You are on page 1of 7

SMK TONGOD PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 5

BAHAGIAN A: Baca soalan dengan teliti dan pilih satu sahaja jawapan yang paling tepat.
Sila tulis jawapan anda pada ruang yang disediakan.

1. Berikut merupakan fungsi sistem kardiovaskular, kecuali


A Penghalang C Pengekal
B Pengangkut D Penyimpan

2. Isi padu strok adalah jumlah isi padu darah yang dikeluarkan dari ventrikel kiri dalam
___________.
A satu minit C satu gerakan
B satu degupan jantung D satu latihan khusus

3. Antara pernyataan yang berikut, manakah salah?


Sistem Peredaran Pulmonari Sistem Peredaran Sistemik
A Membentuk oksihemoglobin Membentuk karbaminohemoglobin
B Karbon dioksida dibebaskan Karbon dioksida diserap
C Pertukaran gas berlaku di tisu badan Pertukaran gas berlaku di paru-paru
D Darah dipam dari ventrikel kanan. Darah dipamkan dari ventrikel kiri

4. Apakah yang perlu dilakukan semasa menjalankan latihan larian long-slow-distance?


I. Aktiviti menyejukkan badan
II. Menentukan kadar nadi badan
III. Pengekalan kadar nadi larian
IV. Menambahkan jarak larian
A I, II dan III sahaja C I, III dan IV sahaja
B I, II dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja

5. Apakah tujuan melakukan aktiviti menyejukkan badan?


A Menyingkirkan asid askorbik yang terkumpul di dalam otot.
B Menambah asid laktik di dalam otot.
C Menyingkirkan asid laktik yang terkumpul di dalam otot.
D Mengurangkan pengumpulan asid laktik di jantung

6. Berapakah jumlah pemain yang boleh didaftarkan dalam satu permainan bola
keranjang?
A 5 C 12
B 7 D 11

7. Antara yang berikut, manakah bukan posisi utama dalam permainan bola keranjang?
A Pengawal C Pemain hadapan
B Pemain tengah D Pemain belakang

8. Apakah yang dimaksudkan dengan Rebound dalam permainan bola keranjang?

UJIAN 1 1 SAA/2019
SMK TONGOD PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 5

A Menyerang dan mengekalkan kawalan bola


B Situasi bola yang melantun semula dari papan jaring yang dilakukan dengan
melontar bola ke arah papan jaring.
C Memasukkan bola ke dalam keranjang pemain lawan
D Menyukarkan pemain lawan daripada menggelecek bola, melakukan hantaran dan
melakukan jaringan.

9. Apakah tugas seorang pemain tengah dalam satu permainan bola keranjang?
I. Merancang serangan
II. Membawa bola ke kawasan pihak lawan
III. Membantu menjaring bola berhampiran keranjang
IV. Menyukarkan pasukan lawan melakukan jaringan berhampiran keranjang
A I dan II C III dan IV
B III dan III D I dan IV

10. Apakah contoh penyakit yang dikaitkan dengan obesiti?


A Skurvi C Migrain
B Hipertensi D Anemia

11. Cara-cara berikut boleh digunakan untuk mengawal berat badan, kecuali
A Memakan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.
B Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
C Mengamalkan diet tidak makan nasi.
D Memakan pelbagai makanan yang rendah kalori dan bernutrien tinggi.

