You are on page 1of 21

1.

0 PENGENALAN
Malaysia pada masa kini mempunyai masyarakat yang pelbagai kaum terdiri
daripada Melayu, Cina, India dan Etnik-etnik di Sabah dan Sarawak. Hal ini
menyebabkan

terbentuknya

sebuah

masyarakat

majmuk

di

Malaysia.

Menurut Furnivall ( 1993 ) sebuah masyarakat majmuk merupakan satu


masyarakat yang muncul akibat daripada dasar-dasar kolonial di mana
penghijrahan penduduk mengikut kehendak-kehendak sistem ekonominya 1.
Ini telah mewujudkan kelompok-kelompok berbagai ragam dalam sebuah
masyarakat majmuk itu walaupun ia bercampur tetapi tidak bergabung.
Setiap kelompok memegang kuat kepada agama, kebudayaan, bahasa, ideaidea

dan

cara-cara

kehidupan

tersendiri.

Komuniti-komuniti

dalam

masyarakat majmuk itu hidup secara berdekatan, tetapi terpisah dalam unit
politik yang sama, dan sistem pembahagian buruh dalam bidang ekonomi
adalah berasaskan ras di mana setiap ras dalam masyarakat itu mempunyai
fungsi-fungsi yang berlainan. Merujuk kepada definisi masyarakat majmuk
tersebut, Furnivall ( 1939 ) dan Tennant ( 1975 ) telah berpendapat bahawa
masyarakat semenanjung Malaysia sewaktu dan selepas Merdeka ( 1957 )
merupakan sebuah masyarakat majmuk yang sebenarnya 2. Sebelum Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan, jumlah penduduk di Tanah Melayu pada
ketika itu adalah berjumlah lebih kurang 6.2 juta orang. Mengikut Laporan
Banci Tahun 1957 ( Fell, 1968 ) lebih kurang 50 peratus adalah orang Melayu,
kira-kira 37 peratus orang Cina, 12 peratus orang India dan kurang daripada
satu peratus orang lain-lain 3. Namun begitu, setelah Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan dan pembentukkan Malaysia, jumlah populasi
penduduk semakin meningkat dari tahun ke tahun dan sehinggalah kini
jumlah penduduk Malaysia dianggarkan berjumlah lebih kurang 28 juta orang
penduduk. Walaupun Malaysia mempunyai kepelbagaian kaum, namun
perpaduan antara penduduk Malaysia amatlah erat dan tidak timbul
sebarang

kekacauan

terbentuknya

yang

melibatkan

masyarakat majmuk

kaum.

Bagaimanakah

di Malaysia dan

apakah

boleh

kesannya

terhadap sosial masyarakat Malaysia. Perkara ini akan dibincangkan di dalam


1
2
3

Choo Keng Kun Disunting Oleh Zuraina Majid ( 1985 ). Hlm 53


Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 melalui rundingan kemerdekaan di London
Ibid. Hlm 53

penulisan ini agar dapat membantu pembaca memahami hal-hal yang


disebutkan tadi.
2.0 SEJARAH RINGKAS TANAH MELAYU
Tanah Melayu berdasarkan rekod arkeologi-arkeologi menunjukkan bahawa
negara itu telah pun diduduki sejak zaman pliestosin 4. Akan tetapi penduduk
yang awal ini tidak meninggalkan kesan yang nyata terhadap alam sekitar.
Hanya dengan ketibaan peneroka dari utara di antara tahun 2500-1500 B.C,
kesan-kesan terhadap geografi negara telah dibuat. Mengikut Wheatley,
mereka ini adalah keturunan orang-orang Melayu yang ada masa ini dan
pada zaman kebudayaan Dongson 5, satu tamadun telah muncul dalam
bentuk sebuah masyarakat yang menetap, sistem pertanian yang tinggi dan
kehidupan kampung yang tersusun. Sejarah Tanah Melayu yang bertulis
adalah baru dan kebanyakkannya didapati daripada sumber yang terdapat
dari negeri China. Catatan tentang Tanah Melayu banyak terdapat dalam
Sejarah-sejarah Dinasti China , catatan-catatan dari sejarah dinasti ini
melaporkan perkembangan yang berlaku dalam pertengahan abad yang
ketiga apabila wakil perdagangan dari negeri China menyebut tentang
seratus kerajaan di Lautan Selatan6. Pada pertengahan abad keempat,
ternyata sudah wujud satu masyarakat yang tersusun dan kerajaan-kerajaan
ini menjadi tempat perlindungan bagi orang-orang India yang datang akibat
dari

ketidaktenteraman

di

India

pada

ketika

itu.

Golongan-golongan

pendatang yang datang ini termasuklah sami-sami, Brahman dan golongan


cendekiawan 7. Golongan-golongan ini memainkan peranan yang penting
dalam memperkembangkan pengaruh kebudayaan India di rantau ini. Satu
catatan yang dilakukan oleh seorang sami buddha iaitu I Ching, dalam
laporannya ia menyenaraikan pelabuhan yang mesti dilalui jika seseorang
hendak mengembara dari negeri China ke India adalah Langkasuka dan
Kedah yang terletak di utara Tanah Melayu. Tanah Melayu mula muncul atau
dikenali semula apabila tertubuhnya Kerajaan Melayu Melaka dalam tahun
4
5
6
7

Zaman Pliestosin berlangsung kira-kira 600 ribu tahun dahulu


Dong-son : Satu zaman kebudayaan logam yang berasal dari Tongking pada tahun 300 B.C.
Wheatley, P. Op.cit., ms 14-15
Coedes, G. The Indianised States of Southest Asia. Honolulu: East-West Centre Press. 1986. Hlm 56

