You are on page 1of 16

Idola saya

NAMA : AZARIADORA BINTI HULUS


KELAS : 4 MAKMUR
NO. IC : 000220-12-0240
TARIKH : 15 APRIL 2016

Disediakan oleh ,
oleh ,

______________
_______________

Disemak

Nama : Azariadora Binti Hulus


Nadi
Tarikh : 15 April 2016

Pn. Siti Aisah


Tarikh :

Isi kandungan :
1. Objektif
2. Penghargaan
3. Pengenalan
4. Idola saya ( Berserta gambar )
- Latar belakang idola
- Sumbangan
- Kejayaan
5. Penutup
6. Sumber rujukan
7. Lampiran
- 2 lagu patriotik

OBJEKTIF

Mengenang jasa pemimpin ini kepada


negara.
Menghargai perjuangan Tun Hj Mohammad
Fuad dalam urusan kemasukkan Sabah ke
dalam Malaysia.
Menyebarkan kisah pengorbanan Tokoh
Negara ini dalam memperjuangkan
masyarakat setempatnya.

Penghargaan

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih


kepada kedua ibu dan bapa saya yang saya
sayangi dan hormati selama ini kerana
mereka sentiasa memberi dorongan, galakan
dan tunjuk ajar sepanjang saya melakukan
kerja kursus ini sehinggalah selesai. Di
samping itu,saya juga ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada guru saya iaitu
Puan Siti Aisah Nadi kerana dia telah
memberi saya dorongan dan tunjuk ajar
semasa saya membuat kerja kursus ini. Akhir
sekali saya juga ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada rakan-rakan saya
kerana sentiasa memberikan pertolongan
jika saya memerlukan mereka semasa
menyiapkan kerja kursus ini.

Pengenalan

Saya Azariadora Binti Hulus ialah murid


Tingkatan 4 Makmur di SM Maktab Sabah,
Kota Kinabalu. Saya telah menjalankan
projek Khidmat Masyarakat yang bertajuk
Idola saya . Koleksi ini telah dibuat dalam
bentuk folio.
Guru mata pelajaran Pendidikan Sivik
iaitu Cikgu Siti Aisah telah memberikan tajuk
Idola saya dan saya telah memilih seorang
Tokoh Negara yang amat dihormati dan
dikenali pada akhlak ramai. Saya memilih
Tun Haji Mohammad Fuad Stephens kerana
semangat dan perjuangan beliau terhadap
negeri Sabah amatlah besar. Secara tidak
langsung, folio kisah berunsur patriotik ini
diharapkan dapat menjadi rujukan kepada
murid lain dan mengenang jasa baik beliau
terhadap negari Sabah dan negara.

Idola saya

Latar belakang idola


Nama penuh : Tun Haji Mohammad Fuad
Stephens
Lahir : 14 September 1920 , Kudat Borneo Utara
Meninggal : 6 June 1976 ( umur 55 ) , Kota
Kinabalu
Agama : Roman Catholic ( 1920 1970 ) , Islam
( 1971 1976 )
Parti Politik : UNKO, BERJAYA

Latar belakang
Tun Haji Mohammad Fuad Stephens (14
September 1920, Kudat - 6 Jun 1976, Kota
Kinabalu), dilahirkan sebagai Donald Aloysius
Marmaduke Stephens, merupakan Ketua
Menteri Sabah yang pertama dan kelima. Beliau
juga merupakan Yang di-Pertua Negeri Sabah
ketiga.
Tun Fuad mengasaskan Pertubuhan Kebangsaan
Kadazan Bersatu (UNKO) pada tahun 1961.
Beliau terlibat dalam beberapa perundingan
tentang penubuhan Malaysia. Tun Fuad ialah
seorang ahli Jawatankuasa Perundingan
Perpaduan Malaysia. Beliau pernah menjadi
Menteri Kerajaan Persekutuan, Ketua Menteri
Sabah, dan Yang di-Pertua Negeri Sabah.
Tun Hj Mohamed Fuad Stephens atau nama
asalnya Donald Stephens memainkan peranan
penting dalam urusan kemasukan Sabah ke
dalam Malaysia pada tahun 1963. Beliau
memegang jawatan Ketua Menteri sebanyak dua
kali iaitu 1963-1964 dan 1976. Ketika memegang

jawatan sebagai Ketua Menteri bagi kali kedua


itulah, beliau terlibat dalam tragedy malang
apabila kapal terbang yang dinaikinya ketika
lawatan ke kawasan terhempas dan
mengorbankan beliau dengan beberapa orang
Menteri Sabah.
Beliau dilahirkan pada 14 September 1920,
berdarah kacukan kadazan British(sebelah bapa)
dan Jepun-British (sebelah ibu) mendapat
pendidikan awal di Sekolah Lelaki St.Mary
Sandakan. Seorang yang aktif dan cepat mesra
dengan rakan sejak zaman persekolahan. Tun
merupakan penulis yang

memperjuangkan masyarakat setempatnya dan


tidak pernah jemu membantu orang kampung.
Beliau melihat seluruh masyarakat peribumi
Sabah memerlukan pembelaan sewajarnya.
Melalui tulisan dalam North Borneo beliau telah
membongkar kepincangan pentadbiran British di
Sabah dan dasar dasar yang dianggap menindas
masyarakat peribumi.

Sumbangan
Pada tahun 1953, beliau menubuhkan akhbar
sendiri iaitu The Sabah Times dan sejak itu beliau
menjadikan akhbarnya sebagai wasilah
perjuangan bagi menyedarkan masyarakat anak
bangsanya. Ini menyebabkan hubungan beliau
dengan masyarakat, rakyat dan golongan kelas
atasan bertambah erat. Beliau juga turut
memuatkan pelbagai rencana mengenai
kebudayaan kehidupan masyarakat Kadazan
yang antara lain menceritakan tentang tradisi,
kebudayaan dan juga penindasan yang dialami di
negeri sendiri.

