You are on page 1of 1

Fungsi dan Peranan APM

civildefence.gov.my/en/profil-apm/maklumat-korporat/fungsi-dan-peranan-apm/

June 17, 2015

Fungsi Pertahanan Awam


Berikut adalah fungsi pertahanan di dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia :

Melatih dan melengkapkan rakyat dengan ilmu pertahanan awam ke arah


kesiapsiagaan menghadapi ancaman musuh, kecemasan dan bencana.
Melaksanakan tugas menyelamat, perlindungan dan khidmat kemanusiaan dari
sebarang ancaman musuh, bencana dan kecemasan.
Menggubal dan menyusun modul-modul latihan yang terkini dan komprehensif bagi
Angkatan Pertahanan Awam.
Menubuh dan mentadbir urus Angkatan Pertahanan Awam melalui perkhidmatan dan
logistik yang relevan dan terkini.
Mengenalpasti dan mengkaji ancaman serta mengawal risiko yang boleh memberi
impak terhadap keselamatan rakyat dan negara.
Menyediakan perkhidmatan kecemasan dan khidmat bantuan kemanusiaan di
seluruh negara.
Menilai dan menyebar maklumat, khidmat nasihat serta amaran kepada orang awam
berkaitan sebarang ancaman musuh, kecemasan dan bencana.
Melaksana dan menambahbaik dasar-dasar pertahanan awam berpandukan punca
kuasa yang ditetapkan.
Merekuisisi aset dan fasiliti bagi tujuan pertahanan awam.

Peranan Pertahanan Awam


Melatih seramai mungkin rakyat yang mempunyai pengetahuan dalam aspek
keselamatan dan Pertahanan Awam – Seksyen 3(2)c Akta Pertahanan Awam 1951
(Akta 221).
Mengelola, menubuh, menyenggara, melengkapi, melatih dan mendisiplin Angkatan
dan Perkhidmatan Pertahanan Awam – Seksyen 3(2)a Akta 221.
Melakukan kerja bantuan bencana atau memberi perlindungan bagi menjamin
keselamatan nyawa, orang atau harta benda penduduk awam sekiranya berlaku atau
akan berlaku bencana serta memudahkan pemulihan mangsa selepas bencana
tersebut-Seksyen 8(1) Akta 221.

1/1

You might also like