You are on page 1of 32

1.

PENGENALAN

Parti politik merupakan satu pertubuhan berbentuk politik yang ditubuhkan dengan
tujuan tertentu. Perkembangan politik di Malaysia telah bermula dengan rancak
pada tahun 1946 apabila Malayan Union diperkenalkan oleh Britsh di Tanah Melayu.
Di Sabah pula, perkembangan politik bermula agak lewat dan hanya berkembang
sewaktu cadangan penubuhan Gagasan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman pada
tahun 1963. Ia merupakan detik yang penting kepada Sabah. Di Sarawak,
kesedaran berpolitik dalam kalangan masyarakatnya adalah lebih baik berbanding
Sabah kerana kesedaran berpolitik sudah wujud sejak tahun 1914 lagi. Setiap parti
politik yang ditubuhkan mempunyai matlamat yang tersendiri untuk dicapai dan
biasanya setiap parti politik memperjuangkan hak atau kepentingan kaum mereka.
Namun, di negara seperti Malaysia ini, perjuangan sesebuah parti tidak akan
berjaya melainkan membentuk perikatan atau gabungan dengan parti lain.
Perikatan dengan parti lain adalah perlu sebagai salah satu cara penyelesaian untuk
perkongsian kuasa dan pembelaan etnik. Hanya dengan pembentukan perikatan
dengan parti lain akan dapat menjamin hak kaum yang diperjuangkan oleh mereka
akan terjamin. Rasionalnya, negara Malaysia yang terbahagi kepada wilayah
Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak terdiri daripada masyarakat majmuk
atau berbilang kaum. Perjuangan sebuah parti tidak akan berjaya kerana mereka
perlu bekerjasama dengan parti kaum lain bagi memastikan rakyat memberikan
sokongan dalam pilihan raya umum yang biasanya diadakan setiap lima tahun.
Ringkasnya, perkembangan Parti Perikatan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan
Sarawak adalah berbeza dalam setiap Pilihan Raya Umum diadakan.

2.0

PARTI PERIKATAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA

Permulaan kepada Parti Perikatan di Semenanjung bermula pada tahun 1952


apabila UMNO bergabung dengan MCA dalam Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala
Lumpur. UMNO merupakan sebuah parti Melayu yang ditubuhkan dengan tujuan
untuk menyatukan orang Melayu dan mempertahan hak orang Melayu. MIC pula
merupakan sebuah parti orang Cina bertujuan untuk membela nasib orang Cina.
Perikatan yang wujud antara UMNO dan MCA pada tahun 1952 bertujuan untuk
membela nasib kaum masing-masing melalui perkongsian kuasa. Hanya melalui
1

perikatan, nasib kaum masing-masing dapat dibela kerana perjuangan parti secara
sendiri tidak akan berjaya disebabkan sifat masyarakat majmuk yang dimiliki oleh
Tanah Melayu ketika itu. Buktinya, dalam pilihan raya 1952 tersebut, UMNO-MCA
berjaya memenangi sembilan daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. Hal ini
membuktikan bahawa gabungan parti mendapat sokongan masyarakat kerana
dapat membela nasib kaum masing-masing melalui perikatan yang dibentuk.
Perikatan yang dibentuk oleh UMNO dan MCA telah disertai oleh MIC yang
mewakili orang India. Tujuan penyertaannya adalah sama dengan UMNO dan MCA
iaitu untuk membela nasib kaum mereka. Kemudian, ketiga-tiga parti politik ini
bergabung secara rasmi dan menamakan parti gabungan yang mereka wujudkan
sebagai Parti Perikatan pada tahun 1954. Parti Perikatan ketika ini ditubuhkan
dengan tujuan paling utama untuk memerdekan Tanah Melayu daripada penjajahan
British.

Manifesto

kemerdekaan

Parti

Tanah

Perikatan

Melayu,

pada

hak

pilihan

istimewa

raya

orang

umum

Melayu,

1955

berkisar

pendidikan

dan

perkhidmatan awam. Hasil gabungan yang dibentuk, Parti Perikatan berjaya


memenangi pilihan raya tersebut dengan majoriti yang amat besar iaitu 152 kerusi
berjaya

dimenangi

daripada

154

kerusi

dipertandingkan.

Parti

Perikatan

kemudiaannya membentuk kerajaan dan berkongsi kuasa dalam pentadbiran antara


satu sama lain demi untuk kepentingan bersama sama dari segi politik, ekonomi
mahu

pun

sosial.

Ringkasnya,

pilihan

raya

umum

1955

sehingga

1969

memperlihatkan tujuan penggabungan UMNO, MCA dan MIC adalah untuk berkongsi
kuasa dan menjaga hak kaum masing-masing.

2.1

Parti Perikatan Tahun 1974 Sehingga 1990

2.1.1 Parti Perikatan 1974


Perkembang politik antara tahun 1974 sehingga tahun 1990 memperlihatkan
perubahan yang sangat ketara berbanding sebelum tahun 1974. Dalam konteks ini,
perubahan boleh dilihat dari segi parti yang bergabung, perjuangan setiap parti dan
konflik dalam merebut kuasa. Pada tahun 1974, nama Parti Perikatan telah diubah
kepada Barisan Nasional (BN) oleh Tun Abdul Razak yang ketika itu menjadi Perdana
Menteri. Ahli asal Parti Perikatan sebelum ini iaitu United Malay National
Organisation (UMNO), Malayan Chinese Association (MCA) dan Malaya India
2

Community (MIC) masih kekal dalam BN. Tujuan penubuhan BN adalah untuk
mengurangkan politiking yang berlandaskan perkauman. BN bertindak sebagai
satu rangkaian parti politik pelbagai kaum yang bersatu dalam satu barisan yang
menjadikannya bersifat kebangsaan Malaysia antara kaum. Kerjasama pelbagai
kaum di bawah perikatan ini amat berkesan dan diterima oleh semua orang
sehingga gabungan parti ini merupakan satu kekuatan baru bagi permerintahan
demokrasi. Penggabungan kaum, pembahagian kuasa dan penyatuan antara kaum
di Tanah Melayu mendapat sokongan daripada semua orang.
Antara parti yang menyertai BN ialah Parti Islam Se Malaysia (PAS) di bawah
pimpinan

Datuk

Asri.

PAS

merupakan

sebuah

parti

orang

Melayu

yang

memperjuangkan Islam. Penyertaan PAS dalam komponen BN kali ini disebabkan


janji BN untuk memberikan kerusi di Parlimen sekiranya PAS menyertai BN. Datuk
Asri berpendapat penyertaan PAS dalam BN akan membantu mengurangkan
percakaran politik yang memang sedang getir antara PAS dan UMNO. Lebih penting
lagi, kerjasama dua parti bumiputera ini akan mengukuhkan kestabilan politik tanah
air, di samping mengukuhkan bargaining power politik bumiputera. Parti Progresif
Rakyat (PPP) turut menyertai BN dengan alasan untuk mengurangkan pergerakan
parti yang memperjuangkan keperluan satu-satu kaum. Parti GERAKAN yang
berjaya menguasai Pulau Pinang dalam pilihan raya 1969 memberikan dua sebab
menyertai BN, iaitu demi kepentingan perpaduan dan berkhidmat dengan lebih baik
kepada rakyat negeri Pulau Pinang supaya pembangunan ekonomi berjalan segera.
Tidak ketinggalan, Parti Kemajuan Progresif Rakyat (PPP) turut menyertai BN dengan
matlamat perkongsian kuasa dan pembelaan etnik mereka.
Pada Pilihan Raya Umum 1974 ini, gabungan antara semua parti politik turut
bertujuan berhadapan dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang akan memberi
manfaat kepada semua orang di Malaysia melalui projek pembangunan dan peluang
perniagaan.1 Hasil gabungan semua parti tersebut, BN telah memenangi 135 kerusi
iaitu 87.7% daripada jumlah kerusi dalam Dewan Rakyat. Peningkatan dalam jumlah
kerusi yang dimenangi berbanding tahun sebelumnya dikaitkan dengan keinginan
rakyat untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan selepas peristiwa rusuhan

Azman Zakaria, Analisis Sejarah Keputusan Pilihan Raya Di Malaysia. Shah Alam: Pusat Penerbitan
Universiti (UPENA), 2008, hlm. 46.

kaum pada 13 Mei 1969.2 Parti pembangkang pula hanya memperoleh 19 kerusi
sahaja iaitu 12%. Kejayaan BN membolehkan kerajaan baru dibentuk yang
berdasarkan kepentingan semua kaum dan untuk mewujudkan satu suasana yang
harmoni dalam pentadbiran dan kehidupan rakyat.

2.1.2 Parti Perikatan 1978


Pilihan Raya Umum 1978 memperlihatkan kemunculan seorang lagi pemimpin
negara yang menggantikan Tun Abdul Razak iaitu Tun Hussein Onn. Beberapa
perkembangan penting telah berlaku sebelum pilihan raya 1978 dijalankan. Pada
tahun 1977, PAS yang sebelum ini menyertai BN pada tahun 1974 telah bertindak
keluar daripada BN. Pengunduran PAS daripada BN itu dikatakan berpunca akibat
daripada ketegangan di dalam ahli untuk melihat PAS membimbing tampuk negeri
sendiri dan juga fitnah dari ahli-ahli Perikatan yang menyatakan bahawa PAS telah
mengambil tampuk kepimpinan baru atau kawasan baru. PAS juga dikatakan keluar
daripada BN kerana tidak menunaikan janji semasa PAS menyertai BN. Janji tersebut
berkaitan pemberian kerusi di Parlimen oleh BN kepada PAS sekiranya menyertai BN
tetapi tidak ditunaikan oleh BN. Maka, PAS mengambil keputusan untuk keluar
daripada BN.
Pada tahun 1978 juga, sebuah parti baru muncul yang dikenali sebagai
BERJASA dipimpin oleh Mohamad Nasir yang telah keluar daripada PAS. Tindakan
Mohamad Nasir keluar daripada PAS kerana tidak bersetuju dengan tindakan PAS
yang keluar daripada BN. Parti BERJASA telah membentuk kerjasama dengan UMNO
untuk menentang PAS di dalam pilihan raya pada tahun 1978. Parti-parti lain dalam
komponen BN masih kekal menyertai BN kerana yakin BN memperjuangkan hak
mereka.
Keputusan Pilihan Raya Umum 1978 memperlihatkan kemenangan sekali lagi
berpihak kepada BN. Secara keseluruhannya, BN memenangi 119 daripada 144
jumlah kerusi parlimen, iaitu lebih daripada dua pertiga. Parti pembangkang yang
kuat pada masa tersebut iaitu DAP hanya memperoleh sembilan kerusi dan
kedudukan ini langsung tidak menggugat dominasi BN dalam Parlimen. PAS pula
2

Rusniyati Mahiyaddin, Pilihan Raya Ke-12: Satu Perubahan Di Malaysia. Shah Alam: Pusat Penerbitan
Universiti (UPENA), 2008, hlm. 554.

yang bertindak keluar mengalami kekalahan yang teruk dengan hanya mendapat
dua kerusi DUN sahaja iaitu di Jeli Skrang dan Manek Urai. 3 Kemenangan ini
membuktikan hanya dengan perikatan sahaja, parti politik boleh mencapai
kemenangan kerana kewujudan parti perikatan akan memastikan kepentingan
semua pihak terjaga selain sifat negara Malaysia yang berbilang kaum.

