You are on page 1of 3

Sumbangan Tunku Abdul Rahman

6. SUMBANGAN BELIAU
6.1 PERINGKAT ANTARABANGSA
Tunku memang memasuki arena politik jauh lebih lewat daripada Soekarno. Malah
bolehlah dikatakan bahawa Tunku sebagai seorang new comer dalam arena ini jika
dibandingkan dengan Soekarno. Sungguhpun demikian ternyata tunku masih juga
dapat bercatur politik di arena antarabangsa dengan cepatnya, dan pada ketikaketikanya lebih mengagumkan, khususnya apabila Tunku menonjolkan isu anti
Apartied Afrika Selatan di persidangan komanwel. Dengan pengusiran Afrika Selatan
daripada pertubuhan tersebut, maka seluruh dunia mengutuk dasar Afrika Selatan.
Dengan isu tersebut Tunku menaiki tangga kejayaan politik dunia sehingga Tunku
dapat meletakkan nama negara Malaysia di peta dunia. Di sesetengah negara, khasnya
di Benua Afrika dan Asia Barat, nama Tunku memang cukup dikenali sebagai seorang
hero dan wira menentang perbezaan warna kulit.Di sesetengah negara nama Tunku
lebih dikenali daripada negara ini sendiri.
Dalam perjuangan menentang perbezaan warna kulit, rasanya seorang pun dalam
zaman politik moden ini tidak dapat dibandingkan dengan Tunku. Presiden Abraham
Lincoln membuat peristiharan pembebasan abdi di Amerika Syarikat dalam tahun
1863 dan peristiharan itulah yang menjadikannya sebagai negarawan dunia,
sedangkan Tunku Abdul Rahman pula dalam tahun enam puluhan berjaya
menyingkirkan Afrika Selatan daripada Komanwel kerana dasar apartied negara
tersebut. Dengan sikapnya itu, maka Tunku telah menjadi hero menentang perbezaan
wanra kulit dalam masa usia politiknya yang masih muda.
Pada 31 Julai 1961, Tunku telah mengasaskan ASA (Assosiation of South East Asian
States) yang terdiri daripada Tanah Melayu, Filipina dan Negara Thai. Pada 11 Julai
1962, MAPHILINDO yang dianggotai oleh Indonesia, Malaysia dan Filipina
dibentuk. Akan tetapi, persatuan ini tergugat apabila Malaysia menghadapi
konfrontasi dengan Indonesia dan Filipinasebaik sahaja Malaysia diisytiharkan.
Ketika berusaha menyelesaikan masalah tersebut, Tunku dihampakan apabila
Singapura memutuskan untuk keluar daripada Persekutuan Tanah Melayu pada 9
Ogos 1965. Tunku berjaya mengatasi konfrontasi tersebut melalui perjanjian dengan
Indonesia pada 2 Jun 1966 dandengan Filipina pada 3 Jun 1966. Beliau juga pernah
dilantik menjadi Setiausaha Agung Pertama pertubuhan Negara-negara Islam (OIC)
olej Raja Faizal dari Jeddah.
Tunku telah menunjukkan kebijaksanaan dan kehandalan beliau dalam memainkan
peranannya digelanggang politik antarabangsa dengan menimbulkan dan menarik
pandangan dunia pada sesuatu masalah yang besar yang mesti dihadapi bersama oleh
seluruh kerajaan di negara-negara di dunia ini. Salah satu daripada kejayaan- kejayaan
Tunku ialah tindakan yang keras dan tegas beliau dalam isu apartied. Langkah yang
dipelopori oleh Tunku itu telah disambut dengan hangat oelh negara-negara lain
sehingga menyebabkan Afrika Selatan dipecat daripada anggota Negara-Negara
Komanwel. Setelah persoalan ini dibawa ke Bangsa-bangsa Bersatu negara afrika
Selatan telah dikecam dan dikutuk oleh semua negara yang berpegang kepada hakhak asasi manusia

