You are on page 1of 20

1

LATIH TUBI SOALAN KBAT


BAB 1 TINGKATAN 4
SOALAN STRUKTUR
1. Mengapakah warisan sesuatu bangsa perlu dipertahankan ?

ULASAN SOALAN KBAT


Merupakan soalan KBAT konstruk Analisis. Kata tugasnya ialah Mengapakah. Di sini
calon perlu memberikan sebab-sebab berdasarkan pendapat calon. Soalan berbentuk KBAT
ini memberi peluang kepada calon untuk memberikan jawapan relevan berkaitan dengan
sebab-sebab warisan bangsa perlu dipertahankan. Calon digalakkan menjawab soalan ini
secara analitikal dengan menggemukakan setiap fakta dengan disertai dengan huraian bagi
memperoleh markah yang cemerlang.

CADANGAN JAWAPAN
F1 Merupakan identiti sesuatu bangsa/negara
F2 Menjadi daya tarikan kepada pelancong
F3 Menjadi warisan kepada generasi akan datang
F4 Lambang keunikan negara
F5 Menunjukkan kepelbagaian budaya

SOALAN ESEI
2. Pada pendapat anda, apakah kepentingan undang-undang kepada sesebuah
negara ?
ULASAN SOALAN KBAT
Merupakan soalan KBAT konstruk Aplikasi. Walau pun kata tugasnya ialah Apakah namun
calon perlu mengaitkan pengetahuan mereka dengan kepentingan undang-undang bagi
sesebuah negara. Soalan berbentuk KBAT ini memberi peluang kepada calon untuk
memberikan jawapan relevan berkaitan dengan kepentingan undang-undang kepada
sesebuah negara. Calon digalakkan menjawab soalan ini secara hollistik dengan
menggemukakan setiap fakta dengan disertai dengan huraian, huraian lanjutan, contoh dan
inferens bagi memperoleh markah cemerlang.

CADANGAN JAWAPAN
Fakta 1 Menegakkan keadilan kepada semua/hak semua
Huraian 1 Agar hak semua rakyat terjamin
Huraian Lanjutan 1 Undang-undang melindungi rakyat
Contoh 1 Perlembagaan Malaysia menjamin kebebasan rakyat
Kesimpulan 1 Negara menjadi aman dan rakyat sejahtera

Fakta 1 Membendung tindakan liar manusia


Huraian 1 Supaya rakyat dapat didisiplinkan
Huraian Lanjutan 1 Rakyat tidak akan melakukan kesalahan
Contoh 1 Rakyat mematuhi undang-undang negara
Kesimpulan 1 Nyawa dan harta benda rakyat terpelihara
2

BAB 2 TINGKATAN 4
SOALAN STRUKTUR
1. Jelaskan nilai-nilai murni yang boleh dicontohi daripada perjuangan nasionalis di
Asia.

ULASAN SOALAN KBAT


Merupakan soalan KBAT konstruk Aplikasi. Soalan ini berkehendakkan calon menjelaskan
nilai-nilai yang dapat dicontohi daripada para nasionalis di Asia. Nilai-nilai positif adalah
relevans bagi soalan ini. Calon diingatkan supaya menjawab soalan ini secara analitikal
dengan menggemukakan sfakta dengan disertai dengan huraian.

CADANGAN JAWAPAN
F1 Mempunyai semangat patriotik
F2 Berani menentang penjajah
F3 Sedia berkorban demi negara
F4 Tidak mudah putus asa
F5 Berjuang secara berterusan

SOALAN ESEI
2. Pada pendapat anda, apakah kesan sekiranya masyarakat Asia Tenggara tidak
mempunyai semangat nasionalisme?
ULASAN SOALAN KBAT
Merupakan soalan KBAT konstruk Menilai. Walau pun kata tugasnya ialah Apakah namun
ia diikuti dengan perkataan kesan yang melibatkan aras pemikiran yang lebih tinggi. Oleh itu,
calon perlu mengaitkan pengetahuan mereka dengan kesan sekiranya tidak wujud semangat
nasionalisme. Soalan KBAT ini menguji kebolehan calon dalam membuat penilaian. Calon
diberi peluang untuk memberikan jawapan relevan berkaitan dengan kesan sekiranya tidak
mempunyai semangat nasionalisme. Calon digalakkan menjawab soalan ini secara hollistik
dengan menggemukakan setiap fakta dengan disertai dengan huraian, huraian lanjutan,
contoh dan inferens. Kematangan calon turut diukur dalam soalan KBAT dalam pemberian
markah.

CADANGAN JAWAPAN
Fakta 1 Memudahkan campur tangan asing
Huraian 1 Dalam urusan negara
Huraian Lanjutan 1 Pentadbiran negara diambil alih oleh orang asing
Contoh 1 Penjajah Barat menguasai pentadbiran negara
Kesimpulan 1 Kuasa pembesar tempatan tergugat

Fakta 1 Rakyat tidak bersatu padu


Huraian 1 Dengan mementingkan diri sendiri
Huraian Lanjutan 1 Berlaku perpecahan kaum
Contoh 1 Pergaduhan kaum seperti 13 Mei 1969 berlaku
Kesimpulan 1 Kedaulatan negara terjejas

BAB 3 TINGKATAN 4
3

SOALAN STRUKTUR
1. Jelaskan bagaimana peperangan dapat dielakkan pada masa kini.

ULASAN SOALAN KBAT


Merupakan soalan KBAT konstruk Analisis. Calon dikehendaki mengemukakan cara untuk
menggelakkan peperangan. Jawab calon yang munasabah akan diterima dan diberi markah.
Aktiviti pembacaan dapat menambah pengetahuan am calon. Calon digalakkan menjawab
soalan ini secara analitikal dengan menggemukakan setiap fakta dengan disertai dengan
huraian.

