You are on page 1of 35

PEMBANGUNAN DASAR

BAHASA KEBANGSAAN
 Gunakanlah bahasa kebangsaan kita
Marilah amalkan ramai-ramai
Bahasalah yang menyatukan kita semua
Yakinlah bahasa jiwa bangsa
 
 Rangkap diatas merupakan sebahagian

daripada lirik lagu ‘Bahasa Jiwa Bangsa’.


PENGENALAN
 Salah satu masalah yang dihadapi oleh negara berbilang bangsa dan
bahasa seperti Malaysia ialah masalah menentukan bahasa apakah
yang patut digunakan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
kerajaan atau negara.
 Hal Ini bukan sahaja merupakan masalah ideologi yang berkait
dengan soal nasionalisme, perpaduan bangsa dan jati diri negara tetapi
juga masalah pragmatisme, yakni masalah fungsi bahasa itu sebagai
alat pembangunan negara.
 Untuk menyelesaikan masalah ini Malaysia memilih Bahasa Melayu
untuk menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi negara
yang merdeka selepas tahun 1957 di samping mengangkat tarafnya
menjadi bahasa kebangsaan yang diharap akan berfungsi sebagai
bahasa komunikasi luas dalam masyarakat pelbagai kaum dan bahasa.
PENGENALAN
 APA ITU BAHASA KEBANGSAAN

 Perkara 152. Bahasa kebangsaan.


 (1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang
diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen: Dengan syarat bahawa—
 (a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain
bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain;
dan
 (b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan
Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan
meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam
Persekutuan.

 (2) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas
Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen,
bahasa Inggeris boleh digunakan di dalam kedua-dua Majlis Parlimen, di dalam
Dewan Undangan tiap-tiap Negeri, dan bagi segala maksud rasmi yang lain.
APA ITU BAHASA KEBANGSAAN
 (3) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan
selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, teks sahih—
 (a) segala Rang Undang-Undang yang hendak dibawa atau pindaan kepadanya yang hendak

dicadangkan di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen; dan


 (b) segala Akta Parlimen dan segala perundangan subsidiari yang dikeluarkanoleh Kerajaan

Persekutuan, hendaklah dalam bahasa Inggeris.

 (4) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan
selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di dalam Mahkamah
Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi hendaklah dalam bahasa Inggeris:
 Dengan syarat bahawa, jika Mahkamah dan peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju, keterangan yang

diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak perlu diterjemahkan ke dalam atau direkodkan
dalam bahasa Inggeris.

 (5) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala
prosiding di dalam mahkamah rendah, selain pengambilan keterangan, hendaklah dalam bahasa
Inggeris.

 (6) Dalam Perkara ini, "maksud rasmi" ertinya apa-apa maksud Kerajaan, sama ada Kerajaan
Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam.
  
DASAR BAHASA KEBANGSAAN
 Akta Bahasa Kebangsaan (ABK) 1961 dan 1963 bertujuan merealisasikan
Perkara 152(1) perlembagaan negara yang memperuntukkan Bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi negara dalam segala urusan awam.
 Ia selaras dengan berfokuskan isu perpaduan pasca-penubuhan Malaysia,

terutama bagi maksud integrasi Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.


 Dasar Bahasa Kebangsaan disediakan bagi menyokong matlamat pembangunan

negara yang meletakkan perpaduan sebagai jaminan kejayaannya.


 Rempuhan gelombang globalisasi dan perebutan peluang ekonomi di persada

antarabangsa rupa-rupanya memerlukan kesegeraan bertindak balas terhadap


segala bentuk perubahan yang berlaku tanpa henti.
 Cita-cita menjadikan negara sebagai hub ICT industri berteknologi tinggi dan

