You are on page 1of 2

Bagaimanakah permuafakatan politik dapat dipraktikan di Malaysia? Bincangkan.

1. Pertama sekali perkara penting yang dijadikan sebagai alat kepada wujudnya
kepelbagaian parti politik di Malaysia adalah dikeranakan perbezaan kaum dan
juga agama yang wujud sewaktu pemerintahan British. Justeru, agama dan juga
kaum dijadikan sebagai asas perjuangan bagi sesebuah parti politik di Malaysia.
Contohnya, parti PAS memperjuangkan agama Islam, dan parti MCA
memperjuangkan hak orang cina di Malaysia. Sepatutnya perkara ini dapat
diatasi dengan tertubuhnya sebuah parti yang berusaha dalam memperjuangkan
semua hak kaum dan agama yang wujud di Malaysia. Sebagai contoh, parti
UMNO yang terdiri daripada pelbagai kaum di bawahnya. Kesemua pihak
hendaklah bertolak ansur dalam memperjuangkan hak masing-masing sehingga
tidak menyinggung perasaan pihak lain.
2. Persatuan kaum dan juga matlamat yang sama dapat dijadikan sebagai alat
kepada terjadinya permuafakatan di dalam politik. Sebagai contoh, pada tahun
parti perikatan telah menubuhkan parti BN pada tahun 1974 dan hasilnya adalah
parti tersebut berjaya untuk memerintah negara Malaysia selama 44 tahun
sebelum dikalahkan oleh parti PH yang juga ditubuhkan hasil daripada persatuan
kaum dan juga mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk menjatuhkan perti
BN yang telah memerintah buat sekian lamanya. Justeru, permuafakatan politik
di Malaysia dapat diwujudkan dengan adanya sebuah parti yang terdiri daripada
pelbagai kaum di Malaysia dan tidak mempunyai agenda yang lain melainkan
hanya untuk memajukan negara Malaysia.
3. Cara untuk membentuk sebuah permuafakatan dalam politik adalah dengan
kembali kepada memahami dan menerima Kontrak Sosial yang wujud sejak
era kolonial British pada masa dahulu lagi. Kontrak Sosial adalah persetujuan
bersama antara kaum-kaum yang berbeza di Tanah Melayu untuk saling
menerima, memahami, menghormati dan bertolak ansur mengenai status quo
masing-masing dalam usaha mewujudkan perpaduan ke arah kemerdekaan.
Justeru, status quo ataupun kelebihan yang diberikan kepada sesebuah kaum itu
tidak seharusnya dipertikaikan dan pertubuhan sebuah parti politik yang kenal
akan kontrak sosial ini dapat membawa kepada permuafakatan politik di
Malaysia. Melalui sejarah juga masyarakat dapat mengetahui dan memahami
latar belakang negara ini dan sentiasa mengambil iktibar daripada peristiwa
yang pernah terjadi (Wan Liz Ozman 2000).

You might also like