You are on page 1of 33

PENDAHULUAN

Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun
biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di
korporat, akademik, agama dan institusi lain. Politik telah wujud sebelum wujudnya
ketamadunan manusia lagi. Kebanyakan primat hidup berkumpulan dan membentuk hierarki
dominans. Individu dengan status hierarki tinggi cenderung untuk merampas kawasan, makanan
dan peluang mengawan daripada individu yang mempunyai hierarki yang lebih rendah.
Politik di Malaysia juga telah wujud sebelum tanah melayu mencapai kemerdekaan.
Matlamat utama pembangunan politik ialah sebagai pembinaan Negara bangsa dan sebagai
perubahan struktur dan budaya politik. Terdapat pelbagai parti-parti politik yang telah wujud di
Negara kita sejak sebelum merdeka lagi. Antara parti-parti politik yang telah wujud sebelum
Negara mencapai kemerdekaan ialah:

Parti komunis Malaya


Parti kebangsaan melayu Malaya
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
Malayan Indian Congress
All Malayan Council of Joint Action
Hizbul muslimin
Malayan Chinese Association
Parti Kemerdekaan Tanah Melayu
Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)
Parti Buruh Se-Tanah Melayu
Parti Negara
Parti kebangsaan Melayu Sarawak
Selepas negara Malaysia telah mencapai kemerdekaan, pelbagai parti politik telah

ditubuhkan bagi melancarkan proses pentadbiran. Antara parti-parti politik di Malaysia setelah
Malaysia mencapai kemerdekaan ialah :

Parti Tindakan Demokratik (DAP)


Parti keADILan Nasional
Parti Bersatu Rakyat Sarawak
Parti Kebangsaan Sarawak
Barisan Rakyat Jati Sarawak
1

Parti Pesaka Anak Sarawak


Parti Cina Sarawak
Parti Negara Sarawak
Parti Pusaka Bumiputra Bersatu
Parti Kebangsaan Kadazan Bersatu
Parti Kebangsaan Sabah Bersatu
Parti Pasok Momugun
Parti Cina Sabah (SCA)

PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA


Pembangunan Politik dan Pembinaan Negara Bangsa
Perkataan politik berasal daripada bahasa latin politicus dan bahasa yunani politicos
yang bermaksud sesuatu yang berhubungan dengan warganegara atau warga kota. Kedua dua
perkataan itu berasal daripada kata polis yang bermaksud kota. Pembangunan politik merupakan

suatu proses perubahan atau transformasi secara berencana yang melibatkan perubahan dalam
tadbir urus negara daripada cara lama kepada cara baru dan terkini.
Matlamat utama pembangunan politik adalah sebagai pembinaan negara bangsa iaitu
suatu wilayah yang mempunyai sempadan, pemeritahan atau kerajaan dan warganegara atau
bangsa. Selain itu, pembangunan politik bertindak sebagai salah satu perubahan struktur dan
budaya politik iaitu perubahan dari cara tradisional kepada cara terkini atau moden. Proses
pembangunan politik di Malaysia melibatkan empat komponen utama iaitu:

Parti-parti politik
Majlis Perwakilan rakyat atau parlimen
Perlembagaan negara
Pilihan raya
Pencapaian pembangunan politik boleh di ukur secara kualitatif dan kuantitatif. Kejayaan

dasar dasar nasional, kekerapan konflik, kekerapan pilihanraya, ukuran perbandingan dengan
negra lain serta kebebasan bersuara. Selain itu, pembangunan politik biasanya di ukur
berdasarkan kerjasama pelbagai etnik mewujudkan perpaduan, keharmonian, pembangunan dan
kemakmuran negara.
Politik di Malaysia sebelum merdeka
Kesedaran rakyat tempatan ke dalam arus politik negra bermula pada zaman berakhirnya
penjajahan jepun. Politik kepartian di Malaysia mempunyai asal usul dan sejarah bertitik tolak
daripada konflik perkauman. Orang-orang melayu bersatu membentuk UMNO sebagai benteng
pertahanan terhadap ancaman hak-hak orang melayu oleh Malayan union pada tahun 1946. Di
pihak lain orang melayu membentuk PAS pada tahun 1951 bagi memperjuangkan penubuhan
negara islam. Orang-orang india pula mula menubuhkan MIC pada Ogos tahun 1946 bagi
menjaga kepentingan etnik India. Orang-orang cina pula menubuhkan MCA pada Februari 1949
untuk menjaga kepentingan etnik Cina.
A. Parti komunis malaya
Parti Komunis Malaya atau singkatannya PKM ialah sebuah pertubuhan yang diasaskan di Tanah
Melayu (sekarang Malaysia) pada tahun 1930. Pertubuhan ini menentang penjajahan British
3

yang ketika itu itu sedang memerintah Tanah Melayu. Ketika kedatangan Jepun, PKM
membentuk Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) untuk berperang dengan mereka.
B. Parti Kebangsaan Melayu Malaya
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), juga dikenali Parti Nasionalis Melayu (PNM)
(bahasa Inggeris: Malay Nationalist Party) telah ditubuhkan pada 17 Oktober 1945[1] di Ipoh,
Negeri Perak. Parti ini merupakan parti politik Melayu yang pertama ditubuhkan selepas
pendudukan Jepun di Tanah Melayu.Matlamat utama penubuhan PKMM ialah untuk menuntut
kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris.
PKMM juga berusaha mengatasi masalah orang Melayu di segi pelajaran, sosial dan ekonomi
serta kebebasan mencetak dan bersuara.
Pada 30 November 1945, PKMM telah mengeluarkan lapan resolusi yang dianggap oleh
pihak kerajaan British sebagai diinspirasikan oleh rancangan 'Sembilan Perkara' Parti Komunis
Malaya.PKMM pada mulanya tidak condong kepada komunisme. Tetapi apabila Mokhtaruddin
Lasso dilantik sebagai presidennya yang pertama pada bulan Oktober 1946, parti ini dipengaruhi
oleh komunis.
C. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
Malayan Union ditentang hebat orang Melayu di bawah pimpinan Dato Onn Jaafar.
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO) telah ditubuhkan pada 11 Mei 1946 akibat
penentangan terhadap pelaksanaan Malayan Union. UMNO adalah gabungan pelbagai persatuan
dan pertubuhan Melayu. Tujuannya bagi memelihara kepentingan dan memperkukuhkan kuasa
politik orang Melayu.

D. Malayan Indian Congress


John Thivy adalah presiden pertama bagi parti ini. MIC ditubuhkan bagi menjaga
kepentingan dan kebajikan masyarakat India di Tanah Melayu. Ditubuhkan pada Ogos 1946.
E. Malayan Chinese Association

Tan Cheng Lok adalah presiden pertama parti politik ini. Ia ditubuhkan pada tahun 1949. Tujuan
penubuhan parti ini adalah:

menjalin dan memelihara kebajikan dan keharmonian etnik

menjaga kepentingan dan kebajikan orang Cina

memajukan dan membantu mengekalkan suasana aman damai

F. Parti islam Se-Tanah Melayu

Ditubuhkan pada 1951. Diasaskan oleh Haji Ahmad Fuad Bin Hassan. Tujuan
penubuhannya untuk menubuhkan sebuah negara Islam di Tanah Melayu. Hasrat Dr
Burhanuddin al-Helmy sewaktu dilantik memimpin PAS pada akhir 1956:

Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terusmenerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah
Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci.

Parti Politik di Malaysia selepas Merdeka


A. Perikatan

UMNO-MCA-MIC bergabung membentuk Parti Perikatan. Pada pilihan raya


Persekutuan 1955, Perikatan menang 51 daripada 52 buah kerusi. Ini merupakan petanda
Tanah Melayu bersedia memperoleh kemerdekaan.