pendidikan bertaraf dunia mengakibatkan peminggiran Dasar Bahasa


Kebangsaan yang kelihatannya amat memilukan para pejuang dan pembela
Dasar Bahasa Kebangsaan
PELAKSANAAN DASAR BAHASA
KEBANGSAAN
 Pada mulanya dasar bahasa Kebangsaan itu dicurigai oleh sesetengah
golongan, terutama dalam tahun-tahun 60-an.
 Mereka khuatir dasar itu boleh memusnahkan bahasa, budaya dan
kepentingan pendidikan kaum-kaum bukan Melayu.
 Golongan elit berbahasa Inggeris pula khuatir bahawa pentadbiran negara
dan sistem pendidikan kebangsaan yang dikendalikan dalam Bahasa Melayu
(menggantikan bahasa Inggeris) boleh memundurkan negara ini.
 Setelah kira-kira 40 tahun ternyata bahawa segala kekhuatiran itu tidak
munasabah dan tidak beralasan.
 Rata-rata penduduk Malaysia menerima dasar bahasa yang ada sekarang.
Bahasa-bahasa lain tidak termusnah kerana dasar bahasa itu membenarkan
bahasa-bahasa lain digunakan dengan bebas dalam semua bidangkecuali
untuk "maksud rasmi" kerajaan.
 Lihat kedudukan bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain dalam sektor
swasta berbanding dengan kedudukan Bahasa Melayu - bahasa kebangsaan
dan bahasa rasmi negara - dalam sektor yang sama.
PELAKSANAAN DASAR BAHASA
KEBANGSAAN
 Lihat juga kegunaan bahasa Inggeris yang semakin meluas di institusi pengajian
tinggi swasta yang berjumlah lebih 280 buah banyaknya didalam negeri ini.
 Sistem pendidikan kebangsaan yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai

bahasa pengantar utamanya (yakni di sekolah kebangsaan dan di institusi


pengajian tinggi awam)tidak menjejaskan nasib pendidikan kaum-kaum bukan
Bumiputra.
 Pelajar-pelajar bukan Melayu sudah membuktikan bahawa dasar itu tidak

menjadi penghalang kepada mereka untuk mencapai kejayaan yang cemerlang


dalam bidang pendidikan melalui Bahasa Melayu, baik di peringkat SPM dan
STPM mahupun di peringkat universiti.
 Dari tahun 1990 hingga tahun 1995 universiti awam dalam negeri yang

menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utamanya telah


menghasilkan sebanyak lebih kurang 35,000 orang siswazah dalam bidang sains
dan teknologi, 55% daripada mereka bumiputra dan 45% bukan bumiputra.
  
PEMBANGUNAN DASAR BAHASA
KEBANGSAAN
 Bahasa sebagai jiwa bangsa (dan negara) turut menjadi salah satu dasar
negara, melalui ketetapan Dasar Bahasa Kebangsaan dan disokong juga
oleh Dasar Pendidikan Kebangsaan serta Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

 Dasar Pendidikan Kebangsaan mempunyai kaitan yang rapat dengan Dasar


Bahasa Kebangsaan daripada segi ketetapan menjadikan bahasa Melayu
sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan negara.

 Dasar Kebudayaan Kebangsaan pula yang teras pertamanya ialah


“kebudayaan asal rantau ini” (yang merujuk kepada kebudayaan Melayu)
ialah dasar yang menitikberatkan jati diri dan citra kebangsaan yang salah
satunya berkaitan dengan peranan bahasa Melayu untuk menzahirkan jati
diri dan citra kebangsaan.
PEMBANGUNAN DASAR BAHASA
KEBANGSAAN
 Penjawat awam sebagai penggerak dan pelaksana dasar-dasar
negara meningkatkan penghayatan dan iltizam untuk
mejayakannya, termasuk dasar yang berkaitan dengan bahasa
kebangsaan, iaitu Dasar Bahasa Kebangsaan.

 Pastilah usaha merancang bahasa Melayu sebagai bahasa


tamadun bangsa dan negara untuk waktu mendatang
memerlukan waktu dan kaedah yang serapi-rapinya.

 Perlu ada sesi khas untuk sumbang saran pelbagai pihak dan
perlu ada pendokumentasian strategi perancangan itu, sebagai
pelan tindakan yang menerjemahkan Dasar Bahasa
Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan
PEMBANGUNAN DASAR BAHASA KEBANGSAAN
MENGIKUT PEMBINAAN NEGARA

