You are on page 1of 9

UJIAN SETARA 1 2022

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN


TINGKATAN 4
(1 JAM)
NAMA : KELAS :

BAHAGIAN A
ARAHAN: JAWAB SEMUA SOALAN.

1. Pernyataan berikut berkaitan abstinen kecuali...


A. tidak melakukan seks tanpa ikatan perkahwinan
B. tegas mengatakan tidak terhadap seks sebelum nikah.
C. menahan diri daripada melakukan seks sebelum nikah
D. melakukan seks dengan pasangan secara suka sama suka

2. Antara yang berikut, manakah kepentingan abstinen?

I. Mengelakkan berlakunya gejala hubungan bebas


II. Perubahan fizikal yang menimbulkan perasaan malu
III. Mengurangkan kes perguguran dan pembuangan bayi
IV. Mengelakkan gangguan emosi terhadap remaja yang hamil luar nikah
A. I, II dan III C. II, III dan IV
B. I, III dan IV D. I, II, III dan IV

3. Perkataan berikut merupakan perkataan yang menunjukkan kemahiran abstinen, kecuali


A. Tidak C. Jom
B. Tak mahu D. Tak perlu

4. Antara berikut, yang manakah cabaran mengamalkan abstinen?


I. Pengaruh rakan
II. Pengaruh persekitaran
III. Pengaruh luar kawalan
IV. Pengaruh internet dan media massa
A. I, II dan III C. II, III dan IV
B. I, III dan IV D. I, II, III dan IV

5. Undang- undang di malaysia menetapkan sebarang hubungan seksual antara lelaki dan
wanita di bawah umur ____ tahun sebagai rogol sama ada dilakukan dengan kerelaan
wanita tersebut mahupun tidak.
A. 16 C. 18
B. 17 D. 21

1
6. Antara berikut, manakah akibat hubungan seks sebelum berkahwin?
I. membunuh diri III. berasa bangga
II. lari dari rumah IV. menggugurkan anak
A. I, II dan III C. I, III dan IV
B. I, II dan IV D. II, III dan IV

7. Semua yang berikut merupakan cara mengelakkan seks sebelum berkahwin, kecuali
A. Memelihara reputasi diri sebaik-baiknya
B. Berani berkata ‘tidak’ dengan tegas dan yakin
C. Mengelakkan diri daripada bergaul dengan rakan yang berlainan jantina.
D. Mengelakkan daripada situasi yang boleh menjurus kepada perlakuan seks sebelum
nikah

8. Antara yang berikut, manakah boleh dibuat oleh pihak sekolah untuk mencegah dan
menghindari seks sebelum berkahwin?
A. Menyediakan pendidikan seksualiti
B. Menakutkan pelajar dengan keburukan seks
C. Mengasingkan pelajar perempuan dan pelajar lelaki
D. Menyingkirkan pelajar yang pernah mengandung dari sekolah

9. Apakah penyakit yang mungkin dihadapi oleh pasangan yang mengamalkan seks bebas?
I. STD II. HIV
III. AIDS IV. Skurvi
A. I, II dan III C. I, III dan IV
B. I, II dan IV D. II, III dan IV

10. Pihak ___________ dan ______________ merupakan dua badan yang sentiasa
menjalankan aktiviti pencegahan dadah.
A. polis , doktor C. polis , kastam
B. JPAM, kastam D. doktor , JPAM

11. Taktik ini digunakan oleh kurier untuk mengurangkan risiko ditangkap iaitu
menyembunyikan di dalam kenderaan atau bagasi pakaian, mengikat pada badan atau
menelannya. Pernyataan ini merujuk kepada kaedah yang digunakan oleh ....
A. Keldai dadah
B. Penagih dadah tegar
C. Penyalahgunaan dadah
D. Haiwan yang digunakan untuk menyeludup dadah