Pada 1974, Perikatan ditukar kepada Barisan Nasional bagi meperkukuhkan kerjasama
antara etnik melalui politik supaya setiap kumpulan etnik dapat pertimbangan sewajarnya
dalam politik Malaysia

B. IMP

Onn Jaafar setelah ahli-ahli UMNO menolak cadangannya membuka keahlian UMNO
kepada semua rakyat Tanah Melayu

Ia adalah sebuah parti multi-etnik

Mengamalkan dasar bekerjasama dan penyatuan etnik melalui politik

Menemui kegagalan dan diteruskan melalui penubuhan Parti Negara

C. Semangat 46

Merupakan parti serpihan UMNO yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah

Tujuan penubuhannya untuk mengembalikan semangat Melayu tahun 1946 yang didakwa
telah hilang daripada UMNO di bawah kepimpinan Dr Mahathir Mohamad

Bagaimanapun, parti ini dibubarkan setelah gagal dalam pilihan raya Parlimen 1994

E. DAP

Parti Tindakan Demokratik (DAP)

Berfungsi sebagai sebuah parti demokratik sosial yang :

berpegang kuat kepada ideologi negara Malaysia yang bebas

demokratik & sosialis

Berpaksi keadilan kaum dan kesaksamaan sosial dan ekonomi yang berasaskan
institusi demokrasi berparlimen.

F. Parti Kebangsaan Sarawak

Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)

Ditubuhkan di kalangan etnik Dayak, dari kawasan Skrang- Saribas

Dipimpin oleh Stephen Kalong Ningkan.

G. Parti bangsa dayak Sarawak

Parti Bangsa Dayak Sarawak

Ditubuhkan oleh Leo Moggie pada 1983.


6

Bertekadkad menubuhkan parti politik yang diketuai oleh orang Iban dan memulihkan
penguasaan orang Iban dalam politik dan kerajaan Sarawak serta pengembalian jawatan
Ketua Menteri Sarawak kepada orang Iban

H. Parti Negara Sarawak

Parti Negara Sarawak

Pimpinan Abang Haji Mustapha

Mewakili etnik Melayu dan Melanau

I. BERJASA

Parti Rakyat Jati Sarawak

Mewakili Melayu dan Melanau dari Lembah Rejang

Beranggapan PANAS tidak mewakili mereka

Dipimpin oleh Tuanku Haji Bujang

Bergabung dengan PANAS membentuk Parti Bumiputera

J. PESAKA

Parti Pesaka Anak Sarawak

Ditubuhkan oleh Temenggung Jugah

Mewakili etnik Dayak dari Rejang

K. Parti pesaka bumiputra bersatu

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu

Hasil dari gabungan Parti Bumiputera dan PESAKA yang membentuk PBB pada 1973

Mendapat sokongan kaum Bumiputera terutama golongan Melayu-Melanau, Iban,


Bidayuh dan Orang Ulu

Merupakan parti komponen Barisan Nasional

L. Sarawak Chinese Association (SCA)

Sarawak Chinese Association (SCA)

Sebuah parti politik yang berpandangan sederhana

Ditubuhkan oleh sekumupulan ahli perniagaan Cina yang kaya.

M. Sarawak United Peoples Party (SUPP)

Sarawak United Peoples Party(SUPP)

Merupakan sebuah parti multi-etnik dan yang terawal di Sarawak

Bagaimanapun, ia jelas dimonopoli oleh orang Cina

Parti ini mendapat galakan daripada pentadbiran kolonial sebagai langkah awal untuk
pemerintahan sendiri

A.

Penubuhan Parti Politik berasaskan Kaum


Pergerakan setiap parti politik adalah untuk menjaga kepentingan kaum masing-masing.

Perkembangan ini memperlihatkan corak masyarakat majmuk yang amat disukai oleh pihak
British yang mendukung tujuan mengekalkan status-quo mereka di Tanah Melayu. Kaum
Melayu pula dilihat sebagai kaum yang disamakan hak dan taraf mereka dengan kaum
pendatang. Namun, keadaan selepas perang telah memperlihatkan perubahan mengenai sikap
berpolitik antara kaum lebih ketara. Orang Melayu mula bergerak dalam kelompok politik yang
lebih tersusun. Manakala orang bukan Melayu pula mula menuntut hak yang sama rata seperti
orang Melayu.
8

i.

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)


Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) merupakan parti terawal ditubuhkan oleh

orang Melayu selepas Perang Dunia Kedua. PKMM ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di
Ipoh, Perak selepas diadakan perundingan dan persetujuan beberapa kumpulan pemuda iaitu
golongan Ahmad Boestamam dan golongan Mokhtaruddin Lasso. Golongan Ahmad
Boestamam berfahaman sosialis, manakala golongan Mokhtaruddin Lasso berfahaman
komunis. Terdapat juga kumpulan nasionalis yang diwakili oleh Ishak Haji Muhammad dan
kumpulan Melayu-Islam yang diterajui oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmy. Namun kepimpinan
PKMM adalah di tangan Mokhtaruddin Lasso. PKMM ini telah dipengaruhi oleh PKM iaitu
ramai di kalangan barisan kepimpinannya merupakan ahli komunis. Matlamat parti ini ialah
menentang penjajahan dan penindasan politik. Mereka menerbitkan akhbar Suara Rakyat
untuk menyalurkan idea perjuangan mereka. Perjuangan PKMM ialah untuk menyatukan
bangsa Melayu di Tanah Melayu dan Indonesia serta memajukan ekonomi, kebajikan,
pendidikan, kebebasan bersuara serta pertanian orang Melayu.
ii.

Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS)


Untuk menggerakkan perjuangan PKMM secara strategik dan berkesan, struktur parti

telah diubah dengan penubuhan sayap parti. Sayap pemuda PKMM dinamakan Angkatan
Pemuda Insaf (API) telah ditubuhkan pada tahun 1946 yang membawa matlamat Merdeka
dengan Darah yang membawa haluan sosialis Melayu. Pemimpin API yang paling aktif
ialah Ahmad Boestamam. Dengan semangat perjuangan yang kental dan tinggi, beliau telah
menerbitkan Testament Politik API, yang akhirnya beliau dipenjarakan oleh kerajaan British
selama tujuh tahun. Gerakan kumpulan wanita dipelopori oleh sayap parti yang dinamakan
Angkatan Wanita Sedar (AWAS). Sayap parti ini ditubuhkan di Perak pada tahun 1946 yang
membawa fahaman sosialis wanita Melayu dan hanya bertahan sehingga tahun 1948 sahaja.
Ketua yang pertama ialah Aishah Ghani, dan kemudiannya digantikan oleh Shamsiah Fakeh.
Hal ini menunjukkan golongan wanita juga memberi komitmen yang tinggi dalam
perjuangan politik tanah air.
iii.

United Malays National Organization (UMNO)

Akibat penentangan orang Melayu secara menyeluruh, persatuanpersatuan Melayu telah


mengadakan kongres ketiga di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Ia
adalah hasil inisiatif yang digerakkan oleh Pergerakan Melayu Semenanjung Johor pimpinan
Dato Onn Jaafar. Akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan Melayu, Warta Malaya dan Majlis
juga menyokong penuh kongres tersebut. Antara resolusi kongres ialah menghapuskan
Malayan Union dan menyatukan persatuan Melayu yang dinamakan Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Berikutan daripada kongres tersebut, suatu
perhimpunan diadakan di Istana Besar Johor Bahru pada 11 dan 12 Mei 1946, dan mengorak
langkah kepada penubuhan rasmi UMNO. Kongres ini dihadiri oleh 29 buah pertubuhan
Melayu yang bertindak membentuk perlembagaan dan sebuah jawatankuasa. Pada 11 Mei
1946, dengan secara rasminya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (United Malays
National Organization) ditubuhkan. Pada 12 Mei 1946, mesyuarat agung pertama telah
diadakan dengan melantik Dato Onn bin Jaafar sebagai Yang Di-Pertuan UMNO yang
pertama. Justeru itu, Kongres Melayu Se-Malaya telah dibubarkan dan UMNO mengambil
alih peranan bagi menentang Malayan Union.
Kongres Kebangsaan Melayu telah menghasilkan resolusi menolak kertas putih
perlembagaan Malayan Union. Resolusi tersebut telah dihantar kepada Perdana Menteri
Britain, Clement Attlee. Akhbar Warta Negara menyiarkan sepenuhnya resolusi tersebut
iaitu:
1. Perjanjian yang telah ditandatangani oleh Sultan-sultan kerana telah menyerahkan
segala kuasa pemerintahan atas Tanah Melayu ke dalam tangan Yang Maha Mulia
Baginda

