You are on page 1of 11

ISU DALAM SOSIOLINGUISTIK

SKBL6023

TUGASAN 2

KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DALAM BIDANG PERUNDANGAN


SEMASA NEGARA

PENSYARAH
DR. MOHAMMED AZLAN MIS

PELAJAR
NUR IZZATI BT ROZMAN (P89778)
ISU KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DALAM BIDANG PERUNDANGAN
SEMASA NEGARA

PENGENALAN

Pada 27 September 2010, buat pertama kalinya dalam sejarah perundangan negara,
Mahkamah Persekutuan menerima usul untuk mengisytiharkan bahawa semua penghakiman
bagi kes sivil dan jenayah yang ditulis dalam bahasa Inggeris adalah sebagai tidak sah dan
terbatal kerana melanggar Perlembagaan Persekutuan. Pertikaian mengenai tindakan hakim
menulis penghakiman dalam bahasa Inggeris ini merupakan isu undang-undang baharu yang
belum pernah dibangkitkan semenjak kemerdekaan. Peguam Karpal Singh menegaskan bahawa
berdasarkan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama Seksyen 8 Akta Bahasa
Kebangsaan 1963/1967 (Akta 32), kesemua prosiding diwajibkan untuk dijalankan dalam
bahasa kebangsaan. Sehubungan itu, beliau mengusulkan supaya Mahkamah Persekutuan
mengarahkan Mahkamah Rayuan untuk menulis satu penghakiman yang lebih wajar dalam
bahasa kebangsaan dan mencadangkan agar semua penghakiman mahkamah ditangguhkan
sehingga Mahkamah Persekutuan mengumumkan keputusan isu penggunaan bahasa tersebut.

Rentetan dari peristiwa tersebut, pada 27 September 2010 Mahkamah Persekutuan telah
memutuskan bahawa hakim-hakim diberi budi bicara untuk menulis alasan penghakiman sama
ada dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris. Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria
yang bersidang dengan tiga kuorum hakim lainnya menolak usul yang dibangkitkan oleh
peguam Karpal Singh berpandukan Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan (NLA) 1963/1967
yang memberikan peruntukan budibicara yang luas kepada mahkamah mengenai penggunaan
bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris dalam mana-mana prosiding demi keadilan.
Sungguhpun begitu, beliau turut menekankan bahawa mahkamah sentiasa mengiktiraf
pentingnya bahasa kebangsaan dalam proses perundangan negara.

Peruntukan mengenai bahasa Kebangsaan dalam bidang perundangan melalui Perlembagaan


Persekutuan

Pada dasarnya, bahasa Melayu telah diangkat martabatnya serta mendapat pengiktirafan
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di Malaysia menerusi undang-undang tertinggi
tanah air, iaitu Perlembagaan Persekutuan. Peruntukan Perkara 152 yang menjurus kepada
penggubalan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 telah berhasil dalam memperkasakan lagi
kedudukan bahasa Melayu di negara ini. Dilihat dari aspek bidang perundangan pula,
pengenalan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, Seksyen 8 secara jelasnya telah menyentuh
secara langsung berkenaan penggunaan bahasa Melayu secara rasmi sebagai bahasa mahkamah
di Malaysia.Peruntukan ini meletakkan tanggungjawab kepada badan kehakiman dalam
menjalankan apa jua prosiding berkaitan perundangan dalam bahasa Melayu.

Polemik Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan 1963

Peruntukan mengenai bahasa Kebangsaan dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan


pada Fasal (1) Perkara 152 Perlembagaan manakala Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan 1963
menyatakan bahasa yang perlu digunakan dalam perbicaraan di mahkamah adalah bahasa
Kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia. Meskipun begitu, pengecualian diberikan bagi prosiding
untuk dijalankan dalam Bahasa Inggeris menerusi permohonan awal berdasarkan pertimbangan
terhadap kepentingan keadilan dalam sesebuah prosiding.

