You are on page 1of 24

Kerja kursus sejarah sem 2

Tajuk kajian:sejarah tokoh


(SUMBANGAN TUN DATU
MUSTAPHA SEBAGAI PEMIMPIN
MASYARAKAT DARI ASPEK
POLITIK antara TAHUN 1918
HINGGA 1995.)
nama:Delora m.
kelas:6sigmA

SEJARAH
KERJA KURSUS SEJARAH ILMIAH 940/4
TAHUN 2021
KERTAS CADANGAN

TEMA : SEJARAH TOKOH

TAJUK :SUMBANGAN TUN MUSTAPHA SEBAGAI PEMIMPIN


MASYARAKAT DARI ASPEK POLITIK DARI TAHUN
1918 HIMGGA 1995

SEKOLAH : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIKUATI,


KUDAT,SABAH.

NAMA : DELORA MAINOH

KELAS : 6 ATAS SIGMA

NO.IC : 021212120948

ANGKA GILIRAN :

NAMA GURU/PENILAI : DR.SAWIE LINUS SUNGAT


ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN
2.0 LATAR BELAKANG DAN PERKEMBANGAN TOKOH

2.0) Menghuraikan latar belakang Tun Datu Mustapha bin Datu Harun.

3.0) Membincangan sejarah kerjaya Tun Datu Mustapha dalam bidang politik.

4.0) Menjelaskan cabaran yang dihadapi oleh Tun Datu Mustapha dalam bidang
Dalam politik.

5.0) membincangkan sumbangan Tun datu Mustapha dalam (pembentukan negeri


sabah)

KESIMPILAN.

BIBLIOGRAFI.

LAMPIRAN.
SEJARAH TOKOH
Tajuk: SUMBANGAN TUN DATU MUSTAPHA SEBAGAI
PEMIMPIN MASYARAKAT DARI ASPEK
POLITIK DARI TAHUN 1918 HINGGA 1995

1.0 PENGENALAN
Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun merupakan
seorang pemimpin yang sangat terkenal di negeri Sabah disebabkan
jasa dan sumbangan beliau dan masih kekal sehingga ke hari ini.
Beliau merupakan Ketua Menteri Ketiga Negeri Sabah dan
perjuangan beliau dalam membangunkan negeri Sabah sangat
meringankan beban rakyat tempatan kerana Tun Datu Mustapha
bukan sahaja menjaga kebajikan dari segi Pendidikan malahan
ekonomi dan juga sosial rakyat Sabah turut dijaga oleh beliau.
Dengan kepimpinan beliau sebagai seorang karismatik tetapi
kontroversial menyebabkan beliau sangat dihormati dan diingati
oleh rakyatnya. Beliau sangat dikenali sehingga ke hari ini adalah
disebabkan beliau telah membebaskan negeri ini daripada
genggaman pihak British walaupun pada peringat awal perjuangan
beliau mendapat tentangan pihak dari pelbagai pihak seperti orang
tempatan,orang Cina dan juga pengamal ajaran Kristian. Hal ini
disebabkan, walaupun pihak British menjajah Sabah namun orang
tempatan dapat menjalankan aktiviti harian mereka tanpa
ancaman, orang Cina sebagai peniaga yang besar manakala
pengamal Kristian pula boleh menyebarkan ajaran mereka di
tempat tempat yang dikhaskan tanpa sebarang masalah. Dengan
itu, rakyat Sabah menganggap kemerdekaan itu bukan sesuatu
yang penting kerana mereka telah kehidupan yang s11elesa di
negeri Sabah ini. Namun demikian, disebabkan saja beliau dalam
memerdekakan negeri Sabah ini beliau telah dikenali sebagai Bapa
Kemerdekan Sabah dan Bapa Pembangunan Sabah apabila beliau
memajukan dan memerdekakan tanah Sabah ini. Sifat sifat beliau
yang sangat disegani dan disayangi rakyatnya sehingga beliau
bukan sahaja dianggap bapa kepada anak anaknya malahan bapa
kepada rakyat jelatanya. 1.Sebahagian Dari Memoir Tun Datu
Mustapha; Merdeka melalui Malaysia sebagai yang diceritakan
kepada SUBKY LATIF, 1981. Penerbitan Pustaka antara 399A
jalan Tunku Abdul Rahman: Kuala Lumpur ,htl19.

2. OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini akan memenuhi objektif berikut:
i. Menjelaskan latar belakang Tun Datu Mustapha.
ii. Membincangkan sejarah kerjaya Tun Datu Mustapha
dalam bidang politik.
iii. Menghuraikan cabaran yg dihadapi oleh Tun Datu
Mustapha dalam bidang politik.
iv. Membincangkan sumbangan Tun Datu Mustapha dalam
(pembentukan negara sabah)

2.0 LATAR BELAKANG


Tun Datu Mustapha diberi nama Datu Badiozaman semasa
beliau masih kecil lagi namun disebabkan beliau sering sakit orang
tua beliau menganggap nama Datu Badiozaman tersebut tidak
sesuai untuk beliau dan akhirnya orang tuanya telah menukar
nama Datu Badiozaman kepada Datu Mustapha. Selain itu, Tun
Datu Mustapha juga mempunyai nama timangan yang dikenali
sebagai Jaman. Tun Datu Mustapha Bin Datu Hj. Harun telah
dilahirkan pada 31.7.1918 dan menetap di Kampung Limau
Limauan,Kudat ,Sabah. Bapa Tun Datu Mustapha ialah datu
Harun bin Datu Nasaruddin dan ibunya pula bernama Norani Hj.
Abdul Rahim. Beliau merupakan anak keempat daripada Sembilan
orang adik beradik yang terdiri daripada enam orang adik beradik
perempuan dan tiga orang adik beradik lelaki yang bernama
Dayang Lana, Dayang Hjh. Bidari ,Dayang Siti Sarah Dayang
Pindau ,Dayang Hjh.Harum,Datu Muhammad,Dayang Tahiran
,Datu Hj. Aliuddin dan Dayang Hjh. Hadijah. Dimana ayah Tun
Datu Mustapha telah menyara keluarga beliau dengan bekerja di
Chartered Company of North Borneo sebagai kerana native clerk.
Tun Datu Mustapha telah menamatkan zaman bujangnya
dengan seorang wanita yang bernama Toh Puan Rahmah Hj.
Zulkarnain yang berbangsa bajau kagayan suluk dan juga
mempunyai Sembilan orang anak yang bernama Datu Abdul
Hamid Allahyarham ,Dayang Maimunah ,Datu Amir Kahar, Datu
Hj. Baharuddin ,Dayang Hajah Zulfah, Dayang Amimah,
Rasalonah Abdullah ,Dayang Marina dan Datu Harun. Beliau
mempunyai hobi yang sangat menarik iaitu suka menggesek
biola,berjoget,berjenaka dan mendengar muzik irama keroncong.
Di samping itu, beliau sangat gemar untuk bermain golf dan
akhirnya menjadi pengasas Kinabalu Golf Club di Tanjung Aru
dan Kudat Golf Club.