 1. Tahap pertama peminjaman ilmu: ilmu pengetahuan dan


teknologi negara maju yang lain dipelajari dan diambil oleh negara
yang sedang membangun melalui bahasa negara maju itu. Hal ini
memerlukan pembelajaran dan penguasaan bahasa negara maju oleh
para ilmuwan negara membangun itu, seperti yang berlaku pada
zaman kegemilangan Islam di mana bahasa Arab dipelajari oleh
orang-orang Eropah yang datang ke Andalusia untuk mempelajari
ilmu sains dan teknologi Islam dalam pelbagai bidang kesemuanya
dalam bahasa Arab. Hal yang sama berlaku kepada kita Malaysia.
 2. Tahap kedua penterjemahan ilmu: ilmu pengetahuan dan teknologi
negara maju itu dibawa atau diterjemahkan ke dalam bahasa negara
membangun itu, misalnya di Eropah mula-mula diterjemahkan ke dalam
bahasa Latin sebagai bahasa ilmu di seluruh Eropah pada masa itu. Begitu
juga yang berlaku kepada bahasa Melayu iaitu Bahasa Kebangsaan kita.
PEMBANGUNAN DASAR BAHASA KEBANGSAAN
MENGIKUT PEMBINAAN NEGARA
 3. Tahap ketiga pembudayaan ilmu: penyampaian, pengajaran dan
pembudayaan ilmu dan teknologi itu kepada warga negara dalam
bahasa tempatan negara membangun itu sendiri demi pembangunan
secara ekuitabel dan merata ke atas rakyat jelatanya yang
merupakan sumber daya tenaga negara untuk memajukan seluruh
negara bangsanya. Hal ini berlaku di semua negara maju, kecuali
Singapura yang menggunakan bahasa Inggeris.
 4. Tahap keempat penjanaan ilmu: ilmu pengetahuan dan teknologi
dicerna dan dijana oleh negara membangun itu dalam bahasanya
sendiri sebagai kreativiti dan kebijaksanaan ilmu watannya (native
knowledge and creativity). Pada tahap ini negara membangun itu
sedang mengorak langkah ke arah negara maju, seperti yang berlaku
kepada negara-negara Jepun, Korea dan Taiwan di dunia Timur
sejak pertengahan kedua Abad ke-20 sehingga kini.
USAHA MEMBANGUNKAN DASAR BAHASA
KEBANGSAAN
 Pada peringkat awal antara usaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
Kebangsaan adalah seperti berikut : -
 a. Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka
 b. Pelancaran Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa
 c. Pelancaran slogan “Minggu Bahasa” dan “Bulan

Bahasa”
 d. Penubuhan sekolah menengah yang

menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa


pengantar seperti Sekolah Alam Syah
 e. Meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan secara

berperingkat-peringkat
 f. Penubuhan Universiti Kebangsaan pada tahun 1977
 g. Mulai 1982 bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di

semua sekolah menggantikan bahasa Inggeris


 h. Penggunaan bahasa Melayu di mahkamah pada tahun
 1990
PEMBANGUNAN DASAR BAHASA
KEBANGSAAN
 Dalam usaha membangunkan Dasar Bahasa Kebangsaan
secara berterusan di Malaysia pelbagai strategi telah
dijalankan
 Antaranya :
 i. Menjadikan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa bagi

pembinaan sesuatu tamadun.