1400

oleh

Parameswara

dan

Melaka

muncul

sebagai

sebuah

pusat

perdagangan yang penting pada ketika itu. Parameswara merupakan


keturunan ketiga dari Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri
Buana ( Sang Nila Utama ), seorang penerus raja Srivijaya. Parameswara
merupakan seorang putera raja dari Palembang yang telah terlibat dalam
perperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad ke 14.
Setelah ditumpaskan oleh Majapahit, beliau telah lari mencari perlindungan
ke Temasik yang pada ketika itu dikuasai oleh Siam. Kemudian beliau telah
diusir dari Temasik dan kemudiannya beliau dan pengikut-pengikutnya
mengundurkan diri ke Muar dan kemudiaannya ke Sungai Ujong sebelum
singgah di Bertam iaitu berdekatan dengan muara sungai Melaka. Setelah
tiba di Bertam, beliau telah melihat anjing perburuannya ditendang oleh
seekor pelanduk putih. Beliau amat kagum dengan keberaniaan pelanduk
putih tersebut dan membuat keputusan untuk membuka negeri di situ. Nama
Melaka diambil daripada nama pokok Melaka yang merupakan tempat beliau
bersandar pada ketika beliau melihat perbuatan anjingnya ditendang oleh
pelanduk putih tadi. Melaka merupakan sebuah kawasan yang strategik
kerana lokasinya yang berada di tengah-tengah tebing Selat Melaka yang
menghubungkan negara China ke India dan Timur telah menjadikannya
tempat

yang

amat

sesuai

untuk

dijadikan

sebagai

sebuah

pusat

perdagangan. Pada tahun 1403, Melaka berkembang dari sebuah kampung


nelayan menjadi pusat perdagangan yang penting di rantau ini sehinggakan
Wheatley menulis tentang betapa pentingnya Melaka :
Nadi Melaka adalah perdagangan. Dalam abad yang ke 14, Selat Melaka
adalah bahagian penting sebagai jalan perdagangan dunia yang mempunyai
penghujungnya di Venice atau jauh lagi ke sebelah barat dan satu lagi di
kepulauan Moluku. Rempah ratus dibawa melalui gugusan pulau ini melalui
banyak jalan dan menggunakan kapal-kapal yang terdiri daripada pelbagai
jenis manusia; di Lautan India mereka juga mengikuti arah sebelum sampai
ke Timur Tengah sama ada melalui Teluk Parsi atau Laut Merah; akan tetapi
untuk pergi ke Selat Melaka mereka tidak mempunyai pilihan lain 8

Asmah Haji Omar. Language and Society in Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1982. Hlm 3

Islam telah mula bertapak di Melaka pada tahun 1414, hal ini telah
memperkembangkan lagi Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan yang
masyhur dan juga pusat penyebaran agama-agama seperti Islam, Hindu
Buddha dan lain-lain. Dalam kebanyakkan buku- buku sejarah apabila disebut
sahaja Tanah Melayu sebelum merdeka, nama Melaka terlebih dahulu disebut
kerana kemasyhuran Melaka pada masa dahulu sebelum ianya dijajah oleh
Portugal, Belanda dan kemudiaannya Tanah Melayu dijajah oleh British
sebelum peralihan kuasa penjajahan kepada Jepun pada 1942. Namun begitu,
British kembali maju ke Tanah Melayu setelah berundurnya Tentera Jepun
akibat daripada peristiwa pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki yang
mengakibatkan kemusnahan teruk di Jepun. British kembali memerintah
Tanah Melayu sehinggalah British memberi Kemerdekaan kepada Tanah
Melayu kerana adanya pemimpin-pemimpin seperti Tunku Abdul Rahman dan
lain-lain yang yang menuntut hak Tanah Melayu untuk merdeka. Akhirnya
Tanah Melayu diisytiharkan bebas dari cengkaman penjajah dan diberi kuasa
untuk mentadbir negara sendiri pada bulan Ogos 1957. Kemudiannya, Tanah
Melayu telah berubah nama dan dikenali sebagai Malaysia pada tahun 1963
apabila perjanjian pembentukkan Malaysia 1963 ditandatangani dan Tanah
Melayu mula bergabung dengan Sabah dan Sarawak sehingga kini.

3.0 BAGAIMANA TERBENTUKNYA MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA


Masyarakat majmuk di Malaysia sebenarnya telah mula wujud sejak zaman
dahulu lagi. Hal ini kerana Tanah Melayu pada dahulu nya telah menjadi
tanah jajahan beberapa kuasa besar penjajah seperti Portugal, Belanda,
British, Jepun dan tidak termasuk di beberapa negeri yang ada campur
tangan daripada negara Siam dan Amerika Syarikat. Misalnya di negeri
Terengganu dan juga Kelantan yang turut dipengaruhi oleh Kerajaan Siam di
mana kedua-dua negeri tersebut terpaksa menghantar Bunga Emas ke Siam
pada setiap tahun. Terdapat beberapa faktor terbentuknya masyarakat
majmuk di Malaysia :
3.1 MELAKA SEBAGAI SEBUAH PUSAT PERDAGANGAN

Melaka seperti yang telah tercatat sememangnya merupakan antara Pusat


Perdagangan yang terkenal pada suatu masa dahulu. Antara faktor Melaka
menjadi pusat perdagangan yang terkenal adalah kerana Melaka terletak di
pertengahan jalan perdagangan di antara Timur dan Barat, iaitu di antara
Asia Barat, India, Burma dengan Indochina dan Asia Timur 9. Melaka juga
menjadi tempat persinggahan yang selamat dan menguntungkan bagi
mereka, kerana pelayaran mereka dari Timur ke Barat ataupun sebaliknya
sangatlah bergantung pada angin monsoon itu. Oleh itu, para pedagang ini
akan singgah terlebih dahulu di Melaka sementara menunggu tibanya angin
monsoon bagi mereka meneruskan pelayaran. Oleh yang demikian, Melaka
telah menjadi tempat pertembungan pedagang-pedagang antarabangsa.
Sementara menunggu peralihan angin, mereka memperdagangkan pula
barang dagangan mereka dan hal ini telah menyebabkan Melaka telah
berkembang menjadi pusat perdagangan yang sangat penting. Dengan itu
juga, pedagang-pedagang yang datang sama ada dari Barat, Timur ataupun
Gugusan Kepulauan Melayu boleh mendapatkan barang dagangan yang
mereka perlukan di Melaka sahaja 10. Zaman Kesultanan Melayu Melaka
merupakan zaman pluraliti11 kerana proses penghijrahan berlaku secara
semula jadi tanpa pemaksaan mana-mana pihak. Para pedagang tidak
memerlukan passport atau visa sebagai pengenalan diri untuk memasuki
sesuatu kawasan. Keadaan ini membolehkan para pedagang dari Arab, India,
China dan Negara-negara lain berdagang secara bebas dan berinteraksi
dengan penduduk tempatan. Pedagang Arab, Cina, India dan Nusantara juga
dilihat melalui proses asimilasi12 dan amalgamasi13 contohnya perkahwinan
dengan penduduk tempatan dan akhirnya telah membawa kepada kewujudan
masyarakat baharu iaitu masyarakat Baba Nyonya, Melayu berketurunan
Arab dan melayu berketurunan India dan juga lain-lain. Selain daripada
9