2.1.3 Parti Perikatan 1982


Perkembangan politik pada tahun 1982 memperlihatkan bagaiman komponen
dalam BN terutamannya MCA telah menyumbang kepada kemenangan BN.
Perikatan yang wujud dalam BN ketika ini adalah hampir sama seperti sebelumnya
dengan ketiadaan PAS. Pada tahun 1982 ini juga didapati tiada parti yang menyertai
BN. Dengan erti kata lain, UMNO, MCA, MIC dan GERAKAN bergabung untuk
memenangi pilihan raya umum 1982. Tujuan perikatan dalam BN adalah masih
sama seperti sebelum ini iaitu berkongsi kuasa, menjaga kepentingan kaum dan
mewujudkan kestabilan politik. BN telah memenangi 103 kerusi daripada 114 kerusi
yang dipertandingkan. Kemenangan ini disumbangkan oleh MCA memenangi 55
kerusi dari 62 kerusi yang dipertandingkan berbanding dengan 44 kerusi dari 60
yang dipertandingkan pada tahun 1978.
Kemenangan ini juga bererti sokongan kaum lain terutamanya orang Cina
telah membuktikan kepercayaan orang Cina terhadap MIC untuk memperjuangkan
hak mereka melalui penyertai dalam BN. Gabungan parti ini menunjukkan bahawa
kerajaan campuran merupakan suatu asas dalam pembentukan sesebuah kerajaan.
Kejayaan ini berjaya membenam keegoan parti pembangkang iaitu DAP untuk
memenangi pilihan raya tersebut. Ringkasnya, pembentukan parti perikatan adalah
satu jalan penyelesaian bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang aman dan
sejahtera melalui perkongsian kuasa.

2.1.4 Parti Perikatan 1986

Mohd Ali Kamarudin, Penaungan Dalam Kepimpinan Poitik Melayu UMNO Kelantan 1946-90, Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2004, hlm. 36.

Perkembangan politik pada tahun 1986 memperlihatkan bagaimana PAS begitu


bersungguh-sungguh untuk menamatkan pemerintahan BN. PAS telah bekerjasama
dengan sekumpulan masyarakat Cina yang dikenali sebagai Chinese Consultive
Committee

(CCC). Mereka bergabung tenaga dalam mencari pengikut serta

pengundi bagi menumbangkan BN. CCC berperanan dalam mendapatkan undi


dalam kalangan orang Cina dengan menjelaskan konsep PAS dan perjuangannya.
DAP pula mempunyai misinya tersendiri iaitu cuba menyekat kemenangan 2/3 BN di
dalam Parlimen bagi menyekat sebarang dasar yang dibuat oleh BN. Gabungan
komponen dalam BN masih lagi sama iaitu UMNO, MIC, MCA dan GERAKAN dengan
tujuan yang masih lagi sama seperti pilihan raya sebelumnya.
Sekali lagi, perikatan yang dibentuk dalam BN berjaya memenangi Pilihan
Raya Umum 1986. Dalam pilihan raya peringkat negeri, BN telah menyapu bersih
semua 11 kerusi Dewan Undangan Negeri yang ditandinginya. BN mendapat
kemenangan yang besar di Perlis, Kedah, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan.
DAP pula telah mencapai kejayaan besar dengan memperoleh 24 kerusi Parlimen
berbanding 9 buah kerusi pada tahun 1982. Parti pembangkang yang terdiri
daripada PAS dan DAP turut memenangi sejumlah kerusi di Pulau Pinang, Kelantan,
Perak, Melaka dan Johor untuk membolehkan parti-parti itu memberi tentangan
kepada BN dalam perbahasan di Dewan Undangan. Secara ringkasnya, perikatan
dalam BN membuktikan bahawa kepentingan perikatan untuk memenangi pilihan
raya umum yang mengambil kira kepentingan semua pihak di dalam BN.

2.1.5 Parti Perikatan 1990


Era-era akhir 80-an sehingga 90-an membawa satu dimensi baru dalam politik
negara kita. Sebelum Pilihan Raya Umum 1990 berlangsung, berlaku perkembangan
pembentukan parti politik baru. Pengharaman UMNO pada tahun 1988 membawa
kepada penubuhan UMNO baru yang diketuai oleh Dr. Mahathir. Tengku Razaleigh
yang tidak menyertai UMNO baru telah menubuhkan sebuah parti baru iaitu
Semangat 46. Beberapa parti baru lain yang terbentuk ialah seperti IPF, KIMMA,
PRM dan HAMIM. Kesemua parti ini ialah parti pembangkang. PAS, DAP dan BERJASA
masih kekal menjadi pembangkang. Dalam pilihan raya 1986, buat pertama kali
dalam sejarah parti pembangkang telah bergabung untuk menumbangkan kerajaan
6

BN yang ketika itu terdiri daripada gabungan UMNO, MCA, MIC, PPP dan GERAKAN.
Di bawah Angkatan Perpaduan Ummah (APU), Semangat 46, PAS, BERJASA, Hizbul
Muslimin dan HAMIM bergabung untuk membentuk pakatan pembangkang yang
kuat dan mengalahkan BN.
Walau bagaimanapun, pilihan raya umum yang diadakan pada 21 Oktober
1990 telah membuktikan bahawa BN di bawah pimpinan Dr. Mahathir masih mampu
mengalahkan parti pembangkang. BN telah memenangi 127 kerusi parlimen
daripada 188 kerusi Parlimen manakala APU hanya berjaya memenangi 15 kerusi
Parlimen. Kebanyakan rakyat masih menyokong parti BN dan UMNO sebagai tunjang
pemerintah Malaysia. Kemenangan ini membuktikan BN masih lagi mendapat
kepercayaan untuk memerintah negara kerana masih percaya BN akan menjaga
hak dan kepentingan mereka. Perikatan yang dibentuk oleh parti pembangkang
pula membuktikan perikatan sememangnya penting untuk mendapatkan sokongan
dan undi yang dibuktikan melalui peningkatan jumlah kerusi yang dimenangi oleh
parti pembangkang.

3.0

PARTI PERIKATAN DI SABAH

3.1

Perkembangan Awal Politik

Sabah merupakan sebuah negeri yang lambat menerima kesedaran dalam


berpolitik. Sebelum Mei 1961, tidak ada sebuah parti politik pun yang ditubuhkan.
Sebaliknya,

pertubuhan

bercorak

sosial,

agama

dan

budaya

yang

banyak

ditubuhkan. Sifat pertubuhan ini pula adalah setempat, iaitu hanya menfokuskan di
sesuatu kawasan di mana pertubuhan tersebut ditubuhkan. Misalnya, Kadazan
Cultural Association di Penampang ditubuhkan untuk menjaga kepentingan orang
Kadazan dari segi sosial, pelajaran dan kebudayaan. Begitu juga persatuan Islam
ditubuhkan di sabah sejak abad ke-19 hanya bertujuan untuk menjaga kepentingan
dan menyatukan penduduk Bumiputera Muslim. Selanjutnya pada tahun 1940-an,
beberapa buah lagi persatuan Islam telah ditubuhkan di Sabah seperti Persatuan
Barisan Pemuda (BARIP), Parti Kebangsaan Melayu (PKM) dan Khairat Jumaat
Muslimin (KJM). Pada tahun 1950-an pula, Persatuan Ikhwan Sabah, Persatuan Islam
Putatan (PIP) dan Persatuan Islam Sabah ditubuhkan dengan tujuan untuk
7

menyatupadukan umat Islam dan mengajak mereka menghayati ajaran Islam


berpandukan al-Quran dan Hadis.
Ringkasnya, pertubuhan yang wujud di Sabah sebelum tahun 1961 bertujuan
untuk menjaga kepentingan sosial, budaya dan agama kaum masing-masing.
Pertubuhan-pertubuhan ini belum lagi memperjuangkan sebarang isu politik di
Sabah. Pada ketika itu juga, pemimpin dan penduduk Sabah belum lagi memandang
serius terhadap perkembangan politik di Sabah.