CADANGAN JAWAPAN
F1 Mematuhi piagam/prinsip PBB
F2 Menghormati kedaulatan dan hak asasi negara lain
F3 Menjaga keselamatan / keamanan dunia
F4 Tidak melaksanakan perluasan kuasa
F5 Membina semangat setia kawan

SOALAN ESEI
2. Sebagai warganegara Malaysia, apakah peranan anda untuk mengelakkan negara
Malaysia dijajah semula ?
ULASAN SOALAN KBAT
Merupakan soalan KBAT konstruk Aplikasi. Walau pun kata tugasnya ialah Apakah namun
calon dikehendaki menerangkan peranan mereka dalam menggelakkan negara Malaysia
daripada dijajah semula. Soalan berbentuk KBAT ini memberi peluang kepada calon untuk
memberikan jawapan relevan atau mana-mana munasabah berkaitan dengan langkah
menggelakkan Malaysia daripada dijajah semula. Calon digalakkan menjawab soalan ini
secara hollistik dengan menggemukakan setiap fakta dengan disertai dengan huraian, huraian
lanjutan, contoh dan inferens bagi memperoleh markah cemerlang.

CADANGAN JAWAPAN
Fakta 1 Mengukuhkan semangat perpaduan kaum
Huraian 1 Supaya dapat bersama-sama mempertahankan negara
Huraian Lanjutan 1 Bersatu padu tanpa mengira perbezaan agama dan bangsa
Contoh 1 Bersama-sama mempertahankan negara
Kesimpulan 1 Kedaulatan negara dapat dikekalkan

Fakta 1 Memantapkan pertahanan negara


Huraian 1 Agar dapat membendung usaha kuasa asing menjajah negara kita
Huraian Lanjutan 1 Memperbanyakkan peralatan senjata moden
Contoh 1 Membeli senjata moden dan terkini
Kesimpulan 1 Musuh negara dapat dikalahkan

BAB 4 TINGKATAN 4
SOALAN STRUKTUR
4

1. Pada pandangan anda, apakah yang akan berlaku sekiranya Malayan Union
diteruskan ?

ULASAN SOALAN KBAT


Merupakan soalan KBAT konstruk Analisis. Walau pun kata tugasnya ialah Apakah namun
calon perlu membuat andaian tentang kesan sekiranya Malayan Union diteruskan. Calon
boleh menggunakan pengetahuan am dan fakta dari buku teks dalam menjawab soalan
berbentuk KBAT ini. Calon digalakkan menjawab soalan ini secara analitikal dengan
menggemukakan setiap fakta dengan disertai dengan huraian.

CADANGAN JAWAPAN
F1 Negara akan terus dijajah
F2 Raja-Raja Melayu kehilangan kuasa
F3 Bilangan pendatang bertambah
F4 Kehidupan orang Melayu bertambah mundur
F5 Hak istimewa orang Melayu hilang

SOALAN ESEI
2. Sekiranya anda sebagai pemimpin masyarakat tempatan ketika itu, apakah tindakan
anda untuk menyatukan orang Melayu menentang Malayan Union?
ULASAN SOALAN KBAT
Merupakan soalan KBAT konstruk Aplikasi. Calon perlu mengaitkan pengetahuan am
mereka dengan cara menyatupadukan rakyat untuk menentang MU. Soalan berbentuk KBAT
ini memberi peluang kepada calon untuk memberikan jawapan relevan berkaitan dengan
tindakan untuk menyatupadukan rakyat dalam menentang MU. Calon juga boleh mengambil
cara penentangan orang Melayu terhadap MU dari buku teks. Calon digalakkan menjawab
soalan ini secara hollistik dengan menggemukakan setiap fakta dengan disertai dengan
huraian, huraian lanjutan, contoh dan inferens. Markah juga diberi berdasarkan kematangan
jawapan calon.

CADANGAN JAWAPAN
Fakta 1 Mengadakan kempen
Huraian 1 Menyedarkan rakyat supaya menentang MU
Huraian Lanjutan 1 Menyatupadukan penduduk
Contoh 1 Mengadakan ceramah
Kesimpulan 1 Rakyat akan bangun menentang MU

Fakta 1 Mengadakan demonstrasi secara aman


Huraian 1 Agar rakyat menyokong usaha menentang MU
Huraian Lanjutan 1 Menganjurkan demonstrasi di seluruh negara
Contoh 1 Mengadakan demonstrasi semasa kehadiran Ahli Parlimen British
Kesimpulan 1 Menyedarkan pihak British bahawa penduduk menentang
pelaksanaan MU
BAB 5 TINGKATAN 4
SOALAN STRUKTUR
5

1. Pada pandangan anda, mengapakah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948


perlu dihayati oleh generasi muda hari ini ?

ULASAN SOALAN KBAT


Merupakan soalan KBAT konstruk Analisis. Walau pun kata tugasnya ialah Mengapakah
namun calon perlu mengaitkan pengetahuan mereka dengan sebab PTM harus dihayati oleh
generasi muda. Soalan berbentuk KBAT ini memberi peluang kepada calon untuk
memberikan jawapan yang munasabah berkaitan dengan sebab PTM harus dihayati oleh
generasi muda. Calon digalakkan menjawab soalan ini secara analitikal dengan
menggemukakan setiap fakta dengan disertai dengan huraian.

CADANGAN JAWAPAN
F1 Menghargai perjuangan tokoh-tokoh terdahulu
F2 Menghargai sejarah negara
F3 Melahirkan perasaan cinta kepada negara
F4 Taat kepada raja
F5 Menjadi iktibar

SOALAN ESEI
2. Apakah yang akan berlaku sekiranya keganasan komunis gagal ditangani?

ULASAN SOALAN KBAT


Merupakan soalan KBAT konstruk Aplikasi. Walau pun kata tugasnya ialah Apakah namun
calon perlu mengemukakan jawapan berdasarkan pengetahuan am dan fakta yang diperoleh
daripada buku teks. Jawapan calon yang munasabah akan diterima. Calon digalakkan
menjawab soalan ini secara hollistik dengan menggemukakan setiap fakta dengan disertai
dengan huraian, huraian lanjutan, contoh dan inferens. Kematangan jawapan turut
mempengaruhi markah calon.

