You are on page 1of 24

Perkembangan Politik Negeri Sabah Dari Tahun 1963 hingga Tahun 1990.

http://coretansejarah.blogspot.com/2009/11/perkembangan-politik-negeri-sabahdari.html
1.0 PENGENALAN
Menurut pandangan penganalisis politik, cadangan pembentukan Malaysia oleh Tunku
Abdul Rahman pada 27 Mei 1961 di Singapura (Sunday Mail 1961, Sunday Times
1961) merupakan satu detik penting yang membawa kepada perkembangan parti
politik di Sabah.[1]Lanjutan daripada cadangan pembentukan Malaysia ini, wujud
kesedaran politik dan sekali gus menyebabkan munculnya parti-parti politik di Sabah.
(Whelan 1970; Ness 1965).Gagasan penubuhan Malaysia ini telah di kemukakan oleh
Tunku Abdul Rahman dalam persidangan dengan Persatuan Wartawan Luar Negeri
Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura.Tunku Abdul Rahman menyatakan
kemasukan Borneo Utara, Sarawak, Singapura dan Brunei mampu memberi kesan
yang amat baik.Dengan cara ini, negeri-negeri tersebut mampu mencapai
kemerdekaan melalui pembentukan sebuah kesatuan politik yang di namakan
Malaysia.Tunku Abdul Rahman juga menyatakan betapa pentingnya kesatuan politik
ini dalam mewujudkan kerjasama yang lebih erat dalam politik dan ekonomi
memandangkan latar belakang sejarah dan sosiobudaya yang tidak jauh berbeza.Di
samping itu, dengan pembentukan kesatuan ini di harapkan mampu menyekat
penularan pengaruh komunis di negeri-negeri yang di nyatakan ini.
Berdasarkan usul yang di kemukakan oleh Tunku Abdul Rahman ini, ia telah
membangkitkan kesedaran politik di kalangan pemimpin Sabah dan ini telah memberi

rangsangan kepada kelahiran parti-parti politik di Sabah.Justeru itu,adalah boleh di


katakan pengumuman gagasan Malaysia ini telah menjadi landasan kepada
perkembangan politik di Sabah dan seterusnya memperjuangkan kemerdekaan sendiri
dan kemerdekaan kepada Sabah.[2]
2.0 PERKEMBANGAN PARTI POLITIK DI SABAH
2.01 United National Kadazan Organization (UNKO)
Parti United Kadazan Organization (UNKO) atau Pertubuhan Kebangsaan
Kadazan Bersatu merupakan parti pertama di tubuhkan di Sabah.Parti ini di
anggotai oleh kaum Kadazan dan kumpulan Kristian lain seperti Rungus dan
Murut.Antara tokoh-tokoh penting UNKO, selain Donald Stephens ialah
seperti Peter Mojuntin, Herman Luping, Ganie Gilong dan G.S Sundang.
Rancangan untuk menubuhkan parti UNKO ini mula di fikirkan pada 26 Mac
1961 (Kely Jitilon, 1984/85: 76).[3] UNKO di tubuhkan berasaskan penyatuan
pertubuhan-pertubuhan sosial dan kebudayaan orang Kadazan di seluruh Sabah
untuk membentuk satu pertubuhan politik. Proses pembentukannya telah di
pesatkan lagi apabila pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman mengumumkan
di Singapura cadangan gagasan Malaysia.Rentetan daripada pengumuman
gagasan Malaysia ini, Persatuan Sosiobudaya Kadazan telah mengadakan satu
Kongres Persatuan di rumah kediaman Donald Stephens.Dalam kongrses
tersebut satu resolusi telah di luluskan bagi menubuhkan satu lembaga pusat
untuk menyelaraskan semua kerja-kerja Persatuan Kadazan di Sabah.Kongres
telah mengambil keputusan untuk menamakan Lembaga Pusat itu sebagai The

United National Kadazan Organization (UNKO). Pertubuhan ini merupakan


parti politik suku Kadazan yang berpusat di pantai barat Sabah yang di
tubuhkan pada bulan Ogos 1961 yang di pengerusikan oleh Donald Stephen
iaitu seorang ahli perniagaan peranakan Australia-Kadazan dari Jesselton (Kota
Kinabalu).Beliau adalah saudagar balak (timber magnate) dan juga terkenal
sebagai pengarang akhbar North Borneo News and Sabah Times.(kemudiannya
di kenali sebagai Sabah Times).[4] Kekayaan hasil konsesi balak yang di
perolehi

daripada

penjajah

British,telah

membolehkan

menampung

perbelanjaan kegiatan parti politik UNKO.Melalui pengelibatan beliau sebagai


pengarang akhbar North Borneo News and Sabah Times telah memudahkan
penyampai pandangan UNKO mengenai politik Sabah dan Malaysia secara
lebih berkesan.
Pada awal penubuhan UNKO, ia mendapat sokongan terbesar daripada kalangan
orang-orang Kadazan/Dusun Pantai Barat, terutamanya dari Penampang dan
Papar.Kebanyakan ahli-ahli jawatankuasa kerja adalah terdiri daripada mereka
yang beragama Kristian.Pada awal penubuhannya, UNKO hanya membuka
keahliannya kepada orang-orang Kadazan/Dusun termasuklah orang Dusun
dan Sino-Kadazan.Donald Stephens percaya dengan jumlah penduduk
Kadazan/Dusun seramai 167,367 (32 % dari jumlah penduduk Sabah) pada
tahun 1960 sudah cukup bagi UNKO untuk berdiri dengan teguh sebagai
sebuah parti politik dan boleh menjadi dominat partner dalam sebarang
penggabungan parti politik lain yang wujud di Sabah.Namun apabila parti
United Sabah Nation Organization (USNO) wujud dengan dasarnya yang