- Bahasa Melayu menjadi asas pembinaan tamadun jika
dilihat dari segi sorotan sejarah pembinaan tamadun Melayu
telah berlangsung sejak zaman Melayu kuno lagi sehingga
kini. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang sehingga kini
dapat dikenal bentuknya dan dapat difahami.
PEMBANGUNAN DASAR BAHASA
KEBANGSAAN
 ii. Bahasa Kebangsaan menjadi Asas Pembinaan
Negara Bangsa dan kebudayaan masyarakat
- Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah
memainkan peranan penting menjadikan Bahasa
Melayu sebagai asas pembinaan negara
- Perkara 152 ini telah mengiktiraf dan
mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai bahasa
Kebangsaan serta bahasa rasmi negara
- Hal ini disebabkan menjadi satu kepentingan bahawa
negara ini memerlukan satu bahasa sebagai panduan.
PEMBANGUNAN DASAR BAHASA
KEBANGSAAN
 iii. Menjadikan bahasa Kebangsaan sebagai identiti negara yang
seharusnya dibanggakan oleh seluruh rakyat di Malaysia.
- Hal ini demikian kerana, melalui bahasa, negara kita terkenal dengan
negara yang berbudi dan berbahasa.
- Negara kita juga terkenal dengan kepelbagaian etnik dan budaya serta
kaum. Bagaimanakah kaum-kaum  dan etnik-etnik ini disatukan? Mereka
disatukan di bawah satu bahasa yang dikenali sebagai Bahasa Malaysia.
- Hal ini demikian kerana, tidak kira berbangsa Cina atau India serta tidak
kisah jika kita Orang Asli sekalipun, apabila kita bernaung di bawah panji
Malaysia kita wajar memartabatkan bahasa dan mengekalkannya supaya
bahasa Malaysia tidak hilang di bumi melayu.
- Jika kita lihat negara-negara membangun seperti Jepun, Korea, Perancis
mereka semua menggunakan bahasa ibunda mereka untuk memajukan
negara mereka sendiri. Jadi mengapa kita tidak menjadikan mereka
sebagai negara yang menjadi role model untuk kita memajukan Malaysia?
PEMBANGUNAN DASAR BAHASA
KEBANGSAAN
 iv. Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai alat perpaduan
- merupakan senjata paling ampuh untuk merealisasikan  Konsep 1 Malaysia
yang diilhamkan oleh yang amat berhormat, Perdana Menteri kita yang keenam
iaitu Dato Seri Najib Tun Abdul Razak.
- Beliau mewujudkan konsep ini kerana, melalui bahasa Malaysia kita mampu
mencapai persefahaman sesama rakyat tanpa mengira bangsa atau kaum.
- Bahasa Malaysia sebagai bahasa perpaduan yang digunakan sebagai lambang
penyatuan suara rakyat Malaysia yang juga berfungsi sebagai alat untuk
menyatupadukan rakyat.
- Perpaduan negara kita dapat dilihat di mana-mana sahaja. Sebagai contohnya,
masyarakat Melayu sekarang ramai yanng mengusahakan perniagaan nasi ayam
yang menjadi lambang masyarakat Cina, manakala masyarakat India juga banyak
mengusahakan restoran yang menghidangkan makanan orang Melayu seperti nasi
lemak.
- Dengan itu, bahasa amat penting untuk menyatupadukan rakyat malaysia agar
negara sentiasa aman dan sentosa.
PEMBANGUNAN DASAR BAHASA
KEBANGSAAN
 v. Menjadikan Bahasa Melayu atau Bahasa Kebangsaan berperanan sebagai
bahasa penghantar ilmu
- mengetengahkan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar
di sekolah kebangsaan dan bahasa ibunda lain seperti cina dan tamil di
sekolah jenis kebangsaan.
- Selepas negara kita bebas daripada cengkaman penjajah, bahasa Malaysia
telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan dan penggunaannya diluaskan ke
peringkat sekolah menengah yang menjadi sekolah umum yang menggunakan
bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar rasmi sehingga ke hari ini.
- Pelaksanaan  Memertabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa
Inggeris (MBMMBI) dalam mata pelajaran Sains dan Matematik yang telah
dijalankann pada awal tahun 2012 telah memperlihatkan hasil yang baik
dalam penggunaan Bahasa Malaysia.
- Oleh itu, pelajar khususnya harus mengangkat bahasa Malaysia ke persada
antarabangsa.
PEMBANGUNAN DASAR BAHASA
KEBANGSAAN
 vi. Menjadikan Bahasa Kebangsaan bahasa yang boleh menyampaikan budaya dan
keindahan negara.
- bahasa Malaysia dapat dibuktikan dengan keberhasilan menarik minat pelancong
asing untuk datang ke negara kita.
- Hal ini demikian kerana, terdapat Fakulti Bahasa Malaysia di luar negara dan
mereka yang belajar di fakulti ini dapat mempelajari tentang keistimewaan bahasa
Malaysia serta budaya Malaysia. Pelajar asing yang mengambil jurusan Linguistik
akan minat untuk mengkaji bahasa Malaysia.
- Tambahan pula, pertandingan Pidato Antarabangsa yang dianjurkan oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka telah mendapat sambutan yang memberangsangkan, peserta-
