You are on page 1of 8

1.

PENGENALAN
Parti politik merujuk kepada sekumpulan orang yang mempunyai
ideologi politik untuk mencapai matlamat bersama.
Selepas memperoleh kemerdekaan 1957, Malaysia ialah negara yang
mengamalkan sistem politik dan pemerintahan serta kerajaan yang
berlandaskan
prinsip
Demokrasi
Berparlimen
dan
Raja
Berpelembagaan.
Sistem demokrasi dan amalan pilihan raya mengizinkan kewujudan
dan penubuhan parti-parti politik bagi tujuan bertanding dalam pilihan
raya.
Permuafakatan Politik ( Consenssional Politics) Diperkenalkan oleh
Arend Lijpart semasa persidangan sains politik antarabangsa di
Brussel.
Ianya sebagai Satu usaha kerjasama antara politik pelbagai kaum
dalam mentadbir sesebuah negara yang lazimnya mempunyai
masyarakat majmuk.
Oleh itu, pemuafakatan politik dianggap sebagai langkah yang tepat
dan terbaik kepada Malaysia untuk mencapai kemerdekaan daripada
British pada tahun 1957 dan persekutuan Malaysia pada tahun 1963.
Dengan ini, parti-parti politik berusaha bersama bagi menuntut hak
tersebut dan mencapai matlamat.

2.0

PEMUAFAKATAN POLITIK DI TANAH MELAYU


Jawatankuasa Perhubungan Kaum/Communities Liaison Committee
(CLC)

Pada Januari 1949, hasil daripada gabungan usaha antara Dato


Onn Jaafar dengan Gabenor Jeneral British di Asia Tenggara iaitu
Malcom Macdonald.
CLC ditubuhkan dengan matlamat untuk mewujudkan
persefahaman dan kerjasama yang lebih baik dalam kalangan
pelbagai etnik ditanah melayu.
CLC mempunyai beberapa anggota yang terdiri daripada lima
orang pemimpin melayu, empat orang wakil cina, seseorang
wakil india,serani,Ceylon dan eropah masing-masing dengan
e.e.c thuraisingham (juga wakil orang Ceylon) adalah pengerusi
CLC.
Malcom pula bertindak sebagai penasihat dan pengawai
perantara CLC dengan kerajaan british.
Antara usaha yang dilakukan oleh CLC adalah melalui
pendidikan di mana sistem pendidikan bukan bercorak
perkauman dengan pengguna bahasa inggeris dan bahasa
melayu sebagai bahasa pengantar dalam semua mata pelajaran.

Hak kerakyatan - prinsip jus soli harus diperluaskan kepada


orang bukan melayu yang dilahirkan dipersekutuan tanah
melayu dan singapura, dengan syarat menumpukan taat setia
kepada tanah melayu.
Ekonomi - Rural and industrial development authority (RIDA)
dibentuk pada tahun 1950 dan Dato onn jaaffar dilatik sebagai
pengerusi.
CLC juga telah memberikan perhatian kepada hubungan politik
orang melayu dan orang bukan melayu seperti pengambilan
orang bukan melayu dalam perkhimatan kerajaan serta
pengenalan pilihan raya tempatan.
Dasar Sama Rata - pemberian latihan dalam pentadbiran kepada
semua etnik dan keterbukaan peluang kepada orang bukan
melayu untuk melibatkan peluang dalam sektor perkhimatan
awam serta politik.

Parti Kemerdekaan di Tanah Malaya/Independence of Malaya Party


(IMP)

Pada tahun 1948 selepas penubuhan Persekutuan Tanah Melayu,


Dato Onn telah mencadangkan satu dasar dengan membuka
keahlian UMNO kepada seluruh rakyat Tanah Melayu.
Namun cadangan ini tidak diterima oleh ahli-ahli umno ini
kerana umno khuatir serta bimbang umno akan hilang sifat
kemelayuan dan kehilangan perlindungan hak dan kepentingan
orang melayu.
Akibat daripada tentangan tersebut, Dato Onn mengambil
keputusan untuk keluar dari umno pada tahu 1951.
Dato Onn yang memperjuangkan dasar kerjasama antara etnik
dalam politik ditanah melayu telah menubuhkan Independence
of Malaya Party
( IMP ) pada 16 september 1951.
Ianya mendapat sokongan daripada pemimpin bukan melayu
yang beranggapan bahawa imp merupakan satu jalan kearah
menjalin kerjasama antara pelbagai etnik dalam perkembangan
politik di tanah melayu.
Bagaimanapun orang Cina lebih berminat untuk menyertai MCA
yang ditubuhkan pada 27 februari 1949 kerana mereka
menginginkan politik yang sama rata.
Begitu juga dengan orang India yang lebih berminat menyertai
MIC.

