You are on page 1of 5

PELAKSANAAN ELEMEN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)

DALAM PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)


BAGI PENDIDIKAN KHAS

Kementerian Pendidikan Malaysia


Bahagian Pembangunan Kurikulum
2019
Makluman

Pelaksanaan Elemen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)


Dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Bagi Pendidikan Khas

PENGENALAN

Murid berkeperluan khas (MBK) di peringkat sekolah menengah yang mengikuti Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KSSM) sama ada di Program Pendidikan Inklusif (PPI),
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK)
perlu melaksanakan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dengan menggunakan format instrumen
PT3 yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. Pelaksanaan elemen PBD bermula pada
tahun 2019 bagi 20 mata pelajaran (Rujuk Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 5/2019).

MBK PPI merupakan murid yang di inklusif penuh dalam kelas arus perdana dan mengambil
semua mata pelajaran KSSM arus perdana. Seperti mana di PPI, MBK di SMPK juga
mengikut KSSM arus perdana. Manakala yang berpotensi dikumpulkan dalam kelas PPKI
juga mengikuti mata pelajaran KSSM arus perdana sepenuhnya.

MBK di PPI, PPKI dan SMPK ini terdiri daripada pelbagai kategori MBK seperti mana yang
dijelaskan di dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) iaitu:
i) Ketidakupayaan Penglihatan
ii) Ketidakupayaan Pendengaran
iii) Ketidakupayaan Pertuturan
iv) Ketidakupayaan Fizikal
v) Masalah Pembelajaran
vi) Ketidakupayaan Pelbagai (mana-mana kombinasi ketidakupayaan dan
masalah dalam i) sehingga v))

MBK yang mengikuti KSSM arus perdana ini telah dikenal pasti mempunyai potensi dan
keupayaan untuk belajar akademik dengan sokongan yang bersesuaian. Contohnya MBK
Ketidakupayaan Pendengaran diberi sokongan dengan kemahiran Bahasa Isyarat bagi
membantu mereka memahami kandungan mata pelajaran. Manakala, MBK Ketidakupayaan
Penglihatan disokong dengan kemahiran kod Braille bagi membantu mereka mengakses
maklumat.

2
FLEKSIBILITI DALAM PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DAN
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)

Bagi membantu MBK menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai melalui aktiviti
pembelajaran, guru perlu memahami keperluan individu murid dalam aspek meminimumkan
halangan mereka untuk belajar dengan lebih berkesan disebabkan oleh ketidakupayaan yang
dialami. Oleh itu, guru perlu lebih kreatif dalam mengenal pasti kaedah berkesan dalam
memastikan MBK dapat memaksimumkan potensi mereka untuk meningkatkan prestasi
pembelajaran di sepanjang proses PBD. Penekanan yang sama perlu diberikan dalam
pelaksanaan PT3.

Bagi membantu guru melaksanakan aktiviti pembelajaran dan PBD dengan berkesan, melalui
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013, guru telah diberikan fleksibiliti untuk
membuat pengubahsuaian dalam aspek berikut:

(i) kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran;


(ii) masa yang diperuntukan bagi setiap aktiviti
(iii) susunan aktiviti; dan
(iv) bahan-bahan mengajar

Fleksibiliti ini perlu dilakukan oleh guru khususnya dalam memastikan MBK dapat
melengkapkan kerja kursus PT3 seperti mana arahan pelaksanaan Kerja
Lapangan/Tugasan/Kerja Projek/Pentaksiran Lisan/Pentaksiran Amali Solat/Tilawah dan
hafazan Al-Quran bagi Mata Pelajaran Geografi, Sejarah, Reka Bentuk dan Teknologi, Asas
Sains Komputer, Bahasa Arab dan Pendidikan Islam Bagi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
tahun 2019 (Rujuk surat KPM / TKPPM / 1 / 15 JLD 3 (49) bertarikh 21 Mac 2019).