Zainal Abidin Abdul Wahid. MALAYSIA Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
1996. Hlm 68
10
Zainal Abidin Abdul Wahid. MALAYSIA Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
1996. Hlm 68
11
Pluraliti bermaksud kemajmukan dan kepelbagaian
12
Asimilasi bermaksud satu proses apabila kumpulan minority atau kumpulan etnik yang baharu mengamalkan budaya
dan identity kumpulan majority atau mengurangkan batas etniknya
13
Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya
dan ras baharu contohnya melalui perkahwinan.

perkahwinan antara pedagang dan penduduk tempatan, perkahwinan campur


antara raja juga menjadi faktor lahirnya masyarakat majmuk ini. Misalnya
perkahwinan campur yang berlaku di antara pemerintah Melaka iaitu Sultan
Mansur Shah dengan anak perempuan pemerintah Negara China, Puteri Hang
Li Po14. Hal ini menunjukkan bahawa kewujudan masyarakat majmuk ataupun
masyarakat pelbagai kaum telah wujud dari Zaman Kesultanan Melayu
Melaka lagi.

3.2 KEDATANGAN KUASA PENJAJAH DI TANAH MELAYU


3.2.1 PORTUGIS
Orang Portugis merupakan kuasa Eropah yang mula-mula sekali berjaya
belayar ke Timur dengan mengelilingi pantai Benua Afrika. Tujuan mereka
adalah untuk menguasai perdagangan rempah dan memusnahkan monopoli
perdagangan di Asia yang pada ketika itu dikuasai oleh pedagang Islam
seperti di Gujerat, Tanah Arab, parsi, Mesir dan Kepulauan Melayu. Rempah
ratus yang terdapat di Kepulauan Melayu menjadi rebutan pedagangpedagang Eropah kerana ianya adalah barang yang sangat diperlukan oleh
mereka untuk pelbagai kegunaan. Harga rempah ratus yang dibeli daripada
saudagar-saudagar

di

venice

dan

genoa,

Itali

mahal

harganya

dan

disebabkan itu Portugis mencari alternatif lain untuk mendapatkan rempah


ratus15. Selain itu, tujuan pelayaran mereka juga adalah untuk memerangi
Orang Islam dan mengembangkan agama Kristian. Melalui galakan tersebut,
beberapa

orang

ahli

pelayaran

Portugis

telah

mengetuai

rombongan

pelayaran menuju ke Timur. Rombongan pertama diketuai oleh Barthelomeow


14

Shamsul Amri Baharuddin. Modul hubungan Etnik. Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia. 2012. Hlm 30
Zainal Abidin Abdul Wahid. MALAYSIA Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
1996. Hlm 78, 79
15

Diaz pada tahun 1488 namun hanya sampai di Tanjung Pengharapan, iaitu di
hujung bahagian selatan Benua Afrika dan tidak sampai ke sasaran asal iaitu
India. Namun begitu, 10 tahun kemudian disusuli pula oleh pelayaran oleh
Vasco de Gama. Beliau telah berjaya sampai ke Calicut, India pada bulan Mei
1498 tetapi tidak dapat membawa balik banyak rempah ratus. Disebabkan
Melaka pada ketika itu merupakan pusat perdagangan rempah ratus yang
tersohor menyebabkan Portugis ingin menguasai Melaka 16. Pada tahun 1509,
satu angkatan laut Portugis yang diketuai oleh Laksamana Diego Lopez de
Sequiera telah sampai ke Melaka. Namun begitu, mereka terpaksa kembali
semula ke Goa ( Pusat Perdagangan Portugis ) atas sebab sambutan yang
dingin daripada kerajaan Melaka pada waktu itu. Dua tahun kemudian,
portugis kembali lagi ke Melaka di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque
dan berjaya menakluki Melaka 17. Penaklukan Portugis ke atas Melaka ini sekali
gus telah menamatkan zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dan
bermulalah campur tangan kuasa barat di rantau.
3.2.2 BELANDA
Belanda mula memberi perhatian kepada Gugusan Kepulauan Melayu pada
hujung kurun ke 17. Hal ini kerana mereka ingin mendapatkan rempah ratus
secara langsung daripada Timur dan bukannya dari pihak portugis dan juga
menguasai bijih timah. Belanda telah menubuhkan Syarikat Hindia Timur
Bersatu yang merupakan gabungan beberapa syarikat supaya persaingan
tidak berlaku sesama sendiri. Belanda telah mencuba untuk menawan Melaka
daripada Portugis melalui beberapa siri serangan pada tahun 1606, tahun
1608 dan antara tahun 1623 hingga tahun 1627 namun masih gagal
walaupun mendapat pertolongan daripada kerajaan Johor 18. Belanda tidak
berputus asa dalam usaha untuk menawan Melaka, mereka sekali lagi
bersekutu dengan Johor untuk melancarkan serangan terhadap Melaka pada
pertengahan tahun 1640. Akhirnya pada bulan Januari 1641, Belanda berjaya
menewaskan Portugis dan menakluki Melaka. Gabenor Portugis pada ketika
16

Ibid Hlm 80
Haris Md. Jadi. Etnik, politik dan Pendidikan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. 1990. Hlm 4
18
Zainal Abidin Abdul Wahid. MALAYSIA Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
1996. Hlm 96
17

itu iaitu Manuel de Souza Couthinho menyerah kalah kepada Kapten Minne
Williemson Kaartokoe19. Belanda mula memonopoli perdagangan di Melaka
namun Melaka hanyalah dijadikan pengkalan dan pusat perdagangan nya
adalah di Betawi. Melaka dijadikan pengkalan Belanda untuk mengawal
negeri-negeri di Tanah Melayu yang kaya dengan bijih timah. Mereka seolaholah tidak berkeinginan dan bersungguh-sungguh dalam menyebarkan
kuasanya di luar negeri Melaka. Namun begitu, pada tahun 1824, Belanda
akhirnya

menamatkan

penguasaannya

di

Melaka

setelah

melepaskan

kuasanya kepada British ekoran daripada perjanjian Inggeris-Belanda dalam


tahun tersebut. Dengan termeterainya perjanjian ini, Belanda mengiktiraf hak
british ke atas Singapura dan melepaskan haknya ke atas Melaka dengan
mengambil tanah jajahan British di Sumatera Barat 20. Dengan berakhirnya
penguasaan

belanda

di

Melaka

dan

Tanah

Melayu,

bermulalah

era

pemerintahan Kolonial British dan perjanjian yang ditandatangani antara


Belanda dan British tersebut telah menandakan pembahagian pengaruh di
antara Inggeris dan belanda di rantau ini.

