You are on page 1of 11

Soalan Objektit Arahan: Jawab semua soalan

1
1 Pergerakan berguling dan berpusing dalam gimnastik artistik tergolong dalam kemahiran
pola pergerakan

A Pendaratan
B Hemburan
C Statik gerak edar
D Ayunan dan putaran

2 Ritma dan turutan putar roda dalam gimnastik artistik ialah

I Kaki-kaki
II Kaki-tangan
III Tangan-tangan
IV Kaki-kaki

A I dan II
B I , II dan III
C I , III dan IV
D I , II , III dan IV

3 Teknik pada kemahiran putaran roda ialah

I Berdiri tegak tangan lurus


II Langkah sebelah kaki ke hadapan dalam kedudukan lunge. Condongkan bahu
ke sisi arah pergerakan.
III Letak tangan kiri kemudian tangan kanan di lantai. Kaki tendangan diangkat
lurus diikuti kaki mendahului, sehingga ke kedudukan dirian tangan.
Kangkangkan kaki.
IV Mendarat di atas kaki tendangan, diikuti dengan kaki berikutnya dalam
kedudukan lunge.

A I dan II
B I , II dan III
C I , III dan I
D I , II , III dan IV

4 Postur, form kemahiran dan penjajaran adalah penilaian dalam

A Gimnastik Pendidikan
B Gimnastik Irama
C Gimnastik Artistik
D Pendidikan Kreatif

2
5 Gimnastik artistik dipersembahkan dalam bentuk rangkaian pergerakan.
Rangkaian pergerakan ini seharusnya merangkumi

A Satu pola pergerakan


B Dua pola pergerakan yang sama
C Tiga pola pergerakan yang sama
D Beberapa pola pergerakan yang berlainan

6 Antara ciri-ciri pergerakan gimrama yang baik ialah

I Jari kaki dilunjurkan


II Dagu didongakkan sedikit
III Tangan bebas terkawal
IV Kaki di kuak keluar

A I dan II
B I, II dan III
C II , III dan IV
D I, II, III dan IV

7 Waltz ialah langkah gerak edar dalam

A Gimnastik pendidikan
B Gimnastik irama
C Gimnastik artistik
D Pergerakan kreatif

8 Apakah kebaikan yang di perolehi daripada aktiviti gimrama dalam aspek efektif?

A Peningkatan daya tumpuan


B Pembentukan postur yang baik
C Penghargaan kepada pergerakan yang estetik
D Peningkatan kecergasan fizikal dan kemahiran motor

9 Pakaian dan alatan yang digunakan dalam pertandingan gimrama perlu mengikut Code
Of Points yang ditetapkan oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa atau FIG.
Berapakah tempoh persembahan untuk peserta individu?

A 60 hingga 70 saat
B 60 hingga 80 saat
C 60 hingga 90 saat
D 60 hingga 100 saat

3
10 “ Langkah gerak edar ini adalah langkah tarian yang asas dan sekata dengan penekanan
pada pergerakan keempat dan boleh dilakukan pada semua arah. Langkah ini terdiri
daripada tiga langkah berjalan diikuti dengan satu langkah ketingting atau lompatan “.

Apakah nama gerak edar diatas ?

A Langkah Waltz
B Langkah Schottische
C Langkah Silang
D Langkah Skip

11 “ Pergerakan yang dilakukan biasanya berkaitan dengan disituasi kehidupan


seharian. Kita bebas melakukan sebarang pergerakan mengikut kreativiti dan
kemampuan sendiri”
Apakah pergerakan yang ada kaitan dengan pernyataan diatas.

A Gimnastik irama
B Gimnastik artistik
C Pergerakan kreatif
D Gimnastik Pendidikan

12 Pergerakan Staccato ?

A Pergerakan ini dilakukan dalam tempoh yang panjang.


Pembebasan tenaga adalah tetap dan berterusan
B Pergerakan ini bergegar atau mengigil. Kualiti pergerakan ini menjadi lebih
jelas dengan membayangkan kita adalah sebuah jam loceng yang sedang
berbunyi.
C Pergerakan ini membabitkan pembebasan tenaga yang banyak dalam tempoh
masa yang pendek. Pergerakan ini adalah cepat, tajam, bertenaga dan agak
berat.
D Pergerakan ini terputus-putus, tajam,cepat dan ringan yang melibatkan
penggunaan tenaga yang banyak dalam tempoh yang singkat.

13 Apakah kebaikan yang di perolehi daripada aktiviti gimnastik pendidikan


dalam aspek fizikal?

A Peningkatan daya tumpuan


B Pembentukan postur yang baik
C Penghargaan kepada pergerakan yang estetik
D Peningkatan kecergasan fizikal dan kemahiran motor

4
14 Aspek keselamatan yang perlu di patuhi semasa menjalani latihan gimnastik
pendidikan di sekolah . Antara berikut yang manakah patut dipatuhi sebelum
melakukan aktiviti ?