King,

telah

dijalankan

tidak

menurut

kehendak

undangundang

perlembagaan, adat resam dan lazim digunakan dalam negeri-negeri Melayu. Oleh itu
tak sah dan batal.
2. Oleh kerana perjanjian-perjanjian tersebut telah dijalankan dengan tidak setahu dan
bersalahan dengan kehendak rakyat Melayu, maka ianya tidak diterima oleh rakyat
jelata Melayu. Dengan itu kongres isytiharkan bahawa perbuatan itu bersalahan
dengan rukun-rukun demokrasi.
3. Cadangan Kerajaan Baginda King hendak berkuasa penuh dan menafikan kuasa Rajaraja Melayu samalah ertinya dengan memiliki terus negara ini. Ini berlawanan dengan
semangat Ikrar Atlantik.
10

4. Malayan Union akan menghancurkan struktur negeri-negeri Melayu dan memberi


taraf kerakyatan yang sama kepada semua kaum.
5. Minta Kerajaan Baginda King menyiasat keadaan yang sebenar di Tanah Melayu
pada masa itu.
6. Meminta Kerajaan Baginda King menarik balik cadangan Malayan Union dan
kembalikan taraf negeri-negeri Melayu ini seperti sediakala dengan tiada apa-apa
perubahan buat sementara.
Tujuan penubuhan UMNO ialah untuk memelihara kepentingan, memaju dan
memperbaiki keadaan orang Melayu. UMNO yang merupakan pertubuhan politik lantang
menyuarakan penentangan terhadap Malayan Union dengan mengadakan rapat umum di
seluruh negara bagi menentang rancangan kerajaan British itu. Orang Melayu terus
memberi sokongan kepada UMNO sehingga Parlimen British menyedarinya. UMNO
telah mendapat sambutan padu daripada semua negeri dan mempunyai 39 bahagian
menjelang tahun 1951. Dalam masa yang singkat, UMNO telah menjadi parti politik
berhaluan kanan terbesar dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.
B.

Kerjasama Politik dan Hubungan Etnik


Pada pilihan raya Majlis Bandaraya Kuala Lumpur pada tahun 1952, Pengerusi Parti MCA

Selangor H.S. Lee dan Ketua Jawatankuasa Kecil Pilihan raya UMNO Kuala Lumpur telah
bersepakat untuk bekerjasama secara sementara dalam pilihan raya tersebut. Berdasarkan
persetujuan yang telah dicapai, UMNO tidak akan bertanding di kawasan MCA dan begitu juga
sebaliknya. Malah, kedua-dua pihak akan saling bantu membantu iaitu penyokong UMNO dan
MCA akan mengundi kedua-dua parti. Strategi ini telah membuahkan kejayaan yang cemerlang
iaitu memenangi sembilan daripada 12 kerusi yang dipertandingkan dengan mendapat undi yang
besar. Seterusnya, pakatan UMNO dan MCA ini telah diamalkan di tempat-tempat lain bagi
pilihan raya tempatan seperti di Johor, Melaka dan terbukti kemenangan berada di pihak mereka.
Kejayaan demi kejayaan yang diraih membuatkan keduadua pemimpin parti ini telah
mempertimbangkan kesan baik dan buruk jika kerjasama ini dipanjangkan di peringkat
kebangsaan. Pada tahun 1953, pemimpin UMNO dan MCA telah berunding dan akhirnya
keputusan telah dicapai untuk menubuhkan Parti Perikatan UMNO-MCA untuk menghadapi
pilihan raya umum pertama bagi Tanah Melayu, dengan tujuan untuk menduduki Majlis
11

Undangan Persekutuan. Pada pilihan raya pertama bagi Tanah Melayu ini, tiga parti terbesar
yang mewakili tiga kaum Melayu, Cina dan India iaitu UMNO, MCA dan MIC telah bersepakat
untuk bergabung.
Parti Perikatan telah meletakkan calon-calon bagi kesemua 52 kerusi yang dipertandingkan.
Pada pilihan raya ini jumlah kerusi dan pembahagian kerusi menunjukkan pengundi Melayu
berjumlah 84.2 peratus, pengundi Cina 11.2 peratus dan pengundi India 3.9 peratus. Peratusan ini
menunjukkan kelebihan yang sangat besar kepada UMNO. Namun, UMNO telah bertolerasi
dengan pihak MCA dan MIC dengan membahagikan 35 kerusi (69 peratus), MCA mendapat 15
kerusi (28 peratus) dan MIC 2 kerusi (3 peratus). Usaha ini jelas menunjukkan tolak ansur
bangsa Melayu yang diwakili oleh UMNO walaupun bilangan kerusi ini tidak memadai dengan
jumlah pengundi bangsa Melayu pada ketika itu, iaitu 50 daripada 52 kerusi kawasan yang
dipertandingkan dikuasai oleh para pengundi Melayu. Hakikatnya, orang Melayu telah membuat
pengorbanan besar demi perpaduan dan masa depan negara.
Hakikatnya, keputusan pilihan raya telah memihak kepada Parti Perikatan yang berjaya
memperolehi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Dari sudut hubungan etnik,
kemenangan ini memperlihatkan keistimewaan kerjasama antara kaum dan manifesto Parti
Perikatan yang berjaya memikat hati penduduk Tanah Melayu. Manifesto Parti Perikatan ialah
hasil tolak ansur dan kerjasama yang padu antara kaum di Tanah Melayu dalam usaha
mempercepatkan kemerdekaan daripada pihak penjajah British.
i.

Penubuhan Barisan Nasional


Barisan Nasional merupakan parti komponen pelbagai kaum yang diwujudkan oleh

Kerajaan Perikatan yang memerintah serta memenangi pilihan raya umum Tanah Melayu
pada tahun 1955 malah telah memperolehi kuasa daripada kerajaan British berikutan
kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Pada awal penubuhannya iaitu
pada tahun 1974, Barisan Nasional terdiri daripada UMNO, MCA, MIC, PAS, Parti
Progresif Rakyat (PPP), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), Parti Rakyat Bersatu
Sarawak (SUPP), Parti Pesaka Bumiputra, dan United Sabah National Organisation
(USNO). Penubuhan Barisan Nasional merupakan buah fikiran Perdana Menteri Malaysia
yang kedua iaitu Tun Abdul Razak Hussein bagi mengurangkan permainan politik
12

(politicking) dan politik perkauman agar segala usaha dan tindakan ditumpukan untuk
menggembeling tenaga ke arah perpaduan dan pembangunan nasional.
Barisan Nasional merupakan parti yang mendapat mandat daripada rakyat di Malaysia
untuk menjalankan pemerintahan secara adil dan saksama bagi memenuhi tuntutan
kemajuan bagi setiap etnik di Malaysia. Kerjasama parti-parti komponen dalam Barisan
Nasional amat penting bagi memastikan kelancaran pentadbiran di Malaysia. Isu-isu yang
berkaitan dengan pembangunan negara lebih dititikberatkan oleh pemerintah dan rakyat,
berbanding isu-isu politik perkauman yang hanya membuang masa. Isu pengangguran
mahasiswa, kenaikan harga minyak, jenayah yang berleluasa, keruntuhan moral di kalangan
remaja, pembasmian kemiskinan, projek perumahan terbengkalai, penjagaan kualiti alam
sekitar serta isu-isu luar negara seperti hubungan Malaysia-Singapura yang lebih mendapat
perhatian rakyat dan pemerintah kerana Malaysia sekarang berusaha untuk menjadi negara
maju dengan acuan sendiri menjelang tahun 2020. Rakyat Malaysia yang bebas memilih
pemimpin akan memilih kerajaan yang dirasakan layak untuk menjaga keamanan, kestabilan
dan kemakmuran negara melalui pilihan raya setiap lima tahun.
Perkembangan politik Malaysia semakin berwarna-warni apabila kemasukan Singapura
dalam Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Tanggapan awal tentang bahaya
politik dengan kemasukan Singapura itu terserlah apabila secara tiba-tiba Lee Kuan Yew
membuat pengisytiharan untuk mengadakan pilihan raya mengejut. Isu perkauman telah
mula disebarkan. Kepimpinan Lee Kuan Yew menang besar dan mula menjuarai
kepentingan orang Cina di Singapura dan Semenanjung Malaysia. Mereka tidak mengiktiraf
MCA dan sebaliknya hanya mengadakan kerjasama dengan UMNO. Keadaan ini telah
meretakkan hubungan politik dalam parti Perikatan. Dalam pilihan raya Persekutuan 1964,
PAP turut mengambil bahagian dan menentang Perikatan. Pada masa yang sama, PAP mula
memainkan isu perkauman Malaysian-Malaysia dan tidak menghormati perlembagaan
negara yang sudah lama termaktub berkaitan dengan kedudukan hak orang Melayu, bahasa
Melayu, raja-raja Melayu dan agama Islam. Beberapa rusuhan kaum mula tercetus di
Singapura yang melibatkan orang Melayu dan Cina. Tiga wakil Kuala Lumpur telah dihantar
ke Singapura untuk meredakan ketegangan hubungan kaum iaitu Syed Jaafar Albar, Haji
Hassan Adli dan Ali Haji Ahmad.
13

