim pandemik ini.
Hasil: Apa yang saya pelajari? Bagaimanakah perbincangan ini boleh memberi kesan kepada
profesionalisme saya?
Melalui perkongsian ini, diharapkan setiap ahli kumpulan dapat merancang PDPC dan membuat
pendokumentasian dengan lebih spesifik dan teratur, sesuai dengan Senarai Semak Guru untuk PDPR yang telah
disediakan. Selain daripada itu, RPH boleh digunakan terus sebagai alat untuk merekod data yang sama yang
perlu diisi ke dalam Google Form PDPR Sarawak 2021.

TOOL KIT Sesi Perkongsian Guru

You might also like