You are on page 1of 2

Misi Visi Dan Objektif

civildefence.gov.my/en/profil-apm/maklumat-korporat/misi-visi-dan-objektif/

June 17, 2015

Takrif Pertahanan Awam


Maksud mengikut Akta Pertahanan Awam 1951(Akta 221) terbahagi kepada dua keadaan
iaitu:

SEMASA PEPERANGAN
Bermaksud apa-apa jua langkah yang tidak melibatkan penggunaan senjata bagi
menghadapi serangan permusuhan samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau
selepas masa serangan musuh.

SEMASA AMAN
Bermaksud apa-apa jua langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda
samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas sesuatu bencana.

Berdasarkan Akta 221 tersebut dapat difahami bahawa Pertahanan Awam itu berfungsi
dalam masa aman, masa peperangan dan mangsa bencana dengan mengambil apa-apa
jua langkah bagi menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta
kerosakan ke atas harta benda penduduk awam.

Visi, Misi Dan Moto


VISI
Menjadi Angkatan Pertahanan Awam Yang Kompeten Dalam Kesiapsiagaan
Awam, Perlindungan Rakyat dan Pengurusan Bencana.

MISI
Memperkasa Kesiapsiagaan Awam Untuk Keselamatan Dan Kesejahteraan Negara.

MOTO
“SEDIA PANTAS BERINTEGRITI”

Objektif
Mengurangkan risiko akibat bencana dengan cara:

1. Menyediakan latihan menyelamat kepada orang awam.


2. Mewujudkan serta mengendalikan sistem amaran bencana.
3. Menyediakan pusat-pusat perlindungan semasa berlakunya bencana.

Memberi respond kepada bencana dengan cara:

1. Menubuhkan pasukan (First Responder).


2. Menyediakan perkhidmatan kecemasan.

1/2
Memberikan perkhidmatan pemulihan dengan cara:

1. Membantu dalam aktiviti pembersihan kawasan yang di landa bencana.


2. Membantu aktiviti pembangunan semula kawasan yang di landa bencana.
3. Menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada mangsa bencana.

Teras Strategik
1. Pemantapan dasar pertahanan awam negara dan perundangan
2. Keutuhan rakyat dan kesejahteraan negara
3. Pemerkasaan angkatan
4. Pemantapan penyampaian perkhidmatan

Nilai & Teras


1. Integriti
2. Komitmen
3. Kualiti
4. Inovasi Dan Kreativiti
5. Profesionalisme
6. Semangat Kekitaan dan Sepunya
7. Keterbukaan
8. Kebolehpercayaan

2/2

You might also like