You are on page 1of 8

KERTAS KERJA

KEJOHANAN FUTSAL PIALA YB SENATOR


DATUK CHIN SU PIHN

TARIKH CADANGAN

02 JULAI 2017

TEMPAT

GELANGGANG FUTSAL BATU 4 SANDAKAN

ANJURAN

MURAQABAH FC

KATEGORI

TERBUKA
1. PENDAHULUAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua peminat futsal tanahair. Pihak penganjur
begitu berbesar hati dengan adanya penganjuran sebegini akan menaikkan semangat sukan
futsal untuk terus bergiat aktif dalam sukan ini. Dengan adanya aktiviti sihat begini bukan sahaja
dapat menggumpulkan pelbagai lapisan masyarakat sekaligus dapat merealisasikan hasrat
kerajaan untuk menambat hati belia-belia dengan program yang diadakan. Semoga penganjuran
ini akan mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan.
2. MATLAMAT KEJOHANAN

2.1 Menyeru belia-belia dan masyarakat setempat menjadikan sukan sebagai gaya hidup sihat
sepanjang penghidupan.
2.2 Menarik minat dan menyokong usaha murni kerajaan.
23. Mendaftarkan seramai mana pengundi di DUN Sg. Sibuga melalui aktiviti sukan ini.
24. Mengeratkan silaturahim dikalangan masyarakat dan membudayakan kerja berpasukan
dalam satu jentera yang besar.
25. Mengelakkan aktiviti kurang sihat dan tidak berfaedah.
2.6 Melaksanakan misi dan visi yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi golongan sasar.

3. TARIKH DAN TEMPAT KEJOHANAN

TARIKH VENUE KEJOHANAN

1. 02 JULAI 2017 Gelanggang Futsal BATU 4 SANDAKAN

4. AHLI JAWATANKUASA KEJOHANAN


Terdiri daripada pelbagai lapisan latar belakang termasuklah mereka yang bergiat aktif dalam
sukan Futsal dan Bola Sepak.

5. YURAN PENYERTAAN
Bagi menyeru minat belia-belia muda dan masyrakat setempat, pihak pengajur telah
menetapkan yuran kejohanan serendah RM200.00 sahaja bagi satu pasukan.

6. PENYERTAAN
TERBUKA
7.HADIAH KEMENANGAAN

JOHAN Wang Tunai RM 1500.00 Piala & Medal

NAIB. JOHAN Wang Tunai RM 1000.00 Medal

KETIGA Wang Tunai RM 500.00 Medal

7. UNDANG-UNDANG KECIL PERTANDINGAN


7.1 Undang-Undang Kecil Pertandingan di dalam kejohanan ini adalah mengikut undang-undang
Futsal yang telah ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Sabah (SABAH FA), Persatuan Bola Sepak
Malaysia (FAM) dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Rujuk Lampiran Undang-Undang Kecil Kejohanan Futsal DUN N.41 Sg. Sibuga 2016.

8. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PENDAPATAN RM BIL PERBELANJAAN RM

1 Yuran R200x32 pasukan 6400.00 1 Hadiah Kemenangan 3000.00

2 Penajaan / Sumbangan 3,000.00 2 Pengadil RM22x67 perlawanan 1474.00


(3 Venue berbeza)

Medal 288.00
(8 orang X 3 pasukan X RM12.00)

Piala 250.00
Johan RM250

Elaun Urusetia Kejohanan 500.00


10 orang X RM50 x 1hari

SEWA KOD FUTSAL 2720.00


RM85 X 4 X 8JAM
3 venue

Baju AJK RM25x10 orang 250.00

JUMLAH 9,400.00 JUMLAH 8,482.00

DISEDIAKAN OLEH

________________________________
(MOHAMMAD ISKANDAR SHAH BIN AB SHAH

LAMPIRAN

UNDANG-UNDANG KECIL KEJOHANAN FUTSAL PIALA YB SENATOR DATUK CHIN SU PIHN.