3.2

Permulaan Kepada Parti Perikatan

Pembentukan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman pada 27 Mei 1961 di Singapura
merupakan satu detik penting yang membawa kepada perkembangan parti politik
di Sabah.4 Dalam konteks ini, parti politik yang ditubuhkan lahir daripada idea
gagasan Malaysia dan parti yang ditubuhkan ini bersifat kaum atau etnik yang
mereka wakili. Ringkasnya, parti politik yang ditubuhkan bertujuan untuk mewakili
dan melindungi kepentingan kaum masing-masing. Setiap parti yang ditubuhkan
berusaha mengumpul kesemua kekuatan politik bagi memastikan kerjasama antara
mereka akan mencapai kemenangan dalam pilihan raya. Dalam erti kata lain,
kemenangan yang dicapai oleh parti perikatan yang mereka bentuk akan
membolehkan mereka membentuk kerajaan Sabah yang mewakili kepentingan
kesemua kumpulan kaum di seluruh negeri.
Parti politik yang pertama ditubuhkan di Sabah ialah UNKO (United National
Kadazan Organisation) pada Ogos 1961. UNKO merupakan sebuah parti politik
untuk masyarakat untuk Kadazan di pantai timur Sabah. Parti ini diketuai oleh
Donald

Stephens

yang

bertujuan

mempertahankan

hak

orang-orang

Kadazan/Dusun. Pada peringkat awal, UPKO menentang penubuhan Malaysia tetapi


kemudian bersetuju dengan idea tersebut. Donald Stephens dan tujuh ahli
jawatankuasa partinya yang melawat Tanah Melayu mengkagumi pembangunan
4

Mohd Sarim Hj. Mustajab, Sabah Dalam Konteks Pembinaan Nasion Malaysia Prosiding Seminar
Kebangsaan Pembinaan Nation Malaysia, Kota Kinabalu: PPIB, 2003, hlm. 62.

pesat yang berlaku di Semenanjung yang menyebabkan mereka bersetuju dengan


idea penubuhan Malaysia. Beberapa faktor lain seperti pemberontakan politik di
Brunei pada tahun 1962, tuntutan Filipina ke atas Sabah pada tahun 1962 dan
konfrantasi

Indonesia telah menyebabkan

UNKO

berubah

sikap menyokong

Gagasan Malaysia.5 Kemudian, bagi menjaga kepentingan Kadazan/Dusun dan


pergolakan politik menyebabkan UNKO bergabung dengan sebuah parti iaitu Pasok
Mamogun membentuk parti United Pasok Momogun Kadazan Organization (UPKO).
Pada 23 Disember 1961, USNO (United Sabah National Organisation)
ditubuhkan di Kudat yang diketuai oleh Tun Datu Mustapha. USNO merupakan
sebuah parti politik Islam yang terbuka kepada semua kaum di Sabah. Namun,
kebanyakan ahli di dalam USNO merupakan orang Suluk yang beragama Islam
termasuklah Tun Datu Mustapha sendiri.6 pada peringkat awal penubuhan USNO,
ahlinya terdiri daripada 165,560 (36% jumlah penduduk Sabah) dan sebahagian
orang Dusun yang tidak setuju dengan dasar UPKO mengenai nama Kadazan.
Pendirian USNO terhadap Malaysia sejak dari awal lagi memang menyokong
Gagasan Malaysia yang dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman. Hal ini kerana
USNO percaya dan yakin bahawa Sabah akan lebih maju dari segi ekonomi dan
politik dalam persekutuan. USNO dengan serta merta menyokong gagasan Malaysia
dan berusaha unutk mejayakan pembentukan tersebut dengan menyokong Tunku
Abdul Rahman dan pemimpin Malaya (Tanah Melayu) yang lain.
Seterusnya,

perkembangan

politik

Sabah

bertambah

rancak

dengan

penubuhan Pasok Momogun atau United National Pasok Momogun Organisation


(UPMO) yang diasaskan oleh dua adik beradik, G.S Sundang dan OKK Sedomon
pada Januari 1962. Penubuhan UPMO merupakan satu tindak balas terhadap
penubuhan UPKO yang mewakili masyarakat Kadazan di timur. Tujuan penubuhan
UPMO ialah untuk membaiki taraf pertanian dan pelajaran anak negeri. 7 UPMO
mewakili masyarakat pedalaman di Sabah yang mempunyai pengaruh kuat dalam
kalangan orang Dusun, rungus di Kudat dan Murut di Tenom dan Persiangan. UPMO
5

Mohammad Agus Yusoff, Politik Federealisme di Malaysia: Pengalaman Sabah, 2002, Jati(7), hlm. 6.

Muhammad Agus Yusoff, The Politics of centre-state conflict: the Sabah experience under the ruling
Sabah Allience (1963-1976), 1999, JEBAT(26), hlm. 3.
7
Hairi Abdullah, Abdul Samad Hadi & Zulkifly, Sabah: Perubahan Dalam Pembangunan, Bangi :
Universiti Kebangsaan Malaysia Yayasan Sabah, 1986, hlm. 98.

mendapat sokongan kewangan daripada tauke-tauke balak yang terdiri dari orang
Cina dan Sino-Kadazan. Oleh itu, kebanyakan dasar UPMO dipengaruhi oleh orang
Cina. Pada dasarnya, UPMO menentang sekeras-kerasnya gagasan Malaysia kerana
kebimbangan mereka terhadap dominasi oleh masyarakat Melayu-Islam. Namun,
orang Cina telah beralih dari UPMO dan menubuhkan parti baru yang menyebabkan
UPMO tidak mempunyai sokongan. Akibatnya, Datuk Sundang tidak mempunyai
pilihan selain menandatangani persetujuan penubuhan Malaysia.
Orang Cina yang beralih dari UPMO telah menubuhkan dua parti Cina pada
tahun 1962 iaitu DPNB yang dipimpin oleh Peter Chin berpusat di Jesselton dan UP
yang dipimpin oleh Khoo Siak Chiew berpusat di Sandakan. Perbezaan kedua-dua
parti ini ialah DPNB berkiblatkan kepada Singapura manakala UP menghalakan
kiblat mereka ke Hong Kong. DPNB dan UP menentang Gagasan Malaysia dan
mereka ingin supaya Sabah diberi kemerdekaan dahulu sebelum menyertai
Malaysia.8 Mereka bimbang kepentingan ekonomi mereka akan terjejas terutama
aktiviti pembalakan. Kemudian, atas pujukan Parti Perikatan MCA dari Semenanjung
iaitu Dr. Lim Swee Aun dan beberapa pemimpin MCA lain menyebabkan kedua-dua
parti bersetuju dengan Gagasan Malaysia. DPNB dan UP kemudian bersetuju
bergabung dengan membentuk Borneo Utara National Party (BURAP) yang
kemudian ditukarkan kepada Sabah National Party (SANAP).
Pada tahun sama, sebuah parti politik Cina iaitu Sabah Chinise Association
(SCA) ditubuhkan. SCA merupakan gabungan parti-parti kecil yang masing-masing
berpusat di Sandakan, Kota Kinabalu dan Tawau yang ditubuhkan pada tahun 1961. 9
Parti ini adalah a party of wealthy towkays published such aims as the fostering
of allegiance of North Borneo, the discouraging interest in Taiwanese affairs. 10 Pada
tahun 1965, parti ini telah bergabung dengan SANAP akibat pergolakan politik
ketika perikatan Sabah sudah dibentuk. Kedua-dua parti bersetuju mengambil nama
Sabah Chinise Association (SCA) sebagai parti orang Cina di Sabah. Dengan
percantuman ini, SCA merupakan satu-satunya parti yang mewakili kepentingan
orang Cina di Sabah.

Ongkili, J.P., Modernization in East Malaysia, 1961-71, Kuala Lumpur: OUP, 1972, hlm. 54.
Hairi Abdullah, Abdul Samad Hadi & Zulkifly, 1986, op. cit., hlm. 101.
10
Edwin, L., The Tawkey of Sabah, Singapore: Singapore University Press, 1977, hlm. 82.
9

10

3.3

Kerajaan Perikatan Sabah (The Sabah Alliance Government) 1963-

1967
Tahun 1963 dikhaskan oleh rakyat Sabah untuk menyesuaikan diri dengan
tanggungjawab untuk memerintah dan berkerajaan sendiri. Perikatan Sabah secara
langsung dipilih melalui pilihanraya dan Majlis Undang-undang Negeri mula
berfungsi sebagai badan pembuat undang-undang di Sabah. Pilihan raya pertama di
Sabah pada April 1963 menyaksikan gabungan USNO, UNKO, UPMO dan SCA
berjaya memenangi pilihan raya. USNO berjaya memperoleh 53 kerusi, UNKO pula
sembilan kerusi, SCA berjaya memperoleh tujuh kerusi dan enam kerusi pula
dimenangi parti Bebas. Selepas perundingan mengenai pembahagian kerusi, USNO
mendapat lapan kerusi, SCA memperoleh empat buah kerusi dan UPMO satu kerusi
sahaja. Pembahagian kerusi pada peringkar Parlimen pula menyaksikan USNO
memperoleh enam kerusi, UNKO lima kerusi, SCA lima kerusi dan UPMO satu kerusi.
Perasmian Malaysia sebagai sebuah persekutuan pada 16 September 1963,
Perikatan Sabah yang terdiri daripada gabungan USNO, UPKO dan SCA sah menjadi
kerajaan bagi wilayah Sabah. Datu Mustapha bin Datu Harun dilantik sebagai Yang
Dipertuan Negeri (Head of the State) dan Donald Stephens menjadi Ketua bagi
Kabinet Negeri Sebagai Ketua Menteri bersama-sama lapan lagi Menteri Negeri.
Dato Mustapha yang merupakan Presiden USNO dipilih sebagai Yang Dipertua
Negeri kerana parti USNO lebih mudah menerima polisi-polisi daripada kerajaan
pusat. Malah, USNO juga mendapat sokongan daripada masyarakat Islam dan turut
menerima sokongan padu daripada orang Cina malalui parti SCA. Tidak hairanlah
jika sebahagian besar sumber kewangan USNO dibiayai oleh orang-orang Cina yang
kaya melalui SCA.
Pembentukan Parti Perikatan di Sabah merupakan satu usaha untuk
menyatukan pelbagai kaum di Sabah. Hal ini jelas melalui peranan akhbar seperti
Daily News yang dijadikan saluran untuk menyampaikan idea mereka. Contohnya,
Donald Stephens, Datu Mustapha, dan Khoo Siak Chiew telah mencadangkan agar
gabungan UNKO, USNO, Parti Bersatu dan Parti Demokratik untuk mencapai hasrat

11

tersebut.11 Namun, pemimpin Sabah menolak mana-mana rancangan sama ada dari
parti politik Malaya atau Singapura untuk mengembangkan sayap mereka di Sabah.
Hal ini bertujuan untuk memelihara kepentingan penduduk tempatan daripada
dicabuli oleh mana-mana pihak luar. Melalui pembentukan Parti Perikatan Sabah
yang terdiri daripada gabungan parti seperti USNO, UPKO dan SCA telah berjaya
menyatukan pelbagai kaum di Sabah.
Selain itu, pembentukan Parti Perikatan ini dibuat untuk menyelaras
pandangan dan memastikan masyarakat Sabah memperoleh faedah daripada
penyertaan dalam Gagasan Malaysia. Pembentukan Perikatan di Sabah juga adalah
penting bagi memastikan hak kaum yang diwakili oleh parti kaum tertentu terjaga.
Rasionalnya, parti kecil tidak boleh berdiri sendiri dan perlu membentuk perikatan
bagi memastikan hak mereka terjaga. Buktinya, dapat dilihat melalui percantuman
UNKO dan Pasok Momogun yang membentuk United Pasok Momogun Kadazan
Organization (UPKO).12 Faktor lain ialah pemimpin Pasok Momogun seperti G.S.
Sundang merasakan selama ini mereka telah diperalatkan oleh orang Cina kerana
tindakan orang Cina yang tidak lagi memberi sokongan kewangan kerana sudah
mempunyai parti yang boleh mewakili mereka iaitu SCA. Maka, melalui Perikatan
yang dibentuk, hak setiap kaum akan menjadi lebih terjaga dan terpelihara.
Pembentukan Perikatan di Sabah juga disebabkan oleh manfaat ekonomi
melalui penyertaan Sabah dalam Gagasan Malaysia. Penyertaan Sabah dalam
Malaysia telah memberi keuntungan dari segi pembangunan ekonomi dan
infrastruktur. Buktinya, dalam Rancangan Malaysia Pertama, Kerajaan Persekutuan
telah

memberi

peruntukan

sebanyak

$205.97

juta

untuk

meningkatkan

pembangunan sosioekonomi dan meninggikan taraf hidup rakyat. 13 Pembinaan


infrastruktur dan jalan raya menjadi keutamaan kerajaan bagi memudahkan
pergerakan penduduk tempatan. Buktinya, sebanyak $75 juta diperuntukan untuk
pembinaan
terutamanya

jalan

raya

antara

menghubungkan

Tamparuli-Ranau,

bandar-bandar

Kudat-Sindumin

dan

dan

pekan-pekan,

Tawau-Semporna.

