You are on page 1of 8

KERTAS KERJA

KEJOHANAN FUTSAL PIALA YDP PENGERUSI SAFA


SANDAKAN 2017

TARIKH CADANGAN

20 MEI 2017

TEMPAT

GELANGGANG FUTSAL SANDAKAN BATU 4 SANDAKAN

ANJURAN

PIALA FUTSAL UNDER 17

KATEGORI

TERBUKA UNTUK 18 TAHUN KEBAWAH


1. PENDAHULUAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua peminat futsal tanahair. Pihak penganjur
begitu berbesar hati dengan adanya penganjuran sebegini akan menaikkan semangat sukan
futsal untuk terus bergiat aktif dalam sukan ini. Dengan adanya aktiviti sihat begini bukan sahaja
dapat menggumpulkan pelbagai lapisan masyarakat sekaligus dapat merealisasikan hasrat
kerajaan untuk menambat hati belia-belia dengan program yang diadakan. Semoga penganjuran
ini akan mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan.

2. MATLAMAT KEJOHANAN

2.1 Menyeru belia-belia dan masyarakat setempat menjadikan sukan sebagai gaya hidup sihat
sepanjang penghidupan.
2.2 Menarik minat dan menyokong usaha murni kerajaan.
23. Mendaftarkan seramai mana bakat melalui aktiviti sukan ini.
24. Mengeratkan silaturahim dikalangan masyarakat dan membudayakan kerja berpasukan
dalam satu jentera yang besar.
25. Mengelakkan aktiviti kurang sihat dan tidak berfaedah.
2.6 Melaksanakan misi dan visi yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi golongan sasar.

3. TARIKH DAN TEMPAT KEJOHANAN

TARIKH VENUE KEJOHANAN

1. 20 Mei 2017 Gelanggang Futsal Batu 4 Sandakan

4. AHLI JAWATANKUASA KEJOHANAN


Terdiri daripada pelbagai lapisan latar belakang termasuklah mereka yang bergiat aktif dalam
sukan Futsal dan Bola Sepak.

5. YURAN PENYERTAAN
Bagi menyeru minat belia-belia muda dan masyrakat setempat, pihak pengajur telah
menetapkan yuran kejohanan serendah R100.00 sahaja bagi satu pasukan.

6. PENYERTAAN
Untuk pelajar sekolah perlulah mengesahkan identity mereka di boring untuk di Sahkan oleh
mana-mana guru di sekolah tersebut.
Bagi pasukan ynag bukan dari sekolah yang sama perlu menyediakan Salinan i/c untuk di shakan
oleh pihak penganjur nanti

7. HADIAH KEMENANGAN
JOHAN Wang Tunai RM 500.00 Piala & Medal

NAIB. JOHAN Wang Tunai RM 350.00 Piala & Medal

KETIGA Wang Tunai RM 200.00 Piala & Medal

KEEMPAT Wang Tunai RM 100.00 Medal

8. UNDANG-UNDANG KECIL PERTANDINGAN


7.1 Undang-Undang Kecil Pertandingan di dalam kejohanan ini adalah mengikut undang-undang
Futsal yang telah ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Sabah (SABAH FA), Persatuan Bola Sepak
Malaysia (FAM) dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)
9. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PENDAPATAN RM BIL PERBELANJAAN RM

1 Yuran R100x32 pasukan 3,200.00 1 Hadiah Kemenangan 1150.00

2 Penajaan / Sumbangan 1,000.00 2 Pengadil lantikan sendiri 1800.00


(3 Venue berbeza)
Rm45 x 3 x 8jam

Medal 224.00
(8 orang X 4 pasukan X
RM7.00)

Piala 111.00
Johan RM80
N. Johan RM50
Ketiga RM30

JUMLAH 4,200.00 JUMLAH 3,285.00

DISEDIAKAN OLEH

LAMPIRAN

UNDANG-UNDANG KECIL FUTSAL PIALA YDP PENGERUSI SAFA SANDAKAN 2017

1. NAMA KEJOHANAN.

1.1 Nama kejohanan ini dinamakan FUTSAL PIALA YDP PENGERUSI SAFA SANDAKAN 2017

2. UNDANG-UNDANG PERMAINAN.
21. Undang-Undang Kecil Pertandingan di dalam kejohanan ini adalah mengikut undang-undang futsal
yang telah ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Sabah (SABAH FA), Persatuan Bola Sepak Malaysia
(FAM) dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