membuka keahlian kepada semua kaum bumiputera di Sabah sama ada


beragama Islam atau tidak telah menyebabkan kedudukan parti UNKO
tergugat.Dasar USNO yang membuka keahliannya kepada semua kaum ini
telah menarik ramai sokongan orang-orang Dusun yang tidak setuju dengan
penggunaan istilah Kadazan ini yang di perjuangkan oleh UNKO untuk
menyertai parti USNO.Golongan Dusun ini khuatir dengan kedudukan mereka
dalam UNKO memandangkan mereka kurang maju dalam pelajaran dan
ekonomi akan mudah di dominasikan oleh orang-orang Kadazan Penampang
yang sedia lebih berpelajaran dan lebih berada berbanding orang-orang
Dusun.Ini terbukti apabila mereka menyaksikan keahlian parti politik UNKO
banyak di kuasai oleh orang Kadazan Penampang.[5]
Menurut Donald Stephens, matlamat utama penubuhan UNKO ialah untuk
menyatupadukan rakyat Kadazan/Dusun dan Murut supaya mereka pada
akhirnya berkerjasama dan bersatu dengan etnik-etnik yang lain untuk
memajukan serta membangunkan negeri Sabah.[6][7] Selain itu, tujuan
penubuhan UNKO juga adalah untuk memperkuatkan perhubungan di antara
orang-orang Kadazan/Dusun agar mereka dapat memperjuangkan satu cita-cita
dan satu matlamat dalam politik, ekonomi, dan sosial, di samping menggesa
kerajaan British supaya tidak mengabaikan hak-hak bumiputera Sabah,
terutamanya

orang-orang

Kadazan/Dusun.Ia

juga

bertujuan

untuk

menggalakkan semangat orang-orang Kadazan/Dusun supaya bersatu dan tidak


mudah mengalah kepada orang-orang lain, agar terus hidup dalam suasana

kegembiraan, keharmonian dan kesederhanaan (Kely Jitilon, 1984/85 : 82).

2.02 United Sabah National Organization (USNO)


Kemunculan UNKO telah menimbulkan rasa kebimbangan di kalangan penduduk
bumiputera Islam di Sabah.Oleh itu, bumiputera Islam telah menubuhkan parti
politik mereka sendiri,iaitu United Sabah National Organization(USNO) yang
mewakili cita-cita dan objektif komuniti Melayu Muslim di Sabah.Ia di
lancarkan di Kudat oleh Tun Datu Mustapha pada 23 Disember 1961, empat
bulan selepas penubuhan UNKO (Abdullah Hussain 1976, 71).[8] Sebenarnya
kewujudan parti USNO ini adalah hasil daripada kesedaran orang-orang
Melayu Islam terutamanya Datu Mustapha Harun dan pemimpin-pemimpin
Islam Sabah yang bergiat dalam berbagai persatuan Islam.Kebanyakan
pemimpin persatuan Islam tersebut menjadi pemimpin dalam parti USNO. Di
antara mereka yang menjadi pengasasnya ialah Datuk Hj.Zakaria Gunn, Datuk
Ahmad Mahmud, Hj.Yusuf Shamsuddin, Parman bin Hassan Raji, Datuk Hj.
Ariffin, Datuk Abd. Malik Jangkat, Datuk Othman Hj.Sidik dan Datu K.M
Edinin (Abdullah Hussain, 1976 : 69). Pemimpin utama Persatuan Islam
Putatan, Allahyarham Datuk Hj. Abu Bakar Titingan adalah Timbalan Presiden
USNO

yang

pertama.Pemimpin-pemimpin

Islam

ini

telah

berjaya

menggabungkan persatuan-persatuan sosial dan Islam seluruh Sabah di bawah


naungan satu parti politik.Sejak awal penubuhan parti USNO ini, ia telah di
pimpin oleh Datu Mustapha Datu Harun yang merupakan seorang pemimpin
bumiputera tempatan yang sangat kuat pengaruhnya di kalangan orang Islam

Sabah sejak awal tahun 1950-an.Sebelum penerajui kepimpinan parti USNO,


beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Anak Negeri Gred Satu yang
membawa gelaran Orang Kaya-kaya dan di lantik menjadi ahli Majlis
Perundangan Sabah pada tahun 1955.[9]
Pada 24 Disember 1961, Datu Mustapha menggariskan cogan kata Parti iaitu
Bersatu, Bersedia, Berkhidmat kearah mencapai kemerdekaan melalui
Malaysia.USNO sejak awal lagi menyokong gagasan Malaysia kerana ia dapat
menjamin perkembangan ekonomi dan kestabilan politik Sabah.Malah
pembentukan ini mampu menyekat perkembangan komunis di Sabah.Datu
Mustapha adalah pemimpin pertama Sabah yang menyokong agama Islam di
jadikan agama rasmi Sabah dan begitu juga Bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi.Dasar ini ketara bertentangan dengan dasar UNKO dan inilah yang
menyebabkan kontroversi antara dua parti ini.Namun kedua-dua parti ini
bersatu menjelang penubuhan Malaysia.[10]
2.03 United National Pasok-Momugun Organization (PASOK-MOMUGUN)
PASOK-MOMUGUN di anggotai oleh suku-suku bumiputera dari kawasan
pedalaman Sabah.O.K.K. Sedomon dan O.K.K. Sundang iaitu dua orang adikberadik telah memimpin parti ini sejak ia di tubuhkan.[11] Orang Murut berasa
bimbang bahawa kemungkinan mereka akan ketinggalan dalam arus perubahan
yang pesat di Sabah berbanding dengan orang Kadazan dan Melayu
Muslim.Oleh itu, G.S.Sundang keluar dari UNKO dan menubuhkan United
National Pasok Momugun Organization (Pasok Momugun) pada 4 Januari 1962