CADANGAN JAWAPAN
Fakta 1 Ekonomi negara lumpuh
Huraian 1 Komunis memusnahkan sumber ekonomi negara
Huraian Lanjutan 1 Kegiatan ekonomi tidak dapat dijalankan
Contoh 1 Komunis memusnahkan lading getah, lombong dan sistem
pengangkutan
Kesimpulan 1 Pendapatan negara merosot

Fakta 1 Imej negara tercalar


Huraian 1 Negara luar memandang negetif terhadap negara kita
Huraian Lanjutan 1 Mencatatkan sejarah hitam negara
Contoh 1 Keganasan komunis dipaparkan dalam media massa
Kesimpulan 1 Maruah negara tergugat

BAB 6 TINGKATAN 4
SOALAN STRUKTUR
1. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, cadangkan langkah yang perlu
6

dilakukan oleh rakyat untuk membantu kerajaan membanteras ancaman


komunis

ULASAN SOALAN KBAT


Merupakan soalan KBAT konstruk Analisis. Soalan ini berkehendakan calon memberikan
cadangan untuk membantu membanteras ancaman komunis. kepentingan mengamalkan
sikap bertoleransi. Calon perlu mengaitkan pengetahuan am dan fakta daripada buku teks
dengan kehendak soalan. Calon digalakkan menjawab soalan ini secara analitikal dengan
menggemukakan setiap fakta dengan disertai dengan huraian.

CADANGAN JAWAPAN
F1 Menyokong usaha dan dasar kerajaan membanteras komunis
F2 Menyertai pasukan pertahanan dan keselamatan
F3 Menyertai perhimpunan kempen ‘Bulan Penduduk Tanah Melayu Melawan
Komunis
F4 Mendaftarkan diri dalam program khidmat negara
F5 ). Mengamalkan Rukun Negara pada setiap masa

SOALAN ESEI
2. Apakah yang akan berlaku sekiranya keganasan komunis gagal ditangani?

ULASAN SOALAN KBAT


Merupakan soalan KBAT konstruk Aplikasi. Walau pun kata tugasnya ialah Apakah namun
calon perlu mengemukakan jawapan berdasarkan pengetahuan am dan fakta yang diperoleh
daripada buku teks. Jawapan calon yang munasabah akan diterima. Calon digalakkan
menjawab soalan ini secara hollistik dengan menggemukakan setiap fakta dengan disertai
dengan huraian, huraian lanjutan, contoh dan inferens. Kematangan jawapan turut
mempengaruhi markah calon.

CADANGAN JAWAPAN
Fakta 1 Ekonomi negara lumpuh
Huraian 1 Komunis memusnahkan sumber ekonomi negara
Huraian Lanjutan 1 Kegiatan ekonomi tidak dapat dijalankan
Contoh 1 Komunis memusnahkan lading getah, lombong dan sistem
pengangkutan
Kesimpulan 1 Pendapatan negara merosot

Fakta 1 Imej negara tercalar


Huraian 1 Negara luar memandang negetif terhadap negara kita
Huraian Lanjutan 1 Mencatatkan sejarah hitam negara
Contoh 1 Keganasan komunis dipaparkan dalam media massa
Kesimpulan 1 Maruah negara tergugat

BAB 7 TINGKATAN 4
SOALAN STRUKTUR
7

1. Jelaskan kepentingan mengamalkan sikap toleransi antara kaum.


ULASAN SOALAN KBAT
Merupakan soalan KBAT konstruk Analisis. Soalan ini berkehendakan calon memberikan
kepentingan mengamalkan sikap bertoleransi. Calon perlu mengaitkan pengetahuan am
dengan kehendak soalan. Soalan berbentuk KBAT ini memberi peluang kepada calon untuk
memberikan jawapan yang relevan berkaitan dengan kepentingan amalan sikap bertoleransi.
Calon digalakkan menjawab soalan ini secara analitikal dengan menggemukakan setiap fakta
dengan disertai dengan huraian.

CADANGAN JAWAPAN
F1 Menjamin keamanan
F2 Mewujudkan permuafaktan
F3 Keharmonian rakyat
F4 Mengelakkan perselisihan faham/ huru-hara
F5 Kestabilan politik

SOALAN ESEI
2. Sistem Ahli membawa kebaikan kepada penduduk tempatan. Berikan
ulasan anda.

ULASAN SOALAN KBAT


Merupakan soalan KBAT konstruk Analisis.. Soalan KBAT ini memberi peluang kepada
calon untuk memberikan jawapan yang relevan berkaitan dengan manfaat/kebaikan Sistem
Ahli kepada penduduk. Jawapan calon boleh berdasarkan fakta dalam buku teks atau
pengetahuan calon. Calon digalakkan menjawab soalan ini secara hollistik dengan
menggemukakan setiap fakta dengan disertai dengan huraian, huraian lanjutan, contoh dan
inferens. Bagi memperoleh markah cemerlang, calon juga perlu menunjukkan kematangan
dalam jawapan.

CADANGAN JAWAPAN
Fakta 1 Memberi peluang mentadbir kepada penduduk tempatan
Huraian 1 Ahli dilatih untuk menjalankan tugas mengikut portfolio masing-
masing
Huraian Lanjutan 1 Memberi pendedahan yang baik kepada penduduk tempatan untuk
menerajui kerajaan
Contoh 1 Penduduk mendapat pengalaman mentadbir
Kesimpulan 1 Menimbulkan keyakinan penduduk dalam mentadbir

Fakta 1 Mewujudkan perpaduan


Huraian 1 Negara kita mempunyai masyarakat berbilang kaum
Huraian Lanjutan 1 Mengamalkan sikap saling menghormati, bertolak ansur dan
berkongsi secara bijak
Contoh 1 Terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India
Kesimpulan 1 Menjadi asas kepada pembentukan negara bangsa yang merdeka
BAB 8 TINGKATAN 4
SOALAN STRUKTUR
8

1. Jelaskan kepentingan pelaksanaan pilihan raya dalam sebuah negara demokrasi


ULASAN SOALAN KBAT
Merupakan soalan KBAT konstruk Analisis. Soalan KBAT ini memerlukan calon
memberikan kepentingan pelaksanaan pilihan raya. Calon boleh menggunakan pengetahuan
daripada buku teks dan pengetahuan am dalam menjawab soalan ini. Mana-mana jawapan
calon relevan dan munasabah akan diterima. Calon digalakkan menjawab soalan ini secara
analitikal dengan menggemukakan setiap fakta yang disusuli dengan huraian.

