You are on page 1of 4

KESAN DARURAT

Selepas Perang Dunia ke-2 tamat, Parti Komunis Malaya (PKM) telah mengambil
kesempatan untuk menguasai politik Tanah Melayu melalui cara perlembagaan
tetapi telah gagal.

Lantaran itu PKM telah mengubah corak perjuangan mereka

secara militan. Pada tahun 1948, PKM mengambil keputusan untuk melancarkan
revolusi bersenjata untuk menggulingkan pemerintahan British dan menubuhkan
Republik Komunis Tanah Melayu.

Keganasan yang dilakukan oleh PKM telah

memaksa pihak British mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu pada 15


Julai 1948 yang bertujuan menghapuskan pemberontakan komunis di Tanah
Melayu. Zaman darurat ini telah meninggalkan pelbagai kesan kepada seluruh
penduduk Tanah Melayu dari aspek politik, ekonomi dan sosial.
Kesan darurat dari aspek ekonomi ialah Kerajaan juga terpaksa
membelanjakan wang yang banyak untuk untuk membendung komunis. Kerajaan
membelanjakan sebanyak $250 000 hingga $300 000 setiap hari bagi tujuan
keselamatan untuk menghapuskan komunis. Sepanjang tempoh pengisytiharan
darurat kerajaan membelanjakan sebanyak $136.2 juta untuk pertahanan dan
sebanyak $721.9 juta untuk memperlengkapkan pasukan keselamatan. Jumlah ini
belum diambil kira peruntukkan kerajaan untuk membangunkan kampungkampung baru di bawah Rancangan Briggs. Perbelanjaan yang besar ini telah
menimbulkan beban kewangan kepada kerajaan iaitu sehingga tahun 1953,
Tanah Melayu mengalami defisit belanjawan sebanyak $1.46 juta. Kedudukan
kewangan yang terbatas ini telah menyukarkan kerajaan untuk membangunkan
semula ekonomi Tanah Melayu.
Pengganas komunis telah bertindak merosakkan landasan kereta api, jalan
raya, lombong bijih timah, menyerang kenderaan awam dan menetak beribu-ribu
batang pokok getah. Sabotaj yang dilakukan oleh komunis ini bertujuan untuk
melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu. Akibat tindakan komunis ini, kerajaan
telah mengisytiharkan darurat dengan mengadakan sekatan jalan raya dan
perintah berkurung yang sering kali menganggu kelicinan urusan perdagangan
Tanah Melayu. Keadaan politik Tanah Melayu yang bergolak ini menyebabkan
pelabur-pelabur tidak berani melabur modal di Tanah Melayu.
Usaha-usaha membanteras darurat yang dijalankan oleh kerajaan British telah
meninggalkan kesan yang teruk terhadap ekonomi Tanah Melayu. Rakyat hidup
tertekan kerana tidak dapat menjalankan kegiatan ekonomi yang disebabkan

undang-undang darurat. Rakyat menderita dan sengsara akibat keganasan


komunis sepanjang darurat. Ladang, lombong dan balai polis menjadi sasaran
serangan

komunis,

disamping

terdapatnya

serangan

ke

atas

pegawai

keselamatan dan orang awam. Kerajaan pula terpaksa menumpukan usaha


membanteras pengganas komunis, keadaan ini menyebabkan pengeluaran hasil
bumi dan eksport Tanah Melayu terjejas.
Di bawah Rancangan Briggs, kerajaan telah memindahkan pendudukpenduduk Cina yang tinggal di kawasan luar bandar dan pinggir hutan ke
kampung-kampung

baru.

Kampung

kemudahan, dipagari dan dikawal rapi.

baru

ini

dilengkapi

dengan

semua

Dianggarkan seramai satu hingga dua

juta orang dipindahkan di bawah Rancangan Briggs. Kerajaan juga telah


membelanjakan sebanyak $7 juta pada tahun 1950 dan meningkat kepada $155
juta pada tahun 1954. Peruntukan ini telah menjadi beban kepada kerajaan
kerana ekonomi Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua berada di dalam
keadaan muflis.
Kerajaan telah menubuhkan Rural Industri Development Authority (RIDA) pada
tahun 1950 yang bertujuan memajukan ekonomi dan pendidikan masyarakat luar
bandar khususnya orang Melayu dan sebagai memenuhi tuntutan mengimbangi
penubuhan kampung baru untuk orang Cina.
Kesan dari aspek sosial, Kempen memerangi komunis dijalankan selama 12
tahun (1948-1960) yang menyaksikan rakyat hidup menderita keganasan
komunis. Pelaksanaan undang-undang darurat seperti perintah berkurung amat
menyusahkan hidup rakyat kerana tidak dapat menjalankan pekerjaan dan
aktiviti harian mereka. Bekalan beras berkurangan kerana semakin banyak sawah
ditinggalkan oleh petani tanpa diusahakan. Begitu juga dengan padi huma dan
kerja-kerja ladang yang lain seperti jagung, ubi dan pisang turut tidak dikerjakan
bagi menambah bahan makanan. Kekurangan makanan ini telah menyebabkan
kerajaan bertindak mencatukan