CADANGAN PERINCIAN ASPEK FLEKSIBILITI DALAM PdP dan PBD

i) Kaedah atau Teknik Pengajaran dan Pembelajaran:

 Kaedah pembelajaran secara modular boleh membantu guru untuk


menyediakan ruang yang luas bagi MBK untuk menyiapkan tugasan dan projek
PT3. Guru boleh menggabungkan beberapa Standard Pembelajaran (SP)
samada berdasarkan Standard Kandungan (SK) yang sama atau SK yang
berbeza tetapi mempunyai hubungkait dan relevan (Rujuk Panduan
Pelaksanaan Pembelajaran Secara Modular).
 Guru boleh mengaplikasikan strategi ‘team-teaching’ dengan kerjasama dan
kolaborasi antara guru beberapa mata pelajaran dengan kemahiran khusus
yang boleh membantu menyelia proses menyiapkan kerja kursus PT3.

3
 Guru boleh menggunakan kaedah yang memberi fokus kepada kekuatan MBK
contohnya bagi MBK ketidakupayaan penglihatan yang mempunyai kekuatan
lisan, penerangan mengenai konsep kerja kursus murid ini boleh nyatakan
secara lisan dan direkodkan untuk proses penilaian hasil kerja murid.
 Bagi kebanyakkan MBK masalah pembelajaran yang merupakan ‘visual
learner’ guru boleh menyediakan arahan dan maklumat dalam bentuk grafik
atau gambar.

ii) Peruntukan Masa Aktiviti:

 Kaedah PdP secara modular memberi ruang kepada guru untuk


memperuntukkan tempoh masa yang mencukupi bagi murid untuk menyiapkan
tugasan. Melalui aktiviti yang sama beberapa SP boleh dicapai dalam tempoh
yang lebih pendek dan masa yang lebihan boleh digunakan untuk murid
melengkapkan kerja kursus mereka.
 Kaedah modular memberi ruang kepada guru untuk merangka jadual waktu
secara blok (gabungan beberapa waktu).
 Guru perlu memberi masa yang cukup untuk murid dapat menambahbaik hasil
kerja mereka secara berterusan.

iii) Susunan Aktiviti:

 Guru boleh merancang dan membina aktiviti bagi SP tanpa perlu mengikut
urutan seperti yang dinyatakan di dalam Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP).
 Turutan aktiviti mengikut penguasaan bermula daripada tahu, faham dan boleh
buat perlu ditukar kepada turutan yang berbeza iaitu buat, faham dan tahu.
MBK lebih mudah faham melalui pengalamian melalui aktiviti pembelajaran
secara ‘hands-on’.
 Guru boleh mengajar pengetahuan dan kemahiran serta menerapkan nilai
murni mengikut SP berkaitan pada permulaan kerja kursus dan semasa proses
menyiapkan kerja kursus.
 Guru boleh memperincikan aktiviti pembelajaran dengan susunan aktiviti
sekecil yang boleh bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
 Aktiviti secara berkumpulan memberi ruang kepada MBK untuk saling bantu
membantu dalam menyiapkan kerja kursus.

4
iv) Bahan Bantu Belajar:

 Bagi membantu MBK dalam aktiviti pembelajaran dan menyiapkan kerja


kursus, guru perlu menyediakan bahan bantu belajar (BBB) untuk
membolehkan MBK belajar dengan sendiri tanpa sentiasa bergantung kepada
arahan dan sokongan guru.
 BBB yang berciri multi sensori dan bertindak sebagai alternatif kepada MBK
iaitu berkonsep ‘Augmentative Alternative Communication (AAC)’ mampu
merangsang potensi dan keupayaan MBK untuk belajar dengan lebih
berkesan.
 Guru perlu memberi ruang kepada MBK menggunakan pelbagai bahan atau
peralatan khas yang boleh membantu meningkatkan tumpuan mereka untuk
belajar dan menyiapkan kerja kursus mereka.

You might also like