You are on page 1of 11

PRINSIP LARAS BAHASA UMUM DAN LARAS BAHASA UNDANG-UNDANG

Oleh: Rizal Choy

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Negara Malaysia
yang dipelihara di bawah perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Bahasa Melayu
kaya dengan perkataan-perkataan yang bersantun. Kesantunan amat penting kerana
akan menjadikan komunikasi lebih menarik, tepat dan orang lain dapat memahami
serta mentafsirkan mesej kita dengan lebih tepat. Kesantunan berbahasa amat
penting bagi seseorang individu ketika berkomunikasi dengan individu lain kerana
akan menimbulkan masalah besar sekiranya tiada kesantunan berbahasa.

Seperti mana yang kita ketahui, Malaysia merupakan sebuah negara yang
terdiri daripada masyarakat berbilang kaum, bangsa, adat-istiadat, bahasa dan
kepercayaan. Sebagai masyarakat yang majmuk, kesantunan bahasa amat penting
bagi memelihara keharmonian dan kesejahteraan negara kita. Sekiranya tidak,
nescaya negara kita akan berada dalam keadaan huru-hara, berlaku
ketidakseimbangan ekonomi dan ketidakstabilan politik.

Laras bahasa merupakan salah satu aspek atau konteks dalam sosiolinguistik.
Menurut Asmah Hj. Omar (1987), laras bahasa ialah ciri khusus dalam penggunaan
bahasa berdasarkan bidang penggunaannya. Laras bahasa mengkaji mengenai
penggunaan diksi dalam sesuatu teks seperti artikel, jurnal, akhbar berita dan
sebagainya. Penggunaan laras bahasa membincangkan dua konsep iaitu pengguna
dan penggunaan. Contohnya, dialek negeri Melaka, Kelantan, Terengganu dan Perak
adalah berbeza.

Pemakaian diksi tertentu yang sesuai dengan konteksnya itu adalah yang
dikatakan laras bahasa. Penggunaan laras bahasa yang sesuai itu dianggap
pengolahan bahasa yang baik (Abdullah Hassan, 1989). Terdapat pelbagai jenis laras
bahasa seperti laras bahasa umum, laras bahasa iklan, laras bahasa klasik, laras
bahasa kreatif, laras bahasa agama, laras bahasa undang-undang, laras bahasa
agama, laras bahasa teknikal, laras bahasa panggilan dan laras bahasa kanak-kanak.
Artikel pertama yang telah dikaji ialah sebuah artikel yang bertajuk bahasa
Melayu bahasa Rasmi Asean yang dikarang oleh Jeniri Amir keluaran Sari Bahasa
dan artikel kedua ialah keratan akhbar Berita Harian cetakan hari Rabu bertarikh 18
Mac 2020. Artikel tersebut memaparkan penggunaan laras bahasa mengikut konteks
serta diksi yang berkaitan.

Sebagai contoh, ayat dalam artikel pertama menggunakan laras bahasa


umum. Laras bahasa umum bermaksud tiada sebarang konteks khusus atau
terperinci yang melibatkan sebarang bidang ilmu seperti sains dan matematik.
Manakala laras bahasa undang-undang bermaksud laras yang digunakan dalam teks
atau situasi yang berkaitan dengan ilmu perundangan. Contoh ayat, bagi laras bahasa
umum ialah “Rantau Asean merupakan rantau yang menggelegak dari segi
pertumbuhan ekonomi” dan bagi laras bahasa undang-undang ialah “Antara tindakan
yang boleh dikenakan ialah mengikut Seksyen 186 iaitu menghalang penjawat awam
menjalankan tugas”. Pemilihan diksi dalam laras bahasa umum sering digunakan
dalam perbualan harian tetapi penggunaan diksi bagi laras bahasa undang-undang
berkisarkan bahasa mahkamah seperti plaintif, defendan, petisyen, akta, enakmen,
perlembagaan dan sebagainya. Struktur ayat laras bahasa umum lebih mudah,
ringkas dan padat tetapi bagi laras bahasa undang-undang bersifat objektif, terperinci,
tepat dan padat. Terdapat dua jenis laras bahasa umum iaitu formal yang digunakan
dalam perkara rasmi dan tidak formal manakala ayat yang digunakan dalam laras
bahasa undang-undang berpandukan perundangan yang mempunyai prinsip undang-
undang tertentu dan berbentuk akta yang melibatkan seksyen dan bahagian undang-
undang untuk menekankan ketepatan serta kepersisan dalam menyampaikan hujah.