1. NAMA KEJOHANAN.

1.1 Nama kejohanan ini dinamakan FUTSAL PIALA YB SENATOR DATUK CHIN SU PIHN
2. UNDANG-UNDANG PERMAINAN.
21. Undang-Undang Kecil Pertandingan di dalam kejohanan ini adalah mengikut undang-undang futsal
yang telah ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Sabah (SABAH FA), Persatuan Bola Sepak Malaysia
(FAM) dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

3. KELAYAKAN PEMAIN

3.1 Terbuka kepada Warganegara Malaysia .


3.2 Pengundi dan warga setempat.

4. PENDAFTARAN PASUKAN, PEMAIN DAN PEGAWAI.

4.1 Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar maksimum 8 orang pemain sahaja.
4.2 Mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan akan diadakan setelah 8 pemain telah didaftarkan.
4.3 Setiap pasukan wajib mengisytiharkan warna jersi, seluar, stoking dan warna jersi penjaga gol yang
dipakai semasa kejohanan berlangsung. 2 set jersi diwajibkan dalam satu pasukan.
4.4 Pasukan yang tersenarai dahulu dalam jadual pertandingan dianggap sebagi TUAN RUMAH dan ada
hak untuk memilih jersi.
4.5 Setiap jersi diwajibkan bernombor.
4.6 Pengurus-Pengurus Pasukan dikehendaki mematuhi dan mengambil tindakan sepatutnya bagi
melancarkan kejohanan ini.

5. SISTEM PERTANDINGAN.

5.1 Pertandingan ini dijalankan secara liga kumpulan. Pasukan yang mendapat mata yang banyak dikira
Johan Kumpulan.
5.2 Hanya dua pasukan iaitu Johan dan Naib Johan sahaja yang akan kepusingan seterusnya bagi
menentukan Johan dalam Sistem Kalah Mati.
5.3 Bagi pusingan KE 2 Ssehingga FINAL, JIKA seri, maka sepakan PENALTI TERUS akan dijalankan.

5.4 Kedudukan Liga akan ditentukan menguikut urutan berikut:


5.4.1 Mata (Menang -3, Seri- 1, Kalah -0)
5.4.2 Sekiranya sama mata, maka jumlah perbezaan gol terbanyak diambil kira.
5.4.3 Jika masih seri, pasukan yang mempunyai jaringan gol yang terbanyak diambil kira.
5.4.4 Jika masih seri lagi, maka keputusan perlawanan diantara pasukan diambil kira.
5.4.5 Jika masih seri lagi, sepakan penalti akan dijalankan.

6. KELAYAKAN PENGURUS PASUKAN & JURULATIH

6.1 Setiap pasukan yang menyertai kejohanan ini perlu melantik seorang Pengurus dan Jurulatih.

7. PERATURAN PERLAWANAN

7.1 Borang pendaftaran akan diedarkan oleh Urusetia dan perlu dikembalikan dua hari sebelum
kejohanan bermula.
7.2 Pertukaran pemain adalah bebas.
7.3 Ketua Pasukan (Captain) hendaklah memakai lilitan tangan.
7.4 Pasukan yang lewat atau tidak berada di gelanggang 2 minit (masa menunggu) apabila perlawanan
dimulakan, maka pasukan itu tidak akan dibenarkan bermain perlawan itu dan dikira kalah dengan
jaringan percuma 2-0 kepada lawannya.
7.5 Masa perlawanan adalah 10 minit iaitu 5 minit bagi separuh masa.

8.0 MESYUARAT PENGURUS-PENGURUS PASUKAN

8.1 Mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan dan kehadiran adalah DIWAJIBKAN. Pihak Urusetia akan
menetapkan tarikh, masa dan tempat mesyuarat.