makanan dan catuan yang dikenakan ini

menyebabkan rakyat terpaksa bergantung kepada ubi kayu dan keledek sama
seperti dialami semasa zaman Jepun. Walaupun catuan makanan ini berjaya
menyekat bekalan makanan daripada sampai kepada komunis, namum rakyat
hidup menderita akibat kekurangan makanan.
Melalui undang-undang darurat, kerajaan boleh menahan sesiapa sahaja yang
dianggap mengancam keselamatan negara atau disyaki bersubahat dengan

komunis tanpa perlu dibicara di mahkamah. Orang ramai tidak dibenarkan


berkumpul melebihi 5 orang di tempat terbuka tanpa mendapat kebenaran polis.
Sesiapa yang membawa atau menyimpan senjata api tanpa permit boleh
dihukum

bunuh.

Ramai

penduduk

terutama

orang

Cina

ditangkap

dan

dipenjarakan, sebahagian daripada mereka dihantar pulang ke negara China.


Masalah perkauman antara orang Melayu dan orang Cina menjadi semakin
serius. Orang Melayu menganggap semua orang Cina adalah komunis dan orang
Melayu telah menyertai pasukan keselamatan untuk membanteras komunis. Oleh
itu, tindakan memerangi komunis semasa darurat seolah-olah dilihat sebagai
peperangan antara orang Melayu dengan orang Cina. Masalah perkauman yang
tercetus ini telah memberi kesan penting ke atas kedudukan sosiopolitik di Tanah
Melayu.
Ketegangan hubungan antara kaum Melayu dan Cina telah mendorong
pemimpin-pemimpin seperti Dato Onn Jaafar, Dato E.E.C. Thuraisingham dan
Datuk Tan Cheng Lock berusaha untuk meredakan ketegangan kaum dengan
menubuhkan Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum (JPAK) pada tahun 1949.
Jawatankuasa ini diketuai oleh Dato E.E.C. Thuraisingham yang bertujuan untuk
menjalin hubungan yang lebih baik antara penduduk yang berbilang kaum di
Tanah Melayu.
Untuk mendapatkan sokongan orang bukan Melayu terutamanya orang Cina
bagi membanteras komunis, kerajaan telah melancarkan kempen Memenangi
Hati dan Fikiran Rakyat dan melonggarkan syarat-syarat untuk mendapat
kerakyatan Tanah Melayu pada tahun 1952. MCA dijadikan juru bicara kaum Cina
dengan kerajaan. Langkah ini membolehkan seramai 1.2 juta orang Cina dan 180
000 orang India menjadi warganegara Tanah Melayu sehingga tahun 1957.
Mereka juga diberi hak untuk memiliki tanah dan menikmati kemudahan
pelajaran dan kesihatan di kawasan kampong-kampung baru. Dengan cara ini,
kerajaan dapat memenangi hati dan fikiran orang Cina agar menyokong kerajaan.
Dasar Pelajaran Kebangsaan Tanah Melayu digubal untuk mewujudkan
perpaduan dan persefahaman antara kaum Melayu, Cina dan India. Dasar
Pelajaran Kebangsaan yang digubal berasaskan Penyata Pelajaran Razak 1956,
menetapkan kandungan sukatan pelajaran semua jenis sekolah mestilah
berteraskan

hal

ehwal

Tanah

Melayu,

Bahasa

Melayu

dijadikan

bahasa

penghantar utama di semua sekolah untuk mewujudkan persefahaman dan

perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di Tanah Melayu. Kerajaan


merasakan

perlunya

kanak-kanak

di

Tanah

Melayu

dididik

dengan

ilmu

pengetahuan yang boleh memupuk semangat cinta dan taat setia kepada tanah
air.
Penubuhan

Rancangan

Briggs

menyebabkan

wujudnya

ketidakseimbangan

kependudukan kaum iaitu 86% penduduknya terdiri daripada orang Cina, 9%


orang Melayu dan 4% orang India. Perubahan ini telah menyebabkan orang Cina
tertumpu di kawasan bandar manakala orang Melayu kekal di kampung tanpa
kemudahan moden seperti di kampung baru.
Darurat telah menimbulkan pelbagai kesan dan masalah kepada rakyat di
Tanah Melayu. Namum usaha berterusan yang dilakukan oleh kerajaan dan usaha
Tunku Abd. Rahman menuntut kemerdekaan telah menyebabkan komunis
terpaksa mengaku kalah. 2.

Setelah darurat tamat pada tahun 1960, kerajaan

telah menumpukan usaha untuk memajukan Tanah Melayu khususnya ekonomi


dan sosial.

You might also like