You are on page 1of 9

Ayat Nafi (Negatif) Definisi Ayat nafi ialah ayat transformasi yang di dalamnya terdapat kata nafi bukan

atau tidak atau tak. i) Kata nafi bukan digunakan untuk membentuk ayat nafi atau ayat negatif daripada ayat positif apabila frasa nama menjadi predikatnya. Contohnya: Ayat Positif No 1 2 SUBJEK Ini Binatang ini PREDIKAT binatang. lembu.

Ayat Nafi (Negatif) 3 4 Ini Binatang ini bukan binatang. bukan lembu.

ii)

Kata nafi tidak atau tak digunakan untuk membentuk ayat nafi atau negative dariapda ayat positif apabila frasa adjektif atau frasa kerja bertugas sebagai predikatnya. Contohnya: Ayat Positif

No 5 6 Madu ini Perajurit itu

SUBJEK

PREDIKAT manis. ( frasa adjektif) berani. ( frasa adjektif) Ayat Nafi (Negatif)

7 8

Madu ini Perajurit itu

tidak manis. ( frasa adjektif) tidak berani. ( frasa adjektif)

iii)

Kata nafi bukan atau tidak dapat digunakan menurut kesesuaiannya untuk membentuk ayat nafi (negatif) daripada ayat positif apabila frasa sendi menjadi predikatnya. Contohnya:

Ayat Positif No 9 10 Ali Encik Tan SUBJEK di sini. ke pejabat. Ayat Nafi (Negatif) 11 12 Ali Encik Tan tidak di sini. tidak ke pejabat. PREDIKAT

Ayat Tanya Definisi Ayat tanya ialah ayat yang ditandai dengan tanda Tanya (?) pada akhir ayat itu. Ayat tanya terbahagi kepada dua: i) Ayat tanya yang disertai kata tanya seperti apa, bagaimana, berapa, bila, mana, mengapa, dan siapa. Contohnya: No. 1 2 Ini Jumlahnya SUBJEK apa? berapa? PREDIKAT

ii)

Ayat tanya yang bentuknya sama dengan ayat penyata tetapi dibezakan oleh adanya tanda tanya (?) pada akhir ayat itu. Contohnya:

No. 3 4 Itu Dia

SUBJEK

PREDIKAT Layang-layang? Ahmad?

Ayat Tanya Songsang Ayat tanya songsang ialah ayat yang predikatnya didahulukan dan subjeknya dikemudiankan. Contohnya: No. 5 6 Apakah Layang -layangkah SUBJEK itu? itu? PREDIKAT

Lawan ayat Tanya songsang ialah ayat Tanya biasa. Ayat nombor lima merupakan contoh ayat-ayat Tanya biasa. Partikel Pementing Predikat Partikel ialah kata kecil-kecil yang pada umumnya terdiri daripada satu suku kata dan tidak mempunyai makna tetapi mempunyai tugas tertentu dalam ayat, misalnya partikel kah dalam ayat-ayat di bawah: 1) Ahmadkah dia? 2) Dengan siapakah murid itu? Apabila letak predikat di depan dan subjeknya di belakang, maka terbentuklah ayat songsang. Ayat Songsang Terbahagi Ayat songsang terbahagi ialah ayat songsang yang predikatnya terbahagi, iaitu satu di depan dan satu lagi di belakang, manakala subjeknya di tengah. Contohnya:

No. 5 6

PREDIKAT Bagaimanakah Bilakah dia

SUBJEK

PREDIKAT datang? akan diadakan?

Minggu Bahasa

Ayat Aktif dan Ayat Pasif Ayat Aktif Apabila subjek dalam sesuatu ayat menjadi pelaku dan objeknya menjadi penderita, maka ayat itu disebut ayat aktif transitif. Contohnya: No. SUBJEK PREDIKAT Kata Kerja Transitif 1 Ali (pelaku) membaca buku itu. Objek

Dalam ayat di atas, frasa nama Ali bertugas sebagai subjek. Frasa nama buku itu bertugas sebagai objek kepada kata kerja transitif membaca. Subjek Ali menjadi pelaku, dan objek buku itu menjadi penderita, yakni dikenai kesan kata kerja transitif membaca. Ayat Pasif Apabila frasa nama yang menjadi subjek dalam sesuatu ayat itu menjadi penderita kerana dikenai kesan kata kerja pasif, maka ayat itudisebut ayat pasif. No. 2 SUBJEK Buku itu ( penderita) PREDIKAT dibaca oleh Ali.

Frasa nama buku itu bertugas sebagai subjek manakala kata kerja pasif dibaca dan frasa sendi oleh Ali menjadi predikat. Maknanya, subjek buku itu menjadi penderita kerana dikenai kesan kata kerja pasif dibaca.