11

Mohd. Sohaimi Esa, Kelahiran Parti Politik di Sabah: Kajian Akhbar Tempatan (1961-1962), 2009,
MANU XV (71-90)., hlm. 83.
12
Hairi Abdullah, Abdul Samad Hadi & Zulkifly, 1986, op. cit., hlm. 100.
13

Hairi Abdullah, Zulkifly & Fatimah Karl, Integrasi Sabah, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia,
1989, hlm. 246.

12

Ringkasnya, gabungan Parti Perikatan Sabah berjaya memberikan manfaat ekonomi


kepada penduduk tempatan.

3.4

Kerajaan Perikatan Tahun 1967-1975 (Era USNO dan SCA)

Pada pilihan raya 1967, dua buah parti iaitu USNO dan SCA masih mengekalkan
perikatan yang wujud sebelum ini

manakala UPKO yang dahulunya parti dalam

Perikatan telah disingkirkan daripada Kerajaan Perikatan Sabah. Secara tidak


langsung, UPKO menjadi pembangkang di Sabah. Penyingkiran UPKO daripada
Kerajaan Perikatan berpunca daripada beberapa faktor. Antaranya, UPKO tidak
bersetuju dengan pindaan undang-undang pengeluaran lesen balak. Menurut
undang-undang lama, tempoh lesen boleh digunakan dalam jangka masa pendek.
Donald Stephens berpendapat ianya tidak memberi faedah dan turut menggesa
supaya kegiatan pembalakan turut dilakukan di kawasan orang Kadazan/Dusun
supaya mereka boleh menikmati faedahnya. 14 Tetapi cadangan tersebut mendapat
tentangan daripada USNO dan SCA kerana bimbang dengan kepentingan ekonomi
mereka. Maka, perkara ini telah menjejaskan hubungan UPKO dengan USNO dan
SCA.
Selain itu penyingkiran UPKO daripada Perikatan Sabah disebabkan tindakan
UPKO melantik John B. Dusing, seorang Indo-Kadazan, sebagai Setiausaha Kerajaan
Negeri Sabah. USNO berpendapat pelantikan itu akan memberi ancaman kepada
hak bumiputera Islam. Di samping itu, UPKO juga melalui Datu Stephens telah
mempersoalkan mengenai pemeriksaan hubungan antara Sabah dengan Kuala
Lumpur. Hal ini kerana Sabah tidak dibawa berunding dalam penyingkiran
Singapura daripada Malaysia. Kerajaan pusat bimbang dengan usul Datu Stephens
yang seolah-olah mahukan Sabah keluar daripada Gagasan Malaysia. Tindakan ini
menyebabkan Datu Mustapha kecewa dengan tindakan Donald Stephens yang tidak
berunding dengannya dalam perkara yang melibatkan kepentingan Sabah. Oleh itu,
UPKO telah disingkirkan daripada Perikatan Sabah bagi menjamin kestabilan dalam
Perikatan Sabah.
Penyingkiran UPKO tidak menjejaskan Perikatan USNO dan SCA. Buktinya,
Keputusan Pilihan Raya 1967 memperlihatkan USNO memenangi 14 buah kerusi,
14

Hairi Abdullah, Abdul Samad Hadi & Zulkifly, 1986, op. cit., hlm. 108.

13

SCA lima buah kerusi, UPKO 12 kerusi dan satu oleh calon pembangkang Cina.
Kerajaan USNO-SCA mempunyai mandat yang selamat untuk memerintah Sabah.
Seperti pentadbiran sebelumnya, kerajaan menyediakan belanjawan tahunan untuk
pembangunan sosioekonomi, dan peruntukan daripada Persekutuan untuk Pelan
lima tahun diterima oleh Sabah secara berterusan. Dalam erti kata lain, perikatan
yang dibentuk oleh USNO-SCA masih bertunjangkan kepada kepentingan ekonomi.
Secara ringkasnya, kerjasama USNO-SCA masih lagi sama tujuannya seperti tujuan
perikatan yang dibentuk pada tahun 1963.
Pada era 70-an sehingga tahun 1975, USNO tidak lagi menjadi sebuah
perikatan yang memperjuangkan hak orang Sabah. Tun Mustapha menjalankan
dasar pengislaman sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penganut
agama lain terutamanya Kristian. Tun Mustapha juga menjadi semakin berkuasa
sehingga menyalahgunakannya dan mula menahan sesiapa sahaja yang boleh
boleh mengancamnya. Bukti penyalahgunaan kuasa terbukti apabila Datu Mustapha
mengekang penubuhan parti baru seperti Union of Sabah People (USAP) yang
dipimpin Peter Mojuntin. Tun Mustapha dikatakan mengugut ahli parti tersebut akan
ditahan jika meneruskan penubuhan parti USAP. 15 Pada peringkat Persekutuan, Tun
Mustapha lantang menyuarakan keinginannya untuk keluar daripada Malaysia
kerana merasakan autonomi Sabah semakin berkurangan. Kerajaan Persekutuan
bertindak

dengan

menyokong

penubuhan

parti

BERJAYA

yang

akhirnya

membolehkan kuasa kerajaan di Sabah bertukar dan mengakhiri era pemerintahan


Parti Perikatan yang dibentuk.
3.5

Era BERJAYA (1976-1985)

Rentetan kejatuhan Parti USNO, sebuah parti yang baru iaitu BERJAYA telah
ditubuhkan pada tahun 25 Julai 1975. Penubuhan BERJAYA merupakan hasil
kerjasama antara Ketua Menteri Sabah Pertama Sabah, Tun Fuad Stephens dengan
mantan setiausaha agung USNO, Harris Salleh. Era pemerintahan BERJAYA
merupakan sebuah parti yang tidak dibentuk melalui parti-parti perikatan dan
menamatkan pemerintahan Parti Perikatan yang diamalkan sejak penyertaan Sabah
dalam Malaysia pada tahun 1963. Apabila BERJAYA berjaya memenangi Pilihanraya
Negeri 1976, Tun Fuad telah dipilih buat kali kedua sebagai Ketua Menteri Sabah
15

Sabihah Osman, Perkembaangan Politik Sabah,


hlm. 117.

Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1986,

14

yang kelima. Namun selepas 44 hari menjadi Ketua Menteri, Tun Fuad meninggal
dunia dalam peristiwa yang dikenali sebagai Tragedi Double Six pada 6 June
1976. Harris Salleh menggantikan tempatnya sebagai Ketua Menteri Sabah yang
keenam.
BERJAYA merupakan sebuah parti multi-racial pertama yang sebenar
ditubuhkan di Sabah. Dalam erti kata lain, kepimpinan parti adalah bersifat multiracial, begitu juga dengan keahliannya. Parti BERJAYA terdiri daripada Bumiputera
Muslim dan Bumiputera bukan muslim seperti Kadazan/Dusun, Bajau, Suluk,
Rungus, Murut, Bisaya, Brunei, Orang Sungei, Kwijau, Tatana, Tidong dan
Kimaragang serta orang Cina yang terdiri daripada pelbagai kumpulan dialek.
Pembentukan BERJAYA sebagai sebuah parti multi-racial merupakan satu cara
penduduk Sabah berkongsi kuasa sama ada dari segi politik, ekonomi mahu pun
sosial. Dalam erti kata lain, BERJAYA menghimpunkan semua masyarakat dalam
sebuah parti untuk kemajuan rakyat dan negeri Sabah. 16 Maka, BERJAYA telah
berjaya

mendapat

sokongan

rakyat

yang

dianggap

dapat

membela

nasib

telah

membela

nasib

masyarakat Sabah.
Pada

awal

pemerintahannya,

BERJAYA

dilihat

masyarakat Sabah melalui beberapa projek pembangunan. Antara projek-projek


ekonomi yang telah dilancarkan ialah penubuhan Koperasi Pembangunan Desa,
Koperasi Serbaguna Nelayan (Ko-Nelayan) dan Koperasi Serbaguna Rakyat Jelata
Sabah (Kojasa).17 Dasar pemerintahan Harris mendapat sokongan dan disukai oleh
rakyat. Kemampuan Harris untuk melaksankan pelbagai projek pembangunan
dikaitkan dengan hubungan kerajaan pusat yang baik dengan kerajaan negeri
Sabah. Hubungan erat yang terjalin membolehkan kerajaan pimpinan Harris
mendapat peruntukan sebanyak RM$2 bilion dalam Rancangan Malaysia Keempat.
Maka, dengan peruntukan tersebut, BERJAYA mampu melaksanakan pelbagai projekprojek pembangunan untuk kepentingan rakyat Sabah. Seterusnya, kejayaan
BERJAYA menawan hati rakyat dalam pilihan raya 1976 berterusan dalam pilihan
raya 1981. Namun, selepas sahaja pilihan raya 1981 berakhir, Harris telah berubah
dan tidak lagi bersifat demokratik seperti sebelum ini. Harris menjadi pak turut
kepada Kuala Lumpur dan menyebabkan BERJAYAtidak lagi disukai rakyat.
16
17

Hairi Abdullah, Zulkifly & Fatimah Karl, 1989, op. cit., hlm. 251.
Mohammad Agus Yusoff, 2002, op. cit., hlm. 8.

