You are on page 1of 5

PERKAITAN PERIBAHASA DENGAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU

DALAM :
Perundangan Negara
Pada 27 September 2010, buat pertama kalinya dalam sejarah perundangan negara,
Mahkamah Persekutuan menerima usul untuk mengisytiharkan bahawa semua penghakiman
bagi kes sivil dan jenayah yang ditulis dalam bahasa Inggeris adalah sebagai tidak sah dan
terbatal kerana melanggar Perlembagaan Persekutuan. Pertikaian mengenai tindakan hakim
menulis penghakiman dalam bahasa Inggeris ini merupakan isu undang-undang baharu yang
belum pernah dibangkitkan semenjak kemerdekaan.

Peruntukan mengenai bahasa Kebangsaan dalam bidang perundangan melalui


Perlembagaan Persekutuan
Pada dasarnya, bahasa Melayu telah diangkat martabatnya serta mendapat pengiktirafan
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di Malaysia menerusi undang-undang tertinggi
tanah air, iaitu Perlembagaan Persekutuan. Peruntukan Perkara 152 yang menjurus kepada
penggubalan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 telah berhasil dalam memperkasakan lagi
kedudukan bahasa Melayu di negara ini.

Polemik Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan 1963


Peruntukan mengenai bahasa Kebangsaan dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan
pada Fasal (1) Perkara 152 Perlembagaan manakala Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan
1963menyatakan bahasa yang perlu digunakan dalam perbicaraan di mahkamah adalah
bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia. Meskipun begitu, pengecualian diberikan bagi
prosiding untuk dijalankan dalam Bahasa Inggeris menerusi permohonan awal berdasarkan
pertimbangan terhadap kepentingan keadilan dalam sesebuah prosiding.
Umum mengetahui, kebanyakan bahan-bahan bacaan dan rujukan utama teks undang-
undang termasuklah teks perundangan negara diterbitkan dalam bahasa Inggeris, sebagai
contohnya Undang-Undang Malaysia Akta 621 yang dicetak semula dalam Bahasa Melayu
pada tahun 2006 di mana teks asalnya adalah dalam Bahasa Inggeris. Bukan itu sahaja,
hampir kebanyakan sumber rujukan undang-undang termasuk buku dan teks prosiding adalah
dalam bahasa Inggeris yang mana dipengaruhi sistem undang-undang Inggeris atau juga
disebut sebagai Common Law.

Secara keseluruhannya, dapat kita simpulkan di sini bahawa Badan Kehakiman dan
Perundangan negara telah menyatakan dengan tegas bahawa penggunaan bahasa Melayu di
dalam Perundangan negara adalah satu yang amat serius dan perlu dimuktamadkan. Seperti
peribahasa Melayu, “Bulat air kerana pembentung, bulat kita kerana muafakat”. Sebagai
rakyat Malaysia, kita harus menyokong perubahan yang dilakukan di dalam sistem
perundangan negara kita bagi memastikan bahasa Melayu adalah bahasa yang boleh diterima
di semua peringkat.
Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Malaysia telah berusaha untuk
membentuk sebuah negara bangsa, iaitu melahirkan masyarakat yang berpegang kepada
konsep satu bangsa, satu identiti.Walaupun Malaysia berjaya mengurangkan konflik dan
ketegangan antara kaum, namun objektif Malaysia untuk mencapai tahap negara bangsa
masih lagi jauh.Peranan masyarakat sangat penting dalam membentuk negara bangsa
terutama apabila terdapatnya rasa hegemoni antara masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

