Professional Documents
Culture Documents
kepentingan sesuatu kaum sahaja.politik perkauman adalah bersifat racist kerana parti politik
yang memperjuangkan idelogi ini terlalu melebihkan sesuatu kaum daripada kaum lain.
Perkongsian kuasa hanyalah sekadar nama dan jenama yang sudah lama tidak dipraktikkan.
Realiti politik di malaysia pula sememangnya amat sukar untuk elak daripada isu dan politik
perkauman.di malaysia amnya parti yang telah lama mendominasi kerajaan iaitu barisan
nasional semakin hilang populariti bukan kerana ideologi mereka tidak dapat diterima oleh
masyarakat tetapi hakikatnya idelogi mereka telah dirosakkan oleh mereka sendiri.ideologi
dan prinsip asal politik perkauman adalah perkongsian kuasa yang adil dan seimbang. Namun
begitu,apabila masyarakat sendiri melihat perkongsian ini sudah tidak lagi seperti idea
penubuhan asas apabila hanya kaum tertentu yang jauh lebih daripada kaum-kaum lain dalam
gabungan ini maka idelogi asas mereka sudah dicacatkan.
Keadaan ini menyebabkan masyarakat zaman moden melihat politik perkauman adalah satu
politik tanpa ideologi. Mereka adalah generasi baharu yang melihat situasi terkini dan tidak
mampu untuk merasai idea penubuhan asas yang dicetuskan sejak zaman nenek moyang
mereka.hakikat ini tidak sahaja berlaku kepada parti barisan nasional,malahan turut berlaku
kepada parti-parti yang ada di malaysia.sebagai contoh,parti tindakan demokratik(dap)
walaupun perjuangan parti ini tidak berasaskan kaum,namun parti ini didominasi oleh kaum
cina dan masih memperjuangkan hak orang cina.ini jelas menunjukkan bahawa parti ini
masih mengutamakan kepentingan sesuatu kaum.esei ini juga akan membincangkan
mengenai transformasi politik yang telah dilakukan oleh golongan-golongan elit atau
golongan yang memerintah.sejauh mana peranan elit ini dalam melakukan transformasi
politik di malaysia amnya.adakah perubahan-perubahan yang di dilakukan dalam
transformasi satu perubahan politik semasa yang mengikut peredaran zaman atau satu
tuntutan dan desakan oleh sesetengah pihak.segala persoalan akan dibincangkan di dalam esei
ini.
Perkauman antara etnik ini boleh dilihat secara tidak langsung melalui politik mengikut etnik
contohnya, umno, mca dan mic, akhbar dan rancangan televisyen berlainan bahasa mengikut
etnik masing-masing. Politik mengikut kaum ini lebih menjurus untuk mempertahankan dan
memperjuangkan hak untuk kaum masing-masing. Walaupun terdapat juga politik bukan
berasaskan perkauman, tetapi jika dilihat kepada masyarakat berbilang kaum, mereka lebih
cenderung untuk mengekalkan identiti masing-masing serta mempertahankan nilai, budaya
dan idea yang berbeza di antara kelompok masyarakat.
Punca yang menyebabkan berlakunya isu perkauman dalam politik antara sebab utama adalah
ketidakseimbangan pembangunan ekonomi dan pengagihan kuasa. Jika kita lihat keadaan di
malaysia, ekonomi kebanyakan dipegang oleh orang cina manakala politik banyak
didominasikan oleh orang melayu. Hal ini disebabkan pada zaman penjajahan british di tanah
melayu, masyarakat dipisahkan dari sudut ekonomi dan penempatan mengikut kaum-kaum
masing. Sebagai contoh, orang cina bekerja sebagai peniaga dan tinggal di bandar, manakala
orang melayu tinggal di kawasan perkampungan dan melakukan aktiviti pertanian dan orang
india pula ditempatkan di kawasan ladang bagi menguruskan kelapa sawit dan getah. Selepas
kemerdekaan, disebabkan orang cina mempunyai modal yang banyak serta berpengalaman
dalam perniagaan, mereka terus memonopolikan ekonomi di malaysia sehingga sekarang.
Pengasingan ini wujud di antara etnik disebabkan kesan negatif dasar-dasar yang terbentuk
semenjak zaman penjajahan.
