You are on page 1of 7

Tajuk SOALAN PJPK TINGKATAN 4

Tunjang : KECERGASAN

1. …….. ialah keupayaan jantung, salur darah dan system respiratori untuk
membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan pada jangka masa yang panjang.
A Kelenturan
B Kekuatan otot
C Daya tahan otot
D Daya tahan kardiovaskular

2 Apakah penyakit kardiovaskular ?


A Penyakit yang berkaitan dengan tingkahlaku dan emosi manusia
B Penyakit yang disebabkan daripada serangan virus dan bakteria.
C Penyakit yang berhubungkait dengan kerosakan pada salur darah atau jantung.
D Penyakit yang berkaitan dengan pereputan tulang akibat dari kekurangan kalsium

3 Antara latihan berikut yang manakah dapat meningkatkan daya tahan otot.
A Bebanan
B Kalistenik
C Senamrobik
D Kesemua di atas

4 Terdapat tiga jenis kontraksi untuk latihan daya tahan otot, iaitu isotonic, isometrik
dan
A isolasi
B isograph
C isokinetik
D isokontraksi

5 Apakah aktiviti terakhir yang perlu dilakukan oleh seseorang selepas melakukan
aktiviti fizikal atau pendidikan jasmani?
A Latihan spesifik
B Latihan isotonik
C Memanaskan badan
D Menyejukkan badan

6 Apakah yang dimaksudkan dengan memanaskan badan (warm-up) ?


A Aktiviti DRABC
B Aktiviti untuk menaikkan suhu badan
C Aktiviti spesifik kepada kemahiran permainan
D Aktiviti kelonggaran untuk menurunkan suhu badan

7 Kadar Nadi Rehat (KNR) terbaik seseorang diambil ketika


A selepas sahaja seseorang mandi dan beristirehat
B selepas sahaja makan tengahari sambil berehat
C selepas sahaja rehat tengahari sambil menonton televisyen
D selepas sahaja bangun dari tidur pagi tanpa melakukan sesuatu aktiviti

1
8 Dalam aktiviti bangkit tubi, apakah jenis otot yang terbabit ?
A Trisep
B Soleus
C Deltoids
D Rectus abdominis

9 Apakah nama alat yang digunakan untuk mengukur aktiviti otak ?


A Caliper
B Risograph
C Treadmill
D Elektroensefalogram

10 Kita boleh memulakan senaman setelah berehat sekurang-kurangnya …….


Jam selepas makan.
A 2
B 1
C ½
D ¼

11 Latihan-latihan seperti ‘jogging’, senamrobik, berbasikal, berenang dan berjalan


pantas dapat meningkatkan
A ketangkasan
B kekuatan otot
C dayatahan otot
D daya tahan kardiovaskular

12 Nyatakan sistem latihan atau aktiviti mengikut urutan yang betul


A memanaskan badan, menyejukkan badan dan aktiviti
B aktiviti, memanaskan badan dan menyejukkan badan
C menyejukkan badan, memanaskan badan dan aktiviti
D memanaskan badan, aktiviti dan menyejukkan badan

13 Apakah formula untuk mengukur seseorang itu obes ? [BMI = Body Mass Index]
A BMI = [tinggi (m)]²
berat badan (kg)

B BMI = [tinggi (m)]²


Ukuran lilit pinggang (cm)

C BMI = Berat badan (kg)


[tinggi (m)]²

D BMI = Berat badan (kg)


Tinggi (m)

14 Purata denyutan jantung dalam keadaan rehat ialah


A 50 hingga 70 denyutan per minit
B 60 hingga 80 denyutan per minit
C 70 hingga 90 denyutan per minit
D 80 hingga 90 denyutan per minit
2
15 Apakah kelebihan pertambahan saiz ruang jantung ?
A Banyak udara boleh disimpan
B Mengelak jantung daripada berlubang
C Membekalkan lebih banyak asid laktik
D Boleh menampung lebih banyak darah untuk dipam ke seluruh tubuh

16 Daya tahan kardiovaskular yang rendah menyebabkan seseorang mudah lesu


semasa melakukan aktiviti. Keadaan ini disebabkan
A otot tegang
B oksigen berlebihan
C pengumpulan asid laktik yang berlebihan dalam otot
D pengumpulan asid laktik yang berkurangan dalam otot

17 Penyakit kardiovaskular ialah penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan


A kerosakan pada jantung
B kerosakan pada paru-paru
C kerosakan pada otot-otot
D kerosakan pada salur darah atau jantung

18 Setelah menjalankan latihan kardiovaskular, beberapa perubahan akan berlaku


terhadap keadaan fizikal kita. Antara perubahan tersebut, ialah :
I Pertambahan saiz paru-paru
II Pertambahan ketebalan dinding jantung
III Pertambahan jaringan kapilari darah di otot
IV Pertambahan saiz ruang jantung (hipertrofi jantung)

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

19 Daya tahan otot terbahagi kepada dua iaitu daya tahan otot statik dan
A daya tahan otot isometrik
B daya tahan otot dinamik
C daya tahan otot isotonik
D daya tahan otot isokinetik

20 Berapakah bilangan otot untuk setiap tangan ?


A 27
B 32
C 37
D 39

3
Tunjang :KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Utamakan Kesihatan
Badan Sihat Otak Cergas
Negara Bersih Rakyat Sihat.

21 Berdasarkan penyataan di atas berikan maksud kesihatan yang menyeluruh.


A Bebas daripada pengaruh dadah
B Individu yang cemerlang dalam semua aspek
C Individu yang sihat dari segi fizikal dan mental
D Bebas daripada penyakit, sihat mental, fizikal dan emosi serta rohani dan jasmani.