Ali Haji Ahmad telah menyebut bahawa Singapura jangan jadi Israel di Asia Tenggara.
Akhirnya, kepimpinan Tunku Abdul Rahman telah mengambil keputusan yang drastik dan
menyedihkan, dengan mengisytiharkan Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia pada
tanggal 9 Ogos 1965. Walaupun terdapat pandangan yang berbeza mengenai keputusan
tersebut, Tunku merasakan itu adalah tindakan politik yang terbaik. Para pemimpin
Perikatan berpendapat bahawa sekiranya isu Singapura terus dibiarkan, ia menjadi api
dalam sekam dan duri dalam daging, lambat laun ia akan menjadi barah dalam politik
Malaysia dan mengundang bahaya politik yang lebih besar.
ii.

Pilihan Raya Persekutuan 1969


Peristiwa 13 Mei bermula dengan isu-isu perkauman yang dimainkan oleh parti-parti

politik dalam kempen-kempen pilihan raya yang berlangsung selama lima minggu. Pilihan
raya Persekutuan telah diadakan pada 10 Mei 1969. Parti-parti utama yang terlibat dalam
pilihan raya tersebut ialah Perikatan, Gerakan, DAP, PAS dan PPP. Antara isu tersebut ialah
tentang hak istimewa orang Melayu, kedudukan istimewa orang-orang Melayu yang
berhubung dengan pekerjaan, kuota 4:1 yang dinikmati oleh orang Melayu dalam perjawatan
perkhidmatan awam, dan usaha-usaha untuk menyeimbangkan kedudukan orang Melayu
dan Cina dalam lapangan perdagangan dan perusahaan. Parti Tindakan Demokratik (DAP)
yang terlibat dalam pilihan raya 1969 telah membawa manifesto Malaysian Malaysia. Isu
kaum juga dibangkitkan oleh Gerakan dan PPP. Secara keseluruhannya, pilihan raya 1969
menggambarkan secara jelas perjuangan parti untuk mengangkat kepentingan kaum masingmasing.
Dalam pilihan raya tersebut, Parti Perikatan berjaya mengekalkan kuasa pemerintahan
dengan memenangi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dengan majoriti kecil.
Banyak kawasan jatuh ke tangan parti pembangkang. Parti Perikatan hanya memenangi 162
buah kerusi dari 282 kerusi yang dipertandingkan bagi Dewan Undangan Negeri. Manakala
bagi Dewan Rakyat, Perikatan hanya memenangi 66 buah kerusi dari sejumlah 104 buah
kerusi yang dipertandingkan. Ia memperoleh 48.41 peratus dari jumlah keseluruhan undi.
Ramai pemimpin Perikatan yang tewas termasuklah Senu Abdul Rahman (Menteri
Penerangan), Dr. Lim Swee Aun (Menteri Perdagangan), Ng Kam Poh (Menteri Kebajikan)
dan Dr. Mahathir Mohamad. Kemerosotan undi yang diperolehi Perikatan, khususnya MCA
14

menggambarkan ketidakpuasan hati rakyat (masyarakat Cina) terhadap kerajaan Perikatan.


Beberapa pemimpin Perikatan telah mengkritik MCA yang menyebabkan parti itu menarik
diri dari gabungan Perikatan. Api perkauman masih terus bertiup selepas pilihan raya
tersebut yang menyebabkan berlakunya tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969.
Pendekatan islam dalam pembangunan politik
Dalam bahasa Arab politik menggunakan istilah siasah. Menurut Kamus Dewan, politik
bermaksud ilmu pengetahuan berkenaan dengan cara pemerintahan, ilmu siasah, ilmu
kenegaraan. Secara umumnya maksud Politik Islam adalah pengurusan atas segala urusan
seluruh umat Islam. Sistem politik islam atau pemerintahan islam adalah kesinambungan
daripada tugas Rasulullah SAW yang kedua iaitu sebagai ketua negara islam.
Politik atau siyasah itu bermakna adalah mengurus urusan masyarakat berdasarkan sabda
Rasulullah SAW. bersabda :
"Siapa saja yang bangun di pagi hari dan dia hanya memperhatikan urusan dunianya, maka orang
tersebut tidak berguna apa-apa di sisi Allah; dan barang siapa yang tidak memperhatikan urusan
kaum Muslimin, maka dia tidak termasuk golongan mereka (iaitu kaum Muslim). (Hadis
Riwayat Thabrani)
Terdapat beberapa gelaran yang di pakai untuk pemimpin atau pemerintah islam pada
zaman awal antaranya ialah al-Imam, al-khalifah dan Amir al-mukminin. Pendapat daripada
beberapa orang tokoh mengenai politik islam antaranya ialah:

Imam Hasan al-Banna


Beliau berpendapat bahawa politik bukanlah sekadar sebuah parti politik, tetapi
keseluruhan aktiviti dakwah yang di lakukan untuk mengurus nasib umat sehingga
mengangkat mereka ke kedudukan sebagaimana yang diperintahkan al-Quran di tengahtengah manusia. Politik sepatutnya bukanlah sekadar untuk meraih kekuasaan dan
mencapai kedudukan tinggi dalam pemerintahan tetapi semata mata ditujukan bagi
menegakkan hukum hukum Allah s.w.t di dalam masyarakat berdasarkan prinsip prinsip
keadilan yang telah di gariskan-Nya. Islam melihat usaha ini dapat dicapai jika seluruh
umat memberikan komitmen dan mengikut model kepimpinan Rasulullah SAW.

15

Dr. V. Fitzgerald
Beliau berpendapat bahawa islam bukanlah semata-mata agama, namun ia juga
merupakan sebuah sistem politik. Meskipun pada dekad-dekad terakhir ada beberapa
kalangan daripada umat islam mendakwa diri mereka di kalngan modernis, yang
berusaha memisahkan kedua sisi itu, namus keseluruhan gagasan pemikiran islam di
bangun atas fundamental bahawa kedua sisi itu saling bergandingan dengan waras, yang
tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain.

Dr. Schacht
Islam lebih daripada sekadar agama, ia juga mencerminkan teori-teori perundangan dan
politik. Dalam ungkapan yang lebih sederhana, ia merupakan sistem peradaban yang
lengkap, yang mencangkupi agama dan negara secara bersamaan.

Asas serta sumber politik islam


Asas asas politik islam isah Akidah syariah dan akhlak. Sejauh mana kekuatan dan
keutuhan sesebuah pemerintahan islam dapat dilihat kepada sejauh ana ia memperkuatkan dan
mengukuhkan akidah, syariah dan akhlak. Unsur utama dalam politik islam ialah niat, tadarruj
dan uruf. Dalm berpolitik niat seharusnya menjadi asa utama dalam melalksanakan sebarang
dasar atau tindakan yang berkaitan dengan politik agar sentiasa selari dengan tuntutan islam.
Selain itu,tadarruj ataupun beransur-ansur dalam melakukan atau melaksanakan dasar dan
tindakan politik, seharusnya ia di buat secara beransur-ansur agar objektif menegakkan islam
melalui politik itu dapat di penuhi. Uruf; pembangunan politik dalam islam mestilah
dilaksanakan dengan mengambil kira kesesuaian dan amalam berpolitik masyarakat setempat
tanpa membelakangkan apa yang di anjurkan dalam islam.
Sumber-sumber politik islam ialah al-Quran, al-Sunnah, ijma dan Qias. Al-Quran telah
menggariskan segalaprinsip, asas dan dasar-dasar pemerintahan, al-sunnah pula ialah segala apa
yang datang daripada Rasulullah baik perkataan, perbuatan dan pengauan yang wajib dipatuhi.
Ijma adalah kesepakatan para mujtahid dari kalangan umat islam tentang hukum syarak pada
suatu masa setelah kewafatan Rasulullah. Qias pula menerangkan sesuatu yang tiada di dalam alQuran dengan membandingkan dengan sesuatu yang di tetapkan hukumnya berdasarkan nas.