2. Danny Wong Tze-Ken ,2006,Sejarah ringkas Tuan Yang


Terutama yang Dipertua Negeri Sabah dan Gabenor Borneo Utara.
Perpustakaan Negeri Sabah: ,dicetak oleh pencetak kerajaan. Datuk
Dr. Hj Amir, P,G,D,K, A,M,N..,A,D,K.,,Jabatan Cetak
Kerajaan,Sabah ,Malaysia.
Tun Datu Mustapha telah menamatkan riwayatnya pada 2 Januari
1995 iaitu ketika beliau berusia 77 tahun.
3.0 Sejarah kerjaya-BIDANG YANG DICEBURI TUN DATU
MUSTAPHA
Semasa usia Tun Datu Mustapha lingkungan 10 tahun lagi,
beliau telah bekerja sebgai pelayan rumah kepada Residen Inggeris
iaitu E.W Morrell pada tahun 1982. Beliau tidak mempuinyai
Pendidikan formal secara lancar kerana pada zaman
persekolahannya di usia kanak-kanak lagi Pendidikan formal beliau
terputus-putus disebabkan masalah tertentu. Beliau telah
mendapat Pendidikan formal iaitu darjah satu pada tahun 1932
ketika beliau berusia 14 tahun di St. james School, Kudat iaitu
sebuah sekolah Inggeris yang berada di bawah pertubuhan gereja
pada waktu itu. Namun pendidikannya terhenti selepas Sembilan
bulan beliau memulakan pendidikannya kerana ibunya Norani Hj.
Abdul Rahim meninggal dunia. Tambahan pula, pendidikannya
terhenti akibat beliau terpaksa menanggung adik-beradiknya yang
lain keran ayahnya ditukar tempat kerja ke tempat lain. Beliau
yang hanya berusia 14 tahun ketika itu menggalas tanggungjawab
kerana beliau merupakan anak sulung dan beliau bukan sahaja
menjaga adik-beradiknya namun juga neneknya yang telah berusia.
Walaupun Pendidikan formal beliau terhenti namun beliau
tetap berusaha mencari ilmu pengetahuan beliau melalui
pergaulannya dengan masyarakatnya Inggeris. Selepas dua tahun
beliau berhenti daripada Pendidikan formal beliau telah mendapat
pekerjaan di pejabat Daerah Kudat iaitu E.R Evans. Iaitu pada
18.10.1934 pada usia beliau 16 tahun. Dalam tempoh tiga tahun
sahaja, Tun Datu Mustapha Berjaya membuktikan beliau sebagai
pekerja yang rajin dan gigih menyebabkan beliau dilantik sebagai
Kerani Anak Negeri dan Kerani Candu pada tahun 01.04,1937
sehinggalah 1944 iaitu ketika beliau berusia 26 tahun. Pengalaman
beliau di tempat kerja mend//edahkan beliau Bersama orang-orang
Inggeris memberikan beliau peluang untuk belajar menulis dan
membaca. Keadaan ini menyebabkan beliau dipercayai oleh
pentadbir Inggeris akhirnya telah membuka peluang beliau untuk
memajukan diri beliau.
Dengan kepercayaan yang diperoleh Tun Datu Mustapha
menyertai kursus pentadbiran dan pertanian termasuklah kursus di
Rural Industry Development Authority RIDA ataupun pada ketika
itu dikenali sebagai Maktab Pertanian Malaya, Serdang yang kini
telah dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia dari tahun 1951
hingga 1952 di Serdang. Setelah itu, beliau telah dihantar untuk
meneruskan pengajian dalam Bahasa inggeris dan politik di
England yang dijaga oleh North Borneo Govt. dan British Council
selama satu tahun semasa beliau berusia 34 tahun. Kemudian beliau
dilantik sebagai Ahli Majlis Undangan Negeri Borneo Utara 1954
yang dipilih oleh pihak British dan turut menjadicalon Sabah
Majlis Perundangan pada tahun1955. Di samping itu, beliau turut
menjadi calon, majlis Sabah eksekutif 1956 serta dicalonkan
mnenjadi Exco sabah kerana beliau kerajaan tempatan 1956. Tun
Datu Mustapha menyertai siding ECAFE kerana beliau
merupakan Dewan Perundangan dan Exco atas faktor ketiadaan
pelajaran yang mengetahui tentang isu politik dalam kalangan
bumiputera Sabah menyebabkan Tun Datu Mustapha yang
diangkat oleh pihak British.

3.Abdul Hadi Harman Shah, Junaerah Sulehan, Mohamed Yusoff


Ismail, Nor azizan Idris, Zahra Yacob,2003. Tun Mustapha dan
Pembangunan Sabah:Published in Malaysia by Yayasan Sabah,htl.9