9.0 PERLAWANAN TERTANGGUH / KELEWATAN

9.1 Jika perlawanan terpaksa dihentikan oleh Pengadil akibat cuaca dan tidak dapat diteruskan, maka
perlawanan akan disambung mengikut jumlah baki minit yang tinggal. Kedudukan jaringan adalah KEKAL
semasa perlawanan tersebut dihentikan. Tarikh, masa dan venue akan ditetapkan oleh Jawatankuasa
Pertandingan.
9.2 Jika berlaku pasukan keluar padang kerana enggan meneruskan perlawanan, maka kemenangan
akan diberikan kepada pasukan lawan dengan jaringan 2-0. Jika jaringan semasa perlawanan tidak
berpihak kepada lawan atau lebih rendah, maka keputusan jaringan 2-0 akan diberikan. Jika keputusan
jaringan semasa pemberhentian perlawanan lebih tinggi dari 2-0, maka keputusan adalah kekal.

10.0 PENGGANTUNGAN PEMAIN

10.1 Pemain yang telah menerima 2 KAD KUNING secara automatic akan digantung satu perlawanan.
10.2 Pemain yang menerima KAD MERAH secara automatic akan digantung dua perlawanan.
Jawatankuasa Tatatertib akan menentukan pemain tersebut boleh dihukum lebih berat atau digantung
sepanjang kejohanan.
10.3 Bagi pemain yang menerima KAD MERAH akibat menerima KAD KUNING KEDUA dalam satu
perlawanan, maka pemain tersebut dikira digantung satu perlawanan berikutnya.
10.4 Semua KAD KUNING yang diterima oleh mana-mana pemain pada pusingan pertama akan
dihapuskan apabila pasukan yang diwakili layak ke psuingan akhir.
10.5 Pemain yang menerima KAD MERAH MANDATORI pada pusingan pertama TIDAK DIBENARKAN
mendaftar bermain pada pusingan akhir.

11.0 PENGADIL

11.1 Pengadil pertandingan adalah dari Persatuan Bola Sepak Negeri Sabah (SAFA).
11.2 KEPUTUSAN PENGADIL ADALAH MUKTAMAD.

12.0 BANTAHAN

12.1 Sebarang bantahan rasmi hendaklah dikemukakan secara bertulis dalam masa 30 minit selepas
perlawanan tamat berserta dengan wang tunai bantahan RM200.00. Bantahan yang lengkap perlu
dihantar kepada Urusetia Petandingan beserta bukti. Sama ada bantahan diterima atau tidak, wang
bantahan tidak akan dikembalikan.

13.0 YURAN PERTANDINGAN


13.1 Pasukan yang akan menyertai kejohanan ini dikenakan yuran sebanyak RM200.00. Penyertaan
tanpa bayaran penuh dianggap tidak sah dan tidak layak menyertai pertandigan ini.

13.0 HAL-HAL LAIN

13.1 Jawatankuasa Pertandingan tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kecederaan sebelum,
semasa dan selepas pertandigan atau perkara-perkara diluar jangkaan seperti pergaduhan, rusuhan dan
sebagainya disepanjang kejohanan ini berlangsung.
13.2 Semua pasukan digalakkan mengambil insuran berkelompok sebagai perlindungan diri.
13.3 Permit kejohanan akan dipohon daripada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan.
13.4 Pihak Penganjur berhak menambah perkara-perkara yang tidak termaktub di dalam syarat-syarat
atau peraturan kejohanan sekiranya difikirkan perlu.
13.6 KEPUTUSAN JAWATANKUASA PERTANDINGAN ADALAH MUKTAMAD.

MAJULAH FUTSAL SANDAKAN UNTUK NEGERI SABAH

KEJOHANAN FUTSAL PIALA YB SENATOR DATUK CHIN SU PHIN

1
Gelanggang FUTSAL BATU 4 SANDAKAN PADA02 JULAI 2017

HADIAH YURAN PENYERTAAN :


RM200.00

Johan RM1500 Naib Johan RM1000 Ketiga RM500


Penyertaan terhad kepada 32 pasukan sahaja.

NAMA PASUKAN :
PENGURUS :
NO H/P :
Tarikh Tutup Penyertaan : 30 JUN 2017 (JUMAAT) jam 8.00 MALAM.

