You are on page 1of 23

UCS3412

BAHASA KEBANGSAAN

PENGENALAN
• Dasar Bahasa
• Fungsi Bahasa Melayu
• Kedudukan & Taraf Bahasa Melayu
ASAL USUL BAHASA MELAYU
1) Definisi awal istilah ‘Melayu’

 Bukti penggunaan perkataan Melayu sejak abad kedua, sekitar tahun 100-150 masihi.
Ptomely telah menggunakan istilah maleu-kolon dalam karyanya yang berjudul
Geographike Sintaxis.

 Menurut Gerini, istilah ini diambil daripada bahasa Sanskrit malayakolam atau
malaikurram yang merujuk kepada tempat di utara pantai Semenanjung Malaysia.

 Perkataan Melayu juga dikesan dalam sebuah kitab Hindu Purba yang berjudul Purana.
Dalam kitab tersebut terdapat perkataan Malaya Dvipa yang merujuk kepada pulau
Sumatera. Menurut para penyelidik pulau Sumatera merupakan tempat asal bahasa
Melayu.
 Perkataan Melayu ditemukan juga dalam tulisan China yang ditulis antara tahun 644 dan 645
masihi iaitu pada zaman Dinasti Tang. Tulisan tersebut menyatakan bahawa orang Mo-lo-yeu
mengirimkan utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil bumi kepada raja China. Para
penyelidik percaya bahawa kerajaan Mo-lo-yeu yang dimaksudkan itu berpusat di daerah Jambi,
Sumatera.

 Terdapat juga catatan China yang menyebut istilah Melayu terdapat dalam catatan seorang rahib
Buddha yang bernama I-Tsing. Beliau menggunakan perkataan Mo-lo-yu pada dua buah kerajaan
di Sumatera yang dilawatinya kira-kira pada tahun 675 masihi. Kerajaan tersebut seperti:

Kerajaan Melayu berpangkalan di Sungai Batang

Kerajaan Sriwijaya yang berpusat di Palembang.


 Menurut pengembara China yang singgah di Nusantara, bahasa yang
dituturkan di Sriwijaya ialah bahasa K’unlun. Bahasa K’unlun ini bukan
sahaja ini dituturkan oleh penduduk tempatan, malah turut dipelajari oleh
orang asing untuk memudahkan mereka berkomunikasi. Penyelidik percaya
bahawa K’unlun itu merujuk kepada bahasa Melayu Kuno.
 Catatan menunjukkan bahawa bahasa Melayu Kuno telah digunakan sebagai bahasa
perantaraan atau lingua franca. Selain itu, catatan pengembara China juga menyebut
bahawa bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi di Sriwijaya.

 Perkataan Melayu juga turut ditemukan tertulis di bahagian belakang sebuah patung yang
bertarikh 1286 M yang ditemukan di Padang Rocore di Sungai Batanghari, Sumatera
Selatan.

 Di dalam buku Sejarah Melayu, perkataan Melayu dikaitkan dengan nama sebatang sungai
iaitu Sungai Melayu.
RUMPUN BAHASA MELAYU
 Salasilah bahasa Melayu berasal daripada rumpun Austronesia yang tergolong dalam filum Austris.

 Filum Austris merupakan salah satu kelompok bahasa induk di dunia filum ini menguasai hampir
separuh benua asia dan terdiri daripada tiga rumpun.

a)Bahasa Austronesia yang terdiri daripada bahasa Khasi( di Annam) Nicobar, Mon atau
Peguan,Khmer dan Munda:
b)Bahasa Cina-Tibet yang terdiri daripada bahasa Cina, Tibet, Burma,
Siam, Annam, dan lain-lain
c)Bahasa Austronesia yang terdiri daripada bahasa di Nusantara, Polinesia. Melanesia,
dan Mikronesia.

 Istilah Austronesia terhasil daripada kata bahasa Latin austro yang bermaksud “ selatan” dan kata
bahasa Yunani nesos yang bermaksud “pulau”. Oleh hal yang demikian, bahasa Austronesia
membawa maksud “ bahasa-bahasa di pulau-pulau selatan.”

 Sebelum adanya istilah Austronesia, istilah yang digunakan ialah Melayu-Polinesia.


• Rajah Salasilah Bahasa
DASAR BAHASA
Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan diperlukan untuk menyatukan
semua penduduk semasa perlembagaan tanah Melayu dirangka.

Mac 1954 Majlis Undangan Persekutuan Tanah Melayu mengisytiharkan bahasa


Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Tanah Melayu.

Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan jelas dalam:


 Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan
 Akta Bahasa Kebangsaan 1963 ( pindaan 1967) Perkara 150 Fasal 6A Perlembagaan
Persekutuan dan Dasar Pelajaran Kebangsaan
Perlembagaan Malaysia telah menjamin kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
Malaysia.