Beliau menjalin hubungan yang erat dengan


Tunku abdul Rahman dan beliau juga yang
mengistiharkan Hari Malaysia sebaik sahaja
Perjanjian Malaysia dimeterai di Kota Kinabalu.
Jasa dan sumbangan beliau dalam menjalinkan
hubungan baik dengan pemimpin semenanjung
memang cukup besar.
Pda 1964, beliau merupakan Menteri Sabah yang
pertama dilantik menganggotai cabinet
Persekutuan Tanah Melayu mengantikan Peter Lo
Sui Yin dari Parti Sabah Chinese Association.
Beliau menjadi Menteri Jabatan Perdana Menteri
yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal dan
kebajikan Negeri Sabah. Pada tahun 1973 beliau
dilantik ke jawatan tertinggi Sabah sebagai
Gabenor(kini dikenali sebagai Yang Di Pertua
Negeri) sehingga tahun 1975.

Kejayaan
Dalam pilihanraya negeri pada tahun 1976, parti
BERJAYA berjaya membentuk kerajaan
mengantikan USNO. Tun Muhammad Fuad
Stephens menjadi Ketua Menteri Sabah buat kali
kedua, beliau maut, 44 hari selepas
pelantikannya, peristiwa kapal terbang yang

membawa beliau terhempas. Ini menamatkan


sumbangan anak jati Sabah terhadap bumi
tercinta. Sebagai mengenang jasa beliau dalam
bidang kewartawanan, Institut Akhbar Malaysia
telah menganugerahkan Tun Mohd Fuad
Stephens Tokoh Wartawan Negara pada 26
Oktober 1998 yang disampaikan oleh YAB
Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr
Mahathir Mohamad.

Tragedi Double 6
Kemalangan Double Six, juga dikenali sebagai Tragedi
Double Six merupakan nahas kapal terbang yang berlaku
pada 6 Jun 1976 di Kota Kinabalu, Malaysia. Kapal terbang,
yang dikendalikan oleh Sabah Air, yang datang dari Labuan
telah terhempas di daerah Sembulan ketika hendak

menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kota


Kinabalu. Nahas itu membunuh semua orang di atas kapal
penerbangan, termasuk Tun Fuad Stephens, Ketua Menteri
Sabah pada masa itu. Penumpang lain pada penerbangan
tersebut ialah Menteri Datuk Salleh Sulong, Datuk Peter
Mojuntin, Chong Thien Vun, dan penolong menteri Darius
Binion. Turut terkorban adalah Setiausaha Kementerian
Kewangan Sabah Datuk Wahid Peter Andau, Pengarah Unit
Perancang Ekonomi Sabah Dr Syed Hussein Wafa, Isak Atan
(Setiausaha Sulit kepada Tengku Razaleigh Hamzah), Koperal
Said Mohammad (pengawal peribadi kepada Tun Fuad
Stephens), Captain Gandhi Nathan (juruterbang pesawat)
dan anak sulung Tun Fuad Johari Stephens.
Punca di sebalik kemalangan itu masih tidak diketahui.
Sejurus selepas kemalangan, terdapat dakwaan perbuatan
khianat kerana keadaan politik yang tidak menentu pada
masa itu. Kerajaan Australia menghantar empat pasukan
penyiasat bagi membantu mencari punca kemalangan.
Terdapat juga spekulasi yang menganggap kegagalan
teknikal dan lebihan muatan merupakan faktor utama yang
menyebabkan kemalangan. Namun, punca sebenar bagi
kemalangan itu masih belum diketahui sehingga sekarang
dan laporan asal mengenai kejadian itu masih
diklasifikasikan.
Pada sebelah petang berikutan kemalangan itu, Timbalan
Ketua Menteri Harris Salleh telah mengangkat sumpah
sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru.
Pesawat model Nomad tersebut merupakan pesawat
keluaran Australia.

Sumber Rujukan

Buku Teks Pendidikan Sivik Dan


Kewarganegaraan Ting.4
Google Images
Internet
https://ms.wikipedia.org/wiki/Tragedi_Double
_Six
- https://en.wikipedia.org/wiki/Fuad_Stephens
- http://penatokoh.blogspot.my/2014/05/tunhj-mohamed-fuad-stephens.html

Lampiran
Warisan - Sudirman
Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan
( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini
Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Sehati Sejiwa Alif Satar


Demi .. tanah yang bertuah
Taman .. cinta merdeka .. aaa
Kasih .. di hatiku ini
Untukmu .. tanah pertiwi .. iii
Dari .. utara selatan
Juga .. timur ke barat
Turut gagah .. Sabah Serawak
Se .. hati Sejiwa
Chorus
Ku dengar janjimu
Bayu Kinabalu
Ku dengar sumpahmu
Rejang yang membiru
Bersatu denganku
Tegap Titiwangsa
Malaysia Sehati sejiwa
Bridge
Laut luas terbentang
Bukan satu halangan
Untuk kita bersama
Melafaz janji setia
Demi mu Malaysia
Cinta kasih di jiwa
Tidak akan kami khianatinya..
Chorus
Walaupun berbeza
Budaya Agama
Bukanlah penghalang
Kita bergandingan
Marilah bersatu
Sehati sejiwa
Malaysia Kekal Sejahtera Korus Iban Kadazan
(Mi i so ginavo) kadazan
(Kitai Dekak Mujur) iban
( mi i so ginavo)kadazan
(Ngetan Ke Menua) iban
(Mi i soginavo) kadazan
(Nyuluk Cita Mulia) iban
Malaysia Sehati Sejiwa

You might also like