You are on page 1of 9

Definisi SISC

Program SISC ataupun dikenali sebagai Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah (School
Improvement Specialist Coaches) telah dimulakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
sejak awal tahun 2011 di bawah inisiatif sub NKRA GTP 1.0. Guru-guru yang terpilih
(sebahagian besarnya adalah merupakan kalangan Guru Cemerlang) telah diberikan latihan
dalam bentuk kursus kepada "master coachees".
Inisiatif Kementerian Pendidikan dalam memperkenalkan program Jurulatih Pakar
Pembangunan Sekolah atau School Improvement Specialist Coaches (SISC) bagi
membimbing guru terpilih dilihat berupaya melahirkan golongan pendidik berkemahiran
tinggi selaras perkembangan semasa. Program bimbingan khas kepada guru keperluan
tersebut bertujuan menjadikan aspek PdPc di dalam bilik darjah lebih menarik dan berkesan
dengan penerapan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan pelajar. Pada
dasarnya, SISC yang sebahagian besarnya dilantik kalangan guru cemerlang telah dimulakan
secara berperingkat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di dua negeri perintis
iaitu Kedah serta Sabah pada 2012.
Guru-guru yang telah mendapat latihan ini seterusnya akan ditugaskan untuk
memantau dan membimbing guru-guru di sekolah-sekolah yang berprestasi rendah serta
berada dalam Band 6 dan Band 7. Dalam setahun, mereka perlu ke sekolah yang dipantau
sekurang-kurangnya 3 kali bagi tujuan mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh
sekolah serta memikirkan program intervensi / pemulihan yang boleh dijalankan di sekolah
tersebut bersama-sama dengan pentadbir dan guru-guru sekolah.
Program ini telah diadakan secara berperingkat, dan secara separuh masa oleh guru-
guru Cemerlang dalam membantu pihak sekolah meningkatkan prestasi akademik. Impaknya
perubahan yang sangat positif diperoleh dari segi pencapaian peperiksaan awam
terutamanya UPSR dan SPM.

Perbezaan SISC dan SISC+ 

Melihat kepada keberkesanan program SISC yang telah dijalankan, KPM kemudian
mewujudkan jawatan baharu dikenali sebagai SISC+ mulai 2014 dengan pelaksanaan
program serupa merangkumi semua negeri di seluruh negara. Peranan utama SISC+ ini
adalah memberi latihan terutamanya kepada guru yang lemah ketika proses PdPc dalam kelas
merangkumi tiga subjek teras Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Bidang tugas
SISC+ adalah untuk membimbing guru berkenaan dalam aspek pedagogi, Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) selain menjadi
penghubung antara pihak KPM dengan sekolah. Melalui pelaksanaan SISC+ ini, guru
didedahkan kepada bimbingan proses PdPc di dalam bilik darjah menjurus kepada
pembelajaran abad ke-21 dan bukan kaedah lama yang membosankan seperti menulis dan
menerangkan kepada ARTIKEL 3 JURNAL PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN
PENDIDIKAN 48 pelajar secara talk and chalk sahaja. Guru-guru juga ditekankan mengenai
kaedah yang bukan berorientasikan peperiksaan semata-mata, sebaliknya lebih kepada
membimbing mereka melaksanakan PdPc di dalam kelas untuk disesuaikan dengan
pendekatan pemikiran inovatif i-think dan KBAT (Noel Jimbal & Zamri 2016).
Bidang Tugas

a) Coaching and Mentoring • Membimbing guru meningkatkan kemahiran dan pengetahuan aspek pedagogi supaya lebih efektif, kreatif
dan inovatif.

• Mengusulkan KPI mata pelajaran kepada panitia mata pelajaran.

• Berperanan sebagai agen perubahan positif dan menjadi pakar rujuk untuk subjek masing-masing.(Subject
MatterExpert)

b) Pembangunan Kurikulum • Mengadakan dan memberi bimbingan dan kefahaman mengenai dasar dan program KPM seperti
MBMMBI, LINUS, KSSR, KSSM, PBS dan lain-lain.