Kelonggaran syarat pada Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 Seksyen 8 tersebut


bagaimanapun telah membuka ruang kepada suatu keadaan kompleks yang menimbulkan
persoalan besar berkenaan pelaksanaan dan penghayatan terhadap peruntukan undang-undang
ini secara khususnya dalam kalangan pengamal undang-undang. Zainul Rijal (2017)
memperincikan fenomena ini secara lanjut berdasarkan pengalamannya sebagai pengamal
undang-undang di Malaysia dan melihat isu penggunaan Bahasa Inggeris ini sebagai suatu
pandemik dalam bidang perundangan di Malaysia.

Antara contoh yang diperhalusi beliau dalam tulisannya adalah situasi yang umumnya
terjadi dalam kalangan pengamal perundangan di mana perbicaraan di mahkamah sivil
umumnya menggunakan bahasa Inggeris kecuali segelintir peguam dan hakim sahaja yang
berbicara dalam bahasa kebangsaan. Alasan penghakiman pula rata-ratanya dinukilkan dalam
bahasa Inggeris, begitu juga perjanjian yang dimeterai antara peguam dalam pelbagai proses
umpamanya mediasi.

Terdapat segelintir pihak secara terbuka menyalahkan bahasa sebagai faktor utama
penggunaan Bahasa Inggeris secara terbuka di kamar prosiding. Antara alasan yang diberikan
termasuklah kegagalan sesuatu istilah dalam Bahasa Melayu yang tidak dapat menggambarkan
suatu konsep perundangan dengan tepat. Meskipun begitu, keadaan tersebut tidak seharusnya
dijadikan alasan untuk tidak memartabatkan bahasa kebangsaan dalam bidang perundangan di
Malaysia secara khususnya. Hal ini memandangkan terdapat kepelbagaian solusi semasa dalam
usaha mengkaji istilah-istilah baharu yang lebih sesuai untuk diketengahkan bagi menggantikan
perkataan yang lazimnya digunakan itu.
Kelonggaran syarat pada Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 Seksyen 8 ini telah
menimbulkan suatu persoalan besar akan di mana sebenarnya letaknya kedudukan Bahasa
Melayu dalam sistem perundangan negara. Kemerosotan nilai utiliti atau nilai kepenggunaan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam situasi ini amatlah tepat diumpamakan
sebagai ‘pokok teratai di atas tidak berpucuk di bawah tidak berurat (berakar), di tengah
ditarik kumbang’ . Kedudukan Bahasa Melayu meskipun tidak tercabar dari aspek
perlembagaannya namun sebenarnya hampa dari konteks penggunaannya. Matlamat utama
perbincangan ini adalah berfokuskan kepada dua bahagian yang utama:

1. Membincangkan tentang permasalahan yang dihadapi oleh bahasa Melayu sebagai


bahasa ilmu dan bahasa Perundangan di Malaysia.
2. Cadangan dan saranan yang boleh dilakukan untuk mengukuhkan kedudukan dan
penggunaan bahasa Melayu dalam bidang perundangan di Malaysia.

Perbincangan 1: Pernyataan masalah yang dihadapi oleh bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
Perbincangan 1: Pernyataan masalah yang dihadapi oleh bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
dan bahasa perundangan utama di Malaysia
dan bahasa perundangan utama di Malaysia.

1. Perujukan sumber utama undang-undang adalah dari bahasa selain Bahasa Melayu

Umum mengetahui, kebanyakan bahan-bahan bacaan dan rujukan utama teks undang-undang
termasuklah teks perundangan negara diterbitkan dalam bahasa Inggeris, sebagai contohnya
Undang-Undang Malaysia Akta 621 yang dicetak semula dalam Bahasa Melayu pada tahun
2006 di mana teks asalnya adalah dalam Bahasa Inggeris. Bukan itu sahaja, hampir kebanyakan
sumber rujukan undang-undang termasuk buku dan teks prosiding adalah dalam bahasa
Inggeris yang mana dipengaruhi sistem undang-undang Inggeris atau juga disebut sebagai
Common Law. Selain itu juga, korpus bahasa khusus bagi bidang perundangan dan istilah
undang-undang dalam Bahasa Melayu adalah masih belum berpada dari aspek kuantitinya.
Adalah menjadi suatu cabaran utama bagi mengendalikan prosiding undang-undang dalam
bahasa Melayu apabila perujukan utama bahan dan teks adalah bukan berteraskan bahasa
kebangsaan. Apabila sesuatu sumber ini hanya wujud dalam bahasa lain selain Bahasa Melayu,
ianya menyulitkan para pengamal undang-undang dan anggota kehakiman untuk mengalih
bahasa ilmu yang diperoleh ke dalam bahasa Melayu secara efektif tanpa bantuan dari pakar
bahasa untuk menentukan kesesuaian istilah sasaran yang digunakan.
2. Pengaruh sistem undang-undang Inggeris