16

C.

Cabaran dalam Membentuk Integrasi -Maklumat diperoleh dari Malaysia Kita (Cetakan
Kelima: 1999) m/s 260 Konsep Perpaduan
i.
Sistem pendidikan yang berbeza
Sistem pendidikan bermula sejak zaman pemerintahan British lagi pada abad ke 19.
British telah mengutamaakan pelajaran bagi Melayu dan Inggeris. Manakala bagi orang Cina
dan Tamil, pendidikan berkembang tanpa disokong oleh pihak British. Pendidikan Cina
menggunakan bahasa pengantara cina, guru yang datang dan buku teks datang dari negara
China. Bagi orang India pula bahasa pengantar yang digunakan adalah bahasa Tamil. Pada
zaman pemerintahan Inggeris sukatan yang dianggap terbaik adalah sekolah Inggeris.
Sekolah ini banyak memberi kesan kepada perpaduan rakyat pada masa itu kerana tidak
semua yang boleh mendapat pendidikan Inggeris. Dasar pendidikan yang dibawa oleh British
seperti Sekolah Melayu, Sekolah Cina, Sekolah Tamil, dan Sekolah Inggeris ini memberi
kesan kepada menghadkan pendidikan antara kaum, pendidkan berdasarkankan tempat
tinggal, pendidikan berdasarkan pekerjaan, dan menimbulkan masalah bahasa di kalangan
rakyat. Sebenarnya, tujuan Britihs adalah untuk mengekalkan Pecah dan Perintah yang
diamalkan agar setiap golongan memberi kepentingan pendidikan kepada mereka. Pemisahan
golongan berpelajaran Inggeris dan vernacular hanya untuk menjaga kepentingan ekonomi
sahaja pada masa itu bukan bertujuan menyatupadukan rakyat. Kesan daripada ini, ramai
orang melayu bekerja untuk sara diri, orang cina bekerja di lombong dan orang India bekerja
di ladang estet.
Perubahan sistem pendidikan akan membawa integrasi nasional kepada rakyat walaupun
memakan masa yang lama. Laporan Razak yang dibawa oleh Dato Abdul Razak bin Hussein
yang berusaha agar sukatan pelajar sekolah adalah sama. Ini bertujuan mengwujudkan nilainilai intergrasi dikalangan kanak-kanak. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara
disamping menjaga kebudayaan kaum lain. Idea ini mendapat tentangan orang melayu dan
orang bukan melayu. Laporan Rahman Talib 1960 dibentuk bagi menyempurnakan lagi
Laporan tersebut dan menghasilkan Akta Pelajaran 1961.

ii.

Penumpuan terhadap sektor ekonomi yang berbeza

17

Masalah perpaduan yang dihadapi adalah berpunca daripada dasar-dasar Inggeris yang
telah menjajah negara ini. Ketiga-tiga golongan penduduk yang terbesar ini tinggal
berasingan dan menjalankan pekerjaan yang berlainan. Dasar Pecah dan Perintah ini
dilakukan oleh Inggeris untuk mengelakkan perpaduan antara pelbagai kaum yang dikhuatiri
akan mengancam kedudukan mereka. Masyarakat Melayu bekerja sebagai petani dan nelayan
di kampung, masyarakat Cina pula mewarisi perniagaan secara turun-temurun dan tinggal di
bandar manakala masyarakat India bekerja sebagai penoreh getah dan tinggal di estet. Dasar
ini telah berjaya direalisasikan bagi mewujudkan kelompok-kelompok etnik yang
berdasarkan kegiatan ekonomi yang tinggal dalam kelompok masing-masing. Tidak terdapat
satu dasar yang tegas ketika itu untuk menyatupadukan ketiga-tiga golongan rakyat ini. Oleh
kerana wujudnya perbezaan di antara ketiga-tiga golongan masyarakat ini dan tiada polisi
pihak penjajah untuk menyatupadukan mereka, maka wujudlah syak wasangka dan sikap
curiga di kalangan mereka. Selepas merdeka, didapati orang-orang Melayu berada di dalam
kemiskinan manakala masyarakat Cina pula terus menguasai bidang perniagaan dan bidang
ekonomi yang lain. Golongan Bumiputera terus bimbang bahawa orang-orang asing akan
menguasai semua bidang dan mereka akan tenggelam di tanah air mereka sendiri disebabkan
kemiskinan. Kaum Cina dan India pula bimbang kerana syarat-syarat hak kerakyatan mereka
akan tergugat walaupun mereka bersedia menumpukan perhatian taat setia kepada negara ini.
Mantan Perdana Menteri kita Tun Abdul Razak Dato Hussein telah memperkenalkan Dasar
Ekonomi Baru pada 1971 bagi mencapai perpaduan dan integrasi nasional. Beliau digelar
Bapa Pembangunan.

iii.

Fahaman dan pengaruh politik yang berbeza


Fahaman politik setiap kaum berbeza. Bagi kaum Cina dan India hal-hal yang berlaku di

negara asal mereka lebih penting daripada fahaman politik di Tanah Melayu. Setiap kaum
sentiasa berusaha untuk memastikan pengekalan identiti kaum, bahasa dan budaya masingmasing dengan menggunakan media dan saluran seperti pendidikan, program keagamaan,
akhbar dan peraturan sosial. Pada tahun 1930, telah berlaku pergeseran antara orang Cina
dengan Jepun di negara China. Ramai orang Cina di Tanah Melayu yang terdorong untuk
kembali ke tanah air mereka bagi membantu sanak-saudara mereka. Apabila fahaman
18

komunis menular di negara mereka, fahaman tersebut juga menular kalangan orang Cina di
Tanah Melayu. Orang India juga beranggapan India sebagai tanah air mereka dan berharap
untuk kembali. Peristiwa yang berlaku di India dianggap lebih penting daripada apa yang
terjadi di Tanah Melayu. Persatuan-persatuan India yang muncul lebih cepat seperti
Persatuan India pada tahun 1937 yang memperjuangkan pekerja-pekerja India. Bagi orang
Melayu, mereka sentiasa memastikan hak dan kepentingan mereka di tanah air terpelihara.
Kurangnya penyatuan menyebabkan perjuangan orang Melayu hanya tertumpu pada kaum
mereka sendiri. Fenomena ini tergambar sebagaimana yang diperjuangkan oleh orang melayu
dalam majalah-majalah seperti Saudara, Pengasuh, Utusan Melayu, Warta Melaya, dan
Majlis. Fahaman politik.
Kesan daripada polisi yang dibawa oleh Inggeris sengaja memisahkan kaum-kaum di
Tanah Melayu menyebabkan perselisihan faham antara rakyat. Kita lihat sejarah pada 13 Mei
1969, di mana kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat akibat rusuhan kaum apabila kaum
cina menentang soal bangsa melayu dengan bahasa melayu, kedudukan istimewa orang
melayu dan hak kerakyatan bukan Melayu selepas Pilihanraya 10 Mei 1969 dijalankan.
Perbalahan ini semakin rumit apabila dikatakan melayu memandang negatif terhadap orang
cina kerana tidak mengenang budi terhadap kerakyatan yang diberikan. Ini dikuatkan lagi
dengan fahaman komunis yang menular dalam masyarakat Cina. Dianggarkan pada peristiwa
ini, seramai 196 mati, 449 cedera, 39 hilang dan 9143 ditahan. Ini membawa kepada cabaran
kepada perpaduan dan integrasi pada masa itu.
Pada zaman Perdana Menteri pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni
Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah, masalah perkauman semakin parah apabila Singapura
memasuki Malaysia yang ingin membawa konsep Malaysian Malaysia yang mahukan tiada
kaum yang boleh mengaku asli daripada kaum lain. Ini menyebabkan orang Cina dan Melayu
semakin renggang. Pada masa Tun Dr Mahathir Mohammad pula sejarah perpaduan rakyat
menyaksikan peristiwa di mana UMNO dianggap sebagai pemerintah tidak sah disebabkan
segelintir ahli UMNO yang tidak berpuas hati pada tahun 1988. Pada masa itu, Tun Abdullah
Badawi membentuk Semangat 46 bagi kembalikan kegemilangan UMNO. Peristiwa sebegini
mewujudkan jurang perpaduan dan integrasi nasional rakyat Malaysia.

