You are on page 1of 5

TOKOH-TOKOH DI MALAYSIA

Dato Onn Jaafar

Nama : Dato Onn Jaafar Latar Belakang : Mendapat pendidikan Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak dan England Merupakan pengasas Umno Pernah menjadi Pegawai Tadbir Johor dan seorang wartawan terkenal Dilantik menjadi menteri besar Johor pada tahun 1946 kerana kejayaannya memulihkan keamanan di Batu Pahat semasa berlaku pergaduhan kaum. Merupakan orang pertama yang menyeru Orang Melayu supaya bersatupadu secara berorganisasi di peringkat nasional Telah mencadangkan agar parti politik kebangsaan menentang Malyan Union ditubuhkan.

Sumbangan :

Menyatukan orang Melayu untuk menumbangkan Malayan Union. Beliau sanggup menjelajah ke seluruh Tanah Melayu untuk menunjukkan bantahan Orang Melayu terhadap British Beliau Berjaya memujuk raja-raja Melayu agar memulaukan upacara pelantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union Menjadi ahli jawatankuasa menggubal perlembagaan UMNO pada tahun 1949 Beliau berusaha mengambil beberapa perlembagaan parti yang terkenal deri luar negara untuk dijadikan panduan

Dato Panglima Bukit Gantang

Nama : Abdul Wahab Bin Abdul Aziz Latar Belakang : Mendapat pendidikan di Anderson School, Ipoh, Perak, dan Inner Temple, England

Sumbangan : Merupakan Setiausaha Agung UMNO yang pertama Menubuhkan Perikatan Melayu Perak semasa Malayan Union diperkenalkan Menyokong Kongres Melayu untuk menumbangkan Malayan Union Menjadi ketua UMNO Perak dari tahun 1948-1953

Dato Nik Ahmed Kamil

Nama : Nik Ahmed Kamil Bin Nik Mahmud Latar Belakang : Sumbangan : Pernah menjadi peguam bertauliah, Setiausaha Kerajaan Negeri, dan Menteri Besar Kelantan pada tahun 1948 - 1955 Merupakan Ketua UMNO Kelantan dan Ahli Jawatankuasa UMNO Pusat Mendapat pendidikan di Sekolah Majlis Agama Islam, Kota Bharu dan Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak Seterusnya melanjutkan pelajaran di Lincolns inn, London , England

Zainal Abidin Ahmad (ZaBa)

Nama : Zainal Abidin Ahmad Sumbangan : Mencadangkan kepada Dato Onn Jaafar agar menambah perkataan Kebangsaan ke dalam United Malaya Organization dan menjadi United Malays National Organization Merupakan Intelektual yang terlibat dalam kongres melayu pada tahun 1946 . Dato Onn Jaafar telah memohon bantuan beliau untuk menguruskan persidangan Kongres

You might also like