bersama-sama dengan Orang Kaya-Kaya Sedomon.Perkataan Pasok Momogun


dalam bahasa Dusun membawa maksud People Of the Country, tetapi ia di
anggotai oleh kebanyakan kaum Murut dan Dusun di Sabah.Pasok Momogun di
tubuhkan oleh golongan Bumiputera Sabah yang tidak setuju dengan USNO
yang menyokong gagasan Malaysia dan penggunaan Kadazan oleh UNKO.
[12]
Tujuan parti ini di tubuhkan adalah untuk melindungi hak kaum Bumiputera di
kawasan pedalaman dan di sokong oleh segelintir orang Cina yang bimbang
tentang kedudukan ekonomi mereka apabila menyertai Malaysia.Misalnya,
Khoo Siak Chiew, seorang tauke Cina dari Sandakan menyuarakan
kebimbangan mengenai Sabah akan di jajah oleh Tanah Melayu sekiranya Sabah
tidak di beri hak berkerajaan sendiri terlebih dahulu.Pada peringkat awalnya,
orang Cina menggunakan orang Murut sebagai alat untuk menentang penubuhan
Malaysia.Tauke-tauke Cina seperti Peter Chin dari Kota Kinabalu dan Khoo
Siak Chiew dari Sandakan memberi sokongan kewangan kepada orang Murut
untuk menubuhkan parti politik.Sebuah laporan di buat bahawa pada tahun
1962, United Party telah menyumbang wang sebanyak $250,000 kepada Pasok
Momogun.[13]Pada dasarnya, Pasok Momogun juga menentang penubuhan
Malaysia kerana kebimbangan terhadap dominasi Melayu Islam.Selain itu
juga,parti ini mahukan Sabah mencapai kemajuan dan kemerdekaan sendiri
sebelum menyertai sebarang persekutuan.Namun, walau bagaimanapun akhirnya
Peter Chin dan Khoo Siak Chiew menerima pembentukan gagasan Malaysia
apabila mereka sedar bahawa gagasan itu pasti akan menjadi kenyataan.Setelah

itu, bantuan kewangan kepada Posok-Momogun pun dihentikan dan


G.S.Sundang di tinggalkan dengan sikap anti Malaysianya.Selepas itu, pengaruh
Pasok-Momogun pun semakin merosot dengan beberapa kehadiran parti Cina
dan parti Cina tersebut telah mula bergerak kearah berkerjasama dengan UNKO
dan USNO.Setelah melihat perkembangan itu, akhirnya G.S. Sundang akhirnya
terpaksa akur lalu mempertimbangkan semula gagasan Malaysia.Akhirnya, pada
November 1962, Pasok Momogun menyertai Parti Perikatan Sabah sebagai
salah satu komponen parti yang menyokong Malaysia.Kemudian Pasok
Momogun telah bergabung dengan UNKO pada Jun 1964 membentuk United
Pasok Momogun Kadazan Organization (UPKO).Adalah dapat di lihat bahawa
penubuhan Pasok Momogun ini berkait rapat dengan gagasan Malaysia dan
akhirnya menjadi satu parti yang terdapat dalam Parti Perikatan Sabah.[14]
2.04 PARTI POLITIK CINA
Orang cina juga telah mula mencari idea terbaik untuk melindungi kepentingan
komunitinya di Sabah.Timbul kebimbangan di kalangan orang Cina bahawa
pembentukan gagasan Malaysia ini bukan sahaja menggugat peluang
ekonomi mereka, malah orang Cina juga beranggapan ia akan membawa
dominasi politik orang Melayu dan menjejaskan kedudukan bahasa Cina dan
pendidikan mereka di Sabah.[15] Muncul dua aliran reaksi orang Cina di
Sabah terhadap pembentukan gagasan Malaysia.Pertama, di satu pihak
mereka inginkan sebuah pertubuhan politik, manakala di satu pihak lagi
mereka inginkan sebuah badan bukan politik untuk memperjuangkan