Perkara 152 telah memperuntukkan bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis
dalam apa-apa tulisan seperti yang telah diperuntukkan dalam undang-undang parlimen dengan
syarat:

 Tiada siapa pun boleh dilarang atau ditegah daripada menggunakan ( bagi apa-apa
maksud, lain daripada maksud rasmi) atau daripada mengajarkan atau belajar apa-apa
bahasa lain.

 Tiada apa-apa jua dalam fasal ini boleh menyebut hak kerajaan persekutuan dan hak
mana-mana kerajaan negeri dan meneruskan penggunaan pengajian bahasa mana-
mana kaum dalam persekutuan.
FUNGSI BAHASA MELAYU
Bahasa Kebangsaan

 Pelbagai usaha dilaksanakan bagi pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan
bahasa rasmi. Pelaksanaan dapat dilihat daripada dua aspek :

 Melalui penggunaan bahasa Melayu dalam sistem pelajaran negara.


 Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran kerajaan.

 Rakyat daripada keturunan lain juga berhak mengguna, mengajar dan mempelajari bahasa ibunda masing-
masing.

 Pemilihan bahasa tersebut atas dasar bahasa itu merupakan bahasa majoriti serta menjadi alat komunikasi
antara kaum.
 Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan diiktiraf secara rasmi selepas
tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

 Dalam mendaulatkan bahasa Melayu, pemimpin dan pejuang kemerdekaan


telah bertekad untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
dan bahasa rasmi serta bahasa yang melambangkan jati diri dan perpaduan
negara.
Bahasa Rasmi
 Bahasa rasmi adalah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, iaitu dalam urusan
pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perdagangan dan
perusahaan, upacara rasmi, kehakiman dan sebagainya.

 Biasanya bahasa rasmi dipilih daripada salah satu bahasa anak negeri dan ada kalanya dipilih
bahasa bekas penjajah. Bagi negara yang mempunyai bahasa yang maju, bahasa yang banyak
laras bahasanya akan diangkat menjadi bahasa rasmi.
 Contohnya bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi kerana bahasa ini dapat digunakan sebagai
bahasa ilmu dan dapat difahami umum.

 Pemilihan bahasa rasmi (atau pemilihan tidak mempunyai bahasa rasmi) boleh menjadi isu
yang menimbulkan perbalahan. Daripada 193 negara berdaulat di dunia, 178 memiliki
bahasa rasmi.

 Terdapat negara yang mengiktiraf lebih daripada satu bahasa rasmi seperti Singapura.

 Sebagai bahasa rasmi bahasa Melayu ditetapkan menjadi sarana komunikasi dalam bidang
pentadbiran.
 Perkara 152 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa bahasa rasmi digunakan
untuk semua urusan rasmi di peringkat kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan juga
badan berkanun. Contohnya dalam bidang pentadbiran undang-undang, kehakiman
dan mahkamah telah menggunakan bahasa Melayu. Kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa mahkamah bertambah baik setelah Seksyen 8 Akta Bahasa
Kebangsaan dipinda (Jun 1991).
Bahasa Perpaduan

 Bahasa perpaduan bermaksud bahasa yang digunakan untuk menyatupadukan pelbagai kaum seperti yang
ditegaskan, Negara kita terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum. Setiap kaum itu mempunyai
bahasa, budaya dan agama yang berbeza.

 Jurang perbezaan tersebut harus dikecilkan demi mewujudkan perpaduan negara. Hasrat ini tidak dapat
direalisasikan melalui budaya Melayu dan agama Islam kerana kita tidak boleh memaksa masyarakat bukan
Melayu berbudaya seperti orang Melayu atau beragama Islam.

 Usaha untuk menyatukan rakyat berbilang kaum adalah menerusi bahasa Melayu dengan menjadikannya
sebagai bahasa Kebangsaan.

 Perkara 152 perlembagaan Malaysia telah menetapkan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan
Malaysia. Tujuan utama menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah untuk memupuk
perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini.
 Dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, semua rakyat tanpa mengira kaum
diharap akan berasa megah dan mencintai bahasa Melayu sebagai bahasa negara.

 Rakyat negara Malaysia juga dapat melahirkan bangsa Malaysia yang memiliki identiti nasional
yang sama.

 Selain perlembagaan, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan juga disalurkan menerusi
Dasar Pelajaran Kebangsaan.

 Untuk membolehkan bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa perpaduan, nama bahasa Melayu
telah ditukar kepada bahasa Malaysia selepas tahun 1969. Dengan penukaran nama ini, bahasa
tersebut tidak lagi menjadi milik orang Melayu, tetapi milik semua rakyat di negara ini.
Bahasa Ilmu

 Bahasa Melayu menjadi wahana untuk memperoleh dan menyampaikan ilmu dalam
pelbagai bidang. Untuk berfungsi sebagai bahasa Ilmu, bahasa Melayu mesti memiliki
kosa kata dan istilah yang cukup supaya semua ilmu dalam kehidupan moden dapat
diungkapkan dalam bahasa Melayu.

 Usaha memupuk bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu dilakukan menerusi perancangan
bahasa, iaitu perancangan bertaraf dan perancangan korpus bahasa.
 Daripada segi perancangan taraf, bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa pengantar di
semua peringkat persekolahan, iaitu dari darjah satu di sekolah rendah hinggalah Tingkatan
Enam di sekolah menengah pada tahun 1981.

 Pada tahun 1983 pula, semua kursus tahun pertama di universiti tempatan menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Selain itu, pengiktirafan bahasa Melayu sebagai
bahasa Ilmu terserlah dengan pewujudan Kerusi Pengajian Melayu dan penawaran kursus
Melayu di universiti luar negara.

 Hasil daripada perancangan korpus, bahasa Melayu kini mempunyai perbendaharaan kata dan
istilah yang cukup, sistem ejaan rumi yang mantap, serta tatabahasa yang sempurna dan
dinamik untuk melaksanakan fungsinya sebagai bahasa ilmu.
KEDUDUKAN DAN TARAF BAHASA MELAYU
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan

• Dalam perlembagaan persekutuan pada Perkara 152 termaktub:


i. 152 (1) bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan
sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh parlimen. Dengan syarat:
o Tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan , atau daripada
mengajar atau belajar, apa-apa bahasa lain.

o Tiada apa-apa jua dalam fasal ini boleh menyentuh hak kerajaan negeri bagi memelihara
dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam
persekutuan.

ii. Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh 10 tahun selepas Hari Merdeka dan
selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh parlimen, bahasa Inggeris boleh
digunakan dalam kedua-dua majlis parlimen, dalam dewan negeri tiap-tiap negeri dan bagi segala
maksud rasmi yang lain.
iii. Walau apa pun peruntukan fasal (1), selama tempoh 10 tahun selepas Hari
Merdeka dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh
parlimen, naskhah yang sahih:
o Bagi segala Rang Undang-undang yang hendak dikemukakan atau pindaan mengenainya yang
hendak dicadangkan dalam mana-mana majlis parlimen.

o Bagi segala Akta Parlimen dan segala perundangan kecil yang dikeluarkan oleh keraajn
persekutuan, hendaklah dalam bahasa Inggeris.

iv. Walau apa pun peruntukan fasal (1), selama tempoh 10 tahun selepas Hari
Merdeka, dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh
parlimen, segala perbicaraan di dalam mahkamah persekutuan atau
mahkamah tinggi hendaklah dijalankan dalam bahasa Inggeris. Dengan syarat
bahawa, jika mahkamah dan peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju,
keterangan yang diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak payah
diterjemah dalam bahasa Inggeris.

v. Walauapapun peruntukan fasal (1), sehingga selainnya diperuntukkan oleh


parlimen, segala pembicaraan dalam mahkamah rendah, lain daripada
mengambil keterangan, hendaklah dijalankan dalam bahasa Inggeris.
 Akta Bahasa Kebangsaan
• Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan termaktub dalam
perkara 152 perlembagaan persekutuan Tanah Melayu 1957.

• Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan untuk memartabatkan


bahasa Melayu dan juga untuk menjamin perpaduan rakyat di tanah
Melayu.

• Antara langkah untuk memajukan bahasa Melayu ialah penubuhan


Dewan Bahasa & Pustaka, pelancaran “Minggu Bahasa” & “Bulan
Bahasa”.

• Begitu juga dengan pelancaran slogan “Bahasa Jiwa Bangsa”.

• Seterusnya, penubuhan sekolah menengah bahasa Melayu bahasa


pengantar seperti Sekolah Alam Shah & Sekolah Seri Puteri.
• Kedudukan bahasa Melayu semakin kukuh apabila Akta
Bahasa Kebangsaan diluluskan pada tahun 1967.

• Tahun 1970, bahasa pengantar di sekolah rendah Inggeris


telah ditukar kepada bahasa kebangsaan secara berperingkat.

• Penubuhan Univerisiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1977


pula telah membuktikan bahawa bahasa Melayu menjadi
bahasa ilmu.

• Bermula tahun 1982, bahasa Melayu menjadi bahasa


pengantar di semua sekolah menggantikan bahasa Inggeris.
Akta Pendidikan

• Akta pendidikan 1961 menegaskan peranan bahasa Melayu


sebagai bahasa pengantar, di sekolah. Hal ini dinyatakan
dalam perkara perlaksanaan bahasa kebangsaan, iaitu:
• DAN BAHAWASANNYA peruntukan selanjutnya adalah dikehendaki untuk
menentukan agar dasar tersebut dilaksanakan secara berkesan, termasuk
khususnya peruntukan bagi perkembangan yang progresif bagi suatu sistem.
Pelajaran di mana bahasa kebangsaan menjadi pengantar utama.

You might also like