IMP gagal untuk menarik minat orang Melayu kerana mereka


tidak faham dan bersetuju dengan konsep yang di bawa oleh
Dato Onn.
Akhirnya imp gagal mendapat tempat dan ruang arena politik
negara dengan hanya memenangi dua kerusi sahaja dalam
pilihan raya majlis bandaran kuala lumpur pada tahun 1952.
Akhirnya IMP terpaksa dibubarkan pada 1953 akibat tidak
mendapat sokongan.

Perikatan UMNO-MCA-MIC

3.0

Pada 23 Ogos 1953, Perikatan Kebangsaan telah ditubuhkan


diikuti dengan penubuhan Majlis Kerja Kebangsaan pada bulan
September 1953.
UMNO dan MCA bersetuju membentuk satu jawatan kuasa
perhubungan UMNO-MCA.
Pada bulan Oktober 1954, MIC bersetuju untuk bergabung
dengan MCA dan UMNO.
Kedudukan parti perikatan semakin kukuh kerana diwakili oleh 3
kaum terbesar di Tanah Melayu, iaitu Melayu, Cina dan India.
Parti Perikatan mempunyai 2 badan yang mentadbir antaranya
adalah Majlis Kebangsaan dan Jawatan kuasa Kerja Kebangsaan.
Majlis Kebangsaan dianggotai oleh 16 wakil bagi setiap UMNO
dan MCA, manakala MIC pula mempunyai 6 orang wakil.
Sementara Jawatankuasa Kerja Kebangsaan terdiri daripada 5
orang wakil bagi setiap UMNO dan MCA, serta 2 wakil MIC.
Antara Usaha yang dilakukan adalah :
- Mengemukakan satu dasar politik dalam kempen pilihan raya
Umum 1955 iaitu Persekutan Tanah Melayu harus diperoleh
dalam tempoh 4 tahun.
- Rundingan kemerdekaan di London - Bagi merundingkan
kemerdekaan Tanah Melayu dengan Kerajan British.
Pada 27 julai 1955 pilihan raya persekutuan yang pertama
berlangsung dengan disertai oleh beberapa parti politik dan
hasilnya parti perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi.

PEMUAFAKATAN POLITIK DI SABAH


Parti Kebangsaan Kadazan Dusun (UNKO)

Parti ini dipelopori oleh pemimpin yang berpendidikan Inggeris


seperti Datuk Peter Mojuntin, Datuk Fred Jiun, Datu G.S Sundang,

Datuk J.P. Ongkili, Stephen Malanju dan Datuk Joseph Pairing


Kitingan.
Usaha yang dilakukan parti ini menyatupadukan perhubungan
diantara orang-orang Kadazan dan Dusun agar dapat menggesa
british untuk melindungi hak bumiputera Sabah.
UNKO juga menentang atas penubuhan Malaysia disebabkan
mereka risau tentang penguasaan orang melayu dalam sistem
pemerintahan, namaun ianya berubah apabila wakil-wakil parti
ini melawat ke Tanah Melayu.

Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO)

Parti ini dibentuk hasil gabungan Persatuan Islam Sabah (PIS),


Persatuan Islam Putatan (PIP) dan Pergaulan Anak Negeri
Sandakan serta parti ini diterajui oleh Datuk Mustapha.
Keanggotaan USNO lebih fleksibel dan tidak menfokuskan
kepada satu-satu kaum sahaja yang mana parti ini mendapat
sokongan dari kaun Dusun.
Parti ini juga mendukung kemasukan Sabah ke dalam Malaysia
kerana keistimewaan yang bakal mereka perolehi melalui
penggabungan tersebut.
Matlamat parti ini adalah untuk menjamin perkembangan
ekonomi dan politik negeri sabah serta memperjuangkan bahasa
melayu dan agama islam sebagai bagasa dan agama rasmi
sabah.

Pertubuhan Pasok-momogun Kebangsaan Bersatu (PM)

Dipelopori oleh rakyat Dusun yang tidak menyokong parti UNKO


dan dipimpin oleh G.S Sundang dan O.K Sedoman.
Pada mulanya parti ini menentang akan penubuhan malaysia,
namun mula menyokong penubuhan malaysia disebabkan
kebanyakan pemimpin2 kaum cina telah menubuhkan parti
sendiri.
Matlamat penubuhan dan usaha parti ini adalah memperbaiki
taraf pendidikan anak negeri dan mahukan hak mereka
sekiranya sabah menyertai persekutuan.