Melihat dari aspek judiasari dan sistem perundangan, negara Malaysia masih lagi mengguna
pakai sistem undang-undang Common Law, Ekuiti dan kasus-kasus yang berteraskan
penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa asal. Kebanyakan undang-undang sebelum
merdeka dan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen selepas merdeka sehingga 1
September 1967, adalah dalam Bahasa Inggeris dan masih lagi berkuatkuasa, melainkan
beberapa undang-undang yang telah diterjemah ke bahasa Melayu. Hal ini menerbitkan suatu
keadaan di mana penggunaan Bahasa Inggeris masih diperlukan di mahkamah sekiranya
terdapat kes atau keadaan yang memerlukan undang-undang tersebut timbul dalam perbicaraan.

3. Kesalahan tatabahasa yang ketara dalam penghujahan para peguam di Malaysia

Mantan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim pernah menyuarakan
kekesalannya tentang penggunaan bahasa di mahkamah yang tidak sempurna dan bercampur
aduk antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang mana pada hematnya umpama sekerat
ular, sekerat belut. Kesalahan tatabahasa yang ketara dalam penghujahan para peguam dan
keputusan mahkamah di Malaysia telah mendapat perhatian ramai pihak terutamanya prosiding
yang melibatkan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang masih banyak
menggunakan bahasa Inggeris terutama apabila pihak yang terlibat diwakili oleh peguam-
peguam yang lebih senior dan berumur.

4. Kelemahan Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967

Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 telah memperuntukkan suatu kelonggaran


dalam prosiding kes di mana pengamal undang-undang bebas memilih untuk menggunakan
bahasa kebangsaan atau Bahasa Inggeris atau kedua-duanya sekali. Realitinya, kelonggaran
akta tersebut telah membuka ruang kepada situasi di mana matlamat penerapan bahasa
kebangsaan di mahkamah menjurus kepada jalan buntu. Hal ini memandangkan sikap segelintir
pengamal undang-undang yang kebanyakannya cenderung untuk memilih penggunaan Bahasa
Inggeris dalam membicarakan kes-kes yang berkaitan.
Perbincangan 2: Cadangan
Perbincangan dandan
2: Cadangan saranan untuk
saranan memartabatkan
untuk kedudukan
memartabatkan bahasa
kedudukan Melayu
bahasa dalam
Melayu
bidang perundangan di malaysia
dalam bidang perundangan di malaysia

1. Saranan kepada pakar-pakar dan badan bahasa

Mewujudkan suatu laras bahasa perundangan khusus untuk menerangkan hal-hal perundangan
secara lebih tepat

Menurut Nik Safiah (2006), Bahasa Melayu harus boleh berfungsi sebagai bahasa akademik
yang lengkap dengan laras-laras bahasa untuk memperkatakan pelbagai hal baharu dalam aneka
bidang ilmu moden, tidak terkecuali bidang perundangan. Bahasa Melayu perlu mempunyai
laras bahasa perundangan yang khusus untuk menerangkan tentang aspek tentang kehakiman,
judisiari, dekri, statut serta falsafah perundangan secara lebih menyeluruh. Hal ini berikutan
penggunaan laras perundangan yang tepat dalam bahasa Melayu adalah penting kerana
mahkamah umumnya menjadi sumber rujukan yang utama bagi masyarakat luar menerusi
setiap keputusan kes yang dibuat.Penekanan kepada aspek bahasa Melayu harus dititikberatkan
oleh pakar perundangan dan mahkamah khususnya agar para pengamal undang-undang sentiasa
mengambil inisiatif untuk memantapkan lagi penguasaan bahasa Melayu secara optimum.

