You are on page 1of 4

KRISIS POLITIK DI SARAWAK

- Seperti di Semenanjung, walaupun terdapat pertubuhan politik yang


berorintasi luas merentasi sempadan etnik dan kaum di Sarawak, di
kalangan kaum-kaum tertentu terdapat lebih daripada satu parti politik
yang bersaing.

- Akibatnya tiada parti politik pelbagai kaum yang mendapat sokongan yang
benar-benar meluas dan tiada kaum yang betul-betul dapat bersatu di
bawah satu pertubuhan yang tunggal.

- Orang Melayu Sarawak contohnya, terbahagi kepada sama ada yang


menyokong Barisan Rakyat Jati Sarawak (BERJASA) atau Parti Negara
Sarawak (PANAS) yang mewakili dua kelompok dari dua dearah yang
berlainan dan mempunyai orientasi politik yang berbeza.

- Di kalangan masyarakat Bumiputera bukan-melayu juga terdapat Parti


Pusaka Anak Sarawak (PESAKA) yang diketuai oleh seorang pemimpin
tradisional Iban, Temenggung Jugah Anak Barieng dari kawasan Sungai
Rajang.

- Sarawak National Party (SNAP) yang diketuai oleh Stephen Kalong


Ningkan yang mendapat sokongan masyarakat Iban dan Dayak dari
bahagian pertama, kedua dan keempat.

- Penduduk Cina pula umumnya terbahagi kepada yang menyokong Sarawak


United Peoples Party (SUPP) yang ditubuhkan pada tahun 1959 atau
Sarawak Chinese Association (SCA) yang ditubuhkan pada tahun 1962.

- Parti Melayu-Cina-India-Dayak (MACINDA) iaitu parti serpihan PANAS


yang ditubuhkan pada tahun 1964.

- Apabila BERJASA, PANAS,PUSAKA,SNAP dan SCA bergabung


menubuhkan Parti Perikatan Sarawak menjelang pilihan raya tahun 1963.
- Semangatnya nyata berbeza daripada Perikatan di semenanjung yang
terdiri daripada tiga parti politik UMNO,MCA dan MIC yang mewakili tiga
kaum terbesar secara jelas dan nyata.

- Dari segi teori PANAS dan SNAP ialah parti politik pelbagai kaum.
Demikianlah SUPP yang diterajui orang Cina, yang bertindak sebagai
pembangkang pada waktu itu.

- Pada tahun 1967, BERJASA dan PANAS bergabung menubuhkan Parti


Bumiputera Bersatu (PBB).

- SCA dibubarkan dan ahli-ahlinya menyertai SUPP yang telah bergabung


dalam Perikatan selepas pilihan raya pada tahun 1970.

- Dibawah Ketua Menteri baharu, Abdul Rahman Yaakub, proses


penggabungan parti-parti politik dan sokongan terhadap kerajaan pusat
berjalan lebih lancar.

- Lanjutan daripada krisis dengan kerajaan Persekutuan semasa dipimpin


Stephen Kalong Ningkan pada pertengahan tahun 1960-an, kedudukan
SNAP dalam Parti Perikatan Sarawak kian goyah tetapi pengaruhnya di
kalangan orang Iban masih dapat dipertahankan.

- Hasilnya ramai ahli PESAKA menyertai SNAP. Dalam pilihan raya tahun
1974, Perikatan Sarawak yang diwakili PBB dan SUPP memenangi 15 kerusi
parlimen, dan SNAP sebagai pembangkang memenangi 9 kerusi.Dalam
Dewan Negeri pula BARISAN NASIONAL menguasai 30 dan SNAP
menguasai 18 kerusi.

- Bagi membendung pengaruh SNAP di parlimen dan Dewan Undangan


Negeri, dengan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri, Kerajaan
Persekutuan telah menahan James Wong, Timbalan Pengerusi SNAP.

- Dibawah kepimpinan Setiausaha Agung yang baharu, Leo Moggie yang


berketurunan Iban, SNAP telah berunding dengan kepimpinan BN di Kuala
Lumpur sehingga James Wong dibebaskan dan SNAP terima semula
menjadi anggota BN pada tahun 1976.
- Menjelang pilihan raya parlimen pada tahun 1978, muncul beberapa Parti
Politik Baharu di Sarawak seperti Parti Anak Jati Sarawak (PAJAR) dan
Parti Umat Sarawak (UMAT) yang mewakili orang Melayu, Parti Negara
Sarawak yang mewakili orang bukan Islam, dan Sarawak Peoples
Organization (SAPO) yang mewakili orang Cina.

