You are on page 1of 7

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

FAKULTI KEMANUSIAAN, SENI DAN WARISAN


SEMESTER II , SESI 2015/2016
AJ 21203 : SEJARAH MALAYSIA 1900-1957
SOALAN: KEMUNCULAN SEMANGAT NASIONALISME DAN PERUBAHAN
POLITIK DUNIA SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA TELAH MENYEBABKAN
BRITISH TERPAKSA MENCIPTA KONSEP NASION YANG BARU UNTUK TANAH
MELAYU YANG DIKENALI SEBAGAI MALAYAN UNION. BINCANGKAN IDEA,
KONSEP, CIRI-CIRI DAN PERLAKSANAAN PEMBENTUKAN BANGSA
MALAYAN TERSEBUT.
NAMA PENSYARAH : ENCIK EKO PRAYITNO JOKO
MASA/TEMPAT : KHAMIS ( 11-12 AM/BT 1.7 )

NAMA PENUH

NO. MATRIK

MOHAMAD ASWAT BIN SHAMSUDDIN

BA 14110282

1.0

PERANG DUNIA KEDUA DAN PENGERTIAN NASIONALISME


Perang dunia kedua bermula pada 1939 apabila Jerman menceroboh
Poland dan berakhir pada 1945 di mana Jerman dan Jepun menyerah
kalah.
Peperangan melibatkan gabungan paksi yang terdiri daripada
Australia, Kanada, Britain, Perancis, Kesatuan Soviet, Amerika Syarikat
dan New Zealand dan telah menewaskan gabungan tiga buah Negara
iaitu Jerman, Itali dan Jepun.
Nasionalisme Satu fahaman atau semangat kebangsaan untuk
menjelaskan sikap dan pendekatan yang berkaitan dengan perjuangan
menentang kolonial serta pembelaan terhadap bangsa atau Negara.
Smith - Satu gerakan ideologikal, untuk mencapai pemerintahan
sendiri dan kemerdekaan bagi sesuatu golongan atau sebahagian
daripada kelompoknya yang menggelarkan diri sebagai bangsa yang
sebenar atau bakal bangsa seperti bangsa-bangsa yang lain.
Elie Kedouri (1966) Suatu keazaman kelompok manusia untuk
mempunyai kerajaan sendiri.

2.0

KEMUNCULAN NASIONALISME DI TANAH MELAYU


Konsep Nasionalisme di Tanah Melayu terbahagi kepada dua iaitu
gerakan perjuangan untuk menuntut kemerdekaan ( Ramlah Adam
1998 ) dan selepas kemerdekaan pula muncul nasionalis yang cuba
mempertahankan budaya, bahasa, pendidikan, ekonomi dan
sebagainya ( Rustam 2004 ).
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu ( 1941-1945 ) telah menggalakkan
kemunculan dan kemajuan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu.
Kesedaran anti penjajah yang tersebar selepas perang dunia kedua
telah menyebabkan nasionalis golongan Melayu membabitkan diri
dalam politik, samaada dalam pendekatan yang radikal atau tidak.
Pengalaman menjawat jawatan kanan seperti pegawai daerah serta
tekanan ekonomi pada zaman Jepun telah menyebabkan keinginan
orang-orang Melayu untuk berkerajaan sendiri.
Zaman ini juga telah wujud permusuhan kaum antara kaum Melayu
dan Cina yang akhirnya membentuk penubuhan parti-parti politik
mengikut kaum yang mendukung penubuhannya.
Antara Pelopor Gerakan Nasionalisme di Tanah Melayu seperti
golongan radikal yang terdiri daripada Ibrahim Haji Yaakob, Dr.
Burhanuddin Al Helmy dan Ishak Haji Mohamad, kemudiaanya Dato
Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan lain-lain.
Kekalahan Jepun telah menyemarakkan lagi semangat British untuk
menubuhkan Malayan Union dan idea ini telah menyebabkan adanya
penentangan daripada rakyat.