PERANAN KERAJAAN
19

A.

Gagasan 1 Malaysia
1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia

yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan
setiap rakyat Malaysia. Konsep 1Malaysia yang berasaskan prinsip Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan dapat menerangkan bahawa hubungan harmoni dan kerjasama antara
pelbagai kaum adalah kunci utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran supaya
negara kita dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Konsep ini juga bertujuan
melahirkan bangsa Malaysia yang berdaya saing dalam menghadapi cabaran arus globalisasi.
Perpaduan yang terjalin mewujudkan suasana yang aman dan makmur. Agensi-agensi kerajaan
telah diwujudkan dalam membantu usaha dan perancangan kerajaan dalam menyatukan
masyarakat di Malaysia.

B.

Penubuhan JPNIN
Pada 1 Julai 1969, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah ditubuhkan

dengan nama asalnya Jabatan Perpaduan negara di bawah Jabatan Perdana Menteri. Matlamat
penubuhan jabatan ini adalah untuk memantapkan perhubungan dalam kalangan penganut
pelbagai agama dan menggalakkan semua pertubuhan agama dan menghormati serta patuh
kepada Perlembagaan Persekutuan. Selain itu, objektif jabaan ini adalah menjadibadan mediasi
dalam isu-isu berbangkit antara penganut agama dan memastikan kerajaan memberi perhatian
kepada suara pertubuhan dan badan agama.

C.

Dasar-dasar Kerajaan
Dasar-dasar kerajaan adalah bertujuan memberi penekanan dalam bidang sosioekonomi. Hal

ini juga bertujuan mengawal tindak-tanduk politik melampau yang boleh memecah belah
perpaduan rakyat. Kerajaan juga telah merangka satu pelan iaitu pelan Tindakan Perpaduan &
Integrasi Nasional 2005-2010 bagi memupuk perpaduan melalui beberapa strategi. Berikut
adalah lima strategi yang ingin ditekankan:

20

i.

Strategi Persefahaman Politik

Langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan dalam bidang politik oleh kerajaan dalam
bidang politik untuk memajukan perpaduan negara berlandaskan peruntukan-peruntukan
yang terdapat dalam Perlembagaan seperti Sistem kerajaan Berpersekutuan, demokrasi
berparlimen, kedudukan raja-raja Melayu, bahasa kebangsaan, hak mengamalkan agama
anutan, hak asasi rakyat Malaysia, kedudukan istimewa kaum Bumiputera dan pribumi serta
pembahagian kuasa dan tanggungjawab antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri.
ii.

Strategi ekonomi

Strategi ekonomi dirangka adalah untuk mengimbangkan taraf sosioekonomi antara kaum
dan wilayah dalam konteks ekonomi yang sedang berkembang perlu diusahakan tanpa
merugikan mana-mana pihak. Pelan ini juga dilaksanakan untuk mengurangkan dan
membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Selain itu, sektor swasta akan terus memainkan
peranan yang lebih aktif dalam usaha mengimbangkan kedudukan sosioekonomi antara
kaum seterusnya merapatkan jurang ekonomi antara kaum.
iii.

Strategi pendidikan

Strategi ini pula adalah menggalakkan wujudnya satu sistem persekolahan dari peringkat
prasekolah hingga ke peringkat universiti yang menggunakan satu bahasa pengantaraan,
kurikulum dan kokokurikulum yang seragam atau satu jenis peperiksaan serta satu jenis
pensijilan yang mempunyai pengiktirafan yang sama. Selain itu, penyediaan kemudahan
pengajaran dan pembelajaran bahasa kaum-kaum utama di negara pada peringkat sekolah
rendah dan menengah sebagai satu matapelajaran pilihan semua pelajar sebagai satu langkah
kearah memupuk perpaduan antara kaum. Manakala untuk sekolah-sekolah dan institusi
pendidikan yang pelajar terdiri dari satu kaum sahaja maka tindakan perlu diambil bagi
membolehkan pelajar institusi pendidikan tersebut berinteraksi dan bergaul dengan pelajar
institusi yang berlainan kaum melalui acara sukan, sosial, perkhemahan perdana dan
sebagainya. Bagi mengukuhkan lagi pelan strategi ini, kurikulum sekolah rendah dan
menengah memberikan tupuan sewajarnya kepada matapelajaran dan pembelajaran sejarah
negara. Pendidikan dan aktiviti kurikulum juga menerapkan nilai-nilai mendokong

21

pencapaian perpaduan negara. Sikap dan nilai-nilai termasuklah kesejahteraan, bertolak


ansur, saling menghormati antara kaum dan agama, taat setia dan cinta akan negara.
iv.

Strategi keselamatan

Dalam strategi keselamatan terdapat dua spek pencegahan dan pemulihan dimana
pencegahan melibatkan usaha-usaha mencegah dari berlakunya ancaman kepada
keselamatan negara atau awam. Manakala pemulihan pula ialah usaha mententeramkan
keadaan

setelah

berlakunya

sesuatu

konflik.

Aspek

pencegahan

merangkumi

penguatkuasaan sekatan di sisi undang-undang ke atas hak kebebasan bercakap, berhimpun,


tahanan preventif, penguatkuasaan peruntukan Akta Hasutan dan kawalan terhadap akhbar.
Manakala aspek pemulihan merujuk kepada keselamatan dan ketenteraman awam
melibatkan tindakan-tindakan terutamanya daripada pihak polis dan dibantu oleh pihakpihak lain seperti RELA, Rukun Tetangga dan badan-badan yang berkaitan.
v.

Strategi penggunaan tenaga manusia

Dalam strategi ini, majikan dari sektor sama ada swasta ataupun kerajaan hendaklah
memastikan bahawa sebarang faktor seperti kaum, agama dan budaya tidak mempengaruhi
lantikan jawatan. Hal ini kerana boleh merosakkan hubungan antara pekerja yang berlainan
bangsa seterusnya menjejaskan sesebuah organisasi. Selain itu, majikan memainkan peranan
mereka dengan menerapkan unsur-unsur perpaduan di kalangan pekerja melalui dasar
syarikat dan program serta aktiviti yang dianjurkan seperti Hari Keluarga bersama pekerjapekerja.

D. Media Massa
Peranan media massa dalam membangunkan negara sememangnya tidak dapat dinafikan. Ia
boleh dilihat sejak era sebelum kemerdekaan lagi di mana semangat nasionalisme ditiup oleh
media massa khasnya akhbar untuk membangkitkan semangat menentang penjajah. Bermula dari
era tersebut media massa memainkan peranannya yang terbaik dalam membantu kerajaan untuk
membangunkan negara ini di atas fungsinya sebagai pemerhati, penghubung, pentafsir dan
penghibur.
22