• Menyampaikan maklumat terkini mengenai keperluan mata pelajaran dan pelaksanaan penilaian
kurikulum dalam bilik darjah.

• Mengenal pasti isu-isu semasa bagi setiap dasar dan program yang berkaitan mata pelajaran masing-
masing.

• Membincangkan intervensi yang bersesuaian bagi mata pelajaran yang dibimbing.

c) Pelaporan • Melaporkan dapatan penyeliaan dan bimbingan yang telah dilaksanakan kepada Ketua Jurulatih Pendidikan
Daerah (KPPD) setiap dua minggu.

• Mengadakan format pelaporan dalam buku log pergerakan SISC+ dalam buku panduan.

d) Jaringan • Melaksanakan perkongsian pintar.

• Melaksanakan sesi latihan peningkatan profesionalisme bagi guru-guru yang dibimbing

Tugas Dan Peranan Utama SISC+


Peranan Sisc+ Dalam Meningkatkan Pencapaian Bahasa Melayu
SISC+ adalah salah satu inisiatif dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) di
bawah program Transformasi Pejabat Pelajaran Daerah. SISC+ ialah pembimbing guru yang
berdedikasi dan komited untuk mempertingkat kualiti pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Pegawai yang dilantik sebagai SISC+BM telah ditempatkan di PPD untuk
membimbing guru mata pelajaran Bahasa Malaysia yang dipertanggungjawabkan kepada
mereka. Peranan yang dimainkan oleh SISC+BM mampu membantu Kementerian
Pendidikan Malaysia mencapai misinya untuk membangunkan sistem pendidikan yang
berkualiti dan bertaraf dunia serta menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan
pendidikan di rantau ini.
Program bimbingan bersemuka khas kepada guru berkeperluan bertujuan menjadikan
aspek P&P di dalam bilik darjah lebih menarik dan berkesan dengan penerapan kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan murid. Pada dasarnya, SISC yang sebahagian
besarnya dilantik dalam kalangan guru cemerlang telah dimulakan secara berperingkat oleh
KPMdi dua negeri perintis, iaitu Kedah serta Sabah pada 2012. Melihat kepada keberkesanan
program SISCyang telah dijalankan, KPMkemudian mewujudkan jawatan baharu dikenali
sebagai SISC+ mulai 2014 dengan pelaksanaan program serupa merangkumi semua negeri di
seluruh negara. Peranan utama SISC+ ini adalah untuk memberi latihan, terutamanya kepada
guru yang lemah ketika proses P&P dalam kelas merangkumi tiga subjek teras, iaitu Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.
Bidang tugas SISC+ adalah untuk membimbing guru berkenaan dalam aspek
pedagogi, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) selain menjadi penghubung antara pihak KPMdengan sekolah. Melalui pelaksanaan
SISC+ ini, guru lemah akan didedahkan kepada bimbingan proses P&P di dalam bilik darjah
menjurus kepada pembelajaran abad ke-21 dan bukan kaedah lama yang membosankan
seperti menulis dan menerangkan kepada murid talk and chalk sahaja. Guru-guru juga akan
ditekankan mengenai kaedah yang bukan berorientasikan peperiksaan semata-mata,
sebaliknya lebih kepada membimbing mereka melaksanakan P&P di dalam kelas untuk
disesuaikan dengan pendekatan pemikiran inovatif i-Think dan KBAT (KPM2012).

