You are on page 1of 16

PENGENALAN

Politik permuafakatan adalah salah satu kaedah yang di amalkan dalam sistem politik
Malaysia semenjak kemerdekaan. Kebiasaannya politik permuafakatan atau consosional politik ini
berlaku di nagara yang mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa atau majmuk. Malaysia telah
mengamalkan politik permuafakatan ini dengan bergabungnya UMNO, MCA dan MIC membentuk
Perikatan. Politik permuafakatan ini pertama kalinya diperkenalkan oleh Arend Lijpart semasa
Persidangan Sains politik Antarabangsa di Brussel. Antara elemen utama yang terdapat dalam politik
permuafakatan ini adalah melalui perkongsian kuasa. Perkongsian kuasa ini akan melibatkan setiap
ketua dan pemimpin daripada setiap kaum untuk terlibat dalam pemerintahan. Selain itu melalui
perkongsian kuasa yang berlaku setiap kaum yang diwakili perlu dapat untuk mencapai kata sepakat
dan bertolak ansur bagi mencapai keputusan yang dibuat iaitu tanpa mendiskriminasikan hak kaum-
kaum yang lain. Selain itu juga politik permuafakatan ini adalah Autonomi Segmental iaitu di mana
setiap kaum mempunyai autonomi untuk menentukan apa yang perlu untuk kaum yang di wakili
contohnya isu-isu pendidikan, agama, bahasa dan budaya. Melalui kerjasama dan gabungan ini,
Malaysia dapat mengekalkan keamanan dan kestabilan politik negara sehingga kini melalui BN yang
melibatkan gabungan dan kerjasama antara setiap kaum dan politik permuafakatan dapat di
aplikasikan dengan jayanya dalam konteks politik Malaysia.

Masalah perpaduan etnik sering dihadapi oleh negara yang mempunyai rakyat berbilang
etnik dan agama. Apabila sesebuah etnik berasa terancam, mereka akan bertindak menentang pihak
yang mengancam itu. Dalam usaha mencapai perpaduan kaum, parti-parti politik telah mula
berkembang sejak tahun 1949 di Tanah Melayu. Parti UMNO, MIC dan MCA telah bekerjasama
membentuk Parti Perikatan. Masalah besar yang dihadapi oleh pemimpin Parti Perikatan selepas
merdeka adalah menyatupadukan orang Melayu dengan bukan Melayu.1 Dasar bekerjasama dan
permuafakatan antara kaum telah dicapai secara rundingan melalui penubuhan parti-parti politik.

1
Hassan Ahmad, Dewan Masyarakat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 2007, Hlm 25.

1
2.0 Penubuhan UMNO, MIC dan MCA

2.1 UMNO
Kewujuan parti UMNO ini dikaitkan dengan usaha dalam penentangan Malayan Union. Pada 1 Mac
1946, Duli Yang Maha Mulia, Sultan Selangor, Sultan Hisamuddin Alam Shah telah mengisytiharkan
pembukaan kongres Melayu Se-Melayu.2 Persetujuan telah dicapai sebulat suara untuk menubuhkan
sebuah pertubuhan Melayu yang mencantumkan badan-badan pertubuhan Melayu.3 Kongres Melayu
Se-Melayu terus bergiat dan pada 11 Mei 1946 satu lagi persidangan telah diadakan di Johor Bahru.
Jawatankuasa yang dilantik pada awal bulan Mac 1946 untuk menggubal satu perlembagaan bagi
menubuhkan satu parti politik telah melaporkan kerjanya. Setelah dibincangkan dan dibuat pindaan,
Kongres bersetuju menerima perlembagaan tersebut.4

Cadangan asal Dato’ Onn menamai pertubuhan tersebut di kenali sebagai Pertubuhan Melayu
Bersatu atau United Malays Organisation (U.M.N). Setelah itu, Tuan Za’ba pula mencadangkan
supaya ditambah perkataan ‘National’ atau ‘Kebangsaan’ selepas perkataan ‘Pertubuhan’ itu menjadi
‘Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu’ atau ‘United Malays National Organisation’(UMNO).
Keputusannya, persidangan telah bersetuju dengan nama ‘United Malays National Organisation
(UMNO) dengan sebulat suara. UMNO telah diasaskan pada 11 Mei 1946. Dato’ Onn sebagai
pengerusi, Datuk Bukit Gantang. Tujuan penubuhan UMNO ialah memajukan dan memperbaiki
keadaan orang Melayu. Hal ini terbukti apabila kesungguhan yang ditunjukkan untuk menentang
Malayan Union.