Jelaslah bahawa ayat aktif dengan kata kerja transitif yang berawalan me- boleh diubah bentuknya menjadi ayat pasif. Walaupun bentuk ayat aktif dan ayat pasif itu berbeza, namun maknanya tetap sama. Ayat pasif dapat dibahagikan kepada tiga jenis: Jenis ayat pasif Ayat Pasif Diri Ketiga No. Subjek 3 4 Ayat Pasif Diri Pertama 5 6 Ayat Aktif Diri Kedua 7 Rumah itu Baju itu Kerja itu Keputusan itu Nota itu Tawaran itu Predikat dibeli oleh beliau. dipakai olehnya. kami selesaikan. sudah diketahui anda simpan? kamu terima?

Perluasan Frasa Kerja Pasif Ayat PAsif 1 (diri pertama) 2 (diri kedua) 3 (diri ketiga) Hadiah itu Hadiah itu SUBJEK Hadiah itu PREDIKAT akan kuambil belum kami ambil akan anda ambil? sudah kauambil? akan diambl loleh Burhan. belum diambli oleh mereka.

Ayat Pasif Songsang Ayat-ayat pasif diri pertama, kedua, dan ketiga boleh dijadikan ayat pasif songsang dengan meletakkan predikatnya di depan dan subjeknya di belakang. Contohnya: Ayat PAsif 1 (diri pertama) 2 PREDIKAT Akan kuambil Belum kami ambil Anda akan ambilkah SUBJEK hadiah itu. hadiah itu. hadiah itu?

(diri kedua) 3 (diri ketiga)

Sudah kauambilkah Akan diambil oleh Burhan Belum diambil oleh mereka

hadiah itu. hadiah itu.

Ayat penyata pasif diri ketiga boleh juga dijadikan ayat tanya seperti yang berikut: PREDIKAT Akan diambil oleh Burhankah Belum diambil oleh merekakah hadiah itu? SUBJEK

Bentuk ayat tanya pasif diri ketiga yang terbit daripada ayat penyata pasif diri ketiga boleh juga dijadikan bentuk songsang terbahagi. Contohnya: PREDIKAT Akan diambilkah Belum diambilkah hadiah itu SUBJEK PREDIKAT oleh Burhan? oleh mereka? olehnya?

Bentuk Terikat Bentuk terikat ialah kata ganti diri pertama atau kedua yang menjadi pelaku itu terikat pada kata kerja pasif. Contohnya: kuambil kauambil diambil kami ambil kita ambil saya ambil anda ambil kamu ambil

Pelbagai Ayat Pasif Ayat pasif dapat dibahagikan kepada empat jenis: i. Berii. Teriii. Kean iv. Bantuan Ayat Pasif ber Apabila subjek sesuatu ayat itu menjadi penderita, maka ayat itu dikenal sebagai ayat pasif. Contohnya: No. 1. 2. Kain itu Surat ini SUBJEK PREDIKAT belum berlipat. belum berjawab.

Kata kerja yang berawalan ber- itu bukan kata kerja tak transitif tetapi dikenal sebagai kata kerja pasif berawalan ber- kerana maknanya sama dengan kata kerja pasif yang berawalan di-. Contohnya: No. 3. 4. Kain itu Surat ini SUBJEK PREDIKAT belum dilipat. belum dijawab.

Ayat Pasif ter Kata kerja yang berawalan ter- itu menunjukkan berlakunya sesuatu keadaan. Contohnya: No. 5. 6. Pintu itu Kereta itu SUBJEK terbuka. terbeli juga olehnya. PREDIKAT

Makna pasif pada sesuatu ayat dapat berubah kepada makna aktif semata-mata kerana pertukaran kata sendi oleh kepada kata sendi akan dalam ayat itu. Contohnya: No. 7. 8. Ali Helen SUBJEK PREDIKAT terkenang oleh ibunya. terpandang oleh orang itu.

Ayat aktif yang lain maknanya daripada makna masing-masing walaupun bentuknya sama. Contohnya: No. 9. 10. Ali Helen SUBJEK PREDIKAT terkenang akan ibunya. terpandang akan orang itu.

Ayat dengan kata kerja yang berawalan ter- dapat menyatakan makna aktif juga apabila diluaskan dengan tambahan kata nama sebagai pelengkap. Contohnya: No. 11. 12. Amin Chua SUBJEK PREDIKAT terpegang ulat. terpijak kaca.

Ayat Pasif kean Ayat-ayat pasif boleh juga dibentuk dengan kata kerja yang berapitan kean seperti yang berikut. Contohnya: No. 13. 14. Orang itu Mereka SUBJEK PREDIKAT kemalangan. kehujanan.

Ayat pasif dengan kata kerja pasif yang berapitan kean boleh diluaskan dengan tambahan kata nama sebagai pelengkap. Contohnya: No. 15. 16. Pelita ini Orang tua itu SUBJEK PREDIKAT kehabisan minyak. kekurangan tenaga.

Ayat Pasif Bantuan Apabila kata kerja dalam sesuatu ayat itu tidak berawalan me- dan didahului oleh kata bantu kena, maka terbentuklah ayat pasif bantuan. No. 17. 18. Wang itu Dia SUBJEK kena curi. Kena denda. PREDIKAT

You might also like