12. Antara yang berikut, manakah ialah gabungan acara lari berhalang?
I. Lari jarak jauh III. Lompatan air
II. Lari berpagar IV. Lompat tinggi
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

13. Berapa meter trek larian dipendekkan untuk lompatan, sekiranya kedudukan kolam air
di luar trek?
A 370 meter C 390 meter
B 380 meter D 400 meter

14. Apakah kebaikan seseorang individu melakukan ujian saringan kesihatan?


A Mengesan kewujudan tanda-tanda awal penyakit kronik
B Mengesan penyakit hipertensi
C Memeriksa penyakit jantung
D Memeriksa paras glukosa dalam air kencing

15. Apakah nama alat yang digunakan untuk melakukan ujian tekanan darah?

UJIAN 1 2 SAA/2019
SMK TONGOD PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 5

A Sfigmomanometer C Urine dipstick


B Elektrokardiogram D Stetoskop

16. Antara yang berikut, manakah kadar tekanan darah dalam paras berjaga-jaga?
A 120/70 mmHg C 140/90 mmHg
B 130/70 mmHg D 160/95 mmHg

17. Antara yang berikut, manakah ialah faktor risiko menghidapi kanser payu dara?
I. Umur III. Kelahiran anak pertama
II. Latar belakang ahli keluarga IV. Sejarah akil baligh
A I, II dan III C II, III dan IV
B I, II dan IV D I, II, III dan IV

18. Apakah punca penyakit diabetes?


A Sel-sel kanser yang terdapat pada tisu-tisu.
B Tekanan darah yang tinggi
C Gelombang elektrik yang abnormal
D Kegagalan organ pankreas merembeskan insulin untuk mengawal tahap
kandungan glukosa di dalam darah.

19. Makanan yang berikut dapat melindungi kita daripada diserang penyakit jantung dan
kanser, kecuali
A Makanan yang mengandungi fitokimia
B Makanan yang mengandungi antioksidan
C Makanan yang mengandungi lemak tepu.
D Makanan mengandungi asid lemak omega-3

20. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan jerawat?


I. Stres
II. Aktif dalam aktiviti fizikal
III. Ketidakseimbangan hormon
IV. Infeksi bakteria staphylococcus
A I, II dan III C II, III dan IV
B I, III dan IV D I, II, III dan IV

21. Berapa lamakah kita perlu bersenam bagi mengekalkan tahap kecergasan yang
minimum?
A 10 minit sehari, satu kali seminggu, intensiti rendah
B 20 minit sehari, dua kali seminggu, intensiti rendah
C 30 minit sehari, tiga kali seminggu, intensiti sederhana
D 40 minit sehari, tiga kali seminggu, intensiti tinggi

22. Apakah yang dimaksudkan dengan perasaan?

UJIAN 1 3 SAA/2019
SMK TONGOD PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 5

A Suatu ekspresi wajah yang menunjukkan perasaan seseorang.


B Suatu emosi yang ditunjukkan semasa kesedihan atau mengalami kegagalan.
C Suatu emosi yang terbit daripada jiwa seseorang individu.
D Gerak badan serta nada suara seseorang semasa bertindak balas terhadap kejyaan.

23. Antara yang berikut, manakah menggambarkan emosi seseorang?


I. Ekspresi muka III. Perlakuan
II. Reaksi IV. Keputusan
A I dan II C II dan III
B I dan III D II dan IV

24. Antara yang berikut, manakah bukan punca tekanan emosi?


A Masalah persekitaran C Masalah sosial
B Masalah psikologi D Masalah mental

25. Antara yang berikut, manakah ialah cara untuk menangani tekanan emosi?
I. Bergiat dalam aktiviti rekreasi
II. Berbincang dengan guru kaunseling
III. Membeli ubat penenang daripada farmasi
IV. Meluah perasaan kepada rakan sebaya
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

26. Rakan yang dipilih untuk meluah perasaan mestilah mempunyai ciri-ciri berikut,
kecuali
A Menjadi pendengar yang baik
B Mempunyai sifat empati dan prihatin
C Memberi pandangan yang bernas
D Menyebarkan cerita kepada orang lain

27. Dengan memiliki emosi yang baik, kita akan


I. Mempunyai kesedaran dan kawalan diri yang baik.
II. Berupaya mengawal dan menguasai fikiran, perasaan dan tingkah laku.
III. Dapat menyelesaikan semua masalah dengan cepat dan dalam masa yang
singkat
IV. Berasa positif terhadap diri sendiri dan mempunyai hubungan baik dengan
orang lain.
A I, II dan IV C I, III dan IV
B I, II dan III D II, III dan IV

