You are on page 1of 13

Kenali 31 Parti Politik Malaysia

1- Barisan Nasional ditubuhkan pada tahun 1973 apabila parti perikatan ( UMNO, MCA dan
MIC) telah bergabung dengan beberapa parti lain dan membentuk BN. Setakat ini terdapat 13
parti komponen yang membentuk BN iaitu UMNO, MCA, MIC, PBB, SUPP, GERAKAN, PPP,
LDP, PBRS, UPKO, PBS, SPDP dan PRS.

2 - UMNO atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ditubuhkan pada tahun 1946
dengan Dato' Onn Jaafar sebagai Presiden pertama. Tunku Abdul Rahman membentuk Parti
Perikatan dengan MCA dan MIC pada tahun 1955 dan mengetuai Delegasi Rundingan
Kemerdekaan ke London pada tahun 1956. Seterusnya, Perikatan diketuai Tun Abdul Razak
bersama beberapa parti menubuhkan Barisan Nasional pada tahun 1973. Pernah diharamkan
pada tahun 1988 dan rentetan daripada 'krisis perlembagaan 1988' itu, Tun Mahathir
menubuhkan UMNO (baru) dan Tengku Razaleigh Hamzah membentuk Semangat 46 (bubar
1996). UMNO, parti terbesar di Malaysia menjadi tunggak utama Barisan Nasional menguasai
pemerintahan sejak 1955.
3 - Kemunculan PAS ini dikatakan hasil daripada silang pengaruh yang berlaku antara beberapa
gerakan Islam yang lebih awal seperti Ikhwanul Muslimun di Mesir, Masyumi di Indonesia dan
Jamaat Islami di Pakistan. Ketiga-tiga pengaruh ini telah menyerap masuk ke Tanah Melayu
melalui para ulamak yang belajar di Mesir, Mekah, India dan Indonesia. Longgokan kesedaran
ini kemudiannya menghasilkan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 1947 diikuti oleh
Hizbul Muslimin pada 1948 kesan daripada usaha gigih Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz
Abu Bakar al-Baqir. Walau bagaimanapun, gerakan Islam yang berpusat di Gunung Semanggol
ini terkubur ekoran penguatkuasaan Ordinan Darurat pada Jun 1948. Beberapa tokoh Hizbul
Muslimin seperti Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang lepasan Maahad Il Ihya Assyariff,
Gunung Semanggol telah menyertai Umno pada 1950 dan dilantik mengetuai Bahagian Agama
dan Pelajaran Umno. Bahagian ini kemudiannya mengaturkan beberapa persidangan untuk
membolehkan ulamak menubuhkan persatuan. Rentetan daripada itu tertubuhnya Persatuan
Ulamak Se-Malaya pada Ogos 1951 yang kemudian diubah nama kepada Persatuan Islam Se-
Malaya pada November 1951 ketika persidangan ulama Malaya di Butterworth pada ketika itu.
PAS berkembang menjadi entiti politikal-dakwah dan menyertai pilihanraya pada tahun 1955.

4 - Malaysian Chinese Association (MCA), persatuan bagi masyarakat Cina Di Malaysia


ditubuhkan pada tahun 1949 dengan Tun Tan Cheng Lock sebagai presiden pertama.
5 - Malaysian Indian Congress (MIC), persatuan bagi masyarakat India di Malaysia
ditubuhkan pada tahun 1946 dengan John. A. Thivy sebagai presiden pertama.

6 - Parti Keadilan Rakyat (PKR) dibentuk berdasarkan rentetan kepada penubuhan Gerakan
Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) oleh sekumpulan NGO dan parti pembangkang serta
pembentukan ADIL oleh pendukung-pendukung reformasi. Kesukaran untuk mendaftarkan parti
politik dengan Pendaftar Pertubuhan menyebabkan pendukung reformasi mengambil alih Ikatan
Masyarakat Islam Malaysia (IKIM) dan melancarkan Parti Keadilan Nasional pada tahun 1999.
Parti Keadilan Nasional bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM ditubuhkan pada tahun
1955) membentuk Parti Keadilan Rakyat pada tahun 2003.
7 - Parti Tindakan Demokratik (DAP) ditubuhkan pada Oktober 1965 selepas terputusnya
hubungan dengan induk di Singapura iaitu Parti Tindakan Rakyat (PAP) apabila Singapura
keluar daripada Malaysia.