3.2.3 BRITISH
Setelah Portugis dan Belanda, muncul pula satu lagi kuasa penjajah di Tanah
Melayu iaitu British. British mula bertapak di Tanah Melayu dengan
pendudukan Pulau Pinang oleh Francis Light melalui satu perjanjian dengan
Sultan Kedah pada tahun 1786. Francis Light yang berkhidmat dengan
Syarikat Jourdain, Sullivan dan De Souza di Madras, tiba di Kedah pada tahun
1771. Francis Light mengambil kesempatan daripada kerumitan yang
dihadapi oleh Sultan kedah ( Sultan Muhammad Jiwa ) pada ketika itu yang
mengalami serangan daripada orang Bugis pada tahun 1770. Pada ketika itu
berlaku juga perebutan takhta dalam kalangan anak-anak raja dan Baginda
mengambil

Inisiatif

dengan

meminta

bantuan

pihak

Inggeris

bagi

mengukuhkan kedudukannya sebagai raja di Kedah. Bantuan yang diberikan


19
20

http://www..melaka.gov.my. Di akses pada 24/4/ 2015


Bastin, J. The Evergence of Modern South-East Asia: 1511-1957. New jersey: Prentice Hall. 1967. Hlm 55-58

Francis Light membolehkan Beliau membuka penempatan di Pulau Pinang


pada 29 Jun 1786 dan pada 11 Ogos 1786, Francis Light menduduki Pulau
Pinang atas nama Raja George III 21. Kedatangan British ke Pulau Pinang atas
dasar kedudukan Strategik kerana Pulau Pinang sesuai dijadikan pelabuhan
yang boleh menampung perdagangan di sebelah timur. Hal ini juga
disebabkan perkembangan perusahaan yang pesat pada ketika itu di Eropah
dan bertambahnya keperluan mereka terhadap barang-barang mentah tetapi
mereka juga memerlukan pasaran-pasaran yang hasil perusahaan mereka
boleh dijual22. Bermulanya Francis Light di Pulau Pinang, sedikit demi sedikit
mereka mula mengorak langkah untuk menguasai lain-lain negeri di Tanah
Melayu. Skrip permulaan penguasaan mereka di negeri lain di Tanah Melayu
tidak jauh bezanya dengan yang berlaku di Pulau Pinang misalnya campur
tangan British di Perak bermula setelah termeterainya Perjanjian Pangkor dan
secara rasmi bermula lah campur tangan mereka di negeri tersebut. Melalui
Perjanjian Pangkor 1874 ini jugalah menandakan permulaan campur tangan
kuasa British di Tanah melayu secara rasmi iaitu bermula pada 20 Januari
1874. Menerusi perjanjian ini, Sultan Perak terpaksa menerima pelantikan
Residen di negeri berkenaan, penggunaan Residen ini hanyalah satu helah
penjajah British untuk mengadakan pentadbiran dan pemerintahan secara
tidak langsung di Perak dan seterusnya di Selangor, Negeri Sembilan dan
Pahang. Kemudian, melalui Perjanjian Persekutuan 1895 yang dikuatkuasakan
pada 1 Julai

1896,

keempat-empat

negeri

tadi

disatukan

di

bawah

pemerintahan pusat dan dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu.


British kemudiaannya terus melebarkan sayap penguasaannya ke atas
Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu melalui Perjanjian Bangkok 1909
dengan kerajaan Siam dan kesannya seorang penasihat British dilantik bagi
tiap-tiap

negeri

berkenaan23

dan

kemudiannya

barulah

negeri

Johor

menerima penasihat British. Pendudukan British di Tanah melayu telah


melemahkan pengaruh kuasa raja-raja Melayu dan pembesar-pembesar
tempatan. Sepanjang pemerintahan British di Tanah Melayu banyak dasar
British yang telah mempengaruhi terbentuknya masyarakat majmuk di Tanah
21

Zainal Abidin Abdul Wahid. MALAYSIA Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
1996. Hlm 107
22
Courtenay, P.P., A Georgraphy of Trade and Development in Malaya. London: G. Bell and Sons. 1972. Hlm 12
23
Shamsul Amri Baharuddin. Modul hubungan Etnik. Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia. 2012. Hlm 35

Melayu antaranya :
A. Kemasukan Orang Cina
Kemasukkan orang Cina ke Tanah Melayu sebenarnya telah bermula sejak
abad ketujuh lagi akibat daripada perhubungan perdagangan di antara negeri
Cina dan Tanah Melayu. Bagi orang-orang Cina, Tanah melayu merupakan
sumber hasil-hasil hutan seperti kayu cendana, rempah ratus, gading dan
sumbu-sumbu badak. Namun pada peringkat itu, kehadiran orang-orang cina
sebelum zaman penjajahan hanyalah kecil bilangannya dan tidak dihiraukan
oleh orang Melayu. Lagipun kedatangan mereka adalah untuk berdagang dan
akan balik ke Negara asal mereka setelah urusan selesai. Bagi mereka yang
ingin menetap, mereka dengan mudah diserapkan ke dalam masyarakat
tempatan24. Pada zaman penjajahan pula, orang-orang cina mula berhijrah ke
Tanah Melayu akibat daripada faktor tolakan luar dari Negara China dan
faktor tarikan ke Tanah Melayu. Hal ini kerana berlaku kekacauan di China
yang menyebabkan kerajaan China telah lumpuh dari segi sosial dan
ekonominya. Akibat perkembangan pesat pembangunan ekonomi di Tanah
Melayu, British sedar akan pentingnya keperluan buruh yang ramai dan
murah untuk membantu mereka. Oleh itu, orang cina telah berhijrah ke Tanah
Melayu melalui 3 cara iaitu melalui Sistem Tiket Kredit, Sistem Pengambilan
Kakitangan dan Sistem Pengambilan Rumah kongsi. Melalui Sistem Tiket
Kredit, bakal pendatang ke Tanah melayu dikumpulkan oleh seorang KhehTbah( ketua ) dari kampung-kampung di China, kemudian ia akan dibawa
pelabuhan dan mereka diberikan tiket oleh Sinkheh dengan tujuan untuk
mengetahui sama ada mereka bebas ataupun berhutang. Kemudian mereka
akan diambil alih oleh pemborong kuli, pemborong kuli inilah yang akan
bertanggungjawab

mencari

majikan

bagi

buruh-buruh

ini.