3. KELAYAKAN PEMAIN

3.1 Terbuka kepada Warganegara Malaysia yang berusia 17 tahun ke bawah

4. PENDAFTARAN PASUKAN, PEMAIN DAN PEGAWAI.

4.1 Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar maksimum 8 orang pemain sahaja.
4.2 Mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan akan diadakan setelah 8 pemain telah didaftarkan.
4.3 Setiap pasukan wajib mengisytiharkan warna jersi, seluar, stoking dan warna jersi penjaga gol yang
dipakai semasa kejohanan berlangsung. 2 set jersi diwajibkan dalam satu pasukan.
4.4 Pasukan yang tersenarai dahulu dalam jadual pertandingan dianggap sebagi TUAN RUMAH dan ada
hak untuk memilih jersi.
4.5 Setiap jersi diwajibkan bernombor.
4.6 Pengurus-Pengurus Pasukan dikehendaki mematuhi dan mengambil tindakan sepatutnya bagi
melancarkan kejohanan ini.

5. SISTEM PERTANDINGAN.

5.1 Pertandingan ini dijalankan secara liga kumpulan. Pasukan yang mendapat mata yang banyak dikira
Johan Kumpulan.
5.2 Hanya dua pasukan iaitu Johan dan Naib Johan sahaja yang akan kepusingan seterusnya bagi
menentukan Johan dalam Sistem Kalah Mati.
5.3 Bagi pusingan Akhir dan Separuh Akhir, Tempat Ketiga dan Keempat, jika selepas 5 minit masa
tambahan masih seri, maka sepakan PENALTI akan dijalankan.

5.4 Kedudukan Liga akan ditentukan menguikut urutan berikut:


5.4.1 Mata (Menang -3, Seri- 1, Kalah -0)
5.4.2 Sekiranya sama mata, maka jumlah perbezaan gol terbanyak diambil kira.
5.4.3 Jika masih seri, pasukan yang mempunyai jaringan gol yang terbanyak diambil kira.
5.4.4 Jika masih seri lagi, maka keputusan perlawanan diantara pasukan diambil kira.
5.4.5 Jika masih seri lagi, sepakan penalti akan dijalankan.

6. KELAYAKAN PENGURUS PASUKAN & JURULATIH

6.1 Setiap pasukan yang menyertai kejohanan ini perlu melantik seorang Pengurus dan Jurulatih.

7. PERATURAN PERLAWANAN

7.1 Borang pendaftaran akan diedarkan oleh Urusetia dan perlu dikembalikan dua hari sebelum
kejohanan bermula.
7.2 Pertukaran pemain adalah bebas.
7.3 Ketua Pasukan (Captain) hendaklah memakai lilitan tangan.
7.4 Pasukan yang lewat atau tidak berada di gelanggang 2 minit (masa menunggu) apabila perlawanan
dimulakan, maka pasukan itu tidak akan dibenarkan bermain perlawan itu dan dikira kalah dengan
jaringan percuma 3-0 kepada lawannya.
7.5 Masa perlawanan adalah 14 minit iaitu 7 minit bagi separuh masa.

8.0 MESYUARAT PENGURUS-PENGURUS PASUKAN

8.1 Mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan dan kehadiran adalah DIWAJIBKAN. Pihak Urusetia akan
menetapkan tarikh, masa dan tempat mesyuarat.