Di samping itu, laras bahasa umum lebih banyak menggunakan ayat-ayat yang
pendek dan ringkas. Penggunaannya berlapis, ayat-ayat kompleks dan ayat-ayat
pancangan adalah kurang. Ini disebabkan penuturnya tidak gemar menggunakan ayat
yang sukar dan panjang. Contoh laras bahasa umum dalam artikel pertama
(perenggan pertama, baris kelapan) ialah “Jika ekonomi Asean disatukan, ekonomi
tersebut merupakan ekonomi ketujuh terbesar di dunia”. Contoh seterusnya,
(perenggan ketiga, baris ketiga) ialah “Negara yang menggunakan bahasa Melayu
sebagai sebagai bahasa rasmi perlu meneruskan perjuangan itu”. Kedua-dua ayat ini
dikategorikan sebagai laras bahasa umum kerana mudah difahami, formal dan tidak
melibatkan sebarang bidang ilmu yang lain.
Seterusnya, laras bahasa undang-undang berperanan untuk membuktikan
kesahihan maklumat dalam sesebuah bahan bacaan. Selain itu, terdapat istilah
khusus yang dipinjam daripada bahasa lain seperti bahasa Inggeris. Kosa kata yang
digunakan adalah berdasarkan intepretasinya. Ayat sebegini tidak memerlukan
struktur ayat yang betul. Binaan ayat mungkin panjang kerana harus mengikut segala
yang termaktub dalam Perlembagaan. Sebagai contoh, (Artikel kedua, perenggan
kesepuluh) dalam artikel ini ialah “Antara tindakan yang boleh dikenakan ialah
mengikut Seksyen 186, iaitu menghalang penjawat awam menjalankan tugas;
Seksyen 188 iaitu mengingkari perintah yang diisytiharkan oleh pejawat awam;
Seksyen 269, iaitu perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa
penyakit dan Seksyen 271, iaitu mengingkari perintah kuarantin”. Kuarantin
didefinisikan sebagai tempat pengasingan manusia, binatang atau tumbuh-tumbuhan
dari luar negara yang disyaki menghidap penyakit berjangkit untuk mencegah penyakit
daripada merebak (Kamus Pelajar Edisi Kedua, 2015).

Namun demikian, kedua-dua laras bahasa ini tidak memiliki persamaan yang
setara kerana kedua-duanya mempunyai ciri-ciri tersendiri yang sangat berbeza
konteks serta penggunaannya. Inilah antara contoh laras bahasa yang digunakan di
dalam artikel tersebut. Penulisnya telah menggunakan laras bahasa yang
bersesuaian dengan teksnya. Akhir sekali, laras bahasa penting agar pembaca dapat
memahami konteksnya dan tidak terkeliru dengan mesej yang hendak disampaikan
oleh penulis.
Ringkasan

No. Jenis laras Definisi Contoh Huraian/ justifikasi


bahasa
1. Laras Sebarang konteks khusus a) “Jika ekonomi Bahasa umum
bahasa atau terperinci yang Asean disatukan, kerana mudah
umum melibatkan sebarang ekonomi tersebut difahami, formal
bidang ilmu seperti sains merupakan dan tidak
dan matematik. ekonomi ketujuh melibatkan
terbesar di dunia”. sebarang bidang
Pemilihan kata (diksi) (perenggan ilmu yang lain.
dalam laras bahasa biasa pertama, baris
sering digunakan dalam kelapan).
perbualan harian.
b) “Negara yang
Struktur ayatnya juga menggunakan
mudah, ringkas dan padat. bahasa Melayu
Terdapat dua jenis laras sebagai sebagai
bahasa biasa iaitu formal bahasa rasmi perlu
digunakan dalam perkara meneruskan
rasmi dan tidak formal. perjuangan itu”.
(perenggan ketiga,
baris ketiga).