2.2 Penubuhan Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA)


Parti ini telah ditubuhkan pada bulan Februari 1949 yan telah dipengerusikan oleh Tan Cheng Lock.
Antara sebab penubuhan persatuan ini ialah pemimpin masyarakat Cina merasakan mereka perlu
bersatu dan mempunyai satu pertubuhan untuk menjaga dan memperjuangkan kepentingan mereka.
Di samping perlunya mewujudkan parti yang boleh menjadi pilihan yang lain daripada Parti Komunis
Malaya (PKM) bagi masyarakat Cina. Oleh kerana anggota PKM kebanyakannya terdiri daripada
orang Cina, maka perasaan syak telah timbul dalam kalangan orang bukan Cina tentang sikap orang
Cina terhadap pemberontakan komunis yang sedang berlaku. Ramai juga yang bersimpati dengan

2 Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara 1981, hlm. 78.
3 Ibid., hlm. 86.
4 Zainal Abidin Abdul Wahid, Malaysia Warisan dan Perkembangan, Kuala Lumpur: DBP, 1996, hlm. 284.

2
pergerakan komunis dan ada juga yang lebih cenderung kepada fahaman politik ataupun pertalian
persaudaraan. Oleh itu, pemimpin-pemimpin masyarakat Cina merasakan bahawa adalah menjadi
kewajipan mereka memberi gambaran sebenar masyarakat mereka bahawa bukan semua orang Cina
itu komunis ataupun bersimpati dengannya. Mereka cuba menunjukkan kepada kerajaan British dan
penduduk lain di Tanah Melayu bahawa mereka turut sama dalam usaha hendak menghapuskan
pemberontakan komunis.5

Pada peringat awal dikatakan bahawa MCA ini adalah sebuah pertubuhan bersifat bukan
politik namun ramai merasakan bahawa parti ini patut menjadi sebuah parti politik supaya dapat
memberi perkhidmatan yang lebih berkesan dan memajukan kepentingan mastarakat Cina. Hal ini,
Tan Cheng Lock telah berjaya menjadikan MCA sebuah parti politik pada bulan Januari 1953.6

2.3 Penubuhan Kongres India Tanah Melayu (MIC)


Selepas pembentukan UMNO masyarakat India di Tanah Melayu sedang memikirkan keperluan
menyatukan orang India dalam sebuah organisasi politik yang berorientasikan Tanah Melayu. Pada
18 Mei Thivy telah turut menghadiri satu persidangan yang dianjurkan oleh Liga Demokrasi Baru
India (New Democratic League of Indians) yang bertujuan untuk menyatukan pelbagai persatuan
India di Tanah Melayu. G.V Thavier,.

Pada bulan Ogos akhirnya orang India Berjaya menubuhkan Kongres India Tanah Melayu
atau MIC dengan John Thivy menjadi presidennya yang pertama. Tujuan penubuhan MIC bagi
memperjuang kepentingan kaun masing-masing yang berkaitan isu-isu perlembagaan dan hak-hak
politik serta bidang-bidang lain. pemimpin-pemimpin MIC terutama John Thivy dan kemudian Buddh
Singh mempunyai semangat anti-penjajahan yang kuat. Hal ini dapat dibuktikan melalui Thivy
misalnya turut terlibat dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaan bagi Indonesia. Dalam satu
ucapannya di Singapura beliau menyatakan ‘…Indian independence could not be regarded as complete
until Indonesian attained hers’.7 Beliau juga turut berkempen menyokong perjuangan Tengku
Mahmud Mahyudin dan GEMPAR yang berjuang bagi membebaskan Pattani daripada pemerintahan

5 Ibid, hlm 306-307


6 Ibid, hlm 307
7 Ibid, hlm 308

3
Thai. Pemimpin-pemimpin MIC juga turut memperjuang kepentingan dan kebajikan buruh ladang.
Di bawah kepimpinan K.L Devasar.8

3. Pembentukan Parti Perikatan ( contoh permaufakatan).


Dari sudut sejarahnya, Parti Perikatan merupakan sebuah parti yang dibentuk oleh tiga buah
komponen parti iaitu UMNO, MCA, dan MIC. Untuk mengkaji apakah faktor yang mendorong ketiga-
tiga parti ini sanggup berkerjasama dalam sebuah parti haruslah dilihat dari faedah politik yang akan
diperolehi oleh ketiga-tiga parti ini dalam kerjasama mereka. Awalnya, parti Perikatan hanyalah
terdiri daripada dua kerjasama iaitu diantara parti UMNO dan parti MCA. Parti MIC menyertai
gabungan Parti UMNO dan parti MCA ini agak lewat berbanding daripada bermulanya kerjasama
diantara parti UMNO dan MCA. Antara sebab bermulanya kerjasama diantara parti UMNO dan MCA
adalah akibat daripada tercetusnya keinginan kedua-dua parti untuk mendapatkan strategi politik
yang terbaik untuk memenangi pilihan raya Bandaran, yang merupakan pilihan raya kedua yang
diadakan di Persekutuan Tanah Melayu sebelum merdeka.9

Namun Kerjasama ini bukanlah dilakukan dengan satu perancangan yang jelas dari pucuk
pimpinan UMNO–MCA. Ia sebenarnya berlaku di antara dua pemimpin kecil UMNO–MCA Kuala
Lumpur iaitu Dato’ Razak Yahya dengan H.S. Lee yang merupakan rakan kongsi dalam perusahaan
bijih timah di Selangor.10 UMNO menerima cadangan Ong Yoke Lin dari MCA kerana MCA telah
berjanji untuk membantu UMNO berkempen bagi persediaan dalam menghadapi pilihan raya yang
akan datang. UMNO yang kekurangan wang, memang memerlukan bantuan seperti itu. Yuran UMNO
tidak dapat menampung perbelanjaan UMNO, dikatakan jumlah simpanan UMNO Kuala Lumpur
dalam bank hanya $35.00 sahaja.11 Tindakan pemimpin-pemimpin kecil UMNO-MCA itu membawa
tuah kepada UMNO dan MCA pusat. Motif mereka untuk mengalahkan Dato’ Onn dan IMP di Kuala
Lumpur sebenarnya merupakan ῾serampang dua mata᾿ yang menguntungkan UMNO dan MCA untuk
jangka panjang.