4.0 SUMBANGAN DI PELBAGAI PERINGKAT-perjalanan


politik TUN DATU MUSTAPHA
4.1 United Sabah National Organization USNO
Negeri Sabah ini mempunyai rakyat peribumi yang pelbagai
yang terdiri daripada
Bajau,Suluk,Kadazan,Dusun,Brunei,Murut,Rungus dan lain-lain.
Oleh itu, Tun Datu Mustapha menyedari bahawa kemerdekaan
Sabah hanya berlaku apabila penyatuan politik terjalin yang
mewakili pelbagai etnik dan agama di negeri ini. Akhirnya Tun
Datu Mustapha Bersama sahabat beliau Datu Mohd Said Keruak
dan Tun Sakaran Dandai menubuhkan United Sabah Nasional
Organization USNO yang mewakili semua rakyat peribumi Sabah
mula diperkenalkan pada Ogos 1960 dan Tun Datu Mustapha telah
dilantik sebagai Yang-dipertua USNO yang pertama di Kudat pada
24.12.1961. USNO telah mencadangkan agama islam menjadi
agama rasmi dan Bahasa melayu sebagai Bahasa rasmi Sabah dan
parti ini telah diterima oleh bukan sahaja peribumi beragama islam
malah rakyat peribumi bukan islam termasuklah juga
pemimpinnya yang bernama Herman Luping dan Payar Juman
yang akhirnya penubuhan parti ini membawa kepada perpaduan
rakyat dari segi Bahasa,buday dan agama. Matlamat utama beliau
apabila terlihat dalam arena politik ini adalah ingin mewujudkan
suasana politik yang stabil di negeri Sabah ini agar perhubungan di
antara kerajaan negeri dan persekutuan dapat berjalan dengan
lancar.
Tun Datu Mustapha telah memperjuangkan kemerdekaan
negeri Sabah mulai mendapat sambutan dan sokongan yang baik
daripada rakyat peribumi sendiri dimana sebaik sahaja beliau
menubhkan USNO. Beliau turut dilantik sebagai Ahli Majlis Kerja
dan Perundangan dan diteruskan dengan pelantikan beliau sebagai
Ahli Kerajaan Tempatan selepas diisytiharkan pembentukan
Malaysia pada tahun 1965 sehingga 1973. Ketika itu juga Tun Datu
Mustapha turut menyandang jawatan sebagai Menteri Persekutuan
Bagi Hal Ehwal Sabah dan Pertahanan Awam pada 22 Julai 1966
hingga 1967.
Setelah itu, pada April 1967 beliau kembali bertanding dalam
pilihanraya di Bemgkoka-Bangi dan mendapat kemenangan dalam
pilihanraya tersebut dan akhirnya beliau bertanggungjawab
menjadi Rakyat Undangan Negeri Sabah untuk Bengkoka dan
beliau ditabalkan sebagai Ketua Menteri Sabah Ketiga
menggantikan Donald Stephens dan Peter Lo Su Yin bermula pada
11 Mei 1967. Jawatan tersebut dipegang selama dua penggal oleh
beliau sebelum partinya USNO Berjaya ditewaskan oleh Parti
BERJAYA A Hamid B Ahmad dalam pilihanraya negeri kerana
mendapat lebih undi daripada USNO sebanyak 1617 undi 1976.
Beliau bukan sahaja bertanding untuk bengkoka malah juga untuk
Usukan vpada 1985 semasa pilihanraya umum dan mendapat
undian dengan majoriti sebanyak 1160 undi berbanding Barisan
Datuk Mohd Salleh Said. Di samping itu, Tun Datu Mustapha turut
menyertai pilihnraya kecil pada tahun 1987 sebagai Rakyat Ahli
Parlimen Limbawang dengan majoriti 1,749 undi berbanding bebas
Mohd Lamrin b Mohd Said dan bertanding semula untuk Ahli
Dewan Rakyat negeri Sabah bagi Usukan dalam pilihan raya kecil
pada 1987 dengan majoriti 396 undi PBS Datuk Mohd Salleh b Tun
Said Keruak. Akhirnya beliau dipilih semula sebagai Anggota
Dewan Undangan Negeri Sabah untuk Usukan dalm Julai 1990