peserta terdiri daripada beberapa buah negara seperti Korea, Jepun, Thailand,
Canada dan sebagainya.
- Hal ini menunjukkan bahawa bahasa Malaysia sudah mendapat tempat di negara –
negara lain dan mampu untuk menarik minat mereka untuk datang ke Malaysia
sama ada untuk melawat atau untuk menyertai pertandingan yang membolehkan
mereka belajar bahasa Malaysia. Oleh itu, bahasa dapat menarik minat pelancong
untuk datang ke Malaysia.
PEMBANGUNAN DASAR BAHASA
KEBANGSAAN
 vii. Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.
- Maksud bahasa rasmi ialah bahasa utama yang digunakan dalam
segala jenis urusan pentadbiran dan acara rasmi di dalam negara.
- Contohnya, bahasaMelayu digunakan dalam sistem pendidikan
negara, urusan surat-menyurat,mesyuarat dan pentadbiran di dalam negara.
Jika kita lihat sekeliling kita, dalammesyuarat-mesyuarat kerajaan
persekutuan dan kerajaan negeri, di persidangan-
-  persidangan, seminar-seminar, di parlimen, bahkan dalam perbicaraan
dimahkamah, mesti diutamakan penggunaan bahasa Melayu. 
-Penggunaan bahasa selain bahasa Melayu adalah satu kesalahan yang
besar di dalam negara kita.Sesiapa yang membelakangkan penggunaan
bahasa Melayu dalam urusan rasminegara, mereka adalah penjenayah
negara yang mesti dihukum, ini termasuklah pemimpin negara sekalipun
PEMBANGUNAN DASAR BAHASA
KEBANGSAAN
 x. Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara.
-  Bahasa pengantar pendidikan ialah bahasa yangdigunakan sebagai alat perhubungan
dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh sebab Malaysia mempunyai masyarakat
berbilang kaum, dasar pendidikan negara berusaha menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan, sama ada di sekolah mahu pun pusat-
pusat pengajian tinggi.
- Dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, kita
akan dapat melahirkan bangsa yang menolak perkauman dan ketidakadilan dalam sistem
pendidikan.
- Kita juga seharusnya berbangga kerana beberapa universiti di luar negara seperti di
Britain, Amerika Syarikat, Russia, Thailand, Korea, Republik Rakyat China dan
sebagainya menawarkan kursus major dan minor bahasa Melayu kepada mahasiswa
masing-masing. Dengan adanya Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan
Kebangsaan, kedudukan bahasa Melayu di dalam sistem pendidikan semakin kukuh. --
Justeru, dapat kita merumuskan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa
pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan institusi pendidikan tinggi.
PEMBANGUNAN DASAR BAHASA
KEBANGSAAN
 xi. Menjadikan Bahasa Kebangsaan bahasa yang cemerlang
dalam pembinaan negara Bangsa Malaysia.
 - Bahasa Melayu berperanan untuk menjadi bahasa yang
cemerlang dalam pembinaan negara dan bangsa Malaysia
 - Pengguna bahasa yang mahu melihat bahasa kebangsaan
mereka berfungsi dengan cemerlang selaras dengan
perkembangan bangsanya mestilah berusaha menjadikan
bahasanya lebih baik dan dihormati daripada bahasa yang
“dipinjam” semata-mata untuk menunjukkan status penutur,
dan bukannya untuk menyerlahkan kegemilangan bangsa
penutur itu sendiri.
PENCAPAIAN BAHASA MELAYU ATAU
BAHASA KEBANGSAAN DI ARENA
ANTARABANGSA
 Terdapat banyak karya Kesusasteraan Melayu yang
diterjemah dalam bahasa Rusia seperti Hikayat Hang Tuah,
Hikayat Sang Boma, Hikayat Seri rama, karya sastera
moden dan klasik seperti Syair Siti Zubaidah, antalogi
Sumur di ladang serta hasil karya tokoh terkemuka seperti
A. Aziz Deraman, Kemala, dan sebagainya lagi.
 Pada abad ke 18 juga sebuah kamus komparatif daripada
180 bahasa dan loghat termasuk bahasa Melayu telah
diterbitkan atas perintah Ratu Catherine Agung ( Victor
2011)
PENCAPAIAN BAHASA MELAYU ATAU
BAHASA KEBANGSAAN DI ARENA
ANTARABANGSA
 Hal ini membuktikan perakuan golongan asing terhadap kepentingan
bahasa Melayu serta penghargaan bangsa asing terhadap garapan
nilai keilmuan yang terdapat dalam bahasa Melayu dari segi
kebudayaan, sejarah dan keindahab bahasa itu sendiri
 Selain itu, terdapat banyak lagi kursi Pengajian Melayu yang
ditubuhkan di universiti terpilih di merta dunia seperti Universiti
Leiden, Belanda, Universiti of Wellington, New Zealand, dan
Hankuk University of Foreign Studies, Korea Selatan
 Tujuan penubuhan Kursi-kursi tersebut membantu mengembangkan
bahasa Melayu dan bahasa kebangsaan di seluruh dunia.
CABARAN DALAM PEMBANGUNAN
DASAR BAHASA KEBANGSAAN
 1. Bahasa Inggeris Ada beberapa faktor yang menyebabkan keadaan ini
boleh terus berlaku.