Pentadbiran Politik
Bahasa Sebagai Alat Untuk Mencapai Negara Bangsa Melalui Pentadbiran Politik
Bahasa merupakan lambang dalam budaya dan melalui pembinaan bahasa juga sesuatu
budaya boleh dipengaruhi. Antara isu yang sering dibangkitkan dalam pembinaan negara
bangsa ialah isu bahasa. Hal ini demikian kerana bahasa merupakan lambang jati diri bagi
sesuatu masyarakat atau bangsa itu. Bahasa mempunyai banyak fungsi dalam perkembangan
budaya berdasarkan keperluan semasa. Begitu haalnya di dalam pentadbiran politik negara.
Masih ramai di kalangan anggota ahli politik tidak mementingkan penggunaan bahasa yang
tepat. Keadaan ini amat menyedihkan dan sepatutnya tidak berlaku.
Menurut Hartmann dan Stork (1976), bahasa digunakan untuk menggambarkan
sesuatu (fungsi representasi), untuk menyampaikan maklumat antara anggota masyarakat
(komunikatif), penerimaan daripada pendengar (fungsi apelatif), untuk menyatakan dan
mengujarkan perasaan (fungsi ekspresif) atau memberikan penaakulan intelektual (fungsi
kognitif). Sepanjang proses pembinaan negara bangsa, bahasa Melayu telah diangkat sebagai
bahasa rasmi seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan. Hal ini
jelas menunjukkan struktur bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar tunggal
dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan sekaligus meletakkan bahasa Melayu sebagai maruah
dan citra negara. Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sektor pendidikan
dapat dilihat dalam Akta Pendidikan 1996, Perkara 17 yang menyatakan:

“Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi


pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau
mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen
ini” (Undang-Undang Malaysia Akta Pendidikan 1996, 1996).

Menurut Puteri Roslina Abdul Wahid (2005), bahasa ialah cermin budaya, penghubung
dengan masa silam, dan penjelmaan keseluruhannya. Pendidikan dan bahasa merupakan
tunjang dalam membina kekuatan konsep negara bangsa dan pendekatan ini haruslah seiring.
Hal ini demikian kerana, isu yang wujud berkaitan bahasa mampu diselesaikan melalui
saluran sistem pendidikan. Perkara asas yang boleh digunakan adalah dengan meningkatkan
pemahaman pelajar tentang kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa
penting kerana ianya ditulis dengan menggunakan lunas undang-undang. Kerajaan terus
berusaha keras dalam memastikaan bahasa Melayu menjadi medium utama sebagai alat
komunikasi dalam membina negara bangsa. Hal ini selaras dalam usaha untuk melahirkan
satu bangsa, satu bahasa dan merealisasikan dasar kerajaan iaitu memartabatkan bahasa
Melayu mengukuhkan bahasa Inggeris.
Apabila diperhatikan masyarakat Malaysia pada hari ini, penguasaan bahasa Melayu
masih lagi ditahap yang kurang memberangsangkan. Masih terdapat ramai masyarakat India
dan Cina yang kurang penguasaan bahasa Melayu yang baik. Sebagai rakyat Malaysia, setiap
masyarakat perlu mahir berbahasa Melayu kerana bahasa itu melambangkan identiti negara
seseorang individu tersebut. Bahkan, terdapat segelintir daripada pemimpin masyarakat
terutamanya ahli-ahli politik yang tidak mahir bertutur dalam bahasa Melayu. Penggunaan
bahasa yang tidak mahir bukan sahaja daripada komuniti Cina dan India, tetapi turut dihadapi
oleh orang Melayu sendiri.
Di sini ahli politik tanpa mengira pegangan politik seharusnya Bersatu hati
memartabatkan bahasa Melayu tanpa paksaan dan Batasan. Semua ahli politik seharusnya
berjuang Bersama memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dalam pentadbiran negara.
Keadaan yangs sebaliknya berlaku di dewan negara amatlah menyedihkan di mana
ahli – ahli politik sengaja memperlekehkan bahasa Melayu dengan menggunakan bahasa
yang tidak standard dan bercampur baur dengan bahasa asing. Ahli politik seharusnya
berpegang kepada peribahasa Melayu “Bulat air kerana pembentung, bulat kita kerana
muafakat”. Kestabilan politik akan terjamin sekiranya kita Bersatu padu tanpa mengira
pegangan politik. Hanya menggunakan satu bahasa, akan melambangkan kesatuan kita yang
utuh. Bahasa Melayu yang kita gunakan akan menjadi satu elemen penyatuan masyarakat
tanpa mengira fahaman politik.