kepentingan mereka di Sabah. Akhirnya, orang Cina yang inginkan


pertubuhan politik telah menubuhkan parti politik mereka pada tahun
1962.Pada awal tahun 1962, terdapat dua buah parti Cina iaitu North Borneo
Democratic Party (NBDP) yang di bentuk di Kota Kinabalu yang di pimpin
oleh Peter Chin dan United Party (UP) yang di bentuk di Sandakan pada
Febuari 1962 yang di pimpin oleh Khoo Siak Chiew.[16]United Party ini di
sertai oleh peniaga-peniaga kaya dari golongan Hakka dan Teochew yang
berpendidikan Inggeris serta sebilangan kecil golongan profesional.NBDP
pula mewakili peniaga dan pedagang sederhana dari golongan Hokkien dan
Hakka yang kebanyakan daripada mereka berpendidikan Cina.
Kedua-dua parti Cina ini inginkan Sabah mencapai kerajaan sendiri terlebih
dahulu sebelum menyertai Malaysia.UP berpendapat bahawa penubuhan
Malaysia adalah perkembangan yang terlalu awal bagi Sabah.Sementara
NBDP menuntut taraf berkerajaan sendiri,tidak ada bahasa atau agama
rasmi,bahasa Inggeris terus di kekalkan,hubungan rapat dengan Tanah
Melayu dan Singapura mesti di jalankan secara beransur-ansur serta
hendaklah di tentukan taraf orang Cina kacukan Dusun (Sino-Dusun) di
Sabah. Jika dibandingkan parti ini dengan UNKO dan USNO parti ini kecil
yang memperjuangkan kepentingan dan masa depan komunitinya di
Sabah.Penubuhan dua buah parti ini semakin penting memandangkan sejak
tahun 1960, komuniti Cina telah menguasai 32 lesen kayu balak dan 90%
ekonomi Sabah juga berada pada tangan orang Cina.Maka kepentingan
ekonomi mereka di Sabah perlu lah di lindungi.[17]

Menjelang pilihanraya tempatan pertama di Sabah, pada Febuari 1962, wakilwakil Malayan Chinese Association (MCA) dari Tanah Melayu telah melawat
Sabah dan berjaya memujuk kedua-dua buah parti ini untuk membentuk
gabungan bagi mewakili komuniti Cina dalam pilihanraya yang akan di
adakan di Sabah.Di bawah pimpinan Dr.Lim Swee Aun, MCA berjaya
menyatukan kedua-dua parti tersebut untuk membentuk Borneo Utara
National Party (BUNAP) pada 12 Oktober 1962.Pada masa yang sama juga,
MCA berjaya mengurangkan kebimbangan orang Cina tentang kedudukan
ekonomi mereka apabila menyertai dan ini sekali gus mempengaruhi mereka
untuk berkerjasama dengan kaum lain dalam proses Sabah menghadapi
pilihanraya dan mencapai kemerdekaan.Menjelang tahun 1962, parti ini
mengumumkan

penerimaan

gagasan

Malaysia

dan

bersedia

untuk

berkerjasama dengan parti-parti yang menyokong gagasan Malaysia dan ini


sekali gus telah membawa kepada penyertaan BUNAP dalam parti Perikatan
Sabah.Apabila Sabah menyertai Malaysia dan namanya ditukar daripada
Borneo Utara kepada Sabah,iaitu pada 16 Sept. 1963, nama BUNAP ditukar
kepada Sabah National Party (SANAP).
2.05 PERIKATAN SABAH
Parti perikatan Sabah di anggotai oleh UNKO,USNO,SANAP dan PM.Penubuhan
Perikatan ini adalah atas intensif dan usaha pemimpin-pemimpin politik
Sabah dan Persekutuan Tanah Melayu bagu mewujudkan satu perpadun
untuk menyokong penubuhan gagasan Malaysia.Pada awal penubuhan

perikatan ini (1962-1967) masih wujud perbezaan pendapat dan asas antara
parti yang menganggotai perikatan ini.Persengketaan dan perbezaan pendapat
ini jelas kelihatan terutamanya antara parti UNKO dan USNO.Namun
disebabkan oleh beberapa perkara akibat ancaman Filipina yang menuntut
Sabah dan Konfrontasi Indonesia, persengketaan ini terpaksa di lupakan demi
kepentingan dan kemerdekaan Sabah.Pemimpin seperti Datu Mustapha,
Donald Stephens, G.S.Sundang dan Khoo Siak Chiew telah bersama-sama
menyatakan bahawa penduduk Sabah adalah bersaudara dan mereka harus
berkerjasama untuk mewujudkan sebuah negeri yang makmur.Namun ia tidak
dapat bertahan lama kerana terpaksa tunduk kepada kehendak masing-masing
yang sentiasa wujud curiga mencurigai yang kurang percaya kepada partiparti lain dalam komponen.Walaupun berada dalam satu perikatan yang
sama, namun masih wujud unsur perkauman dalam menyokong calon
parti.USNO penyokongnya terdiri daripada Melayu-Muslim,UNKO disokong
oleh Kadazan/Dusun dan Sino-Kadazan ,SANAP disokong oleh Cina
manakala Pasok Momogun disokong oleh masyarakat Dusun dan Murut di
Pedalaman.
2.06 KERAJAAN PERIKATAN 1962-1967
Pada awal penubuhannya, asas penubuhan parti adalah tidak kukuh dan terburuburu bagi menyokong penubuhan gagasan Malaysia.Di sebabkan hal ini,
setiap parti yang ada dalam perikatan ini masih memperjuangkan hak kaum
masing-masing.Dalam tiap-tiap parti ini masih wujud perasaan perkauman

yang terlalu tebal yang lebih berpihak kepada kepentingan kaum masingmasing. .[18]
Perikatan telah membentuk kerajaan selepas memenangi pilihanraya secara
langsung menerusi Residency Electoral Colleges(Roff,1967: hlm.86.) yang
di adakan pada bulan Mac 1963.Pilihanraya ini di adakan bertujuan untuk
memilih calon menduduki Majlis Dewan Undangan.Dalam pilihanraya
tersebut, USNO menang 8 kerusi,UNKO 5 kerusi, SANAP 4 kerusi dan PM 1
kerusi.[19]Dalam kerajaan baru ini British dan semua ahli perikatan bersetuju
untuk memilih Donald Stephens sebagai Ketua Menteri.Kalau di lihat melalui
pemilikan jumlah kerusi,Tun Mustapha lebih layak menjadi Ketua Menteri
tetapi Tun Mustapha mengalah dan memberi peluang kepada Donald
Stephens dan memegang jawatan sebagai Yang Di-pertua Negeri dan nampak
lebih adil untuk mengurangkan ketegangan antara bumiputera Islam dan
bukan Islam.Namun ada juga mengatakan bahawa Tun salah tanggapan pada
jawatan Yang di-Pertua.Beliau beranggapan bahawa jawatan ini sama seperti
Gabenor