Sistem

ini

kemudiaannya telah diharamkan oleh kerajaan British di Tanah Melayu dan


sistem ini digantikan dengan sistem pengambilan kakitangan dan sistem
pengambilan rumah kongsi. Melalui Sistem Pengambilan kakitangan ,
majikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainya ke China
untuk mendapatkan buruh dari sana. Beliau akan membayar tambang dan
24

Antara faktor terbentuknya masyarakat majmuk pada sebelum zaman penjajahan

sebagainya untuk buruh itu dan akan mengiringi buruh itu sehinggalah
sampai ke Tanah Melayu. Seterusnya, melalui Sistem Pengambilan Rumah
Kongsi, ia dilakukan oleh seorang pegawai yang berada di Negara China
yang akan mendapatkan buruh untuk sesebuah rumah kongsi. Mereka akan
membiayai segala perbelanjaan untuk buruh-buruh itu sehinggalah mereka
sampai ke rumah kongsi di Tanah Melayu. Apabila buruh itu diserahkan
kepada tuan punya rumah kongsi, pembawa buruh itu akan dibayar dengan
kadar yang telah dipersetujui bagi setiap seorang buruh.
B. KEMASUKAN ORANG INDIA
Kemasukan buruh-buruh dari India melalui tiga cara iaitu Sistem Buruh
Kontrak, Sistem Kangani dan juga Sistem Buruh Bebas ( Merdeka ). Melalui
Sistem Buruh Kontrak, buruh India yang ingin keluar akan membuat
perjanjian dengan bakal majikannya sebagai balasan kepada pendahuluan
tambang kapal. Buruh itu akan bekerja mengikut tempoh yang tertentu dan
mengikut bayaran yang tetap. Sistem ini kemudiaannya telah diharamkan
oleh undang-undang pada tahun 1910. Kemudian melalui Sistem Kangani
pula, Kangani ( ketua ) akan masuk ke kampung-kampung di India untuk
mencari buruh yang ingin bekerja di Tanah Melayu, Kangani akan diberikan
wang pendahuluan sebagai perbelanjaan untuk buruh yang akan ke Tanah
Melayu.

Buruh

tersebut

akan

menandatangani

perjanjian

lisan

untuk

berkhidmat dalam tempoh tertentu sehinggalah segala hutang tambang


perbelanjaan selesai. Manakala Buruh Bebas pula, mereka berbeza dengan
Buruh Kontrak dan Buruh Kangani kerana kedatangan mereka bukannya
diatur dan mereka bebas memilih tempat bekerja.

C. PRINSIP JUS SOLI


Prinsip Jus Soli dijadikan sebagai asas pemberiaan hak kerakyatan telah di
masukkan

dalam

perlembagaan

dan

mendapatkan

kerakyatan

secara

pendaftaran juga dimasukkan. Setahun selepas merdeka, orang bukan

Melayu yang telah memenuhi syarat kelayakan bermaustatin boleh mendapat


hak kerakyatan walaupun mereka tidak mengetahui Bahasa Melayu atau
bahasa Inggeris. Pengecualian tentang fasih bertutur Bahasa Melayu untuk
mendapatkan hak kerakyatan ini merupakan satu kelonggaran yang istimewa
untuk tempoh dari 31 Ogos 1957 sehingga 31 Ogos 1958 sahaja 25. Dalam
tempoh satu tahun itu, jumlah kerakyatan orang bukan Melayu meningkat
dengan begitu tinggi menjadi lebih kurang 100 0000 orang. Prinsip jus soli
telah dapat dikecap dengan serta merta misalnya dalam hal politik, jumlah
pengundi bukan Melayu telah bertambah lima kali ganda antara pilihanraya
tahun 1955 dan tahun 1959. Prinsip jus soli ini dipersetujui kerana UMNO
ingin membalas jasa ataupun cara tolak ansur terhadap penerimaan
kedudukan istimewa orang Melayu dan Bahasa Melayu dijadikan bahasa
rasmi oleh MCA dan MIC.
D. PEMBENTUKKAN MALAYSIA 1963
Nama Malaysia wujud pada awal abad ke 19 dan pada awalnya merujuk
kepada satu wilayah alam terdiri daripada Semenanjung Tanah Melayu,
Borneo dan Pulau-pulau Indonesia. Penggunaan nama itu amat popular di
kalangan orang-orang Eropah seperti Perancis dan Belanda ( Wang, 1961 ),
tetapi orang Inggeris lebih suka menggunakan istilah Malaya secara
khusus

untuk

merujuk

kepada

Semenanjung

Tanah

Melayu 26.

Idea

pembentukkan Malaysia disuarakan oleh Perdana Menteri Tanah Melayu,


Tunku Abdul Rahman pada 27 Mei 1961 ketika beliau membuat ucapan
kepada Persatuan Wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara. Ucapan itu dibuat
di Hotel Adelphi, Singapura. Beliau merasakan bahawa Tanah melayu tidak
boleh hidup sendirian dan berasingan dan beliau membayangkan kerjasama
kerajaan British dan juga penduduk Borneo Utara ( Sabah ), Brunei, Sarawak
dan Singapura. Langkah pertama penubuhan Malaysia adalah dengan
penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia pada 23 Julai
1961

yang

dipengerusikan

oleh

Donald

25

Stephen.

Tujuan

ditubuhkan

Zainal Abidin Abdul Wahid. MALAYSIA Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
1996. Hlm 349
26

Cheah Boon Kheng disunting oleh Zuriana Majid ( 1985 ). Hlm 1

jawatankuasa ini adalah untuk menerangkan dengan lebih jelas konsep


Malaysia kepada orang ramai khususnya penduduk di Sabah, Sarawak dan
Brunei. Kemudian, Suruhanjaya Cobbold pula ditubuhkan pada 17 Januari
1962. Penubuhan Suruhanjaya ini adalah untuk memberi kebebasan dan
keadilan kepada semua pihak serta meninjau pandangan penduduk negerinegeri di Borneo Utara ( Sabah ) dan Sarawak tentang gagasan Malaysia 27.
Suruhanjaya

ini

telah

menemui

4000

orang

dan

menerima

2200

memorandum daripada pelbagai pihak. Hasil dari laporan ini menunjukkan


sejumlah 80 peratus penduduk Sarawak dan Borneo Utara menyokong
penubuhan Malaysia. Pada 21 Jun 1962 laporan ini dikemukan kepada
Kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Pada Julai 1963,
satu perjanjian penting ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British,
Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura di Pejabat
Perhubungan Komanwel di Maldborough House, London. Malaysia akhirnya
diisytiharkan pada 16 September 196328.
Perkara-perkara

