You are on page 1of 8

SUMBANGAN TUN DATU MUSTAPHA DALAM POLITIK

NURUL SHAHIDAH BINTI MATZAIN

HUBUNGAN INDUSTRI

1.0 PENGENALAN

Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun merupakan seorang pemimpin yang sangat
terkenal di negeri Sabah disebabkan jasa dan sumbangan beliau dan masih kekal sehingga ke
hari ini. Beliau merupakan Ketua Menteri Ketiga Negeri Sabah dan perjuangan beliau dalam
membangunkan negeri Sabah sangat meringankan beban rakyat tempatan kerana Tun Datu
Mustapha bukan sahaja menjaga kebajikan dari segi pendidikan malahan ekonomi dan juga
sosial rakyat Sabah turut dijaga oleh beliau. Dengan kepimpinan beliau sebagai seorang
karismatik tetapi kontroversial menyebabkan beliau sangat dihormati dan diingati oleh
rakyatnya. Beliau sangat dikenali sehingga ke hari ini adalah disebabkan beliau telah
membebaskan negeri ini daripada genggaman pihak British walaupun pada peringkat awal
perjuangan beliau mendapat tentang dari pelbagai pihak seperti orang tempatan, orang Cina
dan juga pengamal ajaran Kristian. Hal ini disebabkan, walaupun pihak British menjajah
Sabah namun orang tempatan dapat menjalankan aktiviti harian mereka tanpa ancaman,
orang Cina sebagai peniaga yang besar manakala pengamal ajaran Kristian pula boleh
menyebarkan ajaran mereka di tempat-tempat yang dikhas tanpa sebarang masalah. Dengan
itu, rakyat Sabah menganggap kemerdekaan itu bukan sesuatu yang penting kerana mereka
telah mendapat kehidupan yang selesa di negeri Sabah ini. Namun demikian 1 Disebabkan jasa
beliau dalam memerdekaan negeri Sabah ini beliau telah dikenali sebagai ‘Bapa
Kemerdekaan Sabah’ dan ‘Bapa Pembangunan Sabah’ apabila beliau memajukan dan
memerdekakan tanah Sabah ini. Sifat-sifat beliau yang sangat disegani dan disayangi
rakyatnya sehingga beliau bukan sahaja dianggap sebagai bapa kepada anak-anaknya
malahan bapa kepada kepada rakyat jelatanya.

1
Sebahagian Dari Memoir Tun Datu Mustapha: Merdeka Melalui Malaysia sebagai yang diceritakan
kepada SUBKY LATIF, 1981. penerbitan Pustaka Antara 399A Jalan Tuanku Abdul Rahman: Kuala
Lumpur, htl 9

1
2.0 LATAR BELAKANG

Tun Datu Mustapa diberi nama Datu Badiozaman semasa beliau masih kecil lagi
namun disebabkan beliau sering sakit orang tua beliau menganggap nama Datu Badiozaman
tersebut tidak sesuai untuk beliau dan akhirnya orang tuanya telah menukar nama Datu
Badiozaman kepada Datu Mustapha. Selain itu, Tun Datu Mustapha juga mempunyai nama
timangan yang dikenali sebagai Jaman. Tun Datu Mustapha Bin Datu Hj. Harun telah
dilahirkan pada 31.7.1918 dan menetap di Kampung Limau-Limauan, Kudat, Sabah. Bapa
Tun Datu Mustapha ialah Datu Harun bin Datu Nasaruddin dan ibunya pula bernama Norani
Hj. Abdul Rahim. Beliau merupakan anak keempat daripada sembilan orang adik-beradik
yang terdiri daripada enam orang adik-beradik perempuan dan tiga orang adik-beradik lelaki
yang bernama Dayang Lana, Dayang Hjh.. Bidari, Dayang Siti Sarah (Dayang Pindau),
Dayang Hjh. Harum, Datu Muhammad, Dayang Tahiran, Datu Hj. Aliuddin dan Dayang Hjh.
Hadijah. Dimana ayah Tun Datu Mustapha telah menyara keluarga beliau dengan bekerja di
Chartered Company of North Borneo sebagai kerani (native clerk).2