22 Bagaimanakah cara seseorang individu dapat mencapai tahap kesihatan yang menyeluruh?
I Makan makanan seimbang
II Mengamalkan gaya hidup sihat
III Menjauhi gejala dadah dan alkohol
IV Mengambil makanan yang berlebihan

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

23 Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kesihatan seseorang individu?


I Rehat
II Tidur
III Riadah
IV Istirahat

A I , II dan III
B I , II dan IV
C I , III dan IV
D II , III dan IV

24 Berikan maksud insomnia


A masalah mata
B masalah buah pinggang
C masalah tidak boleh tidur
D masalah kegagalan otak berfungsi

25 Apakah faedah- faedah memiliki emosi yang baik?

I Mempunyai kesedaran dan kawalan diri yang baik


II Berasa positif terhadap diri sendiri dan bermasyarakat
III Berupaya mengawal dan menguasai fikiran,perasaan dan tingkahlaku
IV Mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat setempat.

A I , II dan III
B I , II dan IV
C I , III dan IV
D II , III dan IV
4
26 Istirehat didefinisikan sebagai
A tempoh melelapkan mata dan badan berehat sepenuhnya
B tempoh berhenti daripada melakukan aktiviti fizikal atau mental
C tempoh terluang yang diisi dengan sebarang aktiviti yang digemari
D tempoh masa terluang yang diisi dengan aktiviti ringan dan tidak aktif

27 Apakah faktor-faktor perubahan emosi remaja?


I Perubahan ekonomi
II Perubahan sosial
III Perubahan fizikal
IV Perubahan daya pemikiran

A I , II dan III
B I , II dan IV
C I , III dan IV
D II , III dan IV

28
Peranan Sekolah
Peranan Ibu bapa
Peranan Masyarakat
Peranan Media Massa
Peranan Rakan Sebaya

Penyataan di atas merujuk kepada langkah-langkah untuk mengatasi masalah sosial, apakah
tanggungjawab seorang kaunselor di sekolah?
I seorang perangsang
II seorang penyebar maklumat
III sebagai pendengar yang setia
IV seorang yang bertanggungjawab

A I , II dan III
B I , II dan IV
C I , III dan IV
D II , III dan IV

29 Antara berikut faedah-faedah memahami emosi adalah


I memupuk keyakinan diri
II mempengaruhi tingkahlaku
III meningkatkan daya tahan diri
IV meningkatkan penampilan diri
A I , II dan III
B I , II dan IV
C I , III dan IV
D II , III dan IV

30 Bagaimanakah cara menangani masalah emosi?


A Memotivasikan emosi negatif
B Memupuk pergaulan yang tidak sihat
C Menjalin hubungan secara rambang
D Mewujudkan persekitaran tidak sihat
5
31 Siapakah yang termasuk dalam institusi kekeluargaan?
I Ibu
II Bapa
III Anak
IV Datuk

A I , II dan III
B I , II dan IV
C I , III dan IV
D II , III dan IV

32 Bagaimanakah cara untuk mewujudkan keluarga yang bahagia?


I Keharmonian
II Kasih Sayang
III Suka berkelahi
IV Hormat Menghormati

A I , II dan III
B I , II dan IV
C I , III dan IV
D II , III dan IV

Jenis penderaan Bilangan


Terdampar 106
Diabaikan 250
Fizikal 413
Seksual 291
Emosi/psikologi 17
Lain-lain 30
Jumlah 1107

33 Merujuk jadual di atas, apakah punca berlaku penganiayaan ke atas kanak-kanak?


A Keseronokan
B Pengaruh emosi
C Kurang kasih sayang
D Pengaruh rakan sebaya

34 Apakah kepentingan institusi keluarga?


A Mengabaikan tanggunjawab
B Menjalin hubungan yang negatif
C Memgamalkan sikap penting diri
D Menyemai nilai-nilai moral dan membentuk sikap positif

35 Nyatakan akibat seks sebelum kahwin?

I Membunuh diri
II Membuang bayi
III Tekanan perasaan
IV Melakukan seks bebas.
A I , II dan III
B I , II dan IV
6
C I , III dan IV
D II , III dan IV

36 Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah sosial?


I Memberi kasih sayang
II Memberi didikan agama
III Memberi kelonggaran untuk memilih rakan sebaya
IV Mengalakkan remaja terlibat dalam aktiviti kokurikulum

A I , II dan III
B I , II dan IV
C I , III dan IV
D II , III dan IV

37 Rehat boleh didefinisikan sebagai


A waktu terluang yang diisi dengan sebarang aktiviti yang digemari
B tempoh masa terluang yang diisi dengan aktiviti ringan dan tidak aktif
C waktu yang sentiasa digunakan untuk melakukan aktiviti yang digemari
D tempoh masa yang diambil untuk berhenti daripada melakukan sesuatu aktiviti fizikal atau
mental

38 Nyatakan ciri-ciri sebuah keluarga bahagia?


I Bermusuhan
II Kehormonian
III Interaksi yang negatif
IV Hormat-menghormati
A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D I dan IV

39 Isu-isu remaja sedang hangat diperkatakan ketika ini. Antara isu-isu remaja
tersebut ialah…………………….
I melepak
II lari dari rumah
III pembuangan anak
IV pelajar cemerlang
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

40 Apakah cara-cara mengatasi gejala seks di kalangan remaja?


I Mempunyai pegangan agama yang kuat
II Melibatkan diri dengan pergaulan bebas
III Mengelakkan diri daripada terlibat dengan aktiviti negatif
IV Melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum untuk mengisi masa lapang
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
7

You might also like