Parti Perikatan Sabah

4.0

Parti ini mula terbentuk pada tahun 1962 yang mana ianya
disertai oleh UNKO, USNO, PM, SCA dan SIC.
Penggabungan parti ini dilakukan atas sebab memperjuangkan
hak bumiputera Sabah (tuntutan perkara 20) bagi melindungi
kepentingan bersama setiap parti yang terlibat.
Kemuncak parti ini boleh dilihat kematangannya yang mereka
sanggup menolak perbezaan diantara kaum dan bersatu untuk
mewujudkan kestabilan politik di sabah dengan mengambil
bahagian dalam pilihan raya pada tahun 1962.

PEMUAFAKATAN POLITIK DI SARAWAK


Parti Negara Sarawak (PANAS)

Ditubuhkan pada 9 April 1960 bagi mengimbangi kuasa Sarawak


United Peoples' Party (SUPP).
Parti yang menyokong pro penyerahan Sarawak untuk
permuafakatan bersama.
Keahlianya terbuka kepada semua etnik yang bersatu.
Kebanyakan dianggotai oleh kaum peribumi Melayu-Muslim.
Mewujudkan permuafakatan kaum di antara kaum Melayu dan
Dayak pada masa tersebut.

Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)

Diketuai oleh Stephen Kalong Ningkan dan ditubuhkan pada 10


April 1961.
SNAP ditubuhkan sebagai reaksi kaum Dayak terhadap
penubuhan SUPP, PANAS dan Barjasa kerana sebagai kaum
terbesar di Sarawak, kaum Dayak merasakan perlu untuk
menubuhkan sebuah parti politik sendiri.
Pada dasarnya, perjuangan SNAP bertujuan untuk menjaga
kepentingan kaum Iban, walaupun terdapat sebilangan kecil
kaum Bidayuh yang menyertai parti itu.
Matlamat penubuhan SNAP berdasarkan sifat kesukuan Iban dan
menghormati masyarakat lain.

Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA)

Tertubuh pada Bulan Disember 1961.


Dianggotai oleh kaum bumiputera Melayu-melanau yang tidak
puas hati dengan polisi PANAS.

Mewujudkan interaksi sosial di kalangan masyarakat Melayumelanau dalam merangkan hubungan yang baik.
Wujudnya kesepakatan dalam kaum Melayu-Melanau.

Persatuan Cina Sarawak (SCA)

Diasaskan oleh William Tan pada pertengahan tahun 1972.


Untuk mengalakkan penyertaan orang Cina dalam politik
Bertindak sebagai parti yang menjaga kepentingan orang Cina.
Sejak mula lagi berhasrat untuk berjuang bersama dalam
menjadi sekutu Perikatan parti-parti yang sama konsep dan
bertujuan untuk seluruh bangsa dan negara.

Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA)

5.0

Tertubuh pada tahun 1962


Diterajui oleh Temenggong Jugah Anak Barieng
Membantu org dayak mencapai perpaduan & menjamin hak
mereka dalam perlembagaan
Mewakili etnik dayak dari Rejang
Menjadi simbol pemuafakatan diantara masyakat-masyarakat
Dayak yang sedia ada.

KESIMPULAN

Sememangnya Pemuafakatan Politik merupakan tindakan terbaik yang


telah dilakukan oleh parti-parti politik di Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak bagi mencapai kemerdekaan 1957 dan Persekutuan Malaysia
1963.
Dengan adanya Pemuafakatan Politik ini secara tidak langsung dapat
mengukuhkan perpaduan dan kerjasama antara kaum bagi mencapai
matlamat bersama.
Selain itu juga, ianya juga dapat membentuk sebuah Negara Malaysia
yang majmuk dengan sistem pemerintahan demokrasi.

6.0

RUJUKAN
Funston, N.J. 1980. Malay Politics in Malaysia: a Study of UMNO & PAS. Kuala
Lumpur:
Heinemann Educational Books

Means G.P. 1976. Malaysian Politics. London: Hodder & Stoughton

K.J, Ratnam. 1969. Paham Perkauman dan Proses Politik di Malaya. Kuala
Lumpur:
University of Malaya Press

Mohd Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur :


Utusan
Publication and Distributors Sdn.Bhd

Ramlah Adam. 1998. Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu. Universiti


Malaya.
Kuala Lumpur.

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/politik/9905-politikpermuafakatan-.html
Diakses pada 26/3/2016

https://prezi.com/e25duacgpwoz/sejarah-malaysia/ Diakses pada 26/3/2016

You might also like