You are on page 1of 5

KOLEKSI SOALAN PSPM

(2012/2013 hingga 2017/2018)

2012/2013
Soalan aras Pengetahuan (C1) & Pemahaman (C2)

1. Jualan kamera digital DigiCam meningkat kerana pelanggan telah mula membuat
pembelian. Di samping itu, keuntungan bertambah kerana peningkatan jualan produk
tersebut. Selain itu, pesaing-pesaing baharu mula memasuki pasaran disebabkan oleh
peluang mendapatkan keuntungan yang besar. Berdasarkan kepada kenyataan yang
diberikan;

a. Kenal pasti peringkat kitaran hayat produk kamera digital.


(1 markah)

b. Nyatakan strategi pengedaran yang bersesuaian untuk produk kamera digital


berkenaan.
(1 markah)

2. Terangkan kesan psikologi jika produk baharu jus manggis-delima dipasarkan pada harga
RM9.95 berbanding RM10.00 sebotol.
(1 markah)

Soalan aras Analisis (C3) & Aplikasi (C4)

1. Encik Ameen ialah pengurus bakeri CupCakes Sdn. Bhd. Beliau bercadang untuk menjual
kek cawan pada harga RM3 seunit. Kos berubah ialah 40% daripada harga jualan dan kos
tetap adalah sebanyak RM5000.

a. Terangkan kos berubah dan berikan dua contoh yang berkaitan.


(3 markah)

b. Hitung unit titik pulang modal.


(4 markah)

c. Hitung harga jualan seunit kek cawan untuk mencapai pulangan modal bagi
pengeluaran 2500 unit kek cawan.
(3 markah)

d. Sekiranya Encik Ameen menganggarkan bahawa jumlah maksimum kek cawan yang
boleh dijual dalam sebulan adalah 2000 unit, hitung untung atau rugi pada jumlah unit
jualan tersebut.
(3 markah)
2013/2014
Soalan aras Pengetahuan (C1) & Pemahaman (C2)

1. Senaraikan tiga strategi untuk memanjangkan tempoh jangka hayat sesuatu produk yang
berada pada tahap kematangan.
(3 markah)

2. Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi penentuan harga sesuatu produk.


(2 markah)

3. Berikan definisi promosi jualan.


(1 markah)

4. Lakarkan tahap saluran pengedaran produk pengguna berikut:

a. Pengedaran langsung
b. Pengedaran peruncitan
(2 markah)

Soalan aras Analisis (C3) & Aplikasi (C4)

1. Puan Rohana telah dilantik sebagai pengurus syarikat Flacky de Lite iaitu pengeluar bijirin
sarapan pagi yang terkenal. Produk tersebut dijual dalam kotak seberat 500 gram. Setelah
menjalankan penyelidikan dan pemerhatian, beliau bercadang untuk melakukan
pembungkusan semula dengan kotak seberat 50 gram yang bercorak kartun.

a. Nyatakan satu jenis atribut produk yang difokuskan oleh Puan Rohana. Terangkan
empat tujuan atribut tersebut.
(9 markah)

b. Bincangkan empat jenis aktiviti promosi jualan yang boleh dilakukan oleh syarikat Flacky
de Lite untuk meningkatkan jualan.
(10 markah)

c. Lakar satu tahap pengedaran yang sesuai digunakan oleh syarikat Flacky de Lite dan
terangkan dua alasan.

2014/2015
Soalan aras Pengetahuan (C1) & Pemahaman (C2)

1. Terangkan konsep jenama pengeluar berserta contoh.


(2 markah)

2. Nyatakan jenis harga diskaun yang sesuai digunakan oleh pengusaha hotel, taman tema
dan zoo untuk strategi penentuan harga mereka.
(1 markah)
3. Syarikat Ezzy Marketing memasarkan kerusi urut berteknologi tinggi. Kenal pasti alat
paduan promosi berdasarkan huraian berikut:

HURAIAN ALAT PADUAN PROMOSI


Syarikat Ezzy Marketing membuat sidang akhbar untuk
memperkenalkan kerusi urut berteknologi tinggi model
terkini untuk mendapatkan liputan yang meluas.
Promosi kerusi urut tersebut akan ke udara di televisyen
pada waktu puncak dan dicetak di majalah terkemuka.

(2 markah)

Soalan aras Analisis (C3) & Aplikasi (C4)

1. a. Kos pengeluaran bagi menghasilkan produk cenderamata adalah seperti berikut :

Kos tetap RM 200,000.00


Kos berubah per unit RM 15.00
Jumlah jangkaan jualan 400,000 unit
Margin keuntungan ke atas jualan yang ingin ditokok 15%

i. Berikan definisi kos tetap berserta dua contoh yang berkaitan.