Mewujudkan perbendaharaan kata dan istilah kata yang sesuai untuk mengungkapkan konsep
dan pemikiran bersifat kompleks dan abstrak dalam bidang perundangan

Sebagai bahasa ilmu, Bahasa Melayu seharusnya mempunyai perbendaharaan kata serta istilah
yang sesuai untuk mengungkapkan sesuatu konsep dan pemikiran yang bersifat kompleks dan
abstrak secara tepat. Misalnya, apabila memperkatakan tentang konsep judisiari, maka
seharusnya Bahasa Melayu mempunyai perbendaharaan kata, istilah dan laras bahasa yang
cukup dan sesuai untuk menyatakan konsep dan pemikiran tentang hal-hal pentafsiran undang-
undang seperti liabiliti vikarius, kalkulus kecuaian, gangguan tort, kacau-ganggu tarikan,
doktrin liabiliti dan sebagainya secara lebih jelas dan tepat. Bahasa Melayu mampu duduk sama
rendah dan berdiri sama tinggi dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lainnya dan
mengambil alih peranan sebagai bahasa ilmu moden dengan jayanya sekiranya potensi
keintelektualan bahasa Melayu dapat diteroka secara optimum dan salah satu caranya adalah
melalui pengayaan perbendaharaan kata.
Penterjemahan konsep sesuatu istilah perundangan haruslah selari dengan bahasa sumbernya

Dalam merealisasikan hasrat memartabatkan bahasa Melayu selari dengan Akta Bahasa
Kebangsaan 1963/67, terdapat beberapa perkara yang harus diberikan perhatian utama dalam
memperkasakan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa mahkamah di Malaysia. Antaranya
ialah aspek pengistilahan undang-undang secara tepat dalam bahasa Melayu. Undang-undang
merupakan suatu bidang yang kaya dengan istilahnya yang tersendiri. Seperti mana bidang
kejuruteraan yang mempunyai istilah saintifiknya yang tersendiri, bidang undang-undang juga
tidak kurang hebatnya. Kebanyakan istilah undang-undang umumnya berasal dari bahasa asing
seperti bahasa Inggeris, Latin ataupun Perancis. Badan kehakiman atau badan-badan bahasa
yang berkenaan haruslah proaktif dalam memantau penggunaan istilah terjemahan yang
digunakan oleh pengamal undang-undang di Malaysia agar istilah yang digunakan adalah tepat
dan menepati maksud dan konteks penggunaan istilah bahasa sumber yang asal. Sebagai
contohnya, penggunaan istilah tort dalam bahasa melayu yang diterjemahkan juga sebagai tort
bagi mengelakkan berlakunya salah faham dalam pemahaman istilah undang-undang tersebut.

Penerbitan karya undang-undang dalam Bahasa Melayu secara ekstensif

Para penyelidik dan penulis seharusnya mula menerbitkan karya-karya perundangan dalam
menerbitkan penyelidikan dan penulisan dalam bahasa Melayu ke arah usaha memperkaya
khazanah ilmu undang-undang dalam bahasa Melayu di negara ini. Harus difahami bahawa
setiap sokongan, kerjasama dan sumbangan padu segenap pihak amatlah penting dalam
mencorak arah transformasi bahasa di mahkamah-mahkamah Malaysia. Masalah ketandusan
ilmu ini dapat diselesaikan dengan usaha penerbitan buku selain berupaya mempercepatkan
proses percambahan sesuatu ilmu dalam Bahasa Melayu. Badan-badan bahasa seperti Dewan
Bahasa dan Pustaka dan Institut Terjemahan Negara seharusnya mempergiatkan lagi usaha
penterjemahan buku-buku ilmu ke dalam Bahasa Melayu bagi memperkayakan lagi sumber
ilmu seterusnya berupaya menzahirkan kehebatan bahasa Melayu itu sendiri.
2. Saranan kepada ahli, penyelidik dan badan perundangan negara

Pengayaan nahu bahasa melayu dalam prosiding makhamah

Kehebatan sesuatu bahasa itu terletak kepada keindahan nahunya. Dalam mengartikulasikan
bahasa secara baik, fokus utamanya adalah terletak pada aspek tatabahasanya yang turut
merangkumi ketepatan dalam ejaannya, tanda bacanya, serta penggunaan rumus yang tepat
dalam memformulasikan ayat yang benar serta tepat nahunya. Meskipun terdapat segelintir
pihak yang memandang remeh isu ini, harus diingati bahawa sebarang usaha untuk menjadikan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak boleh lari dari penekanan pengunaan bahasa
Melayu yang tepat hukum bahasanya. Ciri-ciri inilah yang mnyempurnakan sesuatu bahasa
yang menjadikan penggunaan bahasa tersebut sebagai sesuai, tepat, tegas dan berkesan dalam
situasi atau konteks penggunaanya.