di

atas

merupakan

antara

faktor-faktor

terbentuknya

masyarakat majmuk di Malaysia. Bermula dari zaman kesultanan Melayu


Melaka, masyarakat majmuk terbentuk melalui perkahwinan dan pedagangpedagang yang menetap tetap di Melaka, kemudian datang pula pejajahpenjajah dan yang paling ketara apabila kedatangan British ke Tanah Melayu
membawa dasar-dasar mereka seperti kemasukan buruh dari China dan
India. Masyarakat majmuk juga terbentuk daripada hasil pembentukkan
Malaysia apabila Tanah Melayu mula bergabung dengan Sabah dan Sarawak.
Sabah dan Sarawak mempunyai kepelbagaian etnik dan disebabkan itu
pembentukkan masyarakat majmuk terhasil.

4.0 KESAN-KESAN MASYARAKAT MAJMUK TERHADAP SOSIAL


27

Suruhanjaya Cobbold dianggotai 5 orang ahli ( Dato Wong Pow Nee, Encik Mohd Ghazali Bin Shafie, Sir Anthony
Abell, Sir David Watherston dan Mr. H. Harris ) serta dipengerusikan oleh Lord Cobbold
28
http://www.arkib.gov.my. Diakses pada 30 Mac 2015

4.1 PENDIDIKAN
Pada zaman sebelum kedatangan British pelajaran bagi orang Melayu lebih
berbentuk tidak formal dan hanya memberikan tumpuan kepada unsur-unsur
kesusilaan dan kesopanan, ilmu kebatinan dan seni mempertahankan diri,
kraftangan, pekerjaan dalam pertanian, nelayan dan perburuan serta kelas
mengaji quran29. Adalah biasa di kampung-kampung, kanak-kanak diajar
mengaji dan ia diajar oleh orang yang lebih arif. Ianya di ajar di rumah-rumah
atau di surau-surau. Selain itu, sistem persekolah pondok juga diperkenalkan.
Kawasannya adalah bertumpu di bahagian Utara dan Pantai Timur dan
kurikulumnya bukan sahaja mengaji, malah dilengkapi dengan pengajaran
agama Islam, belajar bahasa Arab dan kemahiran membaca, menulis dan
mengira. Kemudian datang British dan British memperkenalkan sistem
pelajaran formal. British membina sekolah-sekolah untuk orang Melayu
sebagai tanda yang mereka tidak di abaikan. Pelajaran menggunakan Bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar kerana Bahasa Melayu merupakan Lingua
Franca di Tanah Melayu. Namun begitu, pendidikan bagi orang Cina dan India
tidak diberikan oleh orang British kerana British menganggap mereka sebagai
pendatang. Tetapi pendidikan pada peringkat awal yang diberikan kepada
orang Melayu juga tidaklah menyeluruh kerana hanya pada tahap rendah
sahaja dan kurikulum yang ditawarkan adalah minimum dan mempunyai skop
mobiliti sosial yang terhad30. Namun begitu, Winstedt telah menyusun semula
kurikulum sekolah serta latihan guru yang bukan sahaja memberikan
perhatian kepada pendidikan asas yang mementingkan tiga M ( membaca,
menulis dan mengira ) tetapi juga menanam minat dalam pertanian dan
perniagaan di kampung-kampung. Selain itu, bagi melatih guru-guru, sebuah
Maktab Perguruan didirikan di Tanjung Malim iaitu Maktab Perguruan Sultan
Idris. Namun begitu, bagi masyarakat Cina pula, mereka terpaksa mengambil
inisiatif sendiri untuk menubuhkan sekolah-sekolah Cina. Pada peringkat
awal, mereka diajar dalam loghat masing-masing dan kemudiannya menjadi
lebih sistematik setelah kurikulum yang diperkenalkan oleh Kang Yu Wei serta
29
30

Tunku Ismail Jewa disunting oleh Zuraina Majid ( 1985 ). Hlm 101
Haris Md. Jadi. Etnik, politik dan Pendidikan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. 1990. Hlm 11

pengajaran bahasa Kebangsaan Cina atau Kuo Yu dimulakan. Pada ketika itu,
buku-buku teks yang digunakan didapati dari negeri China. Kemudian pada
tahun 1902, undang-undang untuk mendaftar sekolah dan guru Sekolah Cina
dikuatkuasakan kerana British ingin mengurangkan kegiatan-kegiatan anti
kerajaan. Hal ini kerana orang Cina pada masa itu masih terpengaruh dengan
anasir-anasir

atau

agenda-agenda

dari

tanah

China,

hal

ini

amat

membimbangkan pihak British. Bagi masyarakat India pula, bermula tahun


tahun

1970,

sekolah-sekolah

tamil

mula

dibina

di

kawasan-kawasan

perladangan seperti di Seberang Perai, Melaka dan Johor Utara serta di manamana tempat yang memerlukan buruh-burh India. Pada awalnya Kerajaan
British tidak memberi sokongan untuk memberi pendidikan kepada orang
India namun kerajaan British telah merubah dasar tersebut dan memberikan
kemudahan untuk pelajaran Bahasa Tamil. Pengajian asas di Sekolah Tamil
mengambil masa empat tahun dan diajar oleh guru-guru berkelayakan
rendah di bangunan-bangunan sekolah yang tidak sesuai. Kemudian muncul
pula pendidikan inggeris di Tanah Melayu yang bertitik tolak daripada usaha
badan-badan sukarela. Perkembangan ini adalah atas usaha gigih yang
ditunjukkan

oleh

badan-badan

mubaligh

Kristian

yang

memandang

pendidikan sebagai alat utama bagi maksud untuk mengembangkan agama


mereka31. Namun begitu, setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dasar
pelajaran Negara digubal kembali untuk memantapkan sistem pendidikan
Negara dan perlunya suatu jenis sekolah kebangsaan yang dapat diterima
oleh rakyat Tanah Melayu dan juga mengadakan pelajaran bercorak
kebangsaan

sejajar

dengan

keadaan

Negara

yang

sudah

mencapai

kemerdekaan.pada tahun 1956, Sebuah jawatankuasa ditubuhkan dan


dipengerusikan oleh Dato Abdul Razak bin Dato Hussein iaitu Menteri
Pelajaran pada ketika itu. Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk mengkaji dasar
pelajaran yang terdapat pada masa itu dan mengemukakan cadangan untuk
mewujudkan satu dasar pelajaran kebangsaan dengan menjadikan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan bertujuan untuk memupuk perpaduan.
Melalui jawatankuasa ini terhasilnya Penyata Razak yang dijadikan garis
panduan dasar mengenai pelajaran. Selepas Penyata Razak, terbentuknya
pula Penyata Rahman Talib. Penyata ini dilakukan bagi tujuan penyemakkan
31