8 - Parti Rakyat Malaysia (PRM) merupakan salah sebuah parti yang ditubuhkan sebelum
kemerdekaan iaitu November 1955 oleh Ahmad Boestaman, Ishak Hj Muhammad (Pak Sako),
Dr. Burhanuddin Al Helmy dan sebilangan pejuang kemerdekaan. Pada ketika itu PRM berjuang
untuk mendapatkan kemerdekaan secara mutlak (total) dan dianggap sebagai gerakan 'kiri' oleh
penjajah British. PRM kini bersama Parti Keadilan Nasional untuk membentuk Parti Keadilan
Rakyat (PKR).

9 - Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) merupakan parti terbesar di Sarawak,
ditubuhkan pada tahun 1973 hasil gabungan Parti Negara Sarawak (PANAS), Barisan Rakyat
Jati Sarawak (BARJASA) dan Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA). Temenggung Jugah
merupakan presiden pertama dan diwarisi oleh Pehin Sri Hj. Abdul Taib Mahmud pada tahun
1981 sehingga kini.
10 - United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organization (UPKO) ditubuhkan pada
tahun 1964 hasil gabungan United National Kadazan Organization dan United Pasokmomogun
National Organization. Sebuah parti yang diwujudkan khusus untuk menjaga hal ehwal dan
kepentingan masyarakat bumiputera Sabah.

11 - Parti Berjasa (Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia) ditubuhkan pada 1977 dengan
Yang Di Pertua Parti yang pertama adalah Allahyarham Dato Haji Mohammad bin Nasir bekas
Menteri Besar Kelantan setelah dipecat oleh PAS pada ketika itu. Berjasa dianggap sebagai parti
serpihan kepada PAS. Menyertai Barisan Nasional pada tahun 1978 namun keluar semula pada
tahun 1986. Untuk PRU 13 kali ini, sebuah NGO iaitu ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia)
bekerjasama dengan Berjasa untuk bertanding di dalam pilihanraya atas tiket Berjasa. Atas dasar
ingin membina budaya baru politik muslim di Malaysia dengan tema 'Arus Baru - Calon Muslim
Berwibawa'.
12 - Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) ditubuhkan pada tahun 1968 dan dianggap
serpihan kepada Parti Buruh Malaya (bubar pada tahun 1969). Presiden pertama Gerakan adalah
Syed Hussein AlAttas namun beliau keluar apabila Gerakan menyertai Perikatan pada tahun
1972. Wujud sebagai pembangkang pada ketika itu dan menang pada pilihanraya 1969
seterusnya menguasai kerajaan Pulau Pinang. Gerakan menyertai Perikatan dan beberapa parti
lain untuk membentuk Barisan Nasional pada tahun 1973.

13 - Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP) ditubuhkan pada tahun 1953 di Perak dengan
nama 'Perak Progressive Party'. Menyertai Perikatan namun keluar semula pada tahun 1955
tetapi menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973.

14 - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) sebelum ini dikenali sebagai Angkatan
Keadilan Insan Malaysia (AKIM). AKIM distruktur semula sebagai KITA pada tahun 2010 dan
diketuai oleh Dato Zaid Ibrahim; bekas pemimpin UMNO dan juga bekas pemimpin PKR.

15 - Malaysian Ceylonese Congress (MCC) dibentuk pada tahun 1958 setelah penstrukturan
semula Persatuan Ceylon Selangor. Ditubuhkan atas dasar menjaga kebajikan minoriti India
berketurunan Sri Lanka (Ceylon). Secara umumnya menyokong dan berhasrat untuk menyertai
Barisan Nasional namun ada pihak mencadangkan agar MCC bergabung sahaja dengan MIC.