15

3.6

Era Parti Bersatu Rakyat (PBS)

Beberapa

masalah

dalam

era

kedua

pemerintahan

BERJAYA

seperti

krisis

kepimpinan Datuk Harris, pemecatan Datuk Joseph Pairin Kitingan, penjualan Pulau
Labuan kepada Kerajaan Persekutuan, penghapusan status daerah Tambunan, dasar
pengislaman yang melampau dan lain-lain lagi 18 menyebabkan kekalahan BERJAYA
dalam pilihan raya 1985. Buktinya, dapat dilihat melalui jadual di bawah:
Keputusan pilihan raya DUN Sabah 1985
Parti politik

1985
Kerusi Dimenangi

PBS

25

BERJAYA

USNO

16

PASOK

JUMLAH

40

Pilihan raya DUN 1985 menyaksikan perubahan dalam politik Sabah apabila
BERJAYA kalah dengan PBS yang mengambil alih tampuk pemerintahan. Seperti
BERJAYA, PBS bukanlah sebuah parti perikatan. PBS yang diketuai oleh Datuk Pairin
Kitingan

mendapat

mandat

rakyat

untuk

memerintah

disebabkan

oleh

ketidakpuasan hati rakyat dengan kepimpinan Harris Salleh. BERJAYA dan USNO
yang kalah dalam pilihan raya tersebut telah meminta supaya pilihan raya diadakan
semula kerana tidak berpuas hati dengan kekalahan mereka. Namun, pilihan raya
yang diadakan pada tahun 1986 memberi kejayaan besar kepada PBS apabila
memenangi 35 kerusi, manakala lawannya USNO meperoleh 12 kerusi dan BERJAYA
pula hanya mendapat satu kerusi. 19 Kemenangan PBS disebabkan perjuangan PBS
cuba mendapatkan hak rakyat Sabah seperti terkandung dalam Perkara 20 Sabah.

18
19

Ibid., hlm. 8.
Ibid., hlm. 10.

16

Perjuangan PBS mendapatkan hak orang Sabahan diteruskan melalui


penyertaan PBS ke dalam Barisan Nasional pada tahun 1986 walaupun permohonan
awal ditolak. Pairin Kitingan berusaha memperjuangkan hak-hak orang Sabahan
daripada Kerajaan Pusat sehingga menimbulkan ketegangan. Namun, tiada satu
pun tuntutan tersebut dipenuhi. Akibatnya, semasa Pilihan Raya Umum 1990, Pairin
mengumumkan PBS keluar daripada Barisan Nasional. Tindakan PBS keluar dari
Barisan

Nasional

mendapat

sokongan

rakyat

Sabah

dan

PBS

memperoleh

kemenangan yang besar dalam Pilihan Raya Umum 1990 itu. Perkembangan politik
selepas tahun 1990 memperlihatkan bagaimana UMNO menyusup masuk ke dalam
Sabah dan mula menguasai politik Sabah sehingga kini.

4.0

PARTI PERIKATAN DI SARAWAK

4.1

Perkembangan Awal Parti Politik Di Sarawak

4.1.1 Sarawak United People Party (SUPP)


Sarawak United People Party ataupun SUPP dtubuhkan pada tahun 1959 oleh
Stephen Yong, Ong Kee Hui dan juga beberapa orang pemimpin bumiputera di
Sarawak pada masa itu. Pada awalnya, Penduduk Sarawak terdiri daripada pelbagai
etnik seperti kaum Cina, Iban, Melayu dan juga kaum kaum yang lain. 20 Oleh itu,
untuk dapatkan sokongan dari semua kaum, SUPP telah membuka keanggotaan
kepada semua kaum dengan kerjasama dengan beberapa orang pemimpin
bumiputera. Walaubagaimanapun, anggota SUPP tetap didominasi oleh orang Cina
dan penubuhan SUPP juga mempunyai empat objektif yang utama iaitu:
I.

Untuk

memajukan

kegiatan

politik

rakyat

Sarawak

dengan

cara

perlembagaan
dan dengan tujuan memperoleh kemerdekaan.
II.

Untuk

menubuhkan

satu

kerajaan

yang

berasaskan

demokrasi

berparlimen.

20

Craig, A. L., Leadership and Power within the Chinese Community of Sarawak: A Historical Survey,
Singapura: McGraw-Hill, 1971, hlm. 212.

17

III.

Untuk

menggalakkan

dan

memastikan

kemajuan

ekonomi

dan

kebudayaan semua kaum dan seterusnya untuk memperbaiki keadaan


ekonomi pekerja-pekerja dan mereka yang berpendapatan rendah.
IV.

Untuk mengekalkan perpaduan kaum dan menyatupadukan semua


bangsa dan untuk menggalakkan rakyat Sarawak bersemangat berdikari.

Penubuhan SUPP tercetus pada tahun 1956 di mana Ong Kee Hui dengan
beberapa orang pemimpin bumiputera Sarawak bercadang untuk menubuhkan
sebuah parti politik berbilang kaum. Gabenar Sarawak pada masa itu, iaitu Sir
Anthony Bell juga memberi galakan kepada Ong Kee Hui untuk memimpin parti
tersebut. Seterusnya, pihak British juga bersetuju dengan cadangan menubuhkan
parti politik kerana British pada masa itu ingin mengelak pengaruh komunis dari
Singapura meresap ke Sarawak. Untuk mengelakkan perpecahan kaum dalam
masyarakat majmuk di Sarawak, pihak British juga menekankan bahawa parti yang
akan ditubuhkan itu harus berbilang kaum.

4.1.2 Parti Negara Sarawak (PANAS)


Parti Negara Sarawak (PANAS) ditubuhkan pada 9 April 1960, iaitu 10 bulan selepas
penubuhan parti politik yang pertama di Sarawak iaitu Sarawak United Peoples
Party (SUPP).21 Idea penubuhan parti politik ini sebenarnya disuarakan oleh Datuk
Bandar Abang Haji Mustapha pada 7 Disember 1959. Kemenangan parti politik SUPP
dalam pilihan raya majlis daerah pada tahun 1959 mendesak kaum Melayu untuk
menubuhkan satu unit parti politik yang baru. Oleh itu, Datuk Bandar Abang Haji
Mustapha telah mengadakan mesyuarat bersama ahli majlis negeri yang tidak
menyertai SUPP bagi membincangkan penubuhan parti politik baharu yang dapat
melindungi kaum bumiputera Sarawak. 22
Malah, pada awal penubuhannya, Parti Negara Sarawak (PANAS) mendapat
sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai kaum seperti kaum Dayak, kaum
21

Sutlive, V. H., TUN JUGAH OF SARAWAK Colonialism And Iban Response, Selangor: Ampang Press
Sdn. Berhad, 1992, hlm. 142.
22
Aziz Zarina Ahmad, TAIB MAHMUD: Ke Arah Impian Bersama Sarawak, Selangor: Ling Wah Press Sdn.
Bhd, 1986, hlm. 30.

18

Cina dan kaum Melayu. Parti ini mendapat sambutan yang baik disebabkan dasar
keahliannya yang terbuka kepada semua kaum dan lapisan masyarakat. Setelah
pendaftaran PANAS diluluskan secara rasmi pada 9 April 1960, pemilihan
jawatankuasa yang pertama dibuat. Pengerusi parti Panas yang pertama ialah Datu
Bandar dan adiknya iaitu Abang Othman sebagai Setiausaha Agung yang pertama
dalam membentuk Parti Negara Sarawak. Sehubungan dengan itu, terdapat
beberapa matlamat dalam penubuhan Parti tersebut iaitu:
I.

Menolong, melindungi, menyokong, menggerakkan dan memajukan

kepentingan

bumiputera dan kepentingan penduduk Sarawak dalam

bidang politik, pelajaran,

agama, ekonomi, sosial dan kebudayaan.

II.

Menuntut pelaksanaan polisi pendidikan kebangsaan yang standard.

III.

Mengembangkan

kebebasan untuk
IV.

dan

menggalakkan

hak

asasi

manusia

dan

semua tanpa mengira agama, kaum dan bahasa.

Mengambil langkah-langkah berkesan untuk menentang ancaman

dalam negeri.

4.1.3 Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA)


Barisan Rakyat Jati Sarawak ataupun dikenali sebagai BARJASA telah ditubuhkan
pada 4 Disember 1961 oleh orang Melayu yang berpendidikan tinggi iaitu di bawah
pimpinan Tuanku Bujang bin Tuanku Osman, seorang aristokrat Sibu. BARJASA
ditubuhkan

akibat

daripada

perbezaan

latar

belakang,

fahaman

dan

juga

perjuangan dengan PANAS, Parti Negara Sarawak pada masa itu yang juga
merupakan parti politik kaum Melayu. Penubuhan BARJASA juga disebabkan oleh
ketidakpuasan hati kaum Melayu dan Melanau terhadap PANAS. Hal ini demikian
kerana PANAS yang dipimpin oleh Abang Haji Mustapha merupakan golongan
aristokrat Kuching. Keadaan ini telah menyebabkan PANAS didominasi oleh kaum
Melayu dari bahagian Kuching.
Malah,kebanyakan mereka yang berjawatan penting dalam BARJASA ialah
golongan yang berpenddikan agama seperti Haji Suut bin Tahir, Ustaz Mohammad
Mortadza bin Haji Daud, Ustaz Abdul Kadir bin Hassan dan Haji Busrah. Seterusnya,
19

terdapat juga golongan intelek seperti Abdul Rahman Yaakud dan Abdul Taib
Mahmud yang menggerakkan BARJASA dari belakang kerana kedua-dua tokoh
tersebut mempunyai kelulusan dalam bidang undang-undang. Mereka juga telah
memainkan peranan yang penting dalam arena politik Sarawak dari lewat tahun
1960-an sehingga sekarang. Lebih-lebih lagi, BARJASA ditubuhkan dengan matlamat
perjuangan seperti berikut:
I.

untuk meyelamat penduduk Sarawak daripada pengaruh komunis.

II.

Untuk memperkenal, melindungi dan mendukung prinsip demokrasi

berparlimen
III.

di Sarawak.
Untuk memelihara dan mengembangkan perasaan muhibah dan

harmoni pada

kalangan

penduduk

Sarawak dan untuk mengembangkan

yang

pelbagai

kaum

di

pertumbuhan bangsa yang kuat

dan bersatu padu.


IV.