pada

zaman

British.Tetapi

sangkaan

beliau

ini

adalah

sebaliknya.Kedudukan beliau sangat terkongkong dalam politik kerana


semua kuasa pentadbiran Sabah di pegang oleh Donald Stephens.Ini
menyebabkan beliau enggan berkerjasama dengan Donald Stephens lalu
melemahkan kedudukan perikatan.[20]
Ketegangan yang berterusan antara USNO dan UPKO ini telah memberi
keuntungan kepada orang Cina.Hal ini bertambah rumit apabila Kerajaan

Pusat

campur

tangan

dan

memaksa

Donald

Stephens

meletak

jawatan.Apabila Donald Stephens meletak jawatan dan memegang Menteri


Hal-Ehwal Sabah ,jawatan Ketua Menteri telah di sandang oleh Peter Lo dar
SCA.Parti UPKO berasa kecewa dengan tindakan USNO/SCA dan Kerajaan
Persekutuan kerana mereka beranggapan bahawa perlantikan Peter Lo ini
akan menjadi laluan kepada Tun Mustapha untuk menjadi Ketua Menteri
selepas itu.Ini menyebabkan UPKO bertindak meminta supaya kemasukan
Sabah ke Malaysia di kaji semula namun di tolak oleh Tunku dan ini
menyebabkan Donald Stephens mahu berkerjasama dengan Singapura untuk
menubuhkan Persekutuan 3 S (Singapura,Sabah,Sarawak).Ini di anggap
ancaman kepada Tunku dan menyebabkan Tunku menekan perikatan Sabah
supaya menggugurkan jawatan pemimpin UPKO ini.Untuk kepentingan
penyokong UPKO,Donald Stephens dan Peter Mojuntin meletak jawatan dan
kedudukan UPKO dalam perikatan semakin lemah[21]
Pada bulan Disember 1967, UPKO di bubarkan kerana Donald Stephens
merasakan pengaruh beliau dan UPKO semakin lemah kerana hampir semua
rancangan beliau gagal.Ini di tambah lagi apabila seorang demi seorang
ADUN UPKO melompat parti kerana kedudukan mereka lebih terjamin dan
mendapat keistimewaan.Setelah UPKO di bubarkan,USNO menguasai Sabah
semula dan ia di sambut baik oleh Tunku dan Tun Mustapha.Ekoran dari
itu,Donald Stephens di lantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di
Australia.[22]

Dengan pembubaran UPKO dan ketiadaan Donald Stephens dalam politik Sabah
telah meredahkan suasana ketegangan politik Sabah dan Sabah dapat
menumpukan sepenuhnya perhatian kepada pembangunan negeri Sabah.
2.07 KERAJAAN PERIKATAN 1967-1976
Terdapat banyak kecacatan dalam pentadbiran Kerajaan Perikatan tahun 19671976.Sungguh pun begitu, pentabiran USNO masih membawa kebaikan
kepada negeri dan rakyat Sabah.Pada era pentadbiran ini,keadaan politik
stabil dan ini memudahkan lagi pembangunan Sabah untuk di
jalankan.Banyak Rancangan-rancangan pembangunan telah berjaya di
laksanakan dengan licin disebabkan adanya perpaduan rakyat.Kerajaan
perikatan pada tempoh ini sentiasa berusaha untuk menggalakkan
perpaduan di kalangan rakyat dan tanamkan semangat cintakan negara
memandangkan terdapat banyak kaum di Sabah yang masing-masing
dengan

agama

dan

budaya

tersendiri.Oleh

itu,adalah

menjadi

tanggungjawab kerajaan untuk menyatupadukan rakyat demi kepentingan


pembangunan Sabah.Antara langkah yang telah di laksanakan ialah
meingiktiraf agama Islam sebagai agama rasmi manakala Bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi di Sabah yang bertujuan penyatuan rakyat.
Walaupun USNO bukan parti Islam tetapi parti ini banyak berusaha untuk
mengukuhkan dan meluaskan Islam di Sabah.Di bawah pentadbiran USNO,
agama Islam telah di jadikan agama rasmi negeri Sabah.Namun walau Islam
sebagai agama rasmi negeri,tetapi agama lain bebas di amalkan.Bagi