16 - Parti Pekerja-Pekerja Malaysia atau Malaysian Workers' Party (PPM) merupakan parti
politik berhaluan kiri di Malaysia. Parti ini ditubuhkan pada tahun 1978 oleh Puan Ganga Nayar,
yang gagal memenangi kerusi yang ditandinginya iaitu kawasan Parlimen Sungai Besi dan DUN
Sungai Way pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 ke-5.

17 - Parti Cinta Malaysia (PCM) ditubuhkan pada tahun 2009 mempunyai nama yang agak
unik di sepanjang sejarah politik tanahair. Dikhabarkan parti ini ditubuhkan sebagai alternatif
kepada pemimpin-pemimpin politik yang pro BN tetapi tidak puas hati terhadap parti masing-
masing.
18 - Kongres India Muslim Malaysia atau Malaysian Indian Muslim
Congress (KIMMA) ialah sebuah parti politik di Malaysia yang ditubuhkan pada 1977 untuk
menwakili kaum minoriti India Muslim. KIMMA pernah dibatalkan pendaftarannya sebanyak
dua kali pada 1978 & 1998 sebelum didaftar balik semula. KIMMA telah menyatakan hasrat
untuk menyertai Barisan Nasional (BN) semenjak 1984 lagi. Namun penyertaan ini perlu
mendapat sokongan daripada kesemua parti komponen terutama Kongres India Se-
Malaysia (MIC) dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) kerana ahli KIMMA
mungkin juga berasal dari MIC atau UMNO.

19 - Barisan Kemajuan India Se-Malaysia atau All Malaysian Indian Progressive Front
(IPF) atau (AMIPF), telah diasaskan pada 1990 oleh Tan Sri M.G. Pandithan, bekas Naib
Presiden parti Kongres India Malaysia (MIC) selepas perbalahannya dengan presiden MIC, Dato
Seri S. Samy Vellu pada 1988 dan pemecatannya kemudian.

20 - Parti Punjabi Malaysia atau Punjabi Party of Malaysia (PPM) ialah sebuah parti politik
yang ditubuhkan pada 1986 tetapi hanya dapat didaftarkan pada 2003 untuk menjaga
kepentingan golongan minoriti India berketurunan Punjabi di Malaysia.
21 - Parti Sosialis Malaysia (PSM) merupakan sebuah parti politik berideologikan sosialisme di
Malaysia. PSM merupakan parti serpihan Parti Rakyat Malaysia (PRM) lantaran parti itu yang
menggugurkan 'Sosialis' dari nama asalnya Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM). PSM ini
ditubuhkan pada tahun 1998, tetapi pendaftaran parti ini selalu ditolak dengan alasan
"mengancam keselamatan negara". Namun demikian, parti ini masih menghantar calon
bertanding dalam Pilihan Raya Umum dengan tiket parti pembangkang lain. Akhirnya pada 10
September 2008, parti ini berjaya didaftar dan wakil rakyat parti ini bermula mewakili parti ini di
dewan undangan. Sebelum itu kedua-dua orang wakil rakyat yang sedia ada mewakili Parti
Keadilan Rakyat (PKR) selepas menang dengan tiket PKR.

22 - Parti Bersatu Sasa Malaysia (BERSAMA) atau Malaysia United People's


Party (MUPP) ialah sebuah parti politik di Malaysia, dahulunya dikenali sebagai Parti
Demokratik Setiahati Kuasa Rakyat Bersatu Sabah (SETIA). Parti SETIA telah menukar kepada
nama baru BERSAMA pada 23 Mac 2011 apabila mengembangkan sayapnya ke semenanjung.
23 - Parti Rakyat Bersatu Sarawak atau Sarawak United People's Party (SUPP) merupakan
sebuah parti bercorak pelbagai kaum tetapi majoriti keahliannya terdiri daripada kaum Cina.
Parti ini ditubuhkan pada tahun 1959 di Sarawak. Ditubuhkan pada 1959, parti ini berubah dari
sayap kiri, antiMalaysia ke sebuah parti politik komponen yang kukuh di bawah Barisan
Nasional.