Untuk mengambil beberapa langkah yng perlu terhadap kebajikan dan

kemajuan

penduduk asal khasnya dan penduduk Sarawak umumnya.

4.1.4 Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)


Parti

SNAP

merupakan

parti

yang

pertama

ditubuhkan

di

Sarawak

yang

memperjuangkan kepentingan rakyat Sarawak. Umumnya, penubuhan parti SNAP


adalah tindak balas kaum Dayak terhadap penubuhan SUPP, Panas dan Barjasa. Hal
ini kerana penubuhan partiparti yang lain adalah bersifat perkauman yang hanya
memperjuangkan

kepentingan

kaum

tertentu

sahaja.

Oleh

itu,

kaum

Iban

merasakan bahawa mereka perlu menubuhkan sebuah parti politik yang menjaga
dan memperjuangkan kepentingan mereka.
Penubuhan SNAP adalah bermatlamat untuk memberikan peluang kepada
kaum Dayak terlibat aktif dalam bidang politik. 23 Hal ini kerana, setiap parti politik
yang dibentuk adalah memperjuangkan kaum tertentu sahaja. Melalui penubuhan
SNAP, kepentingan kaum Iban dapat disuarakan melalui wakil daripada kaum Iban

23

Kassim Thukiman, MALAYSIA: Perspektif Sejarah dan Politik, Johor: Universiti Teknologi Malaysia,
2002, hlm. 160.

20

itu sendiri. Selain itu, parti ini juga memperjuangkan kepentingan kaum lain yang
menyertai SNAP seperti kaum Bidayuh.
Pada awal penubuhan SNAP, parti ini tidak membuka keahliannya kepada
kaum-kaum yang lain di Sarawak. Walau bagaimanapun, pada tahun 1963
perlembagaan parti telah diubah dan membuka keahliannya kepada kaum yang lain
selain kaum Dayak. Tindakan parti mengubah keahliannya kepada kaum yang lain
menyebabkan ramai ahli baru yang menyertai parti tersebut. Antara yang
menyertai parti tesebut ialah James Wong Kim Min yang kemudiannya menjadi
presiden SNAP selama 22 tahun.

4.1.5 Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA)


Parti Pesaka Anak Sarawak atau Sarawak Native's Heritage Party (PESAKA), atau
juga dikenali juga sebagai PAPAS, merupakan salah satu bekas parti politik
peringkat negeri yang ditubuhkan pada bulan Julai 1962 di Sarawak, Malaysia. 24
Parti ini merupakan parti politik kedua kaum Iban selepas Parti Kebangsaan Sarawak
(SNAP) didaftarkan pada Mac 1961. Bersama-sama empat orang pemimpin daripada
kaum Iban di Sibu, Tun Jugah yang meninggalkan Parti Negara Sarawak (PANAS)
mengasaskan Pesaka untuk menentang SNAP yang mendapat sokongan yang kuat
daripada kaum Iban Sibu. Malah, objektif utama pembentukan Pesaka ialah:
I.

Untuk membantu semua kaum Dayak supaya bersatu dalam mengejar

matlamat

dan kepentingan bersama dengan tujuan mengembang

dan melaksanakan

kejayaan

mereka

dalam

kerajaan

di

negeri

Sarawak.
II.

Untuk memelihara warisan Sarawak yang mempunyai peningkatan

berhubung

dengan politik, sosial, ekonomi dan kebudayaan khasnya

kepada kaum Dayak


III.

dalam dunia yang terus-menerus berubah.

Untuk memastikan bahawa melalui cara perlembagaan kaum Dayak

mempunyai

hak

yang

tercatat

dalam

pembentukan

kerajaan

persekutuan.
24

Ritchie, J., SARAWAK: A Gentlemans Victory for Taib Mahmud, Kuala Lumpur: Pelanduk Publications
Sdn. Bhd, 1987, hlm. 1.

21

Menjelang Ogos 1962, parti baru Pesaka telah tumbuh di Sibu untuk orang
Iban

dari

Batang

Rajang.

Penaja-penajanya

telah

enggan

menyertai

Parti

Kebangsaan Sarawak (SNAP) yang mengikut mereka adalah untuk orang Iban dari
Saribas.
Antara tokoh yang berperanan penting dalam penubuhan parti Pesaka ialah
Penghulu Masam Anak Radin, T.R. Francis Bujang anak Manja, Penghulu Francis
Umpau, Pengarah Banyang dan Penghulu Chundi anak Resa. Temenggong Jugah,
Temenggong Oyong Lawai Jau dan Jonathan Bangau pula menyertainya kemudian.
Sementara Jugah dan Oyong Lawai Jau adalah pada mulanya ahli Parti Negara
Sarawak (PANAS), Bangau pula ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

4.1.6 Sarawak Chinese Association (SCA)


SCA ataupun Sarawak Chinese Association telah ditubuhkan pada tahun 1962 dan
penubuhan SCA telah diusahakan oleh dua suku kaum Cina, iaitu suku Teochew di
Kuching dan suku Foochow di Sibu. Kebanyakan anggota SCA merupakan golongan
peniaga Cina dan golongan pelajar Cina yang berpendidikan Inggeris dan mereka
yang tidak berpuas hati dengan perjuangan SUPP.
Penubuhan SCA telah menerima galakkan daripada MCA atau Malaysian
Chinese Association dari Tanah Melayu bagi meluaskan pengaruh mereka dalam
politik Sarawak dan berperanan menjaga kepentingan orang Cina di Sarawak. Selain
itu, perjuangan SUPP yang pro-pembangkang juga menyebabkan campur tangan
MCA

untuk

membantu

menubuhkan

sebuah

parti

alternatif

Cina

untuk

memecahbelahkan sokongan orang Cina terhadap SUPP. Kemungkinan Sarawak


akan mencapai kemerdekaan pada tahun 1963 menyebabkan beberapa orang Cina
yang kaya melihat betapa perlunya mereka menubuhkan sebuah parti alternatif
kepada SUPP. Seterusnya, SCA telah ditubuhkan dan jawatan pengerusi pertama
SCA telah disandang oleh Willian Tan, iaitu seorang suku Teochew dari Kuching.
Pada awal penubuhan, Majlis Tertinggi SCA dianggotai oleh majoriti kaum
Cina dari Kuching yang terdiri daripada suku Teochew. Walau bagaimanapun,
setelah beberapa tahun penubuhan, Majlis Tertinggi SCA berpindah tangan kepada
suku Foochow yang berasal dari Sibu. Namun begitu, SCA telah diburbarkan pada
22

tahun 1974 setelah SUPP menyertai parti kerajaan pada tahun 1970. Keadaan ini
disebabkan oleh dua faktor, iaitu setelah SUPP menyertai parti kerajaan, sekatan
terhadap sokongan parti pembangkang tidak diperlukan lagi, dan sebab kedua ialah
SCA kurang mendapat sambutan dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri
Sarawak pada tahun 1970 iaitu cuma memenangi 3 kerusi daripada 48 kerusi.
Apabila SCA diburbarkan, kebanyakan anggota SCA telah menyertai SUPP.

4.2

Permulaan Parti Perikatan atau Parti Gabungan Di Sarawak

4.2.1 Tahap Pertama (1963-1966)


Selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak berlangsung pada tahun 1963 telah
menyaksikan gabungan beberapa parti politik bagi membentuk kerajaan perikatan,
iaitu SCA, PESAKA, BARJASA dan SNAP telah membentuk kerajaan dengan Stephen
Kalong Ningkan sebagai Ketua Negeri. Manakala parti pembangkang pada masa itu
ialah SUPP dan PANAS. 25 Pada tahap pertama ini iaitu antara tahun 1963 sehingga
1966, penubuhan parti politik adalah berlandaskan etnik tertentu. Kecenderungan
ini disebabkan oleh semangat keetnikan yang mahu memperjuangkan kepentingan
etnik masing-masing. Idea untuk membentuk gabungan dengan parti lain bertujuan
untuk berkongsi kuasa dan membela nasib etnik masing-masing. Seperti keadaan di
Semenanjung Malaysia dan Sabah, masyarakat Sarawak turut terdiri daripada
pelbagai etnik. Oleh itu, gabungan dengan parti etnik yang lain adalah perlu bagi
menjamin perkongsian kuasa dan memastikan kepentingan mereka dilindungi.
Maka, gabungan awal perikatan di Sarawak ini sememangnya bertujuan untuk
berkongsi kuasa dan membela nasib etnik masing-masing.

4.2.2 Tahap Kedua (1966-1970)


Pada tahap kedua iaitu antara tahun 1966 sehingga 1970 telah berlaku perubahan
sama ada di barisan pembangkang mahupun kerajaan perikatan. Di barisan
pembangkang, masih wujud dua buah parti, tetapi berubah dari segi komponen
25

Ibid., hlm. 61.

23

parti kerana SNAP yang pernah membentuk kerajaan dengan SUPP telah menjadi
pembangkang. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh krisis tahun 1965 sehingga
1966 yang membawa kepada pemecatan Stephen Kalong Ningkan. Di pihak
kerajaan pula, telah berlakunya penyatuan antara parti Barjasa dan PANAS yang
membentuk sebuah parti iaitu Bumiputera walaupun Parti PANAS sebelum ini adalah
merupakan parti pembangkang.26
Hal ini berlaku apabila kenaikan Tawi Sli menjadi ketua menteri membawa
beberapa perubahan kepada corak politik Sarawak apabila kemasukan SNAP ke
dalam barisan pembangkang bersama SUPP dan Panas telah menambahkan lagi
cabaran atau tekanan terhadap kerajaan di bawah Pesaka kerana walaupun SNAP
berada di barisan pembangkang, namun sokongan terhadap parti itu masih lagi
kuat. Setahun selepas SNAP keluar daripada kerajaan, parti tersebut telah
mendapat sokongan padu daripada kaum Iban dan menyebabkan parti SNAP telah
mendapat kemenangan mudah pada pilihan raya 1963. Namun begitu, sokongan
yang diperolehi tidak dapat membawa parti SNAP menerajui kerajaan setelah
menjadi pihak pembangkang dan gagal merampas pucuk pimpinan daripada
Pesaka.
Di samping itu, kekuatan parti politik kaum peribumi Islam mula meningkat
apabila PANAS dan Barjasa bersatu menjadi parti Bumiputera pada November 1966.
Dengan pembentukan parti Bumiputera, kabinet Tawi Sli yang yang asalnya
dikuasai oleh empat buah parti politik iaitu Pesaka, Barjasa, PANAS, dan SCA telah
bertukar dan didominasi oleh tiga buah parti politik sahaja iaitu Pesaka, Bumiputera,
dan juga SCA. Gabungan ini juga membuktikan bahawa hanya dengan dengan
gabungan parti lain sahaja membolehkan kuasa berada di tangan parti yang
bergabung. Tidak akan ada satu parti yang boleh memerintah Sarawak secara
sendiri disebabkan kepelbagaian etnik dalam kalangan masyarakatnya. Hal ini kita
boleh melihat melalui peningkatan prestasi parti SNAP yang memperoleh banyak
kemenangan tetapi tidak dapat menjadi pemerintah di Sarawak kerana tidak
mendapat sokongan daripada etnik lain. Ringkasnya, hanya melalui parti gabungan,
kuasa dan kepentingan semua etnik terjaga kerana mendapat sokongan daripada
pelbagai etnik yang bergabung dalam sebuah parti gabungan.
26

Ahmad Nidzammuddin Sulaiman, Politik Sarawak, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994,
hlm. 13.