CADANGAN JAWAPAN
F1 Memilih wakil rakyat
F2 Menjamin kestabilan politik
F3 Mengekalkan amalan demokrasi
F4 Melnjamin pemerintahan adil
F5 Memastikan kelancaran pentadbiran

SOALAN ESEI
2. Kesedaran golongan muda untuk menjadi pengundi agak membimbangkan.
Cadangkan langkah-langkah untuk menarik golongan ini menjalankan
tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

ULASAN SOALAN KBAT


Merupakan soalan KBAT konstruk Analisis. Soalan ini meminta calon memberi cadangan
langkah-langkah untuk menarik golongan muda mengundi. Soalan berbentuk KBAT ini
memberi peluang kepada calon untuk memberikan jawapan relevan atau munasabah
berkaitan dengan cadangan langkah-langkah untuk menarik golongan muda mengundi. Calon
digalakkan menjawab soalan ini secara hollistik dengan menggemukakan setiap fakta dengan
disertai dengan huraian, huraian lanjutan, contoh dan inferens bagi memperoleh markah
cemerlang. Aspek kematangan juga diambil kira dalam pemberian markah.

CADANGAN JAWAPAN
Fakta 1 Mengadakan kempen kesedaran
Huraian 1 Menyedarkan golongan muda tentang kepentingan mengundi
Huraian Lanjutan 1 Melalui media massa
Contoh 1 Akhbar dan majalah
Kesimpulan 1 Peningkatan dalam kadar pengundi

Fakta 1 Penguatkuasaan undang-undang


Huraian 1 Dengan mewajibkan 18 tahun ke atas mendaftar sebagai pengundi
Huraian Lanjutan 1 Mengambil tindakan terhadap mereka tidak mahu mengundi
Contoh 1 Mengenakan hukuman denda
Kesimpulan 1 Generasi muda akan melaksanakan tanggungjawab mengundi

BAB 9 TINGKATAN 4
SOALAN STRUKTUR
9

1. Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri kepimpinan yang patut dicontohi daripada
pemimpin Rombongan Kemerdekaan tersebut?
ULASAN SOALAN KBAT
Merupakan soalan KBAT konstruk Analisis. Walau pun kata tugasnya ialah Apakah namun
calon perlu mengaitkan pengetahuan mereka dengan ciri-ciri kepimpinan yang patut
dicontohi daripada pemimpin Rombongan Kemerdekaan. Soalan berbentuk KBAT ini
memberi peluang kepada calon untuk memberikan jawapan relevan berkaitan dengan tugasan
soalan. Ciri-ciri kepimpinan yang logik membolehkan calon beroleh markah. Calon
digalakkan menjawab soalan ini secara analitikal dengan menggemukakan setiap ciri dengan
disertai huraian.

CADANGAN JAWAPAN
F1 Kebijaksanaan dalam merundingkan kemerdekaan
F2 Bertolak ansur demi mencapai matlamat
F3 Berani mempertahankan hak negara
F4 Bekerjasama demi kepentingan negara
F5 Meletakkan kepentingan negara lebih daripada kepentingan diri

SOALAN ESEI
2. Sebagai generasi selepas merdeka, apakah sumbangan anda kepada negara?
ULASAN SOALAN KBAT
Merupakan soalan KBAT konstruk Aplikasi. Walau pun kata tugasnya ialah Apakah namun
soalan ini memerlukan calon mengemukakan sumbangan kepada negara. Soalan berbentuk
KBAT ini memberi peluang kepada calon untuk memberikan jawapan relevan berkaitan
dengan sumbangan calon kepada negara. Calon digalakkan menjawab soalan ini secara
hollistik dengan menggemukakan setiap fakta dengan disertai dengan huraian, huraian
lanjutan, contoh dan inferens dan menunjukkan kematangan bagi memperoleh markah
cemerlang.

CADANGAN JAWAPAN
Fakta 1 Mengukuhkan perpaduan
Huraian 1 Mengamalkan nilai-nilai moral dalam kehidupan bermasyarakat
Huraian Lanjutan 1 Berbaik-baik semua penduduk
Contoh 1 Bergaul mesra tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan
kebudayaan
Kesimpulan 1 Negara aman aman dan sentosa

Fakta 1 Belajar bersungguh-sungguh


Huraian 1 Agar menjadi warga yang berjaya memajukan negara dan bangsa
Huraian Lanjutan 1 Menyumbang tenaga dalam pembangunan negara
Contoh 1 Menjadi doktor pakar yang tersohor di dunia
Kesimpulan 1 Kemajuan negara terjamin

BAB 10 TINGKATAN 4
10

SOALAN STRUKTUR
1. Apakah maksud kemerdekaan bagi diri anda?

ULASAN SOALAN KBAT


Merupakan soalan KBAT konstruk Aplikasi. Calon boleh mengemukakan pengertian
sendiri atau pun pendapat tokoh bagi menjawab soalan KBAT ini. Calon digalakkan
menjawab soalan ini secara analitikal dengan menggemukakan setiap maksud dengan
disertai dengan huraian bagi memperoleh markah yang cemerlang.

CADANGAN JAWAPAN
F1 Negara yang berdaulat
F2 Menentukan bentuk pentadbiran sendiri
F3 Tanpa campur tangan kuasa lain
F4 Kuasa pemerintahan terdapat pada rakyat tempatan
F5 Mempunyai lambang kebesaran sendiri

SOALAN ESEI
2. Bagaimanakah anda menunjukkan semangat sayang kepada negara ?
ULASAN SOALAN KBAT
Merupakan soalan KBAT konstruk Aplikasi. Soalan ini berkehendakan calon
mengemukakan cara untuk menunjukkan perasaan sayang terhadap negara. Calon perlu
menggunakan pengetahuan mereka untuk menjawab soalan ini. Soalan KBAT ini memberi
peluang kepada calon untuk berfikir di luar kotak. Calon perlu memberikan jawapan yang
relevan dengan cara untuk menunjukkan perasaan sayang terhadap negara. Mana-mana
jawapan yang munasabah dan akur kepada kehendak soalan akan diberi markah. Untuk
memperoleh markah cemerlang, calon digalakkan menjawab soalan ini secara hollistik
dengan menggemukakan setiap cara yang disertai dengan huraian, huraian lanjutan, contoh
dan inferens.