CADANGAN
Mewujudkan suatu laras bahasa perundangan khusus untuk menerangkan hal-hal
perundangan secara lebih tepat
Menurut Nik Safiah (2006), Bahasa Melayu harus boleh berfungsi sebagai bahasa akademik
yang lengkap dengan laras-laras bahasa untuk memperkatakan pelbagai hal baharu dalam
aneka bidang ilmu moden, tidak terkecuali bidang perundangan. Bahasa Melayu perlu
mempunyai laras bahasa perundangan yang khusus untuk menerangkan tentang aspek tentang
kehakiman, judisiari, dekri, statut serta falsafah perundangan secara lebih menyeluruh
Melalui pindaan Akta Bahasa Kebangsaan (Pindaan) 1990 Seksyen 8 yang baharu
bagi menggantikan akta sebelumnya, segala bentuk prosiding dalam Mahkamah Agung,
Mahkamah Tinggi atau mana-mana Mahkamah Rendah haruslah dijalankan dalam bahasa
kebangsaan. Pemindaan akta ini adalah bertepatan dengan usaha kerajaan untuk
memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa utama di mahkamah. Selari dengan
kepentingan keadilan dalam sesebuah prosiding, penggunaan Bahasa Inggeris adalah
dibenarkan secara sederhana namun harus dengan kebenaran mahkamah.

Penterjemahan undang-undang penting ke dalam Bahasa Melayu dan penetapan


kesahihan fungsi
Mengikut Seksyen 7 Akta Bahasa Kebangsaan yang tersebut, segala undang-undang yang
berkuatkuasa sebelum tarikh 1 September 1967 boleh diterjemahkan ke dalam bahasa
kebangsaan dan sekiranya menerima pengesahan dari Yang di-Pertuan Agong, maka
undangundang tersebut akan dianggap sahih. Kerajaan telah pun menterjemahkan beberapa
undangundang penting ke dalam Bahasa Melayu dan menetapkan fungsi yang sahih. Dalam
mempergiatkan lagi usaha tersebut, kerajaan seharusnya mempertingkatkan usaha
menterjemah undang-undang tersebut ke dalam Bahasa Melayu selain mendapatkan
pengesahan kesahihan daripada Yang di-Pertuan Agong. Hal ini bagi mewajarkan
penggunaan undang-undang dalam Bahasa Melayu sahaja dan tiada lagi isu berbangkit
menegenai penggunaan undang-undang dalam Bahasa Inggeris pada tahun 1967 dan
sebelumnya.

Mencapai Kesatuan Politik Melalui Bahasa Melayu Dalam Proses Pembinaan Negara
Bangsa
Malaysia juga menghadapi masalah untuk membentuk negara bangsa kerana faktor politik.
Politik amat memainkan peranan dalam pembentukan negara bangsa. Dasar-dasar kerajaan
banyak menunjukkan usaha kerajaan untuk memperjuangkan negara bangsa antaranya seperti
laporan Razak, Perlembagaan Malaysia, Wawasan 2020, dan sebagainya. Kebanyakan dasar-
dasar yang dibuat oleh kerajaan amat mendokong pembentukan negara bangsa. Walau
bagaimanapun, adakah semua dasar yang dibuat oleh kerajaan dapat dilaksanakan dengan
baik? Persoalan ini boleh dibincangkan kerana kerajaan telah melakukan pelbagai usaha
untuk memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Apabila diperhatikan masyarakat Malaysia pada hari ini, penguasaan bahasa Melayu
masih lagi ditahap yang kurang memberangsangkan. Masih terdapat ramai masyarakat India
dan Cina yang kurang penguasaan bahasa Melayu yang baik. Ini turut terjadi di dalam bidang
politik. Sebagai rakyat Malaysia, tidak mengira fahaman politik, setiap lapisan masyarakat
perlu mahir berbahasa Melayu kerana bahasa itu melambangkan identiti negara seseorang
individu tersebut. Bahkan, terdapat segelintir daripada pemimpin masyarakat terutamanya
ahli-ahli politik yang tidak mahir bertutur dalam bahasa Melayu. Penggunaan bahasa yang
tidak mahir bukan sahaja daripada komuniti Cina dan India, tetapi turut dihadapi oleh orang
Melayu sendiri.
Masalah penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat pada masa ini
adalah penggunaan bahasa “rojak” yang menghilangkan identiti asal bahasa Melayu. Jika
diperhatikan banyak bahasa asal perkataan diubah menjadi ringkas atau lebih mudah disebut
atas alasan perkataan asal terlalu panjang untuk disebut. Masyarakat menggunakan alasan
bahasa “rojak” atau pasar ini lebih mudah digunakan dalam kehidupan seharian.Tambahan
lagi, dalam kepesatan penggunaan teknologi seperti penggunaan e-mel dan juga pesanan
ringkas memberi kesan yang lebih buruk kepada penggunaan bahasa Melayu. Ini amat
memberi kesan terhadap usaha pemerkasaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat
Malaysia. Ini turut terjadi di dalam pentadbiran politik. Jadi wajarlah penulisan kajian ini
bertemakan peribahasa “Bulat air kerana pembentung, bulat kita kerana muafakat” harus
dijadikan satu teladan untuk masyarakat kita Bersatu menggunakan bahasa kebangsaan kita
iaitu Bahasa Melayu.