menjayakan rancangan ini, Ketua Menteri telah menubuhkan United Sabah


Islamic Association (USIA) pada bulan Ogos 1969 yang bertujuan untuk
mentadbir Islam dan menyebarkan dakwah Islam di Sabah.Selain USIA,
Kerajaan USNO juga telah menubuhkan Majlis Ugama Islam Sabah
(MUIS) pada tahun 1971 bagi menguruskan hal-ehwal Islam di
Sabah.Namun, tindakan USNO ini tidak di senangi oleh bumiputera bukan
Islam kerana mereka merasakan bahawa dasar ini tidak harus di laksanakan
kerana Sabah terdiri daripada pelbagai agama.Dasar-dasar yang di
laksanakan oleh Tun Mustapha tidak berapa di senangi oleh bumiputera
bukan Islam.Akhirnya perpaduan yang di kecapi telah goyah dan semangat
perkauman dan keagamaan semakin menenebal di hati bumiputera Kristian
dan Kadazan di Sabah.
Namun,walau wujud banyak kontroversi, terdapat juga pembangunan dari segi
ekonomi dan pelajaran bumiputera Sabah.Pada tahun 1969 Yayasan Sabah
telah di tubuhkan yang banyak memberi manfaat kepada bumiputera Sabah.
Walaupun banyak kontroversi,namun ia tidak lah sampai kepada tahap yang
membimbangkan kerana kedudukan USNO pada waktu itu telah kukuh dan
sukar untuk di tandingi.Walau pun ada cubaan-cubaan untuk menggugat
kedudukan

USNO,namun

dengan

cepat-cepat

ia

di

atasi

oleh

USNO.Contohnya, Peter Mojuntin telah menubuhkan Union Of Sabah


People (USAP) tetapi ia gagal di daftarkan kerana penyokong-

penyokongnya di ancam dan pemimpinnya pula begitu mudah di sogok


dengan wang.
Penentangan ke atas pimpinan USNO tidak berdiam begitu sahaja.Kemarahan
dan ketidakpuasan di kalangan rakyat semakin membara di atas dasar-dasar
USNO yang kurang di persetujui.Peluang yang di tunggu telah tiba apabila
BERJAYA di tubuhkan untuk mengembalikan semangat politik rakyat
Sabah.
2.08 Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA)
Pembentukan Parti Bersatu Rakyat Sabah (BERJAYA) dapat di bincangkan
berdasarkan hubungan antara Kerajaan Perikatan Sabah dan Kerajaan Pusat
Kuala Lumpur pada tahun-tahun akhir pemerintahan Perikatan Sabah.Pada era
awal pemerintahan Perikatan Sabah, hubungan di antara Kerajaan Perikatan
Sabah dan Kerajaan Pusat Kuala Lumpur adalah sangat baik dan erat terutama
sekali semasa Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri.Namun, apabila
Tun Mustapha sudah menjadi semakin kuat dan terlalu berkuasa, hubungan
baik ini semakin renggang.Tindak-tanduk Tun Mustapha semakin sukar untuk
di kawal dan banyak bercanggah dengan dasar Kerajaan Pusat pimpinan Tun
Abdul

Razak.Banyak

berlaku

pembaziran

wang,penyelewengan,

dan

penyalahgunaan kuasa yang telah menyebabkan berlaku pertelagahan peribadi


di antara kedua-dua tokoh Pusat dan Negeri itu.Pertentangan yang berlaku ini
telah menjadi faktor penting yang membawa Kerajaan Pusat untuk
menyokong penubuhan BERJAYA (Yusoff Jalil, 1979; Jenar Lamdah, 1981,

Bernard Sta Maria, 1978).Dengan sokongan yang di lakukan oleh Kerajaan


Pusat Kuala Lumpur ini, Tun Mustapha tidak dapat menyekat pertumbuhan
parti BERJAYA seperti yang pernah di lakukan oleh beliau sebelum ini ke atas
parti politik yang lain.Selain daripada sokongan daripada Kerajaan Pusat
Kuala Lumpur, penubuhan parti ini juga turut di sokong oleh tokoh-tokoh
seperti Abd.Ghafar Baba, Abd.Rahman Yaacub dan Yang Dipertua Negeri
Sabah sendiri iaitu Tun Fuad juga turut menyokong penubuhan parti ini.[23]
Pada awal tahun 1975, hubungan antara Kerajaan USNO-SCA dan Kerajaan
Barisan Nasional (BN) menjadi semakin tegang apabila Perdana Menteri, Tun
Abdul Razak, meminta dan menyokong supaya di bentuk satu parti baru yang
lebih berbentuk multi-racial iaitu pelbagai corak bangsa di Sabah untuk
menentang Tun Mustapha dan USNO. Suatu keputusan telah di capai untuk
membentuk parti BERJAYA, suatu usul yang cepat dan sebuah parti baru ini
telah di bentuk pada 15 Julai 1975.Pemimpin yang menerajui parti BERJAYA
ini terdiri daripada bekas pemimpin dalam USNO yang tidak puas hati dan
tidak bersefahaman dengan kepimpinan Tun Mustapha, seperti Datuk Harris
Salleh dan Datuk Salleh Sulong, bekas pemimpin parti UNKO seperti Tun
Fuad Stephens dan Datuk Peter Mojuntin, pemimpin Parti Cina seperti Yap
Pak Leong,Chong Thain Vun dan Lim Guan Sing serta ahli baru yang terdiri
daripada sektor persendirian dan bekerja seperti Datuk Yeh Pao Tzu,Datuk
K.Y.Lee, Wong Boon Ping, Nicholas Fung,Joseph Pairin Kitingan, Wong Yau
Ket,Darius Binion,Datuk Fred Sinidol dan James P.Ongkili.[24]