Bimbingan Dan Pementoran Secara Bersemuka


Pegawai SISC+ akan mengadakan sesi bimbingan dan pementoran berfokus berdasarkan
catatan yang dibuat pada borang TCT. Sesi ini mengambil masa selama lebih kurang satu
jam. Antara aspek yang sering dibincangkan ialah pandangan GDB tentang P&P yang telah
dijalankan dan kualiti berdasarkan perincian tahap bagi setiap komponen dan elemen di
dalam Borang Matriks Bimbingan Guru. Semasa sesi ini, pegawai SISC+ lebih banyak
mendengar respons GDB selain memberikan komen tentang kekuatan P&P berkenaan. Akhir
sekali, pegawai SISC+ akan mendorong GDB untuk mengenal pasti elemen yang perlu
diperbaiki atau perlu ditambah baik oleh GDB untuk sesi P&P yang selanjutnya. Jurulatih
SISC+ membimbing guru-guru terpilih untuk mengikuti program tersebut sekurang-
kurangnya sebanyak tiga kali dalam setahun dan kesan pelaksanaan program itu terhadap
guru berkenaan dapat dilihat dengan segera. Melalui bimbingan itu, guru boleh
mengetengahkan potensi serta membantu perkembangan minda pelajar melalui sesi soal
jawab, malah menjadikan mereka lebih berani untuk berhujah dan memberikan pendapat
semasa di dalam kelas. Melalui bimbingan SISC+, guru diterapkan agar dapat menulis
objektif pengajarannya supaya tidak lari daripada landasan seterusnya mencapai objektif yang
diinginkan. SISC+ akan membimbing guru terpilih untuk melaksanakan KBAT di dalam
kelas merangkumi teknik menyoal soalan oleh guru melalui soalan bersifat terbuka
seterusnya membolehkan pelajar berfikir, berbincang dan memberi pendapat secara terbuka.
Aktiviti perbincangan yang diadakan oleh pelajar itu secara tidak langsung akan
menimbulkan proses KBAT di mana mereka akan merangkumkan semua kemahiran dimiliki
untuk mencari penyelesaian soalan.

Peranan Sisc+ Dalam Meningkatkan Pencapaian Bahasa Melayu


Isu dan permasalahan
Isu 1
Guru memerlukan bimbingan pengajaran untuk memastikan peningkatan pengajaran
guru

Barber dan Mourshed (2007) mencadangkan bahawa cara yang paling berkesan untuk
meningkatkan hasil pengajaran dan pembelajaran adalah melalui peningkatan pengajaran.
Malah, ia boleh dianggap sebagai jalan penyelesaian utama pihak sekolah dalam
meningkatkan hasil pembelajaran (DarlingHammond & Rothman, 2011). Sehubungan itu,
guru-guru perlu dilengkapkan dengan ilmu pengetahun dan kemahiran yang membolehkan
mereka untuk meningkatkan pengajaran mereka. Justeru, dalam usaha meningkatkan taraf
profesionalisme guru, pelbagai latihan di semua peringkat diberikan kepada mereka melalui
pembangunan profesional (Balan, Manko & Phillips, 2011). Guruguru digalakkan untuk
mengamalkan pengetahuan yang diperoleh daripada pelbagai latihan yang diberikan untuk
memperbaiki amalan mereka.
Bimbingan instruksional dianggap sebagai cara yang sesuai untuk membantu guru
meningkatkan amalan pengajaran mereka kerana ia melibatkan guru bekolaborasi dalam
usaha untuk membangunkan dan meningkatkan amalan pengajaran guru dan pembelajaran
murid (Harris & Muijs, 2005. Cornett & Knight, 2009). Kajian menunjukkan bahawa guru
lebih suka mendapatkan bantuan langsung daripada rakan-rakan mereka daripada ketua
mereka (Zepeda, 2007; Glickman, Gordon & Ross Gordon, 2007). Ini antara sebab mengapa
guru memerlukan sokongan secara kolektif untuk membantu mereka mencapai
penambahbaikan dalam pengajaran. Bimbingan yang dilaksanakan ini sedikit sebanyak
membantu dalam tugas-tugas penyeliaan pengajaran. Noel Jimbal (2017) menyatakan
penyeliaan sebagai satu usaha untuk mendorong, menyelaras dan membimbing para guru
Bahasa Melayu dalam hal pengajaran supaya mereka lebih berupaya melakukan semua fungsi
berkaitan pengajaran. Bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Perkara
ini melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi
menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya.