Tun Datu Mustapha telah menamatkan zaman bujangnya dengan seorang wanita yang
bernama Toh Puan Rahmah Hj. Zulkarnain yang berbangsa bajau kagayan-suluk dan juga
mempunyai sembilan orang anak yang bernama Datu Abdul Hamid (Allahyarham), Dayang
Maimunah, Datu Amir Kahar, Datu Hj. Baharuddin, Datu Kamaruddin, Dayang Hajah
Zulfah, Dayang Aminah, Rasalonah Abdullah, Dayang Marina dan Datu Harun. Beliau
mempunyai hobi yang sangat menarik iaitu suka menggesek biola, berjoget, berjenaka dan
mendengar muzik irama keroncong. Di samping itu, beliau sangat gemar untuk bermain golf
dan akhirnya menjadi pengasas Kinabalu Golf Club di Tanjung Aru dan Kudat Golf Club.
Tun Datu Mustapha telah menamatkan riwayatnya pada 2 Januari 1995 iaitu ketika beliau
berusia 77 tahun.3

2
Danny Wong Tze-Ken, 2006, Sejarah ringkas Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah dan Gabenor
Borneo Utara, Perpustakaan Negeri Sabah: dicetak oleh pencetak kerajaan, Datuk Dr. Hj Amir, P.G.D.K.,
A.M.N., A.D.K., Jabatan Cetak Kerajaan, Sabah, Malaysia

2
3.0 BIDANG YANG DICEBURI TUN DATU MUSTAPHA

Semasa usia Tun Datu Mustapha lingkungan 10 tahun lagi, beliau telah bekerja
sebagai pelayan rumah kepada Residen Inggeris iaitu E.W Morrell pada tahun 1982. Beliau
tidak mempunyai pendidikan formal secara lancar kerana pada zaman persekolahannya di
usia kanak-kanak lagi pendidikan formal beliau terputus-putus disebabkan masalah tertentu.
Beliau telah mendapat pendidikan formal iaitu darjah satu pada tahun 1932 ketika beliau
berusia 14 tahun di St James School, Kudat iaitu sebuah sekolah Inggeris yang berada di
bawah pertubuhan gereja pada waktu itu. Namun pendidikannya terhenti selepas sembilan
bulan beliau memulakan pendidikannya kerana ibunya Norani Hj. Abdul Rahim meninggal
dunia. Tambahan pula, pendidikannya terhenti akibat beliau terpaksa menanggung adik-
beradiknya yang lain kerana ayahnya ditukar tempat kerja ke tempat lain. Beliau yang hanya
berusia 14 tahun ketika itu menggalas tanggungjawab kerana beliau merupakan anak sulung
dan beliau bukan sahaja menjaga adik-beradiknya namun juga neneknya yang telah berusia.

Walaupun pendidikan formal beliau terhenti namun beliau tetap berusaha mencari
ilmu pengetahuan beliau melalui pergaulannya dengan masyarakat Inggeris. Selepas dua
tahun beliau berhenti daripada pendidikan formal beliau telah mendapat pekerjaan di Pejabat
Daerah Kudat sebagai budak pejabat ataupun ‘office boy’ di bawah pentadbiran Pegawai
Daerah iaitu E.R Evans. iaitu pada 18.10.1934 pada usia beliau 16 tahun. Dalam tempoh tiga
tahun sahaja, Tun Datu Mustapha berjaya membuktikan beliau sebagai pekerja yang rajin dan
gigih menyebabkan beliau dilantik sebagai Kerani Anak Negeri dan Kerani Candu pada tahun
01.04.1937 sehinggalah 1944 iaitu ketika beliau berusia 26 tahun. Pengalaman beliau di
tempat kerja mendedahkan beliau bersama orang-orang Inggeris memberikan beliau peluang
untuk belajar menulis dan membaca. Keadaan ini menyebabkan beliau dipercayai oleh
pentadbir Inggeris akhirnya telah membuka peluang beliau untuk memajukan diri beliau.4

3
Abdul Hadi Harman Shah, Junaenah Sulehan, Mohamed Yusoff Ismail, Nor Azizan Idris, Zahra
Yacob,2003. Tun Mustapha Dan Pembangunan Sabah: Published in Malaysia by Yayasan Sabah, htl.
9

4
New Malaysian Who’s Who Second Edition Volume II, 1995, Kasuya Publishing Sdn Bhd
(a member of Kasuya Group): Kuala Lumpur.

