You are on page 1of 12

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SINTOK

KAJIAN TENTANG DATO’ PANGLIMA BUKIT GANTANG

DISEDIAKAN OLEH:
AIMI AFIQAH BINTI AHMAD TAJUDIN

KELAS:
5 SAGA
Penghargaan
Saya ingin berterima kasih kepada
guru sejarah saya kerana mengizinkan
saya untuk membuat kajian tentang
Dato Panglima Bukit Gantang.Selain
itu saya juga berterima kasih kepada
keluarga saya kerana telah membantu
saya menyiapkan kerja kursus ini.
PENDAHULUAN
 Saya adalah Aimi Afiqah binti
Ahmad Tajudin dari kelas 5 saga telah
ditugaskan untuk mengkaji tokoh wira
merdeka iaitu Dato Panglima Bukit
Gantang.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian yang di buat adalah untuk
mengkaji sumbangan Dato’ Panglima
Bukit Gantang. Objektif kajian ini ialah :
 Mengkaji latar belakang Dato’
Panglima Bukit Gantang
 Mengkaji jawatan –jawatan yang
pernah disandang oleh Dato’ Panglima
Bukit Gantang
 Mengkaji sumbangan
Dato’panglima Bukit Gantang kepada
negara.
KAEDAH KAJIAN
Kajian kes yang saya laksanakan
menggunakan adalah:
 Kaedah rujukan bagi mendapatkan
matlumat tentang Dato’ Panglima Bukit
Gantang ,saya telah menggunakan
kaedah rujukan ke laman web dan
merujuk di perpustakaan .saya telah
memperolehi matlumat yang
dikehendaki seperti mengkaji latar
belakang, jawatan-jawatan yang
pernah disangang oleh beliau ,dan
sumbangan beliau kepada
negara.Selain itu, saya telah membuat
rujukan buku teks darjah 5.
HASIL KAJIAN
Hasil kajian yang diperolehi adalah
seperti berikut

 Latar belakang Dato’


Panglima Bukit Gantang.

 Nama Dato’ Panglima Bukit gantang


ialah Haji Abdul Wahab bin Toh
Muda Abdul Aziz
 Dia dilahirkan pada 4 Mei 1905
di Sayong , sebuah perkampungan
kecil di tepian Sungai Perak,
berhampiran Kuala Kangsar.
 Ibu beliau bernama Teh Halimah
iaitu anak tunggal kepada Dato’
Setia Bijaya Jeragan Abdul Syukor
dari isteri yang pertama.
 Datuk dan bapanya Toh Muda
Abdul Aziz bin Haji Mahmud Taib
mendapat gelaran Datuk Panglima
Bukit Gantang.
 Datuk Panglima Bukit
Gantangadalah anak kedua dari 14
orang adik-beradik. Sejak kecil
beliau dipelihara oleh datuknya
di Ipoh.
 Abdul Wahab bersekolah di Sekolah
Melayu Pekan Baru, Ipoh. Beliau
melompat ke darjah empat dalam
tempoh tiga tahun.
 Kemudian ke Sekolah Anderson
Ipoh ketika berumur 10 tahun
.Sekolah Anderson adalah sekolah
yang ternama di Perak.
 Beliau lulus peperiksaan Cambridge

pada bulan Mei 1925 dan


cemerlang dalam pelajaran
Kesusasteraan dan Bahasa
Inggeris. Oleh itu beliau layak untuk
melanjutkan pelajaran ke universiti
luar negeri.
 Beliau menuntut di Inner Temple,

Universiti London dalam bidang


undang-undang dan aktif dalam
persatuan pelajar.
 Jawatan yang disandang
 Pada 1928 Haji Abdul Wahab
menjadi Presiden Persatuan Anak-
Anak Melayu Great Britain.
 Pada 1936, beliau mendapat
gelaran Dato’ Panglima Bukit
Gantang dari Sultan Perak. Beliau
dipilih kerana menggantikan
datuknya sebagai Dato’ Panglima
Bukit Gantang dan bapanya yang
berturut-turut meninggal dunia
sebelum itu. Kamatian ini
menyebabkan beliau terus dilantik
sebagai Dato’ Panglima Bukit
Gantang tanpa perlu menjadi Toh
Muda terlebih dahulu mengikut
adatnya.
 Beliau dilantik menjadi salah
seorang Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Perak pada tahun
1937 memandangkan pendidikan
tinggi yang diterimanya.
 Beliau menubuhkan Perikatan

Melayu Perak pada 27 Januari 1946


untuk memperjuangkan
kemerdekaan Tanah Melayu. Beliau
juga memainkan peranan penting
dalam usaha menubuhkan
Parti UMNO pada tahun 1946
bersama dengan Dato Onn
Jaafar dari Johor .
 Beliau menjadi Menteri Besar Perak
dari dari 1 Februari 1948 hingga 1
Ogos 1957. Beliau dilantik sebagai
Menteri Besar Perak yang pertama
sebelum Malaysia mencapai
kemerdekaan.

 Sumbangan beliau kepada


negara
 Allahyarham Dato' Panglima Bukit
Gantang adalah pejuang
kemerdekaan negara yang setaraf
dan sehebat Almarhum Tunku
Abdul Rahman sehingga Tunku
melihatnya sebagai satu 'ancaman'
terhadap kepimpinannya dalam
UMNO.
RUMUSAN
 Beliau seorang berperanan penting
dalam menubuhkan parti UMNO
pada tahun 1946 .
 Dato Panglima Bukit Gantang ialah
seorang yang yang hebat yang
memperjuangkan kemerdekaan
negara

You might also like