KESIMPULAN

Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah dijamin oleh Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan sejak kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos
1957 dan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Kemajmukan kaum, agama dan
budaya yang mencorakkan sifat kependudukan Malaysia menjadi cabaran unik ke arah
kemampanan perpaduan dan kemapanan identiti nasional melalui perantaraan Bahasa Melayu
sebagai alat penyatuan. 

Menurut pakar bahasa Melayu, Prof. Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim, profil kebahasaan
seorang warga Malaysia mestilah menguasai bahasa kebangsaan sendiri, menguasai bahasa
Inggeris dan sekiranya boleh menguasai bahasa ketiga dan keempat.
Di samping itu, walaupun terdapat pelbagai isu, reaksi dan cabaran daripada pihak-
pihak yang kurang berpuas hati khususnya orang bukan Melayu terhadap bahasa kebangsaan,
namun melalui langkah-langkah yang dilaksanakan, kerajaan telah berjaya mengatasinya.
Hasilnya, bahasa kebangsaan
bukan sahaja semakin kukuh kedudukannya dalam bidang pentadbiran kerajaan tetapi juga
telah mula mendapat pengiktirafan dalam bidang pendidikan tinggi.
Dalam proses membina bangsa, satu titik persamaan perlu dicari dalam aspek
kerakyatan, budaya kebangsaan serta bahasa agar negara bangsa yang dibina itu memenuhi
aspirasi serta kehendak semua rakyatnya. Kedudukan yang diberikan kepada bahasa Melayu
itu bukanlah tanpa alasan yang munasabah, bahkan berkaitan erat dengan proses pembinaan
negara Malaysia sebagai “negara baharu”.
Dalam konteks ini, bahasa Melayu seharusnya dijadikan unsur utama dalam
pembinaan jati diri rakyat Malaysia dan juga sebagai unsur perpaduan semua kaum. Proses
memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa perundangan negara adalah merubakan suatu
tanggungjawab bersama. Justeru, jika seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan asal-
usul mendaulatkan bahasa kebangsaan, akan terzahirlah citra dan keperibadian kita sebagai
satu bangsa iaitu bangsa Malaysia.

RUJUKAN

Abdul Aziz Bari, Politik Perlembagaan, Institut Kajian Dasar & Konrad Adenauer
Foundation, Kuala Lumpur, 2006.

Ang Lai Hoon & Che Radiah Mezah. 2012. Masalah Penggunaan Bahasa Melayu Dalam
Kalangan Pelajar Etnik Cina di Malaysia. Jurnal Sosiohumanika 5(2).

Ahmad Ibrahim dan Ahileman Joned, 1992. Sistem undang-undang di Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ramlah Adam. 2014. Pendaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa
ilmu di Malaysia: Sejarah dan kedudukan masa kini. Proceeding of Symposium of
International Language and Knowledge (SiLK 14).

Zainal Abidin Abd. Wahid, 1979. Sejarah Malaysia sepintas lalu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

You might also like