Pendokumentasian bahan perundangan dalam Bahasa Melayu

Jabatan Peguam Negara telah berhasil mengorak langkah awal dalam memperkasakan
penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama di mahkamah seawal tahun 70-an. Antara
usaha yang telah dilakukan adalah penubuhan Seksyen Bahasa Kebangsaan pada tahun 1974
untuk menyediakan dokumen undang-undang, triti, perjanjian dan borang-borang dalam bahasa
Kebangsaan. Jabatan Kehakiman negara juga telah memulakan langkah awal bagi menerapkan
nilai utiliti bahasa Melayu dalam sistem perundangan negara menerusi arahan penggunaan
bahasa Kebangsaan dalam urusan kehakiman di Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi di
samping usaha penubuhan Biro Terjemahan untuk menterjemah keputusan-keputusan
mahkamah ke dalam bahasa Melayu.Menurut kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (P.U.(A)
79/90), pemindaan penguatkuasaan peruntukan juga mensyaratkan bahawa dokumen-dokumen
yang digunakan di Mahkamah Tinggi haruslah disediakan dalam bahasa kebangsaan.

Mewajibkan latihan dan kursus pengayaan bahasa secara berterusan

Setiap badan berwajib juga seharusnya mewajibkan latihan dan kursus pengayaan bahasa secara
berterusan kepada pegawai undang-undang, hakim-hakim serta peguam-peguam yang kurang
mahir dalam bahasa kebangsaan supaya mereka mempelajari bahasa Melayu secara lebih
teratur. Sebaliknya hakim dan peguam yang kurang fasih dalam bahasa Inggeris perlu diberi
latihan dan peluang untuk mempelajari Bahasa Inggeris agar penguasaan bahasa individu
terbabit adalah sentiasa pada tahap optimum.
3. Saranan kepada kerajaan

Pengekalan Akta Bahasa Kebangsaan (Pindaan) 1990 Seksyen 8 yang baharu

Melalui pindaan Akta Bahasa Kebangsaan (Pindaan) 1990 Seksyen 8 yang baharu bagi
menggantikan akta sebelumnya, segala bentuk prosiding dalam Mahkamah Agung, Mahkamah
Tinggi atau mana-mana Mahkamah Rendah haruslah dijalankan dalam bahasa kebangsaan.
Pemindaan akta ini adalah bertepatan dengan usaha kerajaan untuk memperkasakan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa utama di mahkamah. Selari dengan kepentingan keadilan dalam
sesebuah prosiding, penggunaan Bahasa Inggeris adalah dibenarkan secara sederhana namun
harus dengan kebenaran mahkamah.

Pemindaan Akta dan pengubahsuaian proviso

Pemindaan akta The National Language Act 1963/1967 haruslah dipertimbangkan dengan cara
mengubahsuai proviso Seksyen 8 agar digugurkan dan digantikan dengan proviso baru untuk
membolehkan Bahasa Inggeris cuma digunakan di mahkamah apabila berbangkitnya persoalan
atau penafsiran undang-undang yang berkuatkuasa sebelum I September 1967 ataupun apabila
melibatkan kes-kes berkaitan dengan Common Law dan equity yang dilaporkan dalam Bahasa
Inggeris. Hal ini memandangkan undang-undang sahih yang diluluskan sebelum I September
1967 adalah kesemuanya dalam Bahasa Inggeris.

