You are on page 1of 11

MAKLUMAN!

Ini hanya contoh soalan peperiksaan Latihan Separa


Perubatan Bertaraf Diploma sesi lepas. Dapatkan info,
tips dan rujukan lengkap channel Telegram berikut:

Join channel Telegram:


https://t.me/examseparaperubatan
SEKSYEN A : PENGETAHUAN AM
(50 SOALAN)

1) Berdasarkan senarai minuman di bawah, yang manakah mengandungi paling banyak gula
(typical sugar content)?

A. Minuman soda
B. Minuman tenaga
C. Jus buahan dalam pek
D. Susu kotak berperisa

2) Maklumat di bawah menerangkan tentang Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok yang


disediakan oleh KKM kecuali

A. Membantu klien berhenti merokok secara komprehensif


B. Tempoh keseluruhan terapi ialah 8 bulan
C. Sentiasa mengekalkan klien dalam tahap positif
D. Farmakoterapi adalah antara teknik yang digunakan

3) Program Kampungku Sihat merupakan salah satu inisiatif KKM bagi meningkatkan kesedaran
bagi mencegah penyakit tidak berjangkit. Antara perkhidmatan yang ditawarkan semasa
lawatan rumah ke rumah penduduk ialah

I. Pemeriksaan paras gula dalam darah


II. Pengiraan indeks jisim badan
III. Pemeriksaan tekanan darah
IV. Ujian saringan air kencing

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

4) Pusat Promosi Kesihatan Komuniti menyediakan kemudahan berikut kecuali

A. Gimnasium mini
B. Khidmat nasihat pengurusan stres
C. Sesi rawatan bersama pakar
D. Aktiviti fizikal secara berkala

5) Antara simptom penyakit Denggi berdarah adalah

I. Mata kabur
II. Pendarahan di kuku
III. Sakit pada otot atau sendi
IV. Demam tinggi antara 2 hingga 7 hari
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV

6) Di Malaysia, gelombang haba ditakrifkan apabila suhu maksimum harian melebihi untuk
tiga hari berturut-turut.

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV

7) Dewan Rakyat dan Dewan Negara masing-masing akan bermesyuarat sebanyak kali
dalam satu penggal.

A. 2
B. 3
C. 4
D. 5

8) Semasa bermain di padang, seorang kanak-kanak tiba-tiba mengalamai hidung berdarah.


Bagaimanakah bantuan awal yang boleh diberikan sekiranya anda berada di tempat kejadian?

I. Mendongakkan kepala pesakit untuk mengentikan pendarahan


II. Tekan bahagian hidung pesakit selama 10 minit
III. Meminta pesakit bernafas menggunakan mulut
IV. Membongkokkan badan pesakit kehadapan

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

9) Berikut merupakan perkara-perkara yang di bincangkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja


kecuali

A. Dasar negara
B. Hal-hal pelantikan
C. Isu-isu agama
D. Keselamatan negara

10) Karies awal kanak-kanak adalah kerosakan gigi yang berlaku pada kanak-kanak di bawah
umur 6 tahun. Yang manakah merupakan faktor penyebab masalah ini?

I. Kurang/tidak memberus gigi


II. Tidak mengambil diet berasaskan kalsium
III. Meminum susu yang mengandungi sukrosa
IV. Pengambilan ubat yang mengandungi gula

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

11) Pilih padanan yang benar mengenai penyakit berkaitan darah.

A. Talasemia – Gangguan pada proses pengeluaran sel darah putih


B. Hemofilia – Penghidap menghadapi masalah pembekuan darah
C. Leukimia – Penghasilan sel darah merah tidak mencukupi
D. Anemia – Kepekatan platlet darah yang rendah

12) Berikut merupakan kaedah ‘doping’ yang dilarang dalam sukan di Malaysia kecuali

A. Manipulasi fizikal dan bahan kimia


B. Menambahkan pertukaran fizikal
C. Doping genetik
D. Doping anestatik

13) Tulang yang terpanjang, terberat dan terkuat dalam badan manusia ialah

A. Tibia
B. Femur
C. Fibula
D. Patella

14) Gelombang yang digunakan dalam alat Global Positioning System (GPS) ialah

A. Inframerah
B. Sinar gama
C. Cahaya tampak
D. Gelombang mikro

15) Jenis-jenis ubat batuk yang digunakan mempunyai tujuan berbeza iaitu

I. Mencair dan mengeluarkan kahak


II. Melegakan saluran pernafasan
III. Menghilangkan keradangan pada tekak
IV. Mengurangkan kekerapan batuk

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

16) Virus HIV dalam darah boleh dikenal pasti melalui kaedah

A. Mengesan antibodi
B. Radioterapi
C. Kimoterapi
D. Urinal

17) Amalan Perkilangan Baik (GMP) bertujuan memastikan produk yang dihasilkan

I. Berkualiti
II. Selamat
III. Halal
IV. Berkesan

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

18) Pilih pernyataan yang benar mengenai Hepatitis B

I. 100 kali ganda lebih mudah berjangkit dari HIV


II. Boleh dicegah melalui suntikan vaksin semasa bayi
III. Virusnya boleh hidup dalam bendalir badan sehingga 7 hari
IV. Pembawa boleh menjangkiti orang lain melalui sentuhan

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

19) Apakah bakteria yang disuntik ke dalam telur nyamuk Aedes bagi merencatkan pertumbuhan
virus denggi?

