You are on page 1of 6

SULIT 1

NAMA: ………………….…………………………

TINGKATAN: ………………..

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PETRA JAYA

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 5


MEI 2022
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
1 JAM

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian soalan. Bahagian A mengandungi 30 soalan
dan bahagian B mengandungi 20 soalan. Jawab semua soalan.
2. Untuk bahagian A, sila jawab dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan di
mukasurat 5 kertas soalan.
3. Untuk bahagian B sila tulis jawapan pada ruangan jawapan yang diberikan.

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak termasuk muka hadapan.

SMK PETRA JAYA 2022 PJK TINGKATAN 5


SULIT 2

Bahagian A
Jawab semua soalan di kertas jawapan yang disediakan.

1. 1.Manakah antara berikut komponen kecergasan berasaskan kesihatan


A Kelenturan C Kelajuan
B Ketangkasan D Daya tahan kardiovaskular
2. Organ-organ yang terlibat dalam sistem kardiovaskular ialah
A hati dan hempedu C salur darah dan jantung
B paru-paru dan salur nadi D salur darah dan salur nadi
3. Kesihatan meliputi semua aspek berikut
I sosial III fizikal
II rohani IV kekuatan
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV
4. Apakah kesan senaman terhadap tubuh badan ?
A Menjadi mengantuk C Menjadi cergas dan sihat
B Menjadi letih dan lesu D Meningkatkan selera makan
5. Aktiviti jangkauan melunjur dilakukan bagi mengukur
A Kekuatan otot C Daya tahan otot
B Kelenturan D Daya tahan kardiovaskular
6. Fleksibiliti ditakrifkan sebagai
A otot dan sendi gerak untuk bekerja
B sekumpulan otot bekerja tanpa kelesuan
C jantung membekalkan oksigen kepada sel-sel otot
D sendi badan dapat digerakkan sejauh yang mungkin
7. Peratusan lemak dalam badan berbanding dengan otot, tulang dan tisu badan dikenali sebagai
A komposisi badan C nisbah organ badan
B komponen badan D nisbah lemak badan
8. Bola ragbi yang digunakan dalam permainan biasanya berbentuk
A Spera C Lonjong
B Bulat D Semi Bulat
9. Lompat tinggi merupakan salah satu acara
A trek C balapan
B padang D larian
10. Namakan ujian-ujian yang dijalankan dalam saringan kesihatan?
I Ujian air kencing III Pemeriksaan secara teratur
II Ujian tekanan darah IV Pemeriksaan sendiri payudara dan testis
A I , II dan III C I , III dan IV
B I , II dan IV D II , III dan IV

SMK PETRA JAYA 2022 PJK TINGKATAN 5


SULIT 3

11. Kemalangan sering berlaku disebabkan oleh


A kecuaian C keagresifan
B kegagalan D keseronokan
12. Laporan penyelidikan WHO telah menunjukkan peningkatan penyakit kronik, apakah punca-
punca berlaku peningkatan jumlah pesakit kronik?
I Mengamalkan gaya hidup sihat
II Mengamalkan makanan segera
III Mengambil diet yang tidak seimbang
IV Mengambil makanan yang mempunyai kandungan karbohidrat
A I dan II C III dan IV
B II dan III D I dan IV
13. Apakah alat yang digunakan untuk mengesan penyakit hipertensi?
A Teleskop C Sfigmomanometer
B Termometer D Elektrokardiogram
14. Apakah penyebab utama penyakit diabetes?
A Mengambil pil pelangsing
B Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
C Kegagalan organ pankreas berfungsi dengan baik
D Mengambil makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi
15. Apakah ujian untuk mengesan kanser pangkal rahim?
A Ujian payu dara C Ujian air kencing
B Ujian Pap Smear D Ujian tekanan darah
16. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan muka ditumbuhi jerawat?
I Bahan kimia
II Makanan yang berminyak
III Terdedah kepada sinaran matahari
IV Mengamalkan rutin pembersihan muka
A I , II dan III C I , III dan IV
B I , II dan IV D II , III dan IV
17. Apakah punca tekanan emosi?
I Masalah psikologi
II Masalah persekitaran
III Pengaruh media massa
IV Mendapat kemenangan
A I dan II C III dan IV
B II dan III D I dan IV
18. Nyatakan dua tanggungjawab suami?
I Menjaga tingkah laku III Menjaga keluarga orang lain
II Menjaga kebajikan keluarga IV Menjaga keselamatan keluarga
A I dan II C II dan IV
B II dan III D I dan IV