(3 markah)

ii. Hitung unit pulang modal.


(3 markah)

iii. Hitung harga tokokan bagi produk tersebut.


(3 markah)

iv. Hitung keuntungan bagi seunit produk tersebut yang diperoleh menggunakan
pendekatan harga tokokan kos.
(2 markah)

b. Terangkan konsep strategi pengedaran eksklusif berserta contoh yang bersesuaian.


(3 markah)

2015/2016
Soalan aras Pengetahuan (C1) & Pemahaman (C2)

1. Pengeluar kereta mewah berjenama Porsche telah memperkenalkan satu lagi keluaran
terbarunya iaitu Porsche Panamera Turbo S. Porsche telah menetapkan harga jualan bagi
kenderaan tersebut pada RM 1,360,000.

Jelaskan strategi penentuan harga tersebut.


(2 markah)

2. Berikan definisi jualan peribadi.


(1 markah)
3. Lakarkan tahap saluran pengedaran produk pengguna berikut:

a. Pengedaran langsung.
b. Pengedaran peruncitan
(2 markah)

Soalan aras Analisis (C3) & Aplikasi (C4)

1. Syarikat BHL adalah pengeluar komputer dalam pasaran yang semakin kompetitif. Produk
BHL telah mencapai kematangan dalam kitaran hayat produk. Keputusan membentuk
paduan pemasaran yang baik adalah penting dalam memaksimumkan syer pasaran.

a. Lakar dan label kitaran hayat produk tersebut.


(9 markah)

b. Huraikan lima ciri-ciri tahap kematangan dalam kitaran hayat produk.


(5 markah)

c. Jelaskan strategi pemasaran bagi BHL untuk memaksimumkan syer pasaran.


(8 markah)

2016/2017
Soalan aras Pengetahuan (C1) & Pemahaman (C2)

1. Pada tahap manakah dalam kitaran hayat produk (KHP), harga sesuatu produk ditawarkan
pada harga yang rendah berbanding harga pesaing bagi tujuan menembusi pasaran?
(1 markah)

2. Terangkan maksud harga profesional berserta satu contoh.


(2 markah)

3. Huraikan maksud kupon dalam promosi jualan.


(1 markah)

4. FAMA ingin memperluaskan rangkaian Pasar Tani yang sedia ada untuk menjual produk
asas tani kepada pengguna.

Terangkan tahap saluran pengedaran yang paling sesuai digunakan oleh FAMA.
(2 markah)

Soalan aras Analisis (C3) & Aplikasi (C4)

1. Cik Farrah Najwa yang meminati bidang fesyen telah membuka butik dengan
memasarkan produk berjenama Farrah-Fashionista. Perniagaan tersebut menawarkan
pelbagai produk seperti baju muslimah, tudung, kasut dan beg tangan. Terdapat ramai
pesaing dalam perniagaan yang sama.

a. Huraikan kaedah penentuan harga yang sesuai bagi jenama Farrah-Fashionista.


(2 markah)
b. Terangkan lima bentuk promosi jualan yang boleh digunakan oleh Cik Farrah Najwa
untuk memperkenalkan jenamanya.
(10 arkah)

c. Nyatakan empat tujuan penjenamaan yang dilakukan oleh Cik Farrah Najwa.
(4 markah)

2016/2017
Soalan aras Pengetahuan (C1) & Pemahaman (C2)

1. Terangkan tiga tujuan pelabelan produk.


(3 markah)

2. Terangkan strategi diskaun musim berserta dua contoh.


(3 markah)

3. Lakarkan tahap pengedaran langsung yang paling sesuai digunakan oleh syarikat pemaju
perumahan.
(1 markah)

Soalan aras Analisis (C3) & Aplikasi (C4)

1. a. Encik Danny merupakan pengurus di Syarikat Crunchy Delights yang mengeluarkan


rangkaian biskut untuk pasaran tempatan. Biskut AREO merupakan produk biskut paling
laris jualannya.

i. Kenal pasti dan jelaskan tahap kitaran hayat produk (KHP) bagi biskut AREO.
(5 markah)

ii. Berdasarkan jawapan 1(a)(i), jelaskan strategi paduan pemasaran bagi biskut
AREO.
(8 markah)

iii. Terangkan dua strategi penentuan harga diskaun yang boleh ditawarkan oleh
Syarikat Crunchy Delights.
(4 markah)

iv. Terangkan strategi pengedaran yang sesuai untuk biskut AREO.


(2 markah)

b. Jelaskan tiga alat promosi jualan yang sesuai untuk melariskan jualan produk sesebuah
perniagaan.
(6 markah)

You might also like