A. Lactobacillus
B. Escherichia coli
C. Wolbachia
D. Bifidobacterium

20) Asid lemak tidak tepu membantu tahap kolesterol tidak baik dalam darah.
A. menaikkan
B. merendahkan
C. menstabilkan
D. menghapuskan

21) Berikut merupakan kebaikan amalan berjalan selama 30 minit

I. Mendapat tidur yang nyenyak


II. Menaikkan mood
III. Menguatkan tulang dan otot
IV. Meningkatkan kesihatan jantung

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

22) Antara berikut manakah yang tidak dikategorikan sebagai kit kecemasan dalam kenderaan?

A. Ubat-ubatan
B. Lampu suluh
C. Air botol
D. Payung

23) Senarai berikut merupakan antara 20 jenis penyakit yang tidak boleh diiklankan sebagai
tuntutan perubatan kecuali

A. Hernia
B. Penyakit mata
C. Diabetes
D. Migrain

24) Lapisan epidermis kulit mengikut turutan terdalam ke bahagian permukaan ialah

I. Korneum
II. Spinosum
III. Basal
IV. Lusidum
V. Granulosum

A. I, II, III, IV, V


B. II, III, IV, I, V
C. III, II, V, IV, I
D. IV, III, II, V, I

25) Tanda-tanda berikut dikaitkan dengan penyakit Tibi kecuali


A. Berpeluh sepanjang masa
B. Kurang selera makan
C. Batuk berdarah
D. Demam

26) Pernyataan di bawah merujuk kepada latihan aerobik kecuali

A. Memerlukan oksigen untuk penghasilan tenaga


B. Antara contoh latihan ialah mendayung dan berbasikal
C. Tempoh masa aktiviti lama
D. D. Latihan intensiti tinggi dalam tempoh singkat

27) Berapakah kadar denda bagi individu yang melanggar larangan merokok di tempat awam?

A. Minimum RM5,000 atau penjara tidak lebih 1 tahun


B. Minimum RM10,000 atau penjara tidak kurang 1 tahun
C. Maksimum RM5,000 atau penjara tidak kurang 2 tahun
D. Maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun

28) X-break ialah

A. Sejenis seni mempertahankan diri mudah tetapi berkesan


B. Latihan menguatkan otot dan meningkatkan metabolism badan
C. Senaman di tempat kerja untuk memberikan relaksasi pada otot
D. Jenis olahraga intensiti rendah untuk melancarkan pernafasan

29) Pilih kenyataan yang tidak benar mengenai penyusuan susu ibu?

A. Bayi mestilah diberi penyusuan susu ibu setiap 2 jam sekali


B. Penyusuan susu ibu dimulakan sejurus selepas kelahiran
C. Bayi tidak boleh diberi air suam setiap kali selepas penyusuan
D. Bayi mestilah disusukan dengan susu ibu secara eksklusif untuk
tempoh 6 bulan

30) Pernyataan berikut menerangkan tentang PeKa B40 kecuali

A. Dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan


B. Pelaksanaan secara berfasa bermula dengan projek rintis
C. Semua penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) adalah layak
D. Senarai klinik terlibat boleh disemak melalui laman web PeKa B40

31) Dalam prosedur mencegah penyebaran penyakit, kaedah yang paling berkesan ialah

A. Menggunakan penutup mulut


B. Memakai sarung tangan
C. Membasuh tangan dengan betul
D. Melakukan pengasingan kepada pesakit

32) Berdasarkan kempen Pinggan Sihat Malaysia, yang manakah antara pilihan makanan dibawah
yang tidak mematuhi saiz hidangan suku-suku separuh?

A. Separuh hidangan ayam dan telur


B. Suku hidangan bijiran dan roti
C. Separuh hidangan ulam-ulaman dan buah
D. Suku hidangan ikan dan kekacang

33) Pilih pernyataan yang tidak benar mengenai pendermaan organ di Malaysia.

A. Orang kurang upaya mental tidak boleh menjadi penderma


B. Injap jantung merupakan antara tisu yang boleh didermakan
C. Hanya penderma yang meninggal dunia sahaja boleh menderma organ
D. Penderma berumur 18 tahun ke bawah perlu mendapatkan kebenaran
penjaga

34) Yang manakah bukan tanda-tanda alahan ubat?