A Memakai pakaian yang sesuai


B Melakukan aktiviti menyejukkan badan
C Melakukan akitviti memanaskan badan
D Meneroka pelbagai pergerakan yang sesuai dengan arahan

15 Faedah yang di perolehi daripada pendidikan kreatif adalah

A Penyelisaian masalah pergerakan dengan cara berkumpulan


B Perkembangan kesedaran badan dan konsep kendiri yang negatif
C Perkembangan kemahiran pembelajaran fizikal
D Peningkatan tahap kecergasan, koordinasi, ketangkasan, daya tahan dan
kekuatan

16 Berikut merupakan aspek keselamatan yang perlu di ambil kira dalam melakukan aktiviti
pergerakan kreatif iaitu

I Melakukan akitviti mengikut kemampuan


II Memastikan tempat aktiviti bebas daripada bahaya
III Mematuhi arahan dan panduan guru
IV Memakai pakaian dan kasut yang sesuai

A I , II dan III
B I , II dan IV
C II , III dan IV
D I ,II , III dan IV

17 Apakah tema-tema yang terdapat dalam pergerakan kreatif

I Kesedaran beban
II Transisi lapan daya asas
III Kesedaran bentuk-bentuk pergerakan
IV Ritma-ritma berkaitan dengan pekerjaan

A I , II dan III
B I , II dan IV
C I , III dan IV
D II , III dan IV

5
18 Transisi dari lakuan daya asas ke lakuan yang lain boleh membawa perubahan kepada

A Cepat
B Kawal-lambat
C Serta-merta
D Terputus-putus

19 Tema transisi lapan daya asas menerangkan tentang perubahan daripada satu lakuan daya
asas kepada yang lain. Perubahan ini di kawal oleh 3 aspek iaitu

A Lemah, ketat, longgar


B Lemah, ringan, bertenaga
C Masa , aras , ringan
D Masa , beban, ruang

20 Koreografi satu siri pergerakan yang menggabungkan corak


lurus,melengkung, zig zag dan bulat. Kamu boleh menggunakan bahagian
tubuh yang berlainan untuk membentuk corak di lantai dan awangan.
Bagi menunjukkan mood dan perasaan yang berkaitan, dan menjadi lebih
bermakna kita boleh

I Alat-alat genderang, atau rentak ritma


II Sorakan atau melagukan rentak pergerakan
III Langkah gerak edar Schottishe
IV Pola pergerakan pendaratan

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

21 Apakah antara tanda-tanda remaja telah terjebak dalam penagihan dadah ?

I Kemerosotan disiplin
II Semakin suka bergaul dengan rakan-rakan
III Mudah naik angin jika kemahuannya tidak dipenuhi
IV Suka meminjam wang atau mencuri barang-barang untuk dijual.

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

6
22 Faktor-faktor pencetus kepada pengambilan dadah ialah
I tekanan jiwa
II kurang pengetahuan
III pengaruh rakan sebaya
IV untuk cemerlang dalam peperiksaan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

23 Penyakit berjangkit boleh merebak secara langsung melalui _____________ .

A hubungan seks, sentuhan dan udara


B hubungan seks, minuman dan pakaian
C perkongsian barangan, sentuhan dan udara
D perkongsian barangan, hubungan seks dan sentuhan

24 Pengurusan penyakit berjangkit terdiri dari

I virus
II kulat
III parasit
IV bakteria

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III, dan IV

25 Keracunan makanan, Kolera, dan Tifiod adalah penyakit berjangkit yang boleh merebak
______________________ .

A secara sentuhan
B secara langsung
C secara perkongsian
D secara tidak langsung

7
 Pengisytiharan kawasan jangkitan
 Tapisan kesihatan di pintu masuk negara
 Melakukan pemeriksaan dengan kerap
 Menghalang kemasukan atau penghantaran mayat, organisma hidup atau bahan
patogenik

27 Penyataan di atas berkaitan dengan.

A Akta 342, Bahagian III, Seksyen 6 – 9


B Akta 342 Bahagian IV, Seksyen 10 – 21
C Akta 342, Bahagian V, Seksyen 22 – 29
D Akta 342, Bahagian VI, Seksyen 30

Soalan 5 hingga 8
Jawapan di bawah merujuk kepada kepada fungsi mengikut peruntukan akta. Pilih padanan yang
betul.