Isu 2
Guru memerlukan latihan pemantapan pedagogi
Perkataan pedagogi ini adalah berasal daripada bahasa latin, yang memberi maksud kaedah
mengajar kanak-kanak. Namun demikian, sesuai ataupun seiring dengan kemajuan deunia
pendidikan pada masa kini, konsep pedagogi turut berkembang dan digunakan dalam konteks
iaitu pengajaran di semua peringkat sekolah hingga ke peringkat universiti. Shafritz (1997),
beliau berpendapat bahawa pedagogi merupakan satu prinsip dan juga merupakan kaedah
pengajaran. Definisi yang lebih tepat adalah pedagogi ini diertikan sebagai kemahiran
mengajar yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran,
khususnya dalam suatu bidang. Untuk memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut
bermakna, seseorang guru perlu memiliki ilmu pedagogi yang amat baik.Pedagogi memberi
satu pendapat bahawa sesuatu pengajaran itu perlulah dimulakan dengan pengajaran yang
mudah untuk murid-murid dan seterusnya kepada pengajaran yang sukar. Dalam erti kata
lain, mudah ke susah. Juga dapat diertikan dari konkrit ke abstrak. Selain itu, seorang guru
perlu menguasai pedagogi kerana guru tersebut akan lebih mudah dalam memilih kaedah
pengajaran yang bersesuaian dengan tahap penerimaan murid-muridnya. Misalnya, guru telah
sedia maklum bahawa kemampuan murid tersebut sejauh mana, jadi dengan adanya ilmu atau
kemahiran pedagogi tersebit, ianya akan memudahkan seorang guru tersebut merancang
pengajaran harian dengan baik dan mudah. Mungkin seorang guru boleh mengunakan kaedah
hanya berpusatkan pada guru sahaja, atau perpusatkan kepada pelajar sahaja, ianya terpulang
kepada seorang guru tersebut memilih kaedah pengajaran yang sesuai dengan tahap
penerimaan setiap murid.Seterusnya adalah pedagogi juga memberi kebaikan kepada guru,
dan akan menjadikan guru lebih bersedia dalam meyediakan bahan-bahan bantuan mengajar
yang lebih menarik dan bermakna. Pedagogi bukan sahaja berkaitan dengan kemahiran
mengajar, malah pedagogi juga merupakan seni atau pun sains, kenapa ianya dikatakan seni,
kerana seorang guru boleh mengajar mengikut kaedah guru tersendiri, seorang guru
digalakkn untuk mempelbagaikan gaya mengajar agar sesi pengajaran dan pembelajaran
bermakna dan menarik. Sekaligus membantu guru menyediakan baha-bahan bantuan
mengajar yang lebih menarik serta bermakna. Pedagogi merupakan satu proses, dimana
proses tersebut merupakan langkah-langkah untuk mengajar ataupun yang terdapat dalam
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang telah disarankan oleh beberapa tokoh. Antara
tokoh yang terkenal memperkenalkan model pengajaran tersebut adalah Model Taba, Model
Sim dan banyak lagi. Terdapat beberapa model yang akan dibentangkan kemudian.
Antaranya adalah Model Robert Glazer, Model Sim, Model Taba, Model Latihan Terus, dan
Model Inkuiri. Shafritz (1997), beliau berpendapat bahawa pedagogi merupakan satu prinsip
dan juga merupakan kaedah pengajaran. Definisi yang lebih tepat adalah pedagogi ini
diertikan sebagai kemahiran mengajar yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan
pengajaran dan pembelajaran, khususnya dalam suatu bidang.
Untuk memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut bermakna, seseorang guru
perlu memiliki ilmu pedagogi yang amat baik. Banyak usaha telah dijalankan untuk
meningkatkan pedagogi guru – guru. Usaha – usaha ini dilakukan untuk memastikan
kementerian dapat melahirkan tenaga pengajar yang profesional dan mantap dalam
pengajaran.