A. Kesukaran bernafas
B. Pitam
C. Dehidrasi
D. Gatal-gatal pada kulit

35) Pilih pernyataan yang tidak benar mengenai Autisme.

A. Semua individu autisme agresif/terencat akal


B. Bukan sejenis penyakit
C. Boleh di diagnos seawal umur 18 bulan
D. 1 : 68 individu mengalamai autisme

36) Bagaimanakah kecederaan ketika bersenam dapat dielakkan?

I. Memilih senaman intensiti rendah


II. Memakai pakaian mengikut kesesuaian senaman
III. Lakukan regangan sebelum dan selepas senaman
IV. Gunakan kasut sukan yang sesuai

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
37) Fungsi buah pinggang ialah

I. Mengawal paras pH dan suhu badan


II. Mengawal tekanan darah tinggi
III. Membuang air dan toksin berlebihan dalam badan
IV. Menghasilkan hormon untuk pembentukan darah merah

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

38) Penggunaan kod warna di Jabatan Kecemasan dan Trauma di hospital kerajaan memudahkan
bantuan dan rawatan yang akan diberi kepada pesakit. Pilih padanan yang tidak benar.

A. Merah – Kriktikal dan mengancam nyawa, perlu rawat segera.


B. Kuning – Separa kritikal, tidak mengancam nyawa, diperiksa beberapa
minit kemudian
C. Oren – Tidak kritikal, tetapi boleh mengancam nyawa, rawat dalam
masa terdekat.
D. Hijau – Tidak kritikal, tidak mengancam nyawa dan diperiksa kemudian

39) Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), individu yang mempunyai Indeks Jisim Tubuh
(BMI) 25 hingga 30 dikategorikan sebagai

A. Berat badan berlebihan


B. Obes
C. Berat badan unggul
D. Kurang berat badan

40) Yang manakah bukan kelebihan mengambil makanan tinggi serat?

A. Mengenyangkan perut
B. Menguatkan sendi
C. Mengawal kolesterol
D. Mengawal paras gula dalam darah

41) Berapakah jumlah gigi geraham kecil dalam mulut orang dewasa?

A. 2 batang
B. 4 batang
C. 6 batang
D. 8 batang

42) Anda perlu memberi tablet Vitamin C sebanyak 200mg. Stok yang ada adalah dalam bentuk
50mg. Berapakah jumlah tablet yang perlu anda sediakan?
A. 3
B. 4
C. 5
D. 6

43) Berapakah syor pengambilan garam yang boleh diambil dalam sehari?

A. 3 gram
B. 5 gram
C. 8 gram
D. 10 gram

44) Encik Rahmat berhasrat menderma darah buat kali pertama. Berikut ialah profil beliau:

Berumur 62 tahun
Tiada masalah kesihatan
Berat badan 80kg, Tinggi 165 cm Tidur 6 jam setiap hari
Tidak mengamalkan seks bebas

Berdasarkan maklumat di atas, apakah yang mungkin menyebabkan permohonannya untuk


menderma di tolak?

A. BMI tidak normal


B. Lebih had umur
C. Tidak memperoleh tidur yang cukup
D. Bukan warganegara Malaysia

45) Antara berikut yang manakah benar mengenai Rabies?

A. Simptom penyakit dapat dilihat serta merta selepas dijangkiti


B. Penyakit sistem saraf yang disebabkan oleh jangkitan virus
C. Pembawa virus 100% dari anjing liar
D. Boleh merebak melalui sentuhan

46) Dalam Perlembagaan Persekutuan, bahasa kebangsaan termaktub di bawah Perkara

A. 126
B. 134
C. 143
D. 152

47) Yang manakah bukan fakta mengenai penyakit demam campak?

A. Pengambilan vaksin boleh membina imuniti kelompok dari jangkitan


kuman penyakit ini
B. Bukan semua demam berserta ruam dikategorikan sebagai demam
campak
C. Penyakit ini sama seperti penyakit cacar air (chickenpox)
D. Sejenis penyakit berbahaya dan boleh membunuh

48) Berikut merupakan organ dan tisu yang boleh didermakan kecuali

A. Tulang
B. Otak
C. Paru-paru
D. Kornea

49) Manakah tindakan yang betul dilakukan oleh orang awam apabila memberi bantuan kepada
mangsa yang dipatuk ular?

A. Meminta pesakit untuk tidak banyak bergerak


B. Menyedut darah di kawasan patukan/luka
C. Meletakkan ais pada tempat terjejas
D. Menampal ramuan herba pada luka

50) Apakah jenis gelombang elektromagnet yang digunakan untuk rawatan kanser?

A. Inframerah
B. Sinar-X
C. Sinar gama
D. Gelombang mikro

You might also like