A Kesalahan dan Penalti


B Jenis-jenis Penyakit Berjangkit
C Pencegahan Penyakit Berjangkit
D Pengawalan Penyakit Berjangkit

28 Akta 342, Bahagian III, Seksyen 6 – 9 [ ]

29 Akta 342 Bahagian IV, Seksyen 10 – 21 [ ]

30 Akta 342, Bahagian V, Seksyen 22 – 29 [ ]

31 Akta 342, Bahagian VI, Seksyen 30 [ ]

32 Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 adalah di bawah akta

A 312
B 322
C 332
D 342

Mayat : diperiksa
Premis : diarah tutup
Peralatan : basmi kuman sebelum guna semula

33 Fakta di atas merujuk kepada :

A Kesalahan dan Penalti


B Jenis-jenis Penyakit Berjangkit
C Pencegahan Penyakit Berjangkit
8
D Pengawalan Penyakit Berjangkit

34 Selain agensi tertentu, pelajar juga mempunyai tanggungjawab untuk membasmi penyakit
berjangkit. Pelajar boleh bertindak dengan cara berikut

I menjaga kebersihan kawasan sekolah


II mematuhi arahan kesihatan dan keselamatan
III membuang sampah di tempat khas atau khusus
IV menjadi agen penyampai imformasi kepada masyarakat

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III, dan IV

35 Fungsi utama Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) adalah seperti berikut:

I mengkompaun meraka yang melanggar akta


II mencegah kemasukan wabak dan mengawalnya
III menjadi agen penyampai maklumat kepada umum
IV menjalankan pendakwaan terhadap kesalahan mengikut peruntukan akta

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III, dan IV

36 Kandungan kuantiti tenaga yang terkandung dalam makanan disukat dalam unit

A joule
B kalori
C kelvin
D kilogram.

37 Keperluan pengambilan makanan bagi setiap individu adalah berbeza-beza.


Faktor yang mempengaruhi pengambilan makanan adalah

I umur
II jantina
III aktiviti
IV saiz badan
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

9
39 Dalam penyediaan diet harian, kita perlu memilih corak pemakanan yang baik.
Antara panduan yang bukan dijadikan rujukan adalah

A gizi seimbang
B mengikut selera
C piramid makanan
D saranan Pengambilan Makanan (RDA)

40 Antara berikut adalah bukan kebaikan menggunakan piramid makanan dan RDA
sebagai panduan pengambilan makanan adalah seperti berikut

A mengurangkan masalah malnutrisi


B dapat mengurangkan stress dan tekanan
C seseorang individu mengambil makanan dalam kuantiti yang mencukupi
D menjadikan sesebuah negara produktif dan kos penjagaan kesihatan menurun.

41. Kesan Eustres antaranya

A bertenaga
B kekecewaan
C kebimbangan
D berasa tidak berguna.

42. Tindakan yang mesti diambil bagi mengurangkan stres semasa peperiksaan

A persiapan yang cukup


B tersalah jadual peperiksaan
C lewat tiba di tempat peperiksaan
D tertinggal dokumen penting atau slip peperiksaan

43 Apakah tindakan yang tidak sepatutnya diambil dalam persediaan menghadapi


peperiksaan ?

A Sediakan jadual ulang kaji


B Tetapkan sasaran dan objektif
C Makan berlebihan untuk dapatkan tenaga
D Bincang topik yang sukar difahami dengan rakan.
44 Antara berikut, yang manakah bukan reaksi fisiologi terhadap stressor ?

A Rasa mengantuk
B Kadar nadi bertambah
C Tekanan darah meningkat
D Meningkat gelombang otak
45 Berikut bukan strategi pengurusan stress

10
A bersenam
B pengasingan diri
C pengurusan masa
D mengamalkan pemakanan seimbang

46 Siapakah tonggak pembentukan keluarga?

I Ibu
II Ayah
III Kakak
IV Nenek

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

47 Institusi keluarga boleh dikategorikan kepada dua iaitu

A keluarga kecil dan keluarga besar


B keluarga asas dan keluarga luas
C keluarga kecil dan keluarga asas
D keluarga luas dan keluarga besar

48 Apakah maksud perkahwinan?

A Keinginan untuk hidup berpasangan


B Keinginan untuk membina keluarga bahagia
C Ikatan yang dipersetujui oleh pasangan masing-masing
D Ikatan yang sah antara lelaki dan perempuan mengikut hukum dan undang-undang yang
ditetapkan

49 Setiap ahli keluarga perlu berperanan dan bertanggungjawab bagi mewujudkan keluarga
bahagia. Apakah peranan dan tanggungjawab sebagai anak?

I Meringankan beban ibubapa


II Memelihara dan menjaga ibu bapa
III Menjaga kehormatan diri dan keluarga
IV Mengurus dan menyediakan keperluan keluarga

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

11
50 Berikut yang manakah bukan ciri sebuah keluarga bahagia.

A menghindari aktiviti berkeluarga


B mengimbangi kerjaya dan keluarga
C mengamalkan kasih sayang dan kemesraan
D mempunyai interaksi dan komunikasi efektif

**********Soalan Tamat*************

Disediakan Oleh Disemak Oleh Disahkan oleh

(RASIDI BIN SAAD)

12

You might also like