CADANGAN JAWAPAN
Fakta 1 Mematuhi undang-undang negara
Huraian 1 Agar tidak melakukan kesalahan
Huraian Lanjutan 1 Menggelakkan diri daripada tindakan yang merugikan diri/
keluarga/ negara
Contoh 1 Tidak membuat masalah /provokasi/ demonstrasi haram
Kesimpulan 1 Melahirkan masyarakat yang berdisplin dan dipandang tinggi

Fakta 1 Hidup Bersatu padu kalangan rakyat yang berbilang kaum


Huraian 1 Dengan berkerjasama dalam membangunkan negara
Huraian Lanjutan 1 Bersama-sama memikul tanggungjawab untuk memajukan negara
Contoh 1 Menghormati budaya dan adat setiap kaum
Kesimpulan 1 Kesanya rakyat hidup dalam keadaan harmoni

BAB 1 TINGKATAN 5
11

SOALAN STRUKTUR
1. Bagaimanakah kedaulatan undang-undang boleh menjamin keamanan negara
kita?

ULASAN SOALAN KBAT


Merupakan soalan KBAT konstruk Aplikasi. Kata tugas Bagaimanakah memerlukan calon
memberikan cara undang-undang dapat menjamin keamanan negara. Calon perlu mengaitkan
kehendak soalan dengan pengetahuan mereka. Jawapan calon yang relevan akan diterima.
Calon digalakkan menjawab soalan ini secara analitikal dengan menggemukakan setiap fakta
dengan disertai huraian.

CADANGAN JAWAPAN
F1 Rakyat patuh kepada undang-undang
F2 Kerajaan memerintah mengikut perlembagaan
F3 Kerajaan bersikap adil
F4 Rakyat tidak mengungkit isu-isu sensitif
F5 Badan kehakiman berwibawa menjamin keamanan

SOALAN ESEI
2. Malaysia merupakan sebuah negara yang berdaulat. Buktikan.
ULASAN SOALAN KBAT
Merupakan soalan KBAT konstruk Penilaian. Calon dikehendaki membuktikan bahawa
Malaysia merupakan sebuah negara berdaulat. Soalan KBAT ini memberi peluang kepada
calon untukberfikir di luar kotak dan memberikan jawapan yang relevan berkaitan dengan
bukti bahawa Malaysia merupakan sebuah negara berdaulat. Jawapan calon yang disertai
dengan fakta, huraian, huraian lanjutan, contoh dan inferens membolehkan calon memperoleh
markah yang cemerlang.

CADANGAN JAWAPAN
Fakta 1 Mendapat pengiktirafan antarabangsa
Huraian 1 Diterima sebagai anggota PBB
Huraian Lanjutan 1 Menyertai PBB selepas merdeka
Contoh 1 Malaysia aktif dalam misi pengaman PBB
Kesimpulan 1 Menjadi sebuah negara yang dihormati

Fakta 1 Mempunyai sempadan


Huraian 1 Memisahkan Malaysia dengan negara lain
Huraian Lanjutan 1 Bersempadan secara darat dan laut
Contoh 1 Bersempadan dengan Thailand/ Indonesia/ Singapura
Kesimpulan 1 Malaysia merupakan sebuah negara yang merdeka

BAB 2 TINGKATAN 5
12

SOALAN STRUKTUR
1. Apakah usaha anda untuk memelihara keluhuran perlembagaan negara kita ?

ULASAN SOALAN KBAT


Merupakan soalan KBAT konstruk Analisis. Calon dikehendaki mengemukakan langkah/
usaha dalam memelihara keluhuran perlembagaan. Calon perlu memahami maksud
keluhuran dalam menjawab soalan ini. Calon hanya perlu memberikan usaha/langkah
dengan disertai huraian.

CADANGAN JAWAPAN
F1 Mematuhi undang-undang negara
F2 Sentiasa berdisiplin
F3 Mengamalkan Rukun Negara
F4 Memperkukuh jati diri
F5 Mengeratkan perpaduan

SOALAN ESEI

2. Malaysia menghadapi pelbagai cabaran dalam mewujudkan masyarakat yang


mematuhi undang-undang negara. Jelaskan cabaran-cabaran tersebut.
ULASAN SOALAN KBAT
Merupakan soalan KBAT konstruk Analisis. Calon perlu mengemukakan cabaran /
kekangan yang dihadapi negara kita dalam mewujudkan masyarakat yang patuh kepada
undang-undang negara. Calon digalakkan menjawab soalan ini secara hollistik dengan
menggemukakan setiap fakta dengan disertai dengan huraian, huraian lanjutan, contoh dan
inferens. Kematangan jawapan calon turut mempengaruhi pemberian markah.

CADANGAN JAWAPAN
Fakta 1 Perbezaan latar belakang bangsa dan kaum
Huraian 1 Setiap kaum mempunyai adat resam dan kepercayaan masing-
masing
Huraian Lanjutan 1 Mewujudkan percanggahan budaya
Contoh 1 Kaum Melayu, Cina dan India mempunyai pandangan yang berbeza
Kesimpulan 1 Masyarakat pelbagai kaum menyulitkan pelaksanaan undang-
undang secara berkesan

Fakta 1 Pengaruh budaya negatif


Huraian 1 Mendapat pendedahan media sosial
Huraian Lanjutan 1 Media memaparkan budaya Barat yang bercanggah dengan
kebudayaan Timur
Contoh 1 Budaya samseng, demonstrasi haram
Kesimpulan 1 Masyarakat bertindak di luar batas undang-undang

BAB 3 TINGKATAN 5
13

SOALAN STRUKTUR
1. Pada pandangan anda, mengapakah institusi pemerintahan beraja perlu
dipertahankan
?

ULASAN SOALAN KBAT


Merupakan soalan KBAT konstruk Analisis. Walau pun soalan ini menggunakan kata tugas
Mengapakah namun calon perlu menggunakan pengetahuan am mereka dalam menjawab
soalan ini. Calon perlu memberikan sebab-sebab institusi pemerintahan beraja perlu
dipertahankan. Calon digalakkan menjawab soalan ini dengan mengaitkan sebab dengan
huraian.