 Pertama, kenyataan yang menyatakan bahawa penguasaan bahasa Inggeris


sangat penting untuk menyediakan seseorang pelajar untuk menyumbang
kepada pembinaan negara peringkat tinggi sebagai seorang birokrat atau
teknokrat atau profesyen-profesyen lain (Asmah Hj.Omar, 2003a:73).
 Kedua, bahasa Inggeris menjadi bahasa komunikasi dalam kalangan kelas
atasan dan kelas menengah bagi bukan Melayu dan komunikasi akan
dijalankan dalam bahasa Melayu sekiranya ada orang Melayu dalam
proses komunikasi tersebut (Asmah Hj.Omar, 2003a:74).
 Ketiga, orang Melayu (golongan elit yang berpendidikan barat) sendiri
merasa lebih selesa menggunakan bahasa Inggeris kerana tidak perlu
memikirkan sangat tentang penggunaan sistem sapaan yang dikatakan
ketat dalam 69 Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 19, 2008 bahasa Melayu
(Asmah Hj.0mar, 2003a:74).
CABARAN DALAM PEMBANGUNAN
DASAR BAHASA KEBANGSAAN
 Keempat, kurangnya bahan rujukan dan buku teks yang ditulis dalam bahasa
tempatan (bahasa Melayu) sama ada karya asli ataupun terjemahan (Hashim
Hj.Musa, 2004:164).
 Kelima, penggunaan yang meluas bahasa Inggeris dalam sektor swasta dan bidang
perindustrian dan perdagangan serta penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantar
pendidikan tinggi di IPTA dan IPTS (Hashim Hj.Musa, 2004:164).
 2. Taraf Bahasa Melayu di sektor swasta amat rendah
 Peminggiran Bahasa Melayu - bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara -
dalamsektor swasta amat aneh memandangkan bahawa lebih 85% daripada
penduduk Malaysia selepasKemerdekaan mengetahui bahasa ini. Menurut suatu
kajian, hanya kira-kira 25% sahajapenduduk Malaysia yang menguasai bahasa
Inggeris di berbagai-bagai peringkat kefasihan,kebanyakannya di peringkat
"Malaysian English", yakni bukan bahasa Inggeris tinggi. Jelasnampaknya bahawa
penduduk Malaysia semakin lama semakin terpisah-pisah lagi oleh bahasa diluar
sistem rasmi kerajaan, yang ketara ialah di sektor swasta.
LANGKAH MENGATASI MASALAH PEMBANGUNAN
DASAR BAHASA KEBANGSAAN
 1. Perancangan yang berkaitan dengan taraf dan peranan bahasa Melayu

 i. Peruntukan undang-undang tentang taraf dan peranan bahasa Melayu sebagai


bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu perlu dipertegas dalam
pelaksanaan dan penguatkuasaannya.
 - Jika Kerajaan bersedia meminda atau memperluas Akta DBP dalam hal pemberian

kuasa untuk mengambil tindakan kepada pihak yang menggunakan bahasa Melayu
yang salah di tempat awam, maka tindakan yang sama hendaklah dikenakan
kepada sesiapa jua yang tidak menghormati bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu.
 - Mekanisme penguatkuasaan dan tindakan perlu dirancang dengan rapi agar

sikap tidak menghormati bahasa kebangsaan dipandang serius oleh semua pihak,
sama dengan seriusnya tindakan kepada orang yang melanggar undang-undang
negara yang lain.
 - Amatlah ironis halnya apabila penguatkuasaan undang-undang pembuangan

sampah yang tidak menentu dan kesalahan lalu lintas, misalnya, diberi perhatian,
tidak pula undang-undang melanggar peruntukan Perlembagaan negara yang
berkaitan dengan dasar bahasa atau akta pendidikan yang memperuntukkan
bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama tidak diberi perhatian sama
sekali.
LANGKAH MENGATASI MASALAH PEMBANGUNAN
DASAR BAHASA KEBANGSAAN
 ii. Taraf dan peranan bahasa Melayu perlu diperluas ranah
penggunaannya.
 - Mana-mana pengecualian yang tidak munasabah tidak harus wujud lagi
dalam Akta Bahasa Kebangsaan atau akta-akta lain, misalnya
pengecualian penggunaan bahasa Melayu dalam sistem kehakiman.
 - Demikian juga, kedudukan bahasa Melayu dalam bidang ekonomi
(termasuk perdagangan). Beberapa undang-undang yang berkaitan
dengan bidang perdagangan yang selama ini ‘menyekat’ penguatkuasaan
penggunaan bahasa Melayu disebabkan akta yang berkaitan telah ‘luput
tarikh’ (sebilangannya diaktakan sebelum atau pada awal kemerdekaan)
hendaklah segera dipinda dan dimasukkan unsur penguatkuasaan
penggunaan bahasa Melayu ke dalam akta pindaan itu.
LANGKAH MENGATASI MASALAH PEMBANGUNAN
DASAR BAHASA KEBANGSAAN
 iii. Taraf dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar
pendidikan sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 17(1) Akta
Pendidikan 1996 hendaklah dikuatkuasakan dalam sistem pendidikan
negara.

 - Langkah mengembalikan pengajaran mata pelajaran sains dan matematik


dan subjek teknikal dalam bahasa Melayu baru-baru ini hendaklah disusuli
dengan pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama di
peringkat tingkatan enam, matrikulasi dan pengajian tinggi.
 - Bahasa Melayu sebagai salah subjek wajib, termasuk di IPTS

sebagaimana yang ditetapkan dalam akta tersebut hendaklah dilaksanakan.