Isu 3
Amalan bimbingan tahap yang tertinggi diperlukan bagi melahirkan tenaga pengajar
yang mantap dan berkesan
Dalam menjalankan proses PdPc di dalam bilik darjah, guru-guru perlu mempunyai
pengetahuan yang cukup serta mengemas kini tentang perubahan sukatan pelajaran. Guru-
guru harus mempunyai kemahiran dan kecekapan dalam mengesan masalah-masalah
pedagogi yang timbul dalam proses PdPc serta dapat mengemukakan cadangan-cadangan
yang munasabah untuk membaiki kelemahan yang dikesan. Antara cara yang boleh
dititikberatkan dalam meningkatkan kerjaya sebagai seorang guru adalah melalui sumber
motivasi, peningkatan ilmu dan kemahiran, peka terhadap perkembangan teknologi
pendidikan, perkembangan diri secara berterusan, meningkatkan perhubungan interpersonal
dan membuat refleksi. Ong Sze Chong et al. (2017) menyatakan bahawa tingkah laku
pengajaran guru yang serasi atau tidak dengan gaya pembelajaran pelajar boleh menimbulkan
kesan positif atau negatif terhadap proses pembelajaran pelajar amnya dan pembelajaran mata
pelajaran bahasa khasnya. Ciriciri guru merupakan salah satu faktor yang penting dalam
mempengaruhi motivasi pelajar terhadap pembelajaran bahasa ((Ong Sze Chong et al. 2015).
Inisiatif Kementerian Pendidikan dalam memperkenalkan program Jurulatih Pakar
Pembangunan Sekolah atau School Improvement Specialist Coaches (SISC) bagi
membimbing guru terpilih dilihat berupaya melahirkan golongan pendidik berkemahiran
tinggi selaras perkembangan semasa. Program bimbingan khas kepada guru berkeperluan
tersebut bertujuan menjadikan aspek PdPc di dalam bilik darjah lebih menarik dan berkesan
dengan penerapan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan pelajar. Bimbingan
merupakan sebahagian daripada proses menolong. Perkara ini melibatkan usaha memberi
arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu
matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Keberkesanan proses PdPc tidak akan
berjaya sekiranya guru lebih fokus kepada gaya pembelajaran semata-mata (Zamri et al.
2015). Selain itu, daripada segi penyeliaan pula haruslah membawa perubahan positif atau
pembangunan diri dan profesional serta pembaharuan diri pada guru untuk meningkatkan
mutu pengajarannya, dan seterusnya pembelajaran pelajar-pelajar. Perkara ini tidak
seharusnya merupakan satu kerja untuk memenuhi kehendak pihak atasan atau kehendak dan
arahan luar. Dengan erti kata yang luas, bimbingan dan penyeliaan bererti segala kegiatan
yang berkaitan dengan usaha untuk memastikan segala tugas dalam satu organisasi berjalan
dengan lancar dan menepati objektifnya.

Peranan Sisc+ Dalam Meningkatkan Pencapaian Bahasa Melayu


(Intervensi)

Bimbingan yang memberikan kesan yang positif terhadap corak pengajaran guru.
Melalui pelaksanaan SISC+ ini, guru didedahkan kepada bimbingan proses PdPc di dalam
bilik darjah menjurus kepada pembelajaran abad ke-21 dan bukan kaedah lama yang
membosankan seperti menulis dan menerangkan kepada pelajar secara talk and chalk sahaja.
Guru-guru juga ditekankan mengenai kaedah yang bukan berorientasikan peperiksaan
semata-mata, sebaliknya lebih kepada membimbing mereka melaksanakan PdPc di dalam
kelas untuk disesuaikan dengan pendekatan pemikiran inovatif i-think dan KBAT (Noel
Jimbal & Zamri 2016). Jurulatih SISC+ akan membimbing guru-guru terpilih untuk
mengikuti program tersebut sekurang-kurangnya sebanyak tiga kali dalam setahun dan kesan
pelaksanaan program itu terhadap guru berkenaan dapat dilihat dengan segera. Melalui
bimbingan itu, guru boleh mengetengahkan potensi serta membantu perkembangan minda
pelajar melalui sesi soal jawab malah menjadikan mereka lebih berani untuk berhujah dan
memberikan pendapat semasa di dalam kelas. Melalui bimbingan SISC+, guru diterapkan
agar dapat menulis objektif pengajarannya supaya tidak lari daripada landasan seterusnya
mencapai objektif yang diinginkan. SISC+ membimbing guru terpilih untuk melaksanakan
KBAT di dalam kelas merangkumi teknik menyoal soalan oleh guru melalui soalan bersifat
terbuka seterusnya membolehkan pelajar berfikir, berbincang dan memberi pendapat secara
terbuka.