untuk pilihanraya umum. Tun Datu Mustapha menyertai
pilihanraya umum terakhir sebagai USNO ketika tahun Otober
1990 apabila beliau dipilih semula Ahli Parlimen Limbawang
dengan majoriti 1,900 undi ke atas calon Bebas Jusri b Sehat.
3.2 United Malay National Organization (UMNO)
Setelah Tun Datu Mustapha tewas dalam pilihanrayanya
menentang Parti BERJAYA, beliau meneruskan usaha beliau
dalam bidang politik dengan membawa UMNO ke Sabah dan
penyertaan beliau berlangsung pada Januari 1991. Tun Datu
Mustapha telah membuat keputusan untuk membubarkan Parti
USNO demi memberi laluan kepada Parti UMNO. Parti UMNO
dibawa ke Sabazh dengan tujuan dapat menyatukan rakyat Sabah.
Malahan, beliau merupakan orang pertama daripada Parti USNO
yang menyertai Parti UMNO. Sebulan selepas itu, beliau menjadi
Timbalan Pengerusi Jawatabkuasa Perhubungan Sabah yang
pertama mengganggotai Majlis Tertinggi UMNO. Dengan
menyertai Parti UMNO Tun Datu Mustapha dipilih semula menjadi
Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah untuk Usukan sebagai
UMNO dalam pilihanraya kecil pada 12.05.1991 sekaligus
menyandang jawatan sebagai Timbalan Ketua UMNO Sabah pada
tahun 1991 sehingga 1993 ketika beliau berumur 73 tahun sehingga
75 tahun. Selepas berhenti menyandang jawatan Timbalan Ketua
UMNO, beliau telah menjadi Menteri Federal Hal Ehwal Sabah
dari 20 Ogos 1993 sehingga Januari 1994. Akhirnya Tun Datu
Mustapha telah meletak jawatan tersebut dan keluar daripada
UMNO.
4. new Malaysian whos who second edition volume II,1995,Kasuya
Publishing Sdn Bhd a member of Kasuya Group ;Kuala Lumpur.
5. sebahagian dari memoir Tun Datu Mustapha ; Merdeka melalui
Malaysia sebagai yang diceritakan kepada SUBKY LATIF ,1981
Penerbitan Pusaka Antara 399A Jalan Tuanku Abdul Rahman;
KUALA LUMPUR,htl.6
6. Maimanah Amin, Warman,2006.Menjejaki wawasan pemimpin,
dicetak oleh syarikat percetakan Sinar Jaya, Malaysia.
5.0 KEJAYAAN YANG DIPEROLEH
 ANUGERAH YANG DITERIMA TUN DATU
MUSTAPHA
5.1 Anugerah pingat-pingat kebesaran Negeri/Persekutuan dan
Antarabangsa
BIL. NAMA ANUGERAH PERINGKAT
TARIKH DITERIMA
1. SMPM-Seri Paduka Mahkota Perlis Negeri(Perlis) 28 Mac
1971
2. PNBS-Panglima Negara Bintang
Sarawak membawa gelaran ‘Datuk’ Negeri (Sarawak) 20 Ogos
1970
3. SPDK-Seri Panglima Darjah Kinabalu Negeri (Sabah) 16
September 1964 membawa gelaran ‘Datuk’(kelas pertama)
4. SIMP-Seri Paduka Mahkota Pahang Negeri(Pahang) 20
september 1969
5. SPCM-Seri Paduka Chura Si Negeri (Perak) 15
september 1971
Manja Kini,Perak
6. KCRL-Knight Commander Of Antarabangsa 18
september 1972
the Republic of Lebanon Lebanon
7. SPMJ-Seri Paduka Mahkota Johor Negeri(Johor) 27
Oktober 1970
8. SMN-Seri Maharaja Mangku Negara Persekutuan 26
November Membawa gelaran ‘Tun’ Malaysia
1964
9. K st J-Knight of (The Order of)st.John Antarabangsa Tiada
Maklumat Jerusalem
10.KVO-Knight of the Valiant Order) Antarabangsa Tiada
maklumat
11.OBE-The Order of British Empire Antarabangsa Tiada
maklumat
5.2 Ahli Gabungan
i. Ahli Seumur Hidup Comonwealth Parliamentary
Associeantion
ii. Ahli Royal Comanwealth Society
iii. Yang-Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) dari
tahun 1969 sehingga 1994.