8 Ibid, hlm 308-309


9 Ramlah Adam, Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004, Hlm.
127.
10 Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenanjug Tanah Melayu, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1994, Hlm. 263.
11 Ibid, Hlm. 127.

4
Kerjasama UMNO-MCA dalam Parti Perikatan jelas terbukti keberkesanannya apabila
keputusan pilihan raya bandaran Kuala Lumpur diumumkan, sembilan kerusi telah dimenangi oleh
Parti Perikatan UMNO-MCA dengan UMNO mendapat tiga kerusi dan MCA mendapat enam Kerusi,
manakala dua kerusi dimenangi IMP dan satu kerusi bagi calon bebas. Bermula dengan kemenangan
ini, kerjasama diantara UMNO-MCA semakin erat dan meluas.

Dari sudut kepentingan politik kaum Cina di negeri ini juga telah mempengaruhi keputusan
MCA untuk terus menjalinkan kerjasama yang erat dengan UMNO bagi mendapatkan persamaan
politik yang setaraf dengan orang melayu selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
Persamaan hak politik itu tentulah kerakyatan jus soli seperti janji UMNO dan Tunku dalam
keputusan National Convention pada 14 Februari 1954. Menurut Tunku Abdul Rahman, hanya UMNO
yang akan memberi persamaan taraf politik itu, dengan itu sebarang tindakan UMNO patut disokong
oleh MCA.12 Pengabunggan MIC ke dalam Parti Perikatan pada akhir tahun 1954
(Oktober/November) juga ada perkaitan untuk menjaga tempatnya dalam politik di Tanah Melayu.
Pengabungan ketiga-tiga entiti politik terbesar di Tanah Melayu ini telah melahirkan sebuah parti
yang menggunakan konsep gabungan parti perkauman dengan mengekalkan identiti masing-masing,
tetapi mengamalkan dasar kompromi yang tertentu dalam tuntutan mereka.13

Dari strategi politik tanah melayu, ini memudahkan apa sahaja tuntutan politik terhadap
British. Namun pada hakikatnya, gabungan ini telah mengorbankan UMNO sebagai parti yang
menjaga kepentingan orang Melayu. UMNO terpaksa bersetuju dengan MIC dan MCA untuk
menerima kerakyatan secara jus soli terbuka sebagai asas kerakyatan mereka di Tanah Melayu.
Dalam ῾Statement Politik Perikatan 1956᾿, UMNO tidak dapat menahan tuntutan tersebut kerana dari
segi suara, UMNO dikalahkan dengan dua suara dari MCA dan MIC. UMNO menjadi lemah dengan
gabungan ini, UMNO tidak lagi dapat menjadi penentu corak politik Tanah Melayu seperti mana pada
tahun 1946, kini kuasa politik Tanah Melayu ditentukan bersama oleh bukan melayu ῾dua lawan
satu’.

Kerakyatan yang dipertahankan oleh UMNO sejak tahun 1946 musnah kerana gabungan
tersebut. Inilah kompromi pertama dan terbesar UMNO, walaupun diterima sebagai ῾abang tua᾿
dalam Perikatan. Gabungan ini pada hakikatnya menjadikan taraf orang Melayu merosot dari satu

12 Ibid, Hlm. 157.


13 Ibid, Hlm. 271.

5
bangsa menjadi satu kaum di Semenanjung Tanah Melayu. Sebenarnya, inilah salah satu sebab
mengapa parti MIC dan MCA bekerjasama dengan UMNO dalam Perikatan adalah semata-mata untuk
kepentingan kaum masing-masing.

Di pihak UMNO pula, UMNO amat menekankan dan menjaga kerjasama dengan MIC dan MCA
kerana ingin merealitikan impian mereka untuk mendapatkan kemerdekaan ke atas Tanah Melayu
daripada British secepat mungkin. British pula mengenakan syarat dalam memberi kerajaan sendiri
kepada Tanah Melayu. Syarat itu ialah bekerjasama dengan semua kaum dalam poltik untuk
membentuk satu kerajaan sendiri yang harmoni. Oleh itu, Tunku Abdul Rahman menyedari bahawa
tanpa kerjasama di antara semua kaum di Tanah Melayu, kemerdekaan Tanah Melayu tidak dapat
dicapai secepat mungkin. Tambahan lagi, hubungan antara kaum yang renggang pada ketika itu
memerlukan suatu penyelesaian yang berkesan. Oleh itu, UMNO-MCA telah memulakan satu formula
yang menyaksikan satu kerjasama politik di antara dua buah parti sebagai satu pelaksanaan kepada
formula kerjasama parti-parti bagi menyelesaikan masalah politik perkauman di Tanah Melayu.14
Kerjasama di antara UMNO dan MCA dalam politik memperlihatkan hubungan sesetengah kaum Cina
dan Melayu yang menjadi ahli kedu-dua parti tersebut menjadi semakin baik walaupun masih lagi
terdapat mereka yang tidak begitu setuju dengan kerjasama UMNO-MCA ini.