12. Mangsa yang terbabit dengan sindiket pengedaran dadah antarabangsa didapati mudah
terpengaruh dengan tawaran menarik yang diberikan.
Berikut merupakan situasi berisiko yang membawa kepada jerat dadah kecuali ...
2
A. Tawaran melancong ke luar negara
B. Tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara
C. Tawaran pulangan lumayan dengan tugasan yang mudah
D. Tawaran wang dengan membantu membawa barang milik orang lain

13. Apakah implikasi jerat dadah kepada masyarakat dan negara?


I. Kesihatan terjejas
II. Ekonomi negara terjejas
III. Bilangan pesakit mental bertambah
IV. Kehilangan tenaga kerja yang afektif dan bermotivasi
A. I, II dan III C. I, III dan IV
B. I, II dan IV D. II, III dan IV

14. Antara yang berikut, manakah cara untuk mengelakkan diri daripada terpedaya dengan
jerat dadah?
I. Percaya pada diri sendiri bahawa anda boleh berjaya
II. Sentiasa bersangka baik dengan orang yang baru dikenali
III. Berhati-hati dengan tawaran kerja bergaji lumayan di luar negara
IV. Elakkan daripada makan atau minum dengan orang baru dikenali
A. I, II dan III C. I, II dan IV
B. I, III dan IV D. II, III dan IV

15. Berikut merupakan tanda-tanda remaja yang terjebak dalam penagihan dadah, kecuali
A. Berubah sikap dan kelakuan
B. Mudah marah jika kemahuannya tidak dipenuhi
C. Semakin fokus dan cemerlang dalam pembelajaran
D. Suka meminjam wang atau mencuri barang-barang untuk dijual

16. Antara yang berikut, manakah langkah-langkah yang dijalankan oleh kerajaan bagi
menyekat kemasukan dadah ke Malaysia?
I. Penggunaan anjing pengesan
II. Melakukan ujian air kencing secara rawak di pintu masuk negara
III. Pemeriksaan di pusat kargo sama ada di lapangan terbang atau pelabuhan
IV. Mengadakan kempen benci dadah secara besar-besaran melalui media massa

A. I, II dan III
B. I, III dan IV
C. I, II dan IV
D. II, III dan IV

17. Nama saintifik bagi kemurungan adalah


A. Minor depressive disorder
B. Major depressive disorder
C. Minor depressive order
D. Major depressive order
3
18. Kemurungan boleh mempengaruhi ___________ seseorang.
A. Emosi
B. Sikap
C. Cara berfikir
D. Orang lain

19. Kemurungan ialah satu penyakit ____________ yang melibatkan masalah kesihatan
mental.
A. Batin
B. Zahir
C. Fizikal
D. Psikologi

20. Seseorang yang mengalami kemurungan berlarutan dalam tempoh sekurang-


kurangnya _______?
A. 1 minggu
B. 2 minggu
C. 4 minggu
D. 3 minggu

21. Berikut merupakan tanda-tanda kemurungan kecuali


A. Perasaan dan pemikiran negatif
B. Bertambah keinginan untuk bersosial
C. Kurang tumpuan
D. Tapiat pemakanan yang tidak normal

22. Seseorang yang mengalami kemurungan akan cepat letih dan kurang bertenaga
mungkin berpunca daripada tekanan perasaan yang menjejaskan waktu ________.
A. Makan
B. Riadah
C. Tidur
D. Rehat

23. Kemurungan menyebabkan seseorang sering berasa marah, sedih, tiada motivasi,
kelesuan dan berasa kekosongan. Penyataan ini merujuk kepada
A. perasaan dan pemikiran negatif
B. Tabiat pemakanan yang tidak normal
C. Kurang tumpuan
D. Kelihatan letih dan kurang tenaga semasa melakukan aktiviti harian.