BIL NAMA PEMAIN NO.I/C

6
7

Kami bersetuju untuk menyertai kejohanan ini dan mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur.
Kami tidak akan menuntut sekiranya berlaku kematian, kecederaan, kemalangan, pergaduhan atau lain-lain hal
sebelum, semasa dan selepas pertandingan berlangsung.

T.Tangan Pengurus Pasukan :_________________________ Tarikh :________________________

DIISI OLEH URUSETIA PENGANJUR (0198130162 MOHAMMAD ISKANDAR SHAH)

Nama Penerima :______________________________ Jumlah Bayaran RM : ____________________

Tarikh :___________________ T.Tangan : _____________________________

KEJOHANAN FUTSAL PIALA YB SENATOR DATUK CHIN SU PHIN

PERATURAN KEJOHANAN DAN SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. UNDANG-UNDANG
1.1 Kejohanan ini akan dipertandingkan mengikut undang-undang SAFA, FAM & FIFA.

2. PERATURAN KEJOHANAN
2.1 Kejohanan TERBUKA
2.2 Semua penyertaan harus didaftarkan pada 30 JUN 2016 (JUMAAT) jam 8.00 MLM.
2.3 Undian akan diadakan pada Khamis (30 JUN 2017) Jam 8.00 MLM di Sandakan Futsal.
2.4 Pihak Penganjur berhak menjalankan undian kepada wakil yang tidak hadir.

3. FORMAT KEJOHANAN
3.1 Dijalankan secara Liga Kumpulan.

4. KATEGORI PERTANDINGAN
4.1 Terbuka kepada semua masyarakat

5. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
5.1 Setiap pasukan hendaklah menyenaraikan 5 orang pemain dan 3 orang pemain simpanan.
5.2 Yuran sebanyak RM200.00 akan dikenakan untuk menyertai pertandingan ini.
5.3 Setiap pasukan hendaklah memakai jersi bernombor dan memakai kasut futsal yang sesuai.
Shin Guard wajib dipakai.
5.4 Senarai nama pemain boleh ditukar sebelum pertandingan. Selepas itu tidak dibenarkan.
5.5 Setiap pasukan hendaklah berada 10 minit lebih awal ditempat pertandingan untuk mengesahkan
penyertaan dan memudahkan urusan pertandingan.
5.6 Hanya pemain didaftarkan dibenarkan bermain.
5.7 Mana-mana pasukan yang bergaduh / menimbulkan kekecohan / provokasi melampau, jika terdapat
aduan dari pihak Pengadil, maka pasukan itu akan disingkirkan secara automatik.
5.8 Pasukan yang lambat masuk ke gelanggang 2 minit selepas wisel Pengadil dibunyikan, pasukan
tersebut dianggap Walk Over.
5.9 Setiap BANTAHAN akan dikenakan bayaran RM200.00. Sila buat permohonan secara bukti bertulis
untuk tindakan Pengadil. Bantahan diterima atau tidak, wang tidak dikembalikan.
5.10 Penganjur berhak meminda, mengubah permaianan jika difikirkan perlu. Setiap perubahan akan
dimaklumkan kepada Pengurus pasukan dan diputuskan serta merta.
5.11 Keputusan Penganjur adalah MUKTAMAD.

6. SISTEM PERTANDINGAN
6.1 Tiada had pertukaran pemain (Free Substitution).
6.2 Masa pelawanan Peringkat Kumpulan 5+5 dan Pusingan Kedua (kalah mati) adalah 7+7 minit.
6.3 Menang Peringkat Kumpulan- Menang 3 mata, seri 1 mata. Cara menentukan pasukan adalah dengan
Mata Terkumpul, jumlah gol diperolehi dan tolak gol bolos. Jika mata sama dengan jumlah gol tolak bolos,
maka sepakan Penalti akan dibuat bagi menentukan pasukan mana yang akan ke peringkat seterusnya.
6.4 Hanya pasukan Johan dan Naib Johan layak ke Peringkat Kedua (kalah mati).
6.5 Jika dalam Peringakat Kedua tedapat pasukan yang seri, sepakan Penalti akan dijalankan.

You might also like