9.0 PERLAWANAN TERTANGGUH / KELEWATAN

9.1 Jika perlawanan terpaksa dihentikan oleh Pengadil akibat cuaca dan tidak dapat diteruskan, maka
perlawanan akan disambung mengikut jumlah baki minit yang tinggal. Kedudukan jaringan adalah KEKAL
semasa perlawanan tersebut dihentikan. Tarikh, masa dan venue akan ditetapkan oleh Jawatankuasa
Pertandingan.
9.2 Jika berlaku pasukan keluar padang kerana enggan meneruskan perlawanan, maka kemenangan
akan diberikan kepada pasukan lawan dengan jaringan 3-0. Jika jaringan semasa perlawanan tidak
berpihak kepada lawan atau lebih rendah, maka keputusan jaringan 3-0 akan diberikan. Jika keputusan
jaringan semasa pemberhentian perlawanan lebih tinggi dari 3-0, maka keputusan adalah kekal.

10.0 PENGGANTUNGAN PEMAIN

10.1 Pemain yang telah menerima 2 KAD KUNING secara automatic akan digantung satu perlawanan.
10.2 Pemain yang menerima KAD MERAH secara automatic akan digantung dua perlawanan.
Jawatankuasa Tatatertib akan menentukan pemain tersebut boleh dihukum lebih berat atau digantung
sepanjang kejohanan.
10.3 Bagi pemain yang menerima KAD MERAH akibat menerima KAD KUNING KEDUA dalam satu
perlawanan, maka pemain tersebut dikira digantung satu perlawanan berikutnya.
10.4 Semua KAD KUNING yang diterima oleh mana-mana pemain pada pusingan pertama akan
dihapuskan apabila pasukan yang diwakili layak ke psuingan akhir.
10.5 Pemain yang menerima KAD MERAH MANDATORI pada pusingan pertama TIDAK DIBENARKAN
mendaftar bermain pada pusingan akhir.

11.0 PENGADIL

11.1 Pengadil pertandingan adalah dari Persatuan Bola Sepak Negeri Sabah (SAFA).
11.2 KEPUTUSAN PENGADIL ADALAH MUKTAMAD.

12.0 BANTAHAN

12.1 Sebarang bantahan rasmi hendaklah dikemukakan secara bertulis dalam masa 2 jam selepas
perlawanan tamat berserta dengan wang tunai bantahan ( tidak perlu wang tunai ). Bantahan yang
lengkap perlu dihantar kepada Urusetia Petandingan beserta bukti. Sama ada bantahan diterima atau
tidak.
13.0 YURAN PERTANDINGAN

13.1 Pasukan yang akan menyertai kejohanan ini dikenakan yuran sebanyak RM100.00. Penyertaan
tanpa bayaran penuh dianggap tidak sah dan tidak layak menyertai pertandigan ini.

13.0 HAL-HAL LAIN

13.1 Jawatankuasa Pertandingan tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kecederaan sebelum,
semasa dan selepas pertandigan atau perkara-perkara diluar jangkaan seperti pergaduhan, rusuhan dan
sebagainya disepanjang kejohanan ini berlangsung.
13.2 Semua pasukan digalakkan mengambil insuran berkelompok sebagai perlindungan diri.
13.3 Permit kejohanan akan dipohon daripada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan.
13.4 Pihak Penganjur berhak menambah perkara-perkara yang tidak termaktub di dalam syarat-syarat
atau peraturan kejohanan sekiranya difikirkan perlu.
13.5 Adalah menjadi tanggung jawab setiap pasukan mempunyai disiplin yang tinggi. Menjaga imej dan
pasukan adalah menjadi keutamaan bagi mengangkat martabat futsal Sandakan dimata umum.
13.6 KEPUTUSAN JAWATANKUASA PERTANDINGAN ADALAH MUKTAMAD.

MAJULAH FUTSAL SANDAKAN UNTUK NEGERI SABAH

KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP PIALA YDP PENGERUSI SAFA SANDAKAN

1
2017

Gelanggang Futsal batu 4 Sandakan

20 Mei 2017

HADIAH YURAN PENYERTAAN :


R100.00

Johan RM500 Naib Johan RM350 Ketiga RM200 Keempat RM100


Penyertaan terhad kepada 32 pasukan sahaja.

NAMA PASUKAN :
PENGURUS :
NO H/P :
Tarikh Tutup Penyertaan : 19 Mei 2017 (jumaat) jam 4.00 petang.