24. Berikut merupakan punca kemurungan dalam kalangan remaja kecuali


4
A. Rasa sayang
B. Kehilangan orang tersayang
C. Gagal dalam pelajaran
D. Masalah keluarga

25. Sering menerima ejekan akibat kekurangan diri serta dibuli sama ada dengan
________ atau _______ juga merupakan punca kemurungan boleh terjadi.
A. Sentuhan mental
B. Kata-kata
C. Sentuhan fizikal
D. Bahasa badan

26. Apakah yang dimaksudkan dengan kemurungan jenis Dysthymia?


A. Bermusim
B. Mendengar secara halus
C. Kemurungan berpanjangan
D. Kemurungan selepas bersalin

27. Berpegang kepada ajaran agama akan meningkatkan keyakinan diri. Keseimbangan
aktiviti kerohanian dan fizikal secara tekal akan membendung penyakit kemurungan
secara __________ dan lahiriah.
A. Biologi
B. Sosiologi
C. Psikologi
D. Fisiologi

28. Kebiasaannya apabila di sekolah, remaja yang mengalami kemurungan boleh


berkongsi masalah dengan
A. Pengetua
B. Guru disiplin
C. Guru kelas
D. Guru bimbingan dan kaunseling

29. Bersikap _________ merupakan salah satu cara berkesan mengatasi kemurungan.
A. Negatif
B. Terbuka
C. Tertutup
D. Positif

30. Apakah yang dimaksudkan dengan hubungan luar nikah siber?


A. Penggunaan laman web lucah dan hubungan atas talian secara keterlaluan
B. Penggunaan tulisan dalam komunikasi siber secara positif
C. Komunikasi berbentuk foto
5
D. Penggunaan alat telekomunikasi secara terkawal

31. Berikut ialah kesan tingkah laku hubungan luar nikah siber kecuali
A. Keruntuhan akhlak
B. Keruntuhan institusi kekeluargaan
C. Gangguan emosi
D. Mengeratkan hubungan antara ahli keluarga

32. Padankan kesan tingkah laku hubungan luar nikah siber dengan pernyataan yang betul
keruntuhan akhlak
A. Mengalami tekanan dan tidak sensitif dengan perasaan orang lain
B. Mengancam atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik
C. Hubungan antara ahli keluarga menjadi rengang
D. Terjebak dengan hubungan luar nikah dan gejala sosial

33. Mengapakah masalah seks siber semakin berleluasa dalam remaja?


I. Faktor dunia tanpa sempadan
II. Kemudahan jalur lebar di rumah
III. Peningkatan laman sesawang berkaitan pornografi
IV. Ibu bapa tidak dapat mengesan laman sesawang yang dilawati oleh anak-anak

A. I,II,III dan IV
B. I,II dan IV
C. II, III dan IV
D. I, III dan IV

34. Antara berikut yang manakah kesan ketagihan seks siber terhadap kesihatan fizikal
dan mental kecuali
A. Berasa letih dan selalu jatuh sakit
B. Prestasi pelajaran akan meningkat
C. Mengalami tekanan emosi
D. Tidak sensitif dengan perasaan orang lain

35. Gangguan seksual bukan sahaja melalui sentuhan fizikal, gangguan seksual juga
boleh dikatakan berlaku secara
I. Lisan
II. Pandangan atau renungan
III. Bunyi seperti bersiul
IV. Mesej

A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

6
JAWAPAN BAHAGIAN A
1. 6. 16. 26.
2. 7. 17. 27.
3. 8. 18. 28.
4. 9. 19. 29.
5. 10. 20. 30.
6. 11. 21. 31.
7. 12. 22. 32.
8. 13. 23. 33.
9. 14. 24. 34.
10. 15. 25. 35.

BAHAGIAN B

1. Nyatakan tiga situasi yang mendorong kepada hubungan seks sebelum nikah.
[3 markah]

a) ___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
b) ___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
c) ___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

2. Berikan dua kesan jerat dadah kepada diri, keluarga dan masyarakat. [12 markah]
a) Diri:

7
i. ________________________________________________________________
________________________________________________________________
ii. ________________________________________________________________
________________________________________________________________
b) Keluarga
i) ________________________________________________________________
________________________________________________________________
ii) ________________________________________________________________
________________________________________________________________
c) Masyarakat
i) ________________________________________________________________
________________________________________________________________
ii) ________________________________________________________________
___________________________________________________________

8
9

You might also like