Bimbingan untuk meningkatkan profesionalisme keguruan


SISC+ ditubuhkan untuk membantu guru meningkatkan profesionalisme keguruan mereka.
Guru-guru cemerlang yang dilantik ke jawatan SISC+ ini perlu memberikan bimbingan dan
tunjuk ajar kepada guru, terutamanya kepada guru baharu dan mereka yang memerlukan
bimbingan dan latihan berterusan. Hal yang sama juga perlu dilakukan oleh semua guru
SISC+ bagi memastikan guru yang dibimbing mencapai kompetensi sebagai guru Bahasa
Melayu yang profesional.
Bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Perkara ini melibatkan
usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan
agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Keberkesanan proses PdPc
tidak akan berjaya sekiranya guru lebih fokus kepada gaya pembelajaran semata-mata (Zamri
et al. 2015). Selain itu, daripada segi penyeliaan pula haruslah membawa perubahan positif
atau pembangunan diri dan profesional serta pembaharuan diri pada guru untuk
meningkatkan mutu pengajarannya, dan seterusnya pembelajaran pelajar-pelajar. Perkara ini
tidak seharusnya merupakan satu kerja untuk memenuhi kehendak pihak atasan atau
kehendak dan arahan luar. Dengan erti kata yang luas, bimbingan dan penyeliaan bererti
segala kegiatan yang berkaitan dengan usaha untuk memastikan segala tugas dalam satu
organisasi berjalan dengan lancar dan menepati objektifnya.

Mendidik pihak pentadbir berani membuat perubahan


Pihak pentadbir boleh memberi dorongan dan motivasi apabila mereka mendapat maklumat
tentang perkembangan guru-guru mereka. Pihak pentadbir juga boleh meminta maklum balas
daripada guru-guru mereka sendiri dan daripada SISC+ serta membuat pemerhatian mereka
sendiri tentang suasana pembelajaran dalam kelas. Maklumat ini boleh memberi panduan
kepada pihak pentadbir untuk menambah baik program bimbingan yang dilaksanakan
Peranan Sisc+ Dalam Meningkatkan Pencapaian Bahasa Melayu.
Impak Pencapaian Bahasa Melayu
Jurulatih SISC+ dapat memberi implikasi positif terhadap PdPc guru-guru bahasa Melayu.
Bimbingan jurulatih SISC+ berupaya meningkatkan kualiti PdPc guru – guru bahasa Melayu
yang dibimbing. Ini menunjukkan bahawa, peranan yang dimainkan oleh jurulatih SISC+
dalam peningkatan kualiti PdPc guru bahasa Melayu memberi impak yang tinggi kepada
guru-guru bahasa Melayu yang dibimbing kerana jurulatih SISC+ merupakan sumber rujukan
utama guru dalam menjadi pendidik yang berkualiti. Jurulatih SISC+ bukan sahaja menjadi
pembimbing dalam PdPc, malahan berupaya memberi impak kepada peningkatan
profesionalisme guru-guru. Perubahan semasa memerlukan guru bahasa mempunyai
pengetahuan bahasa dan pedagogi yang mantap untuk digunakan di dalam bilik darjah (Zamri
2014). Kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang baik adalah yang berpusatkan
pelajar, di samping penyerapan kemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir dan
teknologi maklumat serta komunikasi di dalam dan di luar bilik darjah.
Tugas jurulatih SISC+ membantu dan membimbing guru-guru dalam melaksanakan
pedagogi yang menarik, kreatif dan inovatif untuk memberikan impak yang lebih berkesan
terhadap pembelajaran pelajar. Mereka berperanan sebagai rakan yang bersama-sama
membantu menyampaikan maklumat tentang dasar-dasar KPM dan memperkasakan standard
guru ke arah pedagogi abad ke-21. Dengan wujudnya persefahaman, jurulatih SISC+ dapat
membimbing guru-guru Bahasa Melayu dengan lebih berkesan. Hal ini bertepatan dengan
kajian Noel Jimbal (2017) dan Noel Jimbal dan Zamri (2016) di mana guru-guru bahasa
Melayu yang dibimbing bersetuju dengan sikap SISC+ yang sentiasa berkomunikasi secara
terbuka dengan mereka.