LANGKAH MENGATASI MASALAH
PEMBANGUNAN DASAR BAHASA KEBANGSAAN
 iv. Pengayaan khazanah ilmu dalam bahasa Melayu untuk pelbagai lapisan khalayak
perlu dijadikan agenda negara.

- Dewan Bahasa dan Pustaka, Institut Terjemahan Negara Berhad, Majlis Penerbitan
Ilmiah Malaysia (Mappim) yang menggemblengkan penerbit institusi pengajian tinggi
dan insitusi penyelidikan dan badan-badan lain hendaklah digerakkan agar benar-benar
memenuhi tanggungjawab sosial dalam penyediaan dan penerbitan karya ilmu untuk
kelompok dewasa, remaja dan kanak-kanak, dalam bentuk cetakan mahupun elektronik.
- Perlu ada dana yang khusus untuk menjayakan agenda memperkaya khazanah ilmu
dalam bahasa Melayu.

 v. Perlu ditubuhkan jabatan atau unit audit bahasa yang memantau penguatkuasaan dasar
bahasa, terutama dalam bidang pentadbiran.
 - Jabatan ini boleh ditempatkan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam yang
bertanggungjawab memastikan mutu perkhidmatan yang baik. 
LANGKAH MENGATASI MASALAH PEMBANGUNAN
DASAR BAHASA KEBANGSAAN
 vi. Dewan Bahasa dan Pustaka yang diaktakan sebagai badan perancangan bahasa dan sastera kebangsaan
hendaklah diberi wewenang sebagaimana yang seharusnya.
 - Gangguan terhadap pelaksanaan badan tersebut sebagai badan yang diberi amanah memajukan dan
mengembangkan bahasa kebangsaan, khususnya oleh pemimpin negara tidak seharusnya wujud.
 - Bidang kuasa dan tujuan DBP ditubuhkan untuk memajukan dan mengembangkan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu tidak harus terganggu oleh arahan semasa yang
bertentangan dengan Akta DBP sendiri.
 - Usahlah diletakkan pimpinan dan karyawaan DBP dalam dilema, antara melaksanakan misi negara
dengan memenuhi arahan yang tidak menepati misi tersebut.
 - Dalam pada itu, kepemimpinan Dewan Bahasa dan Pustaka pula perlu berusaha memenuhi tujuan-tujuan
badan itu ditubuhkan sebagaimana yang terkandung dalam Akta Dewan Bahasa dan Pustaka dengan tidak
terlalu terikat atau mengikat dirinya dengan kehendak semasa pihak tertentu yang bertentangan dengan
peranan DBP.
 - DBP perlu terus kreatif dan inovatif dalam gerak kerjanya, bukan mengurangkan atau menghentikan
kegiatan dan projek.
 - Penghematan berbelanja dalam pelaksanaan projek bererti halus dan teliti dalam cara berbelanja, dan hal
itu pasti disokong penuh, tetapi tidak harus sampai tidak berbelanja untuk projek-projek yang penting
untuk kemajuan bahasa, sastera dan ilmu semata-mata kerana hendak memberikan kesan kepada orang
politik bahawa pemimpin DBP pandah berhemat (tetapi sebenarnya tidak memenuhi amanah menjayakan
misi memajukan dan mengembangkan bahasa dan persuratan negara.
LANGKAH MENGATASI MASALAH PEMBANGUNAN
DASAR BAHASA KEBANGSAAN
 2. Perancangan yang berkaitan dengan pemupukan bahasa Melayu tinggi

i. Sebagai bahasa tonggak tamadun, usaha bersepadu melalui semua


kementerian, jabatan dan agensi kerajaan serta swasta perlu dirancang untuk
membudayakan atau memasyarakatkan bahasa Melayu tinggi.

 - Langkah Kerajaan mengadakan Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni


merupakan langkah positif yang dapat dimanfaatkan untuk turut membudayakan
penggunaan bahasa yang baik dan santun.
 - Mudah-mudahan komponen “bahasa Melayu tinggi” dapat diintegrasikan

dalam pelaksanaan kempen tersebut. Konsep bahasa sebagai “warisan tidak


tampak” atau “warisan tidak ketara” sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta
Warisan Kebangsaan 2005 perlu dikembangkan dan direalisasikan dalam
kehidupan masyarakat.
LANGKAH MENGATASI MASALAH PEMBANGUNAN
DASAR BAHASA KEBANGSAAN
 ii. Media, baik media cetak mahupun media elektronik perlu meningkatkan
peranannya dalam pembudayaan bahasa Melayu tinggi.

