You are on page 1of 6

Politik

Fatimah Hashim

Fatimah memulakan kerjaya politiknya dengan menyertai UMNO pada tahun 1947,
ketika berusia 21 tahun. Beliau menganggotai Pergerakan Kaum Ibu (UMNO)
Cawangan Kampung Nong Chik, Johor Bahru, dan memegang jawatan Bendahari,
serta kemudiannya Setiausaha Kaum Ibu Cawangan Johor Bahru. Pergerakan Kaum
Ibu UMNO kini dikenali dengan nama Wanita UMNO Beliau juga merupakan tokoh
dan juga pengasas Hari Wanita di Malaysia yang disambut pada 25 Ogos setiap tahun,
satu perayaan yang kekal disambut sehingga sekarang.

Sosial
Shahrizat Abdul Jalil

Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil ialah bekas Menteri Wanita, Keluarga dan
Masyarakat Malaysia dan bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai. Beliau memegang
jawatan Ketua Wanita setelah mengalahkan pencabarnya yang juga merupakan
penyandang terdahulu iaitu Tan Sri Rafidah Aziz semasa Perhimpunan Agung UMNO
2009. Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil merupakan orang kuat dalam menangani isu-isu
berkaitan wanita dan institusi kekeluargaan.
Pendidikan

Zainun Sulaiman (Ibu Zain)

Ketua Pergerakan Kaum Ibu UMNO 1950 1953

Pada usia 18 tahun, beliau berpindah ke Muar untuk menjadi guru percubaan Sekolah
Perempuan Bandar Maharani pada tahun 1921. Selepas enam bulan mengajar, beliau
telah dilantik menjadi guru besar Sekolah Perempuan Maharani sehingga tahun 1926.

Tidak lama kemudian beliau dilantik sebagai Guru Pelawat Sekolah-Sekolah


Perempuan Daerah Batu Pahat dan Muar dan seterusnya dipertanggungjawabkan
sebagai Penyelia Sekolah-Sekolah Perempuan Seluruh Negeri Johor pada September
1927.

Di samping itu, beliau turut menubuhkan Persekutuan Guru-Guru Perempuan Melayu


pada tahun 1930 dan menjadi Yang Dipertuanya selama 19 tahun.

Sekali lagi Ibu Zain menjalankan tugasnya dengan licin dan gembira serta mendapat
sambutan kerjasama yang baik, lebih-lebih lagi kerana beliau bertugas sebagai
Penyelia Sekolah-Sekolah Perempuan Melayu Negeri Johor yang mempunyai begitu
ramai orang bawahan.

Pada penghujung tahun 1953, beliau sekali lagi keluar negara dan menjadi wakil
wanita tunggal ke Persidangan Bahasa Melayu Indonesia. Ketika beliau berada di
Indonesia, Mesyuarat Agung kaum Ibu UMNO Malaya diadakan dan dalam
mesyuarat tersebut Khadijah Sidek telah dilantik bagi mengantikan tempat beliau
sebagai Ketua Kaum Ibu UMNO Malaya yang ketiga.
Kesihatan

TUN DR SITI HASMAH MOHD ALI

Tun Dr.Siti Hasmah Mohd.Ali merupakan tokoh perubatan dan kebajikan. Pada
tahun 1962, Siti Hasmah bertugas sebagai Pegawai Perubatan Kedah Utara..Pada
tahun 1963, beliau memangku jawatan Penguasa Hospital Besar Alor Setar dan
dengan pelantikan itu, beliau merupakan wanita Melayu yang pertama
menyandang jawatan tersebut.

Pada tahun 1965, Siti Hasmah dilantik sebagai Pegawai Kesihatan dan
Anak di Pejabat Kesihatan Kedah Utara. Pada tahun yang sama, beliau bertugas
sebagai Pegawai Kesihatan Kedah hingga tahun 1967. Pada tahun 1968, beliau
berkhidmat sebagai Pegawai Kesihatan Kubang Pasu, sekali gus sebagai Pengetua
Sekolah Latihan Kesihatan Luar Bandar di Jitra, Kedah hingga tahun 1974.

Beliau menjadi Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri
Menteri- menteri (BAKTI). Beliau juga penaung bagi Persatuan Badminton
Malaysia (BAM) dan beberapa pertubuhan sukarela yang lain.

Tun Dr.Siti Hasmah telah menghasilkan beberapa buah buku.antaranya


ialah Wanita,Adat dan Kesihatan (2 jilid) yang memuatkan koleksi kertas kerjanya
antara tahun 1975 hingga tahun 1978.
Ekonomi

Tan Sri Dr. Zetti Akhtar Aziz

Y.M Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zeti Akhtar Binti Ungku Abdul Aziz menjadi wanita
pertama menyandang jawatan paling terkemuka dalam dunia perbankan negara iaitu
Gabenor Bank Negara Malaysia.

Setelah tamat pengajian, beliau bertugas sebagai penyelidik ekonomi di Pusat Latihan
dan Penyelidikan Bank Pusat Asia Tenggara (South-East Asia Central Bank Training
& Research Centre) pada tahun 1979 hingga 1984, kemudian dilantik sebagai
Penolong Pengurus Jabatan Ekonomi di Bank Negara Malaysia. Dari tahun 1989
sehingga 1994 Tan Sri Zeti telah dihantar ke London sebagai Ketua Perwakilan di
Pejabat Perwakilan Bank Negara Malaysia di London. Pada tahun 1994 pula, beliau
telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia.

Pada 1 September 1998, beliau telah dilantik sebagai Pemangku gabenor Bank
Negara Malaysia. Pada 1 Mei 2000, Tan Sri telah dipilih sebagai Gabenor Bank
Negara Malaysia ketujuh dan mencatat nama sebagai wanita pertama dilantik dalam
jawatan tersebut. Beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Pengarah
Pengurusan Danaharta Nasional Bhd dari tahun 1998 sehingga 2000. Beliau juga
merupakan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd sejak tahun 2004.
Sukan
Datuk Nicol David

Datuk Nicol Ann David ialah seorang pemain skuasy profesional wanita berbangsa
Malaysia yang menjadi wanita Asia pertama yang menduduki tangga #1 dunia dalam
sukan skuasy wanita. Beliau pernah memenangi gelaran Terbuka British pada tahun
2005, 2006 dan 2008, dan juga gelaran Terbuka Dunia pada tahun 2005, 2006, 2008,
2009 dan 2010.

Antara pencapaian lain Nicol David termasuk Kejohanan Skuasy Asia yang
dijuarainya tujuh kali (1998, 2000, 2002, 2004, 2006, 2008 dan 2010). Beliau juga
mempertahankan tempoh kejuaraan demi kejuaraan selama 13 bulan dan 51
perlawanan mulai Mac 2006, hingga tewas di tangan Natalie Grinham di Terbuka
Seoul pada April 2007. Bagaimanapun, beliau sekali lagi membuat rentetan tanpa
kalah selama Nicol turut meraih Pemain Terbaik WISPA enam kali berturut-turut, dari
tahun 2005 hingga 2010.

You might also like