Selain itu, Ancaman Parti Komunis Malaya juga menjadi sebab kenapa orang melayu dan Cina
perlu bersatu untuk menuntut kemerdekaan dari penjajah dan orang asing bagi mengelakkan Parti
Komunis Malaya berjaya mengambil alih kerajaan dari penjajah. Untuk menjaga hati kaum pengundi
Cina, Perikatan berjanji menjalankan dasar pengampunan ke atas mereka yang dituduh terlibat atau
bersimpati dengan PKM.15

Secara keseluruhannya, tidaklah dapat dinafikan bahawa kejayaan Parti Perikatan dalam
perjuangannya mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu sedikit sebanyak dipengaruhi oleh
hasil dairpada kerjasamanya dengan parti MCA dan MIC dalam Perikatan. Hal ini terbukti apabila
gandingan tiga buah parti ini telah berjaya memujuk pihak British di London untuk memberikan
kemerdekaan kepada Tanah Melayu kerana parti perikatan telah berjaya memenuhi syarat yang

14 Ibid, Hlm. 263.

15 Ibid, Hlm. 273.

6
telah dikemukakan oleh British dahulu. Hasilnya, Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaannya
pada 31 Ogos 1957.

4.0 Rentetan perjuangan Parti Perikatan ke arah kemerdekaan Tanah Melau dan
pembentukkan Malaysia.

4.1 Pilihanraya umum 1955


Selepas UMNO ditubuhkan secara rasmi dalam persidangan pada 11-12 Mei 1946, pelbagai usaha
telah dilakukan khususnya untuk menghalang perlaksanaan Malayan Union. Usaha tersebut
menemui kejayaan apabila Malayan Union yang telah diisytiharkan pada 1st April 1946. Perjuangan
parti Perikatan telah membuktikan bahawa orang melayu mampu berjuang tanpa kekerasaan
menentang Inggeris. Dalam pilihanraya umum 1955, Parti Perikatan telah Berjaya memenangi 51
kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan sekaligus membuktikan sokongan rakyat kepada
Perikatan. Dalam pilihanraya ini, jelas wujud tolak ansur UMNO dalam Perikatan apabila UMNO
menyerahkan 17 kawasan pilihanraya kepada calon dari MCA iaitu sebanyak 15 kawasan dan MIC
sebanyak 2 kawasan pilihanraya. Kemenangan calon-calon bukan melayu ini adalah atas undi orang
melayu majoritinya.16

Dalam pilihanraya ini, perkara paling penting ialah sejauh mana kewibawaan Perikatan
dalam masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu pada masa itu. Terdapat beberapa sebab
kemenangan ini, yang paling penting ialah kepercayaan rakyat terhadap Parti Perikatan. Yang kedua
ialah Pengaruh Dato’ Onn yang tidak mendapat sambutan dalam Masyarakat disebabkan
keradikalannya yang berada dihadapan jika dibanding dengan Perikatan yang menyatakan manifesto
berdasarkan kepada perspektif masyarakat pada masa itu. IMP menyatakan slogan “sebuah parti
untuk semua bangsa” yang bersifat anti perkauman.17

4.2 Rundingan Baling 1955


Rundingan Baling diadakan pada bulan Jun 1955 khas antara wakil-wakil Parti Perikatan iaitu Tunku
Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan David Marshall (ketua menteri singapura) dengan wakil
daripada pihak Komunis iaitu Chin Peng dan Rashid Mydin. Rundingan ini diadakan untuk

16 Institut Tadbiran Awam Negara, Negara Kita: Pentadbiran dan Dasar-dasar Pembangunan, Kuala Lumpur: Jabatan
Percetakan Negara, 1983, Hlm. 72.
17 Ramlah Adam, 2004, op cit, Hlm. 132.