28. Antara yang berikut, manakah bukan vitamin larut lemak?


A Vitamin A C Vitamin E
B Vitamin B1 D Vitamin K

UJIAN 1 4 SAA/2019
SMK TONGOD PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 5

29. Mengapakah badan kita memerlukan vitamin dan mineral?


A Mengekalkan kesihatan optimium.
B Membantu proses biokimia di dalam sel-sel badan
C Mengawal metabolism badan
D Mencegah penyakit

30. Antara yang berikut, manakah merupakan fungsi mineral?


I. Mengatur metabolism enzim
II. Mengawal keseimbanan asid dan bes
III. Memudahkan pemindahan sebatian melalui membran sel
IV. Mengelakkan daripada kerosakan saraf dan kekejangan otot.
A I, II dan III C II, III dan IV
B I, II dan IV D I, II, III dan IV

JAWAPAN BAHAGIAN A

1. ____ 11. ____ 21. ____

2. ____ 12. ____ 22. ____

3. ____ 13. ____ 23. ____

4. ____ 14. ____ 24. ____

5. ____ 15. ____ 25. ____

6. ____ 16. ____ 26. ____

7. ____ 17. ____ 27. ____

8. ____ 18. ____ 28. ____

9. ____ 19. ____ 29. ____

10. ____ 20. ____ 30. ____

UJIAN 1 5 SAA/2019
SMK TONGOD PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 5

BAHAGIAN B: Jawab semua soalan pada ruang yang telah disediakan.

1. Padankan jenis vitamin dengan sumbernya. [6m]

Vitamin E Vitamin K Vitamin C


Vitamin A Vitamin D Asid Folik

Sumber vitamin Jenis Vitamin


(i) Hati, lobak merah, labu kuning, betik
(ii) Majerin, keju, minyak
(iii) Kubis, bayam, bijirin
(iv) Hati, telur, sayuran hijau, kacang tanah, gandum
(v) Ikan sardin, ikan tenggiri, minyak ikan, daging
(vi) Limau, oren, tomato, brokoli, mangga

2. Huraikan 2 cara kamu menangani tekanan emosi. [4m]

a) _________________________________________________________________

_________________________________________________________________

b) _________________________________________________________________

_________________________________________________________________

UJIAN 1 6 SAA/2019
SMK TONGOD PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 5

JAWAPAN

BAHAGIAN A:
1. D 11. C 21. C
2. B 12. A 22. C
3. C 13. C 23. B
4. A 14. A 24. D
5. C 15. A 25. B
6. A 16. C 26. D
7. D 17. D 27. A
8. B 18. D 28. B
9. C 19. C 29. B
10. B 20. B 30. D

BAHAGIAN B:

1. Padankan jenis vitamin dengan sumbernya. [6m]

Sumber vitamin Jenis Vitamin


(vii)Hati, lobak merah, labu kuning, betik Vitamin A
(viii) Majerin, keju, minyak Vitamin E
(ix) Kubis, bayam, bijirin Vitamin K
(x) Hati, telur, sayuran hijau, kacang tanah, gandum Asid folik
(xi) Ikan sardin, ikan tenggiri, minyak ikan, daging Vitamin D
(xii) Limau, oren, tomato, brokoli, mangga Vitamin C

2. Huraikan 2 cara menangani tekanan emosi dalam kalangan pelajar. [4m]


a) Meluah perasaan kepada rakan yang boleh dipercayai.
b) Berjumpa dengan kaunselor yang sekolah.
c) Melakukan aktiviti rekreasi yang dapat menenangkan jiwa
d) Mendapatkan rawatan pakar psikiatri jika tekanan emosi kronik.
e) Mna-mana jawapan pelajar yang sesuai

UJIAN 1 7 SAA/2019

You might also like