Perkauman antara etnik ini boleh dilihat secara tidak langsung melalui politik mengikut etnik
contohnya, umno, mca dan mic, akhbar dan rancangan televisyen berlainan bahasa mengikut
etnik masing-masing. Politik mengikut kaum ini lebih menjurus untuk mempertahankan dan
memperjuangkan hak untuk kaum masing-masing. Walaupun terdapat juga politik bukan
berasaskan perkauman, tetapi jika dilihat kepada masyarakat berbilang kaum, mereka lebih
cenderung untuk mengekalkan identiti masing-masing serta mempertahankan nilai, budaya
dan idea yang berbeza di antara kelompok masyarakat. Hal ini kerana, masing-masing cuba
memaparkan nilai mereka sendiri kepada masyarakat lain yang berlainan agama, budaya,
bahasa dan etnik. Sebagai contoh, orang cina sukar memilih wakil dari kalangan orang
melayu dan orang melayu sukar memilih wakil dari kalangan kaum india dan cina kerana
kaum cina sehingga kini masih sukar menyelami budaya melayu yang sebenar begitu juga
orang melayu yang masih ragu-ragu dengan kejujuran kaum cina. Hal ini disebabkan mereka
masih kabur tentang latar belakang budaya dan sejarah antara mereka.
DARI SEGI KESAN TERHADAP SOSIAL, DIMANA KITA DAPAT LIHAT BAHAWA
WUJUDNYA SALAH FAHAM DAN BURUK PANDANGAN TERHADAP KAUM-
KAUM LAIN KERANA WUJUDNYA SIKAP PERKAUMAN. SIKAP PERKAUMAN INI
AKAN MEMBECAH-BELAHKAN KAUM BUKAN SAHAJA MEMBERI KESAN
DALAM JANGKA MASA YANG PENDEK NAMUN TURUT MEMBERI KESAN
DALAM JANGKA MASA YANG PANJANG. KESAN DALAM JANGKA MASA YANG
MASA YANG PENDEK, CONTOHNYA SEKIRANYA ORANG MELAYU TIDAK
DIBERI PELUANG PEKERJAAN DI KEBANYAKKAN PERNIAGAAN YANG
DIPUNYAI OLEH MASYARAKAT CINA. INI AKAN MEWUJUDKAN PANDANGAN
YANG SERONG DAN RASA TIDAK PUAS HATI. DALAM JANGKA PANJANG
PULA, PERASAAN INI AKAN MENJADI TERUK DAN LEBIH MENDALAM DAN
MUNGKIN AKAN MEMBAWA KEPADA RUSUHAN KAUM SEPERTI YANG
BERLAKU PADA 13 MEI 1969,DAN INI AKAN MEMBAWA KEANCAMAN KEPADA
STRUKTUR SOSIAL DI MALAYSIA DAN RAKYAT TIDAK AKAN DAPAT HIDUP
AMAN LAGI.
PENUTUP
SEBAGAI PENUTUP, TOPIK YANG DIBINCANGKAN IAITU “ISU PERPADUAN
DAN PERKAUMAN KAUM”, KITA DAPAT LIHAT DIMANA BANYAK MASALAH
AKAN TIMBUL EKORAN TIDAK WUJUDNYA PERSEPAKATAN PADU DI ANTARA
KAUM. SEJAK NEGARA KITA MENCAPAI KEMERDEKAAN SEJAK 53 TAHUN
LALU, BANYAK CABARAN DAN DUGAAN YANG TELAH DILALUI OLEH
NEGARA DAN YANG PALING UTAMA DIANTARANYA ADALAH MEWUJUDKAN
PERPADUAN DIKALANGAN KAUM YANG PELBAGAI INI. PERISTIWA HITAM 13
MEI 1969 DAN PERISTIWA PENJAJAH INGGERIS YANG MEMBUAT DASAR
PECAH DAN PERINTAH HARUSLAH DIAMBIL SEBAGAI PENGAJARAN DALAM
MEWUJUDKAN PERSEPAKATAN DIANTARA KAUM. SEMUA MASYARAKAT
HARUSLAH BERGANDING BAHU DALAM MEMBANTU MEWUJUDKAN NEGARA
YANG HARMONI. “MALAYSIA TRULY ASIA”