7
membincangkan mengenai perjuangan komunis agar dihentikan dengan syarat-syarat tertentu.
Namun, rundingan ini tidak berjaya. Komunis meneruskan perjuangan mereka dengan melakukan
pelbagai keganasan.18

Walaupun Rundingan Baling menemui kegagalan, namun keganasan komunis memberi


inspirasi kepada Parti Perikatan untuk mendesak British memberi kemerdekaan kepada tanah
melayu. Ini kerana, perjuangan komunis menentang british adalah atas tujuan untuk menamatkan
penjajahan dan mendapatkan kemerdekaan. Sekiranya british memberi kemerdekaan kepada Parti
Perikatan, komunis terpaksa menghentikan perjuangan kerana penjajahan british akan ditamatkan.
Sekiranya perjuangan komunis masih diteruskan selepas merdeka, PKM tidak lagi mendapat
sokongan kerana akan dianggap sebagai anti-kebangsaan. British tidak mempunyai pilihan lain
selain memberikan kemerdekaan untuk menamatkan keganasan komunis.19

4.3 Rundingan Kemerdekaan


Pada 1st Januari 1956, selepas mencapai kesepakatan di antara pemimpin-pemimpin Parti Perikatan,
rombongan kemerdekaan telah bertolak ke London untuk merundingkan mengenai kemerdekaan
Tanah Melayu. Sebelum bertolak ke London, Tunku Abdul Rahman telah menghantar surat
memorandum pada 8 Ogos 1955 untuk melahirkan hasrat merundingkan kemerdekaan Tanah
Melayu kepada Pejabat Tanah Jajahan British.20 Rundingan ini bermula pada 18hb January hingga
6hb February 1956. Dalam rundingan ini, persetujuan dicapai untuk melaksanakan penubuhan
segera sebuah persekutuan Tanah Melayu sepenuhnya yang berpemerintahan sendiri dan
merdeka.21

Pada bulan Januari 1956, Tunku Abdul Rahman telah mengetuai satu rombongan ke London
untuk berunding dengan kerajaan Inggeris mengenai kemerdekaan Tanah Melayu. Rombongan ini
dianggotai oleh empat orang wakil Parti Perikatan, empat orang wakil Raja-Raja Melayu dan dan
wakil-wakil kerajaan Inggeris di Tanah Melayu. Hasil daripada rundingan tersebut, perjanjian
London telah ditandatangani pada 8 Februari 1956. Tarikh kemerdekaan bagi Tanah Melayu telah

18 Institut Tadbiran Awam Negara, op cit, Hlm. 73.


19 Ibid.
20 Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 2003, Hlm 649.

21 Institut Tadbiran Awam Negara, Op, Cit, Hlm 73.

8
ditetapkan pada 31 Ogos 1957. 22 Antara yang terlibat dalam rundingan kemerdekaan ini ialah wakil
dari Raja-raja Melayu iaitu Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmad Kamil Haji Nik Mahmud,
Dato’ Muhammad Said, Abdul Aziz bin Haji Abdul Majid, dan wakil daripada Parti Perikatan iaitu
Tunku Abdul Rahman Putra, Dato’ Abdul Razak bin Dato’ Hussien, Dr. Ismail bin Dato’ Abdul Rahman
serta Kolonel Hau Shek Lee. Tunku Abdul Rahman mengakhiri rundingan dengan ucapannya,
“Laporan Persidangan Lancaster House yang mengandungi 9,000 perkataan itu adalah suatu rencana
bersejarah yang membangkitkan minat besar bukan sahaja di Tanah Melayu tetapi di semua negeri
yang menunujukkan sebegitu banyak minatnya di dalam cita-cita kita mencapai taraf berkerajaan
sendiri dan kemerdekaan. Sudah sepatutnya jadi demikian kerana penyata ini melahirkan sebuah
kerajaan baru.”(Ibrahim Mahmood, 1981) Ucapan beliau ini menunjukkan kejayaan yang telah
dicapai untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada British.23

4.4 Suruhanjaya Reid di wujudkan.


Sebuah Suruhanjaya telah dibentuk dengan dipengerusikan oleh Lord Reid sementara ahli-ahlinya
terdiri daripada Sir Ivor Jennings dari Britain, Sir William McKell dari Australia, Tuan Hakim Malik
dari India dan Tuan Hakim Abdul Hamid dari Pakistan iaitu semuanya pakar undang-undang dari
Negara Komanwel.

Pada bulan Februari 1957, Suruhanjaya Reid telah mengeluarkan draf perlembagaan untuk
dibahaskan oleh penduduk dan parti politik tempatan. Semua perkara yang dipersetujui bersama
telah diterima berdasarkan semangat tolak ansur dan permuafakatan antara kaum di Tanah Melayu.
Ini telah membolehkan pembentukan sebuah kerajaan yang demokrasi dengan konsep Raja
Berperlembagaan.24 Rang Perlembagaan itu telah diperkenankan oleh Majlis Raja-raja pada bulan
Jun 1957 dan Majlis Undangan Persekutuan telah menerima dan meluluskannya pada 15 Ogos 1957
dan Perlembagaan tersebut berkuatkuasa pada 27 Ogos. (Walau bagaimanapun, secara rasminya
pada 31 Ogos iaitu selepas kemerdekaan.) Perlembagaan tersebut kemudiannya telah dipinda
dengan beberapa perubahan kecil bagi menyesuaikannya menjadi Perlembagaan Malaysia apabila
Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak lalu membentuk Malaysia.

22 Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan, Kenegaraan Malaysia, Sedang: Universiti Putra Malaysia, 1997,
Hlm. 57.
23 Ibid. hlm 111.

24 Ms. Norlaila Daud, Merdeka 50 Edisi Cenderahati, Petaling Jaya: Minister Of Culture, Arts, and Heritage Malaysia,
2006, Hlm 90.