SMK PETRA JAYA 2022 PJK TINGKATAN 5


SULIT 4

19. Apakah maksud poligami?


A Berkahwin di luar negeri C Berkahwin lebih daripada seorang
B Berkahwin dengan syarat D Berkahwin dalam tempoh tertentu
20. Berapakah tekanan darah yang normal?
A 170/90 mmHg C 120/70 mmHg
B 160/95 mmHg D 110/80 mmHg
21. Vitamin juga dikenali sebagai mikronutrien. Vitamin boleh didapati dari sumber seperti
I bijirin III sayur-sayuran
II haiwan IV makanan rapu
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV
22. Vitamin E boleh mengelakkan kemandulan. Vitamin E boleh didapati dari sumber
A bijirin C kacip fatimah
B tongkat ali D minyak kelapa sawit
23. Mineral yang paling penting dalam pembentukan sel darah merah
A ferum C fosforus
B kalsium D magnesium
24. Apakah kesan yang paling ketara apabila individu dilanda stres ?
A Penurunan berat badan
B Selera makan berkurangan
C Tidak dapat tidur dengan sempurna
D Tidak dapat mengawal perasaan dan emosinya.
25. Antara berikut, akta manakah bukan merupakan akta berkenaan dadah yang diwartakan di
Malaysia ?
A Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1983)
B Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1998)
C Akta Dadah Berbahaya (perlucutan harta) 1999
D Akta Penagihan Dadah 1983 (rawatan dan pemulihan kepada penagih dadah)
26. Apakah faktor utama yang perlu diberi perhatian sebelum beralih ke alam dewasa?
A Menjaga kesihatan
B Persediaan pekerjaan
C Mengelakkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial
D Kemampuan kita untuk berdikari bagi mengurus diri sendiri.
27. Apakah kaedah-kaedah untuk menangani tekanan emosi?
I Mendengar muzik III Mendapat rawatan pakar
II Meluahkan perasaan IV Menyertai aktiviti rekreasi
A I , II dan III C I , III dan IV
B I , II dan IV D II , III dan IV
28. Apakah alat yang digunakan untuk mengesan penyakit hipertensi?
A Teleskop C Sigmomanometer
B Termometer D Elektrokardiogram

SMK PETRA JAYA 2022 PJK TINGKATAN 5


SULIT 5

29. Apakah langkah yang paling berkesan untuk mengelakkan gangguan seksual ?
A Bermain mata
B Berdua-duaan di tempat sunyi
C Berbual mengenai topik berunsur lucah
D Elakkan daripada bergurau secara fizikal
30. Undang-undang “ Tort “ diletakkan di bawah
A undang-undang sivil C undang-undang sekolah
B undang-undang syariah D undang-undang jenayah

Jawapan Bahagian A

No Jawapan No Jawapan
Soalan Soalan
1 A B C D 16 A B C D
2 A B C D 17 A B C D
3 A B C D 18 A B C D
4 A B C D 19 A B C D
5 A B C D 20 A B C D
6 A B C D 21 A B C D
7 A B C D 22 A B C D
8 A B C D 23 A B C D
9 A B C D 24 A B C D
10 A B C D 25 A B C D
11 A B C D 26 A B C D
12 A B C D 27 A B C D
13 A B C D 28 A B C D
14 A B C D 29 A B C D
15 A B C D 30 A B C D

Bahagian B

Tandakan (√) untuk pernyataan yang betul dan tandakan (X) untuk pernyataan yang salah.

Kesemua penyakit kronik berpunca daripada gaya hidup tidak sihat dan
31 ( )
pemakanan yang tidak seimbang.
Wanita yang tidak pernah melahirkan anak berisiko tinggi menghidapi kanser
32 ( )
payu dara.
Isteri tidak berhak menuntut cerai daripada suaminya jika suaminya
33 ( )
dipenjarakan atas kesalahan jenayah.

34 Kasih sayang adalah kunci kepada keharmonian keluarga. ( )

35 Semakin tinggi peratusan lemak badan, semakin tinggi darjah kegemukan. ( )

SMK PETRA JAYA 2022 PJK TINGKATAN 5


SULIT 6

Isikan jadual dibawah dengan seksyen yang tepat yang terdapat dibawah Akta Dadah Berbahaya
1952 (Pindaan 1998).

Bil Nama Seksyen

36 Memiliki Candu

37 Memiliki, menjual, menyimpan dan mengedar pil khayal

38 Menanam pokok ganja

39 Memiliki, menjual, menyimpan dan mengedar ubat batuk

40 Memiliki Ganja

Senaraikan struktur jantung manusia dibawah menggunakan pilihan jawapan yang telah
diberikan.

Aorta Arteri Pulmonari Kiri Atrium Kiri Injap Trikuspid


Ventrikal Kanan Atrium Kanan Septum
Injap Bikuspid Ventrikal Kiri Arteri Pulmonari Kanan

SOALAN TAMAT

SMK PETRA JAYA 2022 PJK TINGKATAN 5

You might also like