3.0

MALAYAN UNION 1946


IDEA
Malayan Union telah di perkenalkan pada 1 April 1946 iaitu
selepas Jepun menyerah kalah pada tahun 1945.
Setelah Jepun berundur berlaku kekacauan di Tanah Melayu
yang dilakukan oleh Malayan People Anti Japaness Army
( MPAJA ) yang ingin mengambil alih pemerintahan di Tanah
Melayu.
Bagi memulihkan keadaan, British telah kembali ke Tanah
Melayu dan menubuhkan Pentadbiran Tentera British ( British
Military Administration-BMA ) yang mentadbir dari tahun 1945
hingga 1946.
Namun, kelemahan dan kekurangan pegalaman dalam bidang
pentadbiran para pegawai BMA menyebabkan ia gagal untuk
menangani masalah-masalah yang berlaku selepas tamatnya
perang dunia kedua dan menyebabkan munculnya idea Malayan
Union.
Kabinet Perancangan di England telah meluluskan syor yang di
kemukakan oleh Perancangan Tanah Melayu pada 31 Mei 1944
supaya satu sistem pemerintahan baru di perkenalkan oleh
British.
10 Oktober 1945, George Hall (Setiausaha Tanah Jajahan) dalam
Parlimen Inggeris telah membentangkan satu kertas putih yang
berkaitan dengan sistem pentadbiran baru British yang di kenali
sebagai Malayan Union.
Sir Harold MacMichael telah di hantar ke Tanah Melayu pada 12
Oktober 1945 bagi mendapatkan tandatangan daripada Rajaraja Melayu walau dengan cara apa sekali pun.
Dan akhirnya Malayan Union Diisytiharkan oleh British pada 1
April 1946 di Kings House ( Carcosa Seri Negara), Kuala Lumpur
dan Sir Edward Gent dilantik sebagai Gabenor yang Pertama.
KONSEP
konsep asas yang diketengahkan oleh pihak British adalah untuk
membentuk satu asas pentadbiran yang berpusat di mana
segala kuasa legislatif, kehakiman dan eksekutif di bawah
kekuasaan British.
Dalam aspek Politik, dalam melaksanakan pemusatan
pemerintahan ini, kuasa akan diletakkan di bawah seorang ketua
jeneral yang dilantik sendiri oleh permaisuri di London.
Malayan Union di tubuhkan adalah sebagai persediaan Tanah
Melayu kearah berkerajaan sendiri.

Sebelum hasrat ini tercapai, satu bentuk pentadbiran yang


cekap perlu di adakan dan pentadbiran yang di maksudkan
adalah Malayan Union.

CIRI-CIRI DAN PELAKSANAAN


Pelembagaan Malayan Union telah dibentuk secara rasmi
melalui kertas putih 6724 pada 22 januari 1946.
NNMB, NNMTB, NNS ( Kecuali Singapura ) diletakkan di bawah
satu pentadbiran untuk membentuk satu penyeragaman
pentadbiran serta sistem perundangan.
Kerajaan negeri hanya mempunyai kuasa menguruskan hal
ehwal tempatan, namun memerlukan persetujuan pusat dalam
membuat keputusan.
Malayan Union diketuai oleh seorang Gabenor British yang
dilantik oleh Ratu England dan dibantu oleh dua badan utama
iaitu majlis eksekutif dan majlis perundangan.
Dalam Hak pembahagian kerakyatan pula, Malayan Union
mengamalkan prisip kerakyatan Jus Soli di mana prinsip ini
memberikan taraf kerakyatan yang sama rata.
Warga asing yang dilahirkan di Singapura dan Tanah Melayu
serta mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan telah
bermastautin di sana untuk tempoh 10 daripada 15 tahun
sebelum 15 Februari 1942 berhak dapat kerakyatan.
Rakyat British boleh mendapat kerakyatan Malayan Union tanpa
hilang kerakyatan british dan seseorang yang menjadikan
identity Malayan Union sebagai identity kebangsaan perlu
mengangkat sumpah taat setia kepada Malayan Union.
Kuasa penuh raja akan diambil alih oleh Gabenor dan raja-raja
melayu hanya akan menjadi ahli Majlis raja-raja Melayu yang
terhad membincangkan tentang adat istiadat dan agama islam.

4.0

Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik untuk menjadi ketua


pentadbir di setiap negeri bagi mengawal selia pentadbiran di
setiap wilayah.
Sistem Perundangan pula akan diselaraskan mengikut undangundang British.