 - Kita barangkali memang tidak dapat membendung fenomena bahasa rojak,


slanga dan segala bentuk bahasa yang mewakili realiti sosial yang ada. Namun,
dengan mengupayakan penyajian program-program yang dapat memasyarakatkan
bahasa Melayu tinggi, bahasa Melayu dapat bertahan sebagai bahasa yang
mewakili budaya tinggi. Dengan demikian tidaklah menular fenomena “sekerat
ular sekerat belut” (seperti yang diistilahkan oleh Datuk Seri Utama Dr. Rais
Yatim) dalam penggunaan bahasa bagi tujuan yang rasmi.
 Apa yang bimbangi ialah kegagalan masyarakat menempatkan ragam bahasa yang

betul pada konteks dan situasinya. Sebagaimana kita tidak mengharapkan bahasa
yang baku digunakan dalam komunikasi sehari-hari tidak rasmi, maka tidak harus
kita terima penggunaan bahasa ragam kolokial dalam urusan rasmi dan ilmiah.
LANGKAH MENGATASI MASALAH PEMBANGUNAN
DASAR BAHASA KEBANGSAAN
 3. Langkah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa supranasional

- Bahasa Melayu perlu dirancang menjadi bahasa supranasional, iaitu bahasa serantau dan
bahasa antarabangsa.
 - Bahasa Melayu yang gemilang dalam zaman Sriwijaya dan Kesultanan Melayu ialah

bahasa yang tidak terikat oleh batas geopolitik.


 - Oleh itu, dalam upaya memperkuat bahasa Melayu di peringkat negara, segala upaya

memadukan kerjasama dengan negara-negara berbahasa Melayu yang lain dan mana-mana
sahaja pihak yang dapat membantu melonjakkan citra dan kedudukan bahasa Melayu
hendaklah dilaksanakan.
 - Sekali lagi kita perlu belajar daripada rakan bukan Melayu kita yang mempunyai rangkaian

yang cukup erat dalam pakatan Cina antarabangsa. Sekretariat Melayu Antarabangsa perlu
digerakkan semula. Kongres Dunia Melayu Dunia Islam perlu disemarakkan terus.
 - Dewan Bahasa dan Pustaka yang memperoleh kelulusan Kabinet pada tahun 1997 untuk

menggerakkan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) perlu mengaktifkan semula


badan antarabangsa itu. Sesungguhnya banyak manfaat yang diperoleh daripada kegiatan
pengantarabangsaan bahasa dan sastera Melayu, termasuk dalam upaya meningkatkan
keyakinan orang di dalam negara sendiri.
KESIMPULAN
Dasar Bahasa Kebangsaan (DBK) sedang menempuh era suram dan bercelaru sedanghangat dibahaskan dalam
kalangan pencinta bahasa. Akta Pendidikan 1996 (AP 96) dituding sebagai punca fleksibiliti dasar berkenaan
berbanding dengan Akta Pelajaran 1961 yangmenegaskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama
sistem pendidikan negara.
Kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan jelas termaktub dalam perlembagaanMalaysia. Fasal

(1) Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa “ Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa
Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yangdiperuntukan dengan undang-undang
parlimenSebagai Bahasa Kebangsaan kepada negara baru yang berdaulat, Bahasa Melayu dikehendaki
memikul beban tugas baharu.
Selain bahasa rasmi negara, ia menjadi bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan awam dan bahasa pengantar

serta bahasa ilmiah di sekolah dan institusi pengajiantinggi. Semua ini dipikul peringkat demi peringkat oleh
Bahasa Melayu sejak tahun 1957, ketikanegara mencapai kemerdekaan.Globalisasi dalam setiap
aspek kehidupan sebenarnya tidak dapat dielak. Penggunaan bahasaInggeris sebagai bahasa komunikasi
antarabangsa tidak harus ditolak, sebaliknya dimantapkan
Usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu dan bahasa

ranah-ranah lain di negara berdaulat ini hendaklah dilihat sebagai amanah besar yang perlu dilaksanakan oleh
semua warganegara. Yang paling utama ialah ketekalan sikap dan pendirian para pemimpin negara agar
peranan bahasa Melayu sebagai salah satu pancang pembinaan negara bangsa terus ditingkatkan dan
diperkukuh. Iltizam dan sokongan para penjawat awam sebagai pelaksana dasar negara pula membantu
menggerakkannya dengan lancar. Bahasa kebangsaan, yang diungkapkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang
pertama, Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putera sebagai roh bangsa dan negara yang
merdeka tidak seharusnya dikorbankan atas nama pembangunan dan kemajuan, kerana kemajuan yang hakiki
turut meliputi keupayaan kita maju dalam bahasa dan landasan budaya kita sendiri.

You might also like