9
Suruhanjaya Reid diberikan tugas untuk menyediakan perlembagaan untuk Persekutuan
Tanah Melayu. Ini bermakna bahawa isu-isu penting seperti bahasa rasmi, agama, kerakyatan dan
kedudukan istimewa Melayu mesti dibincang dan suatu keputusan harus dicapai dan ini mesti
diselesaikan oleh Suruhanjaya Reid. Oleh sebab Tanah Melayu mempunyai masyarakat majmuk,
maka syarat-syarat yang berkait rapat dengan kewarganegaraan dan hak-hak istimewa bangsa
Melayu menimbulkan perselisihan. Soal bahasa dan agama rasmi pun menimbulkan perbahasan. Ini
berlaku kerana semangat nasionalisme yang menyeluruh masih tidak wujud pada masa itu.
Sebaliknya, apa yang didapati ialah semangat perkauman.25 Bagi mengatasi masalah itu, suatu
kompromi dapat dicapai antara pemimpin-pemimpin yang terlibat.

Kepimpinan UMNO bersetuju dibentuk satu kewarganegaraan bagi semua penduduk Tanah
Melayu yang dilahirkan di Tanah Melayu atau telah memenuhi syarat-syarat tempoh bermastautin
di Tanah Melayu dan berikrar kesetiaan kepada Tanah Melayu asalkan hak-hak istimewa orang
Melayu tidak dihakis. Dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, Yang di-Pertuan Agong
diberi kuasa untuk menjaga hak istimewa orang Melayu dan juga hak orang bukan Melayu. Sebagai
”Ketua Negara”, Yang di-Pertuan Agong akan dilantik melalui Majlis Raja-Raja Melayu untuk tempoh
lima tahun. Parlimen mempunyai dua dewan iaitu Dewan Rakyat yang ahli-ahlinya dipilih melalui
pilihan raya dan Dewan Negara yang ahli-ahlinya dilantik. Kuasa dibahagikan kepada kuasa pusat
dan kuasa negeri. Dengan penyediaan Perlembagaan ini, maka Persekutuan Tanah Melayu
memperoleh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.26 Perkara yang sangat dibanggakan ketika itu adalah
para pemimpin Melayu dan bukan Melayu menyokong pakatan ini. Mereka berpendapat pakatan ini
akan dapat mewujudkan perpaduan kaum di Persekutuan Tanah Melayu. Sebanyak 131
memorandum bertulis telah diterima oleh Suruhanjaya Reid daripada pertubuhan politik, orang
perseorangan dan Raja-Raja Melayu. Bagaimanapun, cadangan Parti Perikatan sebagai parti yang
mewakili kerajan telah diberi perhatian utama.27

25 Abdul Rahman Haji Ismail, Malaysia Sejarah Kenegaraan dan Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 2007,
Hlm 334.
26 Ibid, Hlm 335.
27 Ms Norlaila Daud, Op. Cit, Hlm 90.

10
4.5 Cadangan Gagasan Malaysia
27 Mei 9161, TAR mengumumkan penggabungan dengan Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak
untuk membentuk Malaysia. Ucapan dibuat di Hotel Adelphi, Singapura di hadapan wartawan-
wartawan luar negeri dan Asia Tenggara.28 Beliau telah mengeluarkan kenyataan bahawa hanya
dengan menyertai Malaysia sahaja akan memudahkan Singapura, Sabah dan Sarawak mendapatkan
kemerdekaan. Oleh itu, Tunku Abdul Rahman telah menjemput negeri tersebut untuk menyertai
gagasan Malaysia.

Suruhanjaya Cobbold dibentuk bagi meninjau pandangan penduduk wilayah borneo


mengenai gagasan Malaysia disamping Tunku Abdul Rahman memberikan penerangan lanjut
mengenai Malaysia. Hasilnya, 70% daripada penduduk di kedua-dua buah negeri di borneo itu
bersetuju untuk menyertai Malaysia.29 Konsep Malaysia Berjaya dibina oleh Tunku Abdul Rahman
dengan menggabungkan Semenanjuang Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak pada 16
September 1963. Usaha yang dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman sememangnya menjadi
kebanggaan hingga kini atas kewibawaannya dalam menyatukan masyarakat berbilang kaum
sehingga mencapai kemerdekaan melalui usaha bersama 3 kaum terbesar Tanah Melayu dalam
Perikatan.

5.0 Kesan-kesan Parti Perikatan Terhadap Sabah dan Sarawak.

5.1 Perkembangan parti-parti politik.


Dalam pada waktu yang sama banyak parti politik yang muncul di Sabah dan Sarawak berikutan
dengan kesan pengumuman Gagasan Malaysia di mana Sabah dan Sarawak serta Singapura
bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu bagi membentuk Persekutuan yang baru. Gagasan ini
telah mengubah suasana politik di kedua-dua wilayah tersebut.30

Gagasan Malaysia yang dicadangkan oleh Tengku Abdul Rahman telah mendapat tentangan
yang hebat daripada negeri-negeri Borneo pada mulanya. Ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin,

28 Institut Tadbiran Awam Negara Op.Cit, Hlm 87.


29 Zulhilmi Paidi & Rohani Ab. Ghani, Kenegaraan Malaysia, Isu-isu dalam Pembinaan Negara, PTS Publication &
Distribution Sdn. Bhd, 2003, Hlm 114.
30 Panduan dan Rujukan untuk peperiksaan Am Kerajaan, Malaysia Kita, International Law Book Services, 2005,
hlm 94.