Contoh yang paling jelas ialah penubuhan akhbar Utuan Melayu (Utusan Malaysia), ia
ditubuhkan oleh pemimpin-pemimpin Melayu pada era sebelum kemerdekaan khas untuk
menjadi penghubung, pentafsir dan pemerhati di antara golongan nasionalis dengan rakyat.
Ketika rakyat menghadapi saat-saat genting itu, akhbar ini juga menyalurkan sedikit cerita ringan
seperti prebiu filem sebagai hiburan untuk menenangkan rakyat.
Setelah mencapai kemerdekaan, zaman mula berubah dan penekanan kerajaan di bawah
Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ialah untuk membangunkan negara ini. Di
sini peranan media massa seperti Utusan Melayu sekali lagi diperlukan. Agenda-agenda
pembangunan disalurkan melalui media massa bagi memastikan rakyat mendapat maklumat
yang jelas. Media digerakkan sepenuhnya umpamanya Radio Televisyen Malaysia (RTM)
menubuhkan Bahagian Pembangunan dan Pertanian pada tahun 1948, khusus untuk mewujudkan
kesedaran kepada rakyat tentang pembangunan.
Ketika negara sedang rancak membangun, secara tiba-tiba ia terberhenti seketika apabila
tercetusnya tragedi 13 Mei 1969 rusuhan kaum. Ia menyebabkan rakyat hidup dalam keadaan
yang tegang dan memerlukan kerajaan bertindak dengan segara.
Peranan media sekali lagi diperlukan untuk memberikan tafsiran kepada rakyat selepas
Perdana Menteri ketika Tun Abdul Razak Hussin memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
untuk mengurangkan jurang antara kaum bagi mengelakkan berlakunya ketegangan seperti
tragedi berdarah itu. Sejak daripada itu peranan media menjadi semakin penting dalam
pembangunan negara bagi menyampaikan maklumat dan menyedarkan rakyat supaya
bekerjasama dengan kerajaan. Oleh yang demikian, hubungan di antara media dan kerajaan di
negara ini amat rapat maka tidak hairan jika kita melihat akhbar terkenal di negara ini seperti
Utusan Malaysia, Berita Harian dan The Star disebaliknya dikuasai oleh parti pemerintah.
Biarpun dimiliki oleh parti seperti UMNO dan MCA, media masih bebas untuk menjalankan
fungsinya sebagai pemerhati dalam setiap agenda pembangunan yang dilakukan. Misalnya, pada
tahun 2004, Utusan Malaysia melaporkan kerakusan 35 pemaju yang menggondolkan kawasan
Bukit Cerakah di Shah Alam sehingga mengejutkan semua pihak termasuk Perdana Menteri
ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

23

Pendedahan itu menarik perhatian semua pihak terutama kerajaan. Dalam kelekaan kita
mengejar pembangunan aspek alam sekitar dilupakan sehinggakan kawasan tadahan air turut
menjadi mangsa. Justeru itu, dalam kehidupan masyarakat yang sentiasa mengejar arus
pembangunan, media massa memainkan peranan yang cukup penting untuk merealisasikan
impian masyarakat ke arah kehidupan yang lebih moden dan sejajar dengan Wawasan 2020.
Media massa dikatakan mampu mendidik rakyat serta mampu menentukan arah kehidupan
masyarakat Malaysia. Sebagaimana yang telah diketahui, media massa merupakan penyebar
saluran maklumat yang utama di Malaysia. Kepentingannya sebagai saluran maklumat yang
unggul terbukti dengan wujudnya 'Teknologi Maklumat'. Internet digunakan dengan meluas
dinihari kerana kebolehannya memberikan maklumat yang cepat dan padat walaupun maklumat
itu belum lagi dipastikan kesahihannya.
Selain itu, maklumat juga dapat diperolehi melalui cabang-cabang media massa yang lain
seperti televisyen, radio, akhbar, majalah dan sebagainya. Bertitik tolak dari situlah, media massa
mampu meningkatkan taraf sosial seseorang individu melalui penerimaan maklumat terkini dan
penggunaan peralatan morden dan terkini. Justeru itu, media massa dapat menentukan arah
kehidupan masyarakat ke tahap yang lebih tinggi dan pemodenan negara dapat dilaksanakan.

E.

Sukan
Dasar ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotik rakyat. Majlis Sukan-Sukan

Malaysia (MSSM) yang ditubuhkan pada peringkat sekolah & Temasya Sukan Malaysia
(SUKMA) adalah contoh dasar ini. Ia mengeratkan perpaduan kaum & hubungan antara negeri.
Jika kita lihat sekarang ini, Sukan Olimpik Beijing yang telah berlangsung telah menyemarakkan
semangat patriotik rakyat negara kita. Pelbagai kaum bersatu padu memberi sokongan &
dorongan untuk membolehkan Malaysia mendapat pingat. Hal ini merupakan titik tolak usaha
kerajaan dalam membentuk dan mengukuhkan semangat perpaduan antara kaum melalui sukan.

24

ANTARA

CONTOH

KES-KES

YANG

MENJADI

KONTROVERSI

DALAM

MEMELIHARA KESEJAHTERAAN POLITIK MALAYSIA.

Dalam sesebuah Negara yang majmuk dan kian pesat membangun selaras dengan kemajuan
teknologi, cabaran semakin bertambah rumit yang sedang menguji tahap kepeliharaan sistem
politik Negara. Hal ini kerana cara pemikiran manusia akhir zaman dan peredaran masa sekarang
sangat berbeza berbanding dahulu dan telah memaksa situasi untuk menjadi lebih kompleks.
Seperti yang kita tahu, sehebat mana pun perlaksanaan dasar politik sesebuah Negara,
masih terdapat kelemahan dalam mengaplikasikan secara menyeluruh kerana segala bentuk
25

peraturan dan undang-undang yang ada adalah ciptaan manusia semata-mata. Oleh itu, adalah
penting untuk merujuk kepada sumber rujukan utama umat Islam iaitu daripada Al-Quran dan
As-Sunnah sebagai pedoman untuk jaminan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
Sejak Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa utama iaitu Melayu, Cina dan India,
keharmonian dan kestabilan Negara harus diperkukuhkan untuk mengelak tragedi berdarah 13
Mei yang pernah melanda Negara kita. Peristiwa tersebut patut menjadi iktibar kepada Negara
bahawa kestabilan Negara terutamanya dalam perlaksanaan system politik adalah penting untuk
menyatukan dan wujud kesinambungan antara kaum. Pembunuhan beramai-ramai dan perarakan
bersenjata untuk menyerang kaum lain ketika peristiwa tersebut telah mengorbankan ramai orang
yang tidak bersalah kerana wujud perasaan tidak puas hati orang sesetengah kaum tentang hak
masing masing.
Cabaran yang kini dihadapi adalah lebih bersifat radikal dan terbuka, suatu budaya
yang sering dipraktikkan oleh Negara barat yang cuba diserapkan dalam budaya ketimuran kami.
Contoh adalah kes penyindiran Hukum Hudud Allah secara terbuka, kemunculan golongan
Lesbian Gay Biseksual Dan Transgender (LGBT) dan penyalahgunaan kalimah Allah SWT oleh
golongan katolik Kristian dalam bahan bacaan mereka.

26

KES 1: KES SINDIRAN HUKUM HUDUD YANG BAKAL DILAKSANAKAN OLEH


KERAJAAN KELANTAN OLEH PIHAK STESEN RADIO TEMPATAN, BFM.
Istilah atau definisi Hukum Hudud adalah sejenis kesalahan yang dianggap dosa besar dan
bersifat mandatori. Dalam konteks Islam, ini adalah hukum Allah dimana ia tidak boleh
dipersoalkan oleh setiap manusia kerana sifatnya yang terpelihara dan disebut dalam Al-Quran
dan As-Sunnah.
Menurut portal Malaysia Kini (2015), antara ciri-ciri Hukum Hudud adalah iatidak boleh
diubah dan wajib dijatuhkan sebagai pengajaran kepada pesalah. Hal ini adalah untuk mencegah
jenayah tersebut daripada berulang dan harus diambil iktibar oleh setiap orang.Setiap hukuman
ditentukan mengikut kesalahan yang dilakukan kerana perlaksaannya harus dilakukan secara
peringkat dan adil saksama.
Tetapi sejak kebelakangan ini, muncul isu kontroversi yang menjadi tatapan umum dan
perhatian setiap pihak. BFM, stesen radio perniagaan berbahasa Inggeris BFM dilapor memuat
naik klip video berdurasi satu minit 56 saat bertajuk 'Hudud Isi Periuk Nasi?' yang memaparkan
satu bentuk lakonan yang dilakukan dalam video oleh seorang wanita Melayu, Aishah kelihatan
telah menyindir dan mempersoalkan hukum hudud kerana berpendapat bahawa perlaksanaan
hukum tersebut dalam mengurangkan punca rezeki rakyat Kelantan (Bernama, 2015).
Oleh itu, ini telah menimbulkan kemarahan orang ramai kerana hukum Hudud milik hukum
Allah SWT, tidak boleh dipertikaikan oleh mana mana hamba-Nya. Kemudian pihak BFM telah
menarik kembali video tersebut dan menyatakan ia hanya membuka minda rakyat, walaupun
cara penyampaian mesej tersebut adalah keras dan tidak beretika. Justeru itu, pelbagai ugutan
bunuh serta ugutan rogol telah ditujukan kepada Aishah oleh pihak tertentu sebagai tindak balas
kepada video tersebut.Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat
kes klip video yang didakwa menyindir pelaksanaan hudud di Kelantan, di bawah Seksyen 233
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.
Malah, isu hudud turut dipolitikkan oleh bangsa lain seperti MCA dan DAP yang secara terangterangan menolak hukum Allah, Hudud. Pada asalnya, hukum hudud merupakan usul PAS utk
perkenalkan hukum hudud sekiranya diberikan pucuk kepimpinan, diterajui oleh arwah Datuk
Nik Aziz Che Mat. Namun sejak parti PAS berkongsi perikatan Pakatan Rakyat (PR), hukuman
27

itu telah ditentang hebat oleh parti bukan Islam sedangkan hudud hanya dijatuhkan kepada orang
Islam. Ini merupakan cabaran baru kepada semua Umat Islam demi mempertahankan agama
Islam dalam Negara.
KES

2:

KEMUNCULAN

GOLONGAN

LESBIAN

GAY

BISEKSUAL

DAN

TRANSGENDER (LGBT) DALAM KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA.