2. Laras Membuktikan kesahihan a) “Antara tindakan Kuarantin


bahasa maklumat dalam sesebuah yang boleh didefinisikan
undang- bahan ilmiah. Ayat yang dikenakan ialah sebagai tempat
undang digunakan berpandukan mengikut Seksyen pengasingan
perundangan yang 186, iaitu manusia, binatang
mempunyai prinsip menghalang atau tumbuh-
undang-undang tertentu penjawat awam tumbuhan dari luar
dan berbentuk akta yang menjalankan tugas; negara yang disyaki
melibatkan seksyen dan Seksyen 188 iaitu menghidap
mengingkari penyakit
bahagian undang- perintah yang berjangkit untuk
undang. diisytiharkan oleh mencegah
pejawat awam; penyakit daripada
Terdapat istilah khusus Seksyen 269, iaitu merebak (Kamus
yang dipinjam daripada perbuatan cuai yang Pelajar edisi kedua,
bahasa lain seperti mungkin 2015).
bahasa Inggeris. merebakkan
Kosa kata yang digunakan jangkitan apa-apa
adalah berdasarkan penyakit dan
intepretasinya. Seksyen 271, iaitu
Ayat sebegini tidak mengingkari
memerlukan struktur ayat perintah kuarantin”
yang betul. (Artikel kedua,
perenggan
Ayatnya mungkin panjang kesepuluh).
kerana harus mengikut
segala yang termaktub
dalam Perlembagaan
Negara.
Rujukan

Abdullah Hassan. 1989. Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya:
Fajar Bakti.
Asmah Haji Omar. 1987. Nahu Melayu Mutakhir. Edisi Ketiga, Cetakan Pertama.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jeniri Amir. (2015). Bahasa Melayu Bahasa Rasmi Asean: Perjalanan 1000
Kilometer. Pelita Bahasa: Dewan Bahasa dan Pustaka. Diakses di
http://pbahasa.dbp.my/wordpress/?p=634 pada 10 Mac 2020.
Kamus Pelajar Bahasa Malaysia, edisi kedua. (2015). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa & Pustaka.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2011).
Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nor Azizah Mokhtar. (2020, March 18). Penularan COVID-19: Gagal ikut perintah
boleh kena penjara. Berita Harian, pg. 3. Kuala Lumpur: The New Straits
Times Press (M’sia) Bhd.
Artikel 1
Laras Bahasa Umum
Pelita Bahasa

Bahasa Melayu Bahasa Rasmi Asean:


Perjalanan

1000 Kilometer
July 3, 2015

Oleh Jeniri Amir

Rantau Asean merupakan rantau yang


menggelegak dari segi pertumbuhan ekonomi.
Rantau tersebut merupakan antara rantau ekonomi
paling terbuka di muka bumi dengan jumlah
keseluruhan eksport barangan sebanyak AS$1.2
trilion — hampir 54 peratus daripada keseluruhan Keluaran Dałam
Negara Kasar (KDNK) dan tujuh peratus daripada eksport global. Jika
ekonomi Asean disatukan, ekonomi tersebut
merupakan ekonomi ketujuh terbesar di dunia. Jika trend pertumbuhan iłu
berterusan seperti sekarang, dijangkakan ekonomi Asean bakal muncul nombor
empat terbesar di dunia menjelang tahun 2050.

Jika dari segi ekonomi sudah terdapat kerjasama yang agak baik, bagaimana
pula dengan kerjasama dałam bidang lain? Sebagai implikasinya, kerjasama rapat
perlu diwujudkan bukan sahaja dari segi teknologi, pendidikan dan seumpamanya,
tetapi juga dari segi budaya dan bahasa. Asean perlu menampilkan jati diri dan
kerjasama yang baik dałam pelbagai bidang selari dengan slogan "Satu Visi, Satu
Identiti, Satu Komuniti”.

Menurut łaman web Asean, komuniti sosiobudaya boleh menyumbang kepada


hasrat merealisasikan komuniti Asean yang berpaksikan rakyat dan mencapai
perpaduan dałam kalangan rakyat dan negara anggota serantau iłu. Hal ini juga
bertujuan untuk membentuk satu identiti bersama dan membina masyarakat
penyayang dan saling berkongsi yang inklusif serta meningkatkan kesejahteraan,
kehidupan, dan kebajikan rakyat di rantau ini.

Hakikat ini dapat dicapai, antaranya, melalui penggunaan bahasa Melayu


sebagai bahasa rasmi. Impian untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
serantau tidak harus dikendurkan. Segala strategi perlu dilaksanakan untuk
memastikan hal tersebut menjadi kenyataan. Negara yang menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi perlu meneruskan perjuangan iłu.

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa, Julai 2015


Artikel 2
Laras Bahasa
Undang-undang

You might also like