Apa yang unik mengenai parti BERJAYA ialah, parti ini merupakan parti pertama
yang betul-betul bersifat multiracial yang di tubuhkan di Sabah sejak negeri
mencapai kemerdekaan melalui Malaysia pada tahun 1963.Ini dapat di lihat
apabila parti ini di terajui oleh pemimpin dari golongan bumiputera Muslim
dan

bukan

Muslim

iaitu

terdiri

daripada

bangsa

Kadazan/Dusun,Bajau,Suluk,Rungus,Murut,Bisaya,Brunei,Orang
Sungai,Kwijau,Tatana,Tidong dan Kimaragang.Persatuan-persatuan Cina juga
menyertai parti ini kerana keyakinan mereka kepada parti ini dalam
membangunkan semua bangsa di Sabah dalam melibatkan diri dalam politik
Sabah.
Kemunculan Parti BERJAYA ini telah di sambut baik oleh segenap masyarakat
yang cintakan demokrasi.Hal ini terbukti apabila Parti BERJAYA memenangi
pilihanraya negeri dalam bulan April, 1976.BERJAYA telah memperolehi 28
kerusi daripada 48 kerusi yang di pertandingkan.Manakala USNO hanya
memperolehi 20 kerusi dan kebanyakan kerusi ini di perolehi daripada
kawasan bumiputera Islam.Parti BERJAYA hanya dapat menawan tiga buah
kawasan penduduk Islam iaitu Lahad Datu, Papar dan Kawang.Tetapi
memperolehi undi yang terbanyak daripada orang-orang Kadazan dan Cina.
[25]
2.09 Parti Bersatu Sabah (PBS)
Kemenangan Parti PBS dalam pilihanraya pada tahun 1965 telah memeranjatkan
semua pihak terutamanya parti BERJAYA dan Kerajaan Persekutuan

sendiri.Namun bagi rakyat ia sememangnya telah di duga memandangkan


keadaan politik pada masa tersebut yang tidak menentu.Rakyat sememangnya
menunggu

kemunculan

mempertimbangkan

parti

tentang

baru

yang

keperluan

lebih

dan

hak

baik

yang

mampu

mereka.[26]Keadaan

pergolakan politik pada masa tersebut telah di gunakan sebaik mungkin oleh
PBS untuk meraih sokongan daripada rakyat.Walaupun wujud 40 hari
sebelum pilihanraya berlangsung namun pemimpin-pemimpin hebat seperti
Joseph Pairin Kitingan,Joseph Kurup,Benard Giluk Dompok serta pemimpin
Kadazan yang lain yang berpendidikan tinggi telah berusaha sekuat-kuatnya
untuk menumpaskan parti BERJAYA.Parti PBS turut mendapat sokongan kuat
daripada orang Kadazan/Dusun yang tidak puas hati dengan tindakan Datuk
Harris yang menarik taraf daerah Tambunan dan sikap tidak adil Parti
BERJAYA dalam mengagihkan kekayaan kepada penduduk yang kurang
berada di bandar dan luar bandar.[27]Sokongan padu daripada rakyat ini dapat
di lihat apabila PBS memenangi pilihanraya pada 10 April 1985.Daripada 48
kerusi yang di pertandingkan, PBS telah memenangi 25 kerusi manakala
USNO

16,PASOK

dan

BERJAYA

kerusi

(Darman

Shah,

1985/86:274).Kemenangan ini mengejutkan Kerajaan Persekutuan dan


presiden BERJAYA apabila Datuk Harris kalah di tempat sendiri iaitu di
Tenom kepada calon baru PBS yang tidak terkenal iaitu Encik Kadoh
Agundang.[28]
Kemenangan PBS dalam pilihanraya ini membolehkan PBS membentuk kerajaan
baru di Sabah.Datuk Jospeh Pairin Kitingan sebagai presiden parti telah di

lantik sebagai Ketua Menteri manakala Mark Koding telah di lantik sebagai
Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian dan
Luar Bandar.
Selepas kejatuhan parti BERJAYA ini, maka Sabah terdedah semula kepada politik
yang bersifat perkauman.Bumiputera Islam kebanyakannya menyokong
perjuangan parti USNO manakala bumiputera bukan Islam menyokong
perjuangan PBS.Namun, Datuk Joseph Pairin Kitingan menyatakan bahawa
parti ini untuk semua kaum tetapi di sebabkan ia dibentuk oleh pemimpin dari
orang Kadazan/Dusun dan penyokong ramai dari Kadazan/Dusun dan Murut
maka ia kelihatan seperti di kuasai oleh satu kaum sahaja.Tatapi PBS juga
berhasrat untuk menarik sokongan bumiputera Islam dan orang-orang
Cina.Pada permulaan,PBS kurang mendapat sokongan daripada bumiputera
Islam kerana kurang yakin dengan wakil bumiputera Islam dalam PBS.Wakil
tersebut adalah Encik Nahalan Hj.Damsal dan Puan Ariah Tengku
Ahmad.Wakil-wakil ini tidak di yakini oleh bumiputera Islam kerana Encik
Nahalan Hj.Damsal yang merupakan pengikut ajaran Qadiani manakala Puan
Ariah merupakan saudara baru yang berketurunan Australia.Oleh itu,kesetiaan
mereka terhadap Islam masih di ragui.Tanpa wakil Islam yang berpengaruh
dalam PBS,sokongan Orang Melayu-Muslim tetap kurang.Tetapi sungguh pun
begitu,Datuk Pairin tetap berusaha untuk menjadikan PBS sebagai parti yang
berbilang kaum.[29]