Cadangan
Jurulatih SISC+ telah mengamalkan bimbingan yang memberi peluang kepada guru yang
dibimbing untuk menilai pengajaran mereka sendiri sebelum mereka dinilai. Profesionalisme
merupakan salah satu nilai yang menjadi aspek utama bagi mengenal pasti kredibiliti seorang
warga pendidik. Seorang guru yang bersikap profesional akan melengkapi segala aspek
kualiti yang diperlukan bagi melayakkan dirinya untuk diiktiraf sebagai dinamik dan
berkaliber (Zamri et al 2008). Menurut Kenneth & Kohler (2006), Syed Ismail Syed Mustafa
et.al (2013), profesionalisme perguruan bukan sahaja merujuk kepada sikap profesional
dalam institusi pendidikan, tetapi ia bersifat menyeluruh. Sebagai seorang guru atau pendidik
yang cemerlang, kesepaduan tiga elemen penting iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai
menjadikan seorang guru itu seimbang. Ini adalah penting kerana seorang guru mestilah
menguasai ilmu yang diajar kepada murid-muridnya. Untuk keberkesanan proses pengajaran,
guru perlu menggunakan kemahiran-kemahiran yang sesuai supaya transformasi ilmu
berjalan dengan lancar. Penerapan nilai-nilai yang baik juga penting supaya murid juga tahu
nilai-nilai kemanusiaan yang baik dan murid juga perlu dibentuk menjadi manusia yang
seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial sepertimana yang dinyatakan
dalam FPK.
Sebagai cadangan, bagi memastikan peranan guru Bahasa Melayu menjadi lebih
berkesan, maka guru bukan sahaja perlu diperakui mencapai sekurang-kurangnya tahap
minimum syarat pelantikan guru malah latihan dalam perkhidmatan untuk peningkatan yang
berterusan perlulah didedahkan kepada mereka bagi memperkukuh kualiti guru daripada segi
kualiti verbal, kualiti ilmu, menguasai metodologi pengajaran, menguasai kemahiran
pemilihan bahan pengajaran, pembelajaran profesional kendiri, minat belajar dan mempunyai
kemahiran menyoal. Kajian-kajian lanjutan berkaitan P&P bilik darjah yang lebih maju dan
berimpak positif perlu dikaji bagi memperkaya khazanah pendidikan bahasa agar murid-
murid lebih menghargai bahasa malah memperkuat jati diri bangsa Malaysia. Sumbangan
kajian ini secara keseluruhannya diharap mampu menjadi asas kepada para pendidik, para
pengkaji bahasa, pencinta bahasa, pihak pentadbir sekolah, pihak Kementerian Pendidikan,
ibu bapa dan juga masyarakat seluruhnya agar tidak jemu-jemu bermuzakarah dan sentiasa
mencari idea serta penyelesaian ke arah pencapaian pendidikan yang lebih cemerlang.
Bidang pendidikan berhadapan dengan masa depan mencabar yang memerlukan
perancangan rapi, sistematik dan holistik. Walaupun impak Program Bimbingan dan
Pementoran yang telah dilaksanakan belum menampakkan hasil yang menyeluruh kerana
baharu mencecah 3 tahun pelaksanaannya, namun secara keseluruhannya, Program
Bimbingan dan Pementoran ini dilihat mampu untuk meningkatkan kualiti P&P dan
profesionalisme guru-guru. Tanggungjawab pegawai SISC+ bukanlah sesuatu yang mudah
kerana mengubah tingkah laku dan persepsi guru memerlukan tempoh yang panjang dan
konsisten. Oleh hal yang sedemikian, program ini perlu diteruskan sebelum kita dapat menuai
hasilnya. Pada masa yang sama, pegawai-pegawai SISC+ juga perlu bersiap siaga dan terus
memantapkan ilmu pedagogi sebagai bekalan untuk melaksanakan bimbingan dan
pementoran kepada para guru mata pelajaran Bahasa Melayu yang dibimbing.

You might also like