3
Dengan kepercayaan yang diperoleh Tun Datu Mustapha menyertai kursus
pentadbiran dan pertanian termasuklah kursus di Rural Industry Development Authority
(RIDA) ataupun pada ketika itu dikenali sebagai Maktab Pertanian Malaya, Serdang yang
kini telah dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia dari tahun 1951 hingga 1952 di Serdang.
Setelah itu, beliau telah dihantar untuk meneruskan pengajian dalam Bahasa Inggeris dan
politik di England yang ditaja oleh North Borneo Govt. dan British Council selama satu tahun
semasa beliau berusia 34 tahun. Kemudian beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Undangan
Negeri Borneo Utara (1954) yang dipilih oleh pihak British dan turut menjadi calon Sabah
Majlis Perundangan pada tahun 1955. Di samping itu, beliau turut menjadi calon, majlis
Sabah eksekutif (1956) serta dicalonkan menjadi Ahli Exco Sabah kerana beliau kerajaan
tempatan (1956). Tun Datu Mustapha menyertai siding ECAFE kerana beliau merupakan
Dewan Perundangan dan Exco atas faktor ketiadaan pelajaran yang mengetahui tentang isu
politik dalam kalangan bumiputera Sabah menyebabkan Tun Datu Mustaphalah yang
diangkat oleh pihak British.5

4.0 PERJALANAN POLITIK TUN DATU MUSTAPHA

4.1 United Sabah National Organization (USNO)

Negeri Sabah ini mempunyai rakyat peribumi yang pelbagai yang terdiri daripada
Bajau, Suluk, Kadazan, Dusun, Brunei, Murut, Rungus dan lain-lain. Oleh itu, Tun Datu
Mustapha menyedari bahawa kemerdekaan Sabah hanya oleh berlaku apabila penyatuan
politik terjalin yang mewakili kepelbagaian etnik dan agama di negeri ini. Akhirnya Tun Datu
Mustapha bersama sahabat beliau Datu Mohd Said Keruak dan Tun Sakaran Dandai
menubuhkan United Sabah National Organization (USNO) yang mewakili semua rakyat
peribumi Sabah mula diperkenalkan pada Ogos yang 1960 dan Tun Datu Mustapha telah
dilantik sebagai Yang-dipertua USNO yang pertama di Kudat pada 24.12.1961. USNO telah
mencadangkan agama islam menjadi agama rasmi dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi
Sabah dan parti ini telah telah diterima oleh bukan sahaja peribumi beragama islam malah
rakyat peribumi bukan islam termasuklahlah juga pemimpinnya yang bernama Herman
Luping dan Payar Juman yang akhirnya penubuhan parti ini membawa kepada perpaduan
rakyat dari segi bahasa, budaya dan agama.6 Matlamat utama beliau apabila terlibat dalam

5
Sebahagian Dari Memoir Tun Datu Mustapha: Merdeka Melalui Malaysia sebagai yang diceritakan kepada SUBKY LATIF,
1981. penerbitan Pustaka Antara 399A Jalan Tuanku Abdul Rahman: Kuala Lumpur, htl. 6

6
Maimanah Amin, Warman, 2006. Menjejaki Wawasan Pemimpin, dicetak oleh Syarikat Percetakan Sinar Jaya:Malaysia.

4
arena politik ini adalah ingin mewujudkan suasana politik yang stabil di negeri Sabah ini agar
perhubungan di antara kerajaan negeri dan persekutuan dapat berjalan dengan lancar.