Golongan LGBT ini telah diterajui oleh Ambiga, Presiden LGBT utk menuntuk hak asasi
golongan songsang agar diiktiraf dalam sesebuah Negara. Menurut mereka, keperluan hak asasi
manusia adalah lebih penting daripada hak asasi undang undang dan kebebasan untuk
membentuk satu gabungan untuk mempertahankan hak mereka; hasil daripada inspirasi tokoh
politik barat seperti Amerika dan Belanda yang membenarkan pengiktirafan golongan terbabit.
Menurut Utusan, rata-rata LGBT ini telah disokong oleh beberapa badan NGO dan beberapa ahli
politik, malah kebanyakkan terdiri daripada orang orang melayu sendiri. Hal ini jelas
menunjukkan kehadiran golongan songsang ini mampu merebak seperti kanser dalam sesebuah
masyarakat sekiranya tiada sebarang pencegahan dibuat oleh kerajaan. Golongan LGBT ini
secara jelas menuntut constitutional reconstruction, mengubal dasar Negara yang sedia ada
kepada kebenaran perkahwinan sesama jenis, kebenaran untuk mengambil anak angkat untuk
golongan sejenis dan lain lain.
Malah, kajian oleh Kaunselor Berdaftar, HUSHIM SALLEH, dari firma Hushim
Motivational & Counselling Consultancy (HMCC) dapati kebanyakkan kes gay bermula dari
zaman berasrama atau sekolah menengah. Semangat untuk ingin mencuba dan jauh dari
pemantauan keluarga ketika anak di asrama telah memberi ruang kepada anak-anak untuk
terjebak dalam kancah golongan songsang ini. Tambahan pula, ini turut sumbang dalam
peningkatan kes penceraian rumahtangga di Malaysia. Setakat ini, 21 laporan polis telah dibuat
seluruh Malaysia untuk menentang pergerakan LGBT dan berjaya mendapat sokongan
Mahkamah dalam menolak cadangan pengiktirafan LGBT.

28

Perkahwinan sejenis yg mendapat liputan dunia: Arif Alfian Rosli bersama pasangan gay
di England.
KES 3: PENYALAHGUNAAN ISTILAH ALLAH OLEH GOLONGAN KRISTIAN
DALAM BAHAN BACAAN AGAMA KRISTIAN.
Pada permulaannya, Mahkamah Tinggi meluluskan permohonan Gereja Roman Katolik dalam
penggunaan kalimah Allah sebagai rujukan Tuhan mereka dalam majalah mingguan The
Herald. Menurut berita Astro Awani (2014), ini telah secara langsung membenarkan golongan
Kristian untuk merujuk Allah kepada Tuhan mereka (Jesus Christ) dan digunakan secara
meluas di dalam bahan bacaan mereka.
Hal ini menimbulkan kemarahan umat Islam kerana timbul keraguan dan kekeliruan
untuk bangsa yang berkenaan. Oleh itu, Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan memohon
rayuan kepada Mahkamah Rayuan utk menarik balik pengunaan kalimah kepada orang bukan
Islam. Ini menimbulkan kontroversi kerana setelah prosedur yang panjang dan dilakukan secara
teliti, panel hakim yang terdiri daripada 7 hakim akhirnya Mahkamah Rayuan diketuai Hakim
Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali sebulat suara meluluskan rayuan
kerajaan untuk melarang The Herald daripada menggunakan kalimah 'Allah' (Malaysian Insider,
2015). Mengenai keputusan tersebut, ia merupakan keputusan yang sengit 4-3 (4 hakim
menyokong dan 3 hakim menolak).
Namun, pihak Gereja masih berkeras memohon rayuan semakan keputusan Mahkamah Tinggi
tetapi ditolak kerana keputusan Mahkamah adalah muktamad dan pihak gereja katolik itu tidak
29

memenuhi syarat asas mengikut Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, untuk diberi
kelulusan untuk merayu. Ini jelas mencabar kuasa kehakiman Negara dan kuasa politik yang
terdapat di Malaysia dalam memelihara keharmonian rakyat.

Paderi Lawrence Andrew mengucap ketika sesi temubual bersama wartawan.

30

KESIMPULAN
Kita telah mengharungi 58 tahun tempoh kemerdekaan daripada sebarang bentuk jajahan dan
membangun selari menuju ke wawasan 2020. Latar belakang politik Negara kita telah berubah
corak mengikut perkembangan masa dan keadaan, daripada perlaksaan Malayan Union kepada
terlahirnya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. Titik permulaan permuafakatan kita bermula
setelah parti perikatan UMNO bersama MCA dan MIC memenangi pilihanraya persekutuan dan
terus berjuang hingga berjaya menuntut kemerdekaan pada tarikh bersejarah 31 Ogos 1957 yang
diumumkan oleh Perdana Menteri pertama kami, Tunku Abdul Rahman.
Sistem demokrasi berperlembagaan yang diaplikasikan oleh Negara kita telah membentuk
sebuah Negara yang moden dan maju, diterima oleh semua bentuk bangsa untuk menunjukkan
satu toleransi dan harmoni di bawah satu bumbung pertadbiran. Insitusi beraja akan sentiasa
berbakti dalam menjaga keselamatan Negara dan ketua kepada Negara. Daripada perjuangan
parti politik sebelum merdeka seperti UMO, MCA, AMCJA, API, berkembang kepada parti
UMNO, MIC, PAKATAN, PAS. Perjuangan mereka adalah untuk menjadi Negara ke arah yang
lebih baik, dan sikap terbuka dan toleransi harus wujud antara parti tersebut dalam menangani
segala masalah yang melanda Negara, harus tidak menudung jari untuk mencari kesalahan
masing-masing seperti kes Hudud dan sebagainya.
Oleh itu, kita sebagai rakyat harus perjuangkan hak rakyat dan adalah tugas
pentadbiran untuk mendengar keluhan rakyat dan wujudkan kesejahteraan rakyat. Kita
seharusnya waspada kepada sebarang pengaruh tidak sihat seperti demonstrasi haram dan
rusuhan daripada Negara luar agar terpelihara harmoni dan aman dalam Negara. Kita harus
mengambil iktibar daripada sejarah terdahulu dan membuka pintu yang baru untuk ke arah lebih
baik Inshaa Allah.

31

RUJUKAN
1. Maymon Ariff, 'UMNO Semasa Beribu Pejabat di Perak (1946 - 1949)', UKM, KL 1974, hal.
27.

2. Pemikiran Politik Islam: Dari Masa Nabi hingga Masa Kini oleh Antony Black, Serambi,
3.
4.
5.
6.
7.

Jakarta 2006
"Muhammedan Law", Bab I, m/s 1.
The Caliphate, m/s 198 oleh Sir. T. Arnold
Encyclopedia of Social Sciences, Bab VIII, m/s 333
The Encyclopedia of Islam, Bab IV, m/s 350.
Development of Muslim Theology, Jurisprudence and Constitutional Theory, New York, 1903,

m/s 67
8. The Caliphate, Oxford, 1924, m/s 30.

LAMPIRAN

32

33

You might also like