11
politik negeri-negeri Borneo merasa terkejut ketika mendengar gagasan tersebut pertama kalinya.
Di antara tahun 1961 dengan tahun 1962, suara-suara menentang telah kedengaran dengan
lantangnya. Tetapi pada akhirnya telah bersetuju menerima Malaysia. Kekurangan pengalaman
berpolitik di Sabah dan Sarawak merupakan faktor yang utama di atas sebab-sebab penolakan
terhadap Malaysia. Kelemahan ini adalah akibat daripada pengabaian pemerintahan Raja-raja
Brooke, Komponi Berpiagam Sabah dan Kerajaan Inggeris ketika menjajah Sabah dan Sarawak.31

Di Sabah dan Sarawak parti-parti politik yang lama dan yang baru ditubuhkan telah cuba
menentukan sikap masing-masing terhadap Gagasan Malaysia. Di Borneo Utara, beberapa parti
politik baru telah ditubuhkan selepas rancangan Malaysia diumumkan. Antaranya ialah Pertubuhan
Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Pertubuhan
Kebangsaan Pasok Momogun, Parti Bersatu dan Parti Demokratik. UNKO dan USNO menyokong
gagasan Malaysia itu. Manakala Pertubuhan Kebangsaan Pasok Momogun menentang rancangan
Malaysia. Parti Bersatu dan Parti Demokratik bersetuju dengan konsep Malaysia tetapi
berkehendakkan supaya Borneo Utara diberi kerajaan sendiri terlebih dahulu sebelum
menganggotai Malaysia.32

Di Sarawak, parti-parti memang telah wujud sebelum gagasan Malaysia diumumkan. Parti
Negara Sarawak (PANAS) mempunyai ahli yang kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu tetapi
ada juga yang bukan Melayu. Mulanya parti itu menentang penubuhan Malaysia tetapi setelah
mendapat penerangan daripada kerajaan Tanah Melayu, maka PANAS menyokong Malaysia pula.
Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) pula menentang Malaysia. Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)
juga menentang Malaysia. Selain itu ada sebuah parti lagi iaitu Barisan Rakyat Jati Sarawak
(BARJASA) yang mendapat sokongan orang Melayu dan Iban serta Melanau. Parti ini menyokong
penubuhan Malaysia. Tentangan oleh parti SNAP dan SUPP terhadap rancangan Malaysia itu
bukanlah tentangan yang menyeluruh. Kedua-dua parti itu sedia menerima satu penggabungan
Malaysia sebagai matlamat terakhir. Tetapi sebelum itu, mereka mahukan supaya Sarawak diberi
taraf pemerintahan sendiri terlebih dahulu. Selepas itu, barulah dibuat keputusan tentang gabungan
dengan Malaysia.33

31 Mazlan Abdullah, Sejarah Malaysia Timur, Kuala Lumpur: 1 Utusan Publications & Distributors, 1978, hlm 104.
32 Zainal Abidin Abdul Wahid, Malaysia Warisan dan Perkembangan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1996,
edisi kedua, hlm 361.
33 Ibid, hlm 361-364.

12
6.0 ULASAN

Penubuhan Parti Perikatan 1955 telah menjadi titik awal kepada revolusi dalam sistem
pemerintahan di Tanah Melayu. Parti Perikatan telah membentuk parti politik yang mengabungkan
3 kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India dan bekerjasama berusaha menuntut kemerdekaan
Malaysia. Politik Parti Perikatan telah membentuk hubungan antara etnik dan seterusnya
menjadikan Malaysia negara contoh kepada negara majmuk yang lain. Sikap akomodasi dan
keterbukaan pemimpin jelas iaitu walaupun masing-masing mengetuai parti politik yang ditubuhkan
dibawah garis keetnikan yang mempertahankan kepentingan kelompok etniknya, tetapi di peringkat
nasional mereka bertanggungjawab ke atas keseluruhan populasi negara ini tanpa mengira batasan
kaum, etnik, agama, keturunan, kepercayaan mahupun gender.

Perkara yang lebih bermakna adalah ketegangan kaum dapat dielakkan dan kemerdekaan
dapat dicapai tanpa pertumpahan darah. Kita sebagai salah seorang rakyat Malaysia pada hari ini
perlu selalu bersyukur kerana dapat menikmati kehidupan yang aman dan damai. Ini adalah hasil
daripada pengorbanan generasi masa lalu yang berjuang mempertahankan maruah tanah air
tercinta. Kemerdekaan hanya dapat dicapai melalui kerjasama di antara kaum. Perpaduan yang telah
ditunjukkan oleh kaum-kaum utama di negara ini telah menyakinkan penjajah untuk memberikan
kemerdekaan kepada negara ini. Perpaduan wujud akibat adanya tolak ansur (toleransi) antara
kaum seperti yang digambarkan dalam kontrak sosial atau perjanjian murni antara mereka.