24

4.2.3 Tahap Ketiga (1970-1974)


Bagi tahap ketiga pula, iaitu antara tahun 1970 sehingga 1974, telah wujudnya
kerajaan campuran pertama di Sarawak apabila SUPP sanggup menyertai kerajaan
pada tahun 1970. Dengan itu, terdapat empat buah parti dalam kerajaan campuran
dan tinggallah SNAP sebagai parti pembangkang yang unggul dan tunggal. Pada
tahap ini, SNAP telah memperluaskan lagi konsep keahlian berbilang kaumnya dan
memperoleh banyak kerusi dalam pilihan raya pada tahun 1974. Disebabkan itu,
kerajaan telah menarik SNAP ke dalam kerajaan Barisan Nasional pada tahun 1974.
Kemasukan SUPP kedalam kerajaan Campuran pada asalnya adalah ketika
menghadapi pilihan raya 1970, ketika berlaku perpecahan dalam perikatan
Sarawak. Parti Pesaka di bawah pimpinan Tawi Sli tidak dapat menerima kaum
peribumi

Islam

untuk

menjadi

pemimpin

Perikatan.

Perpecahan

ini

telah

menyebabkan parti Bumiputera parti Bumiputera dan Pesaka bersedia untuk


bertanding antara satu sama lain di 17 kawasan negeri dan tujuh kawasan untuk
kerusi Parlimen. Ekoran daripada ini, menyedari kemungkinan pembentukan
kerajaan campuran diperlukan, Tun Abdul Razak, telah mengambil langkah untuk
membuat perundingan dengan pemimpin SUPP untuk memilih SUPP sebagai parti
pembangkang bagi membentuk kerajaan campuran pertama di Sarawak.
Oleh yang demikian, SUPP telah bersedia untuk membentuk kerajaan
Campuran dengan parti Bumiputera. SUPP menegaskan sekiranya prinsip yang
dijanjikan semasa pilihan raya dilaksanakan maka SUPP sanggup bekerjasama
dengan kerajaan pusat. Hasilnya, pada 5 Julai 1970, keptusan pilihan raya telah
diumumkan dan parti Bumiputera telah memenangi 12 kerusi SUPP 12 kerusi, SNAP
12 kerusi, Pesaka 8 kerusi, SCA 3 kerusi dan parti bebas satu kerusi. Ekoran
daripada itu juga, SUPP telah bersedia untuk membentuk kerajaan Campuran
dengan Bumiputera, SCA dan pesaka. Dengan penyertaan SUPP dalam parti
perikatan, parti Pesaka dan SCA telah menjadi kurang berpengaruh. Di pihak
pembangkang pula, kemasukan SUPP ke dalam Perikatan Sarawak telah menjadikan
SNAP sebagai parti pembangkang yang tunggal dan masih menunjukkan pengaruh
yang kuat. Ringkasnya, konsep kerajaan Campuran dengan parti lain adalah sama
dengan konsep parti gabungan yang membuktikan kepentingan pembentukan
25

gabungan dengan parti untuk mendapatkan kemenangan dalam pilihan raya.


Kerajaan Campuran yang dibentuk di Sarawak berjaya mendapat mandat daripada
rakyat untuk memerintah Sarawak berbanding parti yang berjuang sendiri.

4.4.4 Tahap Keempat (1974 sehingga 1979)


Antara tahun 1974 sehingga 1983 pula menunjukkan berlakunya perubahan yang
menarik kerana ketika ini tiada satu pun parti yang berada di pihak pembangkang.
Hal ini berlaku apabila SNAP bersedia untuk menyertai kerajaan Barisan Nasional
pada bulan Jun 1976. Di pihak kerajaan pula, berlaku sekali lagi gabungan parti
politik

antara

Bumiputera

dan

Pesaka

lalu

membentuk

PBB

yang

telah

memperkukuhkan lagi kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Abdul Rahman


Yaakub.
Hal ini berlaku apabila Abdul Rahman Yaakub berusaha untuk menyatu
padukan Parti Bumiputera dengan Pesaka sebelum Pilihan raya 1974 diadakan dan
akhirnya pada tahun 1973, Parti Pesaka dan Bumiputera bergabung menjadi Parti
Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). Pembentukan PBB ini telah memperkukuhkan
kedudukan Abdul Rahman Yaakub sebagai ketua menteri Sarawak dan semangat
beliau untuk memupuk perpaduan kaum terus diperkukuhkan dengan cadangan
untuk menarik SNAP kedalam parti Barisan Nasional. Justeru itu, selepas pilihan
raya 1974, beberapa perjumpaan telah diadakan antara Abdul Rahman Yaakub
dengan pimpinan SNAP Stephen Kalong Ningkan walaupun terdapat sedikit salah
faham antara mereka selepas itu, tetapi dengan rancangan pemberian pencen
kepada bekas ketua menteri telah disambut baik oleh Stephen Kalong Ningkan. Dan
akhirnya, pada 22 Mac 1976, Leo Monggie setiausaha Agung SNAP telah
memberitahu pihak akhbar bahawa SNAP akan menjadi sebuah parti komponen
Barisan Nasional pada peringkat Negri dan juga Persekutuan. 27

27

Ibid., hlm. 54.

26

4.4.5 Tahap Kelima (1979-1983)


Pada tahap ini sehingga tahap tujuh akan akan dibincangkan memperlihatkan satu
perkembangan

baru

dalam

perkembangan

politik

Sarawak

apabila

berlaku

perpecahan dalam setiap parti kerajaan yang membawa kepada penubuhan


pembangkang yang baru. Akibat daripada pepecahan ini juga, dalam pilihan raya
1979

telah

memperlihatkan

bahawa

PBB,

SUPP

dan

SNAP

masing-masing

mempunyai pencabar yang tersendiri daripada pihak kerajaan.


Parti SNAP mengalami perpecahan pada tahun 1979 apabila Endawie ingin
meletak jawatan sebagai presiden berikutan dengan perlantikan beliau sebagai
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand. Hal ini telah menyebabkan berlakunya
perebutan kuasa dalam ahli SNAP sehinggakan golongan Dayak ingin parti terus
dipimpin oleh kaum Dayak dan mencadangkan Leo Moggie sebagai presiden yang
baru. Namun, kehendak ini tidak dapat diterima oleh kaum Dayak dan juga
sebahagian daripada mereka memutuskan untuk memilih James Wong sebagai
pemimpin. Berlakulah pergeseran di dalam ahli SNAP terutama dalam pilihan raya
1982. Terdapat ahli SNAP keluar daripada parti dan menyertai parti Bebas dan
mendapat simpati daripada ahli SNAP yang pro- Leo Monggi. Misalnya, Daniel Tajem
yang menyokong Edwin Tangkun telah dipecat dan beliau dan beberapa orang 28ahli
SNAP telah menubuhkan Parti bersatu dayak Sarawak (PBDS) pada September
1983. Perpecahan dalam parti pembangkang terutamanya SNAP menyebabkan
sokongan beralih kepada parti PBDS yang memperoleh kemenangan dalam pilihan
raya 1983 apabila menyertai Barisan Nasional sekaligus menunjukkan sokongan
terhadap parti perikatan masih lagi kukuh atas kepercayaan rakyat bahawa parti
perikatan boleh menjamin kepentingan mereka terjaga selain dapat berkongsi
kuasa dengan etnik lain.

4.2.6 Tahap Keenam (1983-1987)


Antara tahun 1983 sehingga 1987 telah berlakunya pergolakan dalam parti SNAP
dan PBB yang membawa kepada pembentukan PBDS dan USNA. Bagaimanapun,
penubuhan PBDS tidak meletakkannya di barisan pembangkang, tetapi kekal dalam
kerajaan
28

yang

akhirnya membentuk

Barisan

Nasional

Plus.

Manakala

bagi

Ibid., hlm. 77.

27

penubuhan USNA pula adalah lebih memihak kepada barisan pembangkang iaitu
bersatu dengan DAP sebagai penentang pihak kerajaan.
Pada awalnya, ahli SNAP telah menuduh PBB menjadi dalang kepada krisis
parti SNAP terutama pada tahun 1982. Tuduhan mereka adalah berasaskan kepada
tindakan Abdul Taib Mahmud yang masih mengekalkan ahli SNAP yang telah dipecat
dalam kabinet beliau seperti Daniel Tajim, Gramong Juna, dan Ambrose Gramong.
Maka, pada ketika itu juga, terdapat pemimpin PBB yang terlibat dalam
memecahkan SNAP telah mengambil tindakan untuk mengusahakan penubuhan
PBDS dan PBDS ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1983 dan diterima di
dalam Barisan Nasional. Sokongan kaum Dayak terhadap parti SNAP mula pudar
selepas tertubuhnya parti PBDS yang menyemarakkan semangat berpuak-puak
dalam parti itu sendiri. Penubuhan parti PBDS telah memberi saingan kepada parti
SNAP kerana parti PBDS mendapat sambutan yang mengalakkan daripada orang
Dayak yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti SNAP. Keputusan pilihan
raya juga menunjukkan

Barisan Nasional negeri iaitu parti PBB dan parti SUPP

berjaya memenangi pilihan raya tersebut iaitu 30 kerusi daripada 32 kerusi yang
dipertandingkan. Manakala parti SNAP memenangi lapan kerusi dan Bebas empat
kerusi.29 Kemenangan parti PBDS memenangi sebanyak enam kerusi daripada 12
kerusi yang dipertandingkan menunjukkan bahawa sokongan yang diberikan oleh
Taib Mahmud kepada parti ini telah membawa kemenangan kepada parti PBDS. Ini
merupakan satu petanda bahawa perjuangan mereka mendapat restu daripada
pucuk pimpinan negeri walaupun baru tiga bulan ditubuhkan.