Tun Datu Mustapha telah memperjuangkan kemerdekaan negeri Sabah mulai


mendapat sambutan dan sokongan yang baik daripada rakyat peribumi sendiri dimana sebaik
sahaja beliau menubuhkan USNO. Beliau turut dilantik sebagai Ahli Majlis Kerja dan
Perundangan dan diteruskan dengan pelantikan beliau sebagai Ahli Kerajaan Tempatan
selepas diisytiharkan pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Sehubungan dengan itu, Tun
Datu Mustapha telah dilantik menjadi Ketua Negeri Sabah yang pertama selama dua tahun
(1963-1964) dan diganti sebentar oleh Tun Pangiran Ahmad Raffae namun beliau kembali
menjadi Ketua Menteri Sabah pada tahun 1965 sehingga 1973. Ketika itu juga Tun Datu
Mustapha turut menyandang jawatan sebagai Menteri Persekutuan Bagi Hal Ehwal Sabah
dan Pertahanan Awam pada 22 Julai 1966 hingga 1967.

Setelah itu, pada April 1967 beliau kembali bertanding dalam pilihanraya di
Bengkoka-Bangi dan mendapat kemenangan dalam pilihanraya tersebut dan akhirnya beliau
bertanggungjawab menjadi Rakyat Undangan Negeri Sabah untuk Bengkoka dan beliau
ditabalkan sebagai Ketua Menteri Sabah Ketiga menggantikan Donald Stephens dan Peter Lo
Su Yin bermula pada 11 Mei 1967. Jawatan tersebut dipengang selama dua penggal oleh
beliau sebelum partinya USNO berjaya ditewaskan oleh Parti BERJAYA A Hamid B Ahmad
dalam pilihanraya negeri kerana mendapat lebih undi daripada USNO sebanyak 1617 undi
(1976). Beliau bukan sahaja bertanding untuk Bengkoka malah juga untuk Usukan pada 1985
semasa pilihanraya umum dan mendapat undian dengan majoriti sebanyak 1160 undi
berbanding Barisan Datuk Mohd Salleh Said. Di samping itu, Tun Datu Mustapha turut
menyertai pilihanraya kecil pada tahun 1987 sebagai Rakyat Ahli Parlimen Limbawang
dengan majoriti 1,749 undi berbanding bebas Mohd Lamrin b Mohd Said dan bertanding
semula untuk Ahli Dewan Rakyat negeri sabah bagi Usukan dalam pilihan raya kecil pada
1987 dengan majoriti 396 undi lebih PBS Datuk Mohd Salleh b Tun Said Keruak. Akhirnya
beliau dipilih semula sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah untuk Usukan dalam
Julai 1990 untuk pilihan raya umum. Tun Datu Mustapha menyertai pilihanraya umum
terakhir sebagai USNO ketika tahun Oktober 1990 apabila beliau dipilih semula Ahli
Parlimen Limbawang dengan majoriti 1,900 undi ke atas calon Bebas Jusri b Sahat.7

7
New Malaysian Who’s Who Second Edition Volume II, 1995, Kasuya Publishing Sdn Bhd (a member of Kasuya Group): Kuala
Lumpur.

5
3.2 United Malay National Organization (UMNO)

Setelah Tun Datu Mustapha tewas dalam pilihanrayanya menentang Parti BERJAYA,
beliau meneruskan usaha beliau dalam bidang politik dengan membawa UMNO ke Sabah
dan penyertaan beliau berlangsung pada Januari 1991. Tun Datu Mustapha telah membuat
keputusan untuk membubarkan Parti USNO demi memberi laluan kepada Parti UMNO. Parti
UMNO dibawa ke Sabah dengan tujuan dapat menyatukan rakyat Sabah. Malahan, beliau
merupakan orang pertama daripada Parti USNO yang menyertai Parti UMNO. Sebulan
selepas itu, beliau menjadi Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Sabah yang
pertama mengganggotai Majlis Tertinggi UMNO. Dengan menyertai Parti UMNO Tun Datu
Mustapha dipilih semula menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah untuk Usukan
sebagai UMNO dalam pilihanraya kecil pada 12.05.1991 sekaligus menyandang jawatan
sebagai Timbalan Ketua UMNO Sabah pada tahun 1991 sehingga 1993 ketika beliau
berumur 73 tahun sehingga 75 tahun. Selepas berhenti menyandang jawatan Timbalan Ketua
UMNO, beliau telah menjadi Menteri Federal Hal Ehwal Sabah dari 20 Ogos 1993 sehingga
Januari 1994 . akhirnya Tun Datu Mustapha telah meletak jawatan tersebut dan keluar
daripada UMNO.8