CADANGAN JAWAPAN
F1 Simbol perpaduan rakyat
F2 Identiti negara
F3 Simbol kedaulatan negara
F4 Lambang perpaduan
F5 Warisan Kesultanan Melayu Melaka

SOALAN ESEI
2. Sebagai pengerusi Kelab Rukun Negara, cadangkan aktiviti yang dapat mengukuhkan
sistem pemerintahan beraja di negara kita.
ULASAN SOALAN KBAT
Merupakan soalan KBAT konstruk Aplikasi. Soalan KBAT ini memberi peluang kepada
calon untuk memberikan jawapan relevan berkaitan dengan aktiviti yang dapat
mengukuhkan sistem pemerintahan beraja di negara kita. Calon digalakkan menjawab soalan
ini secara hollistik dengan menggemukakan setiap fakta dengan disertai huraian, huraian
lanjutan, contoh dan inferens bagi memperoleh markah cemerlang. Aspek kematangan
jawapan calon juga diambil kira dalam pemberian markah.

CADANGAN JAWAPAN
Fakta 1 Mengadakan pameran
Huraian 1 Memaparkan gambar dan poster berkaitan raja-raja Melayu
Huraian Lanjutan 1 Sempena sambutan bulan kemerdekaan di sekolah
Contoh 1 Mempamerkan poster dan maklumat berkaitan Yang di-Pertuan
Agong
Kesimpulan 1 Membolehkan pelajar menghayati dan mengetahui tentang
pemerintah negara

Fakta 1 Mengadakan pertandingan


Huraian 1 Menghasilkan buku skrap tentang institusi raja
Huraian Lanjutan 1 Mengadakan kuiz berkaitan dengan sistem pemerintahan beraja
Contoh 1 Mewajibkan pelajar menyertai pertandingan
Kesimpulan 1 Pelajar akan menghormati institusi beraja

BAB 4 TINGKATAN 5
14

SOALAN STRUKTUR
1. Sistem Persekutuan yang dilaksanakan di Malaysia menyebabkan pentadbiran
negara menjadi lebih sistematik. Pada pendapat anda, mengapakah pentadbiran
yang sistematik penting kepada negara kita?

ULASAN SOALAN KBAT


Merupakan soalan KBAT konstruk Analisis. Kata tugas Mengapakah digunakan untuk
mendapatkan respon calon tentang sebab pentadbiran yang sistematik penting buat negara
kita. Calon perlu mengaitkan pengetahuan mereka dengan kehendak soalan. Soalan KBAT
ini memberi peluang kepada calon untuk memberikan jawapan relevan berkaitan dengan
sebab-sebab sistem pentadbiran negara perlu sistematik. Calon boleh menggemukakan sebab-
sebab beserta huraian.

CADANGAN JAWAPAN
F1 Melicinkan pentadbiran
F2 Meningkatkan kecekapan pentadbiran
F3 Mewujudkan kestabilan politik
F4 Menggelakkan amalan rasuah
F5 Memastikan kepentingan rakyat terjamin

SOALAN ESEI
2. Kos sara hidup yang tinggi khususnya di bandar-bandar menyebabkan ramai
penduduk tidak mampu untuk memiliki rumah kediaman sendiri. Apakah yang
boleh dilakukan oleh pihak kerajaan dalam membantu golongan ini dalam
memiliki rumah sendiri ?
ULASAN SOALAN KBAT
Merupakan soalan KBAT konstruk Analisis. Soalan KBAT ini memberi peluang kepada
calon untuk memberikan jawapan relevan berkaitan dengan langkah kerajaan dalam
membantu golongan berpendapatan rendah dalam memiliki rumah sendiri. Calon digalakkan
menjawab soalan ini secara hollistik dengan menggemukakan setiap fakta dengan huraian,
huraian lanjutan, contoh dan inferens.

CADANGAN JAWAPAN
Fakta 1 Memberi bantuan subsidi perumahan
Huraian 1 Dengan memberikan potongan harga
Huraian Lanjutan 1 Diberi kepada golongan berumur 40 tahun ke bawah
Contoh 1 Pemberian potongan 20% untuk pembelian rumah pertama
Kesimpulan 1 Mengurangkan beban golongan muda untuk memiliki rumah sendiri

Fakta 1 Menyediakan rumah kos rendah


Huraian 1 Dengan menyediakan rumah mampu milik
Huraian Lanjutan 1 Merendahkan harga rumah
Contoh 1 Menyediakan rumah berharga Rm25,000 ke bawah
Kesimpulan 1 Meningkatkan kuasa beli penduduk miskin

BAB 5 TINGKATAN 5
15

SOALAN STRUKTUR
1. Mengapakah hubungan harmoni dengan negara jiran amat penting buat sesebuah
negara ?
ULASAN SOALAN KBAT
Merupakan soalan KBAT konstruk Analisis. Walau pun kata tugasnya ialah Mengapakah
namun calon perlu mengaitkan pengetahuan mereka tentang kepentingan hubungan
berbaik-baik dengan negara jiran terhadap sesebuah negara. Calon digalakkan menjawab
soalan ini ini dengan menggemukakan setiap fakta/sebab dengan disertai huraian.

CADANGAN JAWAPAN
F1 Meningkatkan kerjasama pertahanan
F2 Mengurangkan konflik
F3 Membolehkan pertukaran kepakaran
F4 Menjamin keamanan
F5 Memajukan ekonomi

SOALAN ESEI
2. Sebagai warganegara Malaysia, terangkan perasaan anda semasa sambutan Hari
Malaysia diadakan pada setiap tahun ?
ULASAN SOALAN KBAT
Merupakan soalan KBAT konstruk Aplikasi. Calon dikehendaki menerangkan perasaan
mereka semasa sambutan Hari Malaysia. Jawapan calon yang relevan berkaitan dengan
huraian, huraian lanjutan, contoh dan inferens yang mantap membolehkan calon beroleh
markah yang cemerlang.

CADANGAN JAWAPAN
Fakta 1 Bangga
Huraian 1 Bebas daripada anasir luar
Huraian Lanjutan 1 Menjadi warganegara Malaysia yang maju
Contoh 1 Malaysia bebas daripada ancaman komunis
Kesimpulan 1 Menghargai kemakmuran yang dicapai negara

Fakta 1 Terharu
Huraian 1 Dengan pengorbanan pemimpin negara
Huraian Lanjutan 1 Pemimpin sanggup berusaha gigih mencapai matlamat
Contoh 1 Tunku Abdul Rahman berusaha memakbulkan hasrat pembentukan
Malaysia
Kesimpulan 1 Rakyat/penduduk perlu berjuang mengekalkan kedaulatan negara

BAB 6 TINGKATAN 5
SOALAN STRUKTUR
1. Apakah pengajaran yang boleh diambil daripada peristiwa pemisahan
Singapura?
16

ULASAN SOALAN KBAT


Merupakan soalan KBAT konstruk Aplikasi. Soalan KBAT ini memerlukan calon
memberikan iktibar daripada peristiwa pemisahan Singapura daripada Malaysia. Calon perlu
mengaitkan pengajaran yang relevan berkaitan peristiwa tersebut untuk beroleh markah.