BIL NAMA PEMAIN NO.I/C

3
4

Kami bersetuju untuk menyertai kejohanan ini dan mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur.
Kami tidak akan menuntut sekiranya berlaku kematian, kecederaan, kemalangan, pergaduhan atau lain-lain hal
sebelum, semasa dan selepas pertandingan berlangsung.

T.Tangan Pengurus Pasukan :_________________________ Tarikh :________________________

DIISI OLEH URUSETIA PENGANJUR (019-8130162 Mohammad Iskandar Shah Ab


shah)

Nama Penerima :______________________________ Jumlah Bayaran RM : ____________________

Tarikh :___________________ T.Tangan : _____________________________

FUTSAL PIALA YDP PENGERUSI SAFA SANDAKAN 2017

PERATURAN KEJOHANAN DAN SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. UNDANG-UNDANG
1.1 Kejohanan ini akan dipertandingkan mengikut undang-undang SAFA, FAM & FIFA.

2. PERATURAN KEJOHANAN
2.1 Kejohanan terbuka untuk mereka yang berusia 17 tahun kebawah
2.2 Semua penyertaan harus didaftarkan pada 19 mei 2017 (Jumaat) jam 4.00 petang.
2.3 Undian akan diadakan pada Khamis (19 Mei 2017) Jam 3.30 petang di Sandakan futsal Sandakan .
2.4 Pihak Penganjur berhak menjalankan undian kepada wakil yang tidak hadir.

3. FORMAT KEJOHANAN
3.1 Dijalankan secara Liga Kumpulan.

4. KATEGORI PERTANDINGAN
4.1 Terbuka kepada semua masyarakat 2 pelajar yang berusia 17 tahun ke bawah sahaja

5. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
5.1 Setiap pasukan hendaklah menyenaraikan 5 orang pemain dan 3 orang pemain simpanan.
5.2 Yuran sebanyak R100.00 akan dikenakan untuk menyertai pertandingan ini.
5.3 Setiap pasukan hendaklah memakai jersi bernombor dan memakai kasut futsal yang sesuai.
Shin Guard wajib dipakai.
5.4 Senarai nama pemain boleh ditukar sebelum pertandingan. Selepas itu tidak dibenarkan.
5.5 Setiap pasukan hendaklah berada 5 minit lebih awal ditempat pertandingan untuk mengesahkan
penyertaan dan memudahkan urusan pertandingan.
5.6 Hanya pemain didaftarkan dibenarkan bermain.
5.7 Mana-mana pasukan yang bergaduh / menimbulkan kekecohan / provokasi melampau, jika terdapat
aduan dari pihak Pengadil, maka pasukan itu akan disingkirkan secara automatik.
5.8 Pasukan yang lambat masuk ke gelanggang 2 minit selepas wisel Pengadil dibunyikan, pasukan
tersebut dianggap Walk Over.
5.9 Setiap BANTAHAN akan dikenakan bayaran Rm0.00. Sila buat permohonan secara bukti bertulis untuk
tindakan Pengadil. Bantahan diterima atau tidak, wang tidak dikembalikan.
5.10 Penganjur berhak meminda, mengubah permaianan jika difikirkan perlu. Setiap perubahan akan
dimaklumkan kepada Pengurus pasukan dan diputuskan serta merta.
5.11 Keputusan Penganjur adalah MUKTAMAD.

6. SISTEM PERTANDINGAN
6.1 Tiada had pertukaran pemain (Free Substitution).
6.2 Masa pelawanan Peringkat Kumpulan dan Pusingan Kedua (kalah mati) adalah 5 plus 5 minit.
6.3 Menang Peringkat Kumpulan- Menang 3 mata, seri 1 mata. Cara menentukan pasukan adalah dengan
Mata Terkumpul, jumlah gol diperolehi dan tolak gol bolos. Jika mata sama dengan jumlah gol tolak bolos,
maka sepakan Penalti akan dibuat bagi menentukan pasukan mana yang akan ke peringkat seterusnya.
6.4 Hanya pasukan Johan dan Naib Johan layak ke Peringkat Kedua (kalah mati).
6.5 Jika dalam Peringakat Kedua tedapat pasukan yang seri, sepakan Penalti akan dijalankan.

You might also like