24 - Parti Pekerja Sarawak atau Sarawak Workers Party (SWP) ditubuhkan pada April
2012 dan merupakan parti terbaru yang dibentuk. Dikhabarkan ia adalah untuk menyaingi Parti
Rakyat Sarawak (PRS)
25 - Parti Reformasi Negeri atau State Reform Party (STAR) ditubuh pada 9 Oktober 1996
oleh Dr. Patau Rubis setelah beliau dipecat dari kabinet negeri Sarawak pada Oktober 1995 dan
seterusnya dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP). Beliau secara rasminya dipilih sebagai
Presiden parti yang pertama di dalam persidangan tiga tahunan parti STAR yang ulung pada 9
Mac 1997.

26 - Parti Demokratik Progresif Sarawak atau Sarawak Progressive Democratic Party


(SPDP), yang merupakan satu parti serpihan baruParti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan
didaftarkan serta diluluskan pendaftarannya oleh ROS pada 9 November 2002, 4 hari kemudian
selepas SNAP dibatalkan pendaftarannya dan terus menyertai Barisan Nasional.

27 - Parti Rakyat Sarawak (PRS) diasaskan pada 2004 selepas krisis kepimpinan PBDS yang
mengakibatkan pembatalan pendaftaran (Parti Bansa Dayak Sarawak) oleh Pendaftar
Pertubuhan (ROS) pada 5 Disember 2003 dan 21 Oktober 2004 oleh sekumpulan serpihan yang
diketuai oleh Dr.James Jemut Masing dan Sng Chee Hua.

28 - Parti Bersatu Sabah atau United Sabah Party (PBS) ialah sebuah parti politik Malaysia
yang ditubuhkan oleh Datuk Joseph Pairin Kitingan pada tahun 1985 di Sabah. Parti ini juga
menguasai 14 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1990. Parti Bersatu Sabah
(PBS) menjadi anggota Barisan Nasional sejak dari penubuhannya sehingga pengundurannya
pada 1990. Parti ini menyertai kembali gabungan BN pada 2002.

29 - Parti Liberal Demokratik Sabah atau Liberal Democratic Party (LDP) merupakan salah
satu parti politik Malaysia yang merupakan komponen Barisan Nasional di Sabah. Majoriti
keahlian parti ini didominasi oleh kaum Cina. Parti politik ini tewas ke atas satu-satunya kerusi
parlimen yang ditandingi di Sandakan pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2004.

30 - Parti Maju Sabah atau Sabah Progressive Party (SAPP) ialah sebuah parti politik
berbilang kaum yang bertapak di negeri Sabah, Malaysia. SAPP didaftarkan pada 21 Januari
1994 oleh pemisah dari Parti Bersatu Sabah pimpinan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong
Teck Lee. SAPP asalnya pernah merupakan salah sebuah parti komponen Barisan Nasional yang
memerintah Malaysia, sehingga 17 September, apabila SAPP secara rasminya meninggalkan
Barisan Nasional untuk menjadi parti bebas.
31 - Parti Makkal Sakti Malaysia atau Malaysian Makkal Sakti Party (MMSP) ditubuhkan
pada 11 Mei 2009 oleh bekas pemimpin Hindraf yang telah diharamkan. Parti itu diterajui bekas
penyelaras kebangsaan Hindraf R. S. Thanenthiran. Parti Makkal Sakti Malaysia , parti terbaru
kaum India negara Malaysia dilancarkan pada 10 Oktober 2009 oleh Datuk Seri Mohd Najib bin
Abdul Razak di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang, Selangor. Parti Makkal Sakti
Malaysia berazam mahu menyaingi MIC dan juga gerakan makkal sakhti HINDRAF

You might also like