REAKSI DAN KESAN PENUBUHAN MALAYAN UNION


PENENTANGAN
Berlaku penentangan daripada orang-orang melayu serta rajaraja
Melayu akibat penubuhan Malayan Union.
Penentangan secara individu
- Misalnya Dato Onn Jaafar menulis surat kepada utusan
Melayu seru Melayu adakan kongres dan tubuhkan United
Malays Organisation (U.M.O).
- Raja-raja Melayu membantah MU, di mana Sultan Johor
menghantar surat kepada Setiausaha Tanah Jajahan.
- Sokongan daripada bekas pegawai British yang pernah
berkhidmat di TM- Frank Swettentam, R.O. Winstedt, Sir
Frederick Weld dan Sir Cecil Clementi Smith yang menentang
cadangan Malayan Union secara terbuka dalam akhbar The
Times di London.
Penentangan melalui akhbar - menyuarakan bantahan melalui
Majlis, Utusan Melayu dan Warta Negara.
Penentangan secara kolektif
- Demonstrasi secara aman yang membantah cara Sir Harold
MacMichael memperoleh tandatangan raja-raja Melayu.
- Membantah Malayan Union yg menghapuskan kedaulatan
negeri Melayu dan kedudukan mereka sebagai anak negeri.
- Kongres Melayu pertama dibentuk.
PENUBUHAN UMNO (United Malaya National Organisation)
Keputusan menubuhkan UMNO dibuat dalam Kongres Melayu
pertama.
Telah ditubuhkan pada 11 Mei 1946 hasil daripada kesedaran
politik orang Melayu menentang pengenalan Malayan Union
sejak Disember 1945.
UMNO merupakan sebuah parti yang merangkumi beberapa
persatuan dan pertubuhan dari negeri-negeri di Tanah Melayu
yang telah bergabung untuk menentang Malayan Union.
Dato Onn Jaafar merupakan presiden UMNO yang pertama.
PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948
Penentangan orang Melayu bagi menggantikan Malayan Union di
bawah pimpinan Dato Onn Jaafar telah menghasilkan sebuah

5.0

jawatankuasa kerja yang terdiri daripada raja-raja Melayu, wakil


kerajaan British dan UMNO.
Jawatankuasa ini telah berjaya merangka sebuah perlembagaan
baru bagi mengantikan Malayan Union.
Melibatkan 9 buah negeri dan Negeri-Negeri Selat, iaitu Melaka,
Pulau Pinang dan Singapura. Tetapi Singapura kekal sebagai
tanah jajahan Inggeris yang berasingan.
Persekutuan yang dibentuk oleh Persekutuan 1948 telah
membentuk satu konsep negara bangsa Tanah Melayu yang
moden dan tidak lagi bersifat tradisional Melayu sepenuhnya.
Dan melibatkan konsep raja berpelembagaan, Majlis raja-raja
Melayu menggantikan Majlis Melayu, Syarat Kerakyatan
diperketatkan dan melibatkan gabungan 11 buah negeri.

ANALISIS DAN KESIMPULAN

Perang Dunia Kedua telah merubah politik dan menyebabkan


munculnya semangat nasionalisme.
Semangat Nasionalisme di Tanah Melayu mula muncul setelah Jepun
menyerah kalah dan hasrat British yang ingin menubuhkan Malayan
Union di Tanah Melayu.
British cuba berselindung yang kononnya demi kepentingan penduduk
Tanah Melayu, namun terlihat bagaimana British menubuhkan Malayan
Union ini adalah semata-mata demi kepentingan ekonomi mereka di
Tanah Melayu.
Cara-cara penubuhan yang tidak di persetujui oleh semua peringkat
sosial masyarakat Melayu telah membawa kepada banyak
penentangan yang akhirnya berjaya mengagalkan perlembagaan
Malayan Union ini daripada di laksanakan sepenuhnya.
Pemimpin-pemimpin Tanah Melayu serta rakyat telah melakukan
banyak bentuk penentangan yang rata-rata penentangan ini berlaku
untuk memastikan Malayan Union tidak di laksanakan.
Kesan daripada Malayan Union ini juga telah menyebabkan
tertubuhnya UMNO dan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

6.0

RUJUKAN
Abdul Rahman Hj. Ismail., MALAYSIA: Sejarah Kenegaraan dan Politik., Kuala
Lumpur,
Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ahmad Atory Husain. 1993. Dimensi Politik Melayu 1980 1990 : Antara
Kepentingan
dan Wawasan Bangsa. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Fuziah Shaffie & Ruslan Zainuddin. 2000. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur:
Fajar Bakti

Kassim Thukiman. 2002. Malaysia : perspektif, sejarah dan politik. Johor :


Universiti
Teknologi Malaysia.

Mohd Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur :


Utusan
Publication and Distributors Sdn.Bhd

Ramlah Adam. 1998. Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu. Universiti


Malaya.
Kuala Lumpur.

You might also like