Penterjemahan undang-undang penting ke dalam Bahasa Melayu dan penetapan kesahihan


fungsi

Mengikut Seksyen 7 Akta Bahasa Kebangsaan yang tersebut, segala undang-undang yang
berkuatkuasa sebelum tarikh 1 September 1967 boleh diterjemahkan ke dalam bahasa
kebangsaan dan sekiranya menerima pengesahan dari Yang di-Pertuan Agong, maka undang-
undang tersebut akan dianggap sahih. Kerajaan telah pun menterjemahkan beberapa undang-
undang penting ke dalam Bahasa Melayu dan menetapkan fungsi yang sahih. Dalam
mempergiatkan lagi usaha tersebut, kerajaan seharusnya mempertingkatkan usaha menterjemah
undang-undang tersebut ke dalam Bahasa Melayu selain mendapatkan pengesahan kesahihan
daripada Yang di-Pertuan Agong. Hal ini bagi mewajarkan penggunaan undang-undang dalam
Bahasa Melayu sahaja dan tiada lagi isu berbangkit menegenai penggunaan undang-undang
dalam Bahasa Inggeris pada tahun 1967 dan sebelumnya.
Mewujudkan insentif khas bagi menggalakkan penerbitan rujukan bermutu dalam bahasa
kebangsaan

Kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah dana bagi mengkaji cara terbaik untuk
mewujudkan suatu mekanisme yang sesuai dalam menggubal dan memperlengkapkan korpus
bahasa istilah undang-undang serta menerbitkan buku-buku teks dan rujukan yang bermutu
dalam bahasa kebangsaan. Mekanisme ini hendaklah dibiayai oleh peruntukan belanjawan
negara dan diuruskan oleh lembaga yang berkemahiran dan proaktif dan dianggotai oleh pakar-
pakar bahasa dan undang-undang termasuk wakil Majlis Peguam, Dewan Bahasa dan Pustaka
dan universiti tempatan. Usaha yang berterusan diiringi insentif yang berpatutan mampu
menjadi perangsang dan memberikan inspirasi kepada individu di luar sana yang berbakat untuk
menulis buku-buku undang-undang dan sebagainya dalam bahasa kebangsaan. Selain itu,
pengecualian atau keistimewaan cukai perlu diberikan kepada syarikat penerbitan yang
berasaskan bidang perundangan bagi memperkayakan lagi bahan bacaan dalam bidang undang-
undang dalam bahasa kebangsaan.

KESIMPULAN

Bahasa Melayu adalah sebuah bahasa ilmu yang utama yang pernah menelusuri zaman
kegemilangannya dan sekiranya terus dimartabatkan dan diberi kepercayaan, mampu menjadi
bahasa ilmu yang dapat menjana minda bangsanya sekali lagi. Dalam proses membina bangsa,
satu titik persamaan perlu dicari dalam aspek kerakyatan, budaya kebangsaan serta bahasa agar
negara bangsa yang dibina itu memenuhi aspirasi serta kehendak semua rakyatnya. Kedudukan
yang diberikan kepada bahasa Melayu itu bukanlah tanpa alasan yang munasabah, bahkan
berkaitan erat dengan proses pembinaan negara Malaysia sebagai “negara baharu”.

Dalam konteks ini, bahasa Melayu seharusnya dijadikan unsur utama dalam pembinaan
jati diri rakyat Malaysia dan juga sebagai unsur perpaduan semua kaum. Proses memartabatkan
bahasa melayu sebagai bahasa perundangan negara adalah merubakan suatu tanggungjawab
bersama. Justeru, jika seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan asal-usul
mendaulatkan bahasa kebangsaan, akan terzahirlah citra dan keperibadian kita sebagai satu
bangsa iaitu bangsa Malaysia.
RUJUKAN

Abdul Aziz Bari, Malaysian Constitution: A Critical Introduction, The Other Press, Kuala
Lumpur, 2003.

Abdul Aziz Bari, Perlembagaan Malaysia: Teori dan Praktis, Arah Pendidikan Publications,
Shah Alam, 2008.

Abdul Aziz Bari, Politik Perlembagaan, Institut Kajian Dasar & Konrad Adenauer Foundation,
Kuala Lumpur, 2006.

Ahmad Ibrahim dan Ahileman Joned, 1992. Sistem undang-undang di Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal Abidin Abd. Wahid, 1979. Sejarah Malaysia sepintas lalu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

You might also like