Setelah mengalahkan parti USNO dan BERJAYA,PBS memenangi pilihanraya


pada 5 dan 6 Mei 1986 sekali lagi.Usaha USNO, Berjaya serta BN untuk
menyekat pengaruh PBS tidak berjaya.Dalam pilihanraya tersebut PBS
memenangi 34 kerusi manakala USNO dan Berjaya masing-masing 12 dan 1
kerusi.Dengan 6 wakil yang di lantik oleh kerajaan selaras dalam peruntukan
Perlembagaan Negeri Sabah, PBS menguasai 40 daripada 54 kerusi Dewan
Undangan Negeri Sabah dan melayakkan PBS di terima sebagai ahli BN
namun kekecohan terus berlaku sehinggalah PBS keluar dari BN menjelang
pilihanraya tahun 1994 dan menyertai pakatan pembangkang di Semenanjung.
[30] Selepas pilihanraya pada tahun 1994, beberapa ahli PBS melompat parti
dengan menyertai BN dan atas usaha USNO,BN berjaya menguasai Sabah
semula.Kedudukan BN semakin kukuh apabila PBS hanya menang 8 kerusi
daripada 19 kerusi yang di pertandingkan dalam pilihanraya parlimen pada
tahun 1995.Setelah itu,UMNO terus maju ke Sabah apabila ramai anggota
parti USNO,Berjaya dan PBS menyertai parti tersebut.Akhirnya PBS
menyertai semula BN apabila sekali lagi kalah dalam pilihanraya pada tahun
1999.[31]
3.0 KESIMPULAN
Dapat di simpulkan perkembangan politik Sabah berlaku begitu rancak sekali selepas
gagasan Malaysia di tubuhkan.Walaupun sebelum gagasan Malaysia di umumkan
tidak wujud parti politik yang lebih radikal tetapi pengumuman gagasan Malaysia
ini telah di jadikan landasan oleh pemimpin dan rakyat Sabah untuk membuka mata

tentang pentingnya satu kesatuan politik yang dapat di jadikan wadah untuk
memperjuangkan hak rakyat dan memberi kemerdekaan kepada Sabah.Bermula
dengan penubuhan Parti UNKO hinggalah kepada zaman PBS , kita dapat lihat
bagaimana

berlaku

persaingan

yang

sangat

kuat

dalam

berpolitik

di

Sabah.Kontroversi-kontroversi yang berlaku telah menjadi satu titik permulaan


kepada rakyat Sabah untuk membina matlamat dan cita-cita bagi kepentingan
seluruh peringkat sosial di negeri Sabah.

[1] Mohd Sarim Hj. Mustajab. 2003. Sabah Dalam Konteks Pembinaan Nasion Malaysia.
Prosiding Seminar Kebangsaan Pembinaan Nation Malaysia. PPIB, Universiti Malaysia Sabah.
Hlm. 62
[2] Ibid. hlm. 62-63.
[3] Sabihah Osman. Sabah Perubahan dalam Pembangunan. Bangi ,Selangor: Universiti
Kebangsaan Malaysia-Yayasan Sabah. 1986. hlm. 90
[4] Ibid. hlm.90
[5] Ibid. hlm.90-91
[6] Ismail Yusoff. 2004. Politik dan Agama Di Sabah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.
Hlm. 83.
[7] Op.cit. Sabihah Osman. Hlm. 91.
[8] Op.Cit. Ismail Yusoff .hlm. 84.
[9] Op.cit. Sabihah Osman. Hlm. 95.
[10] Ibid. Hlm. 96-97.
[11] Mazlan Abdullah. 1978. Sejarah Malaysia Timur. Siri Buku-buku Sekolah Utusan. Kuala
Lumpur : Utusan Publications & Distributors. Hlm. 134.
[12] Op.Cit. Mohd Sarim Hj. Mustajab.hlm. 66.

[13] Ibid.
[14] Ibid.
[15] Op.Cit. Mohd Sarim Hj. Mustajab. Hlm.67.
[16] Ibid.
[17] Ibid. hlm. 68.
[18] Op.cit. Sabihah Osman. Hlm.106
[19] Ibid.
[20] Ibid. hlm. 107
[21] Ibid. hlm. 111.
[22] Ibid. hlm. 113.
[23] Ibid. Hlm. 119.
[24] Datuk Dr. Herman J. Luping. Political Development In Sabah, 1963-1988. Hlm. 72.
[25] Op.cit. Sabihah Osman. Hlm. 119.
[26] Ibid. Hlm. 126.
[27] Ibid. hlm. 127.
[28] Ibid.
[29] Ibid. Hlm. 128.
[30] Abdul Rahman Hj.Ismail. Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik. Kuala Lumpur :Dewan
Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 368.
[31] Ibid.

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Hj.Ismail. Malaysia : Sejarah Kenegaraan Dan Politik. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka. 2005.
Datuk Dr.Herman J. Luping,Sabah Dilemma : The Political History Of Sabah (1960-1994).
Ismail Yusoff. 2004. Politik dan Agama di Sabah. Bangi, Selangor : Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Ismail Yusoff. 1997. Politik dan Agama di Sabah. Bangi, Selangor : Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Mazlan Abdullah.1978. Sejarah Malaysia Timur. Siri Buku-buku Sekolah Utusan. Kuala Lumpur
: Utusan Publications & Distributors.
Mohd Sarim Hj. Mustajab. 2003. Sabah Dalam Konteks Pembinaan Nasion Malaysia. Prosiding
Seminar Kebangsaan Pembinaan Nation Malaysia. PPIB, Universiti Malaysia Sabah.
Sabihah Osman. Sabah Perubahan dalam Pembangunan. Bangi,Selangor: Universiti Kebangsaan
Malaysia Yayasan Sabah. 1986.

You might also like