5.0 ANUGERAH YANG DITERIMA TUN DATU MUSTAPHA

5.1 Anugerah Pingat-Pingat Kebesaran Negeri/Persekutuan dan Antarabangsa

Bil. Nama Anugerah Peringkat Tarikh


Diterima
1 SMPM- Seri Paduka Mahkota Perlis Negeri 28 Mac 1971
(Perlis)
2 PNBS- Panglima Negara Bintang Sarawak Negeri 20 Ogos
Membawa gelaran ‘Datuk’ (Sarawak) 1970
3 SPDK- Seri Panglima Darjah Kinabalu Negeri 16 September
Membawa gelaran ‘Datuk’ (kelas pertama) (Sabah) 1964
4 SIMP- Seri Paduka Mahkota Pahang Negeri 20 September
(Pahang) 1969
5 SPCM- Seri Paduka Chura Si Manja Kini, Negeri 15 September
Perak (Perak) 1971

8
Enskiklopedia sejarah dan kebudayaan melayu, 1999, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan
Malaysia:Kuala Lumpur.

6
6 KCRL- Knight Commander of the Republic Antarabangsa 18 September
Of Lebanon (Lebanon) 1972
7 SPMJ- Seri Paduka Mahkota Johor Negeri 27 Oktober
(Johor) 1970
8 SMN- Seri Maharaja Mangku Negara Persekutuan 26 November
Membawa gelaran ‘Tun’ Malaysia 1964
9 K St. J- Knight Of (The Order of) St. John Antarabangsa Tiada
Jerusalem maklumat
10 KVO- Knight of the Valiant Order) Antarabangsa Tiada
maklumat
11 OBE- The Order Of British Empire Antarabangsa Tiada
maklumat

5.2 Ahli Gabungan

i. Ahli Seumur Hidup Comonwealth Parliamentary Associantion


ii. Ahli Royal Commonwealth Society
iii. Yang-Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) dari tahun 1969
sehingga 1994.9

9
Abdul Hadi Harman Shah, Junaenah Sulehan, Mohamed Yusoff Ismail, Nor Azizan Idris, Zahra Yacob,2003. Tun Mustapha
Dan Pembangunan Sabah, Published in Malaysia by Yayasan Sabah, htl. 95

7
RUJUKAN

Abdul Hadi Harman Shah, Junaenah Sulehan, Mohamed Yusoff Ismail, Nor Azizan Idris,
Zahra Yacob,2003, Tun Mustapha Dan Pembangunan Sabah, Published in Malaysia
by Yayasan Sabah

Danny Wong Tze-Ken, 2006, Sejarah ringkas Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri
Sabah dan Gabenor Borneo Utara, Perpustakaan Negeri Sabah: dicetak oleh pencetak
kerajaan, Datuk Dr. Hj Amir, P.G.D.K., A.M.N., A.D.K., Jabatan Cetak Kerajaan,
Sabah, Malaysia

Enskiklopedia sejarah dan kebudayaan melayu, 1999, Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pendidikan Malaysia:Kuala Lumpur.

Maimanah Amin, Warman, 2006, Menjejaki Wawasan Pemimpin, dicetak oleh Syarikat
Percetakan Sinar Jaya:Malaysia.

New Malaysian Who’s Who Second Edition Volume II, 1995, Kasuya Publishing Sdn Bhd

(a member of Kasuya Group): Kuala Lumpur.

Sebahagian Dari Memoir Tun Datu Mustapha: Merdeka Melalui Malaysia sebagai yang
diceritakan kepada SUBKY LATIF, 1981, penerbitan Pustaka Antara 399A Jalan
Tuanku Abdul Rahman: Kuala Lumpur

Morshidi, A. H., & Hamid, F. A. (2016). E-Government and Malaysia: A Theoretical


Consideration. SOSIOHUMANIKA, 3(2).

Idris, R. Z., Bala, B., & Morshidi, A. H. (2016). Sabah (Malaysia)–Australia Relations: An
Historical Observation. TAWARIKH, 4(2).

You might also like