- BN memenangi 23 kerusi dan calon bebas satu. Dalam Proses Pilihan Raya
Dewan Undagan Negeri yang diadakan pada tahun 1979, anggota BN-PBB,
SUPP dan SNAP masing-masing memenangi 18,11,16 kerusi.

- Pada tahun 1981, Datu Patinggi Abdul Rahman Yaakub pengerusi PBB dan
BN Sarawak telah menerajui Kerajaan Sarawak sebagai Ketua Menteri
sejak tahun 1970 dilantik menjadi Yang Dipertua Negeri dan jawatan
Ketua Menteri disandang anak saudaranya Abdul Taib Mahmud.

- Abdul Taib Mahmud beransur-ansur mengubah PBB daripada sebuah parti


yang kelihatan terlalu Melayu/Melanau kepada yang merangkumi pelbagai
kaum peribumi terutama daripada kalangan kaum Bidayuh.

- Hubungan darah antara Yang Dipertua Negeri dengan Ketua Menteri tidak
mengheningkan keadaan walaupun kedua-duanya aktif dalam parti yang
sama, PBB.

- Perbalahan antara mereka berakhir dengan Datu Patinggi Abdul Rahman


Yaakub tidak disambung tugasnya sebagai Yang Dipertua Negeri setelah
tamat tempoh perlantikan pertama pada tahun 1985, dan Abdul Taib
Mahmud terus mendapat sokongan daripada BN pusat.

- Sementara itu, SNAP juga sedang menghadapi masalah. Tidak berpuas hati
dengan kepimpinan James Wong, pada bulan September 1983, Leo Moggie
dan Daniel Tajem menubuhkan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) untuk
memperjuangkan kepentingan masyarakat Dayak dengan lebih tegas lagi.

- Pertelagahan ini berkemuncak dengan peristiwa Hotel Ming Court, Kuala


Lumpur pada bulan Mac 1986 apabila 28 ahli Dewan Undangan Sarawak
yang terdiri daripada 8 anggota PBB dan 8 PBDS, 5 SNAP, 4 SUPP dan 3
Bebas membentuk Pakatan “BERSATU” yang memberi kata dua kepada
Abdul Taib supaya meletak jawatan atau menghadapi undi tidak pecaya
dalam Dewan Undangan Negeri.

- Abdul Taib segera menarik balik 25 konsesi balak yang dimiliki para
penentangnya dan memerintah badan berkanun kerajaan mengeluarkan RM
150 Juta yang tersimpan dalam bank utama yang Abdul Rahman Yaakub
adalah pemegang saham terbesar.

- Lebih nekad lagi, Abdul Taib membubarkan Dewan Undangan Negeri untuk
membolehkan pilihan raya segera, dua tahunlebih awal daripada tempoh
akhir.

- Para penyokong Tun Abdul Rahman Yaakub dalam PBB menubuhkan


Persatuan Rakyat Malaysia Sarawak (PERMAS) DAN PBDS keluar daripada
BN.

- Hasil pilihan raya pada pertengahan bulan April 1987 itu menyaksikan BN
yang disokong kuat kerajaan pusat memenangi 28 kerusi, PBDS 15 kerusi,
dan PERMAS 5 kerusi.

- Tun Abdul Rahman telah tewas. Walaupun gagal membentuk kerajaan,


pengaruh PBDS nyata tidak dapat dipandang sepi dan ini membuka peluang
PBDS diterima semula sebagai anggota BN menjelang pilihan raya tahun
1995.

- SNAP pula kian merosot yang tidak seperti di Sabah percubaan beberapa
pihak termasuk Tun Abdul Rahman Yaakub untuk membawa masuk UMNO
ke Sarawak gagal.

- Namun demikian DAP dari Semenanjung telah mula bertapak pada tahun
1974 dan Parti Keadilan Nasional hadir di Sarawak sebaik sahaja
ditubuhkan menjelang pilihan raya tahun 1999.

- Tetapi dengan penyertaan PBDS dalam BN, maka kedudukan BN di


Sarawak sesungguhnya sukar dicabar.

You might also like