Dengan demikian generasi sekarang semestinya dapat memahami kntrak sosial dan tidak
mengungkit apa yang telah dipersetujui bersama oleh generasi terdahulu demi untuk keamanan
negara. Pada waktu yang sama, rakyat pelbagai latar belakang kini seharusnya menumpukan usaha
untuk mengisi kemerdekaan yang telah diperjuangkan dan dicapai oleh generasi lalu. Hanya dengan
usaha-usaha yang gigih sahaja rakyatnya dapat meletakkan negara ini sebagai negara yang benar-
benar merdeka dan berdaulat serta disegani dan dihormati di mata dunia.

13
7.0 KESIMPULAN
Pihak Inggeris telah mencipta masyarakat multi-etnik dan berjaya mengekalkan kelompok-
kelompok individu dalam bidang-rangka kolonial. Peluang bagi unit ciptaan Inggeris ini hidup terus
dengan penuh bebas nampaknya tipis apabila pemberontakan komunis meletus. Keadaan darurat
yang telah diisytiharkan untuk mengendalikan bahaya itu telah mendedahkan serba sedikit fakta
pemisahan etnik yang serius yang wujud dalam masyarakat Tanah Melayu. Sungguhpun kemenangan
muktamad menentang komunis masih belum dicapai pada tahun 1957 apabila kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu diumumkan, ancaman komunis itu telah hampir-hampir hapus. Namun,
ancaman perkauman masih kekal, warisan pemerintahan kolonial, yang akan menentukan
kehidupan terus ataupun kehancuran muktamad negara yang baru itu.

Menjelang kemerdekaan, negara kita menghadapi masalah utama iaitu masalah perpaduan.
Ini tidak terlalu menghairankan kerana negara kita adalah terdiri daripada masyarakat majmuk.
Masalah bahasa, pendidikan, dan ekonomi adlah di antaranya. Di waktu itu juga jelas bahawa hampir
kesemua parti politik adalah bersifat perkauman, yang dianggotai oleh sesuatu kaum dan
memperjuangkan nasib kaum berkenaan. Parti politik yang tidak berlandaskan perkauman tidak
mendapat sokongan. Namun demikian, UMNO, MCA dan MIC telah bergabung dan menubuhkan
Perikatan, dan ini merupakan satu langkah penting di dalam membawa kepada kemerdekaan negara
kita. Dengan gabungan ini mereka telah berjaya memenangi pilihan raya. Ini memperlihatkan
bahawa pemimpin-pemimpin Perikatan sanggup berkongsi kuasa demi kebaikan bersama. Di waktu
yang sama juga di antara kaum-kaum terbesar, Melayu, Cina dan India, telah terdapat tolak ansur
(misalnya dari segi hak istimewa dan hak kerakyatan) demi memastikan bahawa negara dapat
mencapai kemerdekaan dan membangun dalam keadaan aman damai.

Pembentukan Parti Perikatan telah membawa kemerdekaan Malaysia yang dicapai melalui
perbincangan, dialog, rundingan dan bermusyawarah bukannya melalui pertumpahan darah seperti
di negara-negara lain.

14
8.0 RUJUKAN
Abdul Rahman Haji Ismail, 2007, Malaysia Sejarah Kenegaraan dan Politik, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa & Pustaka.

Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan, 1997, Kenegaraan Malaysia, Sedang: Universiti Putra
Malaysia.

Hassan Ahmad, 2007, Dewan Masyarakat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka,

Ibrahim Mahmood, 1981, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, Kuala Lumpur: Penerbitan
Pustaka Antara.

Institut Tadbiran Awam Negara, 1983, Negara Kita: Pentadbiran dan Dasar-dasar Pembangunan,
Kuala Lumpur: Jabatan Percetakan Negara.

Mazlan Abdullah, 1978, Sejarah Malaysia Timur, Kuala Lumpur: 1 Utusan Publications &
Distributors.

Ms. Norlaila Daud, 2006, Merdeka 50 Edisi Cenderahati, Petaling Jaya: Minister Of Culture, Arts,
and Heritage Malaysia.

Panduan dan Rujukan untuk peperiksaan Am Kerajaan, 2005, Malaysia Kita, International Law
Book Services.

Ramlah Adam, 2004, Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Ramlah Adam, 1994, Kemelut Politik Semenanjug Tanah Melayu, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Ruslan Zainuddin, 2003, Sejarah Malaysia, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Zainal Abidin Abdul Wahid, 1996, Malaysia Warisan dan Perkembangan, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

Zainal Abidin Abdul Wahid, 1990, Malaysia Warisan dan Perkembangan (Edisi Kedua), Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Zulhilmi Paidi & Rohani Ab. Ghani, 2003, Kenegaraan Malaysia, Isu-isu dalam Pembinaan Negara,
PTS Publication & Distribution Sdn.

15
16

You might also like