Sidney, R.J.H. In British Malay Today. London: Hutchinson and Co. 1972. Hlm 25

semula dasar pelajaran. Jawatankuasa pelajaran ini dipengerusikan oleh


Menteri Pelajaran, Encik Abdul Rahman bin Talib pada tahun 1960. Antara ciriciri utama Penyata ini adalah pelaksanaan pelajaran rendah percuma,
kenaikan darjah secara automatik dari darjah satu hingga Tingakatan III,
peperiksaan penilaian sekolah rendah, perluasan pelajaran teknik dan
vokasional, pengalihan bahasa pengantar dan perluasan latihan guru.
Cadangan-cadangan dalam penyata ini dimasukkan ke dalam Akta Pelajaran
1961 dan sebahagian besar dari sistem ini dipratikkan sehingga ke hari ini.
Kemajmukan Masyarakat telah mempengaruhi sistem pendidikan Negara
secara umumnya, hal ini dapat dilihat melalui penubuhan sekolah Melayu,
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan India.
Walaupun muncul persekolahan yang berbeza, namun dari segi kurikulum
dan kokurikulum ketiga-tiga sekolah tersebut adalah sama. Ada juga orang
Cina dan India yang bersekolah di Sekolah Melayu dan ada juga orang Melayu
yang bersekolah di sekolah Cina atau India. Hal ini dapat menunjukkan
kesepaduan sosial dan perpaduan kaum antara rakyat sangat utuh dan
harmoni.

4.2 KEBUDAYAAN DAN ADAT RESAM


Setelah terbentuknya masyarakat majmuk maka dari segi kebudayaan dan
adat resam juga akan terkesan lebih-lebih lagi kemasukkan Sabah dan
Sarawak yang mula menyertai Tanah Melayu pada tahun 1963. Hasil daripada
pengabunggan itu, Malaysia mempunyai lebih daripada 70 kumpulan etnik
dan sekiranya ditambah dengan kelompok yang mewakili subetnik, kumpulan
bahasa dan dialek, jumlahnya melebihi 200 kumpulan. Antara etnik-etnik
yang terdapat di Malaysia adalah Baba Nyonya, Minangkabau, Bajau,
Kedayan,

Murut, Bidayuh,

Iban

dan lain-lain32. Namun begitu, untuk

membentuk satu perpaduan dalam kebudayaan bukanlah senang kerana


pada awal-awal dahulu orang Melayu terlalu taksub dengan kedudukan
mereka sebagai masyarakat peribumi dan mengganggap pendatang yang
32

Shamsul Amri Baharuddin. Modul hubungan Etnik. Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia. 2012. Hlm 13

seharusnya bertanggungjawab untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran


sosial dan kebudayaan yang baru.

Namun begitu, setelah timbulnya

kesedaran dan usaha daripada pihak kerajaan bagi mengukuhkan perpaduan


kaum, sedikit demi sedikit mereka dapat hidup dalam satu kebudayaan yang
majmuk. Antara usaha-usaha kerajaan adalah dengan penubuhan Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ( JPNIN ), jabatan ini ditubuhkan
untuk memupuk dan memelihara perpaduan antara etnik di Negara ini.
Seperti

yang

melahirkan

dketahui,

kemajmukan

kemajmukan
kebudayaan

masyarakat
dan

adat

sudah

resam,

tentu

akan

bagaimanakah

kemajmukan kebudayaan itu boleh berlaku, hal ini dapat dilihat contohnya
dari segi pakaian. Setiap masyarakat atau etnik mempunyai pakaian
tradisional yang tersendiri misalnya kaum Melayu dengan Baju Melayu dan
Baju Kurung, Kaum Cina dengan Cheong Sam dan Kaum India dengan
pakaian Sari nya. Namun begitu, tidak semestinya baju Melayu dan baju
Kurung dipakai oleh orang Melayu sahaja, malahan dipakai oleh kaum Cina
dan Kaum India dan begitu juga sebaliknya dengan Cheong Sam dan Sari.
Contoh yang lain pula adalah kepelbagaiaan makanan, setiap kumpulan etnik
memiliki warisan jenis makanan yang beraneka warna dan rasa serta
memaparkan sejarah masakan yang menarik untuk diketahui, dipelajari dan
seterusnya dimiliki bersama. Antara contoh makanan adalah kaum Melayu
dengan Nasi Lemak, Kaum Cina dengan Yong Tau Fu dan kaum India dengan
Roti Canai. Masyarakat di Malaysia menikmati kesemua jenis makanan tidak
kira jenis makanan Melayu, Cina mahupun India. Misalnya Nasi Lemak
asalnya sebagai hidangan untuk sarapan pagi bagi Kaum Melayu , namun kini
bukan sahaja sebagai sarapan malahan boleh didapati sepanjang hari dan
dinikmarti oleh semua tanpa mengira bangsa. Begitu dengan Roti Canai yang
dijadikan santapan untuk sarapan dan minum petang turut dinikmati oleh
pelbagai kaum. Di Sabah dan Sarawak pula terdapat beberapa jenis makanan
yang popular dalam kalangan etnik tertentu seperti Umai, Ambuyat atau
Linut dan Ayam Pansuh menjadi kegemaran masyarakat pelbagai etnik
secara tidak langsung menyumbang kepada kesepaduan sosial. Kesepaduan
sosial dalam makanan ini juga dapat dilihat melalui tempat-tempat makan
umum seperti di restoran milik etnik Melayu, restoran Mamak yang biasanya
beroperasi 24 Jam, restoren Kopitiam milik etnik Cina atau Melayu, atau di