6.4. PERKEMBANGAN ISLAM


Tunku telah banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan Islam di negara kita
malah mengharumkan nama negara di persada dunia. Beliau banyak melibatkan diri
dalam penganjuran Pertandingan Membaca Al-Quran. Menjadi Presiden Pertubuhan
Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) pada Ogos 1960. Atas kebolehan dan daya
usaha gigihnya beliau berjay meletakkan PERKIM sebagai sebuah pertubuhan yang
terkemuka dan dihormati oleh semua umat Islam. Tunku Abdul Rahman adalah
seorang pejuang kemanusiaan yang tulen. Beliau telah membenarkan PERKIM
cawangan Kedah menggunakan tanah kepunyaannya untuk membina rumah anakanak yatim dan orang tua yang diberi nama Darul Aliam Wal Masalan Tunku Abdul
Rahman Putra.
Sebagai pemimpin PERKIM, beliau berusaha memberi bantuan kepada pelarian
Kemboja yang memasuki Malaysia melalui Kelantan pada tahun 1975. Dengan
bantuan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu, beliau telah berjaya menempatkan seramai
4500 orang pelarian di Pengkalan Chepa dan Cheranting. Pada 18 Januari 1980,
beliau telah dilantik menjadi Presiden Regional Islamic Council for South East Asia
and The Pacific (RISEAP) yang pertama oleh perwakilan di Persidangan Negaranegara Islam. Atas segala jasa dan sumbangan yang dicurahkan, beliau mendapat
penghargaan dari Pakistan dengan Anugerah Hadiah Hijrah pada Mac 1983 dan
Anugerah Al-Malik Faizal dari Arab Saudi pada tahun yang sama.
Tunku jugalah pemimpin Islam yang telah mencetuskan idea supaya diadakn
Pertubuhan Negara-Negara Islam bagi menjaga kepentingan negara-negara dan umat
Islam. Cadangan Tunku itu sungguhpun telah memakan masa yang panjang untuk
menjadi kenyataan, tetapi dapat dilaksanakan dengan tertubuhnya Sekretariat Islam
baru-baru ini.
6.5 UMNO
Tunku juga telah membawa Tanah Melayu ke arena antarabangsa dengan menyertai
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Komanwel, mengambil dasar anti- apartheid
dan menyokong perjuangan rakyat Palestin serta Congo. Pada September 1963, Tunku
telah menjadi bapa kepada sebuah lagi negara baru, Malaysia, apabila Tanah Melayu
bergabung dengan Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (sekarang Sabah).
Selain itu, Tunku juga telah memulakan penubuhan Association of Southeast Asia
(ASA) pada tahun 1961; menggabungkan Tanah Melayu, Thailand dan Filipina.
Gabungan ini kemudian telah dibubarkan untuk memberi laluan kepada persatuan
yang lebih besar iaitu Association of Southeast Asian Nations (Asean) pada 1967. Era
pentadbiran Tunku merupakan zaman penuh pancaroba dan pancawarna, dan tentunya
tidak semua berjalan lancar seperti yang diharapkan. Krisis-krisis seperti Konfrontasi
Indonesia, perpisahan Singapura, peristiwa 13 Mei dan Darurat 1948-1960 telah
menggegarkan seluruh negara, namun Tunku berjaya melaluinya dengan
kebijaksanaan,kesabaran, toleransi yang tinggi serta peri kemanusiaan.
Perhubungan Antarabangsa

Dasar luar negara adalah penting dalam usaha menjalinkan persahabatan dan
kerjasama serantau dan negara-negara luar.
Tunku Abdul Rahman Putra telah memberi sumbangan yang baik kepada negara.
Beliau telah mula mengamalkan piagam Bangsa-bangsa Bersatu bagi memelihara
keamanan dunia secara bersama. Kerjasama antarabangsa amat penting untuk
perkembangan ekonomi, pelancongan dan kebudayaan. Beliau juga telah meletakkan
Malaysia sebagai sebuah negara yang berkecuali.
Antara kerjasama Malaysia dalam pertubuhan serantau adalah seperti Persatuan Asia
Tenggara (ASA), MAPHILINDO (Malaysia, Filipina dan Indonesia), Association of
Southeast Asian Nations (ASEAN). Malaysia juga termasuk dalam negara-negara
Komanwel, Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Negara-negara
Islam dan Pertubuhan Negara-negara Berkecuali.
Persatuan Asia Tenggara (ASA) merupakan idea Tunku Abdul Rahman Putra. Idea
tersebut telah dikemukakan kepada Presiden Filipina yg pada masa itu iaitu Carlos P.
Garcia dan akhirnya telah ditubuhkan secara rasminya pada bulan Julai 1961 di
Bangkok, Thailand. Objektif penubuhan adalah untuk menjalin kerjasama dalam
bidang perdagangan, pelajaran, pertanian dan perusahaan.
Penyatuan Tanah Melayu, Sabah, sarawak, Brunei dan Singapura untuk membentuk
Malaysia telah mendapat tentangan daripada Indonesia.bagi meredakan keadaan,
Tunku telah mengadakan satu mesyuarat di Manila, Filipina. Dengan itu, maka
tertubuhnya sebuah pertubuhan yang di panggil MAPHILINDO (Malaysia, Filipina
dan Indonesia).
ASEAN pula telah ditubuhkan secara rasmi pada 8 Ogos 1967 di Bangkok, Thailand.
Antara negara-negara yang menyertai ASEAN pada ketika itu adalah Malaysia,
Singapura, Filipina, Indonesia dan Thailand. Ianya bermatlamatkan pengembangan
ekonomi, sosial dan kebudayaan serantau. Malaysia juga menjadi anggota Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 17 September 1957 dan merupakan anggota
WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia), ILO (Pertubuhan Buruh Antarabangsa),
UNESCO (Pertubuhan Pelajaran, Sains & Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu), FAO
(Pertubuhan Makanan dan Pertanian) dan WB (Bank Dunia). Beliau juga telah
mencadangkan penubuhan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) dan telah dilantik
sebagai Setiausaha Agung yang pertama bagi Pertubuhan tersebut.

You might also like