CADANGAN JAWAPAN
F1 Kepentingan menjaga keamanan negara
F2 Mengutamakan rundingan dalam menyelesaikan sebarang masalah
F3 Pemimpin negara perlu bijak dalam menyelesaikan masalah
F4 Hubungan baik dengan negara jiran perlu dijaga
F5 Mengutaman kepentingan negara daripada kepentingan diri

SOALAN ESEI
2. Operasi ketenteraan seperti Operasi Hammer dilancarkan di Sarawak untuk
mengarasi ancaman komunis. Pada pendapat anda, adakah wajar operasi
ketenteraan sedemikian dijalankan?

ULASAN SOALAN KBAT


Merupakan soalan KBAT konstruk Penilaian. Calon dikehendaki menyatakan pendirian
mereka sama ada wajar atau tidak operasi ketenteraan dilaksanakan. Calon perlu menyatakan
pendirian mereka dengan mengemukakan hujah bagi menyokong pendirian tersebut. Calon
digalakkan menjawab soalan ini secara hollistik dengan menggemukakan setiap fakta dengan
disertai huraian, huraian lanjutan, contoh dan inferens yang jelas bagi memperoleh markah
cemerlang.

CADANGAN JAWAPAN
Wajar
Fakta 1 Menjamin keamanan negara
Huraian 1 Supaya rakyat tidak hidup dalam kebimbangan dan ketakutan
Huraian Lanjutan 1 Melindungi nyawa dan harta penduduk
Contoh 1 Bertindak menghapuskan sarang komunis
Kesimpulan 1 Menimbulkan keyakinan rakyat kepada kerajaan

Tidak wajar
Fakta 1 Menelan kos yang tinggi
Huraian 1 Demi memperkukuhkan pertahanan
Huraian Lanjutan 1 Menangung bebab hutang yang tinggi
Contoh 1 Membiayai pembelian senjata
Kesimpulan 1 Menjejaskan pembangunan negara

BAB 7 TINGKATAN 5
SOALAN STRUKTUR
1. Bagaimanakah pendidikan dapat mengukuhkan perpaduan dalam kalangan
masyarakat pelbagai kaum di negara kita ?
ULASAN SOALAN KBAT
17

Merupakan soalan KBAT konstruk Aplikasi. Soalan ini menguji kebolehkan calon
memberikan cara-cara perpaduan dapat diperkukuh melalui sistem pendidikan. Pemahaman
dan pengetahuan calon tentang dasar pendidikan negara dapat membantu calon menjawab
soalan ini. Calon digalakkan menjawab soalan ini secara analitikal dengan menggemukakan
setiap fakta/cara dengan disertai huraian.

CADANGAN JAWAPAN
F1 Pelaksanan sistem sekolah kebangsaan
F2 Penggunaan sukatan pelajaran yang sama
F3 Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar
F4 Sistem peperiksaan yang sama
F5 Menggalakkan aktiviti kokurikulum

SOALAN ESEI
2. Berikan cadangan anda, bagaimana kerajaan dapat mengelakkan berlakunya
pemisahan kaum di Malaysia?
ULASAN SOALAN KBAT
Merupakan soalan KBAT konstruk Aplikasi. Soalan KBAT ini memerlukan calon
mencadangan cara kerajaan dapat mengelakkan pemisahan kaum di negara kita. Calon perlu
mempunyai pengetahuan tentang sebab yang menjejaskan perpaduan kaum untuk menjawab
soalan ini. Jawapan calon yang mantap dengan disertai huraian, huraian lanjutan, contoh dan
inferens membolehkan calon beroleh markah yang cemerlang.

CADANGAN JAWAPAN
Fakta 1 Mewajibkan aktiviti sukan di sekolah-sekolah
Huraian 1 Bagi mengeratkan hubungan antara kaum
Huraian Lanjutan 1 Penyertaan pelajar pelbagai kaum dalam aktiviti sukan
Contoh 1 Sukan diadakan di semua peringkat termasuk instirusi pengajian
tinggi
Kesimpulan 1 Aktiviti sukan dapat memupuk semangat bekerjasama tanpa
mengira kaum

Fakta 1 Memupuk semangat bertoleransi


Huraian 1 Agar rakyat saling faham-memahami
Huraian Lanjutan 1 Mengenal dan memahami budaya dan kepercayaan kaum lain
Contoh 1 Menganjurkan rumah terbuka, kongsi raya
Kesimpulan 1 Rakyat akan saling menghormati antara satu sama lain

BAB 8 TINGKATAN 5
SOALAN STRUKTUR
1. Peningkatan taraf hidup rakyat dapat membawa kepada kemakmuran sesebuah
negara. Buktikan.
ULASAN SOALAN KBAT
Merupakan soalan KBAT konstruk Penilaian. Kata tugas Buktikan memerlukan calon
membuktikan bahawa peningkatan taraf hidup mampu memakmurkan negara. Calon perlu
18

mengaitkan pengetahuan am dengan kehendak soalan. Jawapan calon yang logik dan
relevan akan diberi markah. Calon digalakkan menjawab soalan ini secara analitikal dengan
menggemukakan setiap fakta dengan disertai huraian untuk beroleh markah cemerlang.

CADANGAN JAWAPAN
F1 Mewujudkan banyak peluang pekerjaan
F2 Melahirkan tenaga kerja berkemahiran
F3 Peningkatan kemudahan asas
F4 Penerokaan sector perindustrian dan perusahaan
F5 Kemasukkan pelabur luar

SOALAN ESEI
2. Sebagai seorang pemimpin, apakah usaha anda bagi membasmi masalah kemiskinan
dalam negara?