tempat makan yang eklusif. Pelbagai etnik bertumpu di tempat berkenaan,


menikmati makanan yang juga bersifat pelbagai dan secara tidak langsung
interaksi antara etnik berlaku lalu membentuk kesepaduan sosial yang
lestari33. Selain itu, daripada segi seni kebudayaan pula setiap kaum dan juga
etnik mempunyai keseniaannya yang tersendiri. Misalnya kaum Melayu ada
tarian Zapin, tarian Kuda Kepang, Ulik Mayang, Dikir Barat, manakala kaum
Cina pula ada tarian Singa dan kaum India ada tarian Bharata Natyam dan
Tarian-tarian ini tidak terbatas kepada kaum tersebut sahaja malah turut
dipelajari oleh kaum-kaum lain.
4.3 AGAMA DAN PERAYAAN
Agama merupakan antara yang terpenting dalam kehidupan sebagai manusia
di muka bumi ini. Di Malaysia, agama dan etnik telah menjadi identiti
kelompok sehinggakan orang Melayu dianggap sebagai orang Islam, orang
India sebagai orang Hindu, orang Cina dan Siam sebagai orang Buddha serta
masyarakat orang Asli dan suku kaum bumiputera di pendalaman Sabah dan
Sarawak sebagai penganut animisme. Namun tidaklah sahaja orang Melayu
yang menganut agama Islam, malah ada juga kaum India dan Cina yang
menganut agama Islam. Hasil daripada kemajmukan agama di Malaysia,
Malaysia mempunyai banyak perayaan dalam setiap tahun. Misalnya Hari
Raya Puasa bagi orang Islam, Hari Raya Cina bagi kaum Cina yang menganut
agama Buddha, Perayaan Deepavali bagi Kaum Hindu dan juga Hari Natal
bagi yang menganut agama Kristian. Oleh itu, setiap kaum dapat meraikan
perayaan setiap kaum bersama-sama dalam keadaan yang harmoni, setiap
perayaan kebiasaannya akan diadakan Rumah Terbuka. Amalan Rumah
Terbuka sebenarnya menggalakkan rakyat yang berbilang etnik untuk saling
berkunjung sambil mengetahui secara lebih dekat tentang budaya dan adat
resam rakan dan taulan daripada etnik lain. Selain itu, kesepaduan sosial
dalam agama juga dapat dilihat menerusi rasa hormat terhadap sesuatu
kaum misalnya ketika umat Islam berpuasa, kaum-kaum lain menunjukkan
rasa hormat mereka dengan tidak makan di hadapan orang Islam malahan
mereka juga akan mengikuti berpuasa. Selain itu, kaum-kaum lain juga
33

Shamsul Amri Baharuddin. Modul hubungan Etnik. Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia. 2012. Hlm 222

menghormati kaum India yang tidak memakan daging lembu kerana daging
lembu adalah makanan larangan kepada etnik India, oleh itu kaum-kaum lain
akan menyediakan juadah yang lain bagi kaum India. Hal ini dapat
menunjukkan kemajmukkan

masyarakat dapat mengeratkan hubungan

silaturahim antara kaum.

5.0 KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, masyarakat majmuk sebenarnya telah terbentuk
sejak dari dahulu lagi dan yang paling ketara adalah bermula ketika Zaman
Kesultanan Melayu Melaka lagi. Pada ketika itu Melaka terkenal sebagai Pusat
Perdagangan yang disinggahi oleh ramai pedagang dari pelbagai Negara.
Kemudian datang Portugal menjajah Melaka dan zaman kegemilangan Melaka
berakhir. Setelah sekian lama Portugal menjajah Melaka, muncul pula kuasa
baru

iaitu

Belanda

menjajah

Melaka,

kemudian

Belanda

terpaksa

menyerahkan Melaka kepada British atas dasar perjanjian Inggeris-Belanda.


Proses kemajmukan masyarakat dari zaman kegemilangan Melaka dan juga
sehingga

kepada

zaman

penjajahan

sebenarnya

terbentuk

menerusi

perkahwinan dan juga proses asimilasi. Misalnya perkahwinan Raja Melaka


dengan anak raja Negara China, perkahwinan pedagang dari Negara lain
dengan masyarakat tempatan dan lain-lain. Selain itu, ia juga berlaku setelah
pedagang-pedagang atau pegawai-pegawai mengambil keputusan untuk
menetap di Tanah Melayu. Manakala pada zaman British pula, dasar-dasar
yang dilakukan oleh British mempengaruhi kemajmukan masyarakat di Tanah
Melayu misalnya Kemasukan buruh dari China dan India serta prinsip Jus Soli.
Namun,

kemajmukan

masyarakat

yang

paling

ketara

adalah

dengan

pembentukkan Malaysia pada tahun 1963 setelah Tanah Melayu bergabung

dengan Sabah dan juga Sarawak. Hasil daripada kemajmukan masyarakat ini,
ianya membawa kesan kepada sistem sosial kepada masyarakat misalnya
pendidikan, kebudayaan dan adat resam serta agama. Namun begitu,
masyarakat tetap hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni walaupun
hidup dalam kepelbagaian kaum. Usaha-usaha kerajaan dalam memupuk
perpaduan antara kaum juga dapat dilihat melalui slogan 1 Malaysia yang
diutarakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak.
Diharapkan kesepaduan kaum ini dapat dikekalkan agar rakyat dapat hidup
dalam keadaan yang harmoni.

6.0 RUJUKAN
Haris Md. Jadi. ( 1990 ). Etnik, Politik dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan
Pustaka
Zuraina Majid. ( 1985 ). MASYARAKAT MALAYSIA : Tinjauan dan Perbincangan
Terhadap
Beberapa Isu dan Topik Semasa. Universiti Sains Malaysia. Edisi II
Zainal Abidin Abdul Wahid. ( 1996 ). MALAYSIA Warisan dan Perkembangan.
Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka
Shamsul Amri Baharuddin. ( 2012 ). Modul Hubungan Etnik. Bangi: Universiti
Kebangsaan
Malaysia. Edisi II
Shamsul Amri Baharuddin. ( 2007 ). Modul Hubungan Etnik. Shah Alam :

Universiti
Teknologi Mara. Edisi I
Coedes, G. ( 1986 ). The Indianised States of Southest Asia. Honolulu: EastWest Centre
Press
Asmah Haji Omar. ( 1982 ). Language and Society in Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan
Bahasa dan Pustaka
Sidney, R.J.H. ( 1972 ). In British Malay Today. London: Hutchinson and Co
Courtenay, P.P. ( 1972 ). A Georgraphy of Trade and Development in Malaya.
London: G.
Bell and Sons
http://www..melaka.gov.my. Di akses pada 24/4/ 2015
http://www.arkib.gov.my. Diakses pada 26/4/2015

You might also like