You are on page 1of 2

Tun Hj Mohamed Fuad Stephens

Tun Hj Mohamed Fuad Stephens atau nama asalnya Donald Stephens memainkan peranan penting
dalam kemasukan Sabah ke dalam Malaysia pada tahun1963. Beliau memegang jawatan Ketua
Menteri sebanyak dua kali iaitu 1963-1964 dan 1976. Semasa memegang jawatan sebagai Ketua
Menteri untuk kali kedua, beliau terlibat dalam tragedi malang apabila kapal terbang yang dinaikinya
semasa lawatan ke daerah terhempas dan mengorbankan beliau dengan beberapa orang Menteri
Sabah.

Beliau dilahirkan pada 14 September 1920, berdarah kacukan kadazan British(sebelah bapa) dan
Jepun-British(sebelah ibu) mendapat pendidikan awal di Sekolah Lelaki St.Mary Sandakan. Seorang
yang aktif dan cepat mesra dengan rakan sejak zaman persekolahan. Tun merupakan penulis yang
memperjuangkan masyarakat setempatnya dan tidak pernah jemu membantu orang kampung.
Beliau melihat seluruh masyarakat peribumi Sabah memerlukan pembelaan sewajarnya. Melalui
tulisan dalam ‘North Borneo’ beliau telah membongkar kepincangan pentadbiran British di Sabah
dan dasar dasar yang dianggap menindas masyarakat peribumi.

Pada tahun 1953, beliau menubuhkan akhbar sendiri iaitu The Sabah Times dan sejak itu beliau
menjadikan akhbarnya sebagai wasilah perjuangan bagi menyedarkan masyarakat anak bangsanya.
Ini menyebabkan hubungan beliau dengan masyarakat, rakyat dan golongan kelas atasan bertambah
erat. Beliau juga turut memuatkan pelbagai rencana mengenai kebudayaan kehidupan masyarakat
Kadazan yang antara lain menceritakan tentang tradisi, kebudayaan dan juga penindasan yang
dialami di negeri sendiri.

Beliau menjalin hubungan yang erat dengan Tunku abdul Rahman dan beliau juga yang
mengistiharkan Hari Malaysia sebaik sahaja Perjanjian Malaysia dimeterai di Kota Kinabalu. Jasa dan
sumbangan beliau dalam menjalinkan hubungan baik dengan pemimpin semenanjung memang
cukup besar.

Pda 1964, beliau merupakan Menteri Sabah yang pertama dilantik menganggotai cabinet
Persekutuan Tanah Melayu mengantikan Peter Lo Sui Yin dari Parti Sabah Chinese Association.
Beliau menjadi Menteri Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal dan
kebajikan Negeri Sabah. Pada tahun 1973 beliau dilantik ke jawatan tertinggi Sabah sebagai
Gabenor(kini dikenali sebagai Yang Di Pertua Negeri) sehingga tahun 1975.

Dalam pilihanraya negeri pada tahun 1976, parti BERJAYA berjaya membentuk kerajaan
mengantikan USNO. Tun Muhammad Fuad Stephens menjadi Ketua Menteri Sabah buat kali kedua,
beliau maut, 44 hari selepas pelantikannya, peristiwa kapal terbang yang membawa beliau
terhempas. Ini menamatkan sumbangan anak jati Sabah terhadap bumi tercinta. Sebagai
mengenang jasa beliau dalam bidang kewartawanan, Institut Akhbar Malaysia telah
menganugerahkan Tun Mohd Fuad Stephens “Tokoh Wartawan Negara” pada 26 Oktober 1998 yang
disampaikan oleh YAB Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.

You might also like