4.2.7 Tahap Ketujuh (1987-1990)


Pada tahap terakhir topik perbincangan ini, ketika tempoh antara 1987 sehingga
1990

telah

menunjukkan

bahawa

berlakunya

perpecahan

dalam

kalangan

Bumiputera Islam dan juga kaum Dayak. PBDS sebelum ini yang menjadi komponen
Barisan Nasional Plus telah memihak kepada pembangkang. Perpecahan dalam PBB
untuk kali ketiga ini telah menyebabkan penubuhan Permas telah berada sama
dengan kedudukan PBDS dan juga DAP sebagai parti pembangkang.
29

Ahmad Nidzamuddin Sulaiman et al. 1994, op. cit., hlm. 95.

28

Keluarnya PBDS daripada parti kerajaan adalah disebabkan semangat kaum


Dayak lebih-lebih apabila PBDS mempengaruhi masyarakat di kawasan luar bandar
dan membangkitkan sentiment perkauman Dayak. Dayakisme telah digunakan
sebagai alat untuk menyatupadukan orang Dayak dan kaum ini mula terpengaruh
dengan idea yang berlandaskan politik perkauman untukm mencapai kegemilangan
politik. Lebih-lebih lagi dengan adanya isu balak yang berlaku antara Abdul Taib
Mahmud dan juga Abdul Rahman Yaakub kerana masing-masing menyalahkan
sesama sendiri tentang pengeluaran lesen balak tersebut. Isu penapisan lesen
balak merupakan salah satu isu yang menyebabkan masyarakat Dayak semakin
luntur kepercayaan terhadap Abdul Taib Mahmud apabila beliau tidak mengaku
dengan perbuatannya yang dikatakan telah menyalahgunakan lesen dengan
menjual dan memindahkan lesen balak tersebut.
Ekoran daripada itu, berlakulah krisis politik apabila tindakan empat orang
menteri dan tiga orang Timbalan Menteri meletakkan jawatan masing-masing dan
mereka bersama 28 orang Ahli Dewan Undangan Negeri yang lain telah
mengadakan mesyuarat di Hotel Ming Court Kuala Lumpur. Mereka menamai diri
dengan Kumpulan Bersatu atau Kumpulan Maju. Kumpulan ini menuntut supaya
Ketua Menteri, iaitu Abdul Taib Mahmud meletakkan jawatan. Jika beliau tidak
meletakkan jawatan maka mereka akan mencadangkan undi tidak percaya ke
atasnya. Maka dengan itu, ahli SNAP, SUPP, PBB, dan PBDS menyertai kumpulan
Maju untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Abdul Taib Mahmud. 30 Walau
bagaimanapun, tidak semua parti komponen Barisan Nasional negeri yang merestui
tindakan beberapa orang ahlinya yang menyertai Kumpulan Maju. Parti komponen
seperti SUPP, SNAP, dan PBB menyatakan bahawa mereka menyokong penuh
kepimpinan Abdul Taib Mahmud. Oleh itu, ahli yang terlibat dengan Kumpulan Maju
dan dengan itu pucuk kepemimpinan Barisan Nasional negeri menganggap bahawa
PBDS telah menarik diri keluar daripada Barisan Nasional Negeri.
Dengan itu, PBDS telah dikira menarik diri daripada parti kerajaan dan
menjadi parti pembangkang yang menentang kerajaan dan menjelang pilihan raya
tahun 1987, Kumpulan anti-Taib dalam PBB telah menubuhkan Persatuan Rakyat
Malaysia Sarawak (Permas). Kebanyakan mereka yang terlibat dengan penubuhan
ini ialah PBB yang telah meninggalkan parti itu dan menyertai Kumpulan Maju.
30

Ibid., hlm. 96.

29

Berdasarkan keputusan Pilihan Raya 1987, Barisan Nasional Tiga yang terdiri
daripada

parti

SNAP, parti PBB dan parti SUPP mendapat sebanyak 28 kerusi,

manakala Kumpulan Maju iaitu parti PBDS dan Permas berjaya memenangi 20
kerusi.31 Keputusan tersebut mengecewakan parti BN kerana mereka meramalkan
akan memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi. Bagi pihak pembangkang,
keputusan pilihan raya tersebut adalah satu kejayaan yang besar terutama sekali
bagi PBDS kerana berjaya menambahkan kerusinya dua kali ganda. Ringkasnya,
perikatan yang diwujudkan oleh parti kerajaan dan pembangkang membuktikan
bahawa kepentingan mewujudkan parti perikatan bagi mendapatkan sokongan
untuk memerintah yang sekaligus akan menjamin hak setiap etnik terjaga.

5.0

KESIMPULAN

Melalui analisis yang kami lakukan, perkembangan parti gabungan di Semenanjung


Malaysia, Sabah dan Sarawak menunjukkan perkembangan. Perkembangan parti
gabungan di Semenanjung Malaysia dan Sarawak lebih awal berbanding Sabah
disebabkan pendidikan dan dasar yang dijalankan oleh penjajah sebelum Malaysia
dibentuk. Di Sabah pula, perkembangan parti gabungan ini lambat kerana faktor
pendidikan dan dasar penjajah yang tidak menggalakkan rakyat terlibat dalam
kegiatan berpolitik. Namun, perkembangan parti gabungan di Sabah terhenti pada
tahun 1976 apabila BERJAYA yang merupakan parti multi-racial menguasai negeri
Sabah yang kemudian diteruskan oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) setelah kejatuhan
BERJAYA. Parti gabungan di Sabah kembali semula pada tahun 1994 apabila UMNO
bekerjasama dengan parti bumiputera di Sabah. Jelaslah bahawa parti gabungan
satu penyelesaian ke arah perkongsian kuasa dan pembelaan etnik.
Secara keseluruhannya, perkembangan Parti Perikatan atau gabungan di
Malaysia adalah berbeza dalam setiap Pilihan Raya Umum yang diadakan. Ternyata,
perikatan yang dibentuk antara satu parti dengan parti-parti merupakan satu jalan
penyelesaian ke arah perkongsian kuasa dan pembelaan etnik kerana sifat
masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Tambahan pula, tidak akan ada satu
parti pun yang boleh memerintah negara ini secara sendiri melainkan melalui
31

Sabihah Osman, Pembangunan Politik Sarawak: Satu Penelusuran Sejarah, Kota Kinabalu: Universiti
Malaysia Sabah, 2009, hlm. 25.

30

pembentukan gabungan dengan parti lain. Buktinya, kita boleh lihat melalui
perikatan yang dibentuk oleh parti-parti di Semenanjung Malaysia, Sabah dan
Sarawak yang mengambil kira kepentingan setiap kaum di dalam parti tersebut.
Maka, tidak hairanlah perjuangan parti yang membentuk perikatan mendapat
sokongan daripada rakyat kerana rakyat percaya bahawa hak mereka akan lebih
terjamin jika menyokong Parti Perikatan.

RUJUKAN
Ahmad Nidzammuddin Sulaiman et. al. 1994. Politik Sarawak. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa
dan Pustaka.
Aziz Zarina Ahmad. 1986. TAIB MAHMUD: Ke Arah Impian Bersama Sarawak.
Selangor: Ling
Wah Press Sdn. Bhd.
Azman Zakaria. 2008. Analisis Sejarah Keputusan Pilihan Raya Di Malaysia. Shah
Alam:
Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).
Craig, A. L. 1971. Leadership and Power within the Chinese Community of Sarawak:
A Historical
Survey. Singapura: McGraw-Hill.
Edwin, L. 1977. The Tawkey of Sabah. Singapore: Singapore University Press.
Hairi Abdullah, Abdul Samad Hadi & Zulkifly. 1986. Sabah: Perubahan Dalam
Pembangunan,
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia Yayasan Sabah.
Hairi Abdullah, Zulkifly & Fatimah Karl. 1989. Integrasi Sabah. Bangi : Universiti
Kebangsaan
Malaysia.

Kassim Thukiman. 2002. MALAYSIA: Perspektif Sejarah dan Politik. Johor: Universiti
Teknologi
Malaysia.
Mauzy, D. K. 1983. Barisan Nasional. Kuala Lumpur: Marican & Sons.
Mazlan Abdullah. 1981. Sejarah Malaysia Timur. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors.
31

Muhammad Agus Yusoff. 1999. The Politics of centre-state conflict: the Sabah
experience
under the ruling Sabah Allience (1963-1976). JEBAT(26).
Mohammad Agus Yusoff. 2002. Politik Federealisme di Malaysia: Pengalaman Sabah,
Jati(7).
Mohd Ali Kamarudin. 2004. Penaungan Dalam Kepimpinan Poitik Melayu UMNO
Kelantan
1946-90. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Sarim Hj. Mustajab. 2003. Sabah Dalam Konteks Pembinaan Nasion Malaysia
Prosiding
Seminar Kebangsaan Pembinaan Nation Malaysia. Kota Kinabalu: PPIB.
Mohd. Sohaimi Esa. 2009. Kelahiran Parti Politik di Sabah: Kajian Akhbar Tempatan
(1961
1962), MANU XV (71-90).
Nidzam Sulaiman & Sabihah Osman. 2000. Kepimpinan Melayu Muslim Sarawak.
Sarawak:
Michael Leigh editor Borneo.
Ongkili, J.P. 1972. Modernization in East Malaysia, 1961-71. Kuala Lumpur: OUP.
Ritchie, J. 1987. SARAWAK: A Gentlemans Victory for Taib Mahmud. Kuala Lumpur:
Pelanduk
Publications Sdn. Bhd.
Rusniyati Mahiyaddin. 2008. Pilihan Raya Ke-12: Satu Perubahan Di Malaysia. Shah
Alam:
Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).
Sabihah Osman.
Kebangsaan
Malaysia.

1986.

Perkembaangan

Politik

Sabah.

Selangor:

Universiti

Sabihah Osman. 2009. Pembangunan Politik Sarawak: Satu Penelusuran Sejarah.


Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
Sutlive, V. H. 1992. TUN JUGAH OF SARAWAK Colonialism And Iban Response.
Selangor:
Ampang Press Sdn. Berhad.

32

You might also like