ULASAN SOALAN KBAT


Merupakan soalan KBAT konstruk Aplikasi. Calon dikehendaki meletakkan diri sebagai
seorang pemimpin negara. Walau pun kata tugasnya ialah Apakah namun ini tidak
bermaksud soalan ini beraras rendah. Sebaliknya, calon perlu mengaitkan pengetahuan am
mereka tentang usaha yang dapat dijalankan dalam membasmi kemiskinan. Soalan KBAT ini
memberi peluang kepada calon untuk berfikir di luar kotak. Calon digalakkan menjawab
soalan ini secara hollistik dengan menggemukakan setiap fakta dengan disertai huraian,
huraian lanjutan, contoh dan inferens bagi memperoleh markah cemerlang.

CADANGAN JAWAPAN
Fakta 1 Menebusguna tanah terbiar untuk pertanian
Huraian 1 Dengan mengusahakan tanaman komersial
Huraian Lanjutan 1 Menggelompokkan tanah-tanah kecil
Contoh 1 FELDA membangunkan tanah-tanah baharu
Kesimpulan 1 Meningkatkan taraf hidup penduduk

Fakta 1 Menyediakan kemudahan asas


Huraian 1 Agar golongan miskin dapat menikmati kemudahan yang
disediakan
Huraian Lanjutan 1 Memajukan infrastruktur
Contoh 1 Menyediakan bekalan air bersih, klinik kesihatan
Kesimpulan 1 Semua rakyat dapat menikmati kemudahan tanpa diskriminasi

BAB 9 TINGKATAN 5
SOALAN STRUKTUR
1. Bagaimanakah dasar luar sesebuah negara dapat menjamin
keamanan dunia?

ULASAN SOALAN KBAT


19

Merupakan soalan KBAT konstruk Analisis. Calon diuji cara dasar luar dapat menjamin
keamanan dunia. Soalan berbentuk KBAT ini memberi peluang kepada calon untuk
memberikan jawapan relevan berkaitan dengan cara dasar luar sesebuah negara dapat
menjamin keamanan dunia. Calon digalakkan menjawab soalan ini secara analitikal dengan
menggemukakan setiap fakta disertai dengan huraian untuk beroleh markah cemerlang.

CADANGAN JAWAPAN
F1 Mengamalkan sikap berkecuali
F2 Berbaik-baik dengan semua negara
F3 Tidak campur tangan hal ehwal negara lain
F4 Menyokong dasar luar negara lain
F5 Menjalin hubungan diplomatik

SOALAN ESEI
2. Berdasarkan pengetahuan anda, apakah manfaat yang diperoleh jika Malaysia
menjalin hubungan baik dengan negara jiran?

ULASAN SOALAN KBAT


Merupakan soalan KBAT konstruk Aplikasi. Walau pun kata tugasnya ialah Apakah namun
calon dikehendaki mengaitkan pengetahuan mereka tentang manfaat yang diperoleh Malaysia
dengan berbaik-baik dengan negara jiran. Soalan KBAT ini memberi peluang kepada calon
untuk memberikan jawapan yang relevan berkaitan dengan manfaat yang diperoleh Malaysia
dengan berbaik-baik dengan negara jiran. Calon digalakkan menjawab soalan ini secara
hollistik dengan menggemukakan setiap fakta dengan disertai huraian, huraian lanjutan,
contoh dan inferens bagi memperoleh markah cemerlang. Kematangan jawapan calon turut
mempengaruhi pemberian markah.

CADANGAN JAWAPAN
Fakta 1 Menjamin keselamatan negara
Huraian 1 Dengan mendapat bantuan ketenteraan dari negara jiran
Huraian Lanjutan 1 Menandatangani perjanjian kerjasama
Contoh 1 Kerjasama sempadan dengan Thailand
Kesimpulan 1 Negara bebas daripada sebarang ancaman

Fakta 1 Menggalakkan kemasukan pelaburan asing


Huraian 1 Agar mewujudkan banyak peluang pekerjaan
Huraian Lanjutan 1 Pelabur asing yakin dengan jaminan keselamatan dan keamanan
Contoh 1 Pelaburan dari Amerika Syarikat, Jepun
Kesimpulan 1 Ekonomi negara dapat dimajukan

BAB 10 TINGKATAN 5
SOALAN STRUKTUR
1. Pada pendapat anda, bagaimanakah konflik antara negara dapat dielakkan ?

ULASAN SOALAN KBAT


20

Merupakan soalan KBAT konstruk Aplikasi. Soalan KBAT ini memerlukan calon
memberikan cara untuk menggelakkan konflik di antara negara. Jawapan yang logik akan
dipertimbangkan untuk diberi markah. Calon digalakkan menggemukakan empat fakta.

CADANGAN JAWAPAN
F1 Mengelakkan persaingan senjata
F2 Mengukuhkan hubungan diplomatik
F3 Mengutamakan semangat setia kawan
F4 Memantapkan hubungan diplomatik
F5 Meningkatkan kerjasama politik, ekonomi dan sosial

SOALAN ESEI
2. Pada pendapat anda, bagaimanakah penyalahgunaan dadah dalam kalangan generasi
muda dapat diatasi ?

ULASAN SOALAN KBAT


Merupakan soalan KBAT konstruk Analisis. Soalan KBAT ini berkehendakkan calon
memberikan langkah/ cara penyalahgunaan dadah dalam kalangan generasi muda dapat
diatasi. Calon digalakkan menjawab soalan ini secara hollistik dengan menggemukakan
setiap fakta dengan disertai huraian, huraian lanjutan, contoh dan inferens. Aspek
kematangan jawapan calon turut mempengaruhi pemberian markah.

CADANGAN JAWAPAN
Fakta 1 Menganjurkan kempen kesedaran
Huraian 1 Agar generasi muda mengetahui bahaya dadah
Huraian Lanjutan 1 Disebar luaskan sejak di peringkat sekolah rendah
Contoh 1 Mengadakan kempen anti dadah
Kesimpulan 1 Mendedahkan keburukan dadah kepada generasi muda

Fakta 1 Menjalin hubungan kekerjasama dengan negara lain


Huraian 1 Agar dapat memerangi gejala penyalahgunaan dadah
Huraian Lanjutan 1 Menggubal strategi operasi menangani masalah dadah
Contoh 1 Menjalin hubungan kerjasama sempadan dengan Thailand
Kesimpulan 1 Membebaskan negara daripada masalah penyalahgunaan dadah

You might also like