7.new malaysian’s who’s who second edition volume ll, kiasuya publishing
sdn.bhd (a member of kasuya group):Kuala Lumpur.
8.enskikiopedia sejarah dan kebudayaan melayu,1999,Dewan Bahasa dan
pustaka kementerian Pendidikan Malaysia :kuala lumpur.
9.Abdul Hadi Harman Shah,Junaenah Sulehan, Mohamed Yusoff Ismail, Nor
Azizan ldris ,Zahra Yacob 2003. Tun Mustapha dan pembaangunan
Sabah,published in Malaysia by Yayasan sabah ,htl.95

Perkara-perkara dalam pelbagai usaha atau program yang telah


dilaksanakan oleh tokoh TUN DATU MUSTAPHA:
a) Bidang kurikulum:
Dalam bidang kurikulum Tun Datu Mustapha Harun telah mengasas
Yayasan Sabah untuk melihat tertubuhnya universiti dibawah Yayasan itu
yang akhirnya terlaksana selepas 50 tahun. Tahun 2014 menyaksikan satu
detik bersejarah buat kumpulan Yayasan Sabah apabila Kolej Universiti
Yayasan Sabah (UCSF) mula beroperasi. Penubuhan UCSF itu terlihat
mampu menyumbang kepada pembangunan modal insan berkemahiran di
negeri ini.
b) Bidang kokurikulum:
Dalam bidang kokurikulum Tun Datu Mustapha Harun melaksanakan
aktiviti-aktiviti ko-kurikulum untuk memberi peluang dan ruang kepada
anak-anak sabah supaya dapat melahirkan ramai modal insan dalam
pelbagai bidang.
c) Bidang penulisan:
Dalam bidang penulisan Tun Datu Mustapha Harun telah mengembangan
pindaan islam sebagai agama rasmi negeri Sabah. Pelaksanaan pindaan
tersebut,penulisan yang digunakan dalam Pendidikan atau pengajaran
agama islam adalah dalam penulisan jawi. Hal ini memberikan cabaran
yang amat tinggi kepada Tun Datu Mustapha bagi memastikan anak-anak
Sabah untuk menjadi modal insan pada masa hadapan.
d) Kemasyarakatan
Dalam konteks kemasyarakatan Tun Datu Mustapha Harun sebagai ketua
Menteri sabah telah memberi keutamaan dalam pelaksanaan program dan
aktiviti Yayasan Sabah. Pelaksanaan program lain berbentuk kegiatan
sosio-ekonomi dan kemasyrakatan untuk menjaga kebajikan rakyat di
Sabah. Hal ini disebabkan jasabaktinya dalam pembangunan sosial di
Sabah. Tun Datu Mustapha bukan sahaja disanjung sebagai pemimpin
yang baik dalam kalangan rakyat ,malah beliau turut berbakat dalam
pelbagai bidang untuk kepentingan beliau dalam melahirkan modal insan
pada masa hadapan.
6.0 FAKTOR YANG MENYOKONG KEJAYAAN
TOKOH TUN DATU MUSTAPHA
a) Peranan Keluarga:

Keluarga Tun Datu Mustapha sentiasa menyokong apa


sahaja yang dilakukan oleh beliau dalam kejayaannya.
Sebagai contoh,ibunya yang bernama Norani Hj. Abdul
sentiasa memberikan beliau semangat dalam apa jua
keadaan. Hal ini kerana pada usia yang muda beliau
terpaksa memikul tanggungjawabnya untuk menyara
keluarganya.

b) Peranan guru-guru:

Peranan guru yang mengajar Tun datu mustapha


menjadi punca kejayaan beliau disebabkan ada sokongan
pihak guru yang memberi semangat bagi beliau
meneruskan hasratnya pada masa depan.

c)Kemudahan infrastruktur sekolah


Dengan adanya kemudahan infrastruktur sekolah telah
memudahkan Tun Datu Mustapha dalam menuntut
pelajarannya agar segala urusannya dipermudahkan.
Oleh itu,kemudahan infrastruktur di sekolah juga penting
bagi mengembangkan lagi potensi beliau dan apa
tujuannya di masa depan.
d)faktor lain yang menyokong:

Tun Datu Mustapha menerima Pendidikan awal di


sekolah kebangsaan St. james kudat. Untuk tujuan
mendapatkan sokongan politik orang melayu, agar segala
tujuannya memimpin dan memerdekakan dapat dimiliki.
Pelbagai sokongan kepada Tun Datu Mustapha
memberikan beliau terus bersemangat dalam tujuan yang
ingin dia lakukan.
7.0 HALANGAN DAN CABARAN
a) Persaingan
Dari segi persaingan, Tun Datu Mustapha dalam politik.
Sebagai contohnya,Tun Datu Mustapha bertanding dalam
pilihanraya untuk mendapatkan jawatan pelantikan Ketua
Menteri Sabah dengan bersaing beberapa parti politik yang
turut bertanding pada masa itu. Namun demikian,dalam
persaingan tersebut beliau terpilih menjadi Ketua Menteri
Sabah tahun 1963 hingga 1964 selama 2 tahun. Hal ini
kerana,beliau mendapat lebih undi daripada yang lain.

b) Sikap iri hati


dari segi iri hati pula,rakyat sabah kadang mempunyai iri hati
terhadap kejayaan yang diperoleh oleh Tun Datu Mustapha.
Hal demikian kerana sifat Tun Datu Mustapha yang sangat
disegani oleh rakyat Sabah.
c) Masalah keluarga(berjauhan,Pendidikan anak-anak)
Tun Datu Mustapha mempunyai masalah keluarga dari segi
kewangan. Namun begitu, bapa beliau yang bernama Datu
Harun bin Datu Nasaruddin menyara keluarga dengan hanya
bekerja di Chartered Company of North Borneo sebagai
kerana(native clerk). Hal ini dapat dilihat kerana tanggungan
bapanya dalam menyara keluarga sangat ramai,boleh dilihat
juga daripada bilangan anaknya yang ramai sehinggakan bapa
beliau terpaksa berjauhan dengan keluarga untuk
mendapatkan rezeki. Daripada itu,kita dapat lihat halangan
dan cabaran oleh bapa Tun Datu Mustapha sendiri.

8.0 HARAPAN KEJAYAAN MASA HADAPAN


a) pemimpin masa hadapan
Secara amnya, pemimpin lebih dikenali apabila mempunyai
pengikut mahupun penyokong kepada usaha atau rancangan
dan gerakannya. Proses ini akan memperlihatkan adakah
seorang mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi orang
lain yang disalurkan melalui perkataan komunikasi untuk
mencapai matlamat sebenar yang ingin dicapai.
b)anak-anak didik dan guru-guru yang lebih cemerlang
Dengan usaha yang bersungguh-sungguh melalui transformasi
bersepadu ke atas setiap pihak berkepentingan,sudah pasti
sistem Pendidikan negara mampu menangani cabaran yang
sentiasa berubah pada abad ke-21. Sesungguhnya
,keghairahan untuk meningkatkan kualiti Pendidikan
seharusnya menjadi slogan dan iltizam kepada warga guru
kerana di bahu mereka terletak anak-anak murid yang
mempunyai pelbagai tahap keupayaan untuk bersaing di
peringkat global. Mudah-mudahan Hasrat murni sistem
Pendidikan di Malaysia menjelang tahun 2025 dapat
direalisasikan untuk memastikan sistem Pendidikan di negara
kita menjadi antara yang gemilang di dunia.
9.0 KESIMPULAN DAN PENUTUP

Kesimpulannya,Tun Datu Mustapha adalah contoh


bagaimana ahli politik menggunakan ruang lingkup demokrasi
untuk memartabatkan islam di Sabah.
10.0) BIBLIOGRAFI
RUJUKAN

Abdul Hadi Harman Shah, Junaenah Sulehan,Mohammed Yusoff


Ismail,Nor Azizan Idris, Zahra Yacob,2003,Tun Mustapha dan
pembangunan Sabah,published in Malaysia by Yayasan sabah.
Danny wong tze-ken,2006sejarah ringkas tuan yang terutama
dipertua negeri sabah dan gabenor borneo utara,perpustakaan negeri
sabah:dicetak oleh pencetak kerajaan ,sabah Malaysia.
Enskiklopedia sejarah dan kebudayaan melayu,1999 dewan Bahasa
pustaka kementerian Pendidikan Malaysia kuala lumpur.
Maimanah amin warwan 2006 menjejaki wawasan pemimpin dicetak
oleh syarikat pencetakan sinar jaya Malaysia.
New Malaysian who’s who second edition volume ll 1995 kasuya
publishing sdn bhd a member of kasuya group;kuala lumpur
Sebahagian dari memoir Tun datu Mustapha :merdeka melalui
Malaysia sebagai yang diceritakan kepada SUBKY LATIF 1981
penerbitan pustaka antara 399A jalan tunku abdul Rahman kuala
lumpur.
Morshidi, AH&Hamid FA 2016. E-government and Malaysia ;
atheoretical consideration SOSIOHUMANIKA 3(2).
IDRIS RZ Bala B&Morshidi AH2016 . sabah Malaysia -australia
ralations An historical observation TAWARIKH 4(2).
12.0) LAMPIRANi
i

You might also like