You are on page 1of 23

MPU3113

HUBUNGAN 
ETNIK
PERMUAFAKATAN
POLITIK DALAM
KONTEKS HUBUNGAN
ETNIK DI MALAYSIA
PENGENALAN
Latar Belakang Politik Malaysia:
– Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka – titik permulaan
pentadbiran feudalisme di Tanah Melayu.

– Sistem politik tradisional – sultan mempunyai kuasa mutlak &


rakyat menjunjung kedaulatan raja.

– Kemasukan penjajah menghakis kuasa institusi kesultanan.

– British meneruskan usaha menguasai negeri di Tanah Melayu


dengan memperkenalkan unit pentadbiran Negeri-negeri Melayu
Bersekutu (NNMB) & Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
(NNMTB).
– Penguasaan British mencapai kemuncak dengan menubuhkan
Malayan Union.

– UMNO ditubuhkan bertujuan untuk menentang Malayan Union,


Malayan Union dimansuhkan & digantikan dengan Persekutuan
Tanah Melayu (1948).

– Awal 50-an UMNO bergabung dengan MCA bagi mewujudkan parti


Perikatan walaupun memperjuangkan kepentingan mengikut etnik.
– Perkembangan seterusnya menyaksikan Malaysia pada awal
kemerdekaan mempunyai pelbagai parti politik yang pada
dasarnya mewakili pelbagai kaum.

– Kerjasama perti pimpinan politik pelbagai etnik telah menjurus


kepada permuafakatan.

– Parti politik yang mewakili pelbagai etnik dapat bekerjasama untuk


menjalankan pentadbiran negara & membawa pembangunan.
PEMBANGUNAN POLITIK
– Pembinaan negara bangsa merupakan matlamat utama
pembangunan politik iaitu, wilayah yang mempunyai sempadan,
pemerintahan atau kerajaan dan warganegara atau bangsa.

– Pembinaan negara bangsa dapat dicapai melalui pendekatan,


termasuk peneraapan dasar awam yang digubal oleh kerajaan &
pemupukan semangat nasionalisme melalui simbol & ritual negara
seperti lagu kebangsaan.
PEMUPUKAN HUBUNGAN ETNIK SECARA 
FORMAL DALAM POLITIK
– Bermula dengan usaha awal Dato’ Onn Jaafar melalui parti
multietnik, iaitu parti kemerdekaan Malaya (IMP) tewas pada Pilihan
Raya Majlis Perbandaran KL tahun 1952.

– Usaha beliau menyatukan rakyat Melayu, Cina & India pada masa
tersebut walaubagaimanapun tidak dapat diterima kerana masing-
masing berfikiran bahawa kepentingan etnik perlu diperjuangkan
terlebih dahulu.

– Dengan gabungna UMNO & MCA yang membentuk parti perikatan


berpakat bertanding dalam Pilihan Raya 1952 untuk menentang
Parti Kemerdekaan Malaya, telah memenangi 9 daripada 12 kerusi
yang dipertandingkan.
– MIC (dalam perikatan)pula memenangi 51 daripada 52 kerusi yang
dipertandingkan dalam Pilihan Raya Persekutuan 1955.

– Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri Persekutuan


Tanah Melayu.

– Kemenangan Perikatan pada 1955 membuktikan kejayaan awal


kerjasama antara kaum.

– Membuktikan juga bahawa Tanah Melayu pada masa tersebut


dipimpin oleh rakyat sendiri tanpa campurtangan kuasa asing –
kemenangan ini dijadikan sebagai titik tolak rundingan
kemerdekaan Tanah Melayu.
DEMOGRAFI & POLITIK
– Aspek demografi (perkembangan penduduk) mempunyai
pengaruh yang kuat terhadap demografi politik dan proses politik
khususnya dalam pilihan raya.

– Jumlah ahli dalam parti politik & jumlah pengundi di sesuatu


kawasan turut mempengaruhi kemenangan parti di sesuatu
kawasan.

– Kejayaan Barisan Nasional di Semenanjung, Sabah & Sarawak


untuk terus mengekalkan kuasa membuktikan kejayaan konsep
dan amalan pakatan dan kerjasama politik pelbagai etnik.
PAKATAN POLITIK DI SABAH & SARAWAK

– Di Sabah & Sarawak terdapat banyak parti politik yang mewakili


etnik masing-masing terutamanya menjelang pembentukan
persekutuan Malaysia.

– Politik Sabah & Sarawak lebih rumit daripada di Semenanjung.

– Di Sarawak, selepas penubuhan Malaysia Ketua Menteri pertama


dipilih dalam kalangan etnik Iban manakala gabenor pertama
daripada etnik Melayu.

– Gabungan sedemikian penting untuk menjamin kestabilan &


memastikan suara etnik diwakili.
PAKATAN POLITIK DI SABAH
– Di Sabah, tidak terdapat kelompok dominan dari segi saiz
penduduk.

– Perkembangan politik di Sabah & Sarawak memperlihatkan pola


yang hampir sama.

– Dengan mengambil ilham daripada model kerjasama UMNO-


MCA-MIC, UNKO (United National Kadazan Organization), USNO
(United Sabah National Organization) & SCA (Sabah Chinese
Association)
– Selepas pilihan raya negeri 1967, Perikatan Sabah terdiri daaripada
USNO & SCA setelah UPKO dibubarkan & majoriti ahlinya
menyertai USNO.

– Parti Berjaya yang memerintah Sabah dari tahun 1976 sehingga


tahun 1985 merupakan sebuah parti berbilang etnik dianggotai
oleh bumiputera Islam & bukan Islam yang ditubuhkan pada Julai
1975 walaupun pucuk pimpinannya dimonopoli oleh bumiputera
Islam.

– Ketika Sabah berada dalam genggaman PBS (Parti Bersatu Sabah),


krisis & ketegangan berlaku antara negeri dengan kerajaan pusat.
– PBS merupakan sebuah parti pelbagai etnik dimonopoli
bumiputera bukan Islam dari segi kepimpinan.

– Kejatuhan PBS membawa perubahan besar seperti:


i. UMNO berjanji sekiranya parti tersebut berjaya merampas
pemerintahan negeri, jawatan ketua menteri akan mengikut
giliran.
ii. UMNO berjaya menyatukan etnik.
iii. Lahirkan beberapa buah parti baharu.
PAKATAN POLITIK DI SARAWAK
– Di Sarawak, komposisi pendidikan memperlihatkan wujudnya
pluraliti, malah lebih kompleks daripada di Semenanjung dengan
jumlah sekitar 30 suku etnik.
– Di Sarawak, pelbagai parti politik ditubuhkan menjelang
penubuhan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Pada
peringkat awal, keanggotaan parti politik di Sarawak adalah
bersifat berbilang kaum.
– SUPP yang ditubuhkan pada tahun 1959 merupakan parti tertua di
Sarawak.
– Kewujudan SUPP (Parti Rakyat Bersatu Sarawak) menjadi inspirasi
kepada etnik bumiputera untuk turut menubuhkan parti masing-
masing yang dapat memperjuangkan kepentingan, kebajikan &
aspirasi bumiputera.
– Memandangkan SUPP tidak sehaluan dengan pemerintahan Kolonial,
sebuah parti mewakili etnik Cina, Sarawak Chinese Association ( SCA)
ditubuhkan atas pimpinan William Tan pada tahun 1962.
– Parti SCA ini adalah gabungan dari usaha suku Foochow dari Sibu dan
Teochew dari Kuching.
– Cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia turut menggerakkan
penubuhan beberapa parti etnik seperti :
a) Parti Negara Sarawak ( PANAS ) pada tahun 1960
b) Parti Barisan Rakyat Jati Sarawak ( Barjasa ) 1961
– Etinik Iban menubuhkan Parti Kebangsaan Sarawak pada tahun 1963
( SNAP) atau Sarawak National Party. SNAP merupakan sebuah parti
berbilang kaum pada awal penubuhan dan menyertai Perikatan
Sarawak pada tahun 1963, dan keluar pada tahun 1966 selepas
Presidennya dipecat sebagai Ketua Menteri pertama Sarawak ekoran
krisis perlembagaan.
– Terdapat juga perti berbilang etnik, iaitu Parti-Melayu-Cina-India-
Dayak ( MACINDA) yang ditubuhkan pada tahun 1964 dan merupakan
parti serpihan Parti Negara Sarawak ( PANAS ).
– Bagi etnik Melayu & Melanau, dua parti ditubuhkan berasaskan etnik
& kawasan.
– Berasaskan dakwaan bahawa etnik Dayak di Lembah Rejang tidak
mendapat tempat dalam SNAP yang mewakili etnik Iban dari kawasan
Skrang-Saribas, maka Parti Pesaka Anak Sarawak ( PESAKA )
ditubuhkan oleh Temenggong Jugah Anak Barieng pada tahun 1962.
– Parti PANAS dipimpin oleh Datuk Bandar Abang Haji Mustapha pada
awalnya adalah bersifat multietnik tetapi lebih cenderung
memperjuangkan kepentingan etnik Bumiputera.
– Dalam konteks etnik cina, SUPP telah diundang menyertai kerajaan
campuran BN selepas pilihan raya umum pada tahun 1969 hingga
1971.
– Selama 30 tahun selepas penubuhan parti Bumiputera, kemunculan
beberapa parti baharu Melayu & Melanau tidak berjaya menggugat
kedudukan politik Melayu & Melanau.
– Sebelum 1963, etnik Dayak sering berpecah antara SNAP (Parti
Kebangsaan Sarawak ) & Pesaka sebelum penubuhan Malaysia,
namun kini etnik terbabit menyertai semua parti politik, sama ada
BN atau parti pembangkang.
TSUNAMI POLITIK: POLITIK PERKAUMAN 
SEMAKIN MENGENDUR
– Pilihan raya umum ke 12 pada 8 Mac 2008 disertai lebih daripada 20
parti politik yang menyaksikan BN gagal mengekalkan majoriti 2/3 di
Dewan Rakyat.
– Dalam pilihan raya 2008, BN hanya menguasai 140 atau
memperoleh 63% kerusi termasuk 8 kerusi dimenangi tanpa dicabar,
manakala pembangkang memenangi 82 kerusi bersamaan 37%
daripada 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan.
– Dalam pilihan raya 2004, BN memperoleh 24 daripada 25 kerusi
manakala di Sarawak 27 daripada 28 kerusi. Semasa pilihan raya
2008, selain wilayah persekutuan Kuala Lumpur, lima buah negeri,
iaitu PERAK,PULAU PINANG,KEDAH, SELANGOR dan KELANTAN
dikuasai pembangkang tetapi kemudiannya Perak dikuasai semula
oleh BN.
PERUBAHAN TREND & CORAK PENGUNDIAN

– Keputusan pilihan raya 2008 memperlihatkan trend & corak


pengundian yang berbeza daripada pilihan raya sebelumnya, BN
menguasai majoriti kerusi tanpa banyak cabaran, kecuali bagi
pilihan raya 1969.
– Dalam pilihan raya 2008 , BN mendapat sokongan masyarakat
pelbagai etnik sehingga menjamin kemenangan mereka
mempertahankan majority 2/3.
– Terdapat pemimpin dan parti politik yang memanipulasi isu
perkauman untuk meraih undi kerana strategi sedemikian mudah
memancing emosi pengundi etnik terbabit, apatah lagi jika yang
disentuh membabitkan hak & kepentingan etnik berkenaan seperti
agama, bahasa, ekonomi & pendidikan.
– Pengundi lebih berminat dengan isu yang lebih besar & utama
membabitkan tadbir urus yang baik, telus, akauntabiliti, kebebasan
bersuara, keadilan & seumpamanya.

– Untuk mendapatkan perhatian dan undi, mereka perlu bergerak


seiring dengan perubahan nilai dan masyarakat, mereka perlu
bergerak daripada perjuangan yang berteraskan perkauman kepada
perjuangan yang mengutamakan kepentingan dan nilai universal.

– Perubahan tersebut sedikit sebanyak menggambarkan perubahan


dari segi kematangan demokrasi & berpolitik dalam kalangan
rakyat.
MASYARAKAT PELBAGAI ETNIK BERALIH 
ANGIN
– Dalam pilihan raya 2008, di luar daripada jangkaan ramai, rakyat
lebih memihak kepada pembangkang & menolak BN yang
disifatkan sebagai tsunami politik.

– Untuk pertama kali BN kehilangan sokongan masyarakat pelbagai


kaum.

– Persaingan sengit begitu ketara bagi kawasan bercampur, yang


satu-satu etnik bukan majoriti menyaksikan calon BN mengalami
keklahan sedangkan sebelumnya kawsan sedemikiaj merupakan
kubu kuat BN.
– Bagi kawasan yang didominasi Cina, sokongan terhadap BN adalah
rendah.

– Untuk pertama kali BN kehilangan sokongan masyarakat pelbagai


kaum.

– Persaingan sengit begitu ketara bagi kawasan bercampur, yang


satu-satu etnik bukan majoriti menyaksikan calon BN mengalami
kekalahan sedangkan sebelumnya kawasan sedemikian
merupakan kubu kuat BN.
– Bagi kawasan yang didominasi Cina, sokongan terhadap BN adalah
rendah.

– Untuk pertama kali BN kehilangan sokongan masyarakat pelbagai


kaum.

– Semakin ramai orang Cina & India di sesuatu kawasan, semakin


rendah pula sokongan mereka terhadap BN.

– Sokongan orang Melayu terhadap PKR kian meningkat di kawasan


yang mempunyai ramai pengundi Melayu.

– Kegagalan BN mengekalkan majoriti 2/3 & kejayaan Sarawak &


Sabah menjadi kubu kuat.
KESIMPULAN
– Pengalaman lalu membuktikan negara kita berjaya mengukir
kejayaan dalam pelbagai bidang & mencapai perpaduan kerana
rakyat pelbagai kaum bersedia untuk menjalin kerjasama, berkongsi
kuasa & permuafakatan dari segi politik.

– Parti politik yang mewakili pelbagai etnik membentuk kesepakatan,


baik di pihak parti kerajaan mahupun pembangkang.

– Prinsip perkongsian kuasa & permuafakatan serta akomodasi &


pelbagai